Content
1 GUAMAN NO: WA-A52NCvC-821-12/2021
WA-A52NCvC-822-12/2021
Sessions Court of Malaysia30 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“admissibility of such documents were objected to by either side on the ground that the makers were not called. I rule that since these documents were not strictly proved as required by s 73(a) of the Evidence Act 1950 thereby deprives the opportunity to test the authenticity of their contents, such exhibits remain inad”
“elah dibuktikan melalui saksi-saksi Defendan iaitu SD1, SD3, SD4, dan SD5 di bawah Seksyen 60 Akta Keterangan 1950. [50] Dalam kes Linda bt Othman v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sendirian Berhad [2019] MLJU 1739 Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa: “I am satisfied that the documents that are produced before this”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 GUAMAN NO: WA-A52NCvC-821-12/2021
1
CHONG CHEE SEONG
2
CHEE FUI SAN (NO. KP: 850525015258) DAN DIDENGAR BERSAMA 30/07/2024 11:40:12
1
CHONG YUEN SOON
2
CHONG MEE YONG
3
CHEOW KWEE FUI (NO. KP: 840404015068) …PLAINTIF KETIGA
1
CHONG CHEE KANG
2
CHONG MUN THAI (NO. KP: 571231015330) ALASAN PENGHAKIMAN [1] Ini merupakan rayuan Defendan terhadap keputusan yang diberikan pada 30.1.2024 untuk keseluruhan keputusan yang diberikan. LATAR BELAKANG [2] Plaintif-Plaintif dalam ketiga-tiga Guaman ini merupakan individu-individu yang membeli kedai-kedai pejabat diLot No. SF21 (Guaman 821), Lot No. SF22 (Guaman 823) dan Lot No. SF23 (Guaman 822), Mukim Tanjung Kupang, Daerah Johor Bahru, Negeri Johor. (selepas ini dikenali sebagai “Premis-Premis tersebut"). [3] Defendan pula merupakan pemaju bagi projek iPARC – Pejabat Kedai Bertingkat tiga-Parcel C2 (iPARC-3 storey shop office parcel-C2) ataupun iParc@Tanjung Pelepas (selepas ini dikenali sebagai "Projek tersebut"). [4] Plaintif-Plaintif dalam ketiga-tiga guaman telah menuntut ganti rugi tertentu (“LAD”) atas alasan milikan kosong kedai-kedai pejabat yang dibeli oleh Plaintif-Plaintif daripada Defendan tidak diserahkan oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif dalam masa yang telah ditetapkan iaitu dalam masa 36 bulan dari tarikh Perjanjian-Perjanjian Jual Beli yang bertarikh 31.12.2012 (untuk Guaman 821) dan juga 16.12.2012 (untuk Guaman 822 dan 823) (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian Jual Beli tersebut”). [5] Pada 15.3.2022, Mahkamah telah membenarkan permohonan untuk ketiga-tiga guaman ini dibicarakan bersama memandangkan terdapatnya fakta dan isu yang hampir sama dalam kesemua guaman ini. WA-A52NCvC-821-12/2021 (Guaman 821) [6] Plaintif-Plaintif dalam Guaman 821 telah menandatangani perjanjian pada 31.12.2012. Milikan kosong sepatutnya diserahkan pada atau sebelum 31.12.2015, iaitu 36 buIan dikira daripada tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut. [7] Melalui surat bertarikh 29.08.2017, Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif bahawa milikan kosong Premis tersebut adalah sedia untuk serahan. Berdasarkan terma-terma Perjanjian Jual Beli tersebut, Defendan dianggap telah menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif pada 08.09.2017. [8] Defendan dikatakan telah gagal, ingkar, dan/atau enggan menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam masa yang ditetapkan di mana terdapat kelewatan selama 617 hari dalam penyerahan milikan kosong Premis tersebut oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. [9] Plaintif-Plaintif telah menuntut ganti rugi jumlah tertentu LAD berjumlah RM102,776.99 berdasarkan pengiraan di bawah: Jumlah harga pembelian: RM760,000.00 Kelewatan penyerahan milikan kosong (hari) : 617 hari RM760,000 x 8% x 617 hari = RM 102,776.99 365 WA-A52NCvC-822-12/2021 (Guaman 822) [10] Plaintif-Plaintif dalam Guaman 822 telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16.12.2012. Milikan kosong sepatutnya diserahkan pada atau sebelum 16.12.2015, iaitu 36 buIan dikira daripada tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut. [11] Melalui surat bertarikh 29.08.2017, Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif bahawa milikan kosong Premis tersebut adalah sedia untuk serahan. Berdasarkan terma-terma Perjanjian Jual Beli tersebut, Defendan dianggap telah menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif pada 08.09.2017. [12] Defendan dikatakan telah gagal, ingkar, dan/atau enggan menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam masa yang ditetapkan di mana terdapat kelewatan selama 632 hari dalam penyerahan milikan kosong Premis tersebut oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. [13] Plaintif-Plaintif telah menuntut LAD berjumlah RM105,275.62 berdasarkan pengiraan di bawah: Jumlah harga pembelian: RM760,000.00 Kelewatan penyerahan milikan kosong (hari) : 632 hari RM760,000 x 8% x 632 hari =RM105,275.62 365 WA-A52NCvC-823-12/2021 (Guaman 823) [14] Plaintif-Plaintif dalam Guaman 823 telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16.12.2012. Milikan kosong sepatutnya diserahkan pada atau sebelum 16.12.2015, iaitu 36 buIan dikira daripada tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut. [15] Melalui surat bertarikh 29.08.2017, Defendan telah memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif bahawa milikan kosong Premis tersebut adalah sedia untuk serahan. Berdasarkan terma-terma Perjanjian Jual Beli tersebut, Defendan dianggap telah menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif pada 08.09.2017. [16] Defendan dikatakan telah gagal, ingkar, dan/atau enggan menyerahkan milikan kosong Premis tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam masa yang ditetapkan di mana terdapat kelewatan selama 632 hari dalam penyerahan milikan kosong Premis tersebut oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. [17] Plaintif-Plaintif telah menuntut LAD berjumlah RM105,275.62 berdasarkan pengiraan di bawah: Jumlah harga pembelian: RM760,000.00 Kelewatan penyerahan milikan kosong (hari) : 632 hari RM760,000 x 8% x 632 hari =RM105,275.62 365 [18] Secara keseluruhan Plaintif-Plaintif dalam kesemua guaman ini telah menuntut terhadap Defendan seperti berikut:- a) Ganti rugi jumlah tertentu sebanyak RM102,776.99 (Guaman 821), RM105,275.62 (Guaman 822) dan RM RM105,275.62 (Guaman 823) bagi kelewatan dalam penyerahan milikan kosong Premis-Premis tersebut; b) Ganti rugi am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini; c) Faedah ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada kadar 5% setahun daripada tarikh pemfailan guaman ini sehingga tarikh pembayaran penuh dan muktamad; d) Kos; dan e) Perintah-perintah lain atau relif-relif selanjutnya yang Mahkamah Yang Mulia ini anggap suai manfaat dan wajar untuk diberikan. [19] Pembelaan Defendan adalah bahawa terdapat lanjutan-lanjutan masa yang telah diberikan kepada Defendan untuk penyerahan milikan kosong premis-premis tersebut menurut Klausa 23 perjanjian-perjanjian jual beli yang telah ditandatangani, apabila terdapat kelewatan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam menyiapkan kerja-kerja bekalan elektrik, yang mana adalah di luar kawalan Defendan. Oleh itu Plaintif-Plaintif dalam kesemua guaman ini tidak berhak terhadap ganti rugi sebagaimana yang dituntut. Keputusan Mahkamah [20] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif-Plaintif dan Defendan serta mendengar hujahan oleh kedua-dua peguam cara Plaintif-Plaintif dan Defendan yang bijaksana, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah telah mendapati pihak Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan kes terhadap Defendan. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif-Plaintif adalah dibenarkan sebagaimana berikut: a) Ganti rugi jumlah tertentu sebagaimana yang dituntut oleh pihak Plaintif-Plaintif berdasarkan penyata tuntutan ketiga-tiga Guaman 821, 822 dan 823. b) Prayer (b) berkaitan ganti rugi am ditolak c) Faedah ke atas jumlah ganti rugi yang dibenarkan oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada kadar 5% setahun daripada tarikh pemfailan guaman-guaman ini sehingga tarikh pembayaran penuh dan muktamad; d) Kos RM 20,000 diberikan kepada pihak Plaintif-Plaintif bagi ketiga-tiga guaman (RM 6666.66 setiap satu guaman) memandangkan kes ini dibicarakan bersama dan mempunyai fakta dan isu-isu yang sama. [21] Tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah, Defendan dalam Guaman 821, Guaman 822 dan Guaman 823 telah memfailkan notis rayuan yang bertarikh 7.2.2024 merayu terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah. DAPATAN MAHKAMAH [22] Dalam kes ini, terdapat 10 orang saksi telah hadir untuk memberi keterangan di Mahkamah. Dokumen-dokumen yang difailkan dalam ketiga-tiga guaman ini secara umumnya mempunyai kandungan yang sama. Yang membezakan ketiga-tiga kes ini ialah tarikh-tarikh yang terlibat seperti tarikh perjanjian jual beli. [23] Semasa perbicaraan, pihak-pihak telah bersetuju bahawa penandaan dokumen bahagian B Ikatan Dokumen diterima sebagai keterangan dan tidak ditandakan. Hanya dokumen di bahagian C sahaja yang ditandakan sebagai ekshibit. Dokumen-Dokumen yang terlibat dan difailkan di Mahkamah ini dinyatakan dalam Lampiran A di akhir alasan penghakiman ini bagi memudahkan pihak-pihak membuat rujukan. [24] Saksi-saksi pihak Plaintif adalah sebagaimana berikut: a) SP1: Chong Chee Kang - Plaintif Pertama dalam Guaman 823 dan Pembeli Lot SF22 dalam Projek iPARC b) SP2: Chong Chee Seong - Plaintif Pertama dalam Guaman 821dan Pembeli Lot SF21 dalam Projek iPARC c) SP3: Chong Yuen Soon – Plaintif Pertama dalam Guaman 822 dan Pembeli Lot SF23 dalam Projek iPARC [25] Saksi-saksi pihak Defendan pula sebagaimana berikut: a) SD1: Chan Chee Hing-Pengurus Besar (Bahagian Pelaksanaan Projek) Defendan b) SD2: Ng Hong Ling - Arkitek daripada JYP Architects Sdn. Bhd. c) SD3: Haji Mohmad Bin Saikon – Pengurus Kawasan Tenaga Nasional Berhad Johor Bahru dari sekitar tahun 2015 hingga 2017 d) SD4: Tong Teng Wee - Jurutera elektrik daripada Tetuan Perunding Cekap e) SD5: Norazam Ahmad: Pembantu teknikal jurutera di Tetuan Perunding Cekap. f) SD6: Azizah Binti Ismail – Timbalan Pengurus Besar (Bahagian Kewangan dan Pentadbiran Kredit) Defendan g) SD7: Benjamin Ong Chin Yee – Ketua Pegawai Eksekutif Defendan sejak tahun 2017. [26] Pihak Plaintif-Plaintif telah membangkitkan beberapa bantahan awal. Bantahan awal yang pertama ialah berkenaan tafsiran terma dan syarat perjanjian jual beli antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan bagi Premis-Premis di Projek tersebut di mana menurut pihak Plaintif, pihak Defendan telah menyoal balas beberapa orang saksi Plaintif di mana jawapan yang diberikan adalah berkaitan tafsiran terma dan syarat perjanjian yang telah dibuat. [27] Pihak Defendan menghujahkan bahawa adalah undang-undang mantap (trite law) dan mengikut kes NVJ Menon lwn The Great Eastern Life Assurance Co Ltd [2004] 3 MLJ 38 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tafsiran terma dan syarat perjanjian adalah di bawah kuasa Mahkamah dan bukan melalui keterangan saksi seperti berikut:- “In arriving at the aforesaid conclusion, no reference was made to the oral evidence led at the trial as to the meaning and interpretation of the contract between the parties. This was because the construction of a contract was a question of law for determination by the court and not by witnesses through their oral evidence. In the instant case, the learned judge refered to the oral testimony and relied upon it for the interpretation of the agreements and circulars. That was clearly an inadmissible method of construction.” [28] Oleh sebab itu, nota keterangan mengenai keterangan saksi-saksi berkenaan tafsiran klausa jual-beli terlibat haruslah dihapuskan dan dikeluarkan kerana ia bercanggah dengan prinsip undang-undang yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan dan memprejudiskan pihak Plaintif-Plaintif dalam kes ini. [29] Bantahan awal kedua pula berkenaan hak peguam Plaintif-Plaintif telah dilucutkan untuk menyoal balas saksi-saksi Defendan. Peguam Plaintif-Plaintif telah berkali-kali memohon ke Mahkamah agar merekodkan bantahan bahawa peguam Plaintif-Plaintif tidak dibenarkan untuk menyoal balas saksi-saksi Defendan berkenaan soalan-soalan dan fakta-fakta yang relevan dengan isu-isu dalam kes ini. [30] Menurut hujahan pihak Plaintif-Plaintif, soalan-soalan yang ditanya oleh peguam Plaintif-Plaintif semasa perbicaraan penuh adalah relevan dengan isu-isu dalam kes ini di bawah seksyen 5 dan seksyen 7 Akta Keterangan 1950 walaupun ia tidak diplidkan. [31] Pihak Plaintif-Plaintif juga membangkitkan bahawa dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai ID dalam ikatan tidak dipersetujui tidak boleh diterima oleh Mahkamah. Dalam kes Soo Hong & Leong Kew Moi v UMBC [1997] 1 MLJ 690, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa: “During the course of the trial, various documentary exhibits were referred to by both sides and marked as exhibits to be identified
ID
since the admissibility of such documents were objected to by either side on the ground that the makers were not called. I rule that since these documents were not strictly proved as required by s 73(a) of the Evidence Act 1950 thereby deprives the opportunity to test the authenticity of their contents, such exhibits remain inadmissible.” [32] Dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai IDD11, IDD29 dan IDD41, iaitu surat-surat daripada TNB bertarikh 10.04.2017 berkenaan kononnya lanjutan masa sejak April 2017 sehingga Ogos 2017 (kononnya “extention of time” (EOT) Keempat) tidak boleh diterima dan/atau diambil kira oleh Mahkamah ini kerana penulis (“maker”) iaitu Nazirah Binti Abdul Nasir tidak hadir memberi keterangan di Mahkamah. [33] Dengan itu, surat daripada Perunding Cekap bertarikh 18.04.2017 berkenaan kononnya EOT Keempat juga tidak boleh ditimbang oleh Mahkamah kerana surat tersebut adalah bergantung atau berdasarkan surat daripada TNB iaitu IDD11, IDD29 dan IDD41. [34] Oleh yang demikian, EOT No.4 sejak April 2017 hingga Ogos 2017 yang kononnya diberikan oleh Perunding Cekap tidak boleh ditimbang oleh Mahkamah. [35] Mahkamah menolak kesemua bantahan pihak awal pihak Plaintif-Plaintif ini. Berkaitan dengan bantahan mengenai tafsiran terma-terma kontrak, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan. Mahkamah mendapati bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh peguam cara Defendan kepada saksi-saksi Plaintif-Plaintif merupakan soalan yang relevan di bawah Akta Keterangan 1950. [36] Soalan-soalan berkaitan Perjanjian Jual Beli tersebut serta Klausa 23 telah diplidkan secara nyata dalam pliding-pliding dan ia merupakan pembelaan Defendan bahawa terdapat lanjutan masa yang diberikan di bawah Klausa 23. [37] Mahkamah bersetuju bahawa, soalan-soalan yang ditujukan tersebut merupakan soalan-soalan relevan di bawah Akta Keterangan 1950 antara lainnya Seksyen 5 dan Seksyen 91 Huraian 3 untuk menubuhkan fakta-fakta persoalan dan fakta-fakta yang berkaitan. [38] Mahkamah pula tidak terikat