Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-12B-11-08/2022
BL-12B-11-08/2022
High Court of Malaysia31 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN NO.: BL-12B-11-08/2022
2
PERAYU PERTAMA GANEISH A/L SRITHARAN PERAYU KEDUA DAN ANG SIEW GUAT RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KLANG)
2
PLAINTIF PERTAMA GANEISH A/L SRITHARAN PLAINTIF KEDUA DAN ANG SIEW GUAT DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Ini adalah rayuan oleh Perayu-perayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) yang diberikan pada 15 Ogos 2022 atas liabiliti dan award atas kuantum bagi kehilangan keupayaan bekerja. A. LATAR BELAKANG [1] Rayuan Perayu-perayu adalah kerana dari segi liability HMS telah menolak keseluruhan tuntutan Perayu-perayu dan dari segi kuantum HMS tidak membenarkan tuntutan Perayu 2 atas kehilangan keupayaan bekerja. [2] Ketika perbicaraan penuh Perayu-perayu telah mengemukakan seramai 6 orang saksi manakala Responden pula mengemukakan 3 orang saksi. I. VERSI PERAYU-PERAYU/PLAINTIF 1 DAN 2 [3] Pada 14.1.2018, jam lebih kurang 12.07 pagi, Perayu 1 menunggang motosikal No. WKY 853 yang dibonceng oleh Perayu 2 dari arah Jalan Sungai Undang menuju kearah Kudrat melalui Jalan Sungai Bertik. Apabila Perayu-perayu sampai di lampu isyarat Jalan Sungai Bertek/ Jalan Yadi, Perayu-perayu telah jalan terus kerana lampu isyarat hijau. Tiba-tiba motokar BHS 4920 (motokar Responden/ Defendan) yang datang dari arah bertentangan telah membelok ke kanan di tempat larang belok untuk masuk ke simpang yang tidak boleh dimasuki (“No Entry”) dan berlanggar dengan Perayu-perayu [3] Perayu 1 tidak dapat mengelak motokar Responden kerana jarak terlalu dekat, Perayu 1 telah melanggar di bahagian kiri sebelah belakang motokar Responden. Responden tidak berhenti di tempat kemalangan, Akibat dari kemalangan itu, Perayu-perayu telah jatuh diatas jalan raya dan telah dihantar ke HTAR untuk mendapatkan rawatan. II. VERSI RESPONDEN/DEFENDAN [4] Responden menafikan dakwaan Perayu-perayu. Terdapat kekeliruan akan identity pihak-pihak yang terlibat dengan kemalangan ini. Ini adalah kerana dapatan HMS, dalam pengetahuan SP1 (Sjn Muhammad Hakimi - Pegawai Penyiasat) bahawa Defendan secara konsisten dari tarikh kemalangan menyatakan mangsa adalah seorang melayu. SP1 ke hospital dan mendapati mangsa kemalangan dua (2) orang India. Tiada siasatan lanjut dilakukan oleh SP1 atas kecelaruan identity mangsa kemalangan ini. SP2 (Khairil Abzanizam – Pegawai Ambulan HTAR) merujuk kepada buku log. Namun begitu buku buku log itu tidak menyatakan nama Responden ataupun nombor kenderaan Responden. SP1 pula mengesahkan kemalangan yang melibatkan kereta Responden berlaku pada pukul 12.07 pagi manakala panggilan kecemasan kemalangan melibatkan Perayu-perayu adalah pada pukul 12.04 pagi. Responden didalam keterangannya secara konsisten menyatakan pada tarikh kemalangan itu, mangsa adalah seorang melayu. B. DAPATAN MAHKAMAH [5] Mahkamah atasan tidak akan mengganggu dapatan dan/atau penemuan fakta oleh Mahkamah Rendah selagi ianya tidak menyalahi peruntukan dan prosedur undang-undang. Namun jika Mahkamah Atasan mendapati terdapat kekhilafan dalam mencapai kepada keputusan atau dapatan fakta yang memerlukan campurtangan