Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. BA-42(ORS)-1-01/2020 & BA-42(ORS)-2-01/2020
BA-42(ORS)-1-01/2020 & BA-42(ORS)-2-01/2020
High Court of Malaysia20 Dec 2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lt of such appearance, upon due service of such summons being proved, the Sessions Court shall proceed to the examination of the matter and if satisfied that no offence 8 under this Act or under the Dangerous Drugs Act 1952 has been committed in respect of the property claimed and that such property is not illegal prop”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN JENAYAH NO. BA-42(ORS)-1-01/2020 & BA-42(ORS)-2-01/2020
1
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD … PERAYU PERTAMA
2
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD … PERAYU KEDUA DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Sesyen di Shah Alam Kes No. BA-64FOP-12-06/2017)
2
CIMB ISLAMIC BANK BERHAD ... PENUNTUT-PENUNTUT DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN 2 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kes ini merupakan rayuan oleh CIMB Islamic Bank Berhad [No. kes BA-42(ORS)-1-01/2020] dan Bank Muamalat Malaysia Berhad [No. kes BA-42(ORS)-2-01/2020] yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 19.12.2019 yang memerintahkan kesemua harta-harta yang dituntut tersebut dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia. [2] Mahkamah ini telah mendengar kedua-dua rayuan tersebut dan seterusnya memutuskan pada 20.12.2021 bahawa kedua-dua rayuan tersebut dibenarkan. Mahkamah ini telah memerintahkan supaya kesemua harta-harta yang dituntut tersebut dilepaskan kepada Perayu Pertama dan Perayu Kedua masing-masing. [3] Responden yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini dan ingin merayu ke Mahkamah Rayuan Malaysia telah memfailkan Notis Rayuan pada 27.12.2021. 3 Latar Belakang Kes [4] Pada 12.3.2016, pihak polis telah membuat tangkapan ke atas seorang bernama Mohd Faizal bin Zainal Abidin (“B1”) berkaitan dengan kes di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 [USJ8 Report No. 3536-3537/16]. Lanjutan daripada tangkapan tersebut telah membawa kepada satu lagi tangkapan ke atas pasangan suami isteri iaitu Anuar bin Zulkarnain No. Kad Pengenalan 701002-06-5257 (“B2”) dan Fara Shazreen binti Mohd Safri No. Kad Pengenalan 800927-14-6108 (“B3”) di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316]. [5] Selanjutnya, harta-harta berikut yang atas nama B2 dan B3 telah disita (secara kolektif harta-harta sitaan tersebut akan dirujuk sebagai “Harta Sitaan”) menurut seksyen 25 dan seksyen 28 Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakkan Harta) 1988 [Akta 340]: a) wang dalam akaun ASNB No. 002879927 berjumlah RM219,607.80 (“E8”) atas nama B3; b) wang dalam akaun ASNB No. 891440017 dalam bentuk Sijil berjumlah RM200,000.00 (“E9”) atas nama B2; 4 c) sebuah banglo 2 tingkat No. hakmilik GRN 208214 No. Lot 15548 Mukim Bandar Nilai Utama, Daerah Seremban yang beralamat di No. 15, Jalan Dahlia 3, Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan (“E10”) atas nama pemilik berdaftar iaitu B2 dan B3; dan d) sebuah rumah berkembar semi-D 3 tingkat No. hakmilik HSM 26691 No. Lot 75133, Jalan Kantan Permata 5, Taman Kantan Permata, Kajang, Selangor (“E11”) atas nama pemilik berdaftar iaitu B2 dan B3. [6] CIMB Islamic Bank Berhad (“Perayu Pertama”) telah menuntut harta-harta sitaan E8, E9 dan E10 tersebut. Manakala Bank Muamalat Malaysia Berhad (“Perayu Kedua”) telah menuntut harta sitaan E11. [7] Selaras dengan peruntukan subseksyen 32(2) Akta 340, disebabkan terdapat tuntutan dibuat ke atas Harta Sitaan tersebut maka rujukan telah dibuat ke Mahkamah Sesyen dan didaftarkan dengan No. kes BA-64FOP-12-06/2017. [8] Pemeriksaan ke atas perkara tersebut menurut subseksyen 32(3) Akta 340 telah dijalankan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam 5 (“Hakim Sesyen”). Pihak perayu (Perayu Pertama dan Perayu Kedua) telah memanggil seramai 8 orang saksi seperti berikut: a) Azura binti Kechak @ Bachik (SP1) – Pegawai khidmat pelanggan BMMB; b) Siti Hajar binti Ismail (SP2) – Timbalan Pengurus Bahagian Pemulihan Kredit BMMB; c) Muhammad Rizal bin Othman (SP3) – Pegawai Bank CIMB; d) Md Nasir bin Md Kasim (SP4) – Jurupenilai; e) Khairidasheila binti Johari (SP5) – Pegawai Kredit CIMB; f) Saiful Asrul bin Mohamed Salleh (SP6) – Penolong Pengurus Bank BMMB; g) Harlina binti Tahirudin (SP7) – Pegawai Kredit CIMB; dan h) Norizan binti Hamzah (SP8) – Pegawai Bank CIMB. [9] Manakala pihak Responden telah memanggil 2 orang