Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12BNCvC-27-09 / 2023
NA-12BNCvC-27-09/2023
High Court of Malaysia15 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“memorandum of appeal as a blatant disregard of the rules. The application was therefore dismissed with costs. [22] Selanjutnya, merujuk kepada kes Lim Swee Keong v. Zetra Property Management Sdn Bhd [2017] CLJU 1192 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- [13] In my view, Order 55 rule 4”
“erhadap peruntukan mandatori di bawah Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah mengatasi merit rayuan. [32] Merujuk kepada kes Kejenpran Subramaniam v. Majlis Daerah Kuala Selangor & Ors [2021] CLJU 2339 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- [18] This Court has taken into c”
“tters where disputed questions of fact are involved, it is for the parties and not their solicitors to affirm affidavits relating thereto: (See Million Group Credit Sdn. Bhd. v. Lee Shoo Khoon & Ors. [1985] CLJ 575 (Rep) [12] Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa peguamcara Perayu-Perayu tidak harus mengikrarkan Afida”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12BNCvC-27-09 / 2023
1
GAN CHAI XIANG
2
YAP YUET YING (NO. K/P: 650701-06-5208) …PERAYU-PERAYU DAN CHONG CHING REALTY SDN BHD (NO. SYARIKAT: 197801003226 (40239-H)) …RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-B52NCVC-32-12/2021
1
GAN CHAI XIANG (NO. K/P: 950612-04-5517) 30/05/2024 13:41:58 NA-12BNCvC-27-09/2023 Kand. 66
2
YAP YUET YING (NO. K/P: 650701-06-5208) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN CHONG CHING REALTY SDN BHD (NO. SYARIKAT: 197801003226 (40239-H)) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 8.09.2023 di bawah Lampiran - 1 terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) bertarikh pada 28.08.2023 di mana Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) telah memutuskan untuk menolak tuntutan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) terhadap Responden (Defendan) dan telah membenarkan tuntutan balas Responden (Defendan) terhadap pihak Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) dengan kos mengikut skala. [2] Seterusnya, pada 12/01/2024, Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Notis Permohonan bagi mendapatkan kebenaran perintah lanjutan masa untuk memfailkan Memorandum Rayuan dan / atau Rekod Rayuan Tambahan di bawah Lampiran - 25. [3] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca dan meneliti afidavit-afidavit yang telah difailkan di dalam permohonan ini berserta ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 4 dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, maka pada 15.03.2024, Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) di bawah Lampiran – 25 dengan kos sebanyak RM1,000.00. Selanjutnya, Mahkamah juga telah memutuskan untuk menolak rayuan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) di bawah Lampiran - 1 dengan kos sebanyak RM1,000.00. Seterusnya, Mahkamah telah memerintahkan kos-kos ini mesti dibayar oleh Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) kepada pihak Responden (Defendan) tertakluk kepada bayaran fi alokatur. [4] Pihak Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh 15.03.2024 tersebut, telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 19.03.2024 (Lampiran - 41) untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan yang diberikan oleh Mahkamah ini yang telah menolak notis permohonan dan notis rayuan oleh Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) di bawah Lampiran -1 dan Lampiran - 25 tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 5 [5] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif dan Responden pula dirujuk sebagai Defendan. Notis Permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 25 [6]
Lampiran
