Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN NO : PA-12ANCVC-2-01/2024
PA-12ANCvC-2-01/2024
High Court of Malaysia15 Oct 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“u yang diketengahkan di sini sama ada kelewatan tersebut adalah curable dan boleh diterima oleh Mahkamah ini. [13] Merujuk kepada kes EXPRESS SOLUTION SDN BHD v. HICOM INDUNGAN SDN BHD & OTHER APPEAL [2019] MLRHU 373, mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- **Note : Serial number will be used to verify the original”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN NO : PA-12ANCVC-2-01/2024
1
CRAB CAR RESOURCES
2
SS LOUNGE ENTERTAINMENT (NO. SYARIKAT: PG0489816-X) … PERAYU-PERAYU DAN SIM HOOI MOY (NO K/P: 750415-07-5630) … RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG GUAMAN NO: PA-A52NCVC-42-04/2021 ANTARA SIM HOOI MOY (NO K/P: 750415-07-5630) … PLAINTIF DAN 1. CRAB CAR RESOURCES (NO. SYARIKAT: PG0417760-W) 22/01/2025 14:04:08 PA-12ANCvC-2-01/2024 Kand. 12 2 2. SS LOUNGE ENTERTAINMENT
3
CHEW HOCK LYE (NO. K/P: 720924-07-5551) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan Perayu/Defendan ke atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang diberikan pada 22.12.2023 yang membenarkan permohonan Responden/Plaintif di bawah Notis Permohonan (Lampiran 24) untuk membatalkan Pembelaan dan Tuntutan Balas Responden/Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [2] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan sebagaimana di Mahkamah Sesyen. B. LATAR BELAKANG KES [3] Melalui Notis Permohonan bertarikh 9.3.2022 (Lampiran 24), Plaintif telah membuat permohonan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) atau (b) atau (c) atau (d) dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk perintah-perintah seperti berikut:-
a
Pembelaan dan Tuntutan Balas D1 dan D2 dibatalkan;
b
Penghakiman dimasukkan terhadap D1 dan D2;
c
Faedah sebanyak 5% ke atas Penghakiman tersebut;
d
Kos Peguam-Anak Guam; dan
e
Kos. [4] Sebab utama permohonan Plaintif di Lampiran 24 adalah kerana Memorandum Kehadiran telah difailkan oleh D1 dan D2 pada 7.5.2021 namun D1 dan D2 hanya memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas pada 14.2.2022 iaitu kira-kira sembilan (9) bulan daripada tarikh pemfailan Memorandum Kehadiran. Kegagalan dan keingkaran D1 dan D2 dalam memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas dalam masa yang telah ditetapkan adalah disengajakan untuk melengahkan proses perbicaraan kes ini. [5] Permohonan Plaintif di Lampiran 24 ini telah dibenarkan oleh HMS dan penghakiman terhadap D1 dan D2 telah direkodkan seperti yang dipohon dalam Pernyataan Tuntutan Plaintif. Tidak berpuas hati dengan keputusan HMS, D1 dan D2 telah memfailkan rayuan untuk didengar oleh Mahkamah ini. C. HUJAHAN PLAINTIF [6] D1 dan D2 dalam kes ini telah gagal memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas dalam had masa yang ditetapkan. Jikalau diteliti, Memorandum Kehadiran telah difailkan oleh D1 dan D2 pada 7.5.2021 dan Pembelaan dan Tuntutan Balas telah difailkan pada 14.2.2022. Sehingga tarikh 14.2.2024 iaitu kira-kira sembilan bulan dari tarikh pemfailan Memorandum Kehadiran, D1 dan D2 tidak menfailkan apa-apa Pembelaan dan juga Tuntutan Balas walaupun Penyata Tuntutan telah diserahkan kepada D1 dan D2. [7] Bukan itu sahaja, D1 dan D2 juga telah mengingkari arahan Mahkamah yang Mulia ini untuk memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas pada atau sebelum 4.1.2021. D1 dan D2 hanya memasukkan Pembelaan dan Tuntutan Balas selepas Plaintif memberikan notis kepada D1 dan D2. Sungguhpun begitu, sehingga ke hari ini tiada sebarang penjelasan munasabah yang telah diberikan oleh D1 dan D2 berkenaan dengan kelewatan pemfailan Pembelaan dan Tuntutan Balas tersebut. [8] Juga dihujahkan, walaupun D1 dan D2 telah mengambil masa untuk menfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas, namun tidak ada sebarang permohonan pelanjutan masa yang telah dipohon oleh D1 dan D2. Bukan itu sahaja, D1 dan D2 juga tidak mempunyai sebarang pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan Responden. Oleh itu, HMS langsung tidak terkhilaf apabila membenarkan permohonan Plaintif untuk membatalkan pembelaan dan tuntutan balas D1 dan D2 di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. D. HUJAHAN DEFENDAN [9] Defendan merujuk kepada kes METROJAYA BHD V BTC CLOTHIER SDN. BHD. & ANOR (1996) 4 MLRH 579 bagi isu ketidakpatuhan prosedur dimana Mahkamah dalam kes berikut telah memutuskan seperti berikut:- “We are concerned only with the application of rules of procedure. These applications should not amount to a denial of the principles of justice. It is for these reasons that extensions of time are usually granted as a matter of course, unless there are very strong circumstances to show that these are delaying tactics or some major feature of that nature”. [10] Secara ringkasnya, Pembelaan dan Tuntutan Balas D1 dan D2 tidak boleh dibatalkan hanya atas sebab kelewatan dalam memfailkan pliding-pliding yang berkenaan. Ini hanyalah melibatkan isu ketidakpatuhan ke atas prosedur. HMS telah terkhilaf apabila membenarkan permohonan Plaintif untuk membatalkan Pembelaan dan Tuntutan Balas D1 dan D2 hanya atas sebab pemfailan di luar masa. HMS telah gagal untuk memberi perhatian bahawa merit adalah faktor utama serta Plaintif sama sekali tidak diprejudiskan. E. ANALISA DAN KEPUTUSAN [11] Dalam membuat keputusan, saya merujuk kepada undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah ini tidak akan campur tangan dengan keputusan Hakim Mahkamah Rendah melainkan Hakim tersebut didapati telah salah (plainly wrong) dalam membuat keputusan. Merujuk kepada kes ICON CITY DEVELOPMENT SDN BHD v. K-SHIN CORPORATION SDN BHD [2022] 1 MLRA 151, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- [14] We were mindful of the limited role of the appellate court in relation to findings of facts made by the court of first instance. In the case of Lee Ing Chin v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 1 MLRA 95; [2003] 2 MLJ 97; [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 AMR 357 where the Court of Appeal held as follows: "... an appellate court will not, generally be speaking, intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. But appellate interference will take place in cases where there has been no or insufficient judicial appreciation of the evidence." [16] In the Federal Court case of Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 6 MLRA 193; [2020] 12 MLJ 67; [2020] 10 CLJ 1, Zabariah Mohd Yusof FCJ delivering the judgment of the court, held inter alia as follows:"
1
An appellate court should not interfere with the trial judge's conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong. The 'plainly wrong' test operates on the principle that the trial court has had the advantage of seeing and hearing the witnesses on their evidence as opposed to the appellate court that acts on the printed records. [12] Setelah mendengar hujahan pihak-pihak, saya dapati bahawa kes ini sama sekali tidak memerlukan campur tangan Mahkamah ini. Adalah tidak dinafikan oleh pihak-pihak bahawa D1 dan D2 sememangnya telah memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas di luar tempoh masa. Isu yang diketengahkan di sini sama ada kelewatan tersebut adalah curable dan boleh diterima oleh Mahkamah ini. [13] Merujuk kepada kes EXPRESS SOLUTION SDN BHD v. HICOM INDUNGAN SDN BHD & OTHER APPEAL [2019] MLRHU 373, mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “Having understand the function of the court, it has come to my mind that the time framed that allows the Defence to be filed is clearly stated in O 18 r 2(1) Rules of Court 2012 (supra) and established in the case of: Low Cheng Soon v. TA Securities Sdn Bhd[2002] 2 MLRA 298; [2003] 1 MLJ 389; [2003] 1 CLJ 309; [2003] 2 AMR 287 (CA), Alauddin JCA delivering the judgment of the court: "...........There are abundant authorities decided in our courts to suggest that the word 'shall' when used in any legislation means 'obligatory'. However, we do not propose to cite these authorities. Suffice it for us to say that the word 'shall' used in r 18(4)(c) of the Rules reflects a measure of mandatoriness in it. As this is a mandatory rule, it must therefore be strictly adhered to...... In our judgment, the importance of the Rules cannot be ignored as otherwise the courts will be faced with endless problems involving the administration of justice. [14] Peruntukan dalam Aturan 18 Kaedah 2(1) KKM 2012 yang memberikan tempoh masa bagi pemfailan pembelaan dengan jelas telah menggunakan perkataan shall. Ini membawa maksud bahawa ianya adalah mandatory dan/atau wajib untuk pembelaan dan tuntutan balas Defendan diserahkan kepada Plaintif dalam masa 14 hari dari Defendan memfailkan memorandum kehadiran. Dalam kes di hadapan saya ini, Memorandum Kehadiran telah difailkan pada 7.5.2021, namun Pembelaan dan Tuntutan Balas D1 dan D2 hanya difailkan pada 14.2.2022. Disini, telah berlakunya kelewatan selama sembilan bulan dan ini secara langsung telah melanggar peruntukkan Aturan 18 Kaedah (2) (1) KKM 2012. [15] Selanjutnya, saya merujuk kepada kes DATO' MOHAMAD SALIM FATEH DIN v. NADESWARAN RAJA [2012] 3 MLRH 689, dimana prinsip yang berikut telah dijelaskan:- "It is trite law that the court has an unfettered discretion to grant or refuse an extension of time. The first principle is that the rules of court must prima facie be obeyed and in order to justify an extension of time, there must be some material on which the court can exercise its discretion in favour of the applicant. For otherwise the party in breach of the rules would have an unfettered right to extension of time which would defeat the very purpose and object of the rules on limitation of period. In considering whether to grant or refuse extension of time the length of time that has elapsed is always a material factor to be considered by the court exercising the discretion. On the facts of this case I was not able to honestly say that there was any valid ground for the delay and therefore refused the application for extension of time." [16] Saya sedia maklum bahawa ketidakpatuhan terhadap prosedur hendaklah diimbangi dengan prinsip keadilan. Namun, Mahkamah juga mempunyai budi bicara tersendiri untuk membenarkan ataupun tidak melanjutkan tempoh masa. Dalam kes ini, telah berlakunya kelewatan yang melampau dalam memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas iaitu selama 9 bulan yang mana ianya bukan satu tempoh yang singkat. Tambahan pula, D1 dan D2 tidak pula di mana-mana di dalam afidavit mereka menerangkan kepada Mahkamah sebab kelewatan tersebut atau membuat permohonan kebenaran untuk pelanjutan masa. [17] Saya bersependapat dengan HMS dalam membenarkan permohonan pembatalan pliding oleh Plaintif. Ini adalah kerana, D1 dan D2 telah bersikap sambil lewa dan langsung tidak memfailkan sebarang permohonan untuk lanjutan masa walaupun telah berlakunya kelewatan melampau. Dengan tiadanya permohonan lanjutan masa oleh D1 dan D2 untuk memfailkan Pembelaan dan Tuntutan Balas mereka, saya tidak nampak sebarang sebab yang munasabah dan keadilan untuk saya membenarkan rayuan D1 dan D2 ini. [18] Bersandarkan kepada alasan-alasan di atas, saya menolak rayuan D1 dan D2 dengan kos sebanyak RM5,000.00 untuk dibayar oleh D1 dan D2 kepada Plaintif. Tarikh: 22 Januari 2025 Peguamcara Pihak-Pihak V. Amareson (Tetuan Amareson & Meera) bagi pihak Perayu. Naveen Singh (Tetuan Yoges & Co.) bagi pihak Responden.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.