untuk menerima semua jawapan saksi-saksi dan tidak dipengaruhi oleh soalan atau pun jawapan saksi-saksi terlibat. Mahkamah perlu menilai semua keterangan yang ada secara keseluruhan dan mempunyai kuasa mutlak untuk membuat sebarang tafsiran berkaitan terma-terma perjanjian. Oleh itu, semua keterangan yang ada dikekalkan dalam nota keterangan dan tiada sebarang keterangan dikeluarkan sama ada keterangan daripada pihak saksi Plaintif-Plaintif ataupun saksi pihak Defendan. [39] Berkaitan dengan bantahan kedua, pihak Defendan telah membuat bantahan terhadap soalan-soalan yang dibangkitkan oleh pihak Plaintif-Plaintif. Ini berlaku semasa perbicaraan penuh dan Mahkamah telah membuat keputusan (rulling) berkaitan bantahan tersebut. Ini merupakan perkara biasa yang berlaku semasa perbicaraan dan merupakan budi bicara Mahkamah untuk menolak atau membenarkan sebarang bantahan setelah mendengar maklum balas pihak-pihak berkaitan bantahan yang dibuat. [40] Pada masa yang sama Mahkamah berpendapat bantahan yang dibuat oleh pihak peguam cara Defendan mempunyai asas kerana ia berkaitan perkara yang tidak diplidkan oleh pihak Plaintif-Plaintif. Pihak-pihak adalah terikat dengan pliding dan semua pihak sepatutnya fokus pada perkara yang diplidkan dan tidak menerawang kepada perkara-perkara lain terutamanya dokumen-dokumen yang tidak difailkan. [41] Dalam kes Saiman Umar v Lembaga Pertubuhan Peladang [2015] 6 MLJ 492, 505-506 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:- “[41] We should remind ourselves that parties to an action are bound by their own pleadings. It is therefore necessary to make the point that the court is also bound by the pleadings in as much as the parties themselves” [42] Dalam kes Sukatno v Lee Seng Kee [2009] 3 MLJ 306, 318-319 Mahkamah Rayuan di perenggan 36 dan 37 menyatakan: “[36] According to Bret LJ in Philipps v Philipps And Others (1878- 1879) 4 QBD 127, at p 133 (CA) 'If parties were held strictly to their pleadings under the present system they ought not to be allowed to prove at the trial, as a fact on which they would have to rely in order to support their case, any fact which is not stated in the pleadings'. It simply means that each party must plead all the material facts on which he proposes to rely at the trial; otherwise that party is not entitled to give any evidence of those material facts. [37] According to the case of Waghorn v George Wimpey & Co Ltd [1969] 1 WLR 1764 where the evidence adduced at the trial establishes facts which are different from those pleaded by the plaintiff as constituting negligence - in fact a radical departure, the action will be dismissed forthwith. Even if the plaintiff were to succeed at the trial based on findings of fact by the trial court. that judgment will not be allowed to stand and the appellate court will dismiss the action (Rawding v London Brick Co Ltd (1971) 10 KIR 207 (CA)) or at the most will order a new trial (L/oyde v West Midlands Gas Board [1971] 1 WLR 749; [1971] 2 All ER 1240 (CA))." [43] Tambahan pula, ini merupakan perbicaraan sivil di mana pihak-pihak telah diberi masa untuk mengumpul dokumen dan berbincang sesama sendiri bagi mengelakkan unsur luar jangka serta mengejutkan. Defendan sendiri dalam hujahannya mengakui bahawa soalan-soalan yang ditanya tidak diplidkan tetapi ingin terus mengajukan soalan-soalan tersebut dengan alasan ia soalan yang releven dan berkaitan dengan kes ini. [44] Mahkamah menerima hujahan pihak Defendan bahawa dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai ID tersebut boleh dijadikan ekshibit dan ditukar kepada P berdasarkan peruntukan Seksyen 73A (2) Akta Keterangan 1950 yang menyatakan sebagaimana berikut: “73A. Admissibility of documentary evidence in civil cases, etc. …
2
In any civil proceedings, the court may at any stage of the proceedings, if having regard to all the circumstances of the case it is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused, order that such a statement as mentioned in subsection (1) shall be admissible as evidence or may, without any such order having meen made, admit such a statement in evidence –
a
notwithstanding that the maker of the statement is available but is not called as a witness; …” [45] Pihak Plaintif-Plaintif membuat bantahan ini dengan alasan pembuat atau “maker” dokumen-dokumen tersebut tidak dipanggil sebagai saksi. Mahkamah berpuas hati bahawa salinan asal dokumen-dokumen telah dikemukakan semasa bicara penuh. Oleh sebab itu, dokumen-dokumen tersebut bukanlah dokumen palsu ataupun “not authentic”. [46] Pada masa yang sama, terdapatnya keterangan saksi-saksi Defendan berkenaan dokumen-dokumen tersebut serta kandungannya. Pihak Plaintif-Plaintif juga telah diberi peluang untuk menyoal balas saksi-saksi Defendan berkenaan dokumen-dokumen yang ditandakan sebagai ID ini. [47] Mahkamah berpendapat bahawa Ekshibit IDD7, IDD11, IDD29 & IDD41 merupakan pernyataan yang dibuat dalam 'ordinary course of business' Jurutera JRK Sdn Bhd dan TNB semasa melaksanakan tugas profesional mereka sebagai jurutera sivil bagi Defendan dan pembekal elektrik untuk Projek tersebut di mana Premis-Premis tersebut terletak. [48] Dalam kes Bank Of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 474, 483-485 Mahkamah telah menyatakan sebagaimana berikut: “Calling Of The Maker Of The Notice The counsel for the 2nd and 3rd defendants contended that the second and third notice of demands (ID17 - ID19 and ID21 - ID23) were only marked as 'ID' and the maker of the documents were not called to give evidence. He argued that as such the notices are "hearsay" and inadmissible. The effect of the defendant's submission is that the solicitor who drafted the notices of demand on behalf of the plaintiff must be called to give evidence and to tender the said notice before they can be accepted as evidence. On the same token, the postman who delivered the notices and later accepted the signed copy of the relevant AR Cards must also be called to testify in court and to produce each and every one of the relevant AR Cards and Certificate of Posting (ID18 - ID20 and ID22 - ID24). I just cannot imagine if this things really happened. Solicitor or lawyer who, in his professional capacity has been issuing notice of demand almost everyday has to came to court to testify and produce the said notices of demand as exhibit. Postman, whose ordinary duty is to deliver letters, would also be lining up in the court's witness room waiting to be called to give evidence and to produce all the AR Cards which they had been handling. To my mind, what the defendants wish to achieve through their submission is totally not practical. Undue delay and expense would be caused. The notices of demand are issued by solicitors or lawyers on behalf of their clients in their ordinary course of business. The AR Cards and certificates of posting are issued by postman in their ordinary course of business. To call them to testify in court may cause undue delay or expense which under the circumstances appears to be unreasonable. As such, by virtue of s. 32(1)(b) of the Evidence Act 1950, the statements contained in those documents are relevant facts. Section 73A(2) of the Evidence Act 1950 provides for the admittance of documents when the maker is not called, if having regard to all the circumstances of the case the court is satisfied that undue delay or expense would otherwise be caused. … … Therefore, by virtue of the above provisions of law, I am satisfied that the said notices of demand (ID17 - ID19) and (ID21 - ID23); the AR Cards (ID18 - ID20) and Certificates of Posting (ID22 - ID24) are admissible as evidence. All these documents are part of a transaction or records which are consistent, and were issued in the course of business and discharge of professional duty. The court can see the genuinity of these documents without the makers being called. …” [49] Pada masa yang sama, Seksyen 62 Akta Keterangan 1950 yang mana tidak mewajibkan kehadiran pembuat dokumen dan kesahihan kandungan dokumen-dokumen tersebut juga telah dibuktikan melalui saksi-saksi Defendan iaitu SD1, SD3, SD4, dan SD5 di bawah Seksyen 60 Akta Keterangan 1950. [50] Dalam kes Linda bt Othman v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sendirian Berhad [2019] MLJU 1739 Mahkamah Tinggi telah menyatakan bahawa: “I am satisfied that the documents that are produced before this Court are original documents and fulfills the requirements of Section 62 Evidence Act. … Section 62 does NOT require the maker be called. It merely requires the original documents be produced. Once done, it has fulfilled the requirements of Section 62. Of course, the burden of proving that the document is what they are purported to be rest with the party that produces it. In our instant case, I am satisfied that no tampering or doctoring or other alternations have been made.” [51] Mahkamah berpendapat bahawa tiada sebab yang begitu penting untuk pihak Defendan memanggil “maker” dokumen-dokumen tersebut kerana ini akan melengah-lengahkan perbicaraan yang berlangsung sedangkan tanpa kehadiran pembuat dokumen tersebut, dokumen tersebut dibolehkan untuk diterima mengikut peruntukan undang-undang yang ada, di mana Mahkamah berpuas hati bahawa syarat-syarat dan garis panduan yang diberikan dalam peruntukan yang berkaitan telah dipatuhi. [52] Terdapat empat isu yang utama untuk penentuan Mahkamah yang akan memberi kesan sama ada Plaintif-Plaintif berhak untuk menuntut LAD daripada Defendan bagi kelewatan dalam penyerahan milikan kosong Lot No. SF21, SF22 dan SF23 kepada Plaintif-Plaintif seperti berikut:- a) Sama ada Plaintif-Plaintif berhak untuk menuntut ganti rugi jumlah tertentu bagi kelewatan penyerahan milikan kosong Lot SF21, SF22 dan SF23 berdasarkan Klausa 18 Perjanjian Jual Beli. b) Sama ada kelewatan penyerahan milikan kosong Lot No. SF21, SF22 dan SF23 adalah disebabkan oleh faktor-faktor seperti yang dinyatakan dalam Klausa 23 Perjanjian Jual Beli dan di luar kawalan Defendan. c) Sama ada lanjutan-lanjutan masa yang diberikan oleh jurutera adalah sah, adil dan munasabah. d) Sama ada lanjutan-lanjutan masa yang diberikan oleh jurutera/arkitek adalah selaras dengan Klausa 23 Perjanjian Jual Beli dan sah. [53] Ketiga-tiga Perjanjian Jual Beli tersebut secara umumnya mengandungi terma-terma yang serupa. Perbezaan yang ada melibatkan nama-nama pembeli, unit yang terlibat serta tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani. [54] Antara terma-terma penting Perjanjian Jual Beli adalah seperti berikut:- “18. DELIVERY OF VACANT POSSESSION WITHIN 36 MONTHS
18
18.1 Provided the Purchaser shall have paid the Purchase Price in full and provided the Purchaser shall have faithfully performed all the terms and conditions set out in this Agreement the Vendor shall deliver vacant possession of the Property free from all encumbrances to the Purchaser within Thirty Six (36) months from the date of this Agreement (hereinafter referred to as “the Delivery Period”), failing which the Purchaser shall be entitled only to liquidated damages at the rate of Eight per centum (8%) per annum of the total amount paid todate by the Purchaser until actual or deemed delivery of vacant possession of the Property. Apart from the above rights the Purchaser shall not have any other rights against the Vendor regardless of whether or not the Purchaser shall have suffered damages of whatsoever kind. Such liquidated damages shall be paid by the Vendor to the Purchaser immediately upon the date the Purchaser takes vacant possession of the said Property. For the avoidance of doubt, any cause of action to claim for liquidated damages by the Purchaser under this clause shall accrue on the Purchaser takes vacant possession of the said Building. Vacant possession of the Property shall be delivered to the Purchaser by way of the Vendor notifying the Purchaser in writing to take the same within Seven (7) days of the receipt of the notice and vacant possession of the Property shall be deemed to have been taken by the Purchaser upon the expiry of the said Seven (7) days regardless of whether or not the Purchaser shall have physically taken the same or entered into occupation of the Property.
21
TIME OF THE ESSENCE Time shall be the essence of the contract in relation to all the provisions of this Agreement as shall relate to the payment of any instalments of the Purchase Price or any part of parts thereof and any interest accruing thereon and the payment of all other monies due by the Purchaser to the Vendor in accordance with the terms and conditions of this Agreement.” [55] Menurut pihak Plaintif-Plaintif, berdasarkan Klausa 18 Perjanjian Jual Beli tersebut, Defendan diwajibkan untuk menyerahkan milikan kosong Lot No. SF21, SF22 dan SF23 kepada Plaintif-Plaintif dalam tempoh 36 bulan dari tarikh Perjanjian Jual Beli masing-masing. [56] Defendan telah gagal, ingkar, dan/atau enggan menyerahkan milikan kosong Lot SF21, SF22 dan SF23 kepada Plaintif-Plaintif dalam masa yang ditetapkan. Oleh sebab itu, Plaintif berhak menuntut LAD daripada Defendan. [57] Defendan pula menyatakan bahawa tempoh 36 bulan untuk penyerahan milikan kosong yang dinyatakan dalam Perjanjian Jual Beli tersebut bukanlah mutlak.Ini kerana menurut Klausa 23 Perjanjian Jual Beli tersebut, perlanjutan masa untuk penyiapan/penyerahan milikan kosong Premis-Premis tersebut boleh diberikan oleh Arkitek atau Jurutera sekiranya terdapat keadaan-keadan tertentu yang membolehkan perlanjutan masa diberikan. Keputusan Arkitek atau Jurutera berhubung dengan pemberian laniutan masa adalah muktamad dan mengikat Plaintif-Plaintif dan Defendan. [58] Klausa 23 Perjanjian Jual Beli memperuntukkan bahawa:- “23. FORCE MAJEURE & ETC The Vendor shall not be liable in any way if, in the Vendor’s Architect’s or Engineer’s opinion, any delay in completion of the Property or any failure by the Vendor to fulfil any of its obligations hereunder is due to or caused by force majeure, strike, loss or damage by fire, flood, tempest, shortage of building materials, accident to works, exceptionally inclement, weather, Act of God, delay by the Appropriate Authorities or other public authorities in supplying water and/or electricity to the Property or the disability of contractors and sub-contractors employed by the Vendor in either commencing, carrying on or completing, their work or the Vendor’s inability for reasons beyond its control to obtain any necessary sanction or approval of Appropriate Authorities or other like cause beyond the Vendor’s control or the Purchaser requiring the execution of extras, changes or alteration to the Property. In any of the aforesaid cases, the Vendor’s Architect or Engineer’s opinion as to what is a fair and reasonable extension of time for completion or fulfilment of the Vendor’s obligations hereunder shall be final and binding on the parties hereto.” [59] Terdapat empat perlanjutan masa telah diberikan bagi penyerahan pemilikan kosong Premis-Premis tersebut. Perlanjutan masa ini telah dibenarkan oleh Tetuan