Lampiran - 25, Plaintif-Plaintif memohon untuk mendapatkan perintah-perintah seperti berikut:- (i) Bahawa satu perintah lanjutan masa dibenarkan bagi pihak Perayu-Perayu untuk memfailkan Memorandum Rayuan dan/atau Rekod Rayuan Tambahan yang merangkumi dokumen-dokumen tambahan yang berkaitan dengan rayuan ini; (ii) Bahawa kos Permohonan ini adalah kos dalam kausa; dan (iii) Perintah-perintah dan/atau relif-relif selanjutnya dan/atau lain-lain yang dianggap patut dan wajar oleh Mahkamah Yang Mulia ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 6 [7] Notis Permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 25 ini disokong oleh afidavit yang telah dikrarkan oleh peguamcara Plaintif-Plaintif iaitu Kong Kai Yan bertarikh pada 12.01.2024 di bawah Lampiran - 26. Analisis dan penemuan Mahkamah Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif dan Afidavit Balasan Plaintif-Plaintif adalah defektif [8] Di dalam kes ini, Notis Permohonan Plaintif-Plaintif yang memohon lanjutan masa untuk memfailkan Memorandum Rayuan dan Rekod Rayuan Tambahan adalah disokong oleh Afidavit Sokongan (Lampiran - 26) dan Afidavit Balasan (Lampiran - 32) yang telah diikrarkan oleh peguamcara Plaintif-Plaintif iaitu Kong Kai Yan. Mahkamah berpendapat bahawa notis permohonan ini tidak seharusnya disokong oleh afidavit-afidavit yang diikrarkan oleh peguamcara Plaintif-Plaintif memandangkan ianya mengandungi atau melibatkan pertikaian dalam fakta kes tersebut termasuk merit rayuan di mana afidavit-afidavit tersebut sepatutnya ataupun sewajarnya diikrarkan oleh Plaintif-Plaintif sendiri di dalam kes ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 7 [9] 5. Merujuk kepada Aturan 41 kaedah 5 Kaedah-Kaedah 2012 yang memperuntukkan seperti berikut:- Contents of affidavit (O. 41 r. 5) (1) Subject to Order 14, rules 2(2) and 4(2), to paragraph (2) of this rule and to any order made under Order 38, rule 3, an affidavit may contain only such facts as the deponent is able of his own knowledge to prove. (2) An affidavit sworn for the purpose of being used in interlocutory proceedings may contain statements of information of belief with the sources and grounds hereof. [10] Seterusnya, merujuk kepada kes Million Group Credit Sdn Bhd. v. Lee Shoo Khoon & Ors [1985] CLJ Rep 575 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- A second point which needs to be emphasized is that the practice of solicitors themselves filing contentious affidavits in pending applications should be discouraged. The parties are the litigants and it is they who should be giving evidence. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 8 [11] Selanjutnya, merujuk kepada kes Seng Huat Hang Sdn. Bhd. V. Chee Seng & Co. Sdn. Bhd. [1985] CLJ (Rep) 760 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- With respect, in matters where disputed questions of fact are involved, it is for the parties and not their solicitors to affirm affidavits relating thereto: (See Million Group Credit Sdn. Bhd. v. Lee Shoo Khoon & Ors. [1985] CLJ 575 (Rep) [12] Oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa peguamcara Perayu-Perayu tidak harus mengikrarkan Afidavit Sokongan dan Afidavit Balasan tersebut bagi pihak Perayu-Perayu memandangkan peguamcara Perayu-Perayu bukan pihak dalam rayuan ini dan peguamcara Perayu-Perayu tidak mempunyai pengetahuan peribadi berkenaan pertikaian fakta kes dan merit rayuan tersebut. [13] Justeru itu, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk mengetepikan dan menolak Afidavit Sokongan dan Afidavit Balasan tersebut yang hanya diikrarkan oleh peguamcara Perayu-Perayu, Kong Kai Yan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 9 [14] Oleh yang demikian, Notis Permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 25 ini adalah tanpa disokong oleh Afidavit Sokongan yang kompeten untuk menyokong Notis Permohonan tersebut, dan atas alasan ini sahaja Mahkamah memutuskan bahawa Notis Permohonan pada Lampiran 25 ini seharusnya ditolak dengan kos. Kelewatan Pemfailan Memorandum Rayuan [15] Seterusnya, merujuk kepada Aturan 55 kaedah 4(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan secara mandatori bahawa Memorandum Rayuan harus dimasukkan dalam Rekod Rayuan untuk difailkan dalam tempoh satu (1) bulan daripada tarikh pemfailan Notis Rayuan seperti berikut:- 4. Record of appeal (O. 55 r. 4) (1) In the