Mahkamah Atasan dan ianya wajar dilakukan bagi memastikan keadilan atas pihak-pihak maka ia semestinya dilakukan. I. LIABILITI [6] HMS didalam alasan penghakimannya telah menilai keterangan-keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan bagi menentukan samada berlaku kemalangan yang melibatkan Perayu-perayu dan Responden. HMS telah membuat dapatan bahawa didalam kes kemalangan jalanraya, beban adalah diatas Perayu-perayu untuk membuktikan kemalangan yang menimpa mereka adalah akibat kecuaian Responden. [7] Didalam kes di Mahkamah Sesyen Klang ini, Responden mempertikaikan dia terlibat dengan kemalangan yang membabitkan Perayu-perayu. Ini dinyatakan didalan laporan polis Responden iaitu di Lampiran 4 mukasurat 111 yang dibuat pada 14.1.2018. Perayu 1 hanya membuat laporan polis pada 29.12.2018 iaitu 12 bulan selepas kemalangan (Lampiran 4 mukasurat 110). HMS mendapati tiada penjelasan munasabah yang diberikan oleh Perayu 1 akan kelewatan membuat laporan polis dan tiada laporan polis dibuat oleh Perayu 2. [8] HMS juga menilai dan mempertimbangkan keterangan oleh SP1 (Pegawai Penyiasat) dimana selepas menerima laporan dari Responden, SP1 telah pergi ke tempat kemalangan pada jam 2.30 pagi bersama Responden untuk mengecam tempat kemalangan.
Preamble
Menurut SP1, Responden tidak memberikan nombor pendaftaran motosikal yang terbabit dengan kemalangan tersebut. Menurut SP1, tiada kenderaan dan tiada serpihan kaca ataupun kesan kemalangan yang ditemui di tempat yang ditunjukkan oleh Responden. SP1 tidak mengambil gambar di tempat kejadian. [9] SP1 kemudian ke HTAR pada pukul 10 pagi hari yang sama untuk menyemak dengan pejabat rekod hospital tentang penama yang terlibat dengan kemalangan dan dia menemui Perayu-perayu dibilik pemerhatian hospital dan mengarahkan Perayu-perayu membuat laporan polis. Menurut SP1, Perayu-perayu tidak dapat mengecam kenderaan yang melanggar mereka. [10] SP1 telah menutup kes tanpa mengenal pasti mangsa dan mengeluarkan saman terhadap Responden. Selain dari bergantung kepada laporan polis yang dibuat oleh Responden; Perayu-perayu juga bergantung kepada keterangan SP2 (Pembantu Perubatan).
Preamble
Menurut SP2, rekod ambulans menunjukkan bahawa pihak hospital ada menerima panggilan kecemasan dan Perayu-perayu telah dibawa menaiki ambulans pada 14.1.2018 akibat kemalangan di tempat tersebut pada lingkungan masa yang sama dengan laporan polis Responden. Walaubagaimanapun, Perayu 1 didalam keterangannya menyatakan dia tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kenderaan yang melanggarnya dan nombor kenderaan yang telah melanggarnya dimaklumkan oleh seorang individu bernama Loganathan yang pada waktu kejadian dikatakan berada di hadapan motosikal Perayu-perayu dan telah melepasi simpang dimana kemalangan berlaku. Walaubagaimanapun Logantahan tidak membuat laporan polis untuk menyokong fakta ini dan dia tidak dipanggil sebagai saksi. SP1 juga tidak mengambil keterangan Loganathan. [11] Persoalan yang ditimbulkan oleh Perayu-perayu adalah Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah khilaf dari segi undang-undang dan/atau fakta apabila gagal mengambilkira versi kemalangan seperti yang diplidkan oleh Perayu-perayu. [12] Mahkamah telah meneliti alasan