saksi seperti berikut: a) ASP Nur Hamimah binti Endut (SD1) – Pegawai Penyiasat FOP; dan 6 b) ASP Aspanizam bin Mohd Anuar (SD2) – Pegawai Penyiasat FOP. [10] Pada 19.12.2019, Hakim Sesyen telah memutuskan bahawa di atas imbangan kebarangkalian bahawa beliau telah berpuas hati bahawa Harta Sitaan tersebut adalah harta yang menyalahi undang-undang dan seterusnya memerintahkan Harta Sitaan tersebut dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia. [11] Perayu Pertama yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Sesyen tersebut telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah ini melalui No. kes BA-42(ORS)-1-01/2020. Manakala Perayu Kedua juga telah memfailkan Notis Rayuan melalui No. kes BA-42(ORS)-2-01/2020. Semasa pendengaran rayuan ini, pihak-pihak telah bersetuju supaya kedua-dua kes rayuan tersebut didengar bersama dengan turutan penghujahan didahului oleh Perayu Pertama dan diikuti seterusnya dengan penghujahan Perayu Kedua serta penghujahan jawapan ke atas kedua-dua rayuan tersebut oleh pihak Responden. 7 Prinsip Undang-Undang Berhubung Perlucuthakkan Harta [12] Mahkamah ini dalam mendengar rayuan ini berpandukan kepada prinsip undang-undang sedia ada di mana mahkamah di peringkat rayuan seharusnya mengambil pendirian untuk tidak mengganggu keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah perbicaraan melainkan ternyata keputusan tersebut mempunyai salah arah dan tidak menurut undang-undang. [13] Subseksyen 32(3) Akta 340 memperuntukkan tentang perkara pemeriksaan oleh Hakim Mahkamah Sesyen apabila terdapat rujukan dibuat ke Mahkamah Sesyen berkaitan dengan tuntutan ke atas harta sitaan: “The Sessions Court to which a claim is referred under subsection (2) shall issue a summons requiring the person claiming that he is lawfully entitled to the property, and the person from whom it was seized, if he and his whereabouts are known, to appear before the court and upon such appearance or in default of such appearance, upon due service of such summons being proved, the Sessions Court shall proceed to the examination of the matter and if satisfied that no offence 8 under this Act or under the Dangerous Drugs Act 1952 has been committed in respect of the property claimed and that such property is not illegal property, shall order the same to be released to the person claiming the same upon proof that he is lawfully entitled thereto, and shall, in any other case, order the property to be forfeited.” [14] Berdasarkan peruntukan seksyen 32(3) Akta 340 tersebut, sekiranya mahkamah berpuas hati setelah pemeriksaan dijalankan bahawa –
a
tiada kesalahan di bawah Akta 340 atau Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] telah dilakukan berkaitan dengan harta yang dituntut;
b
harta yang dituntut itu bukanlah harta yang menyalahi undang-undang (illegal property); dan
c
penuntut berjaya membuktikan bahawa beliau berhak di sisi undang-undang terhadap harta tersebut, 9 maka harta tersebut hendaklah dilepaskan kepada penuntut. Sebaliknya sekiranya mahkamah tidak berpuas hati, maka harta tersebut hendaklah dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia menurut seksyen 33 Akta 340. [15] Seksyen 2 Akta 340 memberikan tafsiran kepada harta yang menyalahi undang-undang (illegal property) seperti berikut: “illegal property” means any property, whether within or outside
a
which is wholly or partly derived or obtained from or by means of any prohibited activity carried out by any person after the commencement of this Act;
b
which is the income, earnings or assets wholly or partly derived or obtained from or by means of any property referred to in paragraph (a);
c
which is wholly or partly derived or obtained from or by means of any property referred to in paragraph (a) or (b); 10
d
which is wholly or partly traceable or attributable to any property referred to in paragraph (a), (b), or (c), or to any income, earnings or assets of any such property;
e
which, after the commencement of this Act, is or was used to assist or facilitate any prohibited activity;
f
which is the subject matter of an offence under section 3, 4, or subsection 24(7) or of any Scheduled offence committed after the commencement of this
g