case of an appeal from a decision after trial, the appellant shall within one month from the date of filing of notice of appeal prepare and file the requisite number of copies of the record of appeal in the High Court and the record shall contain copies of- (a) the relevant pleadings; (b) the notes of evidence, including witness statements, if available, recorded wholly or partly by mechanical means; (c) the grounds of judgment, if available; ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 10 (d) the memorandum of appeal (e) the decision, order or judgment; (f) a duplicate copy of the notice of appeal; (g) a duplicate copy of the notice of cross appeal, if any; (h) all such documentary exhibits and other documents the parties shall consider relevant for the purposes of the appeal: Provided that the record of appeal shall be filed notwithstanding that the notes of evidence and/or grounds of judgment are not ready or that the sealed decision, order or judgment has not been extracted. [16] Oleh itu, adalah jelas berdasarkan kepada peruntukan mandatori yang tersebut di atas, Plaintif-Plaintif seharusnya memfailkan Memorandum Rayuan pada atau sebelum 08.10.2023, iaitu satu bulan daripada 08.09.2023 iaitu tarikh Notis Rayuan itu difailkan. [17] Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk mematuhi peruntukan mandatori yang terdapat di bawah Aturan 55 Kaedah 4(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tersebut di mana Perayu-Perayu telah memfailkan Rekod Rayuan (Lampiran - 5 hingga Lampiran - 9) tanpa Memorandum Rayuan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 11 [18] Begitu juga, Perayu-Perayu hanya pada 11.01.2024 memfailkan Memorandum Rayuan di luar masa melalui Rekod Rayuan Tambahan (Lampiran - 24). Plaintif-Plaintif kemudiannya pada 12.01.2024, telah memfailkan Notis Permohonan di bawah Lampiran - 25 ini untuk mendapatkan lanjutan masa bagi pemfailan Memorandum Rayuan dan / atau Rekod Rayuan Tambahan. [19] Mahkamah mendapati bahawa pemfailan Memorandum Rayuan dan Notis Permohonan di bawah Lampiran - 25 tersebut telah lewat selama lebih kurang tiga (3) bulan daripada tarikh satu (1) bulan setelah pemfailan Notis Rayuan bertarikh 08.09.2023 tersebut (Lampiran - 1). Dalam lain perkataan, kelewatan ini telah melanggari peruntukan mandatori Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan ianya tidak boleh dimaafkan dan tidak boleh diperbaiki/dibetulkan walau dengan apa cara sekalipun. [20] Di dalam kes Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v Datuk Captain Hamzah Mohd Noor & ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 12 Another Appeal [2009] 4 CLJ 329, di mana Mahkamah Persekutuan di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- [46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O. 1A RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. It must not supersede a mandatory requirement of the Rules. O. 1A RHC cannot be invoked when a party intentionally disregards in complying with the Rules. Otherwise, parties would be encouraged to ignore the Rules. Thus in this case, O. 1A RHC does not apply as the respondents had intentionally disregarded O. 6 r. 7(2A) RHC for their own reasons. [21] Seterusnya, merujuk kepada kes Mydepot Sdn Bhd v Clarity Excel Sdn Bhd [2019] 10 CLJ 846 yang in pari materia dengan kes ini di mana Perayu dalam kes tersebut telah memfailkan permohonan lanjutan masa untuk pemfailan Memorandum Rayuan atas alasan kelewatan alasan penghakiman dan Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah menolak permohonan Perayu tersebut dan memutuskan bahawa:- ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 13 [10] Order 55 r. 4(1)(d) RC 2012 clearly provides that the memorandum of appeal has to be included in the record and it is also provided that the same can be amended once the grounds of judgment is available. [13] In Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail (supra) Zaki Azmi CJ at p. 345 (CLJ); p. 163 (MLJ) had this to say with regard to O. 1A: A general provision such as O 1A of the RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. It