Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B52NCvC-115-03/2021
WA-B52NCvC-115-03/2021
Sessions Court of Malaysia3 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SIVIL DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B52NCvC-115-03/2021
1
CHOO TEIK SHIONG … PLAINTIF
2
RESPONDEN- GOH SEE KWONG RESPONDEN
3
NG YIN CHING
4
YAP PEI LEE
5
TAN SUET FONG
6
YAP CHEE WEE (NO. K/P: 770814-14-5737) DAN EKOVEST CAPITAL SDN BHD … DEFENDAN/ (NO. SYARIKAT: 486071-X) PERAYU (dahulunya dikenali sebagai “Prompt Capital Sdn Bhd”) ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 139) 18/12/2025 16:32:54 WA-B52NCvC-115-03/2021 Kand. 151 PENGENALAN Ini adalah alasan penghakiman terhadap rayuan yang difailkan oleh Perayu/ Defendan yang dinamakan di atas yang tidak berpuas hati dengan Keputusan Hakim Halilah Binti Suboh yang diberikan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 September 2025 (selain Keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan) dan hendak merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang telah membenarkan permohonan Responden-Responden/ Pemiutang-Pemiutang Penghakiman seperti dinyatakan di dalam Lampiran 139 iaitu suatu Perintah Garnisi Mutlak, dengan kos sebanyak RM750.00 dibayar kepada Pemiutang Penghakiman dan kos sebanyak RM300.00 dibayar kepada Garnisi. [2] PERINTAH GARNISI MUTLAK Atas permohonan Pemiutang-Pemiutang Penghakiman DAN SETELAH MEMBACA Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Ng Yin Ching pada 31.03.2024 (Lampiran 104), Afidavit Tambahan yang diikrarkan oleh Choo Teik Shiong pada 20.06.2025 (Lampiran 130) dan Perintah Orang Diganis untuk Menunjuk Sebab Terpinda bertarikh 20.08.2025 (Lampiran 137) dan DAN SETELAH MENDENGAR Lim Kien Huat bagi peguamcara Pemiutang-Pemiutang Penghakiman, dan Tengku Nazihah Hanis binti Abdul Nawawi, peguamcara bagi Garnisi Ketujuh, yang menurutnya telah diperintahkan bahawa segala hutang yang kena dibayar atau terakru kena dibayar daripada Garnisi Ketujuh yang dinamakan di atas daripada akaun Penghutang Penghakiman yang dinamakan di atas kepada Pemiutang-Pemiutang Penghakiman yang dinamakan di atas dalam jumlah wang kemudian dari ini dinyatakan ditahan sebagai menjawab kepada Perintah dan Penghakiman yang didapatkan terhadap Penghutang Penghakiman tersebut oleh Pemiutang-Pemiutang Penghakiman tersebut melalui Perintah bertarikh 01.11.2021, Penghakiman Mahkamah Sesyen bertarikh 31.01.2024 dan Perintah Mahkamah Tinggi pada 10.06.2025 dalam mana Penghutang Penghakiman tersebut patut membayar kepada Pemiutang-Pemiutang Penghakiman tersebut seperti yang berikut :-
1
Perintah bertarikh 01.11.2021:- a) RM1,500.00 bagi kos;
2
Penghakiman daripada Mahkamah Sesyen bertarikh 31.01.2024 yang telah diubah oleh Perintah Mahkamah Tinggi pada 10.06.2025:- a) RM21,279.90 kepada Pemiutang Penghakiman Pertama; b) RM1,340.44 kepada Pemiutang Penghakiman Kedua; c) RM2,073.66 kepada Pemiutang Penghakiman Ketiga; d) RM15,986.08 kepada Pemiutang-Pemiutang Penghakiman Keempat hingga Keenam; e) Faedah pada kadar 10% setahun ke atas jumlah-jumlah di perenggan (a) hingga (d) di atas masing-masing dari 17.05.2019 sehingga ke tarikh penyelesaian penuh; dan f) Kos tindakan ini sebanyak RM10,000.00; dan g) Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah RM10,000.00 dari tarikh penghakiman disini sehingga ke tarikh penyelesaian penuh menurut Aturan 59 Kaedah 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. MAKA ADALAH PADA HARI INI DIPERINTAHKAN bahawa Garnisi Ketujuh dinamakan diatas hendaklah segera membayar kepada Pemiutang-Pemiutang Penghakiman tersebut berjumlah RM79,430.91 yang merupakan keseluruhan hutang yang kena dibayar oleh Garnisi Ketujuh kepada Penghutang Penghakiman tersebut untuk m enjelaskan hutang, faedah dan kos Penghakiman tersebut tertakluk kepada berikut:-