which, due to any circumstance such as, but not limited to, its nature, value, location or place of discovery, or the time, manner or place of its acquisition, or the person from whom it was acquired, or its proximity to other property referred to in the foregoing paragraphs, can be reasonably believed to be property falling within the scope of any of the foregoing paragraphs.” 11 [16] Dengan erti kata lain, harta yang menyalahi undang-undang tersebut boleh termasuk dalam kategori mana-mana perenggan kepada tafsiran yang diberikan di bawah seksyen 2 Akta 340 tersebut. Dapatan oleh Mahkamah Sesyen [17] Secara ringkas daripada prosiding pemeriksaan dalam Mahkamah Sesyen, berasaskan kepada keterangan saksi-saksi yang dikemukakan, Hakim Mahkamah Sesyen yang menjalankan prosiding pemeriksaan tersebut telah membuat kesimpulan bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua membuat tuntutan supaya harta sitaan tersebut dikembalikan kepada mereka atas alasan mereka adalah institusi perbankan yang sah menurut undang-undang dan harta sitaan tersebut dibiayai oleh mereka melalui suatu pembiayaan perumahan dan kemudahan pembiayaan sijil ASB (Rujuk perenggan 21 Alasan Penghakiman Hakim Sesyen). [18] Adalah menjadi suatu fakta yang tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak bahawa pembiayaan harta sitaan tersebut adalah seperti berikut:
a
Harta sitaan E8 adalah di bawah pembiayaan oleh Perayu Pertama ke atas B3 dan B2 bagi kemudahan pembiayaan Sijil Amanah Saham Bumiputra Secara Bersesama di bawah 12 konsep syariah Komoditi Murabahah Term Financing-i sebanyak RM209,174.00 yang mana sebagai balasan pembiayaan tersebut, B3 telah mencagarkan sebanyak 200,000 unit saham Amanah Saham Bumiputra (ASB) tersebut kepada Perayu Pertama [Rujuk ekshibit P33 dan P34];
b
Harta sitaan E9 adalah di bawah pembiayaan oleh Perayu Pertama ke atas B2 bagi kemudahan pembiayaan Sijil Amanah Saham Bumiputra Secara Individu di bawah konsep syariah Komoditi Murabahah Term Financing-i sebanyak RM209,276.00 yang mana sebagai balasan pembiayaan tersebut, B2 telah mencagarkan sebanyak 200,000 unit saham ASB tersebut kepada Perayu Pertama [Rujuk ekshibit P32 dan P35];
c
Harta sitaan E10 adalah di bawah pembiayaan oleh Perayu Pertama ke atas B3 bagi kemudahan pembiayaan perumahan di bawah konsep Syariah Komoditi Murabahah sebanyak RM877,451.00 yang mana sebagai balasan pembiayaan tersebut, B2 dan B3 telah menyempurnakan suatu Gadaian Pihak Ketiga dengan Perayu Pertama yang 13 mana telah didaftarkan melalui Gadaian Perserahan No. 437/2016 oleh Pendaftar Hakmilik Negeri Sembilan [Rujuk ekshibit P27 dan P29]; dan
d
Harta sitaan E11 adalah di bawah pembiayaan oleh Perayu Kedua ke atas B2 dan B3 bagi kemudahan pembiayaan perumahan di bawah konsep Tawarruq sebanyak RM818,230.20 yang mana B2 dan B3 telah menyempurnakan suatu Gadaian dengan Perayu Kedua yang mana telah didaftarkan melalui Gadaian Perserahan No. 695/2014 [Rujuk ekshibit P5 dan P6]. [19] Hakim Sesyen telah membuat dapatan (perenggan 22 Alasan Penghakiman Hakim Sesyen) bahawa walaupun Perayu Pertama dan Perayu Kedua berjaya membuktikan bahawa mereka adalah institusi perbankan yang sah di sisi undang-undang dan Harta Sitaan tersebut dibiayai oleh mereka, namun mereka gagal untuk membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa Harta Sitaan tersebut bukanlah harta yang menyalahi undang-undang. Hakim Sesyen juga membuat dapatan bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah gagal mengemukakan keterangan yang kredibel untuk menyokong tuntutan mereka. 14 [20] Menurut Hakim Sesyen lagi berdasarkan keterangan saksi-saksi pihak penuntut, kemudahan pinjaman pembiayaan diluluskan oleh Perayu Pertama atau Perayu Kedua adalah setelah mereka berpuas hati dengan penyata akaun syarikat RS Bikers yang dikemukakan oleh B2 dan B3. Saksi-saksi pihak penuntut berpuas hati dengan jumlah duit yang banyak di dalam akaun tersebut dan yakin dengan perniagaan motorsikal berkuasa tinggi yang dijalankan oleh B2 dan B3. [21] Hakim Sesyen telah menyatakan dalam Alasan Penghakimannya (perenggan 27) bahawa apa yang penting adalah pihak penuntut menunjukkan tiada kesalahan dilakukan berkaitan harta yang dirampas pada imbangan kebarangkalian dan pihak Responden tidak perlu membuktikan kes terhadap B2 dan B3 bagi kesalahan di bawah Akta 340 atau Akta 234 tanpa keraguan munasabah. Selain daripada itu menurut Hakim Sesyen lagi, pihak penuntut juga perlu membuktikan bahawa harta-harta tersebut bukan harta yang menyalahi undang-undang. [22] Adalah suatu dapatan oleh Hakim Sesyen (perenggan 28 Alasan Penghakiman Hakim Sesyen) bahawa fakta-fakta berikut telah dibuktikan dan tidak dipertikaikan bahawa bayaran ansuran oleh B2 atau B3 ke atas pinjaman pembiayaan Harta Sitaan tersebut adalah seperti berikut: 15
a
bayaran ansuran bulanan bagi harta sitaan E8 oleh B2 kepada Perayu Pertama ialah RM1381.13;
b