must not supersede a mandatory requirement of the Rules. Order 1A cannot be invoked when a party intentionally disregards in complying with the Rules. Otherwise, parties would be encouraged to ignore the Rules [15] The Court of Appeal dealt with a defective memorandum of appeal whereas before me is the absence of same. I consider the failure to incorporate the memorandum of appeal as a blatant disregard of the rules. The application was therefore dismissed with costs. [22] Selanjutnya, merujuk kepada kes Lim Swee Keong v. Zetra Property Management Sdn Bhd [2017] CLJU 1192 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- [13] In my view, Order 55 rule 4 of ROC 2012 is mandatory and failure to strictly comply with the requirements of Order 55 rule 4 constitutes a fundamental breach of the Court's rules. The Plaintiff's argument that this ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 14 Court should have regard to justice by referring to Order 1A and Order 2 does not make the application valid what more to be cured. It had been decided by the Federal Court in the case of DYMM Tunku Ibrahim ibni Sultan Iskandar Al-Haj v. Datuk Captain Hamzah b Mohd Noor (and Another Appeal) [2009] 4 CLJ 329; [2009] 5 AMR 298 by Tun Zaki Tun Azmi CJ that if Order 1A is to be used simply for the reason that a party fails to comply with any of the provisions of the ROC 2012, then "the whole of the Rules of the High Court 1980 would be rendered useless." [23] Oleh itu, berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas, Mahkamah mendapati bahawa adalah merupakan prinsip undang-undang yang mantap bahawa:- (a) Aturan 1A atau Aturan 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak boleh digunakan untuk ‘cure’ ketidakpatuhan Plaintif-Plaintif terhadap peruntukan mandatori Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang bukan satu kesilapan prosedur secara teknikal semata-mata. (b) Kegagalan Plaintif-Plaintif untuk mematuhi peruntukan mandatori tersebut telah menjadikan rayuan Plaintif-Plaintif tersebut defektif, tidak kompeten dan tidak ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 15 sempurna (‘proper’) dan wajar ditolak dengan kos ‘as of right’ mengikut undang-undang mantap. (c) Alasan yang kukuh harus dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk membolehkan Mahkamah ini menggunakan kuasa budi bicara untuk lanjutan masa pemfailan Memorandum Rayuan. Alasan-Alasan Plaintif-Plaintif dalam permohonan Lampiran - 25 ini [24] Merujuk kepada Afidavit Sokongan di bawah Lampiran - 26, Mahkamah mendapati antara alasan-alasan permohonan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif adalah bahawa:- (a) Plaintif-Plaintif hanya mendapat Alasan Penghakiman daripada Mahkamah Sesyen Seremban pada 05.01.2024 (Perenggan 1 Afidavit Sokongan tersebut); (b) Terdapat merit dalam rayuan tersebut (Perenggan 13 Afidavit Sokongan tersebut). ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 16 Kelewatan penerimaan Alasan Penghakiman bukan alasan bermerit [25] Mahkamah berpendapat bahawa kelewatan penerimaan Alasan Penghakiman oleh Plaintif-Plaintif daripada Mahkamah Sesyen bukanlah merupakan satu alasan yang bermerit yang harus dipertimbangkan di dalam permohonan untuk kebenaran bagi lanjutan masa untuk pemfailan Memorandum Rayuan tersebut. [26] Plaintif-Plaintif seharusnya mematuhi peruntukan mandatori yang terdapat atau yang terkandung di bawah Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tersebut untuk memfailkan Memorandum Rayuan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. [27] Memorandum Rayuan harus dimasukkan dalam Rekod Rayuan untuk difailkan dalam tempoh masa satu (1) bulan daripada tarikh pemfailan Notis Rayuan dan Perayu-Perayu boleh meminda Memorandum Rayuan selepas atau sebaik sahaja menerima Alasan Penghakiman daripada Mahkamah Sesyen tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 17 [28] Selepas memperolehi Alasan Penghakiman tersebut, Plaintif-Plaintif masih berpeluang untuk memfailkan Memorandum Rayuan Terpinda dalam Rekod Rayuan Tambahan sebagaimana menurut