Perunding Cekap yang merupakan jurutera elektrik bagi Projek tersebut akibat kelewatan dalam pembekalan elektrik oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (“TNB”). [60] Defendan telah mengeluarkan notis-notis berhubung perlanjutan masa bersama dengan surat Tetuan Perunding Cekap dan surat TNB kepada Plaintif-Plaintif seperti berikut:- Perlanjutan Masa Tempoh Perlanjutan Masa Guaman No Ekshibit (Notis Defendan bersama dengan surat Tetuan Perunding Cekap dan surat TNB Perlanjutan Masa Pertama (“EOTNo.1”) Sehingga bulan Jun 2016 Guaman821 D21,D18 &D8 Guaman822 D33,D30 &D26 Guaman823 D45,D42 &D38 Perlanjutan Masa Kedua (“EOT No.2”) Sehinggabulan Disember2016 Guaman821 D22,D19 &D9 Guaman822 D34,D31 &D27 Guaman823 D46,D43 &D39 Perlanjutan Masa Ketiga (“EOT No.3”) Sehinggabulan April 2017 Guaman821 D23,D20 &D10 Guaman822 D35,D32 &D28 Guaman823 D47,D44 &D40 Perlanjutan Masa Keempat (“EOTNo.4”) Sehinggabulan Ogos 2017 Guaman821 D24, D1 & IDD11 Guaman822 D36, D25 & IDD29 Guaman823 D48, D36 & IDD41 [61] Pihak TNB tidak dapat menyiapkan kerja-kerja berhubung dengan pembekalan elektrik ke Premis-Premis tersebut dalam tempoh masa yang dijadualkan kerana kekurangan bahan-bahan dan juga berkaitan dengan pentadbiran TNB (administrative procedures dan nationwide shortage of materials. Kegagalan pihak TNB tersebut adalah di luar kawalan Defendan. [62] Pihak-pihak tidak mempertikaikan terdapatnya kelewatan penyerahan milikan kosong. Pihak-pihak juga tidak mempertikaikan tarikh-tarikh penyerahan milikan kosong sepatutnya dibuat serta tarikh sebenar milikan kosong diberikan. Tiada pertikaian tentang tempoh masa serta cara pengiraan LAD dibuat. [63] Perkara utama yang menjadi pertikaian pihak-pihak adalah adakahperlanjutan masa untuk menyerahkan milikan kosong yang diberikan adalah sah di mana masalah “administrative procedures” dan “nationwide shortage of materials” di pihak TNBmerupakan satu keadaan “force majure” yang berada di luar kawalan pihak Defendan yang membolehkan perlanjutan masa diberikan untuk projek ini berdasarkan peruntukan di bawah Klausa 23 Perjanjian Jual Beli tersebut. [64] Berdasarkan Klausa 23 Perjanjian jual beli, pihak arkitek atau pihak jurutera boleh memberikan pendapat bahawa terdapatnya keadaan-keadaan tertentu yang membolehkan perlanjutan masa diberikan. [65] Dalam kes ini, sebab utama milikan kosong gagal diserahkan dalam tempoh 36 bulan daripada tarikh Perjanjian Jual Beli tersebut ditandatangani adalah kerana pihak TNB tidak dapat menyiapkan kerja-kerja infrastruktur disebabkan masalah “administrative procedures” dan “nationwide shortage of materials”. [66] Kelewatan pihak TNB tersebut dikatakan di luar kawalan pihak Defendan. Masalah “administrative procedures” dan “nationwide shortage of materials” ini telah diakui oleh pihak TNB sendiri dan telah diperakui oleh pihak jurutera dan arkitek bagi projek ini. [67] Mahkamah telah meneliti surat bertarikh 16.11.2025 yang dikeluarkan oleh Arkitek kepada pihak Defendan iaitu D2. Isi Kandungan surat tersebut adalah sebagaimana di bawah: “The special meeting held in your good office pertaining to the matter on delay in the part of TNB’s external infra structural works on 13th November 2015 is referred. We acknowledge that the aforesaid delay has direct time impact toward the total completion of the project and hence affect the issurance schedule of the certificate of Complience and Completion. Not withstanding to the above, the aforesaid scope of works fall under the caretaking of the consulting electrical engineer. Hence, we deligate the required attention on the matter to the profesional consulting engineer i.e M/S Perunding Cekap.” [68] Surat tersebut merupakan dokumen formal yang menyatakan pendapat arkitek berkaitan projek ini yang menjadi asas kepada perlanjutan masa yang diberikan dalam kes ini. Pendapat tersebut dibuat pada mesyuarat yang dikatakan berlaku pada 13.11.2025. [69] Surat tersebut hanya memperakui terdapatnya kelewatan daripada pihak TNB yang memberi kesan kepada penyiapan projek tersebut. Surat ini tidak menyatakan tentang “administrative prosedur and nationwide shortage of materials” yang menjadi punca kelewatan pihak TNB tersebut. [70] Mahkamah tidak dibekalkan dengan minit mesyuarat pada 13.11.2015. Oleh sebab itu, Mahkamah tidak dapat meneliti sama ada terdapat catatan mengenai punca kelewatan pihak TNB ini dan sama ada terdapatnya perkataan “administrative prosedur and nationwide shortage of materials” dalam minit mesyuarat pada 13.11.2015 tersebut. [71] Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa pendapat arkitek mengenai keadaan yang membolehkan perlanjutan masa ini tidak menyeluruh dan tidak menyentuh langsung tentang kekurangan bahan dan masalah administratif yang dihadapi oleh pihak TNB, sedangkan inilah merupakan isu utama yang menyebabkan kelewatan pada pihak TNB. [72] Klausa 23 ada menyebut tentang kelewatan pihak berkuasa untuk membekalkan air atau elektrik (delay by the Appropriate Authorities or other public authorities in supplying water and/or electricity to the Property). Namun begitu, penyecualian tersebut adalah bersifat umum di mana Mahkamah berpendapat kegagalan membekalkan elektrik semata-mata bukanlah satu sebab yang membolehkan perlanjutan masa diberikan. Perlunya terdapat alasan yang munasabah yang menyebabkan kelewatan tersebut. [73] Isu kekurangan bahan dan masalah administratif ini hanya dinyatakan oleh surat perlanjutan masa yang dikeluarkan oleh pihak jurutera kepada pihak Defendan. Mahkamah mengambil contoh surat bertarikh 19.11.2015 yang dikeluarkan oleh pihak jurutera iaitu Tetuan Perunding Cekap (D18) yang berbunyi sebagaimana berikut: “With reference to the above project & meeting with Tenaga Nasional Berhad (TNB) Project department Cik Nurhanani & Cik Azhani, Mr. Tan & Mr. Chan (Mah Sing Properties Sdn. Bhd.), our Mr. Richard Tan & En. Norazam on 15 November 2015 with regards to the electrical infrastructure works, TNB has admitted & confirmed that TNB is NOT able to complete the electrical infrastructure works to the above units due to their administrative procedures and nationwide shortage of materials. Attached herewith the oficial reply letter by TNB dated 19 November 2015 ref: TNBB) JOHO/BAHIBU 0699, 0892, 0891, 0895, 0727, 0896, 0894, 0785, 0799, 0783 which is self explanatory for your kind attention. TNB anticipäted the works can only be completed by February 2016. In view of the above works delay by TNB which is totally beyond the Developer control, we anticipated that the completion of the above Project will be delayed accordingly. The estimated time frame required to complete the Project AFTER TNB works completion will be another 4 months; i.e. 2 months to complete the final layer road premix and another 2 months to carry out all rcdevant authority departnental inspection. We hope the above expianation is clear & your understanding to the above is most appreciated.” [74] Berdasarkan surat tersebut, pihak jurutera menyatakan bahawa pihak TNB mengesahkan bahawa pihak mereka iaitu TNB tidak dapat menyiapkan pembekalan elektrik kerana terdapatnya isu kekurangan bahan dan masalah administratif ini. Namun begitu, pihak TNB tidak menyatakan dalam surat yang dikeluarkan oleh mereka tentang isu kekurangan bahan dan masalah administratif ini. [75] Mahkamah mengambil contoh surat yang dikeluarkan oleh pihak TNB pada 19.11.2015 (D8) yang berbunyi seperti di bawah: “Perkara di atas adalah dirujuk. Perbincangan antara pihak TNB & wakil Mah Sing pada 12.11.2015 adalah dirujuk.
