Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-38-06/2025
JA-12B-38-06/2025
High Court of Malaysia12 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 dinyatakan oleh Perayu iaitu di dalam kes Re Cavander’s Trusts (1881) 16 Ch D 270 dan In Re Parker (deceased) Crow v Weston [1948] NZLR 9.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-38-06/2025
1
DEVAN A/L KENKARGARO
2
SARATHA A/P KENKARGARO (NO. K/P: 840717-01-5296) … PERAYU-PERAYU
1
MOHAMMAD NASHAFIQ BIN NASARUDIN
2
HARIZAN BIN ROSLAN
3
JSW TRANSPORT AGENCY (NO. SYKT: JM0877613) …..… RESPONDEN-RESPONDEN S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ [Dalam Mahkamah Sesyen Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Ta’zim, Malaysia Guaman Sivil No: Ja-A53kj-782-11/2022 Antara Mohammad Nashafiq Bin Nasarudin (No. K/P: 960202-03-5737) …Plaintif
1
Devan A/L Kenkargaro (No. K/P: 860805-23-6919)
2
Saratha A/P Kenkargaro (No. K/P: 840717-01-5296)
3
Harizan Bin Roslan (No. K/P: 740630-01-6845)
4
JSW Transport Agency (No. Sykt: JM0877613) …...Defendan-Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN [Lampiran 8 Dan Lampiran 6]
1
Permohonan di hadapan Mahkamah ini adalah permohonan oleh Perayu-Perayu melalui Lampiran 8 untuk mengetepikan dan/atau membatalkan Lampiran 6 iaitu Notis Permohonan Lanjutan Masa bagi Pemfailan Notis Rayuan Balas yang S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ difailkan oleh Responden Pertama pada 19 Ogos 2025 dibawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) dan/atau (b) dan/atau
c
dan Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012(KKM 2012), sebagaimana dikemukakan melalui kertas-kertas kausa termasuk dokumen Notis Rayuan Balas (Lampiran 5) yang difailkan pada 15 Ogos 2025 itu sendiri beserta afidavit-afidavit dan hujahan bertulis pihak-pihak. Permohonan ini turut disokong melalui Afidavit Sokongan Perayu serta hujahan bertulis Perayu bertarikh 1 Oktober 2025.
2
Isu teras yang perlu diputuskan Mahkamah ini ialah sama ada Notis Rayuan Balas (Lampiran 5) tersebut mempunyai asas undang-undang untuk wujud, dan jika tidak, sama ada Mahkamah wajar menggunakan kuasa di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mengetepikannya atas alasan ia merupakan satu ‘cross-appeal’ yang ‘incompetent’, dibuat secara prosedur yang salah, dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
3
Mahkamah menegaskan dari awal bahawa Mahkamah bersetuju bahawa permohonan ini tidak sekadar melibatkan isu teknikal berhubung masa atau formaliti, tetapi isu kompetensi sesuatu notis rayuan balas, satu prinsip yang telah ditetapkan dengan jelas dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Kabushiki Kaisha Ngu v Leisure Farm Corporation Sdn Bhd [2016] 5 MLJ 557 dan diperkukuhkan oleh Prinsip undang-undang di dalam keputusan-keputusan lain yang dirujuk di dalam kes-kes yang S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ dinyatakan oleh Perayu iaitu di dalam kes Re Cavander’s Trusts (1881) 16 Ch D 270 dan In Re Parker (deceased) Crow v Weston [1948] NZLR 9.
4
Setelah meneliti kesemua kertas kausa, termasuk Notis Permohonan Perayu untuk mengetepikan dan/atau membatalkan Lampiran 6 (Lampiran 8), Notis Permohonan Responden Pertama iaitu Notis Permohonan Lanjutan Masa bagi pemfailan Notis Rayuan Balas (Lampiran 6), Notis Rayuan Balas Responden Pertama (Lampiran 5), Notis Rayuan Perayu bertarikh 23 Jun 2025 (Lampiran 1) serta Afidavit-Afidavit Sokongan Pihak-pihak dan Hujahan-Hujahan Bertulis Pihak-Pihak, Mahkamah merumuskan bahawa isu kompetensi Notis Rayuan Balas adalah isu yang teramat penting dalam menentukan ruang lingkup kuasa rayuan dan kewajaran prosedur yang diambil oleh Responden Pertama.