bayaran ansuran bulanan bagi harta sitaan E9 oleh B3 kepada Perayu Pertama ialah RM1122.89;
c
bayaran ansuran bulanan bagi harta sitaan E10 oleh B3 kepada Perayu Pertama ialah RM4,098.42; dan
d
bayaran ansuran bulanan bagi harta sitaan E11 oleh B2 kepada Perayu Kedua ialah antara RM3068.36 sehingga RM4,696.95. [23] Hakim Sesyen telah membuat kesimpulan bahawa adalah tidak munasabah bagaimana B2 dan B3 boleh membuat bayaran bulanan tersebut di atas yang mana berdasarkan keterangan dokumentar menunjukkan gaji bulanan B2 sebanyak RM4450.00 (ekshibit P41) dan gaji bulanan B3 sebanyak RM4450.00 (ekshibit P13). Menurut Hakim Sesyen lagi, bukti status kewangan B2 dan B3 yang dikemukakan kepada pihak penuntut adalah tidak kredibel untuk menyokong pembayaran balik ansuran bulanan sebegitu banyak. Menurut Hakim 16 Sesyen lagi, Perayu Pertama dan Perayu Kedua gagal untuk melakukan due-diligence yang sewajarnya sebelum meluluskan pinjaman tersebut. [24] Kesimpulannya, Hakim Sesyen telah merumuskan bahawa walaupun benar bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah memberi kemudahan pinjaman dan pembiayaan kepada B2 dan B3 yang kemudiannya telah menjadi ‘orang kenaan’ (liable person), namun beban bukti adalah terletak atas pihak penuntut bagi membuktikan bahawa harta-harta yang dituntut itu bukan sahaja sah dari segi proses pembiayaan tetapi perlu juga membuktikan bahawa harta-harta tersebut tidak termasuk dalam tafsiran ‘harta yang menyalahi undang-undang’ di bawah tafsiran seksyen 2 Akta 340 (Rujuk perenggan 42 Alasan Penghakiman). [25] Hakim Sesyen juga di dalam Alasan Penghakimannya telah merujuk kepada peruntukan anggapan (presumption) di bawah seksyen 35 Akta 340 dan juga merujuk kepada 2 keputusan kes Mahkamah Rayuan yang berbeza tentang pemakaian peruntukan anggapan dalam prosiding pemeriksaan berkaitan tuntutan ke atas harta sitaan di bawah subseksyen 32(3) Akta 340 iaitu kes Cherian KC George & Anor v PP [2012] 6 CLJ 17 dan kes Jason Chan Huan Sen & Ors. v PP [2015] 2 CLJ
605
17 [26] Hakim Sesyen tidak menyatakan secara jelas pendiriannya ke atas isu pemakaian peruntukan anggapan di bawah seksyen 35 di dalam prosiding pemeriksaan tuntutan ke atas harta sitaan menurut subseksyen 32(3) Akta 340. Menurut Hakim Sesyen lagi, kes Jason Chan Huan Sen & Ors. v PP (supra) tidak sekali-kali menyatakan bahawa oleh kerana penuntut tidak perlu mematahkan anggapan, maka penuntut tidak perlu membuktikan bahawa harta-harta tersebut bukan harta yang salah. Tambahnya lagi sekiranya prosiding pemeriksaan tuntutan ke atas tuntutan harta sitaan tidak termasuk di dalam skop prosiding yang terkandung dalam seksyen 35, maka isu pemakaian anggapan tidak timbul sama sekali. Akan tetapi penuntut-penuntut masih perlu untuk menunjukkan bahawa harta-harta tersebut bukan harta yang salah. Beban masih di atas penuntut-penuntut (Rujuk perenggan 54 Alasan Penghakiman Hakim Sesyen). Penghujahan Perayu Pertama dan Perayu Kedua [26] Peguam Perayu Pertama telah menghujahkan seperti berikut:
a
Perayu Pertama adalah pihak yang mempunyai kepentingan yang sah di sisi undang-undang ke atas harta sitaan E8, E9 dan E10. 18 Peguam Perayu Pertama telah menghujahkan bagaimana kepentingan Perayu Pertama boleh berbangkit ke atas harta sitaan E8, E9 dan E10 tersebut seperti mana dinyatakan terdahulu (dalam perenggan 18 Alasan Penghakiman ini) telah menjadi suatu fakta yang tidak dipertikaikan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini tidak berhasrat untuk mengulangi dan menghuraikan lagi penghujahan peguam Perayu Pertama ke atas perkara ini.
b
Harta sitaan E8, E9 dan E10 tersebut bukanlah harta yang salah di sisi undang-undang Peguam Perayu Pertama menghujahkan bahawa peruntukan anggapan di bawah seksyen 35 Akta 340 adalah tidak terpakai bagi prosiding pemeriksaan tuntutan ke atas Harta Sitaan menurut subseksyen 32(3). Oleh yang demikian, pihak Perayu Pertama tidak mempunyai kewajipan di bawah undang-undang untuk mematahkan anggapan bahawa harta sitaan E8, E9 dan E10 tersebut adalah harta-harta yang menyalahi undang-undang. Kes Jason Chan Huan Sen & 19 Ors. v PP (supra) telah digunakan bagi menyokong hujahan ini. Peguam Perayu Pertama juga menghujahkan bahawa keterangan dokumentar iaitu ekshibit D58 menunjukkan dengan jelas bahawa tiada sebarang pendakwaan atau prosiding seperti mana dimaksudkan dalam subseksyen 32(1) (a) dan (b) Akta 340 yang telah dimulakan berkaitan dengan harta sitaan E8, E9 dan E10 tersebut. Kes Hong Leong Bank Bhd v PP [2009] 8 CLJ 463 yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi telah dirujuk bagi menyokong hujahan ini.
