Following a change in legal representation, and to avoid any ambiguity, the6thDefendant proceeded to regularise the payment by way of direct bank transferon 31.01.2025 (as stated in para 13, Enclosure 95, where Exhibit AF-1, Enclosure 85 was referred to).”. [20] Mahkamah ini telah meneliti perjalanan kes ini dari Saman Pemula yang difailkan di bawah seksyen 346 Akta Syarikat 2016 yang mana Saman Pemula tersebut telah dibenarkan sebahagiannya. Dengan penghakiman tersebut maka Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga dikehendaki membayar semula atau mengembalikan wang berjumlah RM384,356.00 yang dibayar keluar dari Defendan Keenam, tanpa persetujuan Plaintif-Plaintif, bagi pengurusan dan pengelolaan Defendan Keempat dan Defendan Kelima hendaklah secara bersesama dikembalikan kepada Defendan Keenam. Defendan Keenam adalah satu-satunya pihak yang berhak penuh kepada wang berjumlah RM384,356.00. Mana-mana pengarah syarikat Defendan Keenam (antaranya Plaintif-Plaintif) yang ingin memperoleh wang tersebut dan untuk menghendaki wang itu diedarkan kepada mereka maka tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap Defendan Keenam. [21] Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Defendan-Defendan bahawa sememangnya tiada butiran spesifik mengenai tarikh pengembalian semula wang dan kaedah pembayaran kepada Defendan Keenam. Disebabkan itu Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga menggunakan kaedah set-off. Kaedah ini dikatakan oleh Plaintif-Plaintif sebagai gagal menunjukkan penghakiman Mahkamah telah dipatuhi. Apabila kes ini dirayu ke Mahkamah Rayuan, Mahkamah Rayuan memutuskan “Mahkamah tidak membuat sebarang perintah mengenai rayuan oleh Perayu Pertama, Ketiga dan Keenam menentang Responden Kedua hingga Kelima kerana peguam mereka tidak memohon sebarang perintah selain daripada menyatakan bahawa Perayu Pertama, Ketiga dan Keenam berjanji untuk mengemukakan afidavit untuk menyatakan pembayaran yang dirujuk dalam perenggan 3 keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 29-6-2022 telah dipenuhi dan dibayar kepada Perayu Keenam.”. [22] Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga telah menepati janji untuk mengemukakan afidavit untuk menyatakan pembayaran telah dipenuhi dan dibayar kepada Defendan Keenam. Mahkamah berpendapat tiada apa-apa lagi tindakan yang perlu dikuatkuasakan terhadap Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga. Untuk memenjarakan ketiga-tiga mereka ini adalah suatu tindakan yang tidak adil. Tiada apa-apa kemungkiran Perintah Mahkamah oleh Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga sehingga Mahkamah ini perlu untuk mengkomitkan mereka kepada suatu penghinaan Mahkamah. Mahkamah juga mengamati ketaatan Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga untuk hadir di hadapan Mahkamah ini tanpa gagal. [23] Mahkamah ini perlu mengimbangi tujuan “law of contempt” yang bukan sahaja untuk melindungi Hakim dan “dignity” Badan kehakiman malahan juga untuk melindungi hak awam dengan memastikan bahawa pentadbiran keadilan tidak dihalang atau dielakkan. Ujian yang perlu diteliti dalam menentukan suatu kes penghinaan Mahkamah ialah “whether the risk of prejudice to a fair and proper trial of the pending legal proceedings is serious or real or substantial. This is an application of the ordinary de minimis non curat lex principle−the law does not concern itself with trifles. Intent alone is insufficient to establish contempt.” (rujukan/sumber: White Book/Malaysian Civil Procedure 2021 Vol. 1 page 772). [24] Penjelasan daripada Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga melalui afidavit telah memuaskan hati Mahkamah mengenai isu pengembalian wang RM384,356.00 kepada Defendan Keenam. Berkaitan dengan penjelasan ini, sama ada ianya wajar diterima atau ditolak, Mahkamah ini berpandukan kepada kes Lee Lay Ling v Goh Kim Nam (Cheah Pei Ching, co-respondent) [2014] 8 MLJ 805, diputuskan bahawa − “[33] On the other hand, it was submitted by counsel for RH that in the event the court does not accept the Hong Leong Bank’s principle, then RH is in any event, not in willful breach of the order. Counsel for RH referred to the case of Messrs Hisham, Sobri & Kadir v Kedah Utara Development Sdn Bhd & Anor [1988] 2 MLJ 239, where Edgar Joseph Jr J had held that an order for committal can only be made if the act of contempt is wilful. He said: There is authority for the view that an order for committal or the issue of a writ of sequestration is only appropriate where the contempt is wilful. (See Fairclough & Sons v Manchester Ship Canal Co) Indeed, the former Rules of the Supreme Court in England imposed such a requirement specifically. However, the present Order 45 rule 5 in England, which is in pari materia with the identically numbered rule in our Rules of the High Court, omits the word ‘wilful’. Nevertheless, the word ‘wilful’ must be taken to be silently implied and so the position remains unchanged despite the omission (see Heaton’s Transport v TGWU Ship Canal Co). [34] In that case, Edgar Joseph Jr J went on to hold in as follows: After careful consideration, I accept the uncontradicted explanation given by the alleged contemnors for failing to comply with the consent order as I find nothing improbable in it. There is thus raised, in their favour, more than a reasonable doubt, the benefit to which they are entitled: Re Bramblevale Ltd. Accordingly, so far as may be necessary, I find as a fact that the contemnors have not committed any wilful contempt of court.” (penekanan diberikan) Walau pun, semasa kebenaran diberikan ianya adalah secara ex-parte dan kemudian pendengaran secara inter parte diadakan, Mahkamah ini berpeluang untuk meneliti semua penjelasan Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan yang dinamakan. [25] Mahkamah ini hendaklah berhati-hati dengan permohonan Plaintif-Plaintif kerana permohonan ini melibatkan kebebasan asasi Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga sepertimana panduan dalam kes Electrical Angels MSC Sdn Bhd lwn Proton Edar Sdn Bhd [2016] 10 MLJ 414 yang memtuskan bahawa − “[24] Adalah suatu prinsip undang-undang yang tersohor bahawa beban bukti pihak yang mendakwa dalam kes perbuatan penghinaan (act of contempt) adalah melepasi tahap keraguan munasabah (beyond reasonable doubt). Ini adalah kerana ianya melibatkan kebebasan seseorang manusia dan memerlukan pematuhan prosedur yang ketat. Ini jelas dinyatakan oleh Arifin Zakaria CJ dalam kes Mahkamah Persekutuan Tan Sri Dato’ (Dr) Rozali Ismail & Ors v Lim Pang Cheong @ George Lim & Ors [2012] 3 MLJ 458; [2012] 2 CLJ 849 di ms 860–861.”. Penutup [26] Mahkamah ini menolak Kand. 52 yang difailkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan Pertama, Kedua dan Ketiga dan membenarkan Kand. 87 yang difailkan oleh Defendan-Defendan Pertama, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam. Kos adalah ditanggung oleh pihak-pihak, masing-masingnya. Bertarikh: 31 Oktober 2025 RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam Cara: Bagi Plaintif-Plaintif: En. Murali Velautham bersama-sama dengannya Pn. Savinderjeet Kaur A/P Taram Singh Tetuan Murali Velautham & Associates, Klang Bagi Defendan-Defendan Pertama, Ketiga, Keempat, Kelima & Keenam: En. Muhammad Yazid bin Mohamad Salim bersama-sama dengannya En Danny Soong & Sharanpreet Kaur Tetuan Yazid Tishondra, Kuala Lumpur Bagi Defendan Kedua: En. Khairul Shahrizan Tetuan Shahrizan & Co., Petaling Jaya