5
Mahkamah juga mengambil maklum bahawa Perayu-Perayu tidak membantah hak Responden Pertama untuk merayu, tetapi membantah bentuk yang diambil, iaitu merayu secara ‘cross-appeal’ terhadap perkara-perkara yang tidak menjadi subjek rayuan asal dan yang malah merupakan dapatan yang memihak kepada Responden Pertama sendiri di Mahkamah Sesyen. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ
6
Atas dasar itu, Mahkamah perlu menentukan:
1
sama ada isu-isu dalam Notis Rayuan Balas (lampiran 5) termasuk dalam ruang lingkup rayuan asal Perayu;
2
sama ada Notis Rayuan Balas itu patut dianggap tiada asas (limb a),
3
bersifat ‘frivolous’ /’vexatious’ (limb b), 4 menyebabkan kekeliruan dan prejudis kepada proses rayuan (limb c),
5
atau yang paling relevan, merupakan penyalahgunaan proses mahkamah di bawah limb d).
7
Keputusan Mahkamah ini di Lampiran 8 akan membawa keputusan terhadap Permohonan Responden Pertama di
Lampiran
Lampiran 6 iaitu Notis Permohonan Lanjutan Masa bagi pemfailan Rayuan Balas di Lampiran 5. Setelah Mahkamah ini meneliti dan menganalisa kesemua dokumen-dokumen kertas kausa yang berkenaan termasuk notis-notis permohonan itu sendiri serta afidavit-afidavit pihak-pihak dan juga hujahan pihak-pihak Mahkamah ini memutuskan bahawa Lampiran 8 adalah dibenarkan dengan kos dalam kausa dan keputusan Lampiran 8 ini membawa kepada Lampiran 6 ditolak dan Lampiran 5 adalah menjadi akademik dan terbatal. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ Responden Pertama telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk kedua-dua Lampiran iaitu Lampiran 8 dan Lampiran 6. Mahkamah ini hanya akan menyediakan satu alasan penghakiman sahaja kerana isu-isu yang diputuskan ini berkait dengan keputusan di kedua-dua Lampiran tersebut. LATAR BELAKANG FAKTA & PROSIDING 8. Dalam tindakan asal di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Plaintif (kini Responden Pertama) telah menuntut ganti rugi terhadap Defendan Pertama dan Kedua (kini Perayu-Perayu) berhubung kemalangan jalan raya yang menyebabkan kecederaan pelbagai tahap kepada Plaintif. 9. Pada 13 Jun 2025, Hakim Mahkamah Sesyen telah memutuskan liabiliti sepenuhnya ke atas Perayu-Perayu, memberikan beberapa ‘award’ ganti rugi kepada Plaintiff, termasuk RM86,049.60 sebagai kehilangan pendapatan masa hadapan, namun telah menolak sebahagian besar tuntutan perubatan masa hadapan, pembedahan, fisioterapi, peralatan, serta beberapa ‘award’ ganti rugi am yang dituntut oleh Plaintif. Bahagian-bahagian yang ditolak itu adalah dapatan substantif yang memihak kepada Perayu, dan merugikan Responden Pertama, tetapi Responden Pertama tidak memfailkan rayuan tersendiri terhadap dapatan tersebut dalam masa ditetapkan di bawah Aturan 55 Kaedah 8 KKM 2012. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 10. Sebaliknya, apabila Perayu memfailkan Notis Rayuan pada 23 Jun 2025 (Lampiran 1), Responden Pertama memilih untuk memfailkan Notis Rayuan Balas pada 15 Ogos 2025 (Lampiran 5), Notis Rayuan Perayu menyatakan dengan jelas bahawa rayuan adalah terhadap keseluruhan keputusan tersebut, iaitu liabiliti dan kuantum. Namun, istilah “keseluruhan keputusan” bukanlah suatu tiket terbuka bagi mana-mana pihak untuk memperluaskan ruang lingkup rayuan sehingga menjangkaui isu-isu yang secara substantif dikemukakan oleh Perayu dalam rekod dan hujahan rayuan. 11. Notis Rayuan Balas Responden Pertama (Lampiran 5) pula membawa suatu senarai panjang tuntutan kuantum yang telah ditolak oleh Mahkamah Sesyen, khususnya kos pembedahan masa hadapan, kos peralatan masa hadapan, ‘award’ ganti rugi am pelbagai kategori dan beberapa dapatan kuantum lain yang tidak disentuh oleh Perayu dalam bentuk hujahan rayuan mereka. 12. Inilah titik kontroversi utama: a) Adakah ‘cross-appeal’ Responden Pertama mengenai isu-isu yang bukan sebahagian daripada rayuan asal Perayu? b) Jika ya, maka prinsip di dalam kes Kabushiki Kaisha Ngu (supra) menyatakan ‘cross-appeal’ itu ‘incompetent’ dan tidak boleh berdiri di sisi undang-undang. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 13. Perayu kemudian memfailkan permohonan (Lampiran 8) untuk mengetepikan Notis Rayuan Balas atas dua asas utama: (i) ia difailkan di luar tempoh, dan (ii) ia tidak kompeten kerana mencabar dapatan yang tidak dibuka oleh Perayu, sekaligus melanggar prinsip ‘cross-appeal’ yang sah di sisi undang-undang. 14. Responden Pertama dalam afidavit dan hujahannya berhujah bahawa kerana Perayu merayu terhadap “keseluruhan keputusan”, maka segala isu kuantum termasuk tuntutan yang telah ditolak sebelumnya adalah secara automatik terbuka untuk dihujahkan dalam rayuan balas. 15. Mahkamah mendapati bahawa hujahan Responden Pertama ini perlu diteliti secara mendalam dengan merujuk prinsip undang-undang yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN 16. Berdasarkan keseluruhan kertas kausa teramsuk afidavit, dokumen lampiran, serta hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah merumuskan bahawa terdapat tiga isu utama yang perlu diputuskan dalam permohonan ini. Isu-isu ini mempunyai hubungan langsung dengan kompetensi Notis Rayuan Balas, masa pemfailannya, dan ruang lingkup kuasa Mahkamah dalam mengurus sesuatu ‘cross-appeal’. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ ISU 1: Sama ada Notis Rayuan Balas Responden Pertama difailkan dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang di bawah Aturan 55 Kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 17. Aturan 55 Kaedah 8 memperuntukkan bahawa sesuatu ‘cross-appeal’ hendaklah difailkan dalam masa 14 hari daripada tarikh Rekod Rayuan diserahkan kepada Responden. Oleh itu, Mahkamah perlu menentukan: (a) tarikh sebenar serahan Rekod Rayuan oleh Perayu kepada Responden Pertama; (b) tarikh sebenar pemfailan Notis Rayuan Balas; dan (c) sama ada kelewatan (jika ada) boleh dibenarkan melalui budi bicara Mahkamah atau sebaliknya. 18. Perayu menegaskan bahawa Notis Rayuan Balas adalah lewat difailkan, manakala Responden Pertama mendakwa bahawa kelewatan tersebut berpunca daripada ketidaktahuan mereka mengenai pemfailan Rekod Rayuan. 19. Walaupun isu kelewatan ini penting, Mahkamah perlu memutuskan bahawa ia bukan isu determinatif utama dalam kes ini, memandangkan kompetensi ‘cross-appeal’ itu sendiri adalah isu yang lebih ‘fundamental’ dan berupaya menamatkan permohonan tanpa perlu menilai isu kelewatan secara terperinci. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ ISU 2: Sama ada Notis Rayuan Balas Responden Pertama merupakan satu ‘cross-appeal’ yang ‘competent’ di sisi undang-undang atau merupakan satu ‘cross-appeal’ yang salah prosedur (‘incompetent cross-appeal’). 20. Ini adalah isu yang paling signifikan. Mahkamah perlu menjawab: 1. Apakah prinsip undang-undang yang mengawal ruang lingkup sesuatu ‘cross-appeal’? 2. Adakah ‘cross-appeal’ boleh menyentuh isu-isu yang tidak dibuka oleh Notis Rayuan asal Perayu? 3. Adakah Responden berhak mencabar dapatan substantif yang memihak kepadanya sendiri tanpa memfailkan rayuan tersendiri? 4. Apakah akibat undang-undang jika ‘cross-appeal’ dibawa mengenai isu yang bukan subjek rayuan asal? 21. Soalan-soalan ini perlu ditentukan dengan merujuk kepada kes-kes otoriti seperti kes Mahkamah Persekutuan Kabushiki Kaisha Ngu (supra) yang menyebut dan merujuk kepada kes Re Cavander’s Trusts (supra) dan In Re Parker(supra), serta penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Dr Chong Eng Leong v Tan Sri Harris bin Mohd Salleh [2017] 4 MLJ 611. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 22. Jika Mahkamah ini mendapati ‘cross-appeal’ tersebut menyentuh isu yang berada di luar skop rayuan asal, maka prinsip undang-undang menyatakan ia adalah tidak kompeten, tidak boleh menyokong dirinya dengan rayuan asal Perayu, dan hendaklah diketepikan. ISU 3: Jika Notis Rayuan Balas tersebut didapati tidak kompeten atau salah prosedur, di bawah limb manakah ia jatuh dalam Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b), (c) atau (d)? 23. Mahkamah perlu menentukan limb yang sesuai berdasarkan perlakuan Responden Pertama dan bentuk ‘cross-appeal’ yang dibawa. Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012 membenarkan Mahkamah menolak atau mengetepikan sesuatu prosiding jika: (a) ia tidak menunjukkan sebab tindakan yang munasabah (‘no reasonable cause of action/defence’); (b) a ‘scandalous’, ‘frivolous’, atau ‘vexatious’; (c) ia boleh menyebabkan proses Mahkamah menjadi prejudis, mengaibkan, atau melambatkan; (d) ia merupakan penyalahgunaan proses mahkamah (‘abuse of process’). S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 24. Berdasarkan prinsip dalam kes Kabushiki Kaisha Ngu(supra), satu ‘cross-appeal’ terhadap isu yang tidak berada dalam rayuan asal adalah tidak mempunyai asas undang-undang untuk wujud (limb a), bersifat ‘frivolous’ (limb b), mengelirukan dan mengganggu proses rayuan (limb c), dan pada tahap paling serius, merupakan penyalahgunaan proses kerana cuba menghidupkan rayuan terhadap dapatan yang tidak dirayukan secara sah (limb d). Mahkamah akan perlu menentukan limb mana yang paling tepat, dengan panduan daripada penghakiman tertinggi negara. ISU-ISU TAMBAHAN YANG BERKAITAN 25. Walaupun tidak menjadi isu utama, Mahkamah juga perlu mengambil kira sama ada ‘cross-appeal’ digunakan sebagai mekanisme untuk mengelakkan kewajipan memfailkan rayuan tersendiri dan sama ada Responden cuba memperluaskan isu melebihi ruang yang sah serta sama ada tindakan ini membawa implikasi ketidakadilan kepada Perayu atau membazir masa mahkamah. Kesemua isu ini akan dianalisis secara mendalam dalam Bahagian Analisis Mahkamah dibawah ini. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Pendahuluan kepada Analisis 26. Mahkamah telah meneliti dengan teliti keseluruhan rekod Mahkamah Sesyen, Rekod Rayuan, Notis Rayuan Perayu bertarikh 23 Jun 2025, Notis Rayuan Balas Responden bertarikh 14 Ogos 2025, afidavit sokongan, afidavit jawapan, S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ afidavit balasan, serta hujahan bertulis kedua-dua pihak. Berdasarkan penelitian tersebut, Mahkamah mendapati bahawa terdapat beberapa prinsip asas yang perlu dijaga dalam mana-mana prosiding rayuan, iaitu ruang lingkup sesuatu rayuan ditentukan oleh perayu, bukan oleh responden dan ‘cross-appeal’ bukan instrumen untuk memulakan rayuan baharu, tetapi hanya untuk menangani isu-isu yang berkait rapat dengan rayuan asal serta sebarang peluasan isu melebihi skop rayuan asal adalah salah di sisi undang-undang. Prinsip-prinsip ini amat penting untuk memastikan keadilan prosedural, kepastian undang-undang dan ketertiban prosiding rayuan. Isu 1 – Sama Ada Notis Rayuan Balas Difailkan Dalam Tempoh Masa 27. Mahkamah mengambil maklum bahawa terdapat pertikaian kecil mengenai tarikh pemfailan Notis Rayuan Balas. Namun setelah meneliti Notis Rayuan Balas yang terkandung dalam Lampiran Notis Rayuan Balas, jelas menunjukkan Tarikh Bertarikh “14hb Ogos 2025” dan difailkan pada “15 Ogos 2025”. 28. Isu yang lebih material ialah tarikh serahan Rekod Rayuan kepada Responden Pertama. Berdasarkan Afidavit Sokongan Perayu dan hujahan Perayu, Rekod Rayuan diserahkan lebih awal daripada tarikh 1 Ogos 2025, dan ini menjadikan Notis Rayuan Balas difailkan di luar tempoh 14 hari sebagaimana diperuntukkan oleh Aturan 55 Kaedah 8 KKM 2012. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 29. Namun Mahkamah menegaskan bahawa walaupun Notis Rayuan Balas difailkan lewat, kelewatan itu bukanlah determinatif, kerana terdapat isu yang lebih serius iaitu ketidakkompetenan substantif ‘cross-appeal’ itu sendiri. Oleh itu, Mahkamah memilih untuk memberi fokus kepada isu kompetensi ‘cross-appeal’ kerana jika ia didapati tidak kompeten, maka isu masa menjadi akademik Lampiran 6 (Notis Permohonan Lanjutan Masa pemfailan Rekod Rayuan) 30. Mahkamah menerima bahawa Notis Rayuan Balas Responden Pertama telah difailkan pada 15 Ogos 2025, seperti tercatat dalam dokumen Notis Rayuan Balas. Rekod menunjukkan bahawa Rekod Rayuan telah pun diserahkan pada 15 Julai 2025 dimana tarikh ini yang menjadikan pemfailan ‘cross-appeal’ tersebut di luar tempoh 14 hari seperti yang diperuntukkan Aturan 55 Kaedah 8 KKM 2012 iaitu pada tarikh akhir 29 Julai 2025. 31. Walaupun Responden memberikan alasan bahawa kelewatan berpunca daripada kekeliruan dan kesilapan pentadbiran, Mahkamah mendapati bahawa alasan tersebut tidak mencukupi dan tidak memenuhi syarat lanjutan masa seperti yang diputuskan di dalam kes Batang Kali Estates Sdn Bhd v Romani Bte Abdul Aziz & Anor [1993] 2 MLJ 267. Namun, Mahkamah menekankan bahawa kelewatan bukanlah isu utama dalam kes ini. Isu lebih besar ialah ketidakkompetenan substantif ‘cross-appeal’ itu sendiri. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ Isu 2 – Sama Ada Notis Rayuan Balas Merupakan Cross-Appeal Yang Kompeten (i) Prinsip asas: ‘Cross-Appeal’ hanya boleh menyentuh isu dalam rayuan asal 32. Mahkamah perlu mengingatkan bahawa walaupun Perayu dalam Notis Rayuan menyatakan bahawa rayuan adalah terhadap “keseluruhan keputusan”, istilah tersebut tidak memberikan lesen atau kuasa automatik kepada Responden Pertama untuk membuka apa-apa isu lain yang tidak disentuh oleh Perayu. 33. Undang-undang tidak membenarkan ‘cross-appeal’ digunakan untuk “membuka” semula keseluruhan penghakiman, kerana hal ini bertentangan dengan ratio Kabushiki Kaisha Ngu(supra), Re Cavander’s Trusts(supra) dan In Re Parker(supra). Sebaliknya, Mahkamah mesti meneliti isi sebenar Notis Rayuan Perayu dan hujahan Perayu untuk mengenal pasti isu yang benar-benar dibawa oleh Perayu dalam rayuannya. (ii) Apakah isu yang sebenar dibawa oleh Perayu dalam rayuan asal? 34. Berdasarkan Notis Rayuan Perayu bertarikh 23 Jun 2025, isu utama Perayu ialah: a. Liabiliti yang dikenakan sepenuhnya kepada mereka; S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ b. Jumlah pampasan tertentu yang dianggap berlebihan, termasuk kehilangan pendapatan masa hadapan sebanyak RM86,049.60. Mahkamah mendapati bahawa Perayu tidak merayu terhadap: a. penolakan tuntutan pembedahan masa hadapan; b. penolakan tuntutan fisioterapi masa hadapan; c. penolakan tuntutan alat perubatan masa hadapan; d. penolakan ‘award’ kesakitan berulang; e. penolakan jumlah lain dalam ganti rugi am; f. penolakan sebahagian besar rawatan perubatan masa hadapan. Oleh itu, tuntutan-tuntutan tersebut tidak berada dalam ruang lingkup rayuan asal. 35. Setelah meneliti keseluruhan rekod, Mahkamah mendapati bahawa Perayu tidak merayu terhadap penolakan pembedahan masa hadapan, penolakan fisioterapi, penolakan alat perubatan, penolakan rawatan masa hadapan, penolakan pelbagai ‘award’ ganti rugi am, dan lain-lain tuntutan kuantum yang telah ditolak oleh Mahkamah Sesyen. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 36. Oleh itu, isu-isu tersebut tidak berada dalam ruang lingkup rayuan Perayu. Notis Rayuan Balas (Lampiran 5) pula membawa senarai panjang tuntutan kuantum yang jelas bukan sebahagian daripada isu yang dibuka oleh Perayu dalam rayuannya. Mahkamah menegaskan bahawa prinsip Kabushiki Kaisha Ngu(supra) menetapkan dengan jelas bahawa ‘Cross-appeal’ hanya sah jika ia menyentuh isu yang telah dibuka oleh perayu. Jika tidak, ia adalah salah prosedur dan ‘incompetent’. Notis Rayuan Balas Responden Pertama dalam kes ini cuba menghidupkan semula tuntutan yang telah ditolak oleh Mahkamah Sesyen tanpa memfailkan rayuan tersendiri. Tindakan ini adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang yang mantap, antaranya: Re Cavander’s Trusts (supra) –‘cross-appeal’ tidak boleh memperluaskan isu; In Re Parker (supra) – ‘cross-appeal’ tidak boleh menjadi rayuan tersendiri; Dr Chong Eng Leong (supra) – responden tidak boleh mencabar dapatan yang memihak kepadanya tanpa rayuan. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Notis Rayuan Balas Responden Pertama adalah ‘incompetent’ dan tidak boleh diteruskan. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ (iii) Adakah isu-isu dalam ‘cross-appeal’ termasuk dalam ruang lingkup itu? 37. Notis Rayuan Balas Responden Pertama menyenaraikan senarai panjang tuntutan yang merangkumi: a) RM30,000.00 untuk pembedahan ‘bone grafting’; b) RM17,000.00 untuk ‘removal of implant’; c) RM2,400.00 untuk rawatan ‘anti-inflammatory’; d) RM3,600.00 untuk fisioterapi; e) RM75,000.00 untuk alat ‘Knee Brace’; f) RM35,000.00 untuk ‘Arthroscopic Reconstruction’; g) RM30,000.00 untuk ‘Knee Replacement’; h) RM120,000.00 untuk ‘Knee Revision’ x3; i) Kenaikan ‘award’ ganti rugi am; j) Kenaikan ‘award’ kesakitan dan penderitaan masa hadapan. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 38. Kesemua isu ini tidak disentuh oleh Perayu dalam Notis Rayuan dan tidak wujud dalam hujahan Perayu semasa rayuan. Oleh itu, isu-isu Responden adalah isu baharu, iaitu isu yang tidak dibuka oleh Perayu, dan oleh sebab itu tidak boleh dibawa melalui ‘cross-appeal’. (iv) Prinsip Kabushiki Kaisha Ngu (supra)–‘Cross-appeal’ menjadi ‘incompetent’ 39. Mahkamah Persekutuan dengan jelas memutuskan bahawa: ‘Cross-appeal’ hanya sah jika ia mencabar isu yang telah dibuka oleh perayu. Jika tidak, ‘cross-appeal’ tersebut adalah salah prosedur dan ‘incompetent’. 40. Dalam kes ini, ‘cross-appeal’ Responden Pertama adalah mencabar dapatan kuantum yang memihak kepada Perayu, tidak berkait langsung dengan isu Perayu, tidak mempengaruhi ruang lingkup rayuan Perayu. Maka Mahkamah tidak mempunyai pilihan selain mengisytiharkan bahawa Notis Rayuan Balas ini adalah ‘incompetent’ dan perlu diketepikan. Isu 3 – Pengaplikasian Aturan 18 Kaedah 19(1) KKM 2012. (i) Limb (a):Tidak menunjukkan sebab tindakan yang munasabah 41. ‘Cross-appeal’ yang tidak boleh wujud secara undang-undang adalah prosiding yang tidak mempunyai asas tindakan. Dalam kes ini, ‘cross-appeal’ tidak disandarkan kepada apa-apa asas undang-undang yang sah. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ (ii) Limb (b): ‘Frivolous’ dan ‘vexatious’ 42. ‘Cross-appeal’ digunakan bukan untuk menentang isu Perayu, tetapi untuk “memasukkan kembali” tuntutan yang telah ditolak semasa perbicaraan tanpa memfailkan rayuan tersendiri. Ini adalah satu tindakan ‘frivolous’ dan ‘vexatious’. (iii) Limb (c): Menyebabkan prejudis, kekeliruan dan melambatkan proses. 43. ‘Cross-appeal’ yang tidak kompeten membawa risiko perluasan isu secara tidak sah dan memaksa Mahkamah menangani isu yang tidak berada dalam rayuan serta mengganggu ketertiban dan pengurusan rayuan dan melambatkan penyelesaian kes. Ini membawa potensi prejudis kepada Perayu. (iv) Limb (d): Penyalahgunaan proses (Abuse of Process) – Limb Utama 44. Mahkamah menegaskan bahawa tindakan Responden mencabar keputusan yang tidak dirayu oleh Perayu melalui mekanisme ‘cross-appeal’ adalah suatu penyalahgunaan proses yang nyata. Jika dibenarkan, ia akan menghancurkan struktur rayuan sedia ada dan membuka ruang untuk responden memperluaskan prosiding tanpa batas dan ini menjejaskan integriti sistem rayuan dan mengabaikan prinsip ‘finality’, ‘orderliness’, dan ‘procedural fairness’. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Notis Rayuan Balas jatuh terutamanya di bawah kategori Aturan 18 Kaedah 19(1)(d) KKM 2012. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 45. Berdasarkan keseluruhan fakta dan prinsip undang-undang, Mahkamah mendapati bahawa tindakan Responden Pertama adalah: (a) Limb (a): Tidak menunjukkan sebab tindakan munasabah dimana ‘Cross-appeal’ tersebut tidak mempunyai asas undang-undang untuk wujud kerana ia mencabar isu yang tidak berada dalam rayuan asal. (b) Limb (b): ‘Frivolous’ dan ‘vexatious’ iaitu cubaan memasukkan kembali tuntutan yang telah ditolak tanpa rayuan tersendiri bersifat ‘vexatious’. (c) Limb (c): Menyebabkan prejudis dan melambatkan proses.’Cross-appeal’ yang tidak kompeten membawa kekeliruan dan memperluas skop rayuan secara tidak sah. (d) Limb (d): Penyalahgunaan proses mahkamah (Limb Utama). Mahkamah mendapati bahawa tindakan Responden Pertama menggunakan ‘cross-appeal’ untuk membuka isu yang tidak berada dalam rayuan asal adalah suatu penyalahgunaan proses yang nyata, dan ini merupakan kategori paling tepat untuk mengeterpikan tindakan Responden Pertama. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ KEPUTUSAN & PERINTAH 46. Setelah menimbangkan keseluruhan fakta, dokumen lampiran, hujahan pihak-pihak, serta autoriti yang mengikat, Mahkamah memutuskan bahawa: i. Notis Rayuan Balas Responden Pertama bertarikh 14 Ogos 2025 (Lampiran 5) adalah tidak kompeten (‘incompetent’) kerana ia mencabar isu yang tidak berada dalam ruang lingkup rayuan asal Perayu. ii. Notis Rayuan Balas tersebut merupakan penyalahgunaan proses Mahkamah, selaras dengan Aturan 18 Kaedah 19(1)(d), dan turut jatuh di bawah limb (a)–(c) KKM 2012. iii. Mahkamah bersetuju sepenuhnya dengan hujahan Perayu, termasuk penggunaan prinsip di dalam kes Kabushiki Kaisha Ngu v Leisure Farm (supra), Re Cavander’s Trusts (supra), In Re Parker (supra), dan Dr Chong Eng Leong v Harris Salleh (supra). 47. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini memerintahkan bahawa: 1. Permohonan Perayu untuk mengetepikan Notis Rayuan Balas Responden Pertama (Lampiran 8) adalah DIBENARKAN. S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ 2. Notis Rayuan Balas Responden Pertama bertarikh 14 Ogos 2025 (Lampiran 5) adalah dengan ini DIKETEPIKAN dan TERBATAL. 3. Kos adalah dalam kausa. 4. Oleh itu sebarang permohonan lanjutan masa (Lampiran 6) untuk mengesahkan atau menghidupkan Notis Rayuan Balas yang telah diketepikan adalah TIDAK RELEVAN dan TIDAK LAGI DIPERTIMBANGKAN kerana ‘cross-appeal’ tersebut adalah ‘incompetent’ secara substantif dan Lampiran 6 adalah menjadi AKADEMIK. PENUTUP 48. Mahkamah menegaskan bahawa keputusan ini dibuat demi memastikan ketertiban, disiplin prosedur, dan integriti sistem rayuan. ‘Cross-appeal’ tidak boleh diputar dan disalahgunakan sebagai saluran untuk menghidupkan rayuan baharu. Keputusan ini selaras dengan prinsip undang-undang tertinggi negara dan amalan kehakiman yang mantap. BERTARIKH: 20 JANUARI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ Peguam Bagi Pihak Perayu Dato’ Khutubul Zaman Bersama Christina Tetuan Syahrizad Zaman Seah, Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Responden 1&2 Hidayah Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Responden3&4 Tetuan YP Tan & Ong Selangor S/N hvbLqXPlwkym2xi6lEp9jQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.