Aturan 55 Kaedah 4(3) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012:- (3) The memorandum of appeal shall be substantially in Form 112 and shall set forth concisely and under distinct heads, without argument or narrative, the grounds of objection to the decision appealed against, and specifying the points of law or fact which are alleged to have been wrongly decided; such grounds to be numbered consecutively. Notwithstanding rule 8 of this Order, where a supplementary record of appeal is to be filed pursuant to rule 4(2) above, the appellant may if necessary, also include in the supplementary record of appeal an amended memorandum of appeal, without leave of the High Court. [29] Oleh itu, adalah jelas di sini bahawa Plaintif-Plaintif tidak boleh bergantung kepada kelewatan penerimaan Alasan Penghakiman sebagai satu alasan untuk menyokong permohonan Plaintif-Plaintif untuk lanjutan masa pemfailan Memorandum Rayuan tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 18 Merit Rayuan bukan alasan untuk lanjutan masa untuk pemfailan Memorandum Rayuan [30] Selanjutnya, Mahkamah juga berpendapat bahawa merit rayuan bukan alasan yang kukuh bagi Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan lanjutan masa untuk memfailkan Memorandum Rayuan oleh kerana Plaintif-Plaintif sendiri telah mengingkari peruntukan mandatori Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [31] Dalam erti kata yang lain, ketidakpatuhan oleh Plaintif-Plaintif sendiri terhadap peruntukan mandatori di bawah Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah mengatasi merit rayuan. [32] Merujuk kepada kes Kejenpran Subramaniam v. Majlis Daerah Kuala Selangor & Ors [2021] CLJU 2339 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- [18] This Court has taken into consideration the precedent of Gan Hay Chong v. Siow Kian Yuh & Anor [1975] 1 LNS 42; [1975] 2 MLJ 129 in which the Federal Court in dealing also with an extension of time, but for the filing of a Memorandum of Appeal agreed with the findings of the High Court that: ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 19 (a) To say that the appellant had a good appeal on merits was not a sufficient ground by itself without some other circumstances of a kind which the court could accept as a reasonable excuse for not filing and serving the memorandum within the prescribed period. (b)The mistake of the appellant's solicitors in the circumstances of this case, did not constitute a sufficient ground for granting the extension of time. [22] The cases referred to by this Court especially Gan Hay Chong and Yeoh Yoo Taik have clearly spelled out that the mistake of a counsel is not an acceptable explanation and justification for the Court to exercise the discretion to extend the filing period of the Record of Appeal. It is clearly established that the element of mistake would override the consideration of merits of the appeal itself. [33] Berdasarkan otoriti di atas, Mahkamah mendapati bahawa kesilapan Plaintif-Plaintif dalam gagal memfailkan Memorandum Rayuan di dalam rayuan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam peruntukan mandatori Aturan 55 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 itu telah mengatasi merit rayuan Plaintif-Plaintif. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 20 [34] Selain itu, Mahkamah juga berpendapat bahawa rayuan Plaintif-Plaintif ini adalah tidak bermerit oleh kerana Mahkamah Sesyen telah memutuskan kes tersebut setelah mengambil kira keterangan-keterangan dari saksi-saksi dan bukti-bukti yang telah dikemukakan dalam perbicaraan penuh. Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan fakta dan undang-undang yang betul dan tepat. Notis Rayuan tersebut tidak selaras dengan Penghakiman Mahkamah Sesyen bertarikh 28.08.2023 [35] Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati bahawa Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 1 tersebut tidak merujuk ataupun tidak menunjukkan kepada kandungan sebenar Penghakiman bermeterai yang telah diberikan oleh Mahkamah Sesyen yang bertarikh pada 28.08.2023 tersebut. [36] Jika dirujuk kepada kandungan Notis Rayuan Plaintif-Plaintif tersebut antara lain ia menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif merayu kepada Mahkamah Tinggi di Seremban terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Datin Surita Binti Budin pada ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 21 28.8.2023 yang memerintahkan bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif di perenggan 18 (a), (b), (c), (d), (e), (f) dan (h) Pernyataan Tuntutan (Lampiran 2) ditolak dan tuntutan balas Defendan sebagaimana di perenggan 25(a) dan (b) Pembelaan dan Tuntutan Balas (Lampiran 5) dibenarkan dengan kos mengikut skala. [37] Mahkamah mendapati bahawa kandungan Notis Rayuan tersebut adalah tidak selaras ataupun tidak sama dengan kandungan Penghakiman meterai Mahkamah Sesyen bertarikh 28.08.2023 sebagaimana terdapat di dalam Rekod Rayuan Jilid 1 - Bahagian A Mukasurat (Lampiran - 5) pada Mukasurat 6 dan 7 yang jelas menyatakan seperti berikut:- Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di Perenggan 18(a), (b), (c), (d), (e), (f) dan (h) Pernyataan Tuntutan bertarikh 01.12.2021 ditolak dengan kos RM10,000.00 dan Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif di Perenggan 25 (a) dan (b) Tuntutan Balas bertarikh 04.01.2022 dibenarkan dengan kos RM9,000.00. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 22 [38] Merujuk kepada Aturan 55 kaedah 3 Kaedah-Kaedah 2012, ianya jelas memperuntukkan bahawa:- (2) Any appellant may appeal from the whole or part of a judgment or order and the notice of appeal shall state whether the whole or part only, and what part, of the judgment or order is complained of [39] Seterusnya, merujuk kepada kes Abdul Jalil Abdul Muthalib v City One Sdn Bhd & Anor [2002] 1 CLJ 743 di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa:- In my judgment, encl. 56 was a notice of appeal to the judge in chambers which was defective in respect of its contents. In Viemar (M) Sdn Bhd & Satu Lagi lwn. DCB Finance Bhd (dahulunya dikenali sebagai D & C Finance Bhd) [1998] 5 MLJ 608, the court had to consider the validity of the notice of appeal. There the notice of appeal did not mention the particulars of the decision appealed against or whether the appeal was against the entire decision or only against a portion of it and the court held that the notice of appeal as framed was defective and the appeal was dismissed forthwith. Here, the notice of appeal in encl. 56 was so defective that it stated matters which were contrary to what was ordered. Incidentally, there was no application to cure the defect and that being the case the notice of appeal in encl. 56 was the only notice of appeal, of the day, for me to consider. In my judgment, there was no proper appeal in ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 23 encl. 56 for me to hear and adjudicate and the plaintiff's appeal ought to be dismissed forthwith. [40] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 1 tersebut adalah defektif, tidak kompeten, tidak sempurna dan seharusnya atau pun sewajarnya ditolak oleh Mahkamah ini. Kesimpulan Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 25 dengan kos sebanyak RM1,000.00. Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan untuk menolak Notis Rayuan Plaintif-Plaintif di bawah Lampiran - 1 dengan kos sebanyak RM1,000.00. Seterusnya, Mahkamah telah memerintahkan kos-kos ini mesti dibayar / dijelaskan oleh Plaintif-Plaintif kepada pihak Defendan tertakluk kepada bayaran fi alokatur. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 24 Disediakan oleh: t.t Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 30 haribulan Mei 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-27-09/2023 25 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN VILASINY GAN & CO No. 20-1, Jalan PJS 5/28 Pusat Perdagangan PJ Selatan 46150 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. PEGUAMCARA RESPONDEN / DEFENDAN: TETUAN A.B. NG & ASSOCIATES No. 10 & 12, Jalan Melaka Raya 28 Taman Melaka Raya 75200 Melaka.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.