Lampiran
Lampiran 66 untuk menukar mod prosiding tindakan ini kepada writ. 255 DAPATAN MAHKAMAH 21. Permohonan Saman Pemula Lampiran 1 adalah permohonan oleh Plaintif-Plaintif selaku pemegang Surat Kuasa Wakil Kan Yan Heng untuk 260 membatalkan kaveat persendirian yang telah dimasukkan oleh Defendan Pertama ke atas sebelas (11) hartanah-hartanah tersebut. 22. Bagaimanapun, alasan penghakiman ini adalah terhadap permohonan Defendan-Defendan di Lampiran 66. 265 23. Menerusi notis permohonan di Lampiran 66, Defendan Pertama telah memfailkan Notis Permohonan untuk perintah seperti berikut :- a) Guaman Saman Pemula NA-24NCVC-236-05/2023 ditukarkan 270 kepada mod prosiding Writ Saman menurut Aturan 28 kaedah 8 KKM 2012; b) Bahawa segala prosiding Lampiran 1 digantungkan secara interim sehingga permohonan Lampiran 66 diputuskan. 275 24. Alasan utama Permohonan Lampiran 66 ini adalah kerana terdapat pertikaian fakta-fakta dan percanggahan isu-isu yang memerlukan satu perbicaraan penuh diadakan, yang melibatkan keterangan lisan-lisan saksi-saksi, pengemukaan dokumen-dokumen dan pemeriksaan balas saksi-saksi tersebut. 280 25. Isu utama dipertikaikan adalah sama ada tahap kesihatan fizikal dan kewarasan mental Kan Yan Heng berada pada tahap yang baik sehingga mampu memberi keizinan kepada Plaintif-Plaintif melalui Surat Kuasa Wakil supaya keseluruhan 11 hartanahnya dijual. 285 26. Adalah menjadi penegasan pihak Defendan Pertama bahawa pada setiap masa material, Kan Yan Heng tidak mempunyai kapasiti secara mental mahupun fizikal untuk mengarahkan pelaksanaan Surat Kuasa Wakil kepada Plaintif-Plaintif. 290 27. Pada masa yang sama, Plaintif-Plaintif membantah terhadap Notis Permohonan ini atas alasan bahawa terdapat keterangan yang mencukupi yang menunjukkan bahawa Kan Yan Heng mampu memberikan arahan yang sedemikian. Bagi menyokong pernyataan 295 mereka, Plaintif-Plaintif mengemukakan keterangan-keterangan berikut :- i. Terdapat keterangan-keterangan yang mencukupi melalui afidavit doktor yang merawat Kan Yan Heng Meng – Dr. Ganesparan a/l Nagalingam bertarikh 18/8/2023 300 di Lampiran 32; ii. Afidavit Pesuruhjaya Sumpah yang diikrarkan oleh Pesuruhjaya Sumpah Jeremy Yap Woon How pada 18/8/2023 di Lampiran 33 yang mengikrarkan bahawa afidavit yang didepos oleh Kan Yan Heng telah diikrarkan di hadapannya dengan penuh kerelaan 305 dan segala isi kandungan afidavit tersebut telah diterjemahkan kepada Kan Yan Heng dalam bahasa yang difahaminya. 28. Adalah menjadi hujahan Plaintif-Plaintif bahawa kedua-dua afidavit yang diikrarkan oleh Doktor Ganesparan a/l Nagalingam dan Pesuruhjaya 310 Sumpah Jeremy Yap Woon How menunjukkan bahawa tahap mental Kan Yan Heng adalah baik dan beliau masih mampu untuk memberi keizinan untuk menjual hartanah-hartanah tersebut. 315 KEPUTUSAN MAHKAMAH TERHADAP LAMPIRAN 66 29. Setelah Mahkamah meneliti Notis Permohonan di Lampiran 66 320 serta afidavit-afidavit berkaitan dan penghujahan-penghujahan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan atas imbangan kebarangkalian bahawa permohonan Defendan Pertama untuk menukar mod prosiding ini dari Saman Pemula kepada Writ Saman dibenarkan. 325 30. Berikut adalah alasan-alasan Mahkamah ini yang membenarkan permohonan di Lampiran 66 tersebut. Undang-undang berkaitan penukaran mod prosiding. 