2
Untuk makluman pihak Tuan, TNB sedang berusaha untuk menyiapkan projek-projek pembekalan elektrik ke projek pembangunan tuan. Tarikh sasaran untuk penyiapan projek-projek tersebut adalah pada bulan Februari 2016.” [76] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Plaintif bahawa tidak ada dokumen daripada pihak TNB yang menyatakan bahawa terdapat masalah “administrative procedures” dan “nationwide shortage of material” yang dialami oleh TNB. Ini telah diakui sendiri oleh SD1 dan juga SD3 dalam keterangan mereka sebagaimana berikut: “SD1 CRL: Just answer to my question, do you agree that this letter did mention administrative procedures? The key word “administrative procedures”. CHAN: There is no such word in this letter. SD3 JNK: Setuju, ya. Baik, dalam surat Tuan Hj ini, adakah Tuan Hj menyebut atau mencatat ataupun menulis dalam surat ini, dalam isi kandungan surat ini, apa-apa berkenaan dengan, iaitu prosedur pentadbiran, iaitu administrative procedure, dan juga nationwide shortage of material, iaitu kekurangan bahan-bahan seluruh Malaysia. Adakah perkataan-perkataan yang saya sebutkan tadi ditulis dalam surat ini? HAJI:Tiada.” [Rujuk muka surat 300, Nota Keterangan Defendan (Jilid 1)] [77] Mahkamah telah merujuk kepada Ekshibit D15, iaitu minit mesyuarat yang kononnya mencatatkan status pembekalan elektrik dari November 2015 hingga Ogos 2017 dengan merujuk kepada mesyuarat antara pihak TNB juga TIDAK menyatakan bahawa terdapat masalah “administrative procedures” yang dialami oleh TNB. [78] Mahkamah telah merujuk kepada exhibit D21, D18 dan D8 iaitu surat yang dikeluarkan oleh pihak-pihak terlibat dalam memberikan perlanjutan masa pertama di mana pihak-pihak merujuk ke minit mesyurat serta perbincangan pada 12.11.2015, 13.11.2015 serta 13.15.2015. Namun begitu Mahkamah tidak dibekalkan dengan minit mesyuarat mengenai perbincangan yang dirujuk tersebut untuk melihat sama ada terdapatnya catatan isu “administrative procedures” dan nationwide shortage of material ini pada kesemua tarikh-tarikh penting yang dinyatakan dalam surat-surat yang dikeluarkan. [79] Mahkamah berpendapat minit-minit mesyuarat atau sebarang rekod pada tarikh-tarikh tersebut sepatutnya difailkan di Mahkamah ini memandangkan berdasarkan apa yang berlaku pada tarikh-tarikh tersebutlah, pihak Arkitek telah membuat pendapat bahawa perlanjutan masa diperlukan dan seterusnya pihak jurutera telah mengeluarkan surat perlanjutan masa. [80] Pada masa yang sama, Mahkamah berpendapat, sebab utama kelewatan pihak TNB dalam menyiapkan kerja-kerja elektrik perlu direkodkan secara bertulis dalam minit mesyuarat ataupun surat-surat TNB sendiri. Ini kerana punca kelewatan ini dikatakan berpunca daripada pihak TNB. Kelewatan pihak TNB boleh sahaja berpunca daripada sebab-sebab lain. Tidak cukup untuk saksi-saksi hadir dan menyatakan masalah-masalah “administrative procedures” dan “nationwide shortage of materials” ada diakui dan dibincangkan dalam perjumpaan dan mesyuarat yang berkaitan dengan projek ini tetapi ia tidak dizahirkan melalui rekod penulisan. [81] Pihak Defendan mendakwa bahawa terdapat kekurangan bahan-bahan seperti HT, LV cables, five-foot 24-way cable, feeder pillar dan GI pipe (“Bahan-bahan tersebut”) di seluruh Malaysia yang menyebabkan TNB mengalami masalah “nationwide shortage of material” dan ia merupakan satu keadaan di luar kawalan Defendan. [82] SD3 walau bagaimanapun dalam keterangannya mengesahkan bahawa kekurangan bahan-bahan adalah terdiri daripada barangan biasa. [83] Pada masa yang sama, tiada sebarang keterangan dokumentari, polisi TNB dan/atau minit mesyuarat dikemukakan oleh Defendan untuk membuktikan dakwaan Defendan bahawa Defendan tidak dibenarkan untuk mendapatkan mana-mana barangan yang kekurangan bagi TNB dan juga melantik pembekal elektrik lain untuk menyelesaikan masalah kekurangan bahan-bahan tersebut. [84] SD3 telah mengesahkan bahawa tiada sekatan bahawa hanya TNB yang boleh membeli dan memesan barangan yang kekurangan daripada pembekal di Malaysia. “JNK: Baik. Setujukah dengan saya, Tuan Hj. Tuan Hj telah memberi keterangan pada 18/01/2023 yang lalu bahawa tidak ada sebarang kontrak bertulis antara TNB dengan Defendan berkaitan pembekalan elektrik ke projek. Maka setujukah bahawa tiada sebarang sekatan mengatakan hanya TNB yang boleh membeli dan memesan bahan-bahan dari pembekal di Malaysia. Setuju? Oleh kerana tidak ada kontrak, maka... tiada kontrak maknanya tidak ada sekatanlah. HAJI: Kalau difahamkan begitu, setuju.” [Muka surat 367, Nota Keterangan Defendan (Jilid 1)] [85] Berdasarkan Ekshibit D15, barang yang dinyatakan tiada stok di seluruh Malaysia adalah RMU dan Transformer dan bukan HT and LV cables, five-foot 24 way cable, feeder pillar, GI pipe. Exhibit 15 Muka surat 246 Ikatan B dirujuk: “c) Menurut Encik Ballan, ketiadaan stok RMU & Transformer diseluruh negara amatlah dikesali dan TNB akan berusaha lagi mendapatkannya secepat mungkin.” [86] Pada masa yang sama SD1 juga mengesahkan bahawa tiada surat TNB yang menyatakan terdapat kekurangan bahan iaitu HT dan LV cables, five-foot 24 way cable, feeder pillar, GI pipe di seluruh Malaysia yang didakwa oleh Defendan. [87] Mahkamah juga tidak diberi penjelasan apakah yang sebenarnya berlaku atau apa yang dimaksudkan dengan masalah pentadbiran dan kekurangan bahan ini serta apakah puncanya. Sebagai contoh, melalui dokumen-dokumen yang ada, dikatakan terdapatnya unit yang tidak dapat dilaksanakan kerja-kerja elektrik kerana kekurangan bahan seperti “RMU, “transformer dan beberapa jenis bahan lain. [88] Namun begitu, tidak dijelaskan apakah sebab yang menyebabkan bahan-bahan tersebut tidak boleh diperoleh sehingga menyebabkan bahan-bahan tersebut tidak dapat diperoleh di seluruh negara? Adakah pihak TNB sahaja yang mengalami masalah bekalan bahan ini atau pihak lain juga turut mengalami isu yang serupa. Ini kerana walaupun TNB dikatakan sebagai pembekal utama elektrik negara, terdapat beberapa buah syarikat lain lagi yang turut membekalkan elektrik seperti YTL Power Generation Sdn Bhd, Powertek Berhad dan beberapa buah syarikat lain. Adakah syarikat-syarikat lain juga mengalami masalah yang sama pada masa tersebut? Atau kekurangan bahan di seluruh negara sebenarnya merujuk kepada bahan yang berada dalam simpanan atau stok TNB di seluruh negara?? [89] Mahkamah berpendapat masalah untuk mendapatkan bekalan bahan ini bukanlah sesuatu yang tidak dapat dijangka memandangkan bangunan pencawang telah diserahkan kepada pihak TNB sejak tahun 2014 lagi. Mahkamah berpendapat bahawa pihak Defendan tidak membuat sebarang tindakan untuk mengurangkan masalah ini. Pihak Defendan mengambil tindakan tunggu dan lihat tindakan selanjutnya daripada pihak TNB tanpa membuat inisiatif mendapatkan bahan tersebut atau sekurang-kurangnya mendapatkan maklumat lanjut tentang bahan-bahan tersebut boleh diperoleh. [90] Tindakan Defendan yang menunggu dan melihat sahaja ini merupakan satu kelewatan yang disengajakan seperti yang diputuskan dalam kes Tang Kam Thai & Ors v. Langkah Cergas Sdn Bhd & Ors [2005] 7 MLJ 605 36:- “[19 ] ... The Commercial Properties Purchasers expected the first defendant to manage its affairs properly and professionally so that projects undertaken by them should be completed on time in accordance with the terms of the agreements. Failure to do so is, in itself, proof of willful delay. Same goes for the excuse of economic slow down affecting the completion of the properties. With adequate and proper planning and forecast, coupled with appropriate actions and remedies, the first defendant ought to have anticipated this and taken appropriate steps to overcome this problem. Failure to overcome this is, in my view, another factor constituting willful delay.” [91] Berkaitan dengan administratif prosedur, Mahkamah juga tidak jelas apa yang sebenarnya terjadi. Adakah TNB telah gagal melantik kontraktor atau pun sebarang isu lain seperti masalah tender, lesen kontraktor menjadi isu dan sebagainya. Jelasnya, Defendan juga hanya menerima alasan tersebut tanpa sebarang usaha untuk menyelesaikannya. Ini kerana Mahkamah berpendapat bahawa Defendan beranggapan bahawa isu tersebut merupakan isu di pihak TNB di mana menurut