Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCvC-456-11/2022
BA-22NCvC-456-11/2022
High Court of Malaysia24 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam kes Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying [2023] 2 CLJ 169 memutuskan bahawa - [26] On the second issue which relates to the matter of removal of administrators and executors, s. 34 of the Probate and Administration Act 1959 requires the establishment of 'sufficient cause' before any probate or letters of administration”
“ingin pula Mahkamah membuat deklarasi bahawa defendan-defendan telah memungkiri kewajipan sebagai Pentadbir Bersama. Sayugia untuk Mahkamah ini merujuk kes Loh Cheng Leong & Ors v Tan Beng Wah & Ors [2012] MLJU 885, berkenaan dengan tugas asas pentadbir harta pusaka, iaitu – [11] The fundamental dan primary role of an”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO: BA-22NCvC-456-11/2022
1
CHONG CHEE WAI … PLAINTIF- [NO. KAD PENGENALAN : 840703-14-6201] PLAINTIF
2
CHONG CHEE SEONG [NO. KAD PENGENALAN : 851112-05-5387] [menyaman sebagai pentadbir-pentadbir bersama dan waris-waris bagi harta pusaka Chong Kiw @ Chiong Yen Wah (No. K/P: 460110-10-5143)]
3
KWAN MAI HAN [NO. KAD PENGENALAN : 570217-05-5286]
4
CHONG CHEE KHOON [NO. KAD PENGENALAN : 900826-05-5053] [menyaman sebagai waris-waris bagi harta pusaka Chong Kiw @ Chiong Yen Wah (No. K/P : 460110-10-5143)]
1
CHONG CHEE KING … DEFENDAN-DEFENDAN [NO. KAD PENGENALAN : 700227-10-5307]
2
CHONG CHEE YONG [NO. KAD PENGENALAN : 710904-10-6083] [disaman sebagai pentadbir-pentadbir bersama bagi Harta pusaka Chong Kiw @ Chiong Yen Wah (No. K/P: 460110-10-5143)] 15/05/2025 08:56:31 BA-22NCvC-456-11/2022 Kand. 70 ALASAN PENGHAKIMAN A. PENDAHULUAN [1] Pertikaian dalam kes ini tercetus antara keluarga Si mati iaitu isteri dan anak-anak dari perkahwinan kedua Si mati dengan anak-anak dari perkahwinan pertama Si mati berhubung dengan harta pusaka Si mati. [2] Tuntutan plaintif-plaintif dan tuntutan balas defendan-defendan telah dilupuskan melalui perbicaraan penuh dengan keputusan selepas bicara pada 24.2.2025. Kedua-dua pihak memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini. Alasan penghakiman ini disediakan bagi tujuan kedua-dua rayuan tersebut. B. LATAR BELAKANG [3] Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah difailkan pada 8.11.2022. Pihak plaintif telah memanggil plaintif pertama dan plaintif ketiga sebagai saksi. Manakala defendan-defendan mengemukakan defendan pertama dan Mohamad Ishak bin Jamaluddin (pegawai bank) sebagai saksi. [4] Perbicaraan penuh diadakan pada 13.5.2024, 1.7.2024, 5.7.2024 dan 26.7.2024. Mahkamah ini menetapkan tarikh-tarikh untuk pemfailan nota keterangan, hujahan dan hujahan balas serta tarikh keputusan. [5] Namun begitu, melalui surat bertarikh 5.12.2024 peguam cara plaintif memohon masa tambahan untuk memfailkan hujahan dengan alasan mereka terlibat dalam perbicaraan penuh bagi suatu kes yang kompleks di Mahkamah yang lain dan pejabat firma guaman peguam cara plaintif telah mengalami kerosakan akibat banjir. [6] Memandangkan peguam cara defendan-defendan tidak membantah dan mengambilkira kesan banjir, Mahkamah ini membenarkan penangguhan dengan tarikh baharu diberikan iaitu hujahan serentak difailkan dan diserahkan sesama pihak-pihak pada 27.12.2024 dan hujahan balas difailkan pada 17.1.2025. Selanjutnya tarikh keputusan ditetapkan pada 24.2.2025. [7] Peguam cara bagi plaintif-plaintif telah gagal mematuhi arahan Mahkamah berhubung pemfailan hujahan meski pun lanjutan masa diberikan atas permohonan mereka sendiri. Hujahan bertulis peguam cara plaintif-plaintif hanya difailkan pada 20.2.2025. [8] Terdahulu dari itu, peguam cara defendan-defendan telah memaklumkan Mahkamah ini melalui surat bertarikh 17.1.2025 bahawa mereka tidak dapat memfailkan hujahan balas pada masa yang ditetapkan kerana pihak plaintif tidak memfailkan hujahan bertulis. [9] Selanjutnya melalui surat bertarikh 21.2.2025, peguam cara defendan-defendan membantah pemfailan hujahan bertulis plaintif-plaintif pada 20.2.2025. Mahkamah ini enggan bertoleransi terhadap kegagalan peguam cara plaintif memfailkan hujahan di dalam masa yang ditetapkan khasnya setelah peluang yang mencukupi diberikan dan tarikh pemfailan baharu dipersetujui oleh semua pihak. Maka, hujahan bertulis plaintif-plaintif tidak dibaca bagi tujuan keputusan. Meski pun begitu, pada 24.2.2025 pihak-pihak tidak dihalang untuk membentangkan hujahan secara lisan, jika ada. [10] Atas dasar enggan melengahkan pelupusan kes ini yang telah pun tertangguh sekian lama, Mahkamah ini berpandangan adalah adil dan wajar untuk keputusan kes ini dimuktamadkan pada 24.2.2025. C. FAKTA MATERIAL [11] Si mati, Chong Kiw @ Chong Yen Wah meninggal dunia pada 17.12.2003 tanpa wasiat. Si mati meninggalkan dua orang isteri yang masing-masing mempunyai anak. Isteri pertama Si mati, Lee Yin mempunyai tiga orang anak iaitu Chong Chee King (defendan pertama), Chong Yee Yong (defendan kedua), Chong Chee Keong dan Chong Chee Yeng. Manakala isteri kedua Si mati bernama Kwan Mai Han (plaintif ketiga) dan mempunyai tiga orang anak dengan Si mati iaitu Chong Chee Wai (plaintif pertama), Chong Chee Seong (plaintif kedua) dan Chong Chee Khoon (plaintif keempat). [12] Pertikaian dalam kes ini berlegar kepada hal menentukan aset Si mati yang ditinggalkan, peranan pentadbir bersama dan penentuan takat liabiliti yang ditinggalkan oleh Si mati. [13] Sebelum tuntutan difailkan di Mahkamah ini, terdapat dua permohonan bagi pengeluaran geran representasi berkaitan harta Si mati. Insiden ini telah mencetuskan pergolakan dan konflik dalam kalangan ahli-ahli waris Si mati berkaitan pengurusan dan pengagihan harta pusaka Si mati. [14] Permohonan Surat Kuasa Mentadbir kali pertama difailkan pada 23.3.2004 oleh Lee Yin iaitu isteri Si mati. Melalui permohonan ini, Lee Yin tidak mendedahkan kewujudan plaintif-plaintif sebagai waris Si mati. [15] Plaintif-plaintif memplidkan surat kuasa tersebut diperoleh secara fraud dan telah mengadu ke Pejabat Tanah. Berikutan itu, pada 12.3.2009, defendan pertama memfailkan permohonan membatalkan Surat Kuasa Mentadbir yang pertama dan pendengaran semula bagi Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka Si mati diadakan. [16] Jelas terserlah bahawa defendan-defendan mengakui kekhilafan dalam permohonan pertama ini dan telah membatalkan Surat Kuasa Mentadbir yang pertama dan kemudian membuat permohonan kali kedua. [17] Melalui permohonan kali kedua tersebut dalam Guaman Pembahagian No. Pusaka G12/94/2004/S17-1 Tahun 2009 pada 12.10.2011, Pentadbir Tanah memerintahkan Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka Si mati diberikan kepada Pentadbir Bersama iaitu plaintif pertama, plaintif kedua dan defendan-defendan. Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Seksyen 13 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 [18] Pentadbir Tanah Daerah Gombak telah mengeluarkan Borang T bertarikh 12.10.2011 yang membatalkan pelantikan defendan pertama dan kedua sebagai pentadbir harta pusaka Si mati yang menyatakan-BAHAWASANYA permohonan telah dibuat oleh Chong Chee King No.K/P: 700227-10-5307 yang beralamat di No. 12 Jalan 10, Taman Sri Hijau Rawang 48000 Selangor bagi suatu perintah selanjutnya dalam Guaman yang tersebut di atas. OLEH YANG DEMIKIAN SAYA, SAADAH BINTI HAJI IBRAHIM PENOLONG PENTADBIR TANAH BAGI DAERAH GOMBAK DENGAN INI MEMERINTAHKAN BAHAWA dibatalkan Chong Chee King dan Chong Chee Yong sebagai PENTADBIR atas hakmilik HSM890 Lot 5445 Mukim Rawang Daerah Gombak semua bahagian, dan manakala bagi harta ketinggalan Si mati iaitu HSD 68607 PT816 Mukim Rawang Gombak semua bahagian dilantik Chong Chee King, Chong Chee Yong, Chong Chee Wai dan Chong Chee Seong sebagai PENTADBIR seperti di Borang F. [19] Berdasarkan Borang F, Penolong Pentadbir Tanah Gombak telah menyatakan dengan jelas dalam Jadual Harta Si mati bahawa – i. Harta tak alih HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak (1/1 bahagian) dan HSM 890 Lot 5445 Mukim Rawang, Gombak (1/1 bahagian). ii. Terdapat catatan bahawa Pentadbir dikehendaki membahagikan hasil yang diperolehi daripada sewaan kilang HSD68607 PT7816 Mukim Rawang kepada waris Si mati menurut agihan