Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BL-45A-13-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
BL-45A-13-06/2023
High Court of Malaysia17 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“r the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible - even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they we”
“is case, are relevant for an inference that he knew about the drugs seized by the police in the car and in the house not far from the car. The appellant’s conduct is admissible under section 8 of the Evidence Act 1950 and the appellant need to explain his conduct as required under section 9 of the same Act which the ap”
“akim Mahkamah Rayuan (ketika itu) menyatakan: “In the case of Mahboob Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118 the Law Lords in the Privy Council had this to say when dealing with an appeal where s. 34 of the Penal Code was invoked, in aid by the prosecution: “...To invoke the aid of s. 34 successfully, it must be shown that th”
“sebut. Kedudukan barang kes adalah dekat dengan OKT-OKT; ini menunjukkan OKT-OKT mempunyai “exclusive possession” atas barang-barang kes. Untuk ini Mahkamah merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v Regina [1956] MLJ 28: - “The dictionary definition brings in the idea of exclusiveness. It is often said that “possession must”
“HCJ was of the view that it is well-settled that the prosecution has a discretion whether or not to call a particular witness. This principle is well explained in Khoon Chye Hin v. Public Prosecutor [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105, 109. Further, the need to call such witnesses would depend on the facts”
“ell-settled that the prosecution has a discretion whether or not to call a particular witness. This principle is well explained in Khoon Chye Hin v. Public Prosecutor [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105, 109. Further, the need to call such witnesses would depend on the facts of each case. In Wong See Har v.”
“ye Hin v. Public Prosecutor [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105, 109. Further, the need to call such witnesses would depend on the facts of each case. In Wong See Har v. Public Prosecutor [1967] CLJU 211; [1967] 1 LNS 211; [1968] 1 MLJ 32 (HC), thus, the discretion to call a particular witness is entirely a”
“adalah walkie talkie dan OKT 1 tanpa memeriksa apakah walkie talkie yang sebenarnya ada dalam beg itu terus membawanya pergi selepas mengesahkan dengan Mathi. Di dalam kes Yan Lan Hua v Pendakwaraya [2019] LNS 489, Mahkamah Rayuan memutuskan: “[44] It is settled law that the success of the defence of innocent carrier d”
“eta tersebut tetapi berjaya ditahan oleh SP2. Tindakan OKT-OKT menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentang dadah yang ada dengannya. Mahkamah Rayuan iaitu Roichand bin Maasum v Public Prosecutor [2022] MLJU 99 dimana YA Datuk Nordin Hassan memutuskan: “[26] Now, with regards the appellant’s knowledge of the impugn”
“a sangat dekat dengan barang kes. Isu berkenaan dengan barang kes yang dijumpai di tempat terbuka ini diperjelaskan didalam keputusan Mahkamah Rayuan iaitu Santanasamy a/l Muthiah v Public Prosecutor [2023] MLJU 213 YA Dato’ Ahmad Nasfy Yasin memutuskan: “[30] (f) It is not disputed that the cannabis (subject matter of”
“tion is not obliged to tender such corroborative evidence. The testimony of a single witness if credible, is sufficient to establish any fact. Mahkamah Rayuan juga di dalam Jason Hew Kiong Chew v PP [2024] CLJU 3350 memutuskan: “ [33] In relation to the calling of witnesses, the learned HCJ was of the view that it is w”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO: BL-45A-13-06/2023 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
1.
