Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO – CA-61R-4-01/2022 ANTARA
CA-61R-4-01/2022
Sessions Court of Malaysia24 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“kamah sebagaimana diputuskan dalam kes CHANDRASEKARAN & ORS V. PP [1970] CLJU 11; [1970] 1 LNS 11; [1970] 1 MLJ 153; [1970] 1 MLRH 37; The evidence of subsequent conduct is relevant under s. 8 of the Evidence Ordinance and may properly be taken into account, after the prosecution has established the guilt of the accuse”
“perenggan [98] dan [99] seperti yang berikut: S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 32 “[98] Section 34 of the Penal Code provides that when a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, ea”
“Dalam kes-kes tertentu, tindak tanduk terkemudian tertuduh-tertuduh setelah melakukan kesalahan yang dibuktikan boleh diambil kira mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes CHANDRASEKARAN & ORS V. PP [1970] CLJU 11; [1970] 1 LNS 11; [1970] 1 MLJ 153; [1970] 1 MLRH 37; The evidence of subsequent conduct is relevant unde”
“n ada, atau dengan niat hendak melakukan tipuan atau supaya tipuan boleh dilakukan, adalah melakukan pemalsuan." [4] Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu kes DATUK HJ HARUN HJ IDRIS & ORS V. PP [1977] CLJU 24; [1977] 1 LNS 24; [1978] 1 MLJ 240 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: With regard to the third main”
“e peringkat pembelaan. Perjalanan bicara bagi kes ini telah melibatkan ramai saksi, masa dan kos semua pihak. [76] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan PP V. MOHD SYAHMI MOHD FARED & YANG LAIN [2015] CLJU 328; [2015] 1 LNS 328; [2015] MLJU 994; [2015] MLRAU 512; di mana mahkamah memutuskan bahawa: “Mereka mengak”
“icara bagi kes ini telah melibatkan ramai saksi, masa dan kos semua pihak. [76] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan PP V. MOHD SYAHMI MOHD FARED & YANG LAIN [2015] CLJU 328; [2015] 1 LNS 328; [2015] MLJU 994; [2015] MLRAU 512; di mana mahkamah memutuskan bahawa: “Mereka mengaku bersalah sebaik sahaja ditawarkan”
“i telah melibatkan ramai saksi, masa dan kos semua pihak. [76] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan PP V. MOHD SYAHMI MOHD FARED & YANG LAIN [2015] CLJU 328; [2015] 1 LNS 328; [2015] MLJU 994; [2015] MLRAU 512; di mana mahkamah memutuskan bahawa: “Mereka mengaku bersalah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan, ini”
“anyak faktor lain dalam menjatuhkan hukuman yang adil dan setimpal sebagaimana diputuskan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958; [2017] MLRAU 276; [2017] AMEJ 0782 seperti berikut: Jurisprudence Relating To Sentence [5] It is well established that there are a number”
“epaskan dengan bon berkelakuan baik. Mahkamah perlu mempertimbangkan banyak faktor lain dalam menjatuhkan hukuman yang adil dan setimpal sebagaimana diputuskan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958; [2017] MLRAU 276; [2017] AMEJ 0782 seperti berikut: Jurisprudence Re”
“. Mahkamah perlu mempertimbangkan banyak faktor lain dalam menjatuhkan hukuman yang adil dan setimpal sebagaimana diputuskan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958; [2017] MLRAU 276; [2017] AMEJ 0782 seperti berikut: Jurisprudence Relating To Sentence [5] It is well e”
“mempertimbangkan banyak faktor lain dalam menjatuhkan hukuman yang adil dan setimpal sebagaimana diputuskan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958; [2017] MLRAU 276; [2017] AMEJ 0782 seperti berikut: Jurisprudence Relating To Sentence [5] It is well established that t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR PERBICARAAN JENAYAH NO – CA-61R-4-01/2022 ANTARA
1
LAWAN DAYANG KARTINI BINTI AWANG BUJANG [Identity Card No.: 760420135748] [TETUAN AZI AZLIN]
2
MARDZIANA BINTI CHE MOHD AMIN [Identity Card No.: 860610296022] [TETUAN MOHD SOFIAN & CO.] ALASAN PENGHAKIMAN (KEPUTUSAN SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) (DI AKHIR KES PEMBELAAN) S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w LATARBELAKANG KES [1] OKT1 (Dayang Kartini Binti Awang Bujang) dan OKT2 (Mardziana Binti Che Mohd Amin) telah dituduh dengan pertuduhan seperti mana berikut: “Bahawa kamu pada 26/6/2020 di Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Pahang, dalam daerah Kuantan, dalam Negeri Pahang, bagi mencapai niat bersama kamu telah memalsukan dokumen iaitu Dokumen Arahan Pembayaran Berkaitan Perkhidmatan Penyediaan Aksesori Set Kepala Pelanduk Bagi Kumpulan Kesenian Jabatan atas nama Anas Niaga berjumlah RM9,920.00 kepada Jabatan kamu sedangkan kamu tahu bahawa perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan oleh Anas Niaga dengan niat supaya dokumen palsu tersebut digunakan bagi tujuan hendak menipu, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan bersalah boleh dikenakan hukuman PEMENJARAAN selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun dan hendaklah juga dikenakan hukuman DENDA. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w "Setelah meneliti keseluruhan keterangan di peringkat kes pendakwaan dan kes pembelaan, Mahkamah memutuskan di akhir kes pembelaan ini bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah di dalam pertuduhan. [2] Diperingkat pendakwaan, 11 saksi pendakwaan telah dipanggil memberi keterangan di Mahkamah. Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Mahkamah telah menerangkan 3 pilihan bagi membela diri kepada OKT1 dan OKT2 bagi kes pembelaan. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan bersumpah dalam kandang saksi. [4] Di peringkat pembelaan, OKT-OKT telah memanggil 5 orang saksi termasuk OKT1 dan OKT2 sendiri. [5] Pada 24/12/2025, Mahkamah telah membuat keputusan di akhir kes pembelaan dan memutuskan seperti berikut: SABITAN "Setelah meneliti keseluruhan keterangan di peringkat kes pendakwaan dan kes pembelaan, Mahkamah memutuskan di akhir S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w kes pembelaan ini bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan munasabah di dalam pertuduhan. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen kesalahan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama terhadap OKT1 Dan OKT2. Dengan itu pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah seperti diperuntukkan di bawah seksyen 173 (m)(i) Kanun Prosedur Jenayah. Oleh yang demikian, OKT1 dan OKT2 didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama dengan seksyen 34 Kanun yang sama." HUKUMAN Setelah meneliti keseluruhan perjalanan kes, fakta kes, hujahan mitigasi dan pemberatan serta mengambilkira faktor yang perlu mahkamah pertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman setelah sabitan kesalahan selepas bicara penuh, mahkamah menjatuhkan hukuman seperti berikut: OKT1: S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w Penjara 6 bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda RM10,000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara. OKT2: Penjara 6 bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda RM10,000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara. Wang yang disita daripada SP7 iaitu jumlah RM980.00 (P25) dilucuthak menurut seksyen 40 Akta SPRM 2009 MELALUI PIHAK SPRM. Jaminan Dikembalikan Passport OKT1 dan OKT2 dikembalikan Bagi penggantungan pelaksanaan, mahkamah membenarkan penggantungan hukuman pemenjaraan sementara menunggu notis rayuan difailkan dengan syarat jaminan dinaikkan kepada RM12,000.00 dengan satu penjamin bercagar bagi setiap OKT. Bagi hukuman denda, ia perlu dilaksanakan sebagaimana perintah mahkamah hari ini.” [6] Terkilan atas keputusan tersebut, OKT1 dan OKT2 masing-masing telah memfailkan Notis Rayuan atas Sabitan dan Hukuman. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w DAPATAN MAHKAMAH [1] Dalam tindakan ini, OKT1 dan OKT2 telah dituduh dengan satu pertuduhan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan. Peruntukan bagi seksyen 468 Kanun Keseksaan adalah sebagaimana berikut: “Barang siapa melakukan pemalsuan, dengan maksud supaya dokumen pemalsuan itu digunakan bagi maksud hendak menipu, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.” [2] Pihak Pendakwaan dalam kes ini perlulah membuktikan setiap intipati ataupun elemen-elemen pertuduhan (ingredients of the charge) yang ada bagi pertuduhan di atas.’ [3] Seksyen 463 Kanun Keseksaan mendefinisikan maksud pemalsuan sebagaimana berikut: "463. Pemalsuan. "Barang siapa membuat sesuatu surat atau sebahagian surat palsu dengan niat hendak menyebabkan kerosakan atau bencana kepada awam atau kepada seseorang, atau hendak menyokong apa-apa tuntutan atau hak, atau hendak menyebabkan seseorang melepaskan harta atau membuat apa-apa kontrak yang nyata atau S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w yang disifatkan ada, atau dengan niat hendak melakukan tipuan atau supaya tipuan boleh dilakukan, adalah melakukan pemalsuan." [4] Dalam keputusan Mahkamah Persekutuan iaitu kes DATUK HJ HARUN HJ IDRIS & ORS V. PP [1977] CLJU 24; [1977] 1 LNS 24; [1978] 1 MLJ 240 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: With regard to the third main point, namely that P12 was intended to be used for the purpose cheating, the learned trial judge considered and we agree that the prosecution need not prove the actual commission of the offence of cheating but only that the three accused intended P12 to be used for the purpose of cheating. (penekanan ditambah). [5] Dalam tindakan ini, perbuatan yang dikatakan adalah berkait dengan satu dokumen Arahan Pembayaran Berkaitan Perkhidmatan Menyediakan Aksesori Set Pelanduk bagi JKKN Pahang yang telah ditandakan sebagai “P23”. [6] Bagi membuktikan dokumen “P23” tersebut adalah satu dokumen palsu, pihak pendakwaan telah membawa SP7 sebagai saksi di mana SP7 adalah pemilik Syarikat Anas Niaga yang dikatakan sebagai kontraktor utama dan penerima bagi satu kerja “…perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk bagi kumpulan kesenian Jabatan” berjumlah RM10,000.00. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [7] Dalam keterangan SP7, SP7 memberi keterangan bersumpah bahawa beliau tidak pernah menyediakan apa-apa dokumen berhubung tuntutan ini. SP7 secara khusus menafikan pernah menyediakan dokumen “Laporan Ringkasan Perincian Item Kajian Pasaran, Pesanan Penghantaran dan Invois” sebagaimana terkandung dalam Set Dokumen Arahan Pembayaran “P23”. Dalam masa yang sama, SP7 juga menegaskan bahawa beliau atau syarikat beliau/Anas Niaga tidak pernah membuat pembekalan Pesanan Kerajaan tersebut atau menyediakan Aksesori Set Kepala Pelanduk sebagaimana tertera dalam “P23”. [8] Oleh demikian, timbul persoalan bagaimana “P23” ini wujud. Dalam hal ini. Pihak pendakwaan telah membuktikan jawatan dan kedudukan OKT1 dan OKT2 dalam jabatan JKKN Pahang. Mengikut P17, OKT1 adalah Pengarah di JKKN Pahang manakala P20 membuktikan OKT2 memegang jawatan Artis Budaya di JKKN Pahang. [9] Tanggungjawab dan skop tugas telah dijelaskan oleh SP4 di Mahkamah ini yang mana semasa pemeriksaan Balas, SP4 setuju OKT1 selaku Pengarah di JKKN Pahang untuk memastikan pengurusan jabatan berjalan dengan lancar dan sebagai Pengarah juga OKT1 mempunyai kuasa untuk melantik mana-mana kontraktor S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w untuk satu sebut harga dibawah RM20,000.00 dengan mengikut peraturan. [10] Melalui keterangan SP5, pada peringkat awal penyediaan dokumen “P23” diuruskan oleh Puan Mardziana (OKT2) dengan membuat permohonan nota minta oleh kerana OKT2 merupakan pegawai yang bertanggungjawab untuk membuat permohonan ini iaitu Pegawai Projek. Ini disahkan oleh keterangan SP9 bahawa bagi pembekalan dokumen “P23” ini, Pegawai Projek adalah OKT2, Pegawai Penerima barangan/perkhidmatan juga adalah OKT2 dan OKT1 adalah Pegawai Pengesah. [11] Menurut SP7, SP7 kenal OKT2 sejak tahun 2018 bermula dengan berbincang sebagai supplier untuk membekalkan barang-barang program untuk Jabatan JKKN Pahang. SP7 pernah mendapat 2-3 kali projek bagi JKKN Pahang. [12] Dalam penyataan saksi, SP7 menyatakan seperti berikut: Pada 17 Jun 2020, Mardziana telah menghubungi saya melalui pesanan Whatsapp dengan menanyakan, adakah syarikat saya mempunyai kod bidang menjahit baju atau busana. Saya memaklumkan kepada Mardziana bahawa syarikat saya mempunyai kod bidang tersebut dan telah memberikan dokumen lesen kewangan kepada Mardziana melalui pesanan whatsapp. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w Mardziana telah memaklumkan kepada saya bahawa beliau hendak menggunakan syarikat saya untuk membuat tuntutan. Saya hanya bersetuju dengan cadangan Mardziana kerana saya tahu saya akan mendapat komisen di atas tuntutan tersebut. Mardziana tidak menjelaskan bagaimana dan perkara apa yang akan dituntut.” [13] SP7 menambah “…kebenaran untuk menggunakan syarikat Anas Niaga untuk apa-apa kerja atau bekalan yang menggunakan LO. Biasanya syarikat akan mengenakan 10% daripada nilai kontrak tersebut.” [14] Pada 17/6/2020 tersebut, SP7 telah memberikan ID dan kata laluan kepada OKT2 untuk tujuan mengunci masuk system e-perolehan Kerajaan dan memberikan arahan-arahan selanjutnya. Pada 30/6/2020, OKT2 juga telah meminta SP7 untuk membuat semakan akaun syarikat mengesahkan bayaran telah diterima pada 29/6/2020. [15] Ini adalah selari dengan Borang Belian Terus di dalam set “P23” yang menunjukkan OKT2 selaku Peminta membuat pelawaan pada 17/6/2020, OKT2 mengesyorkan pembekal dan cipta Nota Minta pada 18/6/2020. Seterusnya OKT1 telah meluluskan Nota Minta pada 18/6/2020 dan OKT1 meluluskan permintaan pembelian pada 25/6/2020. Proses seterusnya adalah OKT2 mengesahkan S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w penerimaan barangan/perkhidmatan dari pembekal dan penilaian prestasi pada 26/6/2020 manakala OKT1 mengesahkan penerimaan/perkhidmatan pada hari yang sama. [16] Keterangan lidan dan dokumentari ini menunjukkan tindakan dimulakan dan diselesaikan sehingga akhir oleh OKT2 dan disahkan oleh OKT1 dengan pengetahuan peribadi mereka sendiri. [17] Mahkamah bersetuju bahawa SP7 bukanlah rakan subahat dalam hal ini. Keterangan SP7 adalah keterangan neutral dan tanpa apa-apa niat buruk (mala fide) memandangkan ini adalah prkatis biasa syarikat meminjamkan lessen perniagaan. Dalam masa yang sama, telah dibuktikan bahawa syarikat Anas Niaga telah menerima peratus (%) bayaran dari nilai kontrak kerana memberikan kebenaran menggunakan lessen perniagaan. [18] Dalam hal ini, telah dibuktikan bahawa “P23” iaitu suatu dokumen telah diwujudkan dan direalisasikan oleh OKT1 dan OKT2. Bagaimana “P23” boleh menjadi dokumen palsu bagi maksud menipu? [19] Sebagaimana boleh dilihat daripada kronologi di atas, OKT1 dan OKT2 telah ada pengetahuan sejak awal bahawa pembekalan barangan/perkhidmatan yang dimaksudkan dalam “P23” tidak akan dibuat oleh Syarikat Anas Niaga. Ini adalah konsisten dengan S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w keterangan SP7 bahawa beliau hanya tahu berkaitan jenis pembekalan selepas OKT2 menguruskan semua proses dalam system e-perolehan dan SP7 menyatakan “Saya sahkan bahawa tiada pembekalan yang dilakukan oleh syarikat saya bagi tuntutan ini.” [20] Keterangan ini juga selari dengan keterangan SP10 iaitu seorang jurusolek Istana Budaya yang dihubungi oleh OKT1 untuk sediakan “…lapik dada, cekak tangan dan cekak kaki sebanyak 20 set” walaupun ini bukanlah set aksesori yang dimaksudkan dalam “P23”. Fakta yang jelas adalah bahawa “…perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk bagi kumpulan kesenian Jabatan…” tersebut tidak pernah wujud dan direalisasikan. [21] Niat awal OKT2 dapat dilihat apabila OKT2 mencari SP7 untuk membolehkan OKT2 membuka satu “Nota Minta”. OKT2 sengaja meletakkan nama 2 syarikat lain sedangkan dari awal OKT2 hanya ingin gunakan syarikat SP7/Syarikat Anas Niaga dalam perkara ini. Ini dijelaskan melalui keterangan di bawah: Keterangan SP5 “84) S : Saya hendak puan explain kepada Mahkamah, sebentar tadi kita ada rujuk Dokumen Pembelian Terus. Ada 3 syarikat tadi K.A Mohamed Shariff, Anas Niaga dan Natello Original S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w ok. Helai yang ke 3 tadi yang puan sebut 3 syarikat tadi. Kita cross refer, rujuk silang dengan maksud tawaran tunggal tadi. Tadi ada 3 syarikat dan sekarang adalah tawaran tunggal. Tawaran tunggal ini maksudnya apa puan? : Pelawaan dibuat ke atas 3 syarikat tetapi yang memberi memberi maklum balas dalam sistem e-Perolehan iaitu 1 syarikat Anas Niaga.” Keterangan SP8 “42) S : Ok kita stop disini dulu. Maksudnya bila dioffer maksudnya ditawarkan oleh JKKN kepada pembekal maksudnya disini pemilihan telah dibuat? : Pemilihan telah dibuat. 43) : Yang tentukan pemilihan dibuat ini siapa yang akan tentukan? : Selalunya pemilihan yang ditentukan ini ialah pegawai projeklah. 44) : Dalam kes ini pegawai projeknya? : Pegawai projek adalah Mardziana. 45) : Dan ketika ini pembekal telah dipilih? S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w : Pembekal telah dipilih. 46) : Macam mana pembekal itu boleh tahu dia dipilih untuk menyediakan pembekalan ini? : Ok selalunya dalam sistem EP apabila kita letak sesuatu “Perihal” iaitu perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk untuk kumpulan Kesenian maka disitu akan tertera senarai syarikat. So bila senarai syarikat di mana sistem EP pihak jabatan perlu memilih 3 sebut harga untuk dilaksanakan sebagai perbandingan sebut harga. Maksudnya bila dah melaksanakan 3 syarikat so akan membuat pemilihan berdasarkan harga yang terendah dan berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan. Bila pengawai projek dan pilih maksudnya bila AG dah semak, dah lulus akan pergi kepada pembekal untuk mengesahkan perkhidmatan itu dan selepas itu bila pembekal sudah mengesahkan barulah pembekal akan jana DO dari sistem.” [22] OKT2 telah melaksanakan proses dalam system e-perolehan manakala OKT1 telah bertindak sebagai “Pelulus Nota Minta”, “Pelulus Pemenuhan” dan “Pegawai Pengesah” bagi maksud memperakukan penerimaan barang/perkhidmatan dari pembekal Syarikat Anas Niga walaupun OKT1 sedar dan dalam pengetahuannya bahawa pembekalan tersebut tidak dibuat. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [23] Ini dapat disahkan oleh keterangan SP8 sebagaimana di bawah: “56) S : Diproses padanan ini iaitu proses puan ya puan akan semak dokumen ke? : Selalunya apabila proses ini telah mendapat kelulusan daripada pegawai pengesah tugas Pembantu Tadbir Kewangan iaitu puan Aizurani akan membawa satu dokumen kepada saya untuk saya melihat, peranan saya untuk jadi padanan. Selalu apabila saya membuat padanan saya akan melihat dokumen tersebut dimana akan ditampilkan senarai-senarai syarikat 3 syarikat tersebut dan pemilihan telah berjaya dan dokumen dilampirkan tersebut. 57) : Baik seingat puan untuk kes ini adakah dokumen itu lengkap? : Seingat saya dokumen ini tidak lengkap kerana tidak dikepilkan dengan gambar pada ketika itu. 58) : Jadi sewaktu puan Aizura ini serahkan kepada puan ini tak ada gambarlah? : Tidak ada gambar.” [24] Keterangan SP5 pula adalah seperti berikut: “153) S : Kita pergi kepada kolum jadual yang terakhir di bawah. Pelulus siapa? S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w : Pelulus Dayang Kartini binti Awang Bujang. 154) S : Jawatannya? : Sebagai Pengarah. 155) S : Boleh bacakan tarikh? : Tarikh 25/6/2020. 156) S : So tarikh 25/6/2020 ini sama tak dengan borang dihadapan yang kita rujuk tadi? Borang tulisan tangan tadi. : Ya, Pelulus Pemenuhan pada 26/6/2020 ada diturunkan tandatangan Pengarah waktu ketika itu. 157) S : Pada peringkat Pelulus Pemenuhan ini, pada tarikh 25hb 6 itu barang sudah terima ke belum? : Belum lagi. Kalau ikut 26hb 6 itu belum lagi terima. 158) S : So Anas Niaga belum bekalkan lagi, belum supply lagi barang-barang, betul? : Ya. 161) S : Maknanya pada 26hb 6 ini maksudnya apa, apa yang terjadi? : Pada tarikh 26hb 6 2020 Puan Mardziana telah menerima barang tersebut, perkhidmatan tersebut kerana dia telah S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w menandatangan sebagai Pegawai Penerima Barang pada 26/6/2020. 174) S : Bagi menyokong jawapan puan tadi, penerima dan juga pengesah disitu. Terdapat nama Pegawai Penerima dan juga Pegawai Pengesah. Boleh bacakan siapa Pegawai Penerima dan pegawai pengesah? : Pegawai Penerima barang iaitu Puan Mardziana binti Che Mohd Amin dan Pegawai Pengesah Dayang Kartini binti Awang Bujang. 175) S : Kedua-dua bertarikh? : Bertarikh 26/6/2020 tarikh yang sama. 177) S : Yang mengesahkan menerima itu siapa? : Dayang Kartini binti Awang Bujang, jawatan Pengarah. 178) S : So kalau barang itu tidak diterima boleh tak dia mengesahkan? : Tidak. [25] OKT1 dan OKT2 masing-masing sedar dan tahu perkara ini dari awal lagi. Keterangan SP8 juga selari bagi menyokong hal ini. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w “Untuk dalam proses pembelian terus EP yang mana sistem kerajaan ia akan bermula dengan sistem EP. Selalunya ada sesuatu proses pegawai projek akan berbincang dengan Pengarah untuk melaksanakan sesuatu pembelian. Dimana peminta disini adalah Puan Mardziana yang akan berbincang dengan Pengarah untuk melaksanakan sesuatu projek pembelianlah.” [26] OKT1 dan OKT2 telah secara tidak jujur melakukan perbuatan tersebut. Pemalsuan “P23” dibuat dengan pengetahuan penuh dan dengan niat untuk menggunakan dokumen palsu tersebut bagi maksud hendak menipu iaitu dalam hal ini jabatan OKT1 dan OKT2 sendiri dalam kapasiti dan jawatan yang dipegang. [27] Dengan perakuan penerimaan dan juga pengesahan penerimaan walaupun barangan/perkhidmatan tersebut tidak dibekalkan, niat secara bersesama bagi menipu jabatan telah dibuktikan. [28] Tindakan OKT1 dan OKT2 ini juga telah mengaburi SP9 selaku Pegawai Padanan Bayaran yang mana SP9 tiada pengetahuan bahawa pembekalan tidak pernah dibekalkan kepada JKKN Pahang tetapi akibat pemalsuan “P23” tersebut, SP9 telah menurunkan tandatangan bagi membenarkan bayaran dikemukakan kepada kononnya pembekal Syarikat Anas Niaga. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [29] Fakta berhubung wang tuntutan bagi kerja yang telah dilaksanakan telah dibayar kepada Syarikat Anas Niaga telah dibuktikan dengan jelas. SP7 sahkan penerimaan bayaran berjumlah RM9,920.00 iaitu setelah ditolak RM80.00 bagi caj system e-perolehan. Bayaran ini telah dibayar melalui akaun Maybank Syarikat Anas Niaga pada 29/6/2020 sebagaimana di P11.’ [30] Apa yang lebih menarik, setelah bayaran dibuat ke dalam akaun Anas Niaga pada 29/6/2020, OKT2 terus menghubungi SP7 pada 30/6/2020 dan OKT2 telah meminta SP7 memindahkan wang tersebut kepada akaun Mir Murni Empire, No. Akaun: 8604192385 (CIMB). Pada keesokan hari (1/7/2020), SP7 telah membuat pemindahan ke akaun yang diarahkan oleh OKT2 berjumlah RM8,940.00 dan baki RM980.00 adalah komisyen kepada SP7 kerana meminjamkan lessen sebagaimana dipersetujui. [31] Fakta berhubung pemunyaan akaun Mir Murni Empire, No. Akaun: 8604192385 (CIMB) boleh dilihat melalui eksibit P6 iaitu carian syarikat (SSM), P15 pembukaan akaun Bank yang mana OKT2 adalah orang yang perlu dihubungi dan “sole owner” syarikat berkenaan serta kemasukan wang melalui akaun pada 1/7/2020 di Penyata Akaun (P16). S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [32] Eksibit yang dikemukakan pihak pendakwaan jelas niat menipu dan memperdayakan oleh OKT2 dengan pengetahuan dan pengesahan/endorsement daripada OKT1. [33] Apabila isu ini berbangkit selepas beberapa lama tindakan ini dibuat dan bayaran dilaksanakan, OKT1 dan OKT2 bersama-sama cuba memperdayakan sekali lagi JKKN Pahang dengan kononnya “mewujudkan” set aksesori yang kononnya diminta dalam Nota Minta dengan mengupah SP10. [34] Mengikut keterangan SP10, OKT1 telah menghubungi beliau sekitar Oktober atau November 2020 bagi tujuan membuat lapik dada, cekak tangan dan cekak kaki sebanyak 20 set. Pada masa itu, tempahan bukan atas dasar segera/penting atau perlu disiapkan dengan cepat sebagaimana dipersetujui oleh OKT1. OKT1 sendiri menyatakan kepada SP10 “…boleh mengambil masa untuk menyiapkan tempahan tersebut memandangkan pada ketika itu tiada sebarang persembahan diadakan dalam tempoh PKP.” [35] OKT1 hanya ambil 20 set aksesori itu daripada SP10 pada Mac
2021
OKT1 membuat bayaran tunai RM5,500.00 kepada SP10. Mahkamah boleh lihat di sini OKT1 ambil masa lebihkurang 5 – 6 bulan untuk ambil tempahan tersebut. Jika dilihat kepada P26 iaitu Borang Aduan SPRM, ia dibuat oleh pengadu pada 1/2/2021. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w Tempahan OKT1 ini sejurus sebelum aduan dan diambil sejurus selepas aduan (P26) dibuat. [36] Mengikut keterangan pegawai penyiasat (SP11) pula, selepas kemasukan wang ke akuan Mir Murni Empire pada 1/7/2020, terdapat pengeluaran sebanyak RM1,500.00, RM1,500.00 sebanyak 3 kali dan juga RM1,000.00 pada hari berikutnya (2/7/2020). Jumlah ini tidak sepadan dengan jumlah bayaran kepada SP10 iaitu RM5,500. Tarikh bayaran oleh OKT1 kepada SP10 juga adalah pada Mac 2021. Jadi mustahil jumlah yang dikeluarkan ini digunakan bagi tujuan bayaran kepada SP10 tersebut. Apa yang terjadi kepada lebihan kemasukan wang ke akaun Mir Murni Empire sebanyak RM4,940.00? [37] Niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan dapat dilihat dengan jelas apabila tindakan OKT2 adalah dalam pengetahuan OKT1. OKT1 selaku ketua kepada OKT2 tahu dan sedar perkara yang berlaku dari awal dan juga dimaklumkan sekali lagi oleh SP9 bahawa dokumen tidak lengkap tetapi masih mengambil tindakan untuk membenarkan bayaran dilaksanakan kepada pembekal yang tidak dapat memberikan perkhidmatan/barangan yang dinyatakan. [38] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen dalam pertuduhan dan juga S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w seksyen 34 Kanun Keseksaan terhadap OKT1 dan OKT2. Oleh itu, selepas wujudnya satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2, Mahkamah telah memanggil OKT1 dan OKT2 untuk membela diri bagi menyangkal anggapan terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya. [39] Dalam kes pembelaan, OKT1 dan OKT2 telah memanggil 3 saksi lain selain daripada OKT1 dan OKT2 sendiri. OKT1/SD1 telah memberi keterangan bahawa timbulnya isu bekalan aksesori set kepala pelanduk ini kerana akan ada satu persembahan besar yang dijangka akan dihadiri oleh YDPA. OKT1 dimaklumkan oleh OKT2 bahawa JKKN Pahang tidak mempunyai set kelengkapan aksesori kepala pelanduk yang mana telah hilang/didakwa telah dicuri. Satu laporan polis telah dibuat oleh OKT2 (D29). [40] Dalam keterangan OKT1, bagi mewujudkan set aksesori kepala pelanduk bagi tujuan itu, proses menyediakan Nota Minta dalam system e-perolehan telah dibuat oleh OKT2. Perkara ini disahkan oleh OKT2/SD2 sendiri dalam keterangannya. Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa isu kewujudan Nota Minta dan proses ini bukan suatu isu dan ia disahkan semua saksi yang dipanggil. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [41] Proses e-perolehan boleh berjaya sehingga ke peringkat bayaran apabila OKT2 sendiri mengakui beliau telah mewujudkan Nota Minta, mencari pembekal dan memilih Anas Niaga, mengesahkan pemilihan syarikat Anas Niaga terpilih selepas pelawaan harga dan membuat penerimaan barangan/perkhidmatan pada 26/6/2020. Pada masa ini, OKT2 telah maklum barangan/perkhidmatan tidak dapat dibekalkan oleh Syarikat Anas Niaga. [42] Ini juga adalah fakta yang sama dimaklumkan oleh OKT1. OKT1 ada maklumkan bahawa isu pembayaran kepada pembekal bagi Nota Minta ini telah dibincangkan dalam satu mesyuarat jabatan. Menurut OKT1, pembayaran perlu diluluskan segera untuk mengelakkan dokumen “bounce back” dalam system e-perolehan dan jabatan mungkin akan diaudit. [43] Fakta bahawa barangan/perkhidmatan tidak akan dibekalkan oleh Syarikat Anas Niaga sememangnya diketahui OKT1 dan OKT2 tetapi pembayaran kepada Anas Niaga tetap diluluskan. Oleh itu, wang tetap dibayar dan dimasukkan ke akaun Anas Niaga selepas semua prosedur jabatan dipatuhi. [44] OKT1 dan OKT2 cuba membawa saksi SD3 dan SD4 untuk menyokong keterangan mereka bahawa terdapat satu mesyuarat berhubung isu berbangkit. Dalam hal ini, minit mesyuarat tersebut S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w tidak pernah dikemukakan ke Mahkamah ini. Dalam masa yang sama, mesyuarat yang dikatakan jika sekalipun wujud, ia tidak menafikan tugas dan tanggungjawab OKT1 selaku pengarah JKKN Pahang untuk membuat sesuatu keputusan yang sewajarnya menurut tatacara dan peruntukan yang betul. Saksi-saksi OKT1 dan OKT2 ini pula mengesahkan wujudnya mesyuarat yang membincangkan perihal pembekal tidak dapat melaksanakan tugasan ini. Ini diakui sendiri oleh kes pembelaan. [45] P23 diwujudkan sehingga pembayaran berjaya adalah atas insiatif OKT2 dan disahkan oleh OKT1. Peranan dan tugas masing-masing tidak dipertikaikan oleh kedua-dua OKT1 dan OKT2. Samada perlu mesyuarat atau tanpa mesyuarat/persetujuan sesiapa, ia adalah tugas dan tanggungjawab hakiki OKT1 selaku Pengarah JKKN untuk membuat sesuatu keputusan bagi pihak Jabatan. [46] Dalam keadaan ini, OKT1 telah menggunakan peranan beliau untuk meluluskan dan mengesahkan penerimaan set kepala pelanduk tersebut walaupun OKT2 maklumkan ia tidak dapat dilaksanakan dan dalam masa yang sama, OKT1 tidak ingin berlaku kerja berulang apabila dokumen “bounce back”. Jika dokumen “bounce back” sekalipun, Pengarah akan mengambil tanggungjawab untuk mengemukakan Nota Minta baru jika perlu bagi menyelesaikan S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w masalah yang timbul, menjawab dengan jujur jika Jabatan diaudit atau tindakan wajar yang lain yang sejajar dengan arahan yang betul. [47] Apa yang lebih memudaratkan adalah apabila OKT1 masih mengesahkan penerimaan barangan sedangkan SP9 sendiri ada maklumkan bahawa dokumen tidak lengkap, gambar barangan tidak dikemukakan dan ini bukan isu yang didiamkan oleh SP9. Bahkan OKT1 sendiri mengarahkan P23 ini diteruskan walaupun dalam keadaan begitu. [48] Mahkamah mengulangi keterangan OKT1 semasa pemeriksaan balas sebagaimana berikut: S: Puan tidak mengikuti prosedur kerajaan? J: setuju. S: Barang tidak sampai tapi puan sahkan barang sampai? J: Setuju. S: Saya cadangkan secara keseluruhan bahawa puan sebagai Pengarah telah memperakukan penerimaan barang yang tidak wujud, puan ada pengetahuan semasa puan memperakukan penerimaan barang itu, barang itu tidak dibekalkan dan tidak ada, dan puan juga dalam pengetahuan untuk mengesahkan S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w pembayaran dibuat ke Anas Niaga walaupun barang itu tidak dibekalkan? J: Setuju.” [49] walau apa pun sebab dan alasan yang dikemukakan, OKT1 sedar dan tahu bahawa P23 adalah satu dokumen palsu yang diciptakan oleh OKT2. OKT2 pula secara jujur boleh sahaja maklumkan OKT1 bahawa walapun setelah Nota Minta dibuat dan Syarikat Anas Niaga dipilih, apabila mengetahui barangan/perkhidmatan yang dimaksudkan tidak dapat dikemukakan, proses seterusnya tidak boleh diteruskan dan pembayaran serta pengesahan tidak boleh dibuat. [50] Setelah meneliti keterangan dipihak pembelaan sekalipun, Mahkamah yakin bahawa barangan yang dikatakan dibekalkan oleh SP10 iaitu eksibit D30 bukanlah barangan yang dimasudkan. [51] Ini disokong oleh keterangan lain seperti: a) SP7 sendiri mengesahkan bahawa syarikatnya iaitu Anas Niaga tidak pernah menyediakan apa-apa aksesori berkaitan kepada JKKN Pahang. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w b) SP6 yang menjaga asset jabatan mengesahkan tiada sebarang kepala pelanduk baru direkodkan sebagai asset atau barang program bagi tahun 2020. c) SP10 mengesahkan barangan yang disediakan hanya disiapkan pada Mac 2021. d) SD3 tidak dapat mengesahkan bahawa Syarikat Anas Niaga ada membekalkan barangan/perkhidmatan bagi tujuan yang dinyatakan. e) SD4 hanya merujuk kepada barang yang ada distor namun tidak tahu asal usul barangan dan dalam masa yang sama tidak dapat mengesahkan Anas Niaga yang membekalkan barangan tersebut. f) SD5 mengesahkan bahawa barangan yang ditunjukkan iaitu D30 telah berada di JKKN sejak tahun 2021. SD5 cuma diarahkan untuk mengambil gambar untuk membuat pengesahan semua aksesori kepala pelanduk yang sudah ada di JKKN Pahang sejak Ogos 2021. g) Keterangan SD3, SD4 dan SD5 memperkukuhkan dapatan bahawa barangan/perkhidmatan bagi P23 tidak pernah wujud dan D30 ada di JKKN Pahang sejak Ogos 2021 (keterangan SD5). S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w h) Tiada satu pun saksi pembelaan yang hadir dapat mengesahkan wujudnya pembekalan barangan/perkhidmatan oleh Anas Niaga sebagaimana P23. [52] Keterangan saksi-saksi sokongan OKT1 dan OKT2 selain daripada OKT1 dan OKT2 yang dipanggil ke Mahkamah sebaliknya menguatkan lagi versi kes pendakwaan. Fakta bahawa P23 diwujudkan, disahkan seterusnya diluluskan bayaran dalam pengetahuan pihak yang hadir pada kononnya mesyuarat berbangkit hal ini. Ini menunjukkan P23 adalah satu dokumen palsu yang dicipta oleh OKT2 dan dipersetujui oleh OKT1 tetapi bagi menjustifikasikan tindakan itu, satu mesyuarat diadakan sedangkan OKT1 sememangnya tahu apa peranan dan tanggungjawab beliau dalam membuat keputusan bagi jabatan yang diteraju. [53] Mahkamah bersetuju bahawa P23 telah dibuktikan sebagai suatu dokumen palsu yang mana OKT1 dan OKT2 adalah pihak yang memalsukan P23 tersebut. OKT1 dan OKT2 juga dengan bersama-sama dan niat bersama, telah memalsukan P23 bagi memperdayakan jabatan. Pembelaan berhubung mesyuarat yang dikatakan membincangkan perkara ini tidak dapat diterjemahkan dalam P23 yang mana pihak penyedia, penerima, pengesah dan seterusnya adalah dimainkan oleh OKT1 dan OKT2. Tanpa peranan S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w OKT1 dan OKT2, pembayaran kepada akaun Syarikat Anas Niaga tidak akan dibuat. [54] Jika OKT1 dan OKT2 ingin berselindung di sebalik alasan mereka tidak ada niat semasa melakukakan tindakan tersebut, Mahkamah membuat dapatan bahawa niat jahat (mens rea) kedua-dua OKT1 dan OKT2 dapat dilihat daripada perbuatan, kronologi dan juga keadaan semasa kejadian sehingga siasatan timbul dan sehinggalah barangan ganti (P30) cuba diwujudkan/diada-adakan bagi mengaburi semua pihak. [55] Mahkamah menilai bahawa apabila wang dibayar ke akaun Syarikat Anas Niaga, OKT2 terus menghubungi SP7 bagi tujuan memindahkan wang tersebut kepada OKT2. Keterangan SP7 konsisten apabila wang dipindahkan ke Mir Murni Empire hanya berjumlah RM8,940.00 iaitu sebagian besar wang dan 10% diserahkan kepada SP7 sebagai upah bagi pinjam syarikat. [56] OKT1 dan OKT2 tidak pernah menjelaskan apa terjadi dengan wang yang jabatan bayar kepada Anas Niaga dan dimasukkan ke akaun Mir Murni Empire tersebut. Jumlah wang tersebut juga memang hasil penipuan dan memperdayakan jabatan bagi maksud kepentingan peribadi. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [57] Ini kerana apabila siasatan timbul dan isu berbangkit, OKT1 telah mengambil pendekatan membuat bayaran RM5,500.00 kepada SP10 yang dikatakan diberikan oleh OKT2 bagi mengaburi mata semua pihak. Adakah jumlah tersebut dari OKT2/akaun Mir Murni Empire yang dipindahkan daripada SP7? Apakah yang terjadi kepada baki duit yang tinggal dalam akaun Mir Murni Empire milik OKT2 jika benar ditolak dengan bayaran kepada SP10? Hanya OKT1 dan OKT2 berpengetahuan penuh dengan rancangan mereka sendiri. [58] Bagi tujuan niat jahat (mala fide) OKT1 dan OKT2 juga, Mahkamah merujuk kepada seksyen 415 Kanun Keseksaan sebagaimana penjelasan (explanation) di bawah: “Explanation 1 – a dishonest concealment of facts is a deception within the meaning of this section”. [59] Kesemua elemen penipuan, pemerdayaan telah dibuktikan. Tindakan tidak jujur OKT1 dan OKT2, kuasa dan peranan utama dalam membolehkan kesalahan berlaku/berjaya juga pengetahuan penuh, perancangan bagi menutup kesalahan adalah antara tindaktanduk dan perilaku bersama OKT1 dan OKT2. [60] Apa yang paling ketara adalah cubaan OKT1 dan OKT2 bagi mewujudkan barang/perkhidmatan melalui SP10 dengan mencipta S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w D30 bagi mengaburi jabatan termasuk saksi-saksi yang datang menyokong keterangan mereka di peringkat pembelaan. Saksi-saksi diperdayakan seolah-olah D30 itulah barang/perkhidmatan yang menjadi isu dalam kes ini. [61] Disamping itu, suka bagi Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan berkait seksyen 34 Kanun Keseksaan iaitu dalam kes MUHAMMAD AKMAL ZUHAIRI AZMAL & YANG LAIN lwn. PP, MAHKAMAH PERSEKUTUAN, PUTRAJAYA [2025] 4 CLJ 837 yang mana diputuskan: Niat Bersama Di Bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan [115] Bagi memudahkan pemahaman, s. 34 menyatakan:
34
Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggung atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu telah dilakukan olehnya seorang. (penekanan ditambah) [116] Isu berhubung niat bersama di bawah s. 34 Kanun Keseksaan ini telah banyak dijelaskan oleh mahkamah tertinggi negara ini dan antaranya dalam kes PP v. Azilah Hadri & Anor [2015] 1 CLJ 579 yang menyatakan di perenggan [98] dan [99] seperti yang berikut: S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w “[98] Section 34 of the Penal Code provides that when a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act was done by him alone. The Supreme Court in Namasiyiam Doraisamy v. Public Prosecutor & Other Cases [1987] 1 CLJ 540; [1987] CLJ (Rep) 241; [1987] 2 MLJ 336 at pp. 251-252; p. 344 observed that: In law, common intention requires a prior meeting of the minds and presupposes some prior concert. Proof of holding the same intention or of sharing some other intention, is not enough. There must be proved either by direct or by circumstantial evidence that there was
a
a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K. Soonavala pages 188 to 193). [62] Kesemua elemen dalam seksyen 34 Kanun Keseksaan wujud dalam kes di sini. Pembelaan yang dikemukakan OKT1 dan OKT2 pula adalah satu penafian tanpa asas dan bersifat penafian semata-mata. Fakta yang dibuktikan oleh pihak pendakwaan telah disahkan sendiri oleh OKT1 dan OKT2. [63] Pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah penafian kosong dan tidak dibuktikan sebaliknya bahkan saksi-saksi OKT1 dan OKT2 memberi keterangan yang memihak kepada kes pendakwaan dan keterangan juga saksi-saksi OKT1 dan OKT2 berjaya dicabar oleh pihak pendakwaan semasa pemeriksaan balas. [64] Tiada pembelaan bermerit dikemukakan oleh OKT1 dan OKT2 selain daripada penekanan kepada penyataan bahawa P23 diluluskan atas dasar persetujuan bersama dalam mesyuarat. Tiada minit mesyuarat dikemukakan dan jika ada sekalipun, ia tidak menafikan peranan dan tanggungjawab kedua-dua OKT1 dan OKT2 untuk bertindak telus dan jujur dalam peranan mereka dalam jabatan JKKN Pahang. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [64] Dakwaan OKT1 dan OKT2 bahawa SP5 dan SP9 juga terlibat dalam meluluskan P23 juga adalah pembelaan yang sengaja dibawa bagi meletakkan kesalahan juga pada pihak lain. Jika begitu, bukan SP5 dan SP9 sahaja yang hadir dalam mesyuarat tersebut dan mesyuarat dikatakan sebulat suara bersetuju meluluskan P23. [65] Dari awal lagi Mahkamah telah tekankan peranan setiap pihak dalam P23. OKT1 dan OKT2 adalah pihak yang mencipta, mengesahkan dan meluluskan, SP5 hanya pegawai kewangan yang mempunyai akses kepada system e-perolehan. SP9 pula adalah pegawai padanan dan telah memaklumkan OKT1 bahawa dokumen tidak lengkap/gambar barangan tidak dikemukakan. [66] Sepanjang bicara samada di peringkat pendakwaan atau pembelaan, peranan SP5 dan SP9 hanya sebagaimana dinyatakan. Tiada apa-apa pengaliran wang melibatkan SP5 dan SP9. SP5 dan SP9 langsung tidak ada apa-apa peranan atau kepentingan dalam hal ini. [67] Mahkamah sekali lagi membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 dan seksyen 34 Kanun Keseksaan adalah terpakai dalam hal ini. Kesemua elemen di bawah seksyen yang dipertuduhkan telah dibuktikan. OKT1 dan OKT2 pula telah gagal mengemukakan S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w sebarang keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Oleh demikian, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes melampaui keraguan munasabah (beyond reasonable doubt) seperti yang diperuntukkan di bawah seksye 173 (m) (i) Kanun Tatacara Jenayah. [68] Oleh demikian, OKT1 dan OKT2 disabitkan oleh Mahkamah ini dengan satu kesalahan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama. HUKUMAN [69] Bagi hukuman kesalahan di bawah seksyen 468 Kanun Keseksaan, hukuman diperuntukkan adalah sebagaimana berikut: “Whoever commits forgery, intending that the document forged shall be used for the purpose of cheating, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.” [70] Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman, telah mendengar dan menimbang rayuan pengurangan hukuman oleh kedua-dua OKT1 dan OKT2 dan juga hujahan pemberatan daripada pihak Pendakwaan. “Hukuman: S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w OKT1: Penjara 6 bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda RM10,000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara OKT2: Penjara 6 bulan dari tarikh jatuh hukum dan denda RM10,000.00 jika gagal bayar 6 bulan penjara.” [71] Dalam rayuan OKT1 dan OKT2, mereka memohon satu bentuk hukuman di bawah seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah bagi satu bon berkelakuan baik dengan jaminan. Antara alasan yang diberikan adalah bahawa OKT1 dan OKT2 adalah pesalah pertama dan tiada rekod jenayah lampau. [72] Mahkamah merujuk kepada seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah sebagaimana berikut: 294 First offenders
1
When any person has been convicted of any offence before any Court if it appears to the Court that regard being had to the character, antecedents, age, health or mental condition of the offender or to the trivial nature of the offence or to any extenuating circumstances under which the offence was committed it is expedient that the offender be released on probation of good conduct, the Court may, instead of sentencing him at once to any punishment, direct that he be released on his entering into a bond with or without sureties and during such S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w period as the Court may direct to appear and receive judgment if and when called upon and in the meantime to keep the peace and be of good behaviour. [73] Mahkamah percaya OKT1 dan OKT2 tidak boleh hanya bergantung kepada faktor ini semata-mata dan memohon agar dilepaskan dengan bon berkelakuan baik. Mahkamah perlu mempertimbangkan banyak faktor lain dalam menjatuhkan hukuman yang adil dan setimpal sebagaimana diputuskan dalam kes PP V. MORAH CHEKWUBE CHUKWUDI [2017] CLJU 864; [2017] 1 LNS 864; [2017] MLJU 958; [2017] MLRAU 276; [2017] AMEJ 0782 seperti berikut: Jurisprudence Relating To Sentence [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence;
b
the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (i) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc. [6] All these factors where applicable need to be addressed by the defence to secure a just sentence. It is equally important for the prosecution to rebut the facts adduced by the accused if they are not bona fide, as ultimately the power to sentence is placed on the trial judge and the judge had to rely on the facts adduced in court. [74] Mahkamah juga merujuk kes TAN SRI ABDUL RAHIM MOHD NOOR V. PP [2001] 4 CLJ 9, di mana YA Hakim Mahkamah Rayuan telah menyatakan: “It cannot be gain said that the most onerous function of any court is to decide the appropriate sentence in any criminal case. In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. In that context the interest of justice should no doubt take into account the interest of the offender. But it is often forgotten that the interest of justice must also include the interest of the community. In assessing sentence, the court should balance the interest of the offender with the interest of the victim and strike a balance, not, of course S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w forgetting that the interest of the public should be of the uppermost consideration. [75] Mahkamah telah mengambilkira bahawa hukuman ini diberikan selepas perbicaraan penuh sehingga ke peringkat pembelaan. Perjalanan bicara bagi kes ini telah melibatkan ramai saksi, masa dan kos semua pihak. [76] Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan PP V. MOHD SYAHMI MOHD FARED & YANG LAIN [2015] CLJU 328; [2015] 1 LNS 328; [2015] MLJU 994; [2015] MLRAU 512; di mana mahkamah memutuskan bahawa: “Mereka mengaku bersalah sebaik sahaja ditawarkan pertuduhan, ini menunjukkan keinsafan mereka.” [77] Dalam kes ini, OKT1 dan OKT2 merupakan pesalah pertama dan tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. Walaupun begitu, peranan OKT1 dan OKT2 sebagai penjawat awam perlu ditekankan. Kedua-dua mereka perlu menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat dan menjaga nama baik penjawat awam. Bagi Mahkamah, kepentingan awam (terutama bagi kesalahan melibatkan penjawat awam dalam jabatan kerajaan) melebihi kepentingan peribadi pesalah. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [78] Apatah lagi apabila dilihat jawatan OKT1 sebagai seorang pengarah di suatu jabatan kerajaan yang mempunyai kuasa yang cukup besar dan amanah yang berat, telah bersekongkol dengan kakitangan bawahannya (OKT2). OKT1 maklum kesalahan OKT2 tetapi dalam masa yang sama, OKT1 juga terlibat bersama-sama OKT2 sedangkan adalah menjadi tanggungjawab OKT1 untuk mencegah OKT2 daripada melakukan perkara bertentangan dengan peraturan dan arahan jabatan. [79] Mahkamah juga perlu mempertimbangkan kelakuan OKT1 dan OKT2 setelah melakukan kesalahan ini sebagai faktor menjatuhkan hukuman. Dalam kes-kes tertentu, tindak tanduk terkemudian tertuduh-tertuduh setelah melakukan kesalahan yang dibuktikan boleh diambil kira mahkamah sebagaimana diputuskan dalam kes CHANDRASEKARAN & ORS V. PP [1970] CLJU 11; [1970] 1 LNS 11; [1970] 1 MLJ 153; [1970] 1 MLRH 37; The evidence of subsequent conduct is relevant under s. 8 of the Evidence Ordinance and may properly be taken into account, after the prosecution has established the guilt of the accused, to reinforce the satisfaction of the court as to the proof of guilt made out by the prosecution case. (See Chandika Prasad v. Emperor 126 IC 684). S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [80] Dalam tindakan ini, OKT1 telah mereka satu jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Kedua-dua mereka telah bersepakat untuk mengaburi mata semua dengan mengada-adakah barangan/perkhidmatan seolah-olah ia sememangnya wujud dari awal. [81] OKT1 kemudiannya menggunakan platform mesyuarat jabatan bagi kononnya membincangkan perkara yang timbul dan meletakkan keputusan mesyuarat sebagai satu justifikasi menghalalkan tindakan OKT1 dan OKT2. Mahkamah percaya dalam tatacara kewangan atau arahan perbendaharaan kerajaan, kuasa dan keputusan adalah terletak kepada pegawai yang telah diturunkan kuasa. [82] Oleh demikian, dalam menjatuhkan hukuman terhadap OKT1 dan OKT2, Mahkamah tidak bersetuju bagi satu perintah bon berkelakuan baik diberikan kepada OKT1 dan OKT2. [83] Apatah lagi dalam seksyen yang dipertuduhkan, hukuman penjara dan juga denda telah diperuntukkan. Mahkamah membuat dapatan bahawa OKT1 dan OKT2 perlulah diasingkan dan disisihkan daripada masyarakat dalam tempoh waktu tertentu bagi menyedarkan dirinya tentang kesalahan yang telah dilakukannya dan sebagai hukuman dan pengajaran atas perbuatannya itu. S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w [84] Hukuman penjara dan denda yang telah dikenakan terhadap OKT1 dan OKT2 juga bukanlah sesuatu hukuman yang sangat keras atau tidak munasabah. Seksyen yang dikenakan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun. Mahkamah hanya memerintahkan OKT1 dan OKT2 ditahan dipenjara bagi tempoh 6 bulan. Hukuman penjara dan denda ini adalah bagi memberi pengajaran kepada OKT1 dan OKT2 dan juga masyarakat secara umum. [85] Mahkamah berpendapat sabitan dan hukuman yang telah dikenakan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah satu keputusan dan hukuman yang adil dan setimpal sebagaimana dipertuduhkan. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 2, Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang. Tarikh :17/2/2026 S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w TIMBALAN PENDAKWARAYA TIMBALAN PENDAKWARAYA SPRM PEGUAMBELA OKT1 CIK. AZI AZLIN [TETUAN AZI AZLIN] PEGUAMBELA OKT2 DATO' TAUFIK RAZAK [TETUAN MOHD SOFIAN & CO.] S/N birKYfA8q0eVVqF2kObr7w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.