Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
KE-A73KJ-21-04/2022
Magistrates Court of Malaysia5 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“RM 30000 Mohon untuk tuntutan Plaintif untuk kecederaan ditolak. Namun, sekiranya dibenarkan seperti hujahan di bawah: Fracture midshaft of clavicle RM13000 Kes: Mohd Fisawol Yahaya v. Neoh Sze Erk [2018] PILRU 182 : RM 15000 Soft tissue injury RM 1000 Kes: Shah Sikander & Yang Lain Lwn. Osman Junaedi & Yang Lain S/N r”
“y RM 1000 Kes: Shah Sikander & Yang Lain Lwn. Osman Junaedi & Yang Lain S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 7 [2023] PILRU 8 : RM 1000 Rugayah Mamat v. Xavier Thamboo (Abu Kassim Kamaruddin & Anor - Third Parties) [2022] 1 PIR 9 : R”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI GURUN DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
1
ANTARA DILLIGANESAN A/L SINGODAN (NO.K/P:880203-08-6755)
2
RAJKUMAR A/L MUNIANDY (NO.K/P:931016-08-6343)
1
DAN MOHD HANIFF BIN IBRAHIM (NO.K/P:830506-04-5357)
2
YAL BULK PACKING SERVICES SDN BHD (NO.ID:87414-P) ...DEFENDAN KEDUA ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG KES [1] Ini merupakan kes kemalangan jalan raya yang melibatkan dua buah kenderaan iaitu antara sebuah lori rigid kargo am bernombor pendaftaran AKN 5187 yang dipandu Plaintif Pertama dan sebuah treler bernombor pendaftaran BPP 3431 yang dipandu Defendan Pertama yang berlaku di KM 74.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [2] Perbicaraan telah dijalankan dengan Plaintif mengemukakan (5) lima orang saksi seperti berikut: SP1 Sarjan Mohd Suki bin Saad Pegawai Penyiasat SP2 Poh Kok Thong Wakil Polyflex SP3 Raj Kumar A/L Muniandy Pemilik SP4 Dilliganesan A/L Singodan Plaintif Pertama, Pemandu lori AKN 5187 SP5 Dr Elia Rozita binti Mustaf Pegawai radiologi [3] Seterusnya Defendan mengemukakan (1) satu orang saksi seperti berikut: SD1 Mohd Haniff Bin Ibrahim Defendan Pertama, Pemandu treler BPP 3431 [4] Berikut merupakan senarai dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan : BIL
1
TANDAAN Ikatan dokumen bersama
2
Ikatan dokumen bersama tambahan
3
Pernyataan saksi Sarjan Mohd Suki bin Saad
4
PSP 1 Pernyataan saksi Poh Kok Thong
5
PSP 2 Pernyataan saksi Raj Kumar A/L Muniandy
6
PSP 3 Pernyataan saksi Dilliganesan A/L Singodan
7
PSP 4 Pernyataan saksi Dr Elia Rozita binti Mustaf
8
PSP 5 Pernyataan saksi Mohd Haniff Bin Ibrahim
9
PSD 1 Rajah Kasar dan kunci Rajah Kasar
10
P1 6 keping gambar
11
P2 A-F Keputusan penyiasatan kes
12
P3 Invois bertarikh 19.11.2021
13
P4 Delivery order 12.11.2021 P5 S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A
14
Sijil pemilikan kenderaan AKN 5187
15
P6 Pendaftaran Syarikat Rajkumar
16
P7 A-B Laporan Polis Trafik Kuala Muda 10288/21
17
P8 Resit KPJ Taiping 15.11.2021
18
P9 Laporan radiologi 15.11.2021
19
P 10 Laporan ultrasound 15.11.2021
20
P11 Curriculum Vitae SP5 P12 B. ISU LIABILITI [5] Dalam kes ini, Plaintif Pertama merupakan pemandu lori bernombor pendaftaran AKN 5187 dan Plaintif Kedua merupakan pemilik lori tersebut. Manakala Defendan Pertama adalah pemandu treler bernombor pendaftaran BPP 3431 yang merupakan pekerja kepada Defendan Kedua yang merupakan pemilik mototreler tersebut. [6]
Preamble