Defendan, Defendan tidak mampu berbuat apa-apa mengenai isu tersebut dan memplidkan pembelaan di bawah klausa 23 ini. [92] Mahkamah tidak dijelaskan tindakan-tindakan yang telah dibuat oleh pihak Defendan dalam kes ini. Tindakan berdiam dan menerima sahaja alasan pihak TNB bukanlah satu tindakan yang wajar kerana Mahkamah berpendapat bahawa Defendan mampu untuk membuat sesuatu tindakan memandangkan TNB merupakan kontraktor yang dilantik oleh pihak Defendan. [93] Dalam kes Araprop Development Sdn Bhd v Leong Chee Kong & Anor [2008] 1 MLJ 783 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa kelewatan TNB adalah dalam kawalan Perayu. [30] Going through the evidence and as pleaded by the appellant itself,the delay was caused by laying the electrical and telephonecable late. I agree with the conclusion of the learned trial judge that the delay as pleaded is not a delay as stipulated by cl 22 of the S&P. The delay in the present appeal was by the appellant’s sub-contractors who were under the control of the appellant. The S&P clearly provides for a completion date and I believe this is also true in the sub-contracts with TNB and Maxis. The appellant could terminate the cob-contracts when it became obvious that the sub-contractors could not complete the works within the stipulated time. As it was the appellant did nothing and now uses cl 22 of the S&P as an excuse for the delay.” [94] Selanjutnya, kes Mahkamah Rayuan Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd v Icon City Development Sdn Bhd (formerly known as ‘Sierra Peninsular Development Sdn Bhd’) & Anor [2023] 2 MLJ 338juga merujuk kepada kes Araprop Development Sdn Bhd dan memutuskan bahawa:- “(2) The breaches caused by the main contractor’s restructuring exercise were not force majeure events and were not beyond the first respondent’s control in the said project under cl 13.1.1 of the SPAs. The Court of Appeal in the case of Araprop Development Sdn Bhd v Leong Chee Kong & Anor [2008] 1 MLJ 783 clearly showed that contractors were under the control of their employers, and the employer such as the first respondent could not utilise their contractor’s breaches or defaults, to gain extension of time.” [95] Saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak Defendan merupakan seorang ketua dan bukannya pihak yang terlibat secara langsung dengan projek yang terlibat. Ini bermaksud bahawa saksi-saksi Defendan sama ada daripada pihak syarikat Defendan, arkitek, jurutera dan TNB bukanlah mereka yang terlibat secara langsung dengan membuat kerja-kerja di projek tersebut. Mereka merupakan ketua yang menerima laporan-laporan daripada pekerja bawahan dan lawatan ke tapak projek dibuat berdasarkan keperluan mereka untuk turun padang dan bukannya pada setiap hari. [96] Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa keterangan saksi-saksi yang dipanggil oleh pihak Defendan berdasarkan makluman yang diberikan oleh pihak lain iaitu pihak bawahan mereka. Ini merupakan satu “hearsay” dan dokumen yang difailkan tidak menyokong bahawa kelewatan penyerahan milikan kosong ini adalah disebabkan oleh isu “administrative procedures” dan “nationwide shortage of materials” pihak TNB. [97] Saksi yang betul-betul terlibat dengan projek ini merupakan SP5. Surat yang dikeluarkan oleh pihak jurutera adalah dirangka oleh SP5 dan juga Encik Richard Tan yang merupakan jurutera yang terlibat. SP5 dan Encik Richard Tan yang sebenarnya menghadiri mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan. [98] Namun begitu, perlu diingatkan bahawa SP5 bukanlah seorang jurutera yang profesional walaupun SD5 memainkan peranan yang besar dalam projek ini. Mahkamah bersetuju bahawa sepatutnya jurutera yang terlibat iaitu Encik Richard Tan sepatutnya turut dipanggil sebagai saksi. Keterangan SD5 tidaklah kukuh untuk berdiri sendiri dan perlukan keterangan tambahan terutamanya daripada pihak jurutera yang berada di lapangan. Tambahan pula SP5 sepatutnya mendengar arahan daripada Richard Tan selaku jurutera yang terlibat dalam kes ini. [99] Mahkamah juga berpendapat sekiranya pihak Defendan turut memanggil pihak-pihak TNB yang terlibat di lapangan, Mahkamah boleh mendapat gambaran yang lebih jelas tentang isu pentadbiran dan kekurangan bahan ini memandangkan email serta surat banyak menyebut nama mereka seperti Nurhanani, Hemabalan dan beberapa orang lain. [100] Oleh yang demikian, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa lanjutan-lanjutan masa yang diberikan oleh Jurutera Defendan adalah tidak benar dan/atau sah bagi penyerahan milikan kosong Premis-Premis. [101] Ini kerana pihak Defendan gagal membuktikan bahawa masalah “administrative procedures” dan “nationwide shortage of materials” merupakan suatu keadaan di luar kawalan Defendan yang wujudnya alasan untuk jurutera memberikan lanjutan-lanjutan masa. [102] Pihak Defendan telah mengambil masa lebih daripada 600 hari untuk menyerahkan milikan kosong. Mahkamah berpendapat tempoh ini terlalu lama untuk sebarang masalah administratif dan kekurangan bahan. Sepatutnya sekiranya benar terdapat isu yang demikian, ia boleh diatasi dalam tempoh yang lebih singkat berbanding 600 hari lebih. [103] Defendan telah gagal dalam menjustifikasikan kelewatan dalam penyerahan milikan kosong dan gagal dalam membuktikan bahawa terdapat sebarang lanjutan masa yang sah, adil dan munasabah bagi kelewatan dalam penyerahan milikan kosong tersebut. KESIMPULAN [104] Pendapat arkitek yang dikeluarkan bukanlah bersandarkan satu keadaan di luar kawalan Defendan dan oleh sebab itu, perlanjutan masa yang diberikan oleh pihak jurutera Defendan adalah tidak sah. [105] Klausa 18 perjanjian jual beli tersebut yang menyatakan Defendan diwajibkan untuk menyerahkan milikan kosong premis tersebut kepada Plaintif-Plaintif dalam 36 bulan daripada tarikh perjanjian jual beli tersebut adalah terpakai dalam kes ini. [106] Oleh yang demikian Plaintif berhak untuk mendapat ganti rugi tertentu LAD atas kegagalan pihak Defendan untuk menyerahkan milikan kosong dalam tempoh yang telah dinyatakan oleh perjanjian jual beli yang telah ditandatangani pihak-pihak. Disediakan oleh: WAN NOR AKLIMA BINTI WAN SALLEH Hakim, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Bertarikh: 29.7.2024 PIHAK-PIHAK Peguam cara Pihak Plaintif: Encik Jason Ng Kau bersama-sama Cik Caroline Lee Cai Xia dan Cik Michelle Paula Liong [Tetuan Jason Ng & Partners] Peguam cara Pihak Defendan: Cik Lee Chooi Peng bersama-sama Cik Iris Lim Xin Yi [Tetuan Justin Voon Chooi & Wing]
Lampiran
Lampiran A SenaraiDokumen-DokumenDanSaksi-Saksi Kertas-KertasKausa Ditanda Sebagai 1. lkatanPliding Guaman821 A Guaman822 M Guaman823 u 2. lkatanDokumenBersama Guaman821 B Guaman822 - Guaman823 - 3. lkatanDokumenBersama(2) Guaman821 C Guaman822 - Guaman823 - 4. lkatanDokumenBersama(3) Guaman821 D Guaman822 - Guaman823 - 5. lkatanDokumenBersama(4) Guaman821 E Guaman822 - Guaman823 - Kertas-KertasKausa Ditanda Sebagai 6. lsu-lsuUntukDibicarakan(Plaintif-Plaintif) Guaman821 F Guaman822 N Guaman823 V 7. lsu-lsuUntukDibicarakan(Defendan) Guaman821 G Guaman822 O Guaman823 W 8. Fakta-FaktaYangDipersetujui Guaman821 H Guaman822 P Guaman823 X 9. RingkasanKesPlaintif Guaman821 I Guaman822 Q Guaman823 y 10. RingkasanKesDefendan Guaman821 J Guaman822 R Guaman823 Z 11. SenaraiSaksi Plaintif-Plaintif Guaman821 K Guaman822 S Guaman823 AA Kertas-KertasKausa Ditanda Sebagai 12. SenaraiSaksi-SaksiDefendan Guaman821 L Guaman822 T Guaman823 AB 13. PenyataSaksiPlaintif-Plaintif [Chong Chee Kang] (SP1) Plaintif dalam Guaman 823 WSSP1 [Chong Chee Seong] (SP2) PlaintifdalamGuaman821 WSSP2 [Chong Yuen Soon] (SP3) Plaintif dalam Guaman 822 WSSP3 14. Penyata Saksi Defendan [Chan Chee Hing] (SD1) TimbalanPengurusBesarSahagianProjek di syarikatDefendan Guaman821 WSSD1(A) Guaman822 WSSD1(B) Guaman823 WSSD1(C) 15. PenyataSaksiDefendan [Ng Hong Ling] (SD2) ArkitekdiTetuanJYPArchitect Guaman821 WSSD2(A) Guaman822 WSSD2(B) Guaman823 WSSD2(C) Kertas-KertasKausa Ditanda Sebagai 16. Penyata Saksi Defendan [Haji Mohmad bin Sikon] SD3 PengurusKanan Perkhidmatan Pengguna TNB Guaman 821 WSSD3(A) Guaman 822 WSSD3(B) Guaman 823 WSSD3(C) 17. Penyata Saksi Defendan [Tong Teng Wee] (SD4) Jurutera Elektrikal di TetuanPerunding Cekap Guaman 821 WSSD4(A) Guaman 822 WSSD4(B) Guaman 823 WSSD4(C) 18. Penyata Saksi Defendan [NorazambinAhmad (SD5) Pembantu Teknikal di TetuanPerundingCekap Guaman 821 WSSD5(A) Guaman 822 WSSD5(B) Guaman 823 WSSD5(C) Kertas-KertasKausa Ditanda Sebagai 19. Penyata Saksi Defendan [AzizahbintiIsmail](SD6) Timbalan Pengurus BesarBahagianPengurusanKe wangan dan Kreditdisyarikat Defendan Guaman821 WSSD6(A) Guaman822 WSSD6(8) Guaman823 WSSD6(C) 20. Penyata Saksi Defendan [BenjaminOng Chin Yee] (SD7) Ketua Pegawai Eksekutif disyarikatDefendan Guaman821 WSSD7(A) Guaman822 WSSD7(B) Guaman823 WSSD7(C) Senarai Ekshibit-Ekshibit Ekshibit lkatandan Mukasurat Dokumen 01 B/176 Surat bertarikh 18/4/2017 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Keempat sehingga akhir bulan Ogas 2017 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) 02 B/238 Surat bertarikh 16/11/2015 dari Tetuan JYP Architect kepada Oefendan berkenaandengankelewatanTNBdalam pembekalan elektrik 03 B/288-297 Surat bertarikh 18/1/2021 dari Tetuan JYP Architect kepada Oefendan berkenaan lanjutan masa yang diberikan untuk penyerahan milikan kosong D4 B/218-219 Surat bertarikh 23/4/2014 dari Tetuan Perunding Cekap kepada TNBberkenaan permohonan bekalan elektrik 05 B/220-223 Foto-Foto Site Progress untuk Pencawang Elektrik TNB setakat Jun 2014 D6 8/234-235 Kick-OffMeetingActionLogdariTNB bertarikh 30/4/2015 IDD7 B/237 Surat bertarikh 12/11/2015 dari Jurutera JRK Sdn Bhd kepada Perunding Cekap berkenaan masayangdiperlukan setelah TNB melengkapkan kerja-kerja pembekalan elektrik Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D8 B/168 Surat bertarikh 19/11/2015 dari TNB untuk Lanjutan Masa Pertama (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D9 B/171 Surat bertarikh 10/4/2016 dari TNB untuk Lanjutan Masa Kedua (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D10 B/174 Suratbertarikh17/8/2016dariTNBuntuk Lanjutan Masa Ketiga (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) IDD11 B/177 Surat bertarikh 10/4/2017 dari TNB untuk Lanjutan Masa Keempat (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D12 B/225-233 Foto-foto progress tapak untuk Parcel C2 & C2a setakat Mei 2015 D13 E/4-19 Foto-fotoprogresstapakuntukParcelC2 & C2a setakat April 2017 IDD14 B/287 Surat dari Tetuan Perunding Cekap (kemudiannya kepada TNB berkenaan status ditanda pembekalanelektrikbertarikh2/8/2017 sebagaiD15) D15 B/243-287 Surat dari Tetuan Perunding Cekap kepada TNB berkenaan statuspembekalan elektrik dari November 2015 hingga Ogos 2017 Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D16 B/236 Surat bertarikh 29/10/2015 dari Tetuan Perunding Cekap kepada TNB berkenaan status pembekalan elektrik D17 B/239-242 Emel-emel antara Perunding Cekap, Defendan dan TNB dari September 2015 hingga April 2016 D18 8/167 Surat bertarikh 19/11/2015 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Pertama sehingga bulan Jun 2016 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D19 8/170 Surat bertarikh 13/4/2016 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Kedua sehingga akhir bulan Disember 2016 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D20 8/173 Surat bertarikh 19/9/2016 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Ketiga sehingga akhir bulan April 2017 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D21 8/166 Surat Defendan bertarikh 7/12/2015 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Pertama sehingga bulan Jun 2016 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D22 8/169 Surat Defendan bertarikh 20/6/2016 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Kedua sehingga akhir bulan Disember 2016 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D23 B/172 Surat Defendan bertarikh 20/12/2016 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Ketiga sehingga akhir bulan April 2017 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D24 B/175 Surat Defendan bertarikh 25/4/2017 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Keempat sehingga akhir bulan Ogas 2017 (bagi Unit SF21 untuk Guaman 821) D25 B/194 Surat bertarikh 18/4/2017 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Keempat sehingga akhir bulan Ogas 2017 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D26 B/186 Surat bertarikh 19/11/2015 dari TNB untuk Lanjutan Masa Pertama (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D27 B/189 Surat bertarikh 10/4/2016 dari TNB untuk Lanjutan Masa Kedua (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D28 B/192 Surat bertarikh 17/8/2016 dari TNB untuk Lanjutan Masa Ketiga (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) IDD29 B/195 Surat bertarikh 10/4/2017 dari TNB untuk Lanjutan Masa Keempat (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D30 B/185 Surat bertarikh 19/11/2015 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Pertama sehingga bulan Jun 2016 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D31 B/188 Surat bertarikh 13/4/2016 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Kedua sehingga akhir bulan Disember 2016 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D32 B/191 Surat bertarikh 19/9/2016 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Ketiga sehingga akhir bulan April 2017 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D33 8/184 Surat Defendan bertarikh 7/12/2015 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Pertama sehingga bulan Jun 2016 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D34 B/187 Surat Defendan bertarikh 20/6/2016 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Kedua sehingga akhir bulan Disember 2016 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D35 B/190 Surat Defendan bertarikh 20/12/2016 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Ketiga sehingga akhir bulan April 2017 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D36 B/193 Surat Defendan bertarikh 25/4/2017 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Keempat sehingga akhir bulan Ogos 2017 (bagi Unit SF23 untuk Guaman 822) D37 B/211 Surat bertarikh 18/4/2017 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Keempat sehingga akhir bulan Ogos 2017 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D38 B/203 Surat bertarikh 19/11/2015 dari TNB untuk Lanjutan Masa Pertama (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D39 B/206 Surat bertarikh 10/4/2016 dari TNB untuk Lanjutan Masa Kedua (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D40 B/209 Surat bertarikh 17/8/2016 dari TNB untuk Lanjutan Masa Ketiga (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) IDD41 B/212 Surat bertarikh 10/4/2017 dari TNB untuk Lanjutan Masa Keempat (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D42 B/202 Surat bertarikh 19/11/2015 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Pertama sehingga bulan Jun 2016 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D43 8/205 Surat bertarikh 13/4/2016 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Kedua sehingga akhir bulan Disember 2016 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D44 B/208 Surat bertarikh 19/9/2016 dari Perunding Cekap untuk Lanjutan Masa Ketiga sehingga akhir bulan April 2017 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D45 8/201 Surat Defendan bertarikh 7/12/2015 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Pertama sehingga bulan Jun 2016 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D46 B/204 Surat Defendan bertarikh 20/6/2016 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Kedua sehingga akhir bulan Disember 2016 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D47 8/207 Surat Defendan bertarikh 20/12/2016 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Ketiga sehingga akhir bulan April 2017 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) D48 8/210 Surat Defendan bertarikh 25/4/2017 kepada Plaintif untuk Lanjutan Masa Keempat sehingga akhir bulan Ogos 2017 (bagi Unit SF22 untuk Guaman 823) Ekshibit lkatan dan Mukasurat Dokumen D49 B/224 Surat bertarikh 11/8/2014 dari Tetuan Perunding Cekap kepada TNB berkenaan tarikh bekalan elektrik diperlukan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.