Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCvC – 358 – 11/2024
JA-A52NCvC-358-11/2024
Sessions Court of Malaysia11 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Persekutuan memutuskan: “Held: [1] There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (‘the CA’) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual l”
“an Pergerakan (“PKP”) melalui Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019) Covid-19 Act 2020).”
“pada pengecualian tersebut di dalam pengiraan gantirugi jumlah tertentu dibawah seksyen 35 Akta Covid-19 2020. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[32] From the plain reading of the above section 35 of the Covid19 Act, this Court is of the considered view that the operative words are “the time for delivery of vacant possessio”
“he vendor shall pay immediately to the purchaser liquidated damages’. To read and apply s 56(3) of the Contracts Act 1950 into a claim for liquidated ascertained damages that was guaranteed under the Housing Act wherein the Housing Regulations were made would only lead to absurdity because it would remove the very prot”
“termining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s 75 of the CA, the concepts of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.” 62. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan”
“nunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.” 62. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan Kai Dan Satu Lagi [2019] MLJU 2011 yang turut membahaskan isu yang sama. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[23] … apa yang diputuskan oleh Mahka”
“32. Mahkamah merujuk kepada kes Yap Heng Sang v Mammoth Empire Land Sdn Bhd [2021] MLJU 2576 di mana di dalam kes tersebut pemaju perumahan iaitu defendan sepatutnya menyerahkan milikan kosong pada 9.3.215 S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g **Note : Serial number will be used to verify the originali”
“30. Defendan juga merujuk kepada kes Chin Hong Lip & Anor v Mammoth Empire Land Sdn Bhd [2021] MLRHU 2696 yang memutuskan isu pengecualian tempoh PKP berlangsung merupakan isu yang perlu dibicarakan dan Penghakiman Terus di dalam kes tersebut tidak dibenarkan.”
“35. Mahkamah juga merujuk kepada kes Eupe Bangsar South Development (JV) Sdn Bhd v. Lam Sai Yih [2022] CLJU 2622) yang memutuskan perkara yang sama di mana Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali J (pada masa itu) menyatakan: “[61] I have to agree with the contrary position taken by the respondent. I wo”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A52NCvC – 358 – 11/2024
1
CHONG CHUN MIN [No. K/P: 730322115113]
2
CHEONG CHING FANG [No. K/P: 760216115424] … PLAINTIF-PLAINTIF DAN ERA UNIVERSE DEVELOPMENT SDN. BHD. [No. Syarikat: 201401009891 (1085970-T)] … DEFENDAN 19/07/2025 10:16:37 JA-A52NCvC-358-11/2024 Kand. 23 S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g ALASAN PENGHAKIMAN (Permohonan Penghakiman Terus bawah Aturan 14 KKM 2012)
1
Plaintif melalui Notis Permohonan bawah A 14 KKM 2012 bertarikh 24.1.2025 (Lampiran 8) memohon perintah-perintah seperti berikut: i. Jumlah wang sebanyak RM 254, 939.18 sebagai gantirugi jumlah tertentu “liquidated damages”
Preamble
menurut Perjanjian Jual Beli bertarikh 16.8.2017; ii. Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM 254, 939.18 daripada tarikh pemfailan Writ sehingga tarikh penyelesaian penuh; iii. Kos; dan iv. Lain-lain relif selanjutnya yang dianggap suai-manfaat dan adil oleh Mahkamah yang Mulia ini. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
2
Kertas-kertas kausa yang dirujuk dalam permohonan ini adalah seperti berikut: i. Writ bertarikh 15.11.2024; ii. Penyata Tuntutan bertarikh 15.11.2024; iii. Penyata Pembelaan dan Tuntutan Balas bertarikh 30.12.2024; iv. Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas Defendan bertarikh 13.1.2025; v. Jawapan kepada Pembelaan kepada Tuntutan Balas bertarikh 26.1.2025; vi. Notis Permohonan Penghakiman Terus bertarikh 24.1.2025 (Lampiran 8); vii. Afidavit Sokongan plaintif yang diikrarkan oleh Cheong Chin Fang pada 24.1.2025; viii. Afidavit Jawapan defendan yang telah diikrarkan oleh Mohd Radzi bin Ab. Wahab pada 24.2.2025; ix. Afidavit Balasan plaintif yang diikrarkan oleh Cheong Chin Fang pada 10.3.2025. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
3
Pada 11.4.2025 Mahkamah membenarkan Notis Permohonan ini dengan kos RM3,000.00 (“keputusan Mahkamah tersebut”).
4
Defendan tidak berpuas hati keputusan Mahkamah tersebut dan telah merayu ke Mahkamah tinggi.
5
Mahkamah kini memberikan alasan-alasannya seperti berikut.
6
Plaintif-plaintif merupakan pembeli-pembeli bagi sebuah rumah teres dua tingkat yang dikenali sebagai HS(D) 552414 PTD 187569 Mukim Plentong Daerah Johor Bahru Negeri Johor (“hartanah tersebut”) yang dibangunkan dalam satu pprojek dikenali sebagai “Bandar Alam Masai” (“projek tersebut”) di dengan harga belian RM648,000.00.
7
Defendan pula merupakan syarikat pemaju dan penjual bagi projek tersebut.
8
Melalui satu perjanjian jual beli bertarikh 16.8.2017 di antara plaintif-plaintif sebagai pembeli-pembeli, defendan sebagai S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g penjual/pemaju serta Marshland Development Sdn Bhd sebagai pemilik berdaftar dan benefisial tanah-tanah tersebut, plaintif-plaintif telah bersetuju untuk membeli hartanah tersebut dengan harga belian RM648,000.00.
9
Harga belian ini adalah seperti menurut klausa 4 dan Jadual Kelima Perjanjian Jual Beli tersebut.