bahagian iaitu Lee Yin 28/224 bahagian, Kwan Mai Han 28/224 bahagian, Chan Chee Keong 18/224 bahagian, Chong Chee King 39/224 bahagian, Chong Chee Yong 39/224 bahagian, Chong Chee Ying 18/224 bahagian, Chong Chee Wai 18/224 bahagian, Chong Chee Seong 18/224 bahagian dan Chong Chee Khoon 18/224 bahagian. iii. Pembahagian bagi hartanah HSD 68607 PT 7816 tersebut diagihkan selepas ditolak hutang Si mati. iv. Hasil yang diperoleh dari HSM 890 Lot 5445 Mukim Rawang dibahagikan kepada Lee Yin 7/56 bahagian, Kwan Mai Han 7/56 bahagian, Chan Chee Keong 4/56 bahagian, Chong Chee King 11/56 bahagian, Chong Chee Yong 11/56 bahagian, Chong Chee Ying 4/56 bahagian, Chong Chee Wai 4/56 bahagian, Chong Chee Seong 4/56 bahagian dan Chong Chee Khoon 4/56 bahagian. v. Pembahagian bagi hartanah HSM 890 Lot 5445 tersebut diagihkan selepas ditolak hutang Si mati. [20] Selain itu, Pentadbir Tanah juga telah membuat perintah pembahagian berhubung hak waris-waris Si mati terhadap harta pusaka Si mati seperti yang diplidkan oleh plaintif-plaintif dalam Pernyataan Tuntutan melalui Lampiran A. Gambar 1: Lampiran A Gambar 2: Borang F – Surat Kuasa Mentadbir oleh Penolong Pentadbir Tanah, Gombak bertarikh 12.10.2011 Gambar 3: Jadual Harta Si mati Lampiran dalam Surat Kuasa Mentadbir D. TUNTUTAN PLAINTIF-PLAINTIF [21] Plaintif-plaintif telah menyenaraikan 19 relif termasuk dan tidak terhad menuntut ganti rugi am am dan ganti rugi khas selain deklarasi defendan-defendan gagal dan memecahkan tugas sebagai pentadbir bagi harta pusaka Si mati. E. PEMBELAAN DEFENDAN-DEFENDAN [22] Dalam perenggan 3 Pembelaan Terpinda, defendan-defendan memplidkan –
3
Defendan-defendan menegaskan secara ikhlas dan jujur bahawa defendan-defendan memang ingin menyelesaikan segala hal berkaitan estet mendiang Chong Kiw @ Chong Yen Wang (No.K/P: 460110-10- 5143) (selepas ini dirujuk sebagai Si mati) dengan cara yang betul mengikut undang-undang. [23] Defendan-defendan turut memplidkan bahawa mereka tidak berpendidikan tinggi. Sejak berusia 15 tahun, mereka terpaksa berhenti sekolah dan bekerja dengan Si mati sebagai tukang kimpal. Selain itu turut diplidkan bahawa Si mati bukanlah seorang yang kaya kerana pada tahun 1983 sehingga kematiannya, Si mati perlu menanggung perbelanjaan dua keluarga. [24] Menurut defendan-defendan, ibu mereka Lee Yin dan Si mati telah berkahwin pada tahun 1967 dan hidup sebagai pasangan suami isteri sehingga Si mati meninggal dunia. [25] Selepas surat kuasa mentadbir dikeluarkan kepada pentadbir bersama pada 12.10.2011, defendan-defendan telah bertemu dengan plaintif pertama dan kedua pada 20.10.2015 termasuk pertemuan di pejabat Tetuan Sui-Tai & Company, peguam yang mewakili plaintif-plaintif untuk menyelesaikan estet Si mati. [26] Menurut defendan-defendan, usaha tersebut gagal mencapai penyelesaian kerana plaintif-plaintif tidak mengaku liabiliti-liabiliti kewangan Si mati dan perkiraan akaun berkenaan aset-aset Si mati. Bahkan plaintif kedua memaklumkan defendan-defendan supaya perkara-perkara mengenai estet Si mati dirujuk ke Mahkamah. Selain itu, defendan-defendan memplidkan mereka tidak diberikan alamat dan nombor telefon plaintif-plaintif bagi tujuan berunding cara penyelesaian. F. PRINSIP UNDANG-UNDANG [27] Akta Probate dan Pentadbiran 1959 memberi kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkan atau meminda Surat Kuasa Mentadbir, iaitu - Section 34 Revocation of Grant Any probate or letters of administration may be revoked or amended for any sufficient cause. [28] Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kah Fatt & Anor v Tan Ying [2023] 2 CLJ 169 memutuskan bahawa - [26] On the second issue which relates to the matter of removal of administrators and executors, s. 34 of the Probate and Administration Act 1959 requires the establishment of 'sufficient cause' before any probate or letters of administration may be revoked. In this regard, the Privy Council in Letterstedt v. Broers[1884] 9 AC 371 (followed in Damayanti Kantilal Doshi & Ors v. Jigarlal Kantilal Doshi & Ors [1998] 4 CLJ 81; [1998] 4 MLJ 268 opined that the "main principle on which such jurisdiction should be exercised is the welfare of the beneficiaries and of the trust estate". [29] Selanjutnya dalam kes Kantilal Doshi & Ors v Jigarlal Kantilal Doshi & Ors [1998] 4 CLJ 81, Mahkamah Rayuan memutuskan antara lain – [2]Section 34 of the Act empowers the court to interfere if 'sufficient cause' is shown. The phrase 'sufficient cause' has not been defined, but the courts have always considered the welfare and interests of the beneficiaries of an estate as the paramount criterion in deciding whether or not there is sufficient cause to interfere. This is strictly an objective test. [3] The duty to render accounts is one of the basic duties of all executors or trustees. By the terms of the deceased's will, the issue of accounts was all important since the residue for distribution could be derived at only after deductions of debts and expenses had been made. Without the accounts being rendered the beneficiaries would not have any means of knowing whether the estate was being administered properly. [30] Subseksyen 13(1) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 memperuntukkan –
1
At the conclusion of the hearing the Estate Distribution Officer shall by his order make provision for the payment out of the estate of the estate duty, if any, and of the funeral expenses and debts of the deceased, wherever arising, and for the repayment to any person of any fees paid by that person under this Act and may, if necessary, direct the whole or such part of the estate as he may specify to be sold and the expenses, debts, fees and duty to be paid from the proceeds of the sale and subject thereto and to the following provisions of this section shall distribute the residue of the estate according to their respective shares and interests among the beneficiaries but subject to section 15: G. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [31] Setelah meneliti keseluruhan tuntutan plaintif-plaintif dan pembelaan defendan-defendan serta hujahan peguam cara-peguam cara yang bijaksana, Mahkamah ini mendapati isu-isu yang perlu diputuskan adalah seperti berikut – i. Sama ada plaintif ketiga adalah isteri sah Si mati dan layak menjadi ahli waris Si mati. ii. Sama ada Lee Yin adalah isteri dan waris Si mati. iii. Sama ada defendan-defendan gagal melaksanakan tugas sebagai pentadbir bersama bagi estet Si mati. iv. Sama ada hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak adalah sebahagian dari aset Si mati. v. Sama ada defendan-defendan berhak menuntut daripada estet Si mati perbelanjaan yang telah dibayar oleh defendan-defendan dalam pemerolehan hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak. vi. Sama ada hartanah yang terletak di bawah H.S(D) 38223 PT 1512 Seksyen 18 Bandar Rawang, Daerah Gombak, Selangor adalah sebahagian daripada harta pusaka Si mati. vii. Sama ada bayaran pinjaman bank yang dibayar oleh defendan-defendan dalam meneruskan pinjaman Si mati atas hartanah H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor merupakan hutang estet Si mati. viii. Sama ada bayaran bil perubatan Si mati di Hospital Pantai yang dibayar oleh defendan pertama dan hutang kad kredit Si mati boleh diset-off dari estet Si mati dan dibayar kepada defendan pertama. ix. Sama ada defendan pertama boleh menggunakan kuasanya sebagai pentadbir bersama memberi pendahuluan kepada plaintif ketiga RM1000 sebulan. Adakah wang RM1000.00 dari pendapatan sewa estet Si mati atau dari wang defendan pertama sendiri. Adakah bahagian plaintif ketiga dari estet Si mati boleh ditolak sedangkan liabiliti hutang belum ditentukan terlebih dahulu. x. Sama ada bayaran balik pinjaman KOJADI oleh defendan pertama untuk pendidikan plaintif pertama dan plaintif kedua adalah dari estet simati untuk kepentingan plaintif pertama dan kedua. H. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu Pertama: Sama ada plaintif ketiga adalah isteri sah Si mati dan layak menjadi ahli waris Si mati. [32] Berdasarkan Pernyataan Pembelaan Terpinda, defendan-defendan memplidkan Si mati telah mendaftarkan perkahwinannya dengan isteri kedua iaitu plaintif ketiga. Plaintif pertama juga telah mengemukakan salinan carian Daftar Perkahwinan dari Jabatan Pendaftaran Negara yang menunjukkan perkahwinan Si mati dengan plaintif ketiga sebagaimana ditunjukkan dalam muka surat 29 Ikatan Dokumen Bersama I. [33] Dalam hal ini, Mahkamah berpuashati bahawa plaintif ketiga adalah isteri sah Si mati dan layak menjadi ahli waris Si mati. Isu Kedua: Sama ada Lee Yin adalah isteri dan waris Si mati. [34] Hal perkara berkaitan status Lee Yin sebagai isteri dan waris Si mati telah dibangkitkan oleh plaintif pertama melalui keterangan pemeriksaan utamanya, iaitu-Q: Were the deceased and Lee Yin married? A: To the best of my knowledge, the deceased and Lee Yin not married. I note that the defendants have also not produces any document in the CBD to prove any purported marriage between the deceased and Lee Yin. [35] Pada hemat saya, jika plaintif ingin mencabar status Lee Yin sebagai isteri Si mati fakta mengenainya hendaklah diplidkan. Melalui pernyataan tuntutan perenggan 2, plaintif-plaintif memplidkan fakta berikut –
2
Defendan-defendan dan dua lagi adik beradik iaitu Chong Chee Keong (No.K/P: 680727-10-6351) dan Chong Chee Yeng (No.K/P: 730606-14-5162) adalah anak-anak Si mati dan seorang bernama Lee Yin (No.K/P: 480323-10-5188). Lee Yin adalah isteri pertama yang dikatakan kepada Si mati. [36] Kedudukan undang-undang berkaitan keperluan memplidkan fakta adalah mantap. Saya juga merujuk Lampiran A yang dikepilkan bersama Pernyataan Tuntutan. Saya mendapati nama Lee Yin telah direkodkan oleh Pentadbir Tanah sebagai waris Si mati yang berhak mendapat 28/224 bahagian bagi hartanah Lot 5445 dan 7/56 bahagian bagi hartanah PT 7816 berdasarkan Perintah Pembahagian mengikut Surat Kuasa Mentadbir (Borang F) yang diberikan pada 12.10.2011. Plaintif-plaintif tidak pun mencabar perintah pembahagian yang diberikan kepada Lee Yin. [37] Berhubung dengan isu ini, saya mendapati alegasi plaintif-plaintif tidak bermerit. Saya memutuskan Lee Yin adalah isteri Si mati yang berhak terhadap harta pusaka Si mati sebagaimana yang diputuskan semasa perbicaraan permohonan surat kuasa mentadbir pada 12.10.2011. Isu Ketiga: Sama ada defendan-defendan gagal melaksanakan tugas sebagai pentadbir bersama bagi estet Si mati [38] Selepas perbicaraan harta pusaka Si mati selesai, SP1 menyatakan ada meminta defendan-defendan menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan estet Si mati. Menurut SP1, defendan pertama hanya menyerahkan salinan perjanjian penyewaan yang tidak bertandatangan bagi Lot 5445 dan PT 7816. SP1 meminta salinan perjanjian penyewaan daripada defendan-defendan, namun tidak diberikan. Hal ini berterusan sehingga tahun 2015 dan menyebabkan plaintif-plaintif tiada pilihan kecuali memulakan tindakan undang-undang. [39] Pihak-pihak kemudiannya meneruskan komunikasi melalui peguam masing-masing dengan pihak plaintif diwakili oleh Tetuan Shui-Tai dan defendan-defendan diwakili oleh Tetuan HC Tan & Zahani seperti yang dapat dilihat dalam muka surat 126-166 IDB I. [40] Melalui surat bertarikh 7.1.2015 dan 9.1.2015 yang diutus oleh Tetuan Shui-Tai kepada Lee Yin, defendan pertama dan kedua, plaintif-plaintif mengemukakan cadangan untuk menyelesaikan isu keluarga berkaitan dua aset Si mati iaitu HS(D) 68607 PT 7816 dan HS(M) 890 Lot 5445 dengan cara pihak defendan dan keluarga membeli bahagian plaintif-plaintif atas aset-aset tersebut pada harga pasaran, atau pihak plaintif membeli bahagian defendan-defendan dan keluarga atas aset-aset tersebut pada harga pasaran atau kedua-dua pihak menjual aset-aset tersebut pada harga pasaran dan keuntungan dibahagi mengikut bahagian masing-masing. [41] Peguam cara defendan-defendan melalui surat bertarikh 28.2.2015 memaklumkan hasrat defendan-defendan untuk menyelesaikan perkara tersebut dan meminta pandangan pihak plaintif berhubung harga jualan bagi kedua-dua aset tersebut, sama ada pihak plaintif berhasrat menjadi pembeli dan sama ada sudah ada pembeli untuk aset-aset tersebut. Namun tiada penyelesaian. [42] Ibarat menang menjadi abu, kalah menjadi arang. Tiada pihak yang akan menerima manfaat kelebihan sekiranya pembahagian aset-aset Si mati tidak dilaksanakan segera. [43] Pada hemat saya, plaintif pertama dan kedua serta defendan pertama dan kedua memikul tanggungjawab yang sama berat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Pentadbir Bersama bagi harta pusaka Si mati. SP1 mengakui beliau dan plaintif kedua ialah Pentadbir Bersama harta pusaka Si mati bersama-sama dengan defendan-defendan. Namun dalam kes ini, SP1 bersama plaintif kedua menyaman defendan-defendan yang juga adalah Pentadbir Bersama atas alasan defendan-defendan tidak menjalankan kewajipan sebagai pentadbir untuk mengagihkan harta pusaka Si mati. Ironinya, SP1 dan plaintif kedua turut memikul beban tugas yang sama. [44] Bahkan SP1 ketika disoal balas mengaku selepas kematian bapa mereka, SP1 meminta defendan-defendan membahagikan aset Si mati. Q: you pressed them? Who is them? A: the defendant. Q: defendant. Ok, Mr. Chong, when you started pressing them? A: Like few months every year, every month or after a few, I mean we keep request them to distibute the asset including the rental. [45] Meskipun dilantik sebagai Pentadbir Bersama, SP1 pada hakikatnya tidak mengetahui keadaan aset Si mati bahkan tidak mengambil inisiatif pun untuk menyemak atau mengetahui kedudukan aset-aset Si mati. Apa yang dilakukan adalah SP1 mengaku hanya meminta dokumen daripada defendan-defendan. [46] Berdasarkan keterangan SP1, Mahkamah ini mendapati SP1 tidak mengetahui Si mati mempunyai hutang dengan bank semasa kematian simati. Q: ..Ok, now, your father, before he passed away, Im saying he has two account. One personal account and one loan account. And I asked you, do you know? You said you do not know. A: I do not know. Q: ..Then, my next question is do you know your father used his personal account to pay the loans in RHB and deposit towards the loan account? A: From personal accoun to the RHB loan account. Q: Correct and both are RHB A: Both RHB. Q: Yes A: I do not know. ... Q: And do you know the loan was given to your father a few months before your father passed away? A: I do not know. Q: Do you know your father only paid about three or four months installments. A: I do not know. [47] Selanjutnya, SP1 juga disoal balas mengenai wang sewa yang diterima bagi aset Si mati. Q: Ok. And of course when you pressed for payment, can I say you pressed for rental, here for rental? A: The rental, yes. Q: And do you know the rental is less than the repayment to the bank. A: I do not know. [48] Pihak plaintif pula melalui keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas mengakui tidak memberi sumbangan terhadap perbelanjaan bagi aset Si mati. Q:... But now i’m asking you did you pay towards this property, Lot 5445 ok, the quit rent and the assessment. A: No. Q: Never. So, what about your two brothers and your mother, did they pay. A: No [49] Begitu juga, SP1 mengesahkan plaintif-plaintif juga tidak menyumbang dalam membayar balik pinjaman oleh Si mati dengan bank pembiaya. [50] Berdasarkan keterangan yang dibentangkan di Mahkamah ini, saya mendapati kedua-dua pihak mahu supaya aset-aset Si mati dijual dan diagihkan kepada semua waris Si mati. Apa yang membezakan pendirian mereka adalah plaintif-plaintif enggan perbelanjaan yang dikeluarkan oleh defendan-defendan ditolak dari estet Si mati sebagaimana yang diinginkan oleh defendan-defendan. [51] Namun dalam masa yang sama plaintif pertama dan kedua tidak mengetahui status aset-aset Si mati meskipun mereka boleh memperolehi maklumat selain dari mengharapkan maklumat daripada defendan-defendan. Tiada usaha dilakukan oleh plaintif pertama dan kedua kecuali menekan defendan-defendan untuk membahagikan harta pusaka Si mati. [52] Pada hemat saya, konflik yang melibatkan dua keluarga Si mati tidak seharusnya dibiarkan sehingga melengahkan lagi proses pembahagian harta pusaka Si mati. Meski pun ada kekurangan dalam pelaksanaan tugas oleh defendan-defendan sebagai pentadbir bersama, sekurang-kurangnya defendan-defendan telah mengambil usaha dalam mempertahankan aset-aset Si mati. [53] Namun di satu sisi lain, plaintif pertama dan kedua langsung tidak melaksanakan fungsi sebagai Pentadbir Bersama untuk menjual aset-aset Si mati termasuk tidak mengambil tahu liabiliti yang ditanggung oleh Si mati selepas kematiannya. Kini, plaintif-plaintif ingin pula Mahkamah membuat deklarasi bahawa defendan-defendan telah memungkiri kewajipan sebagai Pentadbir Bersama. Sayugia untuk Mahkamah ini merujuk kes Loh Cheng Leong & Ors v Tan Beng Wah & Ors [2012] MLJU 885, berkenaan dengan tugas asas pentadbir harta pusaka, iaitu – [11] The fundamental dan primary role of an administrator if faithfully to administer the estate of the deceased by paying the just debts of the deceased and distributing the residue of his property according to law and to render just and true account of the administration whether lawfully required. This is what an administrator has swoen that he will do vide teh Grant of Letters of Administration (see page 45 Bundle B of the Grant of Letters of Administration). It is thus not the duty not the duty and responsibility not the function of an administrator to determine whether the assets of the estate are nominal or substantial before deciding to distribute or not to distribute the estate. [54] Setelah memberi pertimbangan kepada keadaan yang melingkari keseluruhan kes ini, saya memutuskan memutuskan relif yang dipohon oleh plaintif-plaintif dalam perenggan 1 Pernyataan Tuntutan ditolak. Isu Keempat: Sama ada hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak adalah sebahagian dari aset Si mati [55] SP1 berpendirian bahawa hartanah PT 7816 adalah aset Si mati. Berdasarkan pemeriksaan balas, SP1 tidak tahu yang Lot PT 7816 adalah masih tanah Kerajaan Negeri semasa kematian Si mati. Q: Do you know the State Government owns the land? A: I do not know State Government own the land but I know the grants issued few years after my father passed away? Q: Who issued the grant? The State Government of Selangor. Am I right? The Government of Selangor issued the title and gave it to your father, put his name there, right? A: Yes ... Q: To get the land in the father’s name. Who was doing the running/ A: the defendant. ... Q: I put it to you the defendants paid all the monies to get the land from the State of Government of Selangor. I put it to you. A: They pay for the geran. Q: Yes. I said the defendant paid. Not your father paid. The defendant paid. A: Right [56] Berdasarkan keterangan SD1, geran Lot 7816 dikeluarkan pada tahun 2009 selepas Si mati meninggal dunia. Oleh kerana itu, semua bayaran premium dan kos berkaitan pemerolehan Lot 7816 bukan ditanggung oleh Si mati sebaliknya oleh defendan-defendan kerana tiada wang dalam estet Si mati pada ketika itu. [57] Selanjutnya SD1 dalam pemeriksaan utama menyatakan-A: Saya telah dinasihatkan oleh peguam bahawa hartanah PT 7816 bukannya aset dalam estet Si mati. Saya menerima nasihat tersebut. S: Mengapa? A: Pada tahun 2009 hartanah PT7816 masih tanah kerajaan negeri (state land). Suratan hak milik terhadap hartanah PT 7816 hanya dikeluarkan pada 26.9.2009 dan Si mati telah meninggal dunia pada tahun 2003. Hartanah PT 7816 tersebut diberi milik oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008/2009 atas nama Si mati. Walau pun begitu segala bayaran adalah dibuat oleh saya dan adik saya, Chong Chee Yong (defendan 2) bersama. Saya dan adik saya, Chong Chee Yong secara bersama-sama yang buat bayaran premium sebanyak RM72,450.00, bayaran cukai tanah pertama sebanyak RM4,020.00 dan bayaran ukur dan tanda sempadan sebanyak RM310.00 pada 25.3.2008. Saya dan adik saya Chong Chee Yong bersama yang membayar cukai tanah pada tiap-tiap tahun sebanyak lebih kurang RM3200.00 setahun mulai tahun 2010 sehingga sekarang. Saya dan adik saya Chong Chee Yong bersama-sama membayar cukai pintu tiap-tiap tahun sebanyak lebih kurang RM400.00 setahun mulai tahun 2010 sehingga sekarang. [58] SD1 juga telah menerangkan sumber kewangan bagi pemerolehan Lot PT 7816. Menurut SD1 beliau mengambil pinjaman bank sebanyak RM150,000.00 dengan Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd sebagai peminjam. Tidak dinafikan juga, Si mati mempunyai 10,000 saham dalam syarikat tersebut. Keterangan ini tidak dicabar oleh peguam cara plaintif. [59] Saya mendapati keterangan SD1 berkaitan perbelanjaan cukai tanah dan cukai pintu bagi Lot 7816 tidak dipertikaikan oleh plaintif-plaintif. Begitu juga dengan premium sebanyak RM76,900.00 selain bayaran ukur dan tanda sempadan. [60] Menurut SD1, di atas tanah Lot 7816 terdapat sebuah bangunan yang dibina oleh SD1 dan defendan kedua. Sebagai tukang kimpal, SD1 dan defendan kedua menggunakan bahan-bahan yang mereka ada untuk membina bangunan dan atas kos bersama, mereka mengupah kontraktor untuk menolong menyiapkan bangunan. [61] Keterangan SD1 juga adalah mereka telah melakukan dua kali kerja-kerja ubahsuai dan pembaikan bagi bangunan tersebut iaitu pada bulan September 2011 dengan kos RM35,500.00 dan bulan Oktober 2020 bagi kos RM5,768.20. [62] Peguam cara bagi defendan-defendan selanjutnya berhujah bahawa pemerolehan Lot PT 7816 dibayar oleh defendan-defendan menggunakan sumber dari Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd dan bantuan pinjaman OCBC sebanyak RM150,000.00 yang diambil pada tahun 2009. Pinjaman bank tersebut seharusnya dibayar oleh syarikat dalam masa 5 tahun. Atas alasan ini defendan-defendan menegaskan Lot PT 7816 bukan aset Si mati dan hendaklah menjadi harta amanah yang dipegang untuk kepentingan syarikat. Sekiranya tidak, plaintif-plaintif akan menikmati kekayaan tak wajar. Bagi defendan-defendan, pemegang saham syarikat Tek Nik Brother Sdn Bhd adalah benefisiari tidak langsung bagi Lot PT 7816 yang mana melalui pemilikan saham Lot PT 7816 menjadi sebahagian dari estate Si mati. [63] Mahkamah ini mendapati bahawa pinjaman OCBC Bank yang dibuat atas nama Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd pada tahun 2009 untuk memastikan Lot PT 7816 dapat didaftarkan atas nama Si mati adalah dibuat sebelum Pentadbir Tanah Daerah Gombak mengeluarkan Borang T bertarikh 12.10.2011 yang membatalkan pelantikan defendan pertama dan kedua sebagai pentadbir harta pusaka Si mati. Pinjaman OCBC Bank ini dibuat selepas permohonan surat kuasa mentadbir kali pertama oleh Lee Yin pada 23.3.2004. [64] Dalam kedua-dua permohonan surat kuasa mentadbir pada 23.2.2004 yang kemudiannya dibatalkan dan melalui Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 12.10.2011, hartanah Lot PT 7816 telah disenaraikan sebagai aset Si mati. Baik Lee Yin mahu pun defendan pertama, dalam permohonan surat kuasa mentadbir tersebut saham 10,000 dalam syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd tidak diseranaikan. [65] Mahkamah ini membuat dapatan fakta bahawa sememangnya sejak dari awal lagi defendan-defendan telah meniatkan supaya Lot PT 7816 sebagai sebahagian dari estet Si mati. Selain itu, tiada pencabaran dibuat oleh defendan-defendan terhadap agihan bahagian waris-waris dalam Lot PT 7816 sebagaimana dalam Jadual Harta yang dilampirkan bersama Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 12.10.2011. [66] Justeru, Mahkamah ini memutuskan hartanah Lot PT 7816 adalah sebahagian daripada aset Si mati dan bukan harta amanah yang diletakkan di bawah syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd. [67] Meski pun demikian, Mahkamah ini tidak membenarkan pihak-pihak menikmati pengkayaan tak adil. Kos dalam pemerolehan Lot PT 7816 hendaklah ditanggung dari estet Si mati. Isu Kelima: Sama ada defendan-defendan berhak menuntut daripada estet Si mati perbelanjaan yang telah dibayar oleh defendan-defendan dalam pemerolehan hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak. [68] Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa, defendan-defendan sememangnya mengakui Lot 7816 adalah sebahagian daripada aset Si mati. Saya juga mendapati bahawa-i. Defendan-defendan telah membelanjakan wang untuk memastikan Lot 7816 yang diberi milik oleh Kerajaan Negeri Selangor atas nama Si mati dapat disempurnakan. Wang tersebut diperolehi melalui pinjaman OCBC Bank sebanyak RM150,000.00. ii. Defendan-defendan telah membelanjakan wang untuk membina bangunan di atas Lot 7816 termasuk menjalakan kerja-kerja ubah suai dan pembaikan sebanyak dua kali iaitu pada