Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA-B52NCvC-244-06/2022
WA-B52NCvC-244-06/2022
Sessions Court of Malaysia19 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA-B52NCvC-244-06/2022
4
DENISE TEOH (keempat– empatnya membawa guaman untuk pihak mereka sebagai pemilik dan juga bagi pihak pemilik-pemilik lain di Astoria Ampang) … PLAINTIF DAN XTREME SDN. BHD. … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 65 PERMOHONAN PINDAAN PENYATA TUNTUTAN ) PENGENALAN [1] Melalui Lampiran 65 plaintif memohon pindaan dibuat terhadap writ dan penyata tuntutan seperti berikut:
1
Plaintif-Plaintif diberi kebenaran untuk meminda Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 14.7.2021 seperti mana yang telah di garis dan/atau dipotong dengan dakwat merah dalam Lampiran A-1 yang telah dilampirkan bersama-sama dengan permohonan ini;
2
Kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan;
3
Lain-lain relif yang dianggap adil dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. 14/03/2025 11:19:09 WA-B52NCvC-244-06/2022 Kand. 84 ALASAN PERMOHONAN PINDAAN [2] Alasan-alasan ringkas permohonan ini adalah seperti berikut: a) Cadangan pindaan terhadap Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 14.7.2021 adalah diperlukan supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas atas jumlah-jumlah tuntutan ganti rugi jumlah tertentu Plaintif-Plaintif terhadap Defendan bagi kelewatan serahan milikan kosong dan pelengkapan kemudahan bersama unit berdasarkan prinsip undang-undang yang terkini. b) Mahkamah Persekutuan dalam kes Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd v. Prema Bonanza Sdn Bhd & Other Appeals [2024] 8 CLJ 519 telah memutuskan bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ang Ming Lee & Ors v. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan & Anor and Other Appeals [2020] 1 CLJ 162 (“kes Ang Ming Lee”) adalah prospektif dan prinsip-prinsip yang termaktub dalam kes Ang Ming Lee adalah tidak terpakai pada lanjutan-lanjutan yang diberi oleh Pengawal Perumahan sebelum Ang Ming Lee. c) Oleh demikian, lanjutan masa yang diberikan oleh Jabatan Perumahan Negara untuk tempoh serahan milikan kosong unit-unit dalam dari tempoh 36 bulan kepada tempoh 48 bulan adalah sah. d) Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Obata-Ambak Holdings Sdn Bhd v. Prema Bonanza Sdn Bhd & Other Appeals [2024] 8 CLJ 519 tersebut merupakan perkembangan baru selepas pemfailan tindakan ini yang memerlukan pindaan dibuat. e) Pindaan ini adalah diperlukan untuk kemudahan rujukan Mahkamah kerana pengiraan dan jumlah tuntutan bagi Plaintif-Plaintif untuk ganti rugi jumlah tertentu bagi unit-unit masing-masing adalah seperti mana yang disenaraikan dalam jadual di Lampiran A dalam Writ bertarikh 14.7.2021. Alasan-alasan terperinci adalah dinyatakan dalam Afidavit Sokongan yang difailkan bersama-sama notis permohonan ini. [3] Saya telah menolak Permohonan pindaan ini. TUNTUTAN PLAINTIF [4] Kes ini pada mulanya difailkan di Mahkamah Tinggi pada 14/07/2021 dengan nombor pendaftaran kes WA-22NCvC-485-07/2021 di mana tuntutan plaintif-plaintif adalah untuk ganti rugi berjumlah keseluruhan sebanyak RM4,208,167.88 [5] Plaintif-Plaintif membawa guaman ini bagi pihak mereka sebagai pemilik unit kondominium Unit A-16-03, A-20-06 dan A-33-07 masing-masing di Kondominium Astoria, Ampang (“Projek tersebut”) dan juga merupakan wakil-wakil bagi pemilik-pemilik lain. [6] Defendan merupakan pemaju perumahan yang mempunyai lesen pemaju bernombor 14227-1/01-2018/46(L) yang memajukan projek perumahan yang dikenali sebagai ‘ASTORIA AMPANG’ yang dibina di atas sebuah hartanah yang dipegang di bawah hak milik Pajakan Mukim 6395, Lot 18152, Seksyen 2, Bandar Ulu Kelang, Daerah Gombak, Negeri Selangor [7] Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa:
a
Defendan telah gagal untuk melaksanakan obligasi-obligasinya di bawah Perjanjian Jual Beli dan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1966 [“Akta 118”]
b
Perjanjian Jual Beli melanggar Jadual H Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan & Pelesenan) 1989 dengan pindaan tempoh penyerahan milikan kosong daripada tiga puluh enam (36) bulan kepada empat puluh lapan (48) bulan.