c
Keterangan yang kukuh bahawa pembiayaan-pembiayaan yang diberikan oleh Perayu Pertama kepada B2 dan B3 berkenaan harta sitaan E8, E9 dan E10 tersebut adalah diberikan secara sah di sisi undang-undang. Peguam Perayu Pertama juga telah menghujahkan bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam prosiding pemeriksaan di hadapan Hakim Sesyen merupakan keterangan bukti yang kukuh bahawa pembiayaan-pembiayaan yang diberikan kepada B2 dan B3 berkenaan 20 harta sitaan tersebut adalah diberikan secara sah di sisi undang-undang dalam maksud perjalanan biasa perniagaan Perayu Pertama sebagai institusi kewangan berlesen. [27] Peguam Perayu Kedua telah mengguna pakai semua penghujahan oleh peguam Perayu Pertama setakat mana yang berkenaan secara umum. Manakala secara khusus, adalah dihujahkan bahawa Perayu Kedua adalah pihak yang mempunyai kepentingan yang sah di sisi undang-undang ke atas harta sitaan E11. Adalah merupakan fakta yang tidak dipertikaikan bahawa harta sitaan E11 adalah di bawah pembiayaan oleh Perayu Kedua ke atas B2 dan B3 bagi kemudahan pembiayaan perumahan di bawah konsep Tawarruq sebanyak RM818,230.20 yang mana B2 dan B3 telah menyempurnakan suatu Gadaian dengan Perayu Kedua yang mana telah didaftarkan melalui Gadaian Perserahan No. 695/2014. [28] Peguam Perayu Kedua juga menghujahkan bahawa B2 dan B3 telah ditangkap di bawah subseksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] dan seterusnya ditahan di bawah suatu Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri menurut Akta 316 tersebut untuk tempoh 14.8.2017 hingga 13.8.2019. Peguam Perayu Kedua juga telah merujuk dan mengemukakan kepada 21 Mahkamah ini surat daripada Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Batu Gajah bertarikh 13.10.2021 yang mengemukakan Perintah Pembatalan bertarikh 25.7.2018. Hujahan Responden [29] Secara ringkasnya, hujahan Responden (rujuk perenggan 19 hujah bertulis Responden) adalah bahawa B2 dan B3 merupakan ‘orang kenaan’ (liable person) bagi maksud seksyen 7 Akta 340 yang mana mereka telah turut ditangkap di bawah Akta 316. Subperenggan (a) (ii) kepada subseksyen 7(1) Akta 340 memperuntukkan tentang ‘orang kenaan’ termasuklah orang yang ditahan atau telah ditahan selepas permulaan kuat kuasa Akta 340 menurut suatu perintah tahanan atau sekatan yang dibuat di bawah mana-mana undang-undang, berkenaan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran apa-apa dadah berbahaya dan termasuk sekutu (associate) kepada orang yang ditahan itu menurut tafsiran seksyen 2 Akta 340. [30] Pihak Responden menghujahkan bahawa tiada keperluan untuk pihak pendakwaan membuat pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berkenaan harta sitaan bagi 22 membolehkan penyitaan atau perintah perlucuthakkan dibuat (Rujuk perenggan 23 Hujah Responden). [31] Pihak Responden juga berhujah bahawa adalah menjadi beban kepada Perayu Pertama dan Perayu Kedua untuk membuktikan pada tahap imbangan kebarangkalian bahawa wang yang dibayar oleh B2 dan B3 bagi perolehan Harta Sitaan tersebut bukanlah harta yang menyalahi undang-undang. [32] Kesimpulannya, pihak Responden menghujahkan bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah gagal membuktikan pada imbangan kebarangkalian bahawa tiada kesalahan di bawah Akta 340 atau Akta 234 berkaitan Harta Sitaan tersebut dan juga telah gagal membuktikan bahawa Harta Sitaan tersebut bukan harta yang menyalahi undang-undang (illegal property). Analisa dan Dapatan Mahkamah [33] Berasaskan kepada peruntukan subseksyen 32(3) Akta 340, terdapat 2 keadaan selepas selesai prosiding pemeriksaan di hadapan Hakim Sesyen iaitu sama ada Harta Sitaan tersebut dilepaskan kepada 23 penuntut-penuntut iaitu Perayu Pertama dan Perayu Kedua atau dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia di bawah seksyen 33 Akta 340. [34] Terdapat 3 elemen penentuan sama ada sesuatu harta sitaan itu hendaklah diserahkan kepada penuntut atau dilucuthakkan kepada Kerajaan iaitu:
a
sama ada Mahkamah berpuas hati atau tidak bahawa tiada kesalahan di bawah Akta 340 atau Akta 234 telah dilakukan berkenaan dengan harta yang dituntut itu;
b
sama ada Mahkamah berpuas hati atau tidak bahawa harta yang dituntut itu adalah harta yang menyalahi undang-undang (illegal property); dan
c
