Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-83-1134-08/2023 ANTARA
AA-83-1134-08/2023
Magistrates Court of Malaysia25 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit parti”
“kuman penjara akan dilaksanakan berturut-turut. [18] Mahkamah ini juga menggunapakai prinsip penghukuman yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958; [2017] 1 LNS 864, sebagai panduan di dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai ;- Jurisprudence relating to”
“N YANG DIGUNAPAKAI [14] Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh, saya merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon V Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222; [2020] 1 LNS 1915, yang mana telah diputuskan sepertimana berikut :- Once convicted, a trial court must”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI IPOH DALAM NEGERI PERAK NO. KES: AA-83-1134-08/2023 ANTARA
1
1.
2
CHOONG BOON WAH SENG CHUN LEONG DI HADAPAN PUAN SITI NORA BINTI SHARIF MAHKAMAH TERBUKA PENGENALAN [1] Tertuduh pada 25 Ogos 2023 telah dibacakan pertuduhan di bawah seksyen 36(1) Akta Senjata Api terhadap kedua-dua Tertuduh. [2] Pertuduhan telah dibacakan di dalam Bahasa Kantonis terhadap kedua-dua Tertuduh, Tertuduh faham terhadap pertuduhan dan tidak mengaku salah atas pertuduhan. [3] Pertuduhan adalah seperti berikut:-
9
BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 05.08.2023 JAM LEBIH KURANG 30PAGI BERTEMPAT DI DALAM RUMAH NO.71, JALAN SRI KLEBANG 2, BANDAR BARU SRI KLEBANG 31200 CHEMOR, PERAK DI DALAM DAERAH KINTA, DI DALAM NEGERI PERAK DIDAPATI DALAM MILKAN KAMU;
2
KELOPAK SATU(1) LARAS SENJATA API TIRUAN HKMP5 BESERTA SATU (1) KELOPAK HUKUMAN: JIKA DISABITKAN DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI SATU TAHUN , ATAU DIKENAKAN DENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI. [4] Pendakwaan seterusnya mengemukakan dokumen-dokumen berikut untuk: ➢ FAKTA KES-TANDA A DI BACA DAN DIAKUI OKT ➢ CHEMOR REPOT-P1 ➢ BORANG PEMERIKSAAN-P2 ➢ AKUAN SERAHAN BARANG KES-P3 ➢ 5 GAMBAR BARANG RAMPASAN –P4A-E ➢ 40 GAMBAR TEMPAT KEJADIAN-P5 (1-40) ➢ RAJAH KASAR-P6 ➢ LAPORAN PEMERIKSAAN FIZIKAL-P7 **KESEMUA EKSHIBIT DICAM DAN DIAKUI OKT MAH: SALAH. RAYUAN JIKA ADA. RAYUAN: TPR: PHS - PEGUAM: MAH: SETELAH MENDENGAR PENGAKUAN SALAH OKT, EKSHIBIT YANG DIKEMUKAKAN, RAYUAN DAN FAKTOR PEMBERATAN, MAHKAMAH MENDAPATI OKT SALAH & DISABITKAN ATAS PERTUDUHAN. HUKUMAN PENJARA 2 TAHUN DARI TARIKH JATUH HUKUM, 1 SEBATAN DAN DENDA RM1000 GAGAL BAYAR 3 BULAN PENJARA [5] Pembelaan kemudiannya telah merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan hukuman dan berikut merupakan alasan mahkamah yang menyatakan hukuman tersebut adalah memadai dan berpadanan serta berlandaskan kepada prinsip-prinsip hukum yang mapan. PRINSIP KE ATAS SABITAN [6] Tertuduh tidak mengaku salah apabila kali pertama pertuduhan di bacakan, tetapi Tertuduh telah mengambil masa mahkamah dan semua pihak dengan mengaku salah pada tarikh ke 12 di mana ke semua Tarikh tersebut adalah sebutan dan juga pengurusan kes telah ditetapkan sebelum ini. Pertuduhan di bacakan oleh jurubahasa dalam Bahasa yang difahami iaitu Bahasa Kantonis. Tertuduh telah memahami sebab dan akibat daripada pertuduhan tersebut. [7] Sepanjang Tarikh sebutan tersebut, tiada sebarang keterangan mahupun pengakuan di ambil dari pihak Tertuduh samada ingin mengaku salah atau tidak. Pelbagai alasan dan permohonan daripada pihak Pembelaan sepanjang kes di mahkamah, antaranya: • Memaklumkan bahawa kedua-dua Tertuduh mempunyai kes di bawah Sek.39B ADB • Peguam yang menyebut bagi pihak pohon tarikh untuk serahan dokumen kepada peguam yang kendali kes kelak • Peguam maklum akan maklumkan status samada kes di MMJ-2 akan di bicarakan bersama kes di mahkamah ini atau tidak • Alasan laporan kimia masih belum diperolehi