penghakiman oleh HMS dan juga nota keterangan yang dilampirkan dan mendapati HMS mencapai kepada keputusannya berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Perayu-perayu sendiri yang bukan sahaja tidak menyokong keterangan Perayu-perayu bagaimana kemalangan itu berlaku tetapi lebih memihak kepada Responden. HMS mendapati kes Perayu-perayu yang mendakwa kemalangan yang menimpa mereka adalah disebabkan oleh kecuaian Responden lebih bersandarkan keterangan ikut keadaan (‘circumstantial evidence’). Keterangan ikut keadaan yang dikemukakan oleh Perayu-perayu adalah laporan ambulan yang menyatakan bahawa Perayu-perayu dibawa ke hospital pada jam 12.04 pagi manakala laporan polis Responden menyatakan kemalangan berlaku pada 12.07 pagi. HMS juga didalam dapatannya menyatakan kegagalan Perayu-perayu membuat laporan polis pada hari kejadian walaupun dia tahu nombor kenderaan yang melanggar mereka menimbulkan keraguan lebih-lebih lagi laporan polis dibuat oleh Perayu 1, 12 bulan kemudian manakala Perayu 2 tidak membuat sebarang laporan polis. [13] Perayu-perayu boleh bergantung kepada keterangan keadaan sekiranya tiada keterangan langsung namun keterangan keadaan tersebut mesti menunjukkan ke satu arah iaitu kemalangan yang berlaku dan menimpa Perayu-perayu adalah akibat kecuaian Responden. Namun begitu daripada keterangan SP1 sebagai pegawai penyiasat yang melawat lokasi yang dikatakan kemalangan berlaku, tiada kesan-kesan kemalangan di situ. HMS juga membuat dapatan bahawa keterangan Responden adalah konsisten sepanjang perbicaraan dimana mangsa yang dikatakan terlibat dalam kemalangan dengan Responden adalah seorang lelaki melayu dan keterangan ini konsisten dengan butiran rakaman percakapannya yang disahkan oleh SP1. [14] Selain itu, HMS mendapati walaupun SP1 sedar ada 2 versi berbeza diantara Perayu-perayu dan Responden, dia tidak melakukan siasatan lanjut sebaliknya menutup kes dan mengeluarkan saman atas Responden. Kewujudan saksi mata iaitu Loganathan yang mendakwa kenderaan yang terlibat dengan motosikal Perayu-perayu adalah Responden tidak membuat laporan polis dan tidak hadir sebagai saksi. [15] HMS didalam dapatannya telah melihat dengan teliti keterangan-keterangan yang dikemukakan dihadapannya oleh saksi-saksi dan beliau mendapati Perayu-perayu gagal membuktikan tuntutannya malahan gagal membuktikan bahawa kemalangan itu adalah diakibatkan oleh kecuaian Responden. Mahkamah yang menjalankan bidang kuasa rayuan, tidak akan mengacau ganggu dapatan Hakim Bicara sekiranya dapatannya bersandarkan kepada keterangan yang jelas dan mengikut undang-undang, Mahkamah ini mendapati tidak ada kekhilafan di pihak HMS apabila memilih untuk lebih mempercayai versi kemalangan yang dibawa oleh Responden kerana tiada keterangan yang menyokong versi Perayu-perayu baik keterangan saksi-saksi dan dokumentar. Mahkamah Rayuan didalam Sivalingam Perisamy & Anor [1996] 4CLJ 545; [1995] 3 MLJ 395 memutuskan: “It is trite law that this court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But, we are under a duty to intervene in a case, where, as here the trial court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion”. [16] Perayu-perayu adalah terikat dengan pliding. Ini adalah rukun asas pliding (Rujuk