330 31. Undang-undang yang mengawal selia penukaran mod prosiding kepada writ adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 28 kaedah 8(1) yang berbunyi :- Continuation of proceedings as if cause of matter begun by writ 335 “8 (1) Where, in the case of a cause or matter begun by originating summons, it appears to the Court at any stage of proceedings that the proceedings should for any reason be continued as if the cause or matter had been begun by writ, it may order the proceedings to continue as if the cause or matter had been so begun and may, in 340 particular order that pleadings shall be delivered or that any affidavits shall stand as pleadings, with or without liberty to any of the parties to add thereto or to apply for particulars therof. ” 345 32. Berdasarkan peruntukan di atas, sekiranya sesuatu tindakan dimulakan melalui Saman Pemula, tetapi terdapat banyak pertikaian fakta yang serius, maka peruntukan di atas membenarkan prosiding tersebut dimulakan dengan writ untuk penentuan isu-isu tersebut. 350 33 . Mahkamah merujuk kepada satu otoriti iaitu Neoh Ah Yan v Ong Leng Choo [2008] 7 MLJ 151, di mana telah diputuskan sebagaimana berikut :- “[34] Since the present case involves serious disputes as to the 355 facts, I think it is inconvenient that this action should proceed by way of an originating summons. I am not inclined to invoke my powers under O. 28 rule 8 of the RHC, as suggested by the learned counsel. For it is clear, from the very beginning the Plaintiff ought to have known that there are like to be serious disputes as to the 360 material facts. In other words, right from the very beginning the Plaintiff must have known that originating summons is not the appropriate mode.” 34. Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, mod prosiding yang 365 digunakan untuk memulakan tindakan ini adalah Saman Pemula. Prinsip undang-undang menyatakan bahawa sesuatu tindakan boleh dimulakan melalui Saman Pemula sekiranya :- i. Ianya dikehendaki oleh statut; atau 370 ii. Pertikaian tersebut melibatkan pertikaian undang-undang dan tidak melibatkan sebarang pertikaian fakta yang ketara. 35. Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pertikaian yang timbul adalah pertikaian fakta yang substantial. Ini bermakna Saman 375 Pemula bukan merupakan mod yang sesuai untuk memulakan kes ini. 36. Pertikaian utama di dalam tindakan ini adalah mengenai tahap kesihatan fizikal dan mental Kan Yan Heng. Pihak Defendan mendakwa bahawa tahap kesihatan Kan Yan Heng adalah baik. Untuk menyokong 380 hujah mereka, Defendan telah mengemukakan afidavit Dr. Ganesparan A/L Nagalingam yang telah melakukan pemeriksaan klinikal terhadap Kan Han Yeng di Lampiran. 32. Mengikut afidavit tersebut, Kan Sook Kuan (Plaintif Kedua) telah membawa pesakit Kan Yan Heng untuk dirawat olehnya sebanyak 2 kali. Berdasarkan kenyataan dalam 385 afidavitnya, Dr. Ganeswaran merupakan seorang pakar perubatan atau ‘physician’. 37. Terdapat 2 laporan perubatan yang telah disediakan oleh Dr. Ganeswaran bertarikh 1.3.2023 dan 26.7.2023. Dalam laporan 390 perubatan pertamanya yang bertarikh 1.3.2023, Dr. Ganeswaran mencatitkan Kan Yan Heng sebagai :- i. Lumpuh dari leher ke bawah; ii. Tangan kiri lumpuh sepenuhnya, manakala tangan kanan 395 bergegar berterusan. Pesakit tidak mampu menandatangan dokumen tetapi mampu menurunkan cop jari; iii. Berupaya mengenal individu yang dikenalinya; iv. Tidak boleh bercakap disebabkan tiub tracheotomy; v. Mampu mengangguk dan menggelengkan kepala untuk 400 menyatakan kemahuannya; dan vi. Mampu memberi indikasi mengenai perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai. Laporan Kedua yang bertarikh 26/7/2023 405 i. Pesakit bertambah baik; ii. Tangan kanan boleh digunakan dalam kapasiti separuh; iii. Masih belum boleh bercakap, tetapi boleh memahami pertanyaan seperti sudah makan dan minum atau belum; 410 iv. Memahami keadaan persekitaran di sekelilingnya; v. Pesakit boleh memberi indikasi kemahuan dan ketidakrelaannya dengan mengangguk dan menggelengkan kepala; dan vi. Dr. Ganeswaran merumuskan bahawa pesakit tersebut dalam 415 kecekapan mental yang baik. 38. Seterusnya Plaintif-Plaintif juga mengemukakan keterangan Pesuruhjaya Sumpah Jeremy Yap Woon How melalui afidavitnya di Lampiran 33. Dalam afidavitnya, Jeremy menyatakan bahawa 420 Plaintif-Plaintif telah membawa Kan Yan Heng yang ingin mengikrar dua afidavit dan satu akuan berkanun di hadapannya. 