Menurut versi Plaintif, pada 13.11.2011 jam lebih kurang 5.30 pagi, Plaintif pertama memandu lori tersebut dari arah Taiping Perak menghala ke Alor Star melalui Lebuhraya Utara Selatan dan apabila sampai di KM 74.3 arah utara, lori yang dipandu Plaintif Pertama berada di lorong kiri dan tiba-tiba treler dipandu Defendan Pertama telah melanggar belakang lori yang dipandu Plaintif Pertama. Akibat daripada perlanggaran itu, lori dipandu Plaintif Pertama telah terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di sebelah kiri dan muatan yang dibawa terjatuh dan dilanggar oleh beberapa kenderaan lain. [7] Defendan dalam kes ini menyatakan terdapat versi berbeza dalam ini daripada keterangan SP1 Pegawai Penyiasat dan SP4 Plaintif Pertama tentang bagaimana kemalangan berlaku dan menyatakan bahawa Defendan Pertama telah cuba membrek dan ini menunjukkan terdapat langkah keselamatan diambil Defendan Pertama dan mengambil kira keadaan pada masa yang material adalah gelap, S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A Defendan menghujahkan untuk liabiliti 50% antara Plaintif dan Defendan atau secara alternatifnya Defendan 70% dan Plaintif 30%. [8] Mahkamah mendapati bahawa adalah sesuatu yang tidak dipertikaikan bahawa lori dipandu oleh Plaintif Pertama dilanggar daripada belakang oleh treler dipandu Defendan Pertama. Keterangan SP1, SP4 dan SD1 berkaitan perlanggaran dari belakang ini adalah konsisten : i) SP1 mengesahkan bahawa hasil siasatan lori Plaintif dilanggar daripada arah belakang; ii) SP4 Plaintif Pertama menyatakan bahawa ketika berada di lorong kiri jalan, tiba-tiba lori dipandu beliau dilanggar belakang oleh treler dipandu SD1; iii) SD1 Defendan Pertama sendiri menyatakan bahawa “Tiba-tiba saya terlanggar belakang sebuah motorlori bernombor AKN 5187 yang berada di hadapan saya” dalam Pernyataan Saksi yang ditandakan PSD-1. [9] Dalam kes ini SD1 telah disaman dibawah Kaedah 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 [LN 166/59]. Plaintif menghujahkan bahawa saman yang dikeluarkan oleh SP1 kerana SD1 gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan iaitu melanggar belakang lori dipandu SP4 bukan suatu bukti konklusif menunjukkan liabiliti namun keterengan SD1 sendiri mengesahkan bahawa lori dipandu beliau telah melanggar belakang lori dipandu SP4. [10] Mahkamah ini berpendapat bahawa saman yang dikeluarkan adalah berdasarkan siasatan SP1 Pegawai Penyiasat berkaitan kemalangan dengan menimbangkan keterangan dan bukti yang beliau perolehi. Dalam kes ini Mahkamah mendapati bahawa saman yang dikeluarkan oleh SP1 kepada SD1 adalah wajar memandangkan SD1 telah cuai untuk mengawal pergerakan treler dipandu beliau dengan sepatutnya sehingga melanggar belakang lori dipandu SP4. Namun adalah ditegaskan bahawa saman ini sahaja bukanlah bukti kukuh SD1 S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A bertanggungan 100% mengakibatkan kemalangan yang mana mahkamah menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan kepada mahkamah untuk menentukan tahap kecuaian pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan. [11] Tambahan itu, Mahkamah menegaskan tanggungjawab setiap pengguna jalan raya adalah untuk memastikan jarak yang selamat antara kenderaan mereka dan kenderaan di hadapan selaras dengan Kaedah 22 Kanun Lebuh Raya (LN 165/1959) dan dalam kes ini kegagalan SD1 memastikan jarak yang selamat telah menyebabkan treler dipandu beliau melanggar lori dipandu SP4 dari arah belakang. SD1 gagal memberikan sebarang