bulan September 2011 dengan kos RM35,500.00 dan bulan Oktober 2020 bagi kos RM5,768.20. iii. Bangunan atas Lot 7816 telah disewakan dari Oktober 2009 iaitu RM3,800.00 sebulan dikutip sehingga 31.12.2013 dan mulai 1.1.2014 hingga sekarang RM5,000.00 sebulan. iv. Wang sewa bagi Lot 7816 dikutip oleh defendan kedua dan ada yang dimasukkan ke akaun syarikat Teknik Brothers Sdn Bhd. [69] Selanjutnya SD1 melalui keterangan utamanya turut bersetuju semua hasil kutipan sewa bagi aset-aset Si mati dibahagikan kepada semua waris Si mati mengikut bahagian yang telah ditetapkan. Selain itu SD1 bersetuju untuk harta tak alih Si mati dijual dan hasil jualan dibahagikan kepada semua ahli waris mengikut bahagian masing-masing. [70] Namun, SD1 menekankan supaya semua bayaran yang telah dibuat olehnya dan defendan kedua diambilkira. [71] Selain itu, pihak plaintif melalui keterangan SP1 mengakui bahawa defendan ada memberikan wang bulanan kepada keluarga plaintif. Q: Do you know that every month you are receiving money from the defendant. A: Every month I received. Q: Because you all don’t have food to eat? A: Yes. Every month we received RM1,000.00 from defendant. Q: Yes. Because you all don’t have food to eat. And the defendant took sympathy for you all. A: Yes. We all very difficult that time. ... Q: Please tell the Court for how long? A: I forgot the year but it’s around 2007 or 2008, around there. [72] Pengakuan SP1 merupakan keterangan yang relevan di bawah Seksyen 17 (1) Akta Keterangan 1950: - "(1) An admission is a statement, oral or documentary, which suggests any inference as to any fact in issue or relevant fact, and which is made by any of the persons and under the circumstances hereinafter mentioned." [73] SD1 selanjutnya ditanya berkaitan sewaan bangunan atas Lot 7816- S: Sama ada encik sewakan hartanah Lot 7816 dan jika ya, sila beritahu kepada Mahkamah jumlah sewaan yang dikutip? J: Saya ingin beritahu Mahkamah yang Mulia bahawa saya dan adik saya, Chong Chee Yong (defendan kedua) bersama-sama mengutip sewa mulai dari Oktober 2009 iaitu RM3,800.00 sebulan dikutip sehingga 31.12.2013 dan mulai 1.1.2014 hingga sekarang RM5,000.00 sebulan. [74] SD1 juga menegaskan bahawa beliau dan defendan kedua memberi kebenaran kepada Lee Yin mewakili mereka untuk memasuki perjanjian sewa dengan penyewa Lot 7816. [75] Keterangan SD1 mengenai kadar sewa dan tempoh sewaan tidak dicabar oleh peguam cara plaintif-plaintif. NSG: Dalam dalam seluruh tempoh ini, penyewa adalah sama iaitu Rimus Marketing Sdn Bhd, setuju? CCK: Ya NSG: Ok En Chong, sewa dibayar kepada siapa? CCK: Chong Chee Yong. NSG: Semua? CCK: Masuk ke dalam akaun banknya. NSG: Ya, semua sewa setiap bulan? CCK: Ya. [76] Kemudian SD1 dirujuk kepada bank slip di muka surat 194-194 IDB B2. SD1 menjelaskan slip tersebut merupakan bayaran sewa Lot 7816 yang dibayar ke akaun syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd. [77] Saya mendapati Lot 7816 telah disenaraikan sebagai aset Si mati melalui petisyen pertama yang difailkan oleh Lee Yin dan petisyen kedua oleh defendan pertama. Bahkan selepas bicara pusaka yang dijalankan dalam kehadiran waris-waris dimati, Pentadbir Tanah telah memerintahkan Lot 7816 untuk diagihkan kepada waris-waris Si mati mengikut bahagian masing-masing setelah ditolak hutang Si mati. [78] Justeru, keterangan SD1 dalam pemeriksaan utama soalan jawapan 17 bahawa hartanah PT7816 bukannya aset dalam estet Si mati adalah tidak bermerit. [79] Mengambilkira tuntutan plaintif-plaintif berhubung dengan Lot 7816 dan persetujuan defendan-defendan untuk Lot 7816 dijual, saya menerima pendirian kedua-dua pihak bahawa Lot 7816 hendaklah dilupuskan dengan cara dijual. Hasil jualan hendaklah diagihkan kepada waris-waris Si mati mengikut bahagian masing-masing sebagaimana dalam Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 12.10.2011. Kesemua hasil sewa yang dikutip oleh defendan-defendan bagi Lot 7816 dari Oktober 2009 iaitu RM3,800.00 sebulan dikutip sehingga 31.12.2013 dan mulai 1.1.2014 hingga sekarang RM5,000.00 sebulan hendaklah dikembalikan ke dalam estet simati. [80] Selanjutnya saya berpuashati bahawa semua kos yang dibelanjakan oleh defendan-defendan bermula dari menguruskan proses beri milik Lot 7816 oleh Kerajaan Negeri Selangor sehinggalah kos pembaikan bangunan hendaklah ditolak dari estet Si mati. Setelah itu, kos tersebut hendaklah dikembalikan kepada defendan-defendan. [81] Berhubung dengan isu kelima, Mahkamah ini memutuskan seperti berikut - A. Bagi HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak – i. Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua selaku pentadbir bersama hendaklah dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah ini mendaftarkan nama sebagai pentadbir bersama dalam Geran Hakmilik HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Gombak. ii. Defendan-defendan hendaklah dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah ini menyerahkan salinan Perjanjian Penyewaan kepada peguam cara plaintif-plaintif. iii. Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah melantik seorang jurunilai untuk menentukan nilai pasaran Lot PT 7816 dalam masa 30 hari dari tarikh perintah ini. Kos juru nilai hendaklah dibayar dari estet Si mati. iv. Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah melantik ejen hartanah dalam masa 14 hari selepas laporan jurunilai diserahkan kepada pentadbir bersama bagi tujuan menjual Lot PT 7816. v. Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah melantik seorang peguam bela dan peguam cara yang akan mewakili pentadbir bersama dalam perjanjian jual beli yang akan dimasuki dengan bakal pembeli. vi. Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah membuka akaun bank bersama di mana-mana bank pilihan mereka dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah ini. vii. Wang hasil jualan Lot PT 7816 hendaklah digunakan terlebih dahulu untuk membayar kepada defendan-defendan bayaran premium Lot 7816 berjumlah RM72,450.00, bayaran cukai tanah pertama sebanyak RM4,020.00, bayaran ukur dan tanda sempadan sebanyak RM310.00, bayaran cukai tanah pada tiap-tiap tahun sebanyak RM3200.00 setahun mulai tahun 2010 sehingga 2024 berjumlah RM44,800.00, cukai pintu RM400.00 setahun mulai dari tahun 2010 sehingga 2024 berjumlah RM5,600.00 dan kos ubah suai dan pembaikan bangunan atas Lot PT 7816 berjumlah RM41,268.20. viii. Kesemua hasil sewa Lot PT 7816 yang dikutip oleh defendan kedua atau pun Lee Yin atau dibayar ke dalam akaun Syarikat Teknik Brothers Sdn Bhd hendaklah didepositkan ke akaun bank pentadbir bersama. Isu Keenam: Sama ada hartanah yang terletak di bawah H.S(D) 38223 PT 1512 Seksyen 18 Bandar Rawang, Daerah Gombak, Selangor adalah sebahagian daripada harta pusaka Si mati. [82] SP1 memberi keterangan semasa pemeriksaan utama bahawa Si mati meninggalkan harta-harta berikut semasa kematiannya – i. HSM 890 Lot 5445 Mukim Rawang Daerah Gombak; ii. H.S(D) PT7816 Bandar Rawang Daerah Gombak; iii. 10,000 saham dalam syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd; dan iv. H.S(D) 38223 PT 1512 Seksyen 18 Bandar Rawang Daerah Gombak. [83] Sekiranya Jadual Harta dalam Borang F dirujuk, harta Si mati bagi 10,000 saham dalam syarikat Tek Nik Brother Sdn Bhd dan H.S(D) 38223 PT 1512 Seksyen 18 Bandar Rawang Daerah Gombak tidak disenaraikan. [84] Pendirian SD1 adalah Lot PT1512 bukan sebahagian dari estet Si mati. Melalui keterangan semasa pemeriksaan utama, SD1 menjelaskan-S16: Mengapa? J: Hartanah PT1512 adalah kepunyaan abang saya Chong Chee Keong. Abang saya Chong Chee Keong yang bayar segala harga pembelian dan kos-kos sampingan sebelum kematian Si mati. Segala bayaran, aturcara penjualan dan pindah milik terhadap PT 1512 telah diuruskan oleh peguam cara Chong Chee Keong sebelum kematian Si mati di pejabat guaman Tetuan Koh & Associates di Rawang. Si mati tidak membuat apa-apa bayaran terhadap hartanah PT1512. [85] Saya mendapati keterangan SD1 mengenai Lot 1512 tidak langsung dicabar oleh peguam cara plaintif-plaintif. [86] Maka, Mahkamah ini menerima keterangan SD1 dan membuat dapat fakta bahawa hartanah yang terletak di bawah H.S(D) 38223 PT 1512 Seksyen 18 Bandar Rawang, Daerah Gombak, Selangor bukanlah sebahagian