10
Penyerahan milikan kosong hartanah tersebut telah diperuntukkan bawah Fasal 24 Perjanjian Jual Beli tersebut seperti berikut: S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
11
11.
Preamble
Menurut Fasal 24(1) Perjanjian Jual Beli tersebut, milikan kosong mesti diserahkan kepada plaintif-plaintif dalam tempoh 24 bulan daripada tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani. Ini bermaksud milikan kosong hendaklah diserahkan pada atau sebelum 15.8.2019 dalam kes ini.
12
Fasal 24(2) Perjanjian Jual Beli tersebut memperuntukkan sekiranya defendan gagal menyerahkan milikan kosong di dalam tempoh yang diperuntukkan dibawah klausa 24(1) tersebut, maka defendan bertanggungjawab membayar plaintif-plaintif gantirugi jumlah tertentu pada kadar 10% setahun atas harga belian RM648,000.00 dikira pada kadar sehari ke sehari daripada tarikh luput 24 bulan tersebut.
13
Selanjutnya Fasal 24(3) Perjanjian Jual Beli tersebut menyatakan sekiranya defendan gagal menyerahkan milikan kosong tersebut dalam tempoh yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut maka defendan mestilah membayar gantirugi jumlah tertentu kepada plaintif-plaintif dengan serta merta selepas defendan memberi notis meminta plaintif-plaintif untuk mengambil milikan kosong hartanah tersebut. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
14
Defendan mengeluarkan Notis Penyerahan Milikan Kosong bertarikh 4.1.2024 dan Perakuan Siap dan Pematuhan iaitu Borang F pada 3.1.2024. Terdapat kelewatan penyerahan milikan kosong bermula dari tarikh 16.8.2019 sehingga 4.1.2024 iaitu selama1,603 hari.
15
Pada 18.3.2020 negara telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (“PKP”) melalui Akta Langkah-langkah Sementara bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 (Temporary Measures for Reducing the Impact of Coronavirus Disease 2019) Covid-19 Act 2020).
16
Melalui surat-surat bertarikh 8.3.2021 dan 31.12.2021 (eksibit “MRW-3”) defendan telah memperolehi pengecualian pengiraan bayaran gantirugi tertentu bagi tempoh 18.3.2020 sehingga 31.12.2020 dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (“KPKT”) iaitu bagi tempoh 289 hari. HUJAHAN PLAINTIF S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
17
Plaintif berhujah bahawa fakta di dalam tindakan ini adalah jelas dan tidak dipertikaikan. Defendan sebagai pemaju telah gagal menyerahkan milikan kosong di dalam tempoh masa yang ditetapkan seperti di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut.
18
Penstrukturan semula defendan yang dilaksanakan melalui Heads of Agreement bertarikh 3.12.2021 tidak berkaitan dengan plaintif dan plaintif bukan pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut. Oleh yang demikian plaintif tidak terikat dengan perjanjian tersebut (rujuk Suwiri Sdn Bhd v Government of the State of Sabah (2008) 1 CLJ 123). Alasan kelewatan penyerahan milikan kosong kerana penstrukturan semula defendan bukanlah satu alasan yang patut dipertimbangkan oleh Mahkamah ini.
19
Selain itu, sungguhpun defendan diberikan pengecualian pengiraan tempoh penyerahan milikan kosong sebanyak 289 hari berdasarkan surat-surat KPKT tersebut, plaintif berhujah pengecualian tersebut tidak terpakai kepada defendan kerana defendan sepatutnya membuat serahan milikan kosong pada 15.8.2019 iaitu sebelum tempoh PKP bermula. Namun begitu plaintif bersetuju dengan pengecualian pada tempoh PKP yang pertama iaitu mulai 18.3.2020 – 31.8.2020 selama 167 hari. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
20
Oleh itu gantirugi yang ditetapkan boleh dikira dengan jelas dengan menolak 167 hari daripada kelewatan keseluruhan penyerahan milikan kosong. Sayugia, tiada apa-apa isu yang tinggal untuk dibicarakan dan Penghakiman Terus adalah wajar dimasukkan terhadap defendan.
21
Plaintif menuntut untuk kelewatan selama 1,603 – 167 hari = 1,436 hari. Gantirugi jumlah tertentu yang dituntut ialah: 10% setahun x RM648,000.00 (harga belian) x 1,436/365 hari = RM 254,939.18.
22
Defendan membangkitkan beberapa isu yang didakwa merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan seperti berikut: i. Defendan berhak diberi pengecualian tempoh selama 289 hari berdasarkan surat-surat dari KPKT tersebut; ii. Pengiraan gantirugi tertentu kerana kelewatan serahan milikan kosong tidak seharusnya dibuat berdasarkan harga belian RM648,000.00 kerana plaintif mendapat 9% diskaun daripada harga asal S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g iaitu RM58, 320.00 (rujuk eksibit “MRW-2” Afidavit Jawapan defendan); iii. Walaupun mengetahui defendan tidak berupaya menyerahkan milikan kosong di dalam tempoh masa yang ditetapkan di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut akibat tercetusnya wabak Covid-19, plaintif tidak membangkitkan apa-apa bantahan yang mana ini bertentangan dengan Klausa 9 Perjanjian Jual Beli yang memperuntukkan masa harus menjadi intipati Perjanjian Jual Beli tersebut dan tindakan plaintif ini terjumlah kepada persetujuan tersirat (‘implied consent’). iv. Plaintif gagal membuktikan kerugian atau kerosakan sebenar (actual loss) akibat kelewatan penyerahan milikan kosong. Plaintif gagal mengemukakan butiran kerugian dan/atau kerosakan yang dialami oleh plaintif. v. Plaintif masih mempunyai bayaran tertunggak sebanyak RM2,583.12 pada masa Notis Penyerahan Milikan Kosong diserahkan pada 4.1.2024 yang mana bertentangan dengan Fasal 26.1(c) Perjanjian Jual Beli tersebut; S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g vi. Plaintif gagal mendapatkan / mengemukakan kebenaran daripada pembiaya sebelum memulakan tindakan bertentangan dengan Fasal 8 Perjanjian Jual Beli; vii. Plaintif gagal memberikan apa-apa notis kepada defendan tentang niat untuk menuntut gantirugi jumlah tertentu sebelum memulakan tindakan. PRINSIP UNDANG-UNDANG BERKENAAN PERMOHONAN
23
Aturan 14(1) KKM 2012 memperuntukkan: Application by plaintiff for summary judgment
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgement against that defendant.” S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
24
Mahkamah merujuk kepada kes National Company For Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn. Bhd. [1984] 2 CLJ 220 di mana Mahkamah Persekutuan melalui YA George Seah MHP menerangkan prinsip Penghakiman Terus di bawah Aturan 14 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 (in pari materia dengan A14 KKM 2012) seperti berikut: “For the purposes of an application under O. 14 the preliminary requirements are:
i
the defendant must have entered an appearance;
II
(ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and
III
(iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14. … If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why judgment should not be given against him [see O. 14 r. 3 and 4(1)].” S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
25
Mahkamah juga merujuk kepada kes Malayan Insurance
m
(M) Sdn. Bhd. v. Asia Hotel Sdn. Bhd. [1987] 1 CLJ 246 di mana Mahkamah Agung memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
26
Berdasarkan nas undang-undang di atas adalah jelas sekiranya keperluan awal dibawah Aturan 14(1) KKM 2012 dipatuhi dan tuntutan plaintif adalah jelas dan tiada pertikaian fakta dan pembelaan defendan tidak bermerit maka Mahkamah berhak menggunakan kuasanya di bawah Aturan tersebut untuk membenarkan tuntutan plaintif melalui Penghakiman Terus tanpa perlu perbicaraan penuh.
27
Mahkamah akan menilai setiap satu isu yang dibangkitkan oleh defendan dan memutuskan sama ada isu-isu tersebut merupakan isu-isu yang perlu dibicarakan ataupun sebaliknya. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g Pengecualian dibawah Akta Covid-19 2020
28
Defendan merujuk kepada Seksyen 35 Akta Covid-19 2020 yang memperuntukkan:
1
Notwithstanding any agreement entered into between the purchaser and the developer, the period from 18 March 2020 to 31 August 2020 shall be excluded from the calculation of:
a
(a)the time for delivery of vacant possession of a housing accommodation; and
b
(b)the liquidated damages for the failure of the developer to deliver vacant possession of a housing accommodation.
2
The developer may apply to the Minister for an extension of the period referred to in subsection (1).
3
Upon considering the application under subsection (2), the Minister may, if the Minister is satisfied that additional time is required by the developer to deliver vacant possession, by written direction grant to the developer an extension period of up to 31 December 2020 to deliver vacant possession and such extension shall have the same effect as the period excluded in subsection (1). S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
29
Defendan berhujah memandangkan defendan telah mendapat kelulusan pengecualian tempoh 18.3.2020 –
31
31.12.2020 dalam pengiraan penyerahan milikan kosong dalam berdasarkan surat-surat KPKT tersebut, maka tempoh 289 hari hendaklah dikecualikan daripada pengiraan gantirugi jumlah tertentu tersebut.
30
Defendan juga merujuk kepada kes Chin Hong Lip & Anor v Mammoth Empire Land Sdn Bhd [2021] MLRHU 2696 yang memutuskan isu pengecualian tempoh PKP berlangsung merupakan isu yang perlu dibicarakan dan Penghakiman Terus di dalam kes tersebut tidak dibenarkan.
31
Mahkamah berpendapat kes Chin Hong Lip & Anor v Mammoth Empire Land Sdn Bhd supra, tidak terpakai di dalam kes ini. Terdapat nas undang-undang daripada Mahkamah Tinggi selepas itu yang telah memutuskan pemakaian seksyen 35 Akta Covid-19 2020 tersebut oleh pihak pemaju seperti defendan di dalam kes di hadapan Mahkamah ini.
32
Mahkamah merujuk kepada kes Yap Heng Sang v Mammoth Empire Land Sdn Bhd [2021] MLJU 2576 di mana di dalam kes tersebut pemaju perumahan iaitu defendan sepatutnya menyerahkan milikan kosong pada 9.3.215 S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g namun defendan hanya Berjaya menyerahkan milikan kosong pada 9.9.2020. Defendan di dalam kes tersebut juga Berjaya mendapat pengecualian selama 167 hari mulai 18.3.2020 sehingga 31.8.2020 daripada KPKT bawah Akta Covid-19 2020 bagi pengiraan gantirugi jumlah tertentu kerana kelewatan penyerahan milikan kosong.
33
Mahkamah Tinggi memutuskan defendan tidak berhak kepada pengecualian tersebut di dalam pengiraan gantirugi jumlah tertentu dibawah seksyen 35 Akta Covid-19 2020. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[32] From the plain reading of the above section 35 of the Covid19 Act, this Court is of the considered view that the operative words are “the time for delivery of vacant possession” found in section 35(1)(a), and this could only be determined under clause 25(1) of the SPA. In the present case, as explained above, the time for delivery of vacant possession was supposed to be on 9.3.2015 (the extended date). However, the extended date did not fall within the exclusion period, i.e., from 18.3.2020 and 31.8.2020. Hence, section 35 of the Covid19 Act could not apply. [33] Subsection (1)(a) must be read together with subsection
1
(1)(b) because the conjunctive word used is “and”. When both subsections are read together, the section envisages a situation where the time for delivery of vacant possession (as determined in clause 25(1) of the statutory sale and purchase agreement) had not set in before 18.3.2020 (penekanan diberikan), and because S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g the Movement Control Orders (MCO) prevented the developer from completing the development which resulted in a delay and consequence liquidated damages is imposed against the developer for the delay to deliver vacant possession, such calculation of liquidated damages will exclude the exclusion period. [34] The above meaning could be bolstered by further reading the wording in subsection (2) which allows a developer to apply to the Minister for an extension of the period referred to in subsection
1
(1). This means in the event “the calculation of the time for delivery of vacant possession” falls within the exclusion period, and the developer is further hampered by the imposition of MCO to deliver vacant possession during the exclusion period, the developer may ask for the exclusion period to be extended until 31.12.2020 (see subsection (3) of the Covid19 Act). [35] The application of the exclusion period or extended exclusion period could not be meant for a situation where the time for delivery of vacant possession had set in and a developer was already in breach of its obligation to deliver vacant possession even before the Covid 19 Act came into force on 18.3.2020. The law should assist the innocent, not the one who is/was already in the wrong. [36] In Chin Hong Lip & Anor v Mammoth Empire Land Sdn Bhd [2021] 1 LNS 1066, the argument of the application of section 35 of the Covid19 Act was raised by the same defendant in that case. Unfortunately, the High Court did not make a finding because the issue raised there was meant as a triable issue to defeat in a summary judgment application.” S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
34
Nas undang-undang di atas adalah jelas tentang tafsiran dan pemakaian seksyen 35 Akta Covid-19 2020 tersebut. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini tempoh penyerahan milikan kosong berdasarkan Perjanjian Jual Beli tersebut ialah 15.8.2019 iaitu sebelum tempoh PKP bermula. Oleh yang demikian, berdasarkan kes di atas, sudah terang dan jelas pengecualian bawah seksyen 35 Akta Covid-19 2020 tidak terpakai kepada defendan dan isu ini tidak perlu dibicarakan memandangkan ianya telah diputuskan dengan jelas oleh Mahkamah Tinggi di dalam kes Yap Heng Sang v Mammoth Empire Land Sdn Bhd supra.
35
Mahkamah juga merujuk kepada kes Eupe Bangsar South Development (JV) Sdn Bhd v. Lam Sai Yih [2022] CLJU 2622) yang memutuskan perkara yang sama di mana Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali J (pada masa itu) menyatakan: “[61] I have to agree with the contrary position taken by the respondent. I would readily agree with the finding of the Sessions Court that the Covid-19 Act does not exempt the appellant from paying the full LAD sum to the respondent being compensation for the late delivery of vacant possession of the said Unit. The reason is simply that vacant possession of the Unit should have already been delivered to the respondent by 19 December 2018 that was patently before 18 March 2020 and before the Covid-19 Act came into force. … S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g [65] In my view, from the language of Section 35 of the Covid-19 Act, the exemption period would only assist a developer if the contractual delivery date is due on a date that falls during the said period. Not in a situation like presently where the developer has already failed to deliver as contracted by a date before the said exemption period. Although no authorities were cited by counsel, a similar interpretation on Section 35 of the Covid-19 Act may be found in the decision of the High Court in Yap Heng Sang v. Mammoth Empire Land Sdn Bhd [2021] 1 LNS 2149. [66] As such in my judgment, to adopt the interpretation ascribed by the appellant would also not promote the law as a true instrument of justice especially given the resounding judicial acknowledgment of the HDA and HDR being social legislation designed to protect homebuyers. The law also cannot allow the appellant to benefit from its own default…”
36
Mahkamah ini terikat dengan ratio dalam nas undang-undang di atas yang diputuskan oleh Mahkamah yang lebih tinggi daripada Mahkamah ini. Oleh yang demikian, isu ini bukanlah satu isu yang perlu dibicarakan di peringkat ini. Pengiraan Gantirugi Jumlah Tertentu Berdasarkan Harga Belian atau Harga Selepas Diskaun/Rebet
37
Adalah tidak dipertikaikan bahawa plaintif telah menerima diskaun/rebet sebanyak 9% daripada harga belian berjumlah RM58,320.00. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
38
Defendan berhujah tindakan plaintif meminta rebet/diskaun daripada pemaju merupakan satu kesalahan dibawah Housing Development (Control and Licensing) Act 1996 (Akta 118) dan Perjanjian Jual Beli yang ditetapkan di dalam
Schedule
Jadual G dan H Peraturan-peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1989 kerana apa juga tindakan untuk mengubah atau mengecualikan peruntukan Akta 118 adalah terbatal dan tidak terpakai. 39. Namun begitu Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan defendan ini. 40. Klausa 24(2) Perjanjian Jual Beli tersebut memperuntukkan: “If the Developer fails to deliver vacant possession of the said property in the manner stipulated in clause 26 within the period stipulated in subclause (1), the Developer shall be liable to pay the Purchaser liquidated damages calculated from day to day at the rate of then per centum (10%) per annum of the purchase price from the expiry of the period stipulated in subclause (1) until the date the Purchaser takes vacant possession of the said property.” S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 41. Harga belian menurut Klausa 4 dan Jadual Kelima Perjanjian Jual Beli tersebut ialah RM648,000.00 dan bukannya harga selepas diskaun/rebat. 42. Mahkamah merujuk kepada kes Sri Damansara Sdn Bhd v. Voon Kuan Chien & Anor [2020] 4 MLJ 265 di mana isu ini juga dihujahkan di Mahkamah Rayuan. YA Lee Swee Seng HMR memutuskan: “[6] The developer argued that there was an effective discount via the credit note given of RM63,108 from the purchase price stated of RM731,080 and so the actual and real purchase price is RM667,972 (claimed as RM668,778.90 before the tribunal). [7] That raises another interesting issue as to whether the calculation of the damages for late delivery claim should be based on the purchase price as stated in the SPA which is what the relevant clause states or should it be based on the actual purchase price or the ‘discounted purchase price’. … [70] … we find nothing unreasonable, illegal or improper for the second respondents to have agreed with the purchaser that the calculation of the late delivery claim must be based on the purchase price as stated in the Schedule to the SPA. [71] The meaning of ‘purchase price’ in the SPA is as stated in cl 3 thereof as: S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g The purchase price of the said Parcel is as stated in Section 7 of
Schedule
Schedule A and shall be payable in the manner hereinafter provided. The whole landscape of the Schedule H SPA and the HDA as well as the Regulations does not countenance a different category or classification of ‘purchase price’ be it a ‘discounted purchase price’ or a ‘reduced purchase price’ or ‘actual purchase price’.” (penekanan diberikan) 43. Adalah tidak dipertikaikan bahawa Perjanjian Jual Beli tersebut adalah satu perjanjian di bawah Jadual H Akta 118. Berdasarkan nas undang-undang di atas yang mana terpakai dan mengikat Mahkamah ini, harga belian yang dimaksudkan bagi tujuan pengiraan gantirugi jumlah tertentu untuk kelewatan penyerahan milikan kosong ialah harga belian yang telah ditetapkan di bawah Klausa 4 dan
Schedule
Jadual Kelima Perjanjian Jual Beli tersebut dan bukannya harga selepas diskaun/rebet. 44. Isu pengiraan LAD berdasarkan harga belian dan bukannya harga rebat/diskaun telah diputuskan melalui nas undang-undang di atas oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Maka Mahkamah berpendapat ianya bukan lagi satu isu yang perlu dibicarakan di hadapan Mahkamah ini. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 45. Mahkamah juga merujuk kepada kes PJD Regency Sdn Bhd v Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah & Anor And Other Appeals [2021] 2 MLJ 60 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan isu rebat/diskaun bukanlah pengkayaan tidak adil (unjust enrichment) kepada pembeli, seperti berikut: “[123] The express provision of rebates, in our view, is favourable to the purchasers which the developer could have inserted into the sale and purchase agreement. There is an express finding by the Court of Appeal that there were no such terms. Now, even if such terms were included into the contract, for the following reason, we doubt that it would have altered the conclusion on the calculation of the LAD. [124] A rebate is essentially an ex post facto discount. It amounts to refund of monies already paid by the purchaser. The concept behind LAD is to compensate a purchaser for the developer’s failure to comply with the statutorily prescribed timeline. It would defeat the purpose of the protection guaranteed by the law if a developer is allowed to cut his losses incurred by the LAD by offsetting it using the purchaser’s own money. In our view, such an act amounts to nothing more than an act to manipulate the purchase price for the collateral purpose of having to pay LAD. [125] The LAD prescribed by law is a statutory remedy afforded to the purchasers. There can therefore be no question of unjust enrichment upon an innocent party’s right to enforce his statutory remedy against the party in breach. This is especially so considering the developer’s own contravention of the law by S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g collecting an initial fee from the purchaser in express contravention of reg 11(2) of the HDR 1989.” 46. Berdsarkan dapatan Mahkamah Persekutuan di atas, Mahkamah berpendapat pemberian rebat/diskaun tidak mengubah terma-terma di dalam Perjanjian Jual Beli tersebut dan kedua-dua masih terikat dengannya. Pemberian diskaun/rebat adalah tindakan selepas Perjanjian Jual Beli dipersetujui dan merupakan wang yang dipulangkan semula kepada pembeli. Kesimpulannya pemberian rebat/diskaun tidak mengubah kandungan Perjanjian Jual Beli tersebut. 47. Oleh yang demikian hujahan defendan bahawa permintaan plaintif-plaintif untuk rebat/diskaun merupakan satu kesalahan kerana mengubah terma-terma di dalam kontrak statutori tidak bermerit dan tidak boleh dipertahankan. Persetujuan Tersirat (Implied Consent) 48. Isu ketiga yang dibangkitkan oleh defendan ialah kegagalan plaintif-plaintif membantah terhadap penyerahan lewat milikan kosong sedangkan masa merupakan intipati perjanjian. Defendan berhujah plaintif berpeluang untuk S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g menamatkan Perjanjian Jual Beli tersebut apabila gagal menyerahkan milikan kosong dalam tempoh waktu yang ditetapkan jika menurut kepada seksyen 56 Akta Kontrak 1950. 49. Hujah defendan lagi, apabila plaintif menerima penyerahan lewat milikan kosong, ini bermaksud plaintif secara persetujuan tersirat bersetuju menerima kelewatan penyerahan milikan kosong dan kini plaintif tidak berhak membantah dan menuntut gantirugi jumlah tertentu berdasarkan Perjanjian Jual Beli tersebut. Apabila plaintif hanya membuat tuntutan gantirugi jumlah tertentu sekarang, ini menunjukkan mala fide pada pihak plaintif. 50. Kedua-dua pihak merujuk kepada kes Berjaya Times Square Sdn Bhd v. M-Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269 yang membincangkan tafsiran kepada s 56(1) Akta Kontrak 1950 dalam konteks penyerahan lewat milikan kosong. Fakta di dalam kes tersebut menunjukkan responden telah memutuskan untuk menamatkan kontrak perjanjian jual beli lot komersil di dalam satu projek pembangunan yang dibangunkan oleh perayu apabila perayu telah lewat menyerahkan milikan kosong kepada responden. Isu di hadapan Mahkamah Persekutuan ialah sama ada responden berhak untuk menamatkan perjanjian jual beli S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g tersebut atas kegagalan perayu mematuhi perjanjian jual beli tersebut atau hanya berhak kepada gantirugi jumlah tertentu (seperti yang ditetapkan di dalam perjanjian jual beli tersebut) kerana perayu telah menyerahkan milikan kosong tersebut tetapi di luar waktu yang ditetapkan. 51. Mahkamah Persekutuan memutuskan: “[41] … In my judgment, while individual contracts will fall to be interpreted in accordance with their own terms, it is a useful guide to construction that a stipulation as to time must be read along with other provisions of the contract to determine if time is truly of the essence of the contract. Further, a clause providing for the payment of a sum whether as a fine, a penalty or as liquidated damages calculated on a daily basis for the period that the work undertaken remains unfinished on the expiry of the time provided in the contract would, in the absence of a contrary intention to be gathered from the contract, point to time not being of the essence. … [44] Returning to the mainstream, we have here an agreement which contains two clauses. One that provides for the payment of a sum as liquidated damages calculated on a daily basis for the period of delay in making delivery of the premises in question and another that makes time of the essence of the contract. Applying the guidelines discussed earlier, it is my judgment that time is not of the essence of the agreement in this case. A promise to construct and deliver a building within a stipulated time coupled with a promise to compensate for any delay in delivery is inconsistent with a right to terminate on the ground that time is of S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g the essence. It certainly points to an intention that time was not to be of the essence. … [46] To summarise, this is a case in which, upon a proper construction of the agreement, time was not of the essence. The respondent was not therefore entitled to terminate or put an end to the contract when the appellant failed to deliver the unit of shop lot on the stipulated date. All that it was entitled to receive was compensation calculated on the agreed basis. Its purported termination of the agreement was therefore wrongful.” 52. Mahkamah berpendapat ratio di dalam kes Berjaya Times Square Sdn. Bhd. v. M-Concept Sdn Bhd supra terpakai di dalam kes di hadapan Mahkamah ini. Plaintif di dalam kes ini tidak berhak menamatkan Perjanjian Jual Beli tersebut apabila defendan gagal menyerahkan milikan kosong di dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini kerana klausa 24(2) dengan jelas telah memperuntukkan gantirugi jumlah tertentu yang perlu dibayar oleh defendan sekiranya defendan gagal mematuhi klausa 24(1) dan tiada isu kegagalan sepenuhnya oleh defendan untuk menyerahkan milikan kosong. 53. Adakah ini bermaksud plaintif secara persetujuan tersirat menerima kemungkiran defendan apabila plaintif meneruskan Perjanjian Jual Beli tersebut dan hanya S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g memulakan tindakan setelah menerima milikan kosong daripada defendan? 54. Mahkamah berpendapat ini adalah hujahan salah anggap oleh defendan. Tiada isu persetujuan tersirat pada pihak plaintif kerana plaintif hanya menguatkuasakan haknya yang diperuntukkan di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut. Seperti yang diputuskan di dalam kes Berjaya Times Square Sdn. Bhd. v. M-Concept Sdn Bhd, supra plaintif tidak mempunyai pilihan untuk menamatkan Perjanjian Jual Beli tersebut tetapi boleh mengambil tindakan untuk mendapatkan gantirugi jumlah tertentu akibat lewat penyerahan milikan kosong. 55. Isu plaintif memulakan tindakan ini setelah milikan kosong diserahkan oleh defendan dan bukannya pada mula-mula defendan memungkiri Perjanjian Jual Beli tersebut juga salah anggapan oleh defendan. Klausa 24(2) Perjanjian Jual Beli tersebut menyatakan ‘opening date’ iaitu ‘from the expiry date of the period stipulated in clause 24(1)’ dan ‘the closing date’ iaitu ‘until the date the purchaser takes vacant possession of the said property’ dalam pengiraan gantirugi jumlah tertentu. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 56. Dalam erti kata lain, plaintif mempunyai hak untuk memulakan tindakan undang-undang menuntut gantirugi jumlah tertentu di bawah klausa 24(2) Perjanjian Jual Beli tersebut selepas 4.1.2024 iaitu tarikh milikan kosong diserahkan oleh defendan di dalam kes ini. 57. Mahkamah menolak hujahan defendan bahawa bicara penuh perlu diadakan untuk menyoal balas niat plaintif apabila plaintif gagal menamatkan Perjanjian Jual Beli tersebut di bawah seksyen 56 Akta Kontrak 1956 apabila defendan telah memungkiri klausa 24(2) Perjanjian Jual Beli tersebut. Mahkamah berpendapat nas undang-undang di atas telah jelas menerangkan kedudukan pihak-pihak di dalam kes ini dan hak dan liability mereka di sisi undang-undang. 58. Mahkamah berpendapat isu ini bukanlah satu isu yang perlu dibicarakan. Plaintif gagal membuktikan kerugian sebenar 59. Defendan seterusnya berhujah plaintif telah gagal membuktikan kerugian sebenar atau pampasan yang munasabah apabila menuntut gantirugi sebenar berdasarkan kemungkiran kontrak (rujuk seksyen 75 Akta S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g Kontrak 1950; Selva Kumar Murugiah v Thiagarajah Retnasamy P [1995] 1 MLRA 188; Johor Coastal Development Sdn Bhd v Constrajaya Sdn Bhd [2009] 1 MLRA 654). 60. Sekali lagi isu yang ditimbulkan oleh defendan ini telah diputuskan oleh nas undang-undang yang terdahulu. 61. Sebagai permulaan Mahkamah merujuk kepada kes Cubic Electronics Sdn Bhd (in liquidation) v Mars Telecommunications Sdn Bhd [2019] 6 MLJ 15 yang memutuskan bahawa kerugian sebenar tidak perlu dibuktikan dalam kes-kes yang mana terdapat klausa berhubung dengan gantirugi tertentu di dalam kontrak. Mahkamah Persekutuan memutuskan: “Held: [1] There was no necessity for proof of actual loss or damage in every case where an innocent party sought to enforce a damages clause in a contract. Section 75 of the Contracts Act 1950 (‘the CA’) allowed reasonable compensation to be awarded by the court irrespective of whether actual loss or damage was proven. Selva Kumar Murugiah v Thiagarajah Retnasamy [1995] 1 MLJ 817 and Johor Coastal Development Sdn Bhd v Constrajaya Sdn Bhd [2009] 4 MLJ 445 (both decisions of the Federal Court) should not be interpreted (as what subsequent decisions since then have done) as imposing a legal straightjacket in which proof of actual loss was the sole conclusive S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g determinant of reasonable compensation. Reasonable compensation was not confined to actual loss, although evidence of that might be a useful starting point. In determining what amounted to ‘reasonable compensation’ under s 75 of the CA, the concepts of ‘legitimate interest’ and ‘proportionality’ as enunciated in Cavendish Square Holding BV v Talal El Makdessi [2015] UKSC 67 were relevant.” 62. Ratio di atas telah diikuti di dalam kes Twin Pavilion Development Sdn Bhd v Soo Yan Kai Dan Satu Lagi [2019] MLJU 2011 yang turut membahaskan isu yang sama. Mahkamah Tinggi memutuskan: “[23] … apa yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Cubic Electronics adalah seperti berikut: (a) beban awalan terletak pada pihak yang memohon untuk menguatkuasakan LAD dengan mengemukakan bukti/keterangan bahawa: (i) terdapat pelanggaran kontrak; dan (ii) kontrak tersebut mempunyai klausa yang memperincikan jumlah yang perlu dibayar berikutan dengan pelanggaran kontrak; (b) apabila kedua-dua kehendak tersebut dipenuhi, pihak yang memohon layak untuk menerima bayaran yang tidak melebihi jumlah yang dinyatakan dalam kontrak, tanpa mengira sama ada kerosakan atau kerugian sebenar dibuktikan atau tidak, kecuali jika pihak yang ingkar dapat S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g membuktikan ketidakpatutan klausa LAD tersebut termasuklah jumlah yang dinyatakan. (c) sekiranya terdapat pertikaian berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan “pampasan yang munasabah”, beban pembuktian adalah ke atas pihak yang ingkar untuk menunjukkan bahawa klausa LAD termasuk dengan jumlah yang dinyatakan dalamnya itu adalah tidak munasabah. [24] Lagipun, di dalam kes ini tiada isu ketidakmunasabahan gantirugi telah dibangkitkan atau ditimbulkan.” 63. Nas undang-undang di atas adalah mantap di atas isu ini. Plaintif-plaintif tidak perlu membuktikan kerugian sebenar yang dialami oleh mereka mahupun keperluan untuk memitigasikan kerugian kerana plaintif-plaintif di sini hanya menguatkuasakan hak mereka di bawah Perjanjian Jual Beli tersebut. Tambahan pula defendan sendiri tidak pernah membangkitkan isu ketidakmunasabahan gantirugi jumlah tertentu yang dituntut oleh plaintif-plaintif. 64. Mahkamah berpendapat isu ini juga bukanlah satu isu yang perlu dibicarakan. Plaintif masih mempunyai bayaran tertunggak pada masa Notis Penyerahan Hakmilik diserahkan S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 65. Defendan berhujah bahawa menurut rekod defendan plaintif masih mempunyai bayaran tertunggak yang belum dijelaskan bawah Perjanjian Jual Beli tersebut berjumlah RM2,343.45 66. Namun defendan tidak mengemukakan apa-apa keterangan untuk menyokong dakwaan ini dalam Affidavit Jawapan defendan. 67. Plaintif pula berhujah bahawa Fasal 26(1)(c) Perjanjian Jual Beli tersebut memperuntukkan milikan kosong akan diserahkan selepas kesemua bayaran dan obligasi bawah Perjanjian Jual Beli disempurnakan oleh plaintif. Memandangkan defendan telah mengeluarkan Notis Milikan Kosong kepada plaintif, maka ini menunjukkan plaintif telah menyempurnakan obligasinya bawah Perjanjian Jual Beli tersebut termasuk apa jua bayaran yang perlu dibayar oleh plaintif. 68. Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa defendan gagal membuktikan hutang yang didakwa oleh defendan yang belum dibayar oleh plaintif. Fakta bahawa Notis Penyerahan Milikan Kosong hartanah tersebut telah dikemukakan kepada plaintif daripada defendan menunjukkan defendan bersetuju dan berpuas hati bahawa S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g plainitf telah memenuhi obligasinya bawah Perjanjian Jual Beli tersebut. 69. Oleh yang demikian adalah tidak munasabah bagi defendan pada saat ini mendakwa plaintif masih berhutang kepada defendan dan tidak berhak menuntut gantirugi jumlah tertentu dalam kes ini. 70. Mahkamah juga berpendapat sekiranya benar plaintif terhutang kepada defendan (yang mana tidak dibuktikan setakat ini) defendan boleh menuntutnya melalui tuntutan balas. 71. Mahkamah masih boleh membenarkan tuntutan utama melalui Penghakiman Terus dan tuntutan balas terus boleh diteruskan untuk bicara sekiranya perlu. 72. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat tiada merit dalam isu ini dan tidak perlu dibicarakan. Kegagalan plaintif mengemukakan kebenaran daripada pembiaya sebelum memulakan tindakan ini S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 73. Defendan berhujah bahawa sebelum memulakan tindakan ini plaintif perlu mengemukakan kebenaran daripada pembiaya terlebih dahulu seperti yang diperuntukkan bawah Fasal 8 Perjanjian Jual Beli tersebut. 74. Fasal 8 menyatakan: 75. Memandangkan tiada apa-apa keterangan dikemukakan oleh plaintif bahawa pembiaya telah dimaklumkan sebelum tindakan ini dimulakan, maka defendan berhujah tindakan yang diambil plaintif tidak sah. 76. Plaintif di dalam afidavit balasannya (perenggan 33 Afidavit Balasan plaintif) menegaskan plaintif-plaintif tidak pernah menandatangani Deed of Absolute Assigment seperti yang diperuntukkan bawah Fasal 8 Perjanjian Jual Beli tersebut sebaliknya telah memasuki perjanjian gadaian di antara S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g plaintif-plaintif dan pembiaya sebagai pemegang gadaian. Oleh yang demikian, peruntukan bawah Fasal 8 tersebut tidak terpakai kepada plaintif dan plaintif tidak perlu mengemukakan apa-apa notis daripada pembiaya sebelum memulakan tindakan ini. 77. Rujukan defendan kepada kes Nouvau Mont Dor (M) Sdn Bhd v Faber Development Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 268 adalah tidak tepat kerana terdapat Deed of Absolute Assignment dalam kes tersebut yang mana berbeza didalam kes di hadapan Mahkamah ini. 78. Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa isu ini bukanlah satu isu bermerit untuk dibicarakan. Tiada notis daripada plaintif kepada defendan tentang niat untuk menuntut gantirugi jumlah tertentu sebelum memulakan tindakan 79. Defendan berhujah plaintif dengan sukarela menerima Notis Penyerahan Milikan Kosong dan pada masa penyerahan tersebut plaintif tidak kemukakan apa-apa notis menuntut gantirugi jumlah tertentu. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 80. Plaintif berhujah bahawa tiada dalam mana-mana fasal Perjanjian Jual Beli tersebut yang meletakkan obligasi atas plaintif untuk memberi notis kepada defendan sebelum boleh memulakan tindakan ini. 81. Plaintif merujuk kepada kes Diong Tieow Hong & Anor v Amalan Tepat Sdn Bhd [2008] 3 MLJ 411 yang telah membincangkan isu ini in extenso. Mahkamah merujuk kepada penghakiman yang relevan dalam kes tersebut seperti berikut: “There is no legal obligation to give any notice of an intention to claim for LAD for an SPA under schedule ‘H’of the Housing Developers (Control and Licensing) Regulations 1989. It must be emphasised that the Housing Developers (Control and Licensing) Act 1966 is a specific piece of legislation enacted to protect the interests of house buyers and the provisions therein, including the prescribed agreements, override the provisions of the general Contracts Act 1950 including s 56(3) thereof. … Continuing at p 43 and spilling over to p 44, this was what I said in the same case: Incidentally, if Parliament intended that the plaintiffs as purchasers must notify the defendant as developer of the plaintiffs’ intention to claim liquidated ascertained damages before making such a claim, then Parliament would have S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g manifested that intention in the standard sale and purchase agreements which the plaintiffs have signed. The fact that there was no such requirement incorporated in the standard sale and purchase agreements showed, on the balance of probabilities, that Parliament had never intended to impose such a burden on the plaintiffs as the purchasers of those condominium units. This conclusion is fortified by the words which Parliament employed in cll 22(2) and 24(2) of the standard sale and purchase agreements which read, inter alia, that ‘the vendor shall pay immediately to the purchaser liquidated damages’. To read and apply s 56(3) of the Contracts Act 1950 into a claim for liquidated ascertained damages that was guaranteed under the Housing Act wherein the Housing Regulations were made would only lead to absurdity because it would remove the very protection that Parliament had guaranteed to the plaintiffs as purchasers of the condominium units.” 82. Kes di atas merujuk kepada pembelian kondominium melalui kontrak lazim di bawah Jadual H daripada pihak pemaju iaitu defendan. Dalam kes ini Perjanjian Jual Beli di antara kedua-dua pihak ialah menggunakan kontrak lazim bawah Jadual H tersebut yang tidak memperuntukkan mana-mana fasal mengenai keperluan plaintif mengemukakan notis kepada defendan sebelum menuntut gantirugi jumlah tertentu. 83. Mahkamah berpendapat isu ini juga bukanlah isu bermerit yang memerlukan perbicaraan penuh. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g KESIMPULAN 84. Fakta-fakta dalam kes ini dan isu-isu yang ditimbulkan oleh defendan adalah jelas dan dapat diputuskan melalui keterangan affidavit dan telah diputuskan oleh nas undang-undang terdahulu. Isu-isu tersebut juga tidak memerlukan perbicaraan penuh. 85. Hakikatnya defendan telah gagal membuat serahan milikan kosong hartanah tersebut sebelum PKP dilaksanakan lagi. Fakta ini juga tidak dipertikaikan oleh Defendan. 86. Alasan kelewatan akibat penstrukturan semula defendan juga bukan alasan yang sah untuk membela defendan dalam tuntutan ini kerana plaintif bukan pihak dalam perjanjian tersebut dan terma-terma penstrukturan semula tidak mengikat plaintif. 87. Pada pendapat Mahkamah Defendan tidak mempunyai sebarang pembelaan yang bermerit untuk menentang tuntutan plaintif-plaintif di sini. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g 88. Sebaliknya plaintif-plaintif telah mengalami kerugian kerana hartanah yang dibeli tidak dapat dimiliki dalam tempoh yang dijanjikan oleh defendan. 89. Mahkamah memutuskan terdapat merit di dalam permohonan Penghakiman Terus yang dipohon oleh plaintif-plaintif di sini. 90. Mahkamah membenarkan perintah seperti dipohon di
Lampiran
Lampiran 8 dengan kos RM3,000.00 ditanggung oleh defendan. Bertarikh 19 Julai 2025 LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g Peguam bagi pihak plaintif : Norliza bt Ibrahim T/n T.S Chong & Co Peguam bagi pihak defendan: Shobana Mala a/p Krishnan T/n Shobana M & Assocs. S/N uwS8viC7lUuMqmynyu4y5g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.