39. Memandangkan Kan Yan Heng tidak mampu bergerak, maka menurut Jeremy, beliau telah turun ke kereta di mana Kan Yan Heng 425 berada. Adalah menjadi dakwaan Jeremy bahawa dokumen-dokumen tersebut diikrarkan oleh Kan Yan Hen di hadapannya setelah beliau menterjemah dokumen tersebut ke dalam Bahasa Malaysia. 40. Jeremy juga menyatakan bahawa Kan Yan Heng tidak mampu 430 bercakap, tetapi hanya mampu menyatakan kehendaknya dengan cara mengangguk atau menggelengkan kepalanya. Jeremy menyatakan bahawa Kan Yan Heng mengikrarkan dokumen-dokumen tersebut secara sukarela kerana beliau telah menggelengkan kepala apabila ditanya sama ada beliau telah dipaksa untuk mengikrarkan dokumen-dokumen 435 tersebut. 41. Defendan Pertama mempertikaikan dakwaan pihak Plaintif-Plaintif bahawa Kan Yan Heng mempunyai kapasiti mental yang waras untuk membuat dokumen-dokumen seperti Surat Kuasa Wakil 440 bertarikh 4.3.2023 dan afidavit-afidavit yang didepos olehnya. Kandungan dokumen-dokumen tersebut adalah terlalu kompleks untuk difahami oleh seseorang yang menghadapi masalah kesihatan seperti Kan Yan Heng. 42. Defendan Pertama juga menyatakan bahawa maklumat yang 445 diberikan oleh Dr Ganeswaran berkenaan tahap kesihatan Kan Yan Heng adalah terlalu general dan tidak menyatakan keadaan sebenar kesihatan fizikal dan mental Kan Yan Heng. 43. Defendan Pertama juga menyatakan bahawa beliau telah dihalang 450 oleh kedua-dua Plaintif dari berjumpa ayahnya. Oleh itu, beliau tidak mempunyai peluang untuk melihat keadaan terkini ayahnya atau membawa ayahnya untuk penilaian kesihatan. 44. Meneliti hujah-hujah oleh kedua-dua pihak di atas, Mahkamah ini 455 memutuskan sebagaimana berikut :- i. Terdapat pertelingkahan fakta yang ketara mengenai tahap kesihatan mental Kan Yan Heng; ii. Tindakan ini bermula ekoran dari satu Surat Kuasa Wakil yang 460 telah dibuat oleh Kan Yan Heng bertarikh 4.3.2023 yang mengarahkan Plaintif-Plaintif menjual 11 hartanahnya untuk kos rawatan beliau; iii. Melalui Laporan Perubatan Dr. Ganeswaran bertarikh 1.3.2023, yang dibuat hanya beberapa hari sebelum Surat Kuasa Wakil 465 tersebut dikeluarkan, keadaan kesihatan fizik al dan mental Kan Yan Heng masih ditahap yang agak teruk. Seluruh bahagian badan kirinya lumpuh dari leher ke bawah dan bahagian kanannya, termasuk tangan kanannya bergegar berterusan; 470 iv. Mengikut laporan tersebut juga, Kan Yan Heng tidak boleh bertutur dan hanya mampu menyatakan kemahuannya dengan cara mengangguk atau menggelengkan kepalanya; v. Defendan Pertama di dalam afidavitnya telah menyatakan bahawa berdasarkan maklumat yang diperolehi dari doktor 475 yang merawat ayahnya semasa beliau melawat ayahnya di Hospital Kuala Lumpur, ayahnya Kan Yan Heng tidak lagi mempunyai kapasiti mental untuk berfikir secara waras. Oleh itu, Defendan meragui kenyataan Plaintif-Plaintif bahawa Kan Yan Heng telah mengarahkan pelaksanaan Surat Kuasa 480 Wakil tersebut; vi. Berdasarkan fakta-fakta di atas, Mahkamah berpandangan bahawa terdapat percanggahan yang ketara dalam fakta-fakta mengenai pengeluaran Surat Kuasa Wakil tersebut. Perlu diingatkan bahawa melalui Surat Kuasa Wakil tersebut, 485 Kan Yan Heng telah memberi kebenaran kepada Plaintif-Plaintif untuk menjual sebelas hartanah-hartanah milik beliau. Isu penjualan hartanah, terutamanya apabila melibatkan jumlah hartanah