alasan atau bukti kukuh untuk menyangkal anggapan ini dan pengakuan SD1 bahawa “Tiba-tiba saya terlanggar belakang sebuah motorlori bernombor AKN 5187 yang berada di hadapan saya” menguatkan dapatan bahawa kemalangan berlaku akibat kecuaian SD1 sendiri. [12] Mahkamah ini mendapati tiada apa-apa keterangan atau bukti lain menunjukkan Plaintif Pertama sumbang cuai mengakibatkan kemalangan ini. Hujahan peguam Defendan bahawa Defendan Pertama telah cuba membrek dan ini menunjukkan terdapat langkah keselamatan diambil Defendan Pertama dan mengambil kira keadaan pada masa yang material adalah gelap untuk membahagikan liabiliti dengan Plaintif Pertama adalah tidak relevan untuk pertimbangan mahkamah ini. Hal ini kerana tindakan Defendan Pertama tersebut adalah wajar untuk mengurangkan akibat daripada kecuaiannya menyebabkan kemalangan namun bukan untuk mengelak atau mengurangkan liabiliti. Ini juga tidak menunjukkan terdapatnya sumbang cuai oleh Plaintif Pertama menyebabkan kemalangan ini. [13] Mahkamah ini setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan saksi Defendan, meneliti pliding, dokumen dan hujahan-hujahan dan hujahan balas yang dikemukakan kepada mahkamah, mahkamah mendapati Plaintif berjaya membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian bahawa kemalangan ini disebabkan sepenuhnya oleh Defendan Pertama. Oleh yang demikian Defendan S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A Pertama bertanggungan 100% menyebabkan kemalangan ini dan Defendan Kedua bertanggungan secara vikarius sebagai pemilik kenderaan yang dipandu oleh Defendan Pertama. C. ISU KUANTUM [1] GANTIRUGI AM (atas dasar 100% liabiliti) [14] Berikut merupakan ringkasan berkaitan gantirugi am yang dituntut: Butir Kecederaan Tuntutan Plaintif Hujahan Defendan a) Fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling RM 30 000 Kes: Radzali b Mat Bidin & Anor v Wakil Bagi Harta Pusaka Si Mati Mohd Said b Hosnar [2020] 2 PIR 51: RM 30000 Mohon untuk tuntutan Plaintif untuk kecederaan ditolak. Namun, sekiranya dibenarkan seperti hujahan di bawah: Fracture midshaft of clavicle RM13000 Kes: Mohd Fisawol Yahaya v. Neoh Sze Erk [2018] PILRU 182 : RM 15000 Soft tissue injury RM 1000 Kes: Shah Sikander & Yang Lain Lwn. Osman Junaedi & Yang Lain S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [2023] PILRU 8 : RM 1000 Rugayah Mamat v. Xavier Thamboo (Abu Kassim Kamaruddin & Anor - Third Parties) [2022] 1 PIR 9 : RM 1000 Overlapping. RM14000-10%=RM 12600 Kes: Seah Yit Chen v Singapore Bus Service (1978) Ltd & Ors [1990] 3 MLJ 144 b) Mild soft tissue swelling at extensor surface of distal forearm RM 5000 Kes: Ahmad Aizat bin Kamarudin & Anor v Muhmmad Azran bin Hashim& Anor [2015] 1 PIR [47] : RM 5000 Tidak dihujahkan kerana tidak diplid oleh Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [15] Dalam hujahan Plaintif, Plaintif menghujahkan tuntutan sepertimana dinyatakan dalam laporan radiologi P10 bahawa kecederaan dialami oleh Plaintif Pertama adalah seperti berikut: i) Fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling; ii) Mild soft tissue swelling at extensor surface of distal forearm [16] Namun, berkaitan tuntutan gantirugi am, Pernyataan Tuntutan hanya menuntut ganti rugi bagi kecederaan Plaintif Pertama iaitu “fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling”. Oleh yang demikian hanya