sama ada penuntut berjaya membuktikan bahawa beliau berhak di sisi undang-undang (lawfully entitled) terhadap harta tersebut. [35] Mahkamah ini akan menghuraikan ketiga-tiga elemen tersebut di atas dengan mengambil kira keterangan-keterangan yang ada dalam prosiding pemeriksaan di hadapan Hakim Sesyen tersebut. 24 Isu: sama ada terdapat kesalahan di bawah Akta 340 atau Akta 234 dilakukan berkenaan dengan harta yang dituntut itu [36] Merujuk kepada latar belakang kes ini seperti dinyatakan dalam perenggan 4 Alasan Penghakiman ini, orang yang terbabit hingga membawa kepada penyitaan Harta Sitaan (harta yang dituntut) tersebut di dalam kes ini ialah B1, B2 dan B3. [37] Keterangan SD1 dan SD2 semasa dalam prosiding pemeriksaan di hadapan Hakim Sesyen tersebut telah mengesahkan bahawa B1 telah ditangkap berkaitan dengan kes pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta 234. Walau bagaimanapun, kes pengedaran dadah tersebut bukanlah berkenaan dengan harta yang dituntut sebagai Harta Sitaan dalam prosiding pemeriksaan berkenaan Harta Sitaan. Malahan B1 juga bukanlah pemunya berdaftar dan beliau juga tidak menuntut ke atas Harta Sitaan tersebut. [38] Manakala B2 dan B3 pula ditangkap dan seterusnya ditahan menurut suatu Perintah Tahanan yang dikeluarkan oleh Menteri di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 [Akta 316] untuk tempoh 2 tahun mulai 14.8.2017 hingga 13.8.2019. Walau bagaimanapun, surat daripada PPA, Batu Gajah bertarikh 25
13
13.10.2021 telah mengemukakan Perintah Pembatalan bertarikh 25.7.2018. Pihak Responden tidak mencabar atau menafikan tentang pengemukaan surat tersebut. [39] Mahkamah ini juga tidak mendapati mana-mana keterangan yang boleh menunjukkan bahawa B2 atau B3 telah didakwa atas apa-apa kesalahan sama ada di bawah Akta 340 atau Akta 234. B2 dan B3 juga sebagai pemunya atau pemilik berdaftar ke atas Harta Sitaan tersebut telah menarik balik tuntutan mereka ke atas Harta Sitaan tersebut. [40] Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujah pihak Responden (dalam perenggan 23 Hujah Bertulis Responden) bahawa tiada keperluan untuk pihak pendakwaan membuat pendakwaan di bawah mana-mana undang-undang berkenaan harta sitaan bagi membolehkan penyitaan atau perintah perlucuthakkan harta dibuat. Mahkamah ini juga tidak dapat bersetuju dengan hujahan Responden bahawa memadai dengan peranan B2 dan B3 yang merupakan ‘orang kenaan’ (liable person) bagi maksud seksyen 7 Akta 340. [41] Seksyen 7 Akta 340 memperuntukkan tentang orang yang boleh dikenakan tindakan (liable to be proceeded) di bawah Akta tersebut. Mahkamah ini membandingkan ayat permulaan peruntukan seksyen 7 26 tersebut dengan salah satu elemen untuk pertimbangan Hakim Sesyen menurut peruntukan subseksyen 32(3) Akta 340. “7.
1
The following persons shall be liable to be proceeded against under this Part:..” “32. (3) ....if satisfied that no offence under this Act or under the Dangerous Drugs Act 1952 has been committed in respect of the property claimed...” [42] Rujukan terhadap harta sitaan dibuat ke Mahkamah Sesyen apabila terdapat tuntutan ke atas harta sitaan tersebut dan salah satu elemen untuk pertimbangan Hakim Sesyen ialah sama ada Mahkamah Sesyen berpuas hati bahawa tiada kesalahan di bawah Akta 340 atau Akta 234 ‘telah dilakukan’ (has been committed). [43] Oleh yang demikian, hujahan Responden untuk mengaitkan Harta Sitaan tersebut dengan peranan B2 dan B3 sebagai ‘orang kenaan’ bagi menunjukkan bahawa terdapat kesalahan yang telah dilakukan berkenaan dengan Harta Sitaan tersebut adalah tidak bertepatan dengan maksud peruntukan subseksyen 32(3) Akta 340 itu sendiri. 27 [44] Justeru, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tiada apa-apa kesalahan yang telah dilakukan berkaitan dengan Harta Sitaan tersebut. Isu: sama ada Harta Sitaan tersebut merupakan harta yang menyalahi undang-undang dan pemakaian anggapan di bawah seksyen 35 [45] Hakim Sesyen di dalam Alasan Penghakimannya (perenggan 8) telah menyatakan di atas imbangan kebarangkalian bahawa mahkamah telah berpuas hati dan memutuskan bahawa harta-harta yang dituntut adalah harta-harta yang menyalahi undang-undang. [46] Tafsiran ‘harta yang menyalahi undang-undang’ (illegal property) di bawah seksyen 2 Akta 340 adalah seperti berikut: “.. means any property, whether within or outside Malaysia –
a
which is wholly or partly derived or obtained from or by means of any prohibited activity carried out by any person after the commencement of this Act; 28
b
which is the income, earnings or assets wholly or partly derived or obtained from or by means of any property referred to in paragraph (a);
c
which is wholly or partly derived or obtained from or by means of any property referred to in paragraph (a) or (b);
d
which is wholly or partly traceable or attributable to any property referred to in paragraph (a), (b), or (c), or to any income, earnings or assets of any such property;
e
which, after the commencement of this Act, is or was used to assist or facilitate any prohibited activity;
f
which is the subject matter of an offence under section 3, 4, or subsection 24(7) or of any Scheduled offence committed after the commencement of this Act; or
g
which, due to any circumstance such as, but not limited to, its nature, value, location or place of discovery, or the time, manner or place of its acquisition, or the person from whom it was acquired, or its proximity to other 29 property referred to in the foregoing paragraphs, can be reasonably believed to be property falling within the scope of any of the foregoing paragraphs.” [47] Meneliti kepada tafsiran tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa kata kunci (key word) yang dikaitkan dengan harta yang menyalahi undang-undang tersebut ialah harta-harta yang berkaitan dengan apa-apa aktiviti larangan (prohibited activity). Seksyen 2 juga memberikan tafsiran kepada ‘aktiviti larangan’ seperti berikut: “...means any act, activity, or conduct taking place in whole or in part within or outside Malaysia which –
a
constitutes an offence under section 3 or 4 of this Act, or under any foreign law correcsponding thereto or which constitutes a Scheduled offence; or
b
although not constituting such offence, is of such nature or occurs in such circumstances that it could be reasonably believed therefrom that it would have ultimately resulted in or led to the commission of such an offence.” 30 [48] Penelitian Mahkamah ini kepada kedua-dua definisi tersebut (illegal property dan prohibited activity) dapat dirumuskan bahawa harta yang menyalahi undang-undang yang dimaksudkan itu adalah harta-harta yang berkaitan dengan kegiatan atau perbuatan yang merupakan suatu kesalahan atau membawa kepada perlakuan sesuatu kesalahan (constitutes an offence or resulted in or led to the commission of such an offence). [49] Penelitian Mahkamah ini ke atas subseksyen 32(3) Akta 340 tersebut mendapati terdapat 2 cabang (limb) bagi pertimbangan mahkamah dalam memutuskan prosiding tuntutan ke atas harta yang disita dan dituntut. Pertamanya ialah kepuasan hati Hakim Sesyen bahawa tiada kesalahan yang telah dilakukan berkenaan harta yang dituntut tersebut dan juga bahawa harta yang dituntut tersebut bukanlah harta yang menyalahi undang-undang. Keduanya ialah pembuktian oleh penuntut bahawa beliau adalah berhak di sisi undang-undang ke atas harta yang dituntut tersebut. [50] Berdasarkan 3 elemen untuk pertimbangan Hakim Sesyen seperti mana yang dinyatakan dalam perenggan 14 Alasan Penghakiman ini, hanya elemen ketiga sahaja yang dinyatakan secara jelas dalam peruntukan subseksyen 32(3) Akta 340 yang menghendaki pembuktian 31 oleh penuntut itu (the person claiming the same upon proof) bahawa beliau berhak di sisi undang-undang terhadap harta tuntutan tersebut. Sekiranya niat penggubal undang-undang untuk menghendaki pihak penuntut membuktikan kesemua 3 elemen tersebut pastinya peruntukan tersebut dinyatakan secara jelas sedemikian. [51] Mahkamah ini juga berpendapat bahawa Hakim Sesyen telah tersalah arah apabila memutuskan bahawa ‘beban bukti adalah terletak atas pihak penuntut bagi membuktikan bahawa harta-harta yang dituntut itu bukan sahaja sah dari segi proses pembiayaan tetapi perlu juga membuktikan bahawa harta-harta tersebut tidak termasuk dalam tafsiran harta yang menyalahi undang-undang’. [52] Pihak Responden juga tidak membawa apa-apa prosiding bagi perlucuthakkan harta mana-mana orang kenaan di bawah Bahagian III Akta 340 dengan memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi menurut seksyen 8 Akta 340. Sebaliknya pihak Responden hanya merujuk tuntutan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua ke Mahkamah Sesyen bagi tujuan pemeriksaan oleh Hakim Sesyen menurut subseksyen 32(3). [53] Di dalam kes PP v. Lim Kim Hoei & Anor. [2014] 4 CLJ 816, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: 32 “(3) The fact that the Public Prosecutor did not take forfeiture proceedings under s. 8 of the Act but instead, allowed the police to refer the respondents’ claim to the Sessions Court for determination showed that the Public Prosecutor had no reasonable grounds to believe that the seized properties were illegal properties. Further, it had been established by the respondents through their own evidence that on a balance of probabilities that (i) the seized properties were acquired through lawful means by the respondents, and (ii) no offence under the Act had been committed in respect of any of the seized properties.” [54] Mahkamah Rayuan juga di dalam kes PP v. Tan Lee Kok [1998] 2 CLJ 286 telah membezakan prosiding di bawah seksyen 8 dengan prosiding di bawah subseksyen 32(3) Akta 340 tersebut dan memutuskan seperti berikut: “[3a] Section 8 also differs from s. 32 in that it refers to holders of properties of a liable person whereas s. 32 does not confine itself to such holders but refers to any property which has been seized. Section 32, thus, applies to any seized property, such as under s. 25 of the Act. Having seized such properties, and if 33 no prosecution is instituted (s. 32(1)(a)) or if no proceedings commenced by the Public Prosecutor, such as under s. 8 (s. 32(1)(b)), and no claim is made by anyone within a period of 3 months (s. 32(1)(c)), then the seized property stands forfeited after the expiration of the said three months.” [55] Memandangkan