daripada harta pusaka Si mati. [87] Mahkamah ini memutuskan bagi tuntutan plaintif-plaintif dalam relif 12 dan 13 muka surat 12 Pernyataan Tuntutan ditolak. Isu Ketujuh: Sama ada bayaran pinjaman bank yang dibayar oleh defendan-defendan dalam meneruskan pinjaman Si mati atas hartanah H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor merupakan hutang estet Si mati. [88] Melalui keterangan, SD1 mengakui bahawa Lot 5445 sememangnya dibeli oleh simati dan merupakan sebahagian daripada estet Si mati. [89] Defendan-defendan selanjutnya memplidkan melalui perenggan 23 Pernyataan Pembelaan Terpinda bahawa Si mati telah membuat pinjaman wang dari RHB Bank Berhad. Semasa hayatnya, simati sempat membayar tiga bulan bayaran ansuran iaitu bagi bulan Oktober, November dan Disember 2003 dengan jumlah ansuran RM2,500.00 sebulan. [90] Berikut adalah inti pati keterangan SD1 yang relevan berkaitan dengan Lot 5445- i. Hartanah Lot 5445 telah digadaikan oleh Si mati kepada RHB Bank Berhad untuk pinjaman tersebut. ii. Wang pinjaman RHB digunakan oleh Si mati untuk menyelesaikan baki pinjaman dengan bank terdahulu secara bayaran tebusan dan baki wang pinjaman selepas ditolak pinjaman telah dimasukkan ke akaun peribadi Si mati untuk kegunaan Si mati. iii. Selepas kematian Si mati, defendan-defendan selaku pentadbir telah membayar ansuran bulanan RM2500.00 kepada RHB Bank Berhad sehingga selesai sepenuhnya. Hutang Si mati dengan RHB Bank telah diselesaikan pada 13.5.2019. iv. Jumlah bayaran balik hutang yang dibayar oleh defendan-defendan adalah RM387,837.40. [91] SP1 dan SP2 semasa diperiksa balas tidak mempunyai pengetahuan tentang pinjaman bank Si mati dengan RHB Bank. [92] SD1 selanjutnya menjelaskan yang cukai tanah bagi Lot 5445 dibayar oleh defendan-defendan. Sebelum tahun 2007, cukai tanah Lot 5445 adalah RM233.00 setahun sehingga RM450.00 setahun. Mulai tahun 2007, cukai tanah Lot 5445 adalah RM560.00 setahun. [93] Berkaitan dengan penyewaan Lot 5445, SD1 memberikan keterangan berikut-S32: Sila beritahu keadaan penyewaan hartanah Lot 5445. J: Saya dan adik saya Chong Chee Yong (Defendan kedua) telah dapat mengutip sewa bulanan sebanyak RM900.00 sebulan tiap-tiap bulan mulai dari Januari 2006 hingga September 2007. Dari bulan Oktober 2007 hingga Mei 2009, hartanah Lot 5445 tidak dapat disewakan. Saya dan adik saya Chong Chee Yong (defendan kedua) seterusnya dapat mengutip sewa bulanan sebanyak RM600.00 sebulan tiap-tiap bulan mulai dari Jun 2009 hingga pertengahan tahun 2023. [94] Semasa diperiksa balas berkaitan dengan sewa Lot 5445, SD1 menjelaskan beliau dan isterinya yang mengutip sewa dari penyewa yang dibayar secara tunai. Menurut SD1 wang kutipan sewa digunakan untuk perbelanjaan sara hidup plaintif-plaintif dan membayar KOJADI. Berhubung dengan wang kutipan sewa, SD1 menjelaskan – Q: Selepas itu apa kamu buat dengan wang itu? A: Saya menggunakannya. Q: Terus menggunakan? A: Terpulang kepada di manakah perbelanjaan digunakan. Saya terpaksa membayar balik pinjaman perumahan untuk Lot 5445 dan saya juga menolong plaintif-plaintif membayar hutang KOJADI. Dan kesemua kutipan sewa, sorry untuk semua kutipan sewa saya telah pun menyediakan satu senarai dan di situ tertera dimanakah wangnya dipakai. [95] Mahkamah ini menerima keterangan SD1 bahawa bayaran balik hutan KOJADI bagi plaintif pertama dan kedua dibayar dari hasil sewa Lot 5445 dan manfaat tersebut sudah pun dinikmati oleh plaintif pertama dan kedua. Tiada bantahan dikemukakan oleh plaintif-plaintif pada masa yang material terhadap tindakan defendan pertama membuat bayaran tersebut. Rekod bayaran KOJADI bagi plaintif pertama berjumlah RM47,795.75 dan defendan kedua berjumlah RM38,999.98 ditunjukkan dalam mukasurat 870 IDB B5. [96] SP2 mengaku dalam keterangan balas bahawa beliau meminta supaya diberikan bahagian daripada sewa estet Si mati untuk menampung keluarga plainrtif-plaintif. Keterangan ini konsisten dengan penegasan defendan-defendan bahawa defendan pertama telah diberikan no akaun Maybank plaintif ketiga No, 10501000079372. Keterangan SD1 tidak dicabar bahawa sejak dari 15.3.2004 defendan ketiga membayar plaintif ketiga RM2,000.00 bagi bayaran pertama dan seterusnya RM1,000.00 setiap bulan sehingga 30.10.2008 yang keseluruhan berjumlah RM57,000.00. Hal ini kerana defendan-defendan terpaksa menjelaskan hutang pendidikan plaintif pertama dan kedua yang gagal dibayar oleh plaintif pertama dan kedua. [97] Seterusnya SD1 dirujuk ke muka surat 452-465 IDB B3 yang merupakan catatan SD1 mengenai pendapatan sewa dan perbelanjaan yang digunakan. [98] Peguam cara plaintif telah mencabar SD1 berkenaan dengan kutipan sewa dan bagaimana wang kutipan sewa dibelanjakan. S: Now i.m taking collectively, all these payments that he said je paid to Chee Seong came from rental, Lot 5445 and PT 7816. A: Ya [99] SD1 dicabar mengenai kegagalannya menyediakan inventori lengkap tentang harta pusaka Si mati dan SD1 bersetuju. Namun begitu menurut SD1 terdapat slip bayaran sewa RM600. SD1 ketika dicabar tentang kegagalannya menaikkan sewa Lot 5445 selama 15 tahun, telah menjelaskan – A: Sebab penyewa sesungguhnya ingin membeli premis tersebut daripad akami dan ianya juga mengetahui juga akan kes kami. Dan penyewa juga bersetuju bahawa biar kami menyelesaikan masalah kami dulu. Sebab dia kata dia boleh tunggu, dia hendakkan premis sesungguh. Jadi sewanya telah pun dikekalkan pada RM600 sehingga hari ini bagaikan dia yang menjaga premis tersebut. [100] Semasa diperiksa balas juga, SD1 mengakui bayaran cukai tanah Lot 5445 dibayar dari wang SD1 sendiri. [101] Pihak plaintif pula melalui keterangan SP1 semasa pemeriksaan balas mengakui tidak memberi sumbangan terhadap perbelanjaan bagi aset Si mati. Q:... But now i’m asking you did you pay towards this property, Lot 5445 ok, the quit rent and the assessment. A: No. Q: Never. So, what about your two brothers and your mother, did they pay. A: No [102] Begitu juga, SP1 mengesahkan plaintif-plaintif tidak menyumbang dalam membayar balik pinjaman oleh Si mati dengan RHB Bank. [103] Selanjutnya berikut ada pemeriksaan balas SP1 ketika disoal sama ada SP1 dan plaintif-plaintif yang lain bersedia untuk membayar balik defendan jika terdapat lebihan bayaran oleh defendan – Q: So, we’re told there’s an excess payment by the defendant, are you willing to pay back to the defendants. A: I’m willing to pay back all the – .... Q: No. Are you willing to pay back if they can show rental so much, loan repayment so much? Are you willing to compensate them, pay back to them? I mean you and your family members, not you alone ok. A: If the loan itself is all borne by my father as borrower, I’m willing to pay back. [104] Dalam kes ini, saya mendapati tindakan defendan-defendan tidak terus menjual Lot 5445 selepas kematian Si mati adalah munasabah dan melindungi kepentingan estet Si mati dan waris-waris secara tidak langsung. Hal ini kerana berdasarkan keterangan SD2, Lot 5445 digadai dengan RHB pada nilai RM400,000.00. Pinjaman yang dibuat oleh Si mati sebagai peminjam utama sebanyak RM250,000.00. Defendan-defendan telah bertindak membayar ansuran bulanan dan kini Lot 5445 jika dijual adalah bebas dari bebanan hutang. [105] Mahkamah ini membuat dapatan fakta bahawa meski pun defendan merupakan peminjam bersama dengan Si mati namun, pinjaman tersebut adalah oleh Si mati yang merupakan peminjam utama. Justeru, estet Si mati bertanggungjawab membayar hutang simati dengan RHB Bank dengan menolak tiga bulan ansuran terdahulu yang dibayar sendiri oleh Si mati. [106] Defendan-defendan telah memberi keterangan membayar balik keseluruhan baki pinjaman Si mati dan mengemukakan bukti bayaran balik pinjaman RHB sebagaimana dalam IDB mukasurat 631-648 dan penyata pinjaman bank RHB dari mukasurat 650-679. Mahkamah ini membuat dapatan fakta bahawa ansuran pinjaman bank Si mati dengan RHB Bank telah diselesaikan oleh defendan-defendan yang berjumlah RM387,837.40. [107] Berhubung aset Si mati Lot 5445 Mahkamah ini memutuskan-
i
Sejumlah RM387,837.40 hendaklah dibayar oleh estet simati kepada defendan pertama dan kedua pada kadar 50-50 dengan menolak keuntungan dari hasil jualan Lot 5445.
II
(ii) Jumlah pendapatan sewa Lot 5445 adalah RM118,500.00.