c
Plaintif tidak pernah, pada kesemua masa yang material, menerima apa-apa surat perlanjutan masa untuk penyerahan milikan kosong daripada Defendan dan sekiranya surat perlanjutan masa untuk penyerahan milikan kosong tersebut wujud sekalipun ia adalah terbatal dan tidak sah kerana bertentangan dengan prinsip undang-undang yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ang Ming Lee.
d
sebarang pindaan yang dibuat oleh Defendan untuk mengubah tempoh untuk penyerahan milikan kosong daripada tiga puluh enam (36) bulan kepada empat puluh lapan (48) bulan adalah terbatal dan tidak sah.
e
Memandangkan Defendan telah melanggar tempoh masa untuk penyerahan milikan kosong di luar tempoh tiga puluh enam (36) bulan, Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif-Plaintif dan kesemua pemilik-pemilik yang lain ganti rugi jumlah tertentu (‘LAD tersebut’). [8] Maka, Plaintif-Plaintif dan Pemilik-Pemilik Tersebut memohon:
i
Defendan adalah diperintahkan untuk membayar ganti rugi berjumlah keseluruhan sebanyak RM4,208,167.88 kepada Plaintif-Plaintif dan Pemilik-Pemilik tersebut masing-masing sebagai jumlah ganti rugi jumlah tertentu mengikut jumlah-jumlah dinyatakan di Bahagian 16
Lampiran
Lampiran A yang dikepilkan bersama Writ ini; (ii) faedah atas jumlah penghakiman pada kadar 5% setahun dari tarikh pemfailan tindakan ini sehingga pembayaran penuh jumlah tersebut; (iii) kos tindakan ini atas dasar peguam cara dan anak guam; dan (iv) lain-lain perintah, relif dan/atau ganti rugi yang adil dan munasabah yang dianggap sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini. [9] Defendan menentang tuntutan plaintif dan memfailkan Pembelaan dan tuntutan balas. Seterusnya plaintif memfailkan jawapan kepada pembelaan kepada tuntutan balas. Pliding ditutup bila defendan memfailkan jawapan kepada pembelaan plaintif bagi tuntutan balas. [10] Kemudian , kes dipindahkan ke Mahkamah Sesyen melalui perintah YA Datuk Akhtar bin Tahir. Diperturunkan di bawah ini arahan pemindahan kes iaitu di Lampiran 46 dan 47. LAMPIRAN 46 TARIKH 8.6.2022 PER: GUAMAN NO : WA-22NCvC-485-07/2021 CHOW CHEE WAH & 3 LAGI PLAINTIF-PLAINTIF XTREME MERIDIAN SDN BHD-DEFENDAN ------------------------------------------------------------------------------------------------------- Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. 2. Adalah dimaklumkan bahawa tindakan ini dipindahkan secara E-filing Ke Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur melalui perintah Y.A Hakim Dato’ Haji Akhtar bin Tahir, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil (NCVC 4), Kuala Lumpur pada 30.5.2022. 3. Untuk perhatian dan tindakan pihak Tuan/Puan selanjutnya. Sekian, terima kasih. "WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, MASLINDA SELAMAT Sk: Tetuan Yeoh Shim Siow & Lay Kuan Peguamcara Plaintif-Plaintif Melalui Emel Tetuan Andrew Davis & Co Peguamcara Defendan Melalui Emel 08/06/2022 10:55:26 LAMPIRAN 47 NOTIS PEMINDAHAN Ambil perhatian bahawa tindakan ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Sivil, berdasarkan perintah Y.A Hakim Dato’ Haji Akhtar Bin Tahir, Hakim Mahkamah Tinggi Sivil (NCVC 4), Kuala Lumpur pada 30.5 2022. [11] Plaintif memfailkan permohonan di bawah Aturan 14A melalui Lampiran 15 yang mana permohonan ini telah diputuskan oleh HMS Puan Wan Nor Aklima. Perintah telah diberikan di Lampiran 60 pada 26.112024 untuk permohonan A.14A ini. Diperturunkan di bawah ini Perintah tersebut, LAMPIRAN 60 ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa : 1. Permohonan plaintif-plaintif ( di Lampiran 15) dibenarkan; 2. Persoalan-persoalan dan/atau isu undang-undang diputuskan oleh mahkamah yang mulia seperti berikut: a. Tarikh pengiraan ganti rugi jumlah tertentu bermula dari tarikh pembayaran deposit/fi tempahan b. Pengiraan ganti rugi jumlah tertentu bermula dari tarikh pembayaran deposit/fi tempahan adalah berdasarkan pada harga pembelian yang dinyatakan dan tertera dalam perjanjian jual beli c. Kos RM4,000.00 kepada