yang banyak bilangannya bukan merupakan satu isu yang remeh dan boleh diputuskan secara enteng. Sebarang 490 keputusan yang diambil untuk pernjualan hartanah-hartanah tersebut memerlukan kefahaman mengenai perkara tersebut dan memerlukan daya pemikiran yang matang. Sebarang kebenaran untuk menjual hartanah-hartanah tersebut hendaklah dibuat oleh seorang yang mempunyai “sound mind” 495 atau berfikiran waras; vii. Berdasarkan laporan perubatannya, Mahkamah mendapati bahawa Dr. Ganeswaran hanya menguji kekuatan dan kapasiti mental Kan Yan Heng dengan bertanyakan soalan-soalan yang mudah dan pada pandangan Mahkamah, tidak membuktikan 500 bahawa Kan Yan Heng adalah seorang yang mempunyai fikiran yang waras dan mampu membuat keputusan-keputusan penting seperti untuk menjual 11 hartanah beliau; viii. Antara isu utama yang perlu diputuskan dalam tindakan ini adalah sama ada Kan Yan Heng telah memberikan 505 kebenarannya untuk menjual hartanah-hartanah tersebut. Isu memberi kebenaran melibatkan “state of mind” dan “sound mind”; ix. Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa isu berkenaan hanya boleh diputuskan oleh pihak yang layak iaitu seorang 510 pakar kesihatan mental i.e. pakar psikiatri. Dr. Ganeswaran yang telah mengesahkan keadaan mental Kan Yan Heng adalah merupakan seorang pakar perubatan dan bukan pihak yang layak untuk menilai kekuatan atau kelemahan mental Kan Yan Heng; 515 x. Berdasarkan alasan ini juga, Mahkamah turut mendapati bahawa kenyataan Pesuruhjaya Sumpah Jeremy Yap Woon How mengenai keadaan mental Kan Yan Heng boleh dipertikaikan memandangkan beliau tiada sebarang kepakaran untuk membuat penilaian tersebut; 520 xi. Atas alasan tersebut, Mahkamah memutuskan bahawa Kan Yan Heng perlu dirujuk kepada pakar psikiatri untuk menentukan keupayaan sebenar mentalnya untuk mengetahui sama ada beliau mampu memberi kebenaran untuk melaksanakan Surat Kuasa Wakil tersebut dan seterusnya 525 mengarahkan penjualan hartanah-hartanah tersebut; xii. Pakar-pakar yang terlibat perlu hadir untuk memberi keterangan dan seterusnya untuk disoalbalas bagi membolehkan Mahkamah membuat keputusan yang lebih adil; xiii. Defendan Pertama juga berpeluang untuk sepina 530 doktor-doktor yang telah merawat Kan Yan Heng semasa beliau mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur untuk mendapat maklumat mengenai keadaan kesihatan sebenar ayahnya. 535 45. Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa permohonan Defendan Pertama di Perenggan (a), Lampiran 66 iaitu Guaman Saman Pemula NA-24NCVC-236-05/2023 ditukarkan kepada mod prosiding Writ Saman menurut Aturan 28 Kaedah 8, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dibenarkan dengan kos. 540 46. Atas alasan tersebut juga, Mahkamah memutuskan bahawa Lampiran 1 dibatalkan dan pihak-pihak hendaklah memulakan tindakan baru melalui Writ Saman. Oleh itu, permohonan Defendan Pertama di Perenggan (b), Notis Permohonan ini untuk penggantungan prosiding 545 ini sementara menunggu pelupusan Lampiran 66 ditolak kerana telah menjadi akademik. Bertarikh : 13 Mac 2024. 550 t.t WAN FADHILAH NOR BINTI WAN IDRIS PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SEREMBAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS 555 Peguam Perayu :- Tetuan Morthi Segaran & Co No. 5-1, Tingkat 1, Jalan S2 C1, Sports Complex Square, 560 Seremban 2, 70300 Seremban Negeri Sembilan. Peguam Responden Pertama :- Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, 565 Peguambela & Peguamcara, Suite 13A, Level 13, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. 570 Peguam Responden Kedua :- Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan, Jalan Campbell, 70000 Seremban,Negeri Sembilan.