tiada apa-apa pendakwaan ke atas mana-mana orang berkenaan dengan Harta Sitaan tersebut dan tiada apa-apa prosiding perlucuthakkan Harta Sitaan diambil di bawah seksyen 8 Akta 340 tersebut, maka Mahkamah ini mendapati dan berpuas hati bahawa Harta Sitaan tersebut bukanlah harta yang menyalahi undang-undang. [56] Seterusnya pihak Responden menghujahkan bahawa peruntukan anggapan (presumption) di bawah seksyen 35 Akta 340 terpakai untuk prosiding pemeriksaan di hadapan Hakim Sesyen ini bagi mengatakan apa-apa harta yang berkenaan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta 340 tersebut adalah dianggap sebagai harta yang menyalahi undang-undang. [57] Seksyen 35 Akta 340 memperuntukkan seperti berikut: 34 “Where any proceedings under this Act are brought against any person or in respect of any property on the ground that such person is a liable person or that such property is illegal property, the court shall presume that person to be a liable person and that property to be illegal property, unless the person proceeded against proves to the contrary by admissible evidence and where he adduces any such evidence, the Public Prosecutor shall have the right to rebut the same.” [58] Di dalam kes Jason Chan Huan Sen & Ors v. PP (supra), keputusan majoriti Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “(1) Section 32(3) of the Act specifically pertains to a claim made by a person in respect of a property which isn not the subject matter of any prosecution nor of forfeiture proceedings. The claimant under s.32(3) does not bear the burden of having to rebut the presumption of illegal property against the seized property on the balance of probabilities but has to prove that he is lawfully entitled to the property. In a case where the Public Prosecutor instituted prosecution or forfeiture proceedings under the Act, the “legal aid” comes in the form of s.35 to assist 35 him by providing the presumptions as contained therein but not in proceedings under s.32(3) of the Act.” [59] Berdasarkan prinsip stare decisis, Mahkamah ini terikat dengan keputusan kes Mahkamah Rayuan tersebut di atas dan mendapati bahawa anggapan di bawah seksyen 35 Akta 340 tidak terpakai dalam prosiding pemeriksaan harta tuntutan di bawah subseksyen 32(3) Akta yang sama. Oleh yang demikian, Perayu Pertama dan Perayu Kedua tidak mempunyai beban bagi mematahkan anggapan harta tersebut merupakan harta yang menyalahi undang-undang. Isu: sama ada Perayu Pertama dan Perayu Kedua berjaya membuktikan mereka berhak ke atas Harta Sitaan tersebut di sisi undang-undang [60] Hakim Sesyen dalam Alasan Penghakimannya (perenggan 22) telah mendapati bahawa Perayu Pertama dan Perayu Kedua telah berjaya membuktikan bahawa mereka adalah institusi perbankan yang sah di sisi undang-undang dan Harta Sitaan tersebut dibiayai oleh mereka. 36 [61] Isu ini juga tidak dicabar oleh pihak Responden semasa prosiding pemeriksaan di hadapan Hakim Sesyen mahu pun semasa penghujahan dalam Mahkamah ini. [62] Fakta yang tidak dipertikaikan itu iaitu berkenaan bagaimana hak Perayu Pertama dan Perayu Kedua berbangkit telah pun dijelaskan dalam perenggan 18 Alasan Penghakiman Mahkamah ini. Rumusannya adalah seperti berikut:
a
Perayu Pertama adalah Pemiutang Hutang Bercagar ke atas harta sitaan E8 dan E9;
b
Perayu Pertama adalah Pemegang Gadaian Berdaftar ke atas harta sitaan E10; dan
c
Perayu Kedua adalah Pemegang Gadaian Berdaftar ke atas harta sitaan E11. [63] Oleh yang demikian, Mahkamah ini tidak berhasrat untuk menghuraikan lagi perkara atau isu ini memandangkan ia merupakan fakta yang tidak dipertikaikan. 37 Kesimpulan/Keputusan [64] Setelah meneliti secara keseluruhan Rekod Rayuan dan penghujahan pihak-pihak sama ada secara lisan mahu pun bertulis serta berdasarkan analisa dan dapatan (findings) di atas, Mahkamah ini telah memutuskan untuk membenarkan rayuan oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua. [65] Oleh yang demikan, keputusan Hakim Sesyen pada 19.12.2019 yang memerintahkan Harta Sitaan tersebut dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia adalah diketepikan. [66] Selanjutnya Mahkamah ini telah memerintahkan supaya Harta Sitaan tersebut dilepaskan seperti berikut:
a
harta sitaan E8, E9 dan E10 dilepaskan kepada CIMB Islamic Bank Berhad (Perayu Pertama); dan
b
harta sitaan E11 dilepaskan kepada Bank Muamalat Malaysia Berhad (Perayu Kedua). 38 Bertarikh: 21 Februari 2022 (HASBULLAH ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam KAUNSEL: Bagi pihak Perayu Pertama - Md Khairi bin Ahmad Tarmizi (bersama Sim Kok Yew) Tetuan K.Y. Sim & Co. Peguambela dan Peguamcara Bagi pihak Perayu Kedua - Abdullah Az-Zubayr bin Awaluddin (bersama Azizul Ashraf) Tetuan Zulpadli & Edham Peguambela dan Peguamcara Bagi pihak Responden - Shukor bin Abu Bakar Timbalan Pendakwa Raya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.