Anjalai Ammal & Anor v Abdul Kareem [1968]1 LNS 8) Jika mana-mana bahagian didalam penyata tuntutan gagal dibuktikan maka kes Perayu-perayu akan runtuh secara keseluruhannya. [17] Mahkamah ini mendapati tiada kekhilkalan didalam dapatan HMS bagi isu liability untuk Mahkamah ini semak, maka dapatan HMS dalam isu liability tidak seharusnya diganggu. II. KUANTUM [18] Dalam menentukan apakah jumlah gantirugi yang seharusnya diawadkan kepada Perayu 2 atas tuntutan kehilangan keupayaan mencari perkerjaan; HMS telah melihat kepada keterangan Perayu 2 yang mengatakan dia telah bekerja secara sambilan bagi menampung perbelanjaannya. Dia bekerja di Kilang Gardenia namun terpaksan berhenti kerana kercederaan yang dialaminya. [19] Dalam menjustifikasikan tuntutan mereka, Perayu-perayu telah merujuk kepada beberapa otoriti iaitu Mohamad Asri bin Mansor v Wan Nor Azman b Wan Salleh [2021] 1 PIR [37] dimana Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif untuk gantirugi kehilangan keupayaan bekerja walaupun Plaintif tidak bekerja. Responden pula menghujjahkan Perayu 2 tidak layak untuk menuntut kehilangan keupayaan untuk bekerja kerana Perayu 2 gagal membuktikan dia mempunyai sumber pendapatan sebelum kemalangan kerana Seksyen 28A(2)(c) (i) Akta Undang-undang Sivil 1956 menghalang seseorang yang cedera daripada menuntut gantirugi untuk kehilangan pendapatan atau kehilangan keupayaan mencari pekerjaan kecuali jika sebelum kemalangan dia mempunyai pendapatan. [20] HMS apabila beliau menolak tuntutan Perayu 2 untuk kehilangan keupayaan bekerja kerana Seksyen 28A Akta Undang-undang Sivil 1956 adalah terpakai atas Perayu 2. Perayu 2 gagal membuktikan bahawa sebelum kemalangan dia mempunyai pendapatan dan pekerjaan dan akibat dari kemalangan, dia hilang pekerjaan dan tidak berupaya untuk menjana pendapatan. HMS didalam dapatannya menyatakan didalam notis penamatan (ekshbit P14) yang dikelurakan pada 9.12.2020 menunjukkan Perayu 2 gagal hadir tanpa kebenaran dan ini bercanggah dengan keterangan Perayu 2 bahawa dia ingin berhenti kerja (ekshibit P13). Wakil majikan (SP6) mengesahkan bahawa dia tidak menerima surat peletakan jawatan Perayu 2. Perayu 2 didalam keterangannya menyatakan dia menyerahkan surat tersebut pada pukul 12 malam iaitu pastinya di luar waktu pejabat. [21] Sekali lagi, Mahkamah tidak dapat melihat dimanakah kekhilafan HMS yang telah memutuskan untuk menolak tuntutan Perayu 2 untuk kehilangan keupayaan pekerjaan kerana ianya diputuskan berasaskan dokumen-dokumen yang dikemukakan di Mahkamah dan keterangan saksi-saksi Perayu sendiri. Oleh itu, dapatan HMS untuk kuantum gantirugi ini tidak sewajarnya diganggu. [22] Oleh itu, berdasarkan alasan-alasan diatas, Mahkamah memutuskan untuk menolak rayuan Perayu-perayu dengan kos sebanyak RM 5000.00 dan keputusan HMS dikekalkan. Bertarikh 31 Januari 2024 t.t. (NORLIZA BINTI OTHMAN) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MAHKAMAH TINGGI MALAYA KLANG PEGUAMCARA PERAYU : Tetuan Gurdip, Sarjit & Co No.20, 1st Floor, Jalan Dato Hamzah, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan. PEGUAMCARA RESPONDEN : Othman Hashim & Co. 6th Floor, Wisma Kah Motor, No. 566, Batu 3 1/2, Jalan Ipoh 51200 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.