2
TAMILMAARAN A/L JEEVANESA ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] OKT-OKT telah dituduh dengan satu (1) pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. “Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Januari 2023 jam lebih kurang 11.00 malam di tepi Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi 1, dalam daerah Klang di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methaphetamine seberat 684.6 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama, dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” [2] OKT-OKT tidak mengaku salah dan pihak pendakwaan telah memanggil seramai lima (5) orang saksi bagi membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT. B. FAKTA KES PENDAKWAAN [3] Pada 4.1.2023, SP2 (ASP Anizam bin Husin) telah mendapat maklumat risikan berkenaan aktiviti penjualan dadah di sekitar kawasan Jalan Batu Nilam, Klang Selangor. Maklumat itu menyatakan bahawa terdapat individu yang menjual dadah di sekitar kawasan tersebut. [4] Seterusnya, SP2 telah mengumpulkan pasukan serbuan seramai 16 orang untuk operasi ini. Pada 10.1.2023, jam lebih kurang 8.00 malam, SP2 telah memberi taklimat operasi kepada pasukan serbuan. Pada jam lebih kurang 9.00 malam, SP2 dan pasukan serbuan telah keluar membuat rondaan di sekitar kawasan Jalan Batu Nilam Klang. Apabila tiba di Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, Selangor; SP2 telah membuat pemerhatian selama 5 minit atas satu kereta jenis Proton Waja bewarna kelabu dengan nombor pendaftaran WHW 9251 (“selepas ini dirujuk sebagai kereta tersebut”) dalam keadaan mencurigakan berhenti di tepi jalan tersebut. [5] SP2 bersama pasukan serbuan telah menghampiri kereta tersebut dan mendapati ada (2) lelaki India di mana seorang duduk di bahagian penumpang (dicamkan oleh SP2 sebagai OKT 2) dan seorang lagi duduk di bahagian pemandu (dicamkan oleh SP2 sebagai OKT 1). SP2 telah memperkenalkan diri sebagai pegawai polis dan kedua-dua OKT cuba melarikan diri dan berlaku sedikit pergelutan namun kedua-dua mereka berjaya ditahan oleh SP2. [6] SP2 kemudian telah melakukan pemeriksaan di dalam kereta tersebut dengan disaksikan oleh OKT-OKT dan anggota serbuan dan SP2 menjumpai (1) beg kanvas bewarna biru bertulis “Go Green” (P10) di bahagian brek tangan kereta tersebut yang tidak dilindungi oleh apa-apa objek. Pemeriksaan di dalam beg kanvas itu didapati ada (1) bungkusan bewarna hijau bertulis “Da Guan Yin” (P9A) yang mengandungi (1) paket plastic lutsinar (P9B) yang mengandungi bahan-bahan disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kasar 997.60 gram. SP2 kemudian telah menahan kedua-dua OKT dan merampas barang kes. [7] SP2 kemudian membawa OKT-OKT dan barang kes ke balai dan beliau telah membuat timbangan barang kes serta penandaan. SP2 juga telah membuat laporan polis tangkapan (P6) dan menyediakan senarai geledah (P11) serta borang serah menyerah barang kes (P12). Barang-barang kes dan OKT-OKT kemudian diserahkan kepada SP5 (Insp Mohd Fuad bin Azis) pada 11.1.2023 jam lebih kurang 3.30 pagi. [8] SP5 telah menerima barang kes dan mengambil gambar (P5 (1 -12) dan setelah selesai, SP5 telah memasukkan barang kes dadah ke dalam kotak bertutup dan bermeterai PDRM dan ditandakan “FA” (P9). Kotak barang kes ini disimpan oleh SP5 di dalam biliknya yang mana hanya dia sahaja mempunyai akses. [9] Pada 13.1.2023 jam lebih kurang 11.39 pagi, SP5 telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia dan diterima oleh SP3 (Dr. Saravana Kumar a/l Jayaram - ahli kimia) dan SP3 telah mengeluarkan satu resit Jabatan Kimia (P18) dan diserahkan kepada SP5). Seterusnya pada 11.5.2023 pada jam 11.30 pagi, SP4 (Insp. Mohammad Khairul Adha) telah diminta oleh SP5 untuk mengambil barang kes dari Jabatan Kimia. SP3 telah menyerahkan barang kes kepada SP4 bersama-sama dengan laporan kimia (P19). Hasil analisa terhadap barang kes adalah dadah jenis Methamphetamine seberat 684.6 gram. C. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [10] