Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-37-06/2019, KA-45A-38-06/2019, KA-45A-42-06/2019 DAN KA-45-9-06/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45A-42-06/2019
High Court of Malaysia18 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 466; [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v. Public Prosecutor [2017] 3 CLJ 505; [2015] MLJU 1956; [2016] 3 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proo”
“... **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 29 [75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s. 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principle on common intention. As stated earl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-37-06/2019, KA-45A-38-06/2019, KA-45A-42-06/2019 DAN KA-45-9-06/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
1.
2
LEE KEE TEIK (NO. KP: 780719-02-5111)
1
Kes ini melibatkan 4 kes yang dibicarakan secara bersama-sama. Pada asalnya terdapat 2 orang yang telah dituduh iaitu Chua Hock Beng (OKT1) dan Lee Kee Teik (OKT2). Keseluruhannya terdapat 6 pertuduhan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) dan 2 pertuduhan di bawah seksyen 12(2)/39A(2) Akta 234. Kesemua pertuduhan adalah dibaca bersama-sama dengan seksyen 34 Kanun Keseksaan (Akta 574).
2
Namun sebelum perbicaraan bermula, OKT1 telah meninggal dunia dan pihak Pendakwa Raya (PR) telah mengekalkan kesemua pertuduhan ke atas OKT2 dan meminda pertuduhan-pertuduhan seperti berikut: Kes KA-45A-37-06/2019 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 80.2 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 3031.6 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Ketiga Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Methamphetamine seberat 314.16 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kes KA-45A-38-06/2019 Pertuduhan Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 1030.2 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kes KA-45A-42-06/2019 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Monoacetlymorphines seberat 112.3 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah mengedar dadah berbahaya iaitu Monoacetlymorphines seberat 15.4 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kes KA-45A-9-06/2019 Pertuduhan Pertama Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah memiliki dadah berbahaya iaitu Heroin seberat 10.0 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan Kedua Bahawa kamu bersama-sama dengan seorang lagi yang telah meninggal dunia iaitu Chua Hock Beng (telah meninggal dunia pada 20/11/2022) dengan niat bersama pada 5 Jun 2018, jam lebih kurang 2.45 pagi, di rumah beralamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, di dalam Daerah Kota Setar, di dalam Negeri Kedah, telah memiliki dadah berbahaya iaitu Monoacetlymorphines seberat 6.0 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
3
Perbicaraan kes ini bermula di hadapan YA Datuk Meor Hashimi bin Abdul Hamid (YA HMT) sehinggalah saksi PR yang ke 7. Kes ini disambung oleh mahkamah ini memandangkan YA HMT telah diarahkan bertukar. Kedua-dua pihak iaitu peguambela OKT2 dan Puan TPR tidak mempunyai sebarang bantahan ke atas penerusan kes ini oleh mahkamah ini dan pihak peguam turut tidak bercadang untuk memanggil mana-mana saksi yang telah dipanggil untuk didengar semula.
4
Oleh itu, mahkamah ini telah meneruskan pendengaran kes ini dan bergantung sepenuhnya kepada keterangan-keterangan yang telah dirakam oleh YA HMT bagi saksi-saksi yang telah dipanggil.
5
Di dalam masa yang sama, mahkamah ingin merekodkan bahawa terdapat seorang lagi yang telah dituduh bagi fakta dan dadah yang sama iaitu Hoh Seong Yang (SP3) dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi 2 di dalam kes KA-45A-39-06/2019, KA- 45A-40-06/2019, KA-45A-41-06/2019 dan KA-45A-44-06/2019. Namun pertuduhan-pertuduhan ke atas SP3 adalah kerana bersubahat dengan OKT1 dan OKT2 bagi kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas OKT1 dan OKT2 iaitu dibaca bersama-sama seksyen 33 Akta 234. Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan
6
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593) iaitu untuk menentukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang kredibel wujudnya satu kes prima facie.
7
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan bermakna mahkamah ini hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan-keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh dibuat, maka mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT2.
8
Berpandukan kepada kes Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 terdapat 3 elemen yang perlu dipenuhi bagi satu kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah seksyen 39B Akta 234 iaitu: a) sama ada dadah-dadah yang menjadi sabjek pertuduhan adalah dadah berbahaya sepertimana dalam Jadual 1 Akta 234 serta rantaian keterangan dadah-dadah tersebut; b) sama ada dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan OKT1 dan OKT2; dan c) sama ada OKT1 dan OKT2 mengedar dadah-dadah tersebut.
9
Namun memandangkan pertuduhan-pertuduhan di dalam kes ini melibatkan seksyen 34 Akta 574, maka pihak PR adalah turut terbeban untuk membuktikan elemen secara bersama-sama. Pembuktian elemen ini adalah sepertimana yang telah diulas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Farose bin Tamure Mohamad Khan v PP & others [2016] 9 CLJ 769 seperti berikut: “[47] It is helpful to analyse s. 34 in terms of these elements;
a
a criminal act;
b
participation in doing of the act;
c
a common intention between the parties; and
d
the act must be done in furtherance of the common intention. [48] At this juncture, it is convenient first to address the generally accepted principles on the operation of s. 34. The position in respect of these elements is fairly uncontroversial, and the relevant principles gleaned from the authorities in Malaysia, Singapore and India can be briefly dealt with. [49] It is widely acknowledged that s. 34 is a rule of evidence which embodies the common-sense principle that if two or more persons intentionally do a thing jointly, it is just the same as if each of them had done it individually (Krishna Rao a/l Gurumurthi v. Public Prosecutor And Other Appeal [2009] 2 CLJ 603; [2009] 3 MLJ 643). [50] If it is shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in furtherance of the common intention of all, liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone (Mahbub Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118). [51] The provision is intended to meet a case in which it may be difficult to distinguish between acts of individual members of a party who act in furtherance of the common intention of all or to prove exactly what part was taken by each of them (Hari Ram v. State of Uttar Pradesh [2004] 8 SCC 146). In those circumstances, the law makes no distinction between them or between the parts played by them in doing the criminal act (Bashir v. State AIR 1953 All 668). [52] Presence is not necessary to constitute participation in every case. It is sufficient for the accused to have done an act with some nexus to the offence (Sabarudin bin Non & Ors v. Public Prosecutor [2005] 1 CLJ 466; [2005] 4 MLJ 37 and Manikumar Sinappan & Ors v. Public Prosecutor [2017] 3 CLJ 505; [2015] MLJU 1956; [2016] 3 MLRA 1. [53] Common intention, distinguished from the same or similar intention, requires proof that the criminal act was done in pursuance of a pre-arranged plan (Mahbub Shah). Such pre-planning may develop on the spot or in the course of commission of an offence, the crucial test being the plan must precede the commission of the offence ((1) Namasiyiam (2) Rajindran (3) Goh Chin Peng and (4) Ng Ah Kiat v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241; [1987] 1 CLJ 540; [1987] 2 MLJ 336). [54] A common intention may be often be difficult to prove by way of direct evidence in practice, but it can be inferred from the circumstances of the case and the conduct of the accused (Dato' Mokhtar bin Hashim & Anor v. Public Prosecutor [1983] CLJ Rep 101; [1983] 2 MLJ 232). [66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to rely upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved.” Fakta kes
10
Pihak PR telah mengemukakan seramai 5 orang saksi dan fakta kes di peringkat pendakwaan dapatlah disimpulkan seperti berikut: a) pada 4/6/2018, SP10 telah menerima maklumat daripada seorang individu yang enggan dikenali bahawa terdapat satu premis di alamat No.14, Taman Gunung Tahan, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah (rumah tersebut) yang dijadikan lokasi untuk menyimpan dan memproses dadah; b)
Preamble
menurut SP10, maklumat menyatakan bahawa aktiviti tersebut dijalankan oleh seorang lelaki berbangsa Cina Malaysia dan seorang lelaki berbangsa Cina Singapura dan menyatakan bahawa kedua-dua lelaki tersebut hanya akan berada di rumah tersebut selepas jam 2.00 pagi; c) setelah SP10 memaklumkan maklumat ini kepada Pegawai Turus dan mendapat kebenaran, satu taklimat telah diadakan pada jam 5.30 petang di mana 2 pasukan telah ditubuhkan iaitu Team A dan Team B dan selepas taklimat, SP10 dan pasukan telah bergerak ke rumah tersebut. Mereka tiba di rumah tersebut jam 12.00 tengah malam pada 5/6/2018; d) apabila sampai di rumah tersebut, SP10 bersama SP11 dan pasukan serbuan yang lain telah membuat pemerhatian di tempat kejadian dari jam 12.15 malam sehingga 2.40 pagi dan mendapati tiada pergerakan keluar masuk di rumah tersebut. Kemudian SP10 telah memberikan arahan kepada pasukan serbuan melalui walkie talkie untuk bersiap sedia melancarkan serbuan di rumah tersebut; e) SP10 mendapati pintu pagar hadapan rumah adalah pintu pagar elektronik yang tertutup dan berkunci. SP10 telah mengarahkan SP11 untuk menggunakan kekerasan untuk membuka pintu pagar elektronik tersebut dengan cara menyentap pintu pagar elektronik tersebut dan ia terbuka. SP10 dan SP11 juga mendapati pintu kayu hadapan rumah dalam bertutup dan berkunci dan tiada grill. SP11 telah arahkan D/Kpl 143121 Anuar dan D/Kpl 150502 Tan untuk memecahkan pintu rumah tersebut dengan alat door ram; f) setelah pintu kayu hadapan rumah terbuka, SP10 dan SP11 masuk ke dalam rumah tersebut dan mendapati tiada penghuni di tingkat bawah rumah tersebut. Keadaan ruang tamu cerah dengan lampu dihidupkan. Seterusnya SP10 dan SP11 ke tingkat atas dalam rumah tersebut dan menjumpai bilik pertama di sebelah kiri dari arah tangga. SP10 mendapati pintu kayu bilik pertama tersebut bertutup dan tidak berkunci. SP10 telah membuka pintu dan mendapati OKT1 berada di atas katil. SP10 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan menahan OKT1; g) kemudiannya, SP10 pergi ke bilik kedua yang terletak di arah kanan dari tangga dan mendapati pintu kayu bilik kedua terbuka dan tiada orang. Seterusnya, SP10 telah pergi ke bilik ketiga yang berada di sebelah bilik kedua dan mendapati pintu bilik ketiga bertutup dan berkunci. SP10 telah mengetuk pintu bilik ketiga tersebut beberapa kali sambil memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis, namun tidak dibuka. SP10 telah mengarahkan anggota serbuan D/Kpl 143121 dan D/Kpl 150502 untuk memecahkan pintu bilik ketiga tersebut dengan menggunakan door ram. Setelah pintu bilik ketiga berjaya dipecahkan, SP10, SP11 dan anggota serbuan memasuki bilik tersebut dan mendapati OKT2 sedang berdiri di dalam bilik tersebut. Keadaan bilik tersebut adalah cerah dengan cahaya lampu. Selain itu, kipas dan penghawa dingin juga terpasang pada masa itu. OKT2 kelihatan takut, cemas dan berpeluh. SP10 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan menahan OKT2; h) selanjutnya, SP10 telah membuat pemeriksaan pada tubuh badan kedua-dua tertuduh dan tidak menjumpai apa-apa barang salah. SP10 juga telah memeriksa bilik pertama sambil disaksikan oleh OKT1 tetapi tidak menjumpai apa-apa barang salah; i) seterusnya, SP10 telah menjalankan pemeriksaan di bilik ketiga dengan disaksikan oleh kedua-dua OKT dan menjumpai barang seperti berikut berada di atas lantai bilik ketiga dalam keadaan yang terdedah: i. (1) beg berzip bertanda A yang mengandungi
18
bungkusan plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan keputihan disyaki dadah jenis Heroin, ditanda “A1” hingga “A18” (P26); ii. (18) bungkusan plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan keputihan disyaki dadah jenis Heroin, ditanda “A1” hingga “A18” (P27(A-R)); iii. (1) luggage beg berzip bertanda B yang mengandungi (6) bungkusan plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine, ditanda “B1” hingga “B6” (P29); iv. (6) bungkusan plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine, ditanda “B1” hingga “B6” (P30(A-F)); v. (5) bungkusan plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan keputihan disyaki dadah jenis Heroin, ditanda “B7” hingga “B11” (P32(A-D)); vi. (1) plastik lutsinar besar bertanda C yang mengandungi (97) bungkusan kecil berisi disyaki pil Yaba setiap
1
bungkusan mengandungi 198 biji pil berwarna merah dan 2 biji pil berwarna biru (jumlah keseluruhan pil adalah 19,400 biji pil) ditanda “C1” hingga “C97” (P34); vii. (97) bungkusan kecil berisi disyaki pil Yaba setiap (1) bungkusan mengandungi 198 biji pil berwarna merah dan 2 biji pil berwarna biru (jumlah keseluruhan pil adalah 19,400 biji pil) ditanda “C1” hingga “C97” (P35(1-97)); viii. (4) kotak kecil berwarna coklat di dalam berisi dadah disyaki jenis Heroin Base ditanda “D1” hingga “D4” (P38(A-D)); ix. (1) plastik besar berisi dadah jenis Ephedrine ditanda “E” (P42); x. bekas berwarna hitam ditanda “F”, (P44); xi. penapis berwarna biru ditanda “F1”, (P45); xii. penapis berwarna silver ditanda “F2”, (P46); xiii. corong berwarna biru ditanda “F3”, (P47); xiv. bekas air berwarna biru ditanda “F4”, (P48); xv. bekas kaca bertulisan “IWAKI” 250ml ditanda “F5”, (P49); xvi. scraper ditanda “F6”, (P50); xvii. sudip kayu ditanda “F7”, (P51); xviii. besin logam berwarna perak “G1” dan “G2”, (P52 – P53); xix. (1) pasang sarung tangan berwarna merah ditanda “H1” dan “H2”, (H1: P54, H2: P129); xx. (1) penimbang elektronik ditanda “l1”, (P178); xxi. (1) penimbang elektronik bertulisan “EWM” ditanda “l2”, (P179); xxii. (1) penimbang elektronik bertulisan “SF-400” ditanda “l3”, (P180); xxiii. (1) sealer elektronik bertulisan “IMPULSE SEALER” ditanda “J”, (P181); xxiv. (1) botol plastik berisi cecair kimia ditanda “K1”, (P55); xxv. (1) botol plastik bertampal label “ETHANOL ABSOLUTE” berisi cecair kimia ditanda “K2”, (P56); xxvi. (1) botol bertampal label “ACETONE” berisi cecair kimia ditanda “K3”, (P57); xxvii. (1) pasang dapur masak bertulisan “BOMPANI” ditanda “L”, (P184); xxviii. (1) pasang dapur masak bertulisan “SAWANA” ditanda “M”, (P183); xxix. (1) pasang dapur masak bertulisan “MILUX” ditanda “N”, (P182); dan xxx. (1) tong gas jenama BHP ETRO GAS 14 kg ditanda “O”, (P9); j) SP10 telah selanjutnya menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas OKT2 dan menjumpai 1 rangkai kunci iaitu 2 anak kunci (P185 (A-B)) dan 1 alat kawalan jauh pagar rumah (P185(C)) dalam poket kiri bahagian hadapan seluar yang dipakai oleh OKT2; k) SP10 telah merampas barang kes dadah tersebut dan menyerahkan kepada SP8 dan pada 7/6/2018 jam lebih kurang 12.25 tengahari, SP8 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Alor Setar dan telah diterima oleh Ahli Kimia, SP2. Barang kes yang dihantar berupa (3) kotak bertanda “E” (P15), “E2” (P16) & “E4” (P17) dan (2) bungkusan bertanda “E1” (P18) & “E3” (P19) berseal meteri PDRM 73. SP8 terima satu resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia dengan Nombor Makmal 18-FR-K-02952 daripada Ahli Kimia (P23); dan l) SP2 telah mengesahkan kesemua dadah-dadah tersebut sepertimana di dalam laporannya di P25. Analisis dan dapatan mahkamah Sama ada dadah-dadah yang menjadi sabjek pertuduhan adalah dadah berbahaya sepertimana dalam Jadual 1 Akta 234 serta rantaian keterangan dadah-dadah tersebut
11
Bagi elemen yang pertama, peguam tidak mempertikaikan elemen tersebut di dalam hujahannya.
12
Namun mahkamah telah meneliti keterangan-keterangan dan mendapati bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah-dadah yang menjadi sabjek kepada pertuduhan-pertuduhan di dalam kes ini adalah dadah berbahaya sepertimana di dalam Jadual 1 Akta 234 dan ia adalah dadah-dadah yang sama yang dirampas dan dianalisis oleh Ahli Kimia
13
Berdasarkan kepada keterangan SP2, mahkamah mendapati bahawa SP2 adalah seorang yang berkelayakan serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang diiktiraf serta mencukupi. SP2 telah menjalankan metodologi yang tidak dipertikaikan dalam menjalankan analisis ke atas dadah-dadah yang dikemukakan kepadanya. Keterangan SP2 dan disokong oleh laporan yang disediakan olehnya sepertimana di P25 berjaya membuktikan jenis dadah-dadah serta beratnya.
14
Di dalam masa yang sama, keterangan SP8, SP10 dan SP11 berserta pengecaman mereka ke atas fizikal barang-barang kes termasuk ke atas gambar-gambar barang kes di P78 dan dokumen-dokumen di P5, P159, P160, P161, P162, P163, P164 telah berjaya membuktikan identiti serta perjalanan barang kes dari ianya ditemui sehinggalah ianya dibawa ke mahkamah. Mahkamah berpuas hati bahawa tiada sebarang pecahan ke atas rantaian keterangan barang kes. Sama ada dadah-dadah tersebut berada di dalam milikan OKT1 dan
15
Berkaitan elemen yang kedua, paksi keterangan pihak PR adalah bersandarkan kepada keterangan SP10 dan SP11. Keseluruhannya berkaitan serbuan oleh pasukan polis ke atas rumah tersebut secara khususnya ke atas bilik yang ketiga. SP10 telah mengarahkan pasukannya untuk memecah masuk bilik yang berkunci tersebut menggunakan door ram. Apabila pintu bilik terbuka, SP10 mendapati bilik tersebut cerah dan kipas serta penghawa dingin adalah terpasang.
16
OKT2 dikatakan sedang berdiri dan berada di dalam keadaan cemas, takut dan berpeluh-peluh. SP10 kemudiannya telah menjalankan pemeriksaan ke atas bilik tersebut sambil disaksikan oleh OKT1 dan OKT2. SP10 mendapati bahawa barang kes berada di dalam keadaan terdedah di atas lantai bilik tersebut.
17
Pihak PR turut mengemukakan keterangan melalui SP4 yang merupakan seorang ajen hartanah yang menguruskan penyewaan rumah tersebut dengan SP3 dan OKT2. SP4 telah berjumpa dengan SP3 dan OKT2 untuk menandatangani Perjanjian Penyewaan di P75 dua minggu sebelum kejadian berlaku. Malahan SP4 mengesahkan bahawa SP4 telah membawa SP3 dan OKT2 ke dalam rumah untuk ditunjukkan keadaan di dalam rumah tersebut. Selain itu, SP4 turut mengesahkan bahawa OKT2 telah membayar secara tunai deposit dan sewa rumah tersebut.
18
Keterangan berkaitan penyewaan oleh OKT2 ini turut disokong oleh keterangan daripada SP6 yang merupakan suami kepada pemilik rumah iaitu SP7 yang mengesahkan P75 ditandatangani olehnya. SP6 turut mengesahkan telah menyerahkan kunci rumah kepada SP4.
19
Begitu juga keterangan SP7 yang mengesahkan nampak SP4 membawa OKT2 dan SP3 ke rumah tersebut. SP7 mengesahkan OKT2 dan SP3 adalah merupakan penyewa ke atas rumah tersebut. Keterangan dan peranan SP3
20
Peguam OKT2 menghujahkan bahawa pihak PR telah gagal membuktikan bahawa hanya OKT2 sahaja yang mempunyai pemilikan ke atas rumah tersebut dan bilik ketiga di mana dadah-dadah dijumpai. Teras pertama hujahan peguam adalah ke atas keterangan SP3 yang dihujahkan sebagai seorang yang mempunyai akses ke atas keseluruhan rumah tersebut. Namun SP3 tidak dituduh bersama-sama OKT1 dan OKT2 tetapi sebaliknya dituduh bersubahat dan dibicarakan secara berasingan.
21
Penelitian mahkamah mendapati bahawa keterangan SP3 menunjukkan bahawa SP3 tidak tinggal di rumah tersebut. Malahan menafikan menandatangani P75 tersebut. Namun SP3 mengakui pergi bersama-sama OKT2 untuk menyewa rumah tersebut. Menurut SP3, kali terakhir SP3 ke rumah tersebut adalah sehari sebelum SP3 ditangkap. Ia bertujuan membawa orang untuk membaiki alat penghawa dingin di bilik bawah dan bilik pertama tingkat atas. Pada masa tersebut, OKT1 yang membuka pintu dan tiada orang lain.
22
Walaupun keterangan SP3 ini dilihat seperti bercanggahan namun mahkamah perlu berhati-hati di dalam menilai keterangan SP3. Ini mengambilkira bahawa SP3 juga telah dituduh bagi dadah serta fakta yang sama. Secara jelasnya SP3 mempunyai kepentingan untuk tidak bercerita dengan sepenuhnya.
23
Dalam apa jua keadaan, keterangan SP3 ini walaupun diketepikan masih tidak dapat mengakaskan naratif pihak PR bahawa serbuan ke atas bilik ketiga telah menemukan dadah-dadah di atas lantai dan OKT2 berada di dalam bilik tersebut. Ini pada pandangan mahkamah memadai dan munasabah untuk mahkamah merumuskan dadah-dadah tersebut berada di dalam jagaan dan kawalan OKT2. Sama ada SP9 dan orang lain mempunyai akses ke atas bilik tersebut
24
Isu selanjutnya yang menjadi pertikaian peguam OKT2 adalah ke atas keterangan SP9 yang menyatakan bahawa SP9 telah diarahkan oleh seorang yang bernama Tan Chee Chang untuk pergi ke rumah tersebut bagi mencuci rumah tersebut. Keterangan ini dihujahkan sebagai menunjukkan bahawa SP9 mempunyai akses ke atas rumah tersebut dan bilik ketiga di mana dadah-dadah ditemui. Ia dengan secara langsung menunjukkan bahawa PR gagal membuktikan elemen pemilikan eksklusif.
25
Mahkamah berpandangan bahawa walaupun keterangan SP9 menunjukkan bahawa SP9 mempunyai akses ke atas rumah tersebut, namun keterangan yang dibawa oleh pihak PR adalah dadah-dadah tersebut ditemui di dalam bilik ketiga dan OKT2 berada di dalamnya. Dadah-dadah tersebut berada di atas lantai dan dalam keadaan terbuka. Bilik tersebut juga di dalam keadaan berkunci.
26
Berdasarkan kepada keterangan-keterangan ini, adalah jelas hanya satu inferens sahaja yang boleh dibuat iaitu dadah-dadah tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan OKT2. Malahan OKT2 bukan sahaja boleh berurusan dengannya, malahan boleh menghalang orang lain dari berurusan dengan dadah-dadah tersebut. Sama ada OKT1 dan OKT2 mempunyai pengetahuan ke atas dadah-dadah tersebut
27
Inferens juga boleh dibuat berkaitan pengetahuan OKT2 berdasarkan jumlah dadah yang banyak ditemui di atas lantai dan ianya di dalam keadaan terbuka. Ini disokong pula oleh reaksi OKT2 yang kelihatan takut, cemas dan berpeluh-peluh. Tiada sebab bagi OKT2 untuk berada di dalam situasi sebegitu kecuali secara inferensnya OKT2 mengetahui kewujudan dadah-dadah tersebut.
28
Keterangan ini disokong pula oleh keterangan bahawa OKT2 mengunci dirinya di dalam bilik ketiga tersebut. SP10 dan SP11 hanya dapat masuk ke bilik tersebut dengan cara memecahkan pintunya. Di samping itu, OKT2 juga adalah orang yang menyewa rumah tersebut dan mempunyai kunci ke atas rumah tersebut.
29
Kesemua ini jika dirangkumkan menunjukkan keterangan-keterangan jelas bahawa dadah-dadah tersebut berada di dalam jagaan serta kawalan OKT2 dan secara inferensnya menunjukkan bahawa OKT2 mempunyai pengetahuan ke atasnya. Sama ada elemen secara bersama-sama di bawah seksyen 34 Akta 574 telah dibuktikan
30
Persoalan kini berbangkit berkenaan keterangan ke atas OKT1 memandangkan pertuduhan adalah turut dibaca bersama-sama seksyen 34 Akta 574. Walaupun OKT1 telah meninggal dunia dan tidak berada di hadapan mahkamah untuk menjawab keterangan-keterangan yang diberikan, namun memandangkan pihak PR memilih untuk mengekalkan pertuduhan secara bersama-sama ke atas OKT1 dan OKT2, maka mahkamah masih perlu untuk menimbangkan keterangan-keterangan sama ada ia dapat membuktikan seksyen 34 Akta 574.
31
Mahkamah mendapati tiada keterangan setakat yang dikemukakan dapat menunjukkan bahawa terdapatnya perancangan untuk melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah-dadah tersebut bagi membolehkan penggunaan seksyen 34 Akta 574. Prinsip undang-undang berkaitan niat bersama adalah jelas iaitu ia boleh timbul serta merta atau secara spontan dan tidak perlu ditunjukkan terdapatnya perancangan awal bagi melakukan kesalahan jenayah tersebut. Ini telah dinyatakan dalam kes Namasiyiam and ors v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241; [1987] 2 MLJ 336 seperti berikut: “In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was (a) a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K. Soonavala page 188 to 193).”
32
Di samping itu, Mahkamah Persekutuan dalam kes Farose Tamure Mohamad Khan [supra] berkenaan dengan kedudukan seksyen 34 Akta 574 telah menegaskan seperti berikut: “[66] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. Direct evidence as proof is difficult to procure because the common intention is essentially a state of mind. Invariably inferences have to rely upon arising from such acts or conduct of the accused, the manner in which the accused arrived at the scene, the nature of injury caused by one or some of them or such other relevant circumstances available. The totality of the circumstances must be taken into consideration in arriving at a conclusion whether there is a common intention to commit the offence for which the accused could be convicted. The facts and circumstances of each case might vary. As such, each case should be decided based on the facts involved. ..... [75] From the above cases, we are of the view that the law on the operation of s. 34 of the Penal Code is well settled. We have no reason to depart from this established principle on common intention. As stated earlier, the existence of a common intention is a question of fact of each of the case to be proved as a matter of inference from the circumstances of the case.”
33
Penilaian maksimum mahkamah mendapati bahawa tiada secebis keterangan yang dapat menunjukkan perkara tersebut. Apa yang ada hanyalah OKT1 berada di rumah tersebut semasa serbuan. Adakah keterangan ini dapat menunjukkan hubungan dadah tersebut dengan OKT1 hanya semata-mata OKT1 dan OKT2 berada di rumah yang sama.
34
Mahkamah berpandangan bahawa keterangan ini semata-mata tidak memadai untuk merumuskan OKT1 dan OKT2 memiliki secara bersama-sama dadah tersebut. Sama ada elemen pengedaran telah dibuktikan
35
Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan terhadap OKT2, mahkamah berpuas hati bahawa PR telah menunjukkan bahawa OKT2 mempunyai pemilikan terhadap dadah-dadah tersebut. Sehubungan dengan itu, berdasarkan kepada berat dadah yang terlibat dalam kes ini, maka mahkamah berhak menggunakan anggapan di bawah seksyen 37 (da) Akta 234 iaitu anggapan pengedaran terhadap OKT2.
36
Mahkamah ini memutuskan bahawa PR telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT2 bagi kesemua pertuduhan. Kesimpulan di akhir kes pendakwaan
37
Memandangkan keterangan hanya dibuktikan hanya ke atas OKT2, maka mahkamah memerintahkan OKT2 untuk membela diri bagi pertuduhan-pertuduhan pindaan sepertimana di P221. Kes pembelaan
38
OKT2 memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dan telah memanggil SD2 untuk menyokong pembelaannnya.
39
Secara amnya OKT2 menyatakan seperti berikut: a) pada 4/6/2021 jam lebih kurang 10.00 malam, OKT2 telah menerima panggilan telefon daripada OKT1 memberitahu tayar keretanya pancit dan minta dicarikan seorang mekanik. Semasa itu, OKT2 berada di Alor Setar Mall; b) OKT2 kemudiannya telah membawa seorang mekanik ke rumah OKT1 iaitu di rumah tersebut. Selepas mekanik tersebut selesai membaiki kereta OKT1, OKT2 telah menghantar pulang mekanik tersebut balik ke bengkelnya dan OKT2 telah pergi ke Hotel Sentosa; c) pada jam lebih kurang 2.00 pagi pada 5/6/2021, OKT1 telah menelefon OKT2 memintanya untuk datang ke rumah mengambilnya untuk keluar makan; d) OKT2 sampai di rumah tersebut di dalam jam 2.30 pagi dan semasa itu OKT1 berada di ruang tamu. OKT1 kemudiannya telah naik ke tingkat atas dan OKT2 menunggu di ruang tamu di atas sofa; e) semasa menunggu tersebut, OKT2 menyatakan bahawa pihak polis telah membuat serbuan ke atas rumah tersebut di mana OKT2 telah ditahan. Pemeriksaan ke atas badannya tidak menemui apa-apa barang salah; f) pihak polis kemudiannya telah menemui serangkai kunci yang ditemui di atas meja makan di dapur; dan g) pihak polis kemudiannya telah membawa OKT2 naik ke atas dan telah menangkap OKT1. Kemudiannya mereka telah dibawa oleh pihak polis ke bilik 3 yang tidak berkunci. Pihak polis telah menjalankan pemeriksaan ke atas bilik tersebut dan dadah-dadah sepertimana di dalam pertuduhan ini telah ditemui.
40
Adalah jelas daripada keterangan OKT2, naratif apa yang berlaku pada hari kejadian adalah sama sekali berbeza dengan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR. Pembelaan OKT2 dengan jelas menyanggah naratif pihak PR dan menegaskan bahawa dadah yang ditemui oleh pihak polis adalah sama sekali bukan merupakan dadah miliknya. Peguam OKT2 menghujahkan dengan panjang lebar beberapa isu yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.
41
Apabila mahkamah berhadapan dengan dua naratif yang sama sekali bertentangan, maka mahkamah perlu meneliti semula keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan secara maksima. Mahkamah perlu membandingkan keterangan OKT2 dengan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi PR dan menentukan sama ada naratif OKT2 adalah sebetulnya.
42
Mahkamah Rayuan di dalam kes Wan Marzuki Wan Abdullah v. PP [2008] 4 CLJ 631 melalui penghakiman Gopal Sri Ram HMR telah menyatakan; “The second point taken by learned counsel for the appellant is that the judge erred in his handling of the facts when evaluating the defence story. It is clear from the record that the defence case was diametrically opposed to the prosecution's case. The issue which fell for the learned judge to decide was whether PW5 was telling the truth as to what was agreed, that is to say, whether the accused's version was reasonably probable. After a careful analysis of the totality of the evidence the learned judge found the defence version to lack credibility. He also held that it did not raise a reasonable doubt in his mind. He found the accused's explanation to be one of recent invention because of the way in which the defence case was put to the witnesses for the prosecution. In our judgment the judge was certainly entitled to do that. On the facts of this case he was justified in so doing.”
43
Naratif OKT2 juga adalah turut selari dengan keterangan yang telah diberikan oleh OKT2 di dalam rakaman percakapannya sepertimana yang telah dirakamkan oleh SD2. Ini telah disahkan oleh SD2 bahawa OKT2 semasa dirakamkan keterangannya pada 8/6/20218 telah memberi percakapan seperti berikut; “Pada 4/6 waktu pagi saya pergi ke kedai mesin judi di sebelah AS Mall sehingga jam 10.00 malam. Saya pergi balik ke rumah sewa itu, kerana Ah kaw tyre pancit dan saya panggil mekanik datang ke rumah sewa itu buat tayar. Pada masa tu, Ah kaw ada turun tengok sekali dan kami tunggu sehingga siap pd jam 11 malam. Selepas itu saya pergi ke Sentosa Hotel cari amoi dan patah balik ke rumah sewa itu untuk ambil Ah Kaw sewa hotel. Semasa saya sampai ke rumah sewa dan masuk ke ruang tamu, tiba-tiba ada berapa orang mereka kata polis masuk ke dalam rumah dan tahan saya secara terkejut. Polis periksa badan saya dan x jumpa apa-apa barang salah. Kemudian polis terus bawa saya ke bilik pertama dan tangkap Ah Kaw. Polis periksa rumah dan bagitahu temui dadah. Kemudian bawa saya dan Ah Kaw dan saya check urin tapi tidak sangkut. Kami ditahan”
44
Malahan SD2 mengesahkan bahawa OKT2 memaklumkan bahawa dia tidak tahu siapa pemilik dadah dan alat masak dadah yang ditemui serta hanya OKT2 dan OKT1 sahaja yang berada di rumah tersebut semasa serbuan. SD2 turut mengesahkan bahawa OKT2 turut memaklumkan bahawa OKT2 tidak pernah memasuki ke bilik 3 sebelum dari tarikh kejadian.
45
Rakaman keterangan oleh SD2 ini turut telah diperiksa balas ke atas SP10 dan SP8 semasa mereka memberi keterangan. SP10 sebagai pegawai serbuan tidak bersetuju ke atas percakapan OKT2 ini manakala SP8 sebagai Pegawai Penyiasat bersetuju keterangan tersebut dirakamkan daripada OKT2 namun telah menyatakan bahawa siasatan telah dijalankan dan mengenalpasti nama-nama yang telah disebut. Malahan rakaman percakapan ke atas Hoh Seong Yang, Tan Kee Chong dan Gah Ah Som telah diambil.
46
Di peringkat ini, mahkamah mendapati bahawa hujahan Puan TPR berkaitan pembelaan OKT2 adalah satu pemikiran terkemudian adalah tidak berasas. Ini kerana naratif OKT2 telah diletakkan kepada saksi-saksi pihak PR sejak kes di peringkat PR lagi. Isu yang lebih penting adalah untuk menentukan sama ada naratif ini adalah naratif yang benar. Jika ini dibuktikan benar, maka ia sama sekali akan membangkitkan keraguan ke atas naratif pihak PR yang sekaligus memberi kesan ke atas beban pihak PR untuk membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.
47
Mahkamah memulai analisis dengan pertamanya melihat kepada tarikh rakaman percakapan ke atas OKT2 diambil oleh SD2. Menurut keterangan SD2, tarikh rakaman percakapan ke atas OKT2 diambil pada 8/6/2018 iaitu 3 hari selepas serbuan dilakukan dan OKT1 dan OKT2 ditangkap. Ini bermakna bahawa keberangkalian untuk OKT2 mereka-reka cerita adalah agak tipis. Ia merupakan satu percakapan yang diberikan hampir sebaik OKT2 ditangkap oleh pihak polis.
48
Perkara ini turut diakui oleh SP8 dan ini dengan secara langsung menunjukkan bahawa SP8 sedar terdapat naratif yang berbeza di antara keterangan saksi-saksi PR terutamanya pasukan serbuan dengan versi yang dikemukakan oleh OKT2. Persoalannya kini adakah satu siasatan yang adil telah dilaksanakan oleh SP8 dalam menentukan kebenaran apa yang sebenarnya berlaku.
49
Keterangan SP8 mendedahkan bahawa rakaman percakapan ke atas OKT2 diambil oleh SD2 bagi membantunya untuk membuat siasatan ke atas kes ini. SP8 mengakui bahawa menurut rakaman percakapan OKT2, naratif OKT2 adalah dia ditangkap di ruang tamu dan bukannya di dalam bilik ketiga. SP8 selanjutnya mengesahkan telah mengenalpasti Hoh Seong Yang (SP3), Tan Kee Chong dan Gah Ah Som (SP9) dan dirakam keterangan mereka. Manakala bagi OKT1, rakaman percakapan telah diambil oleh Inspektor Wilson Wong.
50
Berkaitan rakaman percakapan ke atas OKT1, SP8 mengesahkan bahawa OKT1 telah menyatakan bahawa OKT1 tidak nampak OKT2 masuk ke bilik ketiga di mana dadah di dalam kes ini ditemui.
51
Setakat keterangan oleh OKT1 dan OKT2 melalui rakaman percakapan, SP8 pada pandangan mahkamah menyedari 2 fakta yang membangkitkan siasatan terperinci perlu dilakukan kerana ia jelas bertentangan dengan keterangan yang diberikan oleh SP10. Berikutan itu, adalah penting bagi mahkamah menilai keterangan-keterangan secara maksima bagi menentukan di mana sebenarnya OKT2 ditangkap.
52
Pertamanya mahkamah meneliti keterangan Hoh Seong Yang (SP3) dan mendapati SP3 adalah penyewa rumah tersebut. Namun SP3 tidak mengesahkan bahawa OKT2 adalah penyewa atau sekurang-kurangnya tinggal di rumah tersebut. SP3 hanya sekadar mengesahkan bahawa OKT2 ada hadir bersama-sama dengannya semasa SP3 berbincang dengan ajen untuk menyewa rumah tersebut. Malahan SP3 tidak dapat memastikan bahawa kunci telah diserahkan kepada siapa termasuk kepada OKT2.
53
SP3 turut menyatakan bahawa SP3 telah hadir ke rumah tersebut sehari sebelum serbuan dilakukan. SP3 mengesahkan hanya OKT1 sahaja berada di rumah tersebut dan membuka pintu rumah untuknya menjalankan servis ke atas penyaman udara di rumah tersebut. Tiada keterangan yang dapat menunjukkan OKT2 berada di rumah tersebut.
54
Selanjutnya mahkamah meneliti keterangan yang diberikan oleh Gah Ah Som (SP9) dan mendapati ianya tidak dapat membantu pihak PR. Saksi ini dipanggil hanya semata-mata kerana SP9 pernah ke rumah tersebut 2-3 hari sebelum kejadian kerana disuruh oleh Tan Kee Chong untuk menyapu lantai dan mengemas rumah. Keterangan SP9 langsung tidak membantu dalam menentukan sama ada OKT2 tinggal di rumah tersebut dan secara khususnya ke atas bilik tersebut.
55
Seterusnya mahkamah telah meneliti rakaman percakapan yang diambil ke atas Tan Kee Chong sepertimana ditandakan sebagai P220. Di dalam rakaman percakapan ini, ia sekadar mengesahkan bahawa OKT2 tinggal di rumah tersebut. Tan Kee Chong tidak pula menyatakan di bilik manakah OKT2 tinggal. Walaupun rakaman keterangan tersebut ada menyatakan berkenaan penglibatan OKT2 dengan pengedaran dadah, namun mahkamah berpandangan bahawa ia perlu dinilai secara berhati-hati kerana keterangan tersebut tidak tertakluk kepada pemeriksaan balas oleh peguam OKT2.
56
Keterangan OKT2 tinggal di rumah tersebut turut mendapat sokongan dari keterangan oleh SP4 yang merupakan ajen bagi penyewaan rumah tersebut. OKT2 yang dikenali sebagai boss namun SP4 mengesahkan bahawa perjanjian penyewaan iaitu sepertimana di P75 ditandatangani oleh SP3 dengan tuan rumah iaitu SP7. Malahan SP7 turut mengesahkan bahawa OKT2 bersama-sama dengan SP3 adalah penyewa dan tinggal di rumah tersebut.
57
Keterangan-keterangan ini jika diadunkan hanya sekadar membuktikan bahawa SP3 adalah penyewa rumah tersebut dan OKT2 tinggal di rumah tersebut. OKT1 turut dikatakan tinggal di rumah yang sama. Dapatan ini adalah selari dengan laporan DNA di P154 yang disediakan oleh SP5 yang menunjukkan bahawa DNA OKT2 dijumpai pada puntung rokok, berus gigi, tuala, penyedut minuman dan sarung tangan. Di samping itu, DNA OKT2 turut dijumpai bercampur dengan individu lain pada seluar dalam dan tuala manakala pada satu penyedut minuman ditemui DNA OKT2 dan Tan Chee Kong. Ia turut melaporkan penemuan DNA OKT2 dan SP9 dari satu pencukur.
58
Ia bukan sekadar membuktikan bahawa OKT2 tinggal di rumah tersebut namun ia turut membuktikan ada beberapa individu lain yang turut pernah berada atau tinggal di rumah tersebut. Ia membuktikan bahawa selain OKT2, terdapat DNA OKT1, SP9 dan Tan Kee Chong serta beberapa individu yang tidak dapat dikenalpasti.
59
Dengan kata yang lain, rumah tersebut boleh diakses oleh orang lain selain OKT1 dan OKT2 yang dikatakan berada di rumah tersebut semasa serbuan. Di atas faktor inilah peguam OKT2 dengan bersungguhnya menghujahkan bahawa pihak PR gagal untuk membuktikan eksklusiviti OKT2 ke atas dadah-dadah yang ditemui di dalam rumah tersebut.
60
Bagi aspek ini, mahkamah mengambilkira bahawa serbuan yang dijalankan adalah di atas maklumat yang diterima oleh SP10. Maklumat tersebut dinyatakan sebagai seorang lelaki berbangsa Cina Malaysia dan seorang lelaki Cina yang berasal dari Singapura. Persoalannya sekarang, keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pihak PR sendiri mendedahkan bahawa wujud lebih dari 2 lelaki Cina yang berada di rumah tersebut. Mungkinkah ia SP3 atau SP9 atau Tan Kee Chong atau mungkin individu-individu di mana DNA mereka tidak dapat dikenalpasti.
61
Prinsip undang-undang adalah jelas iaitu jika sesuatu serbuan dijalankan berdasarkan kepada suatu maklumat, maka mahkamah perlu berhati-hati menilai keterangan pegawai serbuan kerana ia berkemungkinan satu yang direka-reka. Apatah lagi di dalam kes ini, naratif yang dikemukakan oleh OKT2 adalah sama sekali berbeza dengan SP10 dan SP9. Ia mewujudkan prasangka kepada mahkamah kerana terdapat kemungkinan yang tidak dapat dielakkan apa yang berlaku adalah sepertimana yang dinyatakan oleh OKT2 di dalam pembelaannya.
62
Lebih membangkitkan kecurigaan mahkamah adalah apabila pihak PR turut menuduh SP3 di mahkamah yang lain iaitu bagi kes KA-45A-44-06/2019, KA-45A-40-06/2019, KA-45A-39- 06/2019 dan KA-45A-41-06/2019 bersubahat dengan OKT1 dan OKT2 melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta 234 yang dibaca bersama-sama seksyen 33 Akta 234. Pertuduhan-pertuduhan ini adalah bagi dadah-dadah yang sama dirampas.
63
Pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atas SP3 membolehkan satu inferens iaitu berkemungkinan lelaki Cina Malaysia yang dimaksudkan di dalam maklumat yang diterima oleh SP10 adalah merujuk kepada SP3. Ini berpaksikan kepada keterangan yang tidak dinafikan bahawa SP3 adalah penyewa sebenarnya rumah tersebut. Tindakan pihak PR menuduh dan membicarakan SP3 secara berasingan menimbulkan tanda tanya sedangkan secara kebiasaannya pertuduhan-pertuduhan sebegini akan dibicarakan bersekali memandangkan ia melibatkan fakta-fakta kes serta saksi-saksi yang sama.
64
Berdasarkan analisis maksima ke atas keterangan-keterangan secara keseluruhannya, maka mahkamah merumuskan bahawa terdapat kesangsian jelas berkaitan apa yang sebenarnya berlaku semasa serbuan ke atas rumah tersebut. Mahkamah turut merumuskan wujud beberapa keraguan di atas keterangan yang dikemukakan oleh pihak PR. Kesimpulan di akhir kes
65
Sehubungan dengan itu, mahkamah merumuskan adalah tidak selamat untuk mensabitkan OKT2 ke atas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa pihak PR gagal membuktikan satu kes tanpa keraguan ke atas OKT2.
66
OKT2 dengan ini dilepas dan dibebaskan. Bertarikh: 22hb Ogos, 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya : Aisyah Al Humayrah binti Kamaruzaman Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Kedah Darul Aman Aras 4, Blok C, Wisma Darul Aman 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Naran Singh Peguambela & Peguamcara Tetuan Naran Singh & Co. 39, First Floor Market Street P.O. Box No. 710 30000 Ipoh Perak Darul Ridzuan Tarikh Keputusan : 18hb. Jun, 2025 Undang-Undang Yang Dirujuk: Akta Dadah Berbahaya 1952 Kanun Keseksaan Kanun Tatacara Jenayah Kes-Kes Yang Dirujuk: Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85 PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 Muhammad Lukman Mohamad v PP [2021] 7 CLJ 524 Farose bin Tamure Mohamad Khan v PP & others [2016] 9 CLJ 769 Namasiyiam and ors v. Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241; [1987] 2 MLJ 336 Wan Marzuki Wan Abdullah v. PP [2008] 4 CLJ 631
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.