diberikan oleh pihak Pendakwaan [8] Hanya setelah laporan kimia diterima dan pertuduhan di bawah Sek. 39B Akta Dadah Berbahaya turun seksyen barulah kedua-dua Tertuduh ingin menukar pengakuan, yang mana setelah 1 tahun 7 bulan barulah kedua-dua Tertuduh ingin menukar pengakuan. [9] Setelah mendengar pengakuan salah kedua-dua Tertuduh tersebut, ekshibit yang dikemukakan, rayuan dan faktor pemberatan, mahkamah mendapati kedua-dua Tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Mahkamah mendapati Tertuduh bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan dari tarikh sabitan untuk kedua-dua sabitan dan semua barang kes dilupuskan. [10] Sesungguhnya hukuman di bawah Seksyen 36 (1) Akta Senjata 1960 ini jika disabitkan kesalahan dikenakan hukuman penjara boleh sampai satu(1) tahun atau boleh dikenakan denda tidak melebihi lima(5) ribu ringgit atau kedua-duanya sekali. [11] Seperti mana yang dimaklumi, Mahkamah Tinggi tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat di Mahkamah rendah melainkan hukuman yang dikenakan adalah salah dan tidak mengikut peruntukkan atau prinsip undang-undang dengan betul atau menjatuhkan hukuman terlalu berat atau terlalu ringan. [12] Di dalam kes Bhandulananda Jayatilake V Public Prosecutor [1982] 1 MLJ 83 [TAG-1], YM Raja Azlan Shah berpendapat dalam penentuan sama ada sesuatu hukuman adalah terlalu ringan atau berat, hakim bicara hendaklah menggunakan budibicara mengikut prinsip undang-undang dan kebiasaan (normal discretionary) serta mengambil kira kepentingan awam. Di mukasurat 84 kes:- Is the sentence harsh and manifestly excessive? We would paraphrase it in this way. As this is an appeal against the exercise by the learned judge of a discretion vested in him, is the sentence so far outside the normal discretionary limits as to enable this court to say that its imposition must have involved an error of law of some description? I have had occasion to say elsewhere, that the very concept of judicial discretion involves a right to choose between more than one possible course of action upon which there is room for reasonable people to hold differing opinions as to which is to be preferred. That is quite inevitable. Human nature being what it is, different judges applying the same principles at the same time in the same country to similar facts may sometimes reach different conclusions (see Jamieson v Jamieson [1952] AC 525, 549). It is for that reason that some very conscientious judges have thought it their duty to visit particular crimes with exemplary sentences; whilst others equally conscientious have thought it their duty to view the same crimes with leniency. Therefore sentences do vary in apparently similar circumstances with the habit of mind of the particular judge.It is for that reason also that this court has said it again and again that it will not normally interfere with sentences, and the possibility or even the probability, that another court would have imposed a different sentence is not sufficient, per se, to warrant this court's interference. For a discretionary judgment of this kind to be reversed by this court, it must be shown to our satisfaction that the learned judge was embarking on some unauthorised or extraneous or irrelevant exercise of discretion. We are far from convinced that any criticism of the learned judge is warranted. He took the course he did, in outweighing the plea of mitigation in favour of the public interest with a desire to uphold the dignity and authority of the law as administered in this country. We agree. That must receive the greatest weight. It is a serious offence to give false testimony, for it is in the public interest that the search for truth should, in general and always, be unfettered. The courts are the guardians of the public interest (see the Exclusive Brethren case [1980] 3 All ER 161, 172). [13] Pengakuan kedua-dua Tertuduh adalah jelas, kedua-dua Tertuduh memahami bahasa yang digunakan semasa pembacaan pertuduhan oleh jurubahasa malah Tertuduh yang diwakili oleh peguam sepanjang kes sebutan di Mahkamah. Kedua-dua Tertuduh memilih untuk tidak mengaku salah di awal waktu kes. PRINSIP PENGHUKUMAN YANG DIGUNAPAKAI [14] Di dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh, saya merujuk kepada prinsip yang digariskan di dalam kes Mahkamah Tinggi di dalam kes Mohd Sulaiman Bin Miskon V Pendakwa Raya [2020] MLJU 1222; [2020] 1 LNS 1915, yang mana telah diputuskan sepertimana berikut :- Once convicted, a trial court must start with the maximum sentence allowed by law. It must then consider the facts and circumstances of the case, giving "discounts" for less than the most serious manner of commission. The word "discount" is found in the case of MOHD ABDULLAH ANG SWEE KANG v. PUBLIC PROSECUTOR [1987] CLJ Rep 209 where it was held that "A sentencer must give sufficient discount for all extenuating circumstances pertaining to the degree of culpability or criminality involved, which must necessarily vary from case to case apart from other mitigating factors. Unless there is a proper reason for withholding such credits, failure to do so may result in the sentencer not exercising his or her discretion judicially in assessing the level of custodial sentence." [15] Intipati kepada penghakiman di atas adalah apabila seseorang Tertuduh itu disabitkan, samada perbicaraan penuh ataupun mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan, hukuman yang wajar diberikan kepada Tertuduh adalah hukuman yang paling maksimum sekali diperuntukkan bagi kesalahan tersebut di bawah undang-undang. Kemudian barulah diberikan pengurangan atau diskaun kepada hukuman tersebut setelah mengambilkira faktor-faktor mitigasi yang dikemukakan Tertuduh semasa rayuannya terhadap hukuman. [16] Berbalik kepada pertuduhan ke atas Tertuduh, pertuduhan tersebut boleh dihukum apabila disabitkan, di mana jika jika disabitkan kesalahan dikenakan hukuman penjara boleh sampai satu(1) tahun atau boleh dikenakan denda tidak melebihi lima(5) ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, sebagaimana digariskan di dalam seksyen 282(d) kanun tatacara Jenayah (KTJ) sepertimana berikut :- Provisions as to execution of sentences of imprisonment
282
With regard to sentences of imprisonment the following provisions shall be followed: …
d
every sentence of imprisonment shall take effect from the date on which it was passed unless the Court passing the sentence otherwise directs. [17] Ini adalah sepertimana ditegaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Tuan Mat Bin Tuan Lonik V Public Prosecutor [2009] 4 MLJ 81; [2009] 4 CLJ 638, berikut :- Seksyen 282(d) Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) memberi kuasa budi bicara yang perlu kepada hakim tentang bila hukuman seharusnya bermula. Selanjutnya, satu peraturan telah berkembang iaitu apabila kesalahan-kesalahan yang tertindan atas seorang tertuduh merupakan kesalahan yang berlainan, lebih-lebih lagi kesalahan itu tidak terbit daripada satu transaksi, hukuman penjara akan dilaksanakan berturut-turut. [18] Mahkamah ini juga menggunapakai prinsip penghukuman yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Public Prosecutor v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958; [2017] 1 LNS 864, sebagai panduan di dalam menjatuhkan hukuman yang sesuai ;- Jurisprudence relating to sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows:
a
the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed;
c
the rampancy of such offence in the area;
d
the offender’s previous record;
e
the offender’s contribution and support to his family members;
