The grounds for striking out as stated in Enclosure 55 reads : 4) Plaintif-Plaintif telah pada 21.8.2025 merekodkan satu Penghakiman Persetujuan dengan Defendan Pertama, yang menyelesaikan secara penuh, muktamad dan menyeluruh segala tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama. Penghakiman Persetujuan tersebut menegaskan bahawa tiada lagi apa-apa liabiliti, tuntutan, atau relif yang kekal terhadap Defendan Pertama dalam tindakan ini. 5) Penghakiman Persetujuan tersebut merupakan perkembangan fakta yang material, relevan, dan substantif, kerana ia secara langsung melupuskan punca tindakan yang sama yang sebelum ini di gantungkan terhadap kedua - dua Defendan. Tambahan pula, Pernyataan Tuntutan Plaintif-konspirasi . Sekiranya salah satu pihak kononnya berkonspirasi telah di lepaskan sepenuhnya melalui suatu Penghakiman Persetujuan, tuduhan konspirasi tersebut tidak lagi boleh di kekalkan dari segi undang-undang. 6) Adalah bertentangan dengan undang-undang bagi Plaintif-Plaintif untuk menyelesaikan sepenuhnya dengan salah satu pengkomplot (conspirator), namun mengekalkan tuntutan terhadap pihak yang lain seolah - olah wujud konspirasi unilateral, yang merupakan suatu yang bercanggah. Ini mewujudkan ketidakselarasan undang-undang yang ketara dan ketidakadilan yang jelas, kerana premis konspirasi memerlukan tindakan bersama bukan satu pihak sahaja. 7) Di sisi undang-undang, prinsip berkaitan joint tortfeasors seperti yang di nyatakan di dalam kes Duck v Mayeu [1892] 2 QB 511 adalah terpakai. Sekiranya Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua merupakan tortfeasor bersama atas punca tindakan yang sama, pelepasan dan penyelesaian penuh terhadap salah satu tortfeasor bersama tersebut membawa kesan undang-undang bahawa liabiliti terhadap tortfeasor bersama yang lain turut di lupuskan. Ini kerana liabiliti mereka adalah bersifat bersama dan tidak boleh di pecahkan. Plaintif-Plaintif tidak boleh, setelah memilih untuk melepaskan salah seorang tortfeasor bersama melalui Penghakiman Persetujuan, mengekalkan tindakan terhadap tortfeasor bersama yang lain berdasarkan punca tindakan yang sama. 8) Tindakan Plaintif-Plaintif meneruskan tuntutan terhadap Defendan Kedua setelah melupuskan punca tindakan yang sama melalui Penghakiman Persetujuan adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang yang mantap, termasuk res judicata, isu estoppel, serta merupakan suatu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of process). Plaintif-Plaintif tidak boleh, setelah mengesahkan dan menerima penyelesaian penuh dan melepaskan salah satu pihak yang di katakan berkonspirasi tetapi menuntut relief yang sama terhadap pihak lain sebagai sandaran (backup) sekiranya penyelesaian mereka dengan Defendan Pertama gagal. Pendekatan ini adalah tidak adil, manipulatif, dan tidak di sokong oleh undang-undang. 9) Penyelesaian Plaintif-Plaintif dengan Defendan Pertama menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif telah memilih untuk menerima manfaat daripada penyelesaian tersebut serta mengiktiraf bahawa pertikaian substantif telah di lupuskan. Setelah Plaintif-Plaintif sendiri memilih untuk menamatkan dan menggugurkan punca tindakan secara keseluruhan terhadap Defendan Pertama, asas untuk mengekalkan tuntutan yang sama terhadap Defendan Kedua turut hilang dan tidak lagi wujud secara undang-undang. 10) Berdasarkan keadaan tersebut, Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif kini gagal mendedahkan sebarang punca tindakan yang wajar, munasabah, atau berasaskan undang-undang terhadap Defendan Kedua. Kedudukan Plaintif-Plaintif, melepaskan salah satu pihak kononnya berkonspirasi tetapi mengekalkan tindakan terhadap pihak yang lain, memecahkan dan menggugurkan keseluruhan struktur dakwaan konspirasi dalam tuntutan mereka. Punca tindakan yang sama telah di lupuskan oleh Plaintif-Plaintif sendiri melalui suatu penghakiman yang muktamad. 11) Meneruskan prosiding ini hanya terhadap Defendan Kedua dalam keadaan punca tindakan telah di lupuskan dan / atau berasakan pada konspirasi adalah suatu tindakan yang opresif, berniat jahat (malicious), tidak berasas, dan penyalahgunaan proses Mahkamah. Ia jelas menunjukkan Plaintif-Plaintif cuba mengekalkan Defendan Kedua Defendan Pertama tidak berhasil adalah suatu tindakan yang tidak adil, tidak munasabah, dan tidak boleh di benarkan. 16) Tindakan Plaintif-Plaintif ini merupakan cubaan mendapatkan manfaat Plaintif-Plaintif tidak boleh menikmati penyelesaian penuh terhadap Defendan Pertama sambil mengekalkan tuntutan yang sama terhadap Defendan Kedua. 19) Oleh itu, tindakan ini patut dan wajar di batalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (1) (a) dan / atau (b) dan / atau (c) dan / atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 kerana : a) ia tidak mendedahkan punca tindakan yang munasabah terhadap Defendan Kedua memandangkan punca tindakan telah di lupuskan melalui Penghakiman Persetujuan; b) ia bersifat menaikkan prejudis dan menyusahkan Defendan Kedua, dalam keadaan tiada lagi isu substantif yang wujud; c) ia adalah bersifat vexatious dan opresif, kerana Plaintif-Plaintif cuba mengekalkan tuntutan yang pada hakikatnya telah terhapus; dan d) ia merupakan penyalahgunaan proses mahkamah yang nyata, kerana tindakan ini tidak lagi memenuhi apa-apa tujuan perundangan yang sah selain menekan Defendan Kedua secara tidak wajar. The law on striking out