1
Kos guaman kepada Garnisi Ketujuh sebanyak RM300.00;
2
Kos kepada Pemiutang-Pemiutang Penghakiman sebanyak RM750.00; dan
3
Jumlah-jumlah yang dinyatakan di perenggan (1) dan (2) diatas ditolak dari akaun yang digarnis. Peguam Pencelah 1 : Dengan izin Puan Hakim, Tengku Nazihah Hanis bagi pihak Garnisi - CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad Peguam Pencelah 1 : Berdasarkan Penyata Akaun di dalam Afidavit Tambahan JC, setakat 3/09/2025 jumlah yang dikira adalah sebanyak RM79,219.72. (RM78,553.48 + RM666.24 = RM79,219.72) Peguam Pencelah 1 : Jumlah tersebut adalah cukup di dalam akaun JD untuk dibayar kepada JC sekiranya Mahkamah memerintahkan Perintah Garnisi Mutlak hari ini, tertakluk kepada kos sebanyak RM300.00 dibayar kepada pihak Garnisi ditolak dari akaun JD tersebut Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : dengan izin Puan Hakim, KH Lim bagi pihak Pemiutang-Pemiutang Penghakiman. Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : hari ini ditetapkan pendengaran untuk lampiran 103 iaitu untuk pihak garnisi untuk tunjuk sebab. Peguam Defendan 1, 2 : Dengan izin Puan, Dashprit Kaur bagi pihak Defendan. Peguam Defendan 1, 2 : Puan kami masih tidak telah diserahkan dengan Perintah yang difailkan oleh Pemiutang-Pemiutang Penghakiman. Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : Setelah mengambil kira pindaan kepada lampiran 103 yang dibenarkan pada 20.8.2025, jumlah yang terhutang terkini setakat 3.9.2025 (berikutan faedah yang dikira dari 17.05.2019 sehingga 3.9.2025) adalah sebanyak RM79,430.91. Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : dengan itu, pihak kami dengan rendah dirii memohon agar jumlah yang dinyatakan diatas adalah digarniskan dengan mutlak tertakluk kepada kos RM750 menurut aturan 59, appendix part IV (b) kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Peguam Defendan 1, 2 : Puan, kami belum diserahkan dengan Perintah tersebut. Setelah meneliti melalui sistem e-filing, kami mendapati bahawa Perintah tersebut tidak selaras dengan Penghakiman Mahkamah Tinggi bertarikh 10.6.2025 Peguam Defendan 1, 2 : Maaf Puan, terdapat sedikit isu teknikal sebentar tadi. Saya baru sahaja log masuk semula menggunakan akaun saya Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : untuk makluman Puan Hakim, pihak kami baru sahaja menerima perintah garnisi tunjuk sebab terpinda termeterai pada pagi ini. oleh itu, serahan secara emel kepada pihak penghutang penghakiman telah dilaksanakan dan salinan keras akan diserahkan kepada pihak mereka pada hari ini. Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : dengan izin Puan Hakim, penyataan pihak Penghutang Penghakiman berkenaan bahawa perintah lampiran 137 tidak selaras dengan penghakiman mahkamah tinggi bertarikh 10.06.2025 adalah tidak berasas dan tidak munasabah. Mahkamah yang Mulia ini telah meneliti pindaan lampiran 103 berdasarkan perintah mahkamah tinggi yang telah dilampirkan sebagai ekshibit CTS-1 dan Mahkamah yang Mulia ini telahpun membenarkan pindaan sedemikian.Oleh yang demikian, pendengaran pada hari ini ditetapkan. Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : berikutan dengan penyataan peguam garnisi yang mempunyai jumlah yang mencukupi untuk digarniskan, pihak kami dengan rendah diri memohon agar jumlah sebanyak RM79,430.91 digarniskan secara mutlak, tertakluk kepada kos sebanyak RM750 ditolak daripada akaun JD. Peguam Defendan 1, 2 : . Rayuan Perayu adalah dibenarkan setakat mana Penghakiman Mahkamah Sesyen bertarikh 31 Januari 2024 adalah diubah (‘varied’) seperti berikut:
a
Jumlah yang perlu dibayar oleh Perayu kepada Responden Pertama diubah daripada RM93,001.02 kepada RM21,279.90;
b
Jumlah yang perlu dibayar oleh Perayu kepada Responden Kedua diubah daripada RM62,330.28 kepada RM1,340.44;
c
Jumlah yang perlu dibayar oleh Perayu kepada Responden Ketiga diubah daripada RM96,425.08 kepada RM2,073.66;
d
Jumlah yang perlu dibayar oleh Perayu kepada Responden Keempat hingga Keenam diubah daripada RM82,110.30 kepada RM15,986.08;
2
Tiada perintah terhadap kos bagi rayuan ini Puan, Penghakiman Mahkamah Tinggi adalah seperti berikut dan tidak merangkumi sebarang faedah atau kos Mahkamah : JC, so berapa total yg hendah digarnish mutlak pada hari ini? kos brp? Garnisi pohon kos RM300? Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : dengan izin Puan Hakim, jumlah yang hendak dimutlakkan hari ini adalah sebanyak RM79,430.91 tertakluk kepada kos sebanyak RM750 ditolak daripada akaun JD, dan kos kepada garnisi sebanyak RM300 yang juga ditolak dari akaun JD. Peguam Defendan 1, 2 : Dengan izin Puan, pihak kami berhujah bahawa hak anak guam kami akan diprejudiskan sekiranya jumlah garnisi tersebut dibenarkan untuk dibayar oleh pihak Garnisi kepada Pemiutang sebagai individu-individu yang berasingan. Puan, kami juga telah memfailkan Notis Usul. Di samping itu, Perintah yang difailkan tidak selaras dengan Penghakiman Mahkamah Tinggi. Seterusnya, sepertimana diperuntukkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah, Aturan 49, Perintah tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak kami sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pendengaran. Selanjutnya, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd v Prema Bonanza Sdn Bhd yang dimuktamadkan pada 26.07.2024 adalah jelas bahawa tuntutan Plaintif di sini adalah telah luput tempoh (time-barred). Oleh yang demikian, kami dengan rendah diri berhujah bahawa jumlah penghakiman yang dipohon dalam permohonan garnisi ini tidak sepatutnya dimutlakkan oleh Mahkamah yang Mulia ini. Mahkamah : Perintah Garnisi mutlak diberikan ke atas jumlah RM79,430.91 tertakluk kepada kos sebanyak RM750 ditolak daripada akaun JD kepada JC , dan kos kepada garnisi sebanyak RM300 yang juga ditolak dari akaun JD. Tiada apa-apa Notis Usul dari JD dihadapan Mahkamah pada hari ini. Peguam Plaintif 1, 2, 3, 4, 5, 6 : pihak kami mengambil maklum perintah garnisi mutlak diatas. Terima kasih Puan Hakim.
para
Perintah Garnisi mutlak diberikan ke atas jumlah RM79,430.91 tertakluk kepada kos sebanyak RM750 ditolak daripada akaun JD kepada JC , dan kos kepada garnisi sebanyak RM300 yang juga ditolak dari akaun JD. Tiada apa-apa Notis Usul dari JD dihadapan Mahkamah pada hari ini. Alasan Keputusan Rayuan ini telah didengar di Mahkamah Tinggi pada 17.12.2025 dan pihak-pihak telah berhujah. Maka tiada keperluan untuk Mahkamah ini menyediakan Alasan Penghakiman untuk Lampiran 139. Bertarikh : 18.12.2025 Halilah HALILAH BT SUBOH Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Peguamcara Perayu : Dashprit Kaur / Shamesh a/l Jeevaretnam Tetuan Jeevapartnership Peguamcara Responden : Lim Kien Huat Tetuan Lee & Lim Peguamcara Pihak Pencelah: Tengku Nazihah bt Tengku Nawawi Tetuan Sidek Teoh Wong & Denish
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.