III
(iii) Perbelanjaan Cukai taksiran berjumlah RM10,502.38 dan Cukai tanah bagi tahun 2004 – 2022 berjumlah RM4,890.30 hendaklah ditolak dari pendapatan sewa Lot 5445 (RM118,500.00 – RM15,392.68 = RM103,107.32).
IV
(iv) Pembayaran hutang pendidikan plaintif pertama berjumlah RM39,683.98 dan plaintif kedua berjumlah RM38,999.98 dengan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) yang dijelaskan oleh defendan pertama adalah dari sumber sewa Lot 5445 berjumlah RM78,683.96
v
Bahagian plaintif pertama sebanyak RM39,683.98 dan bahagian plaintif kedua sebanyak RM38,999.98 dalam hasil jualan Lot 5445 hendaklah ditolak daripada hasil jualan Lot 5445.
VI
(vi) Pada tahap ini, baki jumlah pendapatan sewa Lot 5445 sebanyak RM24,423.36 hendaklah menjadi sebahagian daripada estet Si mati. Isu Kelapan: Sama ada bayaran bil perubatan Si mati di Hospital Pantai yang dibayar oleh defendan pertama dan hutang kad kredit Si mati boleh diset-off dari estet Si mati dan dibayar kepada defendan pertama. [108] Berdasarkan perintah pembahagian bertarikh 12.10.2011 jelas dan nyata agihan aset-aset Si mati kepada ahli waris hendaklah mengambilkira hutang Si mati. Bil perubatan Si mati di Hospital Pantai [109] Mahkamah ini menerima keterangan SD1 bahawa semasa Si mati meninggal dunia, Si mati tidak meninggalkan wang tunai yang banyak. Bahkan wang Si mati tidak mencukupi untuk menanggung bayaran perubatan Si mati di Hospital Pantai. [110] SP2 dalam keterangan pemeriksaan balas mengakui tidak menyumbang kewangan semasa kematian Si mati. Mengambilkira keadaan kehidupan keluarga plaintif ketiga yang berdepan dengan cabaran sumber kewangan, sudah pasti plaintif-plaintif tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan rawatan Si mati. [111] Pihak defendan telah mengemukakan dokumen berupa bukti pembayaran bil perubatan Si mati dalam mukasurat 715-730 IDB B4. SP1 semasa diperiksa balas tidak membantah terhadap perbelanjaan tersebut. [112] Pada hemat saya, keterangan dan bukti dokumentari yang dikemukakan di Mahkamah ini adalah mencukupi untuk Mahkamah ini menerima keterangan SD1 bahawa bayaran bil perubatan Si mati di Hospital Pantai telah dijelaskan oleh defendan pertama. Hutang kad kredit Si mati [113] SD1 telah mengemukakan dokumen menyokong kewujudan hutang kad kredit Si mati melalui mukasurat 741 – 749 IDB B4. Berdasarkan keterangan SD1 Si mati mempunyai hutang kad kredit iaitu di Citibank akaun no. 4563773001469868 setakat 27.4.2004 berjumlah RM13,000.00. Surat daripada Citibank bertarikh 27.4.2004 mengesahkan bayaran telah dijelaskan. [114] Selain itu, Si mati juga masih mempunyai hutang baki kad kredit di hong Leong bagi akaun no. 4293204402499301 sebanyak RM5592.50 dan akaun no. 5439310002781709 sebanyak RM6,407.50 yang kesemuanya berjumlah RM12,000.00. Hong Leong Bank melalui surat bertarikh 1.11.2004 mengesahkan jumlah tersebut telah diselesaikan dan akaun tersebut ditutup. [115] Justeru diputuskan bahawa –
i
Perbelanjaan bil perubatan Si mati sebanyak RM31,932.45 hendaklah ditanggung oleh estet Si mati.
II
(ii) Bayaran hutang kad kredit Si mati di Citibank sebanyak RM13,000.00 dan Hong Leong sebanyak RM12,000.00 hendaklah ditanggung oleh estet Si mati.
III
(iii) Wang sebanyak RM31,932.45 dan RM25,000.00 hendaklah ditolak dari hasil jualan aset-aset Si mati dan dibayar kepada defendan-defendan. Isu Kesembilan: Sama ada defendan pertama boleh menggunakan kuasanya sebagai pentadbir bersama memberi pendahuluan kepada plaintif ketiga RM1000 sebulan. Adakah wang RM1000.00 dari pendapatan sewa estet Si mati atau dari wang defendan pertama sendiri. Adakah bahagian plaintif ketiga dari estet Si mati boleh ditolak sedangkan liabiliti hutang belum ditentukan terlebih dahulu. [116] SP1 telah mengaku dalam pemeriksaan balas yang keadaan keluarga plaintif sangat susah selepas kematian Si mati. SP1 mengaku keluarganya menerima bantuan kewangan RM1000 daripada defendan pertama. [117] Keterangan SP2 iaitu plaintif ketiga semasa pemeriksaan utama menyatakan-Q: Did you contact the defendants after the deceased’s death? A: Yes, I did. Q: Why? A: After the deceased passed away, I became a single mother having raise and put three children (namely the 1st, 2nd and 4th plaintiff – who at the time were 19, 18 and 13 years of age respectively) through schooling and education. I was not well off and was struggling witj finances. I requested the defendants and Lee Yin to allocate the plaintiff’s share of the rental income from the deceased’s estate to help alleviate some burden. At the material time, the 1st plaintiff was in university whilst the 2nd and 4th plaintiff were schooling. But the defendants refused to do so. Instead the defendants told me to take out a loan or borrow money from third parties. The 1st defendant only gave a sum of RM1,000 per month for the education fees of the 4th plaintiff until he rerached 18 years old. Once th e4th plaintiff reached the majority age and complete dsecondary education, the 1st defendant stopped making any payment. These payments were however made by the 1st defendant himself and were not distribution payments from the deceased’s estate. [118] Mahkamah ini merujuk keterangan SD1 dalam soalan tambahan yang merujuk muka surat 807 IDB B4 iaitu rekod bayaran wang ke akaun plaintif kedua di Maybank No. 1050100079372 bagi kegunaan keluarga plaintif ketiga. [119] Plaintif kedua adalah pentadbir bersama. Tiada bantahan dikemukakan semasa bicara penuh oleh plaintif kedua atas kapasiti pentadbir bersama membantah bantuan kewangan tersebut. Manfaat dari wang tersebut telah dinikmati oleh plaintif ketiga. [120] Berdasarkan keterangan SD1 dan pengakuan SP1 dan SP2 mengenai bantuan kewangan yang diberikan oleh defendan pertama dan mengambil pertimbangan bahawa defendan pertama bahawa tiada obligasi baginya menanggung plaintif ketiga dalam keadaan defendan pertama juga mempunyai keluarga sendiri, diputuskan bahawa –
i
Pembayaran wang berjumlah RM57,000.00 dari 15.3.2004 sehingga 30.10.2008 yang dibayar oleh defendan-defendan ke akaun plaintif kedua di Maybank No. 1050100079372 adalah pendahuluan yang dibayar oleh defendan-defendan kepada plaintif ketiga.
II
(ii) Bahagian plaintif ketiga daripada hasil jualan aset-aset Si mati hendaklah ditolak sebanyak RM57,000.00 dan dibayar kepada defendan-defendan. Isu Kesepuluh: Sama ada bayaran balik pinjaman KOJADI oleh defendan pertama untuk pendidikan plaintif pertama dan plaintif kedua adalah dari estet simati untuk kepentingan plaintif pertama dan kedua. [121] Mahkamah bersetuju bahawa tiada obligasi persendirian pada defendan-defendan untuk menanggung hutang pendidikan plaintif pertama dan kedua. [122] Jumlah hutang pendidikan plaintif pertama berjumlah RM39,683.98 dan plaintif kedua berjumlah RM38,999.98 dengan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) yang keseluruhannya berjumlah RM78,683.96 bukanlah jumlah yang sedikit. [123] Keadilan akan tercapai dan tiada penikmatan pengkayaan yang tidak wajar sekiranya diputuskan bahawa bayaran balik pinjaman KOJADI oleh defendan pertama untuk pendidikan plaintif pertama dan plaintif kedua adalah dari estet simati untuk kepentingan plaintif pertama dan kedua. [124] Bahagian plaintif pertama sebanyak RM39,683.98 dan bahagian plaintif kedua sebanyak RM38,999.98 hendaklah ditolak daripada hasil jualan Lot 5445 sebelum hasil jualan diagihkan kepada ahli-ahli waris Si mati. 10,000 saham Si mati dalam Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd [125] Atas persetujuan kedua-dua pihak, adalah adil agar syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd dilupuskan dengan cara saham-saham dijual dan hasilnya diagihkan kepada semua ahli waris. I. KESIMPULAN [126] Berdasarkan kepada keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan di Mahkamah ini, suatu perintah yang adil wajar diberikan oleh Mahkamah ini. [127] Mengambilkira Si mati meninggal dunia pada 17.12.2003, maka pada tarikh kes ini diputuskan, genaplah 21 tahun 2 bulan 8 hari ahli-ahli waris menunggu untuk kemelut pertikaian di Mahkamah ini terlerai. Adalah menjadi harapan Mahkamah ini agar pengurusan harta pusaka Si mati dapat dilaksanakan selaras dengan perintah Mahkamah ini. J. PERINTAH MAHKAMAH TINGGI [128] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan membaca hujahan peguam cara defendan dan setelah mendengar hujahan lisan, di atas imbangan kebarangkalian Mahkamah dan mengambilkira relif yang dituntut dalam perenggan 19 Pernyataan Tuntutan, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut –
1
Plaintif ketiga, Kwan Mai Han adalah isteri sah Si mati dan berhak terhadap harta pusaka Si mati menurut Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka Si mati, Chong Kiw @ Chiong Yen Wah bertarikh 12.10.2011.