f
the offenders means;
g
the effect of conviction and sentence on his job opportunities;
h
the age and health of the accused;
i
whether it is his first offence;
j
whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence;
k
whether the accused had pleaded guilty;
i
status of the accused;
m
whether there was violence during the crime;
n
public interest, etc. FAKTOR MITIGASI TERTUDUH YANG DIPERTIMBANGKAN [15] Tertuduh telah diwakili peguambela dan memberikan fakta-fakta mitigasi berikut:- • Rayuan oleh peguam: kedua-dua Tertuduh telah PG sebaik sahaja terdapat perkembangan di MMJ-2 yang mana jatuh di bawah Akta Racun - okt telah berada di dalam tahana selama 1 tahun 7 bulan - ia memberi pengajaran kepada kedua-dua Tertuduh - sewaktu kes ini dituduh di mahkamah telah memberi impressi kepada pihak media-ia memberi kesan kepada kedua-dua Tertuduh • Tertuduh Pertama – umur 46thn - telah berkahwin mempunyai 2 orang anak umur 17 dan 16thn yang masih bersekolah-sebelum ini bekerja sebagai pembantu dapur dengan gaji RM1800 - penyara tunggal keluarga – Tertuduh perlu menjaga ibu yang berusia 70thn - ayahnya telah meninggal semasa di dalam tahanan - Tertuduh telah putus hubungan dengan keluarga - Tertuduh sedang menjalani hukuman di bawah kesalahan sek. 39A(1) ADB - pohon hukuman penjara dtt • Tertuduh Kedua – umur 46 thn - masih bujang - Tertuduh tidak bekerja-kerana sebelum ini terlibat kemalangan dengan lori menyebabkan hilang pendengaran di sebelah kiri telinga dan penglihatan di sebelah kanan - Tertuduh tinggal dengan abang beliau yang turut menjaga ibu bapa yang masing2 berumur 76thn - ini kesalahan pertama bagi Tertuduh ke-2 - menunjukkan dia bukan habitual offender - Tertuduh aku janji untuk berubah - mohon hukuman penjara dtt – • Kedua-dua Tertuduh PG awal jimat masa dan kos semua pihak-kesalahan tidak melibatkan mangsa dan hanya okt-okt kesal dan insaf tidak akan mengulangi perbuatan-Tertuduh mohon hukuman satu denda yang minima • Timbalan Pendakwa Raya: PHS – • Mahkamah: setelah mendengar pengakuan salah Tertuduh, ekshibit yang dikemukakan, rayuan dan faktor pemberatan, mahkamah mendapati Tertuduh salah & disabitkan atas pertuduhan. HUKUMAN: bagi Pertuduhan - hukuman penjara 12 bulan dari tarikh sabitan untuk kedua-dua Tertuduh [16] Tertuduh TIDAK mengaku salah apabila kali pertama pertuduhan di bacakan, tetapi Tertuduh telah mengambil masa mahkamah dan semua pihak dengan mengaku salah pada tarikh ke 12 sebutan tarikh terakhir yang telah ditetapkan sebelum ini ianya memang dipertimbangkan sebagai suatu faktor di dalam hukuman yang telah dijatuhkan. Pengakuan salah sebagai satu faktor mitigasi adalah selaras dengan prinsip yang disandarkan kepada kes Mahkamah Persekutuan, Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134; [1975] 1 LNS 158, yang mana menyatakan seperti berikut :- “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” [17] Mahkamah juga mengambil maklum, faktor bahawa Tertuduh turut mempunyai rekod lampau dan memandangkan Tertuduh turut dituduh di bawah pertuduhan-pertuduhan yang lain [18] Selain itu saya juga mengambil kira faktor kepentingan awam melebihi kepentingan peribadi Tertuduh dan berpendapat bahawa memandangkan Tertuduh sedang menjalani hukuman penjara oleh itu Tertuduh perlu juga menjalani hukuman penjara sepertimana pertuduhan lain. [19] Mahkamah juga turut mengambil kira nilai fakta dan dokumen yang dieksibitkan sebagai keterangan semasa pembacaan fakta kes, di mana menurut fakta kes Tertuduh telah memiliki 2 laras senjata api tiruan berserta kelopak setiap satu dari senjata tersebut. Walaupun ia adalah senjata tiruan tetapi dengan penemuan senjata tersebut dan difahamkan juga ditemukan bersama di tempat kejadian penemuan kepada dadah ( yang mana pertuduhan piindaan di bawah Akta Racun. Di fahamkan kedua-dua