plaintif [12] Bagi tuntutan balas , defendan memfailkan permohonan untuk Penghakiman Terus melalui Lampiran 66 dan ia telah diputuskan oleh HMS Puan Wan Nor Aklima pada 24.11.2024. Penghakiman diberikan bagi sebahagian tuntutan balas defendan seperti tertera di Lampiran 66. Diperturunkan Lampiran 66 seperti di bawah ini untuk memudahkan rujukan. LAMPIRAN 66 (PENGHAKIMAN BAGI TUNTUTAN BALAS BERTARIKH 24.11.2024) MAKA ADALAH PADA HARI INI DIHAKIMI bahawa: 1) Tuntutan balas defendan dibenarkan sebahagian setakat di perenggan 55a, b dan c seperti berikut : 1.1. Deklarasi bahawa milikan kosong hartanah tersebut patut diserahkan dan kemudahan bersama harus disiapkan dalam masa 48 bulan daripada tarikh perjanjian berdasarkan peruntukan jual beli tersebut; 1.2. Deklarasi bahawa tarikh milikan kosong hartanah tersebut harus diserahkan dan kemudahan Bersama harus disiapkan berdasarkan perjanjian jual beli plaintif-plaintif dan pemilik-pemilik tersebut menurut Akta Langkah-Langkah Sementara bagi mengurangkan kesan penyakit korona virus 2019 ( Covid 19) 2020 dan surat Jabatan Perumahan Negara bertarikh 2.12.2020 tersebut ; dan 1.3. Deklarasi bahawa defendan telah menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada plaintif-plaintif berdasarkan klausa 27 dalam perjanjian jual beli tersebut pada 24.9.2020 atau seperti diarahkan oleh mahkamah yang mulia ini 2) Tuntutan balas di perenggan 55(d) dan ( e) adalah ditolak seperti berikut: 2.1. Plaintif-plaintif dan pemilik tersebut dikehendaki membayar defendan jumlah rebat seperti mana yang disenaraikan di bahagian (12) Lampiran A yang dikepilkan Bersama pembelaan dan tuntutan balas di sini. 2.2. Plaintif-plaintif dan pemilik-pemilik tersebut membayar defendan jumlah faedah lewat bayar seperti mana yang disenaraikan di bahagian 15 Lampiran A yang dikepilkan Bersama pembelaan di sini. 3) Kos sebanyak RM5000.00 dibayar oleh plaintif-plaintif kepada defendan [13] Pada 26.11.2024 permohonan Defendan di Lampiran 18 ditolak melalui perintah di lampiran 66. Permohonan defendan adalah untuk membatalkan saman dan penyata tuntutan dan kos RM4,000.00 diberikan kepada plaintif. ALASAN KENAPA PERMOHONAN PINDAAN DITOLAK [14] Permohonan plaintif untuk meminda writ dan penyata tuntutan ditolak atas alasan berikut. Di bawah A.14A tiada keperluan untuk pihak memohon kebenaran sebelum membuat permohonan. Berdasarkan perintah di Lampiran 56, permohonan plaintif dibenarkan. ini bermaksud, tuntutan plaintif dibenarkan. Manakala, formula dan cara pengiraan ganti rugi diputuskan di perenggan 2(a) dan 2(b). [15] Walaupun jumlah penghakiman tidak dinyatakan, ia boleh dikira melalui formula di perenggan 2(a) dan 2(b) tersebut. Secara tersiratnya, satu penghakiman telah diberikan kepada pihak plaintif berdasarkan permohonan plaintif di bawah Aturan 14A melalui Lampiran 15. [16] Memandangkan satu penghakiman telah diberikan, maka tidak ada lagi keperluan untuk meminda penyata tuntutan. [17] Kesan dari pindaan jika ia dibenarkan menyebabkan pliding terpaksa dipinda di mana defendan perlu meminda pembelaan dan tuntutan balas . Seterusnya plaintif akan meminda jawapan kepada pembelaan defendan dan pembelaan kepada tuntutan balas. Seterusnya defendan akan meminda jawapan kepada pembelaan kepada tuntutan balas. Perkara ini akan mengambil masa yang panjang. Sedangkan kes ini telah dilupuskan melalui A.14A bagi tuntutan plaintif dan melalui A.14 bagi tuntutan balas. [18] Berkaitan dengan permohonan interlokutori, rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan Hong Leong Finance Bhd v Low Thiam Hoe 7 Anor [2015] 8 CLJ 1 di mana diputuskan bahawa permohonan interlokutori hendaklah dibuat pada kadar segera. Dalam kes ini ia dibuat pada tahap yang amat lewat. Jika dibenarkan ia akan memprejudiskan pihak defendan. [19] Atas alasan-alasan di atas, saya menolak permohonan plaintif untuk meminda writ dan penyata tuntutan dengan kos. Bertarikh pada hari ini 3hb. Mac, 2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.