2
Lee Yin adalah isteri Si mati yang berhak terhadap harta pusaka Si mati menurut Surat Kuasa Mentadbir bagi harta pusaka Si mati, Chong Kiw @ Chiong Yen Wah bertarikh 12.10.2011.
3
Hartanah yang terletak di bawah H.S(D) 38223 PT 1512 Seksyen 18 Bandar Rawang, Daerah Gombak, Selangor bukanlah sebahagian daripada harta pusaka Si mati, Chong Kiw @ Chiong Yen Wah.
4
Hartanah yang terletak di bawah HS(D) 68607 Lot PT 7816 adalah sebahagian daripada aset Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah dan bukan harta amanah yang diletakkan di bawah syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd.
5
Hartanah yang terletak di bawah H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor adalah sebahagian daripada aset Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah.
6
Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua selaku pentadbir bersama hendaklah dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah ini mendaftarkan nama sebagai pentadbir bersama dalam Geran Hakmilik HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan Geran Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor.
7
Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah melantik seorang jurunilai untuk menentukan nilai pasaran hartanah yang terletak di bawah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan hartanah yang terletak dibawa Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor selewat-lewatnya dalam masa 30 hari dari tarikh perintah ini. Kos juru nilai hendaklah dibayar dari estet Si mati.
8
Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah melantik ejen hartanah dalam masa 14 hari selepas laporan jurunilai diserahkan kepada pentadbir bersama bagi tujuan menjual hartanah yang terletak di bawah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan hartanah yang terletak dibawa Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak.
9
Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah melantik seorang peguam bela dan peguam cara yang akan mewakili pentadbir bersama dalam perjanjian jual beli yang akan dimasuki dengan bakal pembeli bagi hartanah yang terletak di bawah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan hartanah yang terletak dibawa Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak.
10
Plaintif pertama, plaintif kedua, defendan pertama dan defendan kedua secara bersesama hendaklah membuka akaun bank bersama di mana-mana bank pilihan mereka dalam masa 30 hari dari tarikh Perintah ini. Penandatangan cek bagi akaun bersama boleh terdiri plaintif pertama dan defendan pertama.
11
Kesemua hasil sewa bagi hartanah yang terletak di bawah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak yang dikutip oleh defendan kedua dan/atau Lee Yin dan/atau dibayar ke dalam akaun Syarikat Teknik Brothers Sdn Bhd bagi hasil sewa mulai dari Oktober 2009 iaitu RM3,800.00 sebulan dikutip sehingga 31.12.2013 dan mulai 1.1.2014 hingga sekarang RM5,000.00 sebulan hendaklah didepositkan ke akaun bank Pentadbir Bersama dalam masa 30 hari dari tarikh akaun tersebut dibuka.
12
Wang hasil sewa bagi hartanah yang terletak di bawah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak yang dikreditkan ke akaun bersama hanya boleh digunakan bagi tujuan perbelanjaan aset-aset Si mati sahaja.
13
Wang hasil jualan hartanah yang terletak di bawah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak hendaklah digunakan terlebih dahulu untuk membayar defendan-defendan bagi bayaran premium Lot 7816 berjumlah RM72,450.00, bayaran cukai tanah pertama sebanyak RM4,020.00, bayaran ukur dan tanda sempadan sebanyak RM310.00, bayaran cukai tanah pada tiap-tiap tahun sebanyak RM3200.00 setahun mulai tahun 2010 sehingga 2024 berjumlah RM44,800.00, cukai pintu RM400.00 setahun mulai dari tahun 2010 sehingga 2024 berjumlah RM5,600.00 dan kos ubah suai dan pembaikan bangunan atas Lot PT 7816 berjumlah RM41,268.20.
14
Sejumlah RM387,837.40 hendaklah dibayar oleh estet simati kepada defendan pertama dan kedua pada kadar 50-50 dengan menolak keuntungan dari hasil jualan hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak.
15
Perbelanjaan Cukai taksiran berjumlah RM10,502.38 dan Cukai tanah bagi tahun 2004 – 2022 berjumlah RM4,890.30 bagi hartanah yang terletak dibawa Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak hendaklah ditolak dari pendapatan sewa yang dikutip oleh defendan-defendan.
16
Pembayaran hutang pendidikan plaintif pertama berjumlah RM39,683.98 dan plaintif kedua berjumlah RM38,999.98 dengan Koperasi Jayadiri Malaysia Berhad (KOJADI) yang dijelaskan oleh defendan pertama berjumlah RM78,683.96 adalah dari sumber sewa hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim
17
Bahagian plaintif pertama sebanyak RM39,683.98 dan bahagian plaintif kedua sebanyak RM38,999.98 dalam hasil jualan hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak hendaklah ditolak daripada hasil jualan hartanah tersebut dan menjadi sebahagian daripada estet Si mati yang akan diagihkan kepada ahli-ahli waris.
18
Baki hasil pendapatan sewa bagi hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak sebanyak RM24,423.36 hendaklah menjadi sebahagian daripada estet Si mati dan dikreditkan oleh defendan-defendan ke dalam akaun bank Pentadbir Bersama dalam tempoh 14 hari selepas akaun dibuka.
19
Semua hasil sewa bagi hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak yang diperoleh sehingga hartanah Lot 5445 dijual, hendaklah dikreditkan ke dalam akaun bank Pentadbir Bersama dalam tempoh 7 hari selepas akaun bersama dibuka.
20
Perbelanjaan perubatan Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah sebanyak RM31,932.45 di Hospital Pantai hendaklah ditanggung oleh estet Si mati.
21
Hutang kad kredit Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah di Citibank sebanyak RM13,000.00 dan Hong Leong Bank sebanyak RM12,000.00 hendaklah ditanggung oleh estet Si mati.
22
Perbelanjaan kos perubatan Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah berjumlah RM31,932.45 dan hutang kad kredit Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah RM25,000.00 yang telah dijelaskan oleh defendan-defendan hendaklah dibayar balik kepada defendan-defendan oleh estet Si mati dengan cara Pentadbir Bersama membayar jumlah tersebut dari akaun bersama dengan menolak hasil wang sewa dalam akaun bersama bagi hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan hartanah yang terletak dibawa Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak.
23
Pembayaran wang berjumlah RM57,000.00 dari 15.3.2004 sehingga 30.10.2008 yang dibayar oleh defendan-defendan ke akaun plaintif kedua di Maybank No. 1050100079372 adalah pendahuluan yang dibayar oleh defendan-defendan kepada plaintif ketiga.
24
Bahagian plaintif ketiga daripada hasil jualan bagi hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan hartanah yang terletak di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak hendaklah ditolak sebanyak RM57,000.00 dan dibayar kepada defendan-defendan.
25
10,000 saham Si mati dalam Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd adalah sebahagian daripada harta pusaka Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah.
26
Defendan-defendan diperintahkan mengemukakan permohonan kepada Pentadbir Tanah untuk meminda Perintah Pembahagian bertarikh 12.10.2011 dengan memasukkan 10,000 saham Si mati dalam Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd. Selanjutnya 10,000 saham tersebut hendaklah dilupuskan dengan cara saham-saham dijual oleh Pentadbir Bersama dan hasilnya diagihkan kepada semua ahli waris.
27
Pentadbir Bersama hendaklah merekodkan dengan terperinci semua perbelanjaan yang telah dikeluarkan dalam pengurusan aset-aset Si mati Chong Kiw @ Chiong Yen Wah yang telah diputuskan sebagai sebahagian daripada estet Si mati sehingga aset-aset tersebut dilupuskan secara jualan.
28
Dalam tempoh 14 hari dari tarikh wang hasil jualan diterima oleh peguam cara yang dilantik oleh Pentadbir Bersama sama ada bagi hartanah HSD 68607 PT 7816 Mukim Rawang, Daerah Gombak dan/ atau hartanah di bawah Hak milik H.S(M) 890, Lot 5445, Mukim Rawang, Daerah Gombak dan/atau hasil jualan 10,000 saham Syarikat Tek Nik Brothers Sdn Bhd, wang tersebut hendaklah diagihkan dengan cara-
i
Menolak jumlah kos yang timbul dalam urusan penjualan;
II
(ii) Menolak jumlah yang diputuskan dalam perintah ini atas bahagian ahli waris yang dinamakan; dan
III
(iii) Setelah itu, baki jualan aset tersebut dibahagikan kepada ahli-ahli waris mengikut bahagian yang ditetapkan dalam
Schedule
Jadual Harta, Surat Kuasa Mentadbir bertarikh 12.10.2011. (29) Pihak-pihak hendaklah menanggung kos masing-masing. Bertarikh pada 15 Mei 2025. Ditandatangani ........................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam 1. Bagi pihak plaintif : Nashvinder Singh Gill Tetuan Sharif & Khoo (Port Dickson, Negeri Sembilan) 2. Bagi pihak defendan : Tan Hui Chuan Tetuan H C Tan & Zahani (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.