Tertuduh telah mengaku salah pada pertuduhan di bawah Akta Racun tersebut. [20] Ini membukitkan kan faktor kepentingan awam melebihi kepada kepentingan kedua-dua Tertuduh, penemuan kepada 2 barang berbahaya tersebut adalah suatu perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak mahkamah di dalam penentuan hukuman tersebut. HUJAH PEMBERATAN PENDAKWAAN YANG DIPERTIMBANGKAN [21] Pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal diberikan kepada Tertuduh. Mahkamh dimaklumkan bahawa kedua-dua Tetuduh telah mengaku salah di bawah kesalahan Akta Racun tersebut. [22] Hukuman yang dijatuhkan diharap dapat memberikan pengajaran bukan sahaja kepada Tertuduh bahkan peringatan untuk Tertuduh dan juga orang awam untuk tidak cuba memperdaya dan mengambil peluang atas kekurangan orang lain. Prinsip ini selari dengan kes Mahkamah Tinggi Ipoh, Public Prosecutor v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256; [1976] 1 LNS 102, dimana telah ditegaskan seperti berikut :- One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J in Rex v. Kenneth John Ball 35 Cr. App. R 164 as follows: “ In deciding the appropriate sentence a Court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living.” REKOD LAMPAU [23] Mahkamah ini dimaklumkan bahawa tertuduh sedang menjalani hukuman di bawah kesalahan yang berlainan, maka Mahkamah boleh terus menjatuhkan hukuman sewajarnya. [24] Pengakuan Tertuduh terhadap Pertuduhan yang dibacakan ini juga termasuk di dalam satu bentuk pengakuan salah di bawah seksyen 17(2) Akta Keterangan 1950. Section 17. Admission and confession defined.
2
A confession is an admission made at any time by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed that offence. [25] Pengakuan salah ini relevan di dalam prosiding ini memandangkan telah dibuat oleh Tertuduh secara sukarela di hadapan Mahkamah ini. Pengakuan salah hanya menjadi tidak relevan sekiranya dibuat oleh Tertuduh atas sebab dorongan, ugutan atau janji sepertimana yang ditegaskan oleh seksyen 24 Akta Keterangan:- Section 24. Confession caused by inducement, threat or promise when irrelevant in criminal proceeding. A confession made by an accused person is irrelevant in a criminal proceeding if the making of the confession appears to the court to have been caused by any inducement, threat or promise having reference to the charge against the accused person, proceeding from a person in authority and sufficient in the opinion of the court to give the accused person grounds which would appear to him reasonable for supposing that by making it he would gain any advantage or avoid any evil of a temporal nature in reference to the proceeding against him. [26] Jelaslah berdasarkan kepada peruntukan seksyen 17 dan 24 Akta Keterangan 1950 ini menunjukkan pengakuan salah Tertuduh ini boleh dipertimbangkan Mahkamah. [27] Adalah menjadi pertimbangan saya juga dalam menjatuhkan hukuman yang dirasakan wajar kepada Tertuduh di dalam kes ini untuk memastikan kepentingan awam tidak terjejas dan di dalam masa yang sama memberi peluang kedua kepada Tertuduh untuk berubah demi kepentingan dirinya dan keluarganya. [28] Atas alasan-alasan inilah saya telah memberikan hukuman yang setimpal dikenakan ke atas Tertuduh atas pertuduhan yang diakuinya. Namun, saya perlu juga memberatkan hukuman supaya kepentingan awam tidak terjejas. [29] Setelah mempertimbangkan sewajarnya, saya dapati hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas kedua-dua Tertuduh adalah bagi penjara 12 bulan dari Tarikh sabitan. . Bertarikh pada 1 Jun 2025 MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET JENAYAH 1 IPOH PERAK DARUL RIDZUAN. Pihak-pihak: Pendakwaan : TPR Nuranisah Ismah Tertuduh : Diwakili oleh Asyraf Tarikh Keputusan: 25/3/2025
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.