kecederaan ini yang akan dibincangkan memandangkan hanya ini diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan. “Fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling” [17] Merujuk kepada “Compendium Of Personal Injury Awards (Revised - 2018) Circular No 255/2018” jumlah berikut dinyatakan berkaitan kecederaan melibatkan tulang bahu: Injury Low (RM) High (RM) Clavicle 13,000 28,000 [18] Plaintif menghujahkan untuk jumlah RM 30 000 bagi kecederaan ini secara keseluruhan. [19] Walau bagaimanapun Defendan membahagikan kecederaan ini kepada dua iaitu “fracture midshaft of clavicle” dengan jumlah RM 13000 dan “soft tissue injury” dengan jumlah RM 1000. Kemudian Defendan menghujahkan terdapat pertindihan dan jumlah yang wajar adalah ditolak 10% daripada jumlah keseluruhan RM 13000 dan jumlah RM 1000 tersebut yang menjadikan jumlah RM 12600 (RM14000-10%). S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [20] Defendan menghujahkan jumlah RM13000 dengan merujuk kes Mohd Fisawol Yahaya v. Neoh Sze Erk [2018] PILRU 182. Mahkamah mendapati bahawa bagi kes Fisawol, kecederaan melibatkan patah tulang bahu ini atau secara spesifiknya “closed fracture of the left clavicle” dan dibenarkan jumlah RM 15000 kerana turut melibatkan “stiffness of the left shoulder and Grade 4/5 weakness of the left shoulder abduction”. [21] Namun, bagi kecederaan dialami Plaintif Pertama ini hanya melibatkan tulang bahu yang patah dan bengkak tanpa melibatkan kecacatan tambahan maka Mahkamah berpendapat sekiranya dibenarkan tuntutan ganti rugi kecederaan ini, jumlah RM 13 000 adalah wajar dan berpatutan bagi kecederaan tulang bahu dan bengkak ini sekaligus kerana apabila terdapat tulang yang patah sudah semestinya terdapat kecederaan tisu di kawasan tersebut. Sama ada Mahkamah ini membenaran tuntutan ganti rugi kecederaan Plaintif Pertama iaitu “Fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling”? [22] Defendan mohon untuk tuntutan ganti rugi bagi kecederaan Plaintif Pertama iaitu “fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling” ini ditolak dengan menyatakan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa kecederaan yang dialami adalah akibat daripada kemalangan jalan raya kes ini. [23] Mahkamah telah meneliti laporan radiologi P10 dan laporan ultrasound P11 serta mendengar keterangan SP5 Pegawai Radiologi tidak mempertikaikan bahawa Plaintif Pertama mengalami kecederaan “fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling” seperti yang dinyatakan dan dijelaskan SP5 yang mana SP5 menyediakan laporan tersebut selepas X-Tray dibuat ke atas Plaintif Pertama. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [24] Namun mahkamah ini tidak berpuas hati bahawa PUNCA berlakunya kecederaan ini adalah akibat daripada kemalangan jalan raya tersebut. Oleh itu Mahkamah ini MENOLAK tuntutan ganti rugi kecederaan Plaintif Pertama atas alasan-alasan berikut: i) Laporan perubatan dan laporan radiologi adalah dua laporan yang berbeza. Hal ini sepertimana diakui oleh SP5 sendiri yang mana laporan radiologi bukan diagnosis akhir untuk Plaintif Pertama yang mana laporan perubatan daripada Dr Mohon Raj a/l Sundram yang merawat Plaintif Pertama adalah lebih terperinci sepertimana dinyatakan SP5; ii) Laporan Polis Plaintif Pertama P8 yang dibuat pada 13.11.2021 jam 7.39 pagi iaitu lebih kurang dua jam selepas kemalangan menyatakan “saya tidak cedera dan hanya mengalami sakit-sakit bahagian kaki dan tangan”. Plaintif pertama tidak menyatakan mengalami sakit atau patah sekitar bahu. Keterangan Plaintif Pertama di mahkamah melalui Pernyataan Saksi PSP-4 perenggan 10 menyatakan mengalami kecederaan ringan iaitu sakit-sakit bahagian kaki dan tangan. SP5 bersetuju bahawa beliau pergi ke Hospital Taiping Medical Centre dua hari selepas kemalangan jalan raya tersebut dan setuju bahawa tiada bukti menunjukkan kecederaan dialami adalah akibat daripada kemalangan jalan raya tersebut; iii) Kecederaan dialami Plaintif Pertama kemungkinan disebabkan faktor lain memandangkan terdapat sela masa. Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan bahawa tidak dipertikaikan sememangnya terdapat “fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling” menurut laporan radiologi yang dilakukakan ke atas Plaintif Pertama pada 15.11.2021 iaitu dua hari selepas kemalangan jalan raya namun bukan berpunca daripada kemalangan jalan raya tersebut kerana “break in the chain of events” dari 13/11/2021 hingga 15.11.2021; S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A iv) Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan menggunapakai subseksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 atas kegagalan Plaintif mengemukakan laporan perubatan serta memanggil Dr Mohon untuk memberikan keterangan bagi membuktikan kecederaan dialami oleh Plaintif Pertama berpunca daripada kemalangan jalan raya tersebut. Mahkamah ini berpendapat sepatutnya laporan perubatan dikemukakan dan/atau Dr Mohon dipanggil untuk mengesahkan kecederaan dialami Plaintif ini adalah daripada kemalangan jalan raya tersebut memandangkan beliau yang merawat Plaintif Pertama sebelum dirujuk kepada SP5; v) Tambahan itu, SP5 bersetuju bahawa Dr Mohon merupakan pakar ortopedik yang merawat dan merujuk Plaintif Pertama untuk membuat x-tray dan akan lebih tahu dengan terperinci kecederaan Plaintif Pertama dan SP5 tidak pasti bila Plaintif Pertama hadir ke Taiping Medical Centre dan bersetuju laporan perubatan akan menyatakan dengan terperinci. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [2] GANTIRUGI KHAS (atas dasar 100% liabiliti) [25] Mahkamah meringkaskan seperti berikut: Item Perkara Tuntutan Plaintif Hujahan Defendan Mahkamah GANTI RUGI KHAS PLAINTIF PERTAMA Laporan polis & rajah kasar RM 12 Dibawah kos. Dibenarkan sebagai kos Invois dan bil rawatan di KPJ Centre Taiping RM 475.30 Plaintit menuntut RM 475.30 namun kos dibayar isteri Plaintif Pertama bukan oleh Plaintif Pertama dan harus ditolak Ditolak kerana tiada sebarang bukti dikemukakan dan jumlah RM 475.30 tidak dibayar oleh SP4 sendiri dan diakui dibayar oleh isteri SP4. GANTI RUGI KHAS PLAINTIF KEDUA Carian JPJ RM 10 Dibawah kos. Dibenarkan sebagai kos Gambar-gambar kemalangan RM 50 Dibawah kos. Dibenarkan sebagai kos C Kerosakan motolori - Ditolak kerana tidak diplid secara spesifik jumlah, tiada resit dokumen membuktikan tuntutan ini. Tidak dibenarkan. D Kerosakan barang-barang RM
30767
30767.80+ RM49970.7 6 Plaintif telah membuat pindaan tuntutan daripada
30767
30767.80 kepada RM49970.76 pada Dibenarkan jumlah 1/3 x RM49970.76 iaitu RM 15 142.66. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A
13
13.12.2023. Bukan semua muatan mengalami kerosakan dan plaintif gagal membuat penilaian membuktikan nilai sebenar muatan yang rosak. Defendan mohon tuntutan ini ditolak atau secara alternatif jumlah 1/3 x RM49970.76 iaitu RM 15 142.66. E Kehilangan kegunaan motorlori AKN 5187 (RM 15000 x 5 bulan) RM 75000 Telah ditarik balik oleh Plaintif. Pada 13.12.2023 Plaintif telah menarik balik item berikut: i) Item (c) kehilangan pendapatan RM 3000 sebulan selama 3 bulan bagi Plaitnif Pertama; ii) Item (e) kehilangan kegunaan motorlori RM 15000 selama 5 bulan bagi Plaintif Kedua. Kemudian pada 5.2.2024 Plaintif memfailkan Notis Permohonan untuk Tidak dibenarkan setelah tuntutan ini ditarik balik oleh Plaintif pada 13.12.2023. Tambahan itu Notis Permohonan untuk menghidupkan item (e) dalam Pernyataan Tuntutan iaitu Lampiran 20 telah ditolak dengan kos RM 300 pada 9.5.2024. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A menghidupkan item
e
dalam Pernyataan Tuntutan dan keputusan pada 9.5.2024 permohonan ditolak dengan kos RM 300. F Adjuster’s Report - Ditolak kerana tiada resit/dokumen dan gagal dibuktikan. Tidak dibenarkan. D. KESIMPULAN [26] Mahkamah ini setelah mendengar keterangan saksi-saksi Plaintif dan saksi Defendan, meneliti pliding, dokumen dan hujahan-hujahan dan hujahan balas yang dikemukakan kepada mahkamah, mahkamah mendapati Plaintif berjaya membuktikan kesnya di atas imbangan kebarangkalian bahawa kemalangan ini disebabkan sepenuhnya oleh Defendan Pertama. Oleh yang demikian Defendan pertama bertanggungan 100% menyebabkan kemalangan ini dan Defendan Kedua bertanggungan secara vikarius sebagai pemilik kenderaan yang dipandu oleh Defendan Pertama. [27] Tuntutan ganti rugi am berkaitan kecederaan yang dialami oleh Plaintif Pertama seperti dinyatakan dalam pernyataan tuntutan iaitu “Fracture midshaft of clavicle with soft tissue swelling” ditolak. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A [28] Berdasarkan 100% liabiliti, gantirugi khas seperti berikut: i) Ganti rugi khas Plaintif pertama: a. Item (a) laporan polis & rajah kasar berjumlah RM 12 dibenarkan sebagai kos b. Item (b) invois dan bil rawatan di Kpj Centre Taiping berjumlah RM 475.30 tidak dibenarkan. ii) Ganti rugi khas Plaintif kedua : a. Item (a) carian JPJ RM 10 dibenarkan sebagai kos b. Item (b) gambar-gambar kemalangan RM 50 dibenarkan sebagai kos c. Item (c) kerosakan motolori tidak dibenarkan. d. Item (d) kerosakan barang-barang dibenarkan RM 15142.66. e. Item (e) kehilangan kegunaan motorlori AKN 5187 tidak dibenarkan. f. Item (f) Adjuster report tidak dibenarkan. [29] Faedah yang dibenarkan adalah seperti berikut : i. Faedah 5% untuk gantirugi am dikira dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman; ii. Faedah 2.5% untuk gantirugi khas dikira dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman; iii. Faedah 5% ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga sehingga penyelesaian penuh. [30] Kos adalah mengikut skala kos dalam Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A Bertarikh pada : 5 Disember 2024 ( ANIS SURAYA BINTI AHMAD ) Majistret Mahkamah Majistret Gurun Kedah Darul Aman PEGUAM:
1
Peguam Plaintif: TETUAN P RAVEE&COMPANY 41, Mezzanine Floor, Market Road, 34000 Taiping, Perak
2
Peguam Defendan : TETUAN GAN, HO & RAZLAN HADRI No. 27B-2, Persiaran Greentown 4, Greentown Business Centre, 30450 Ipoh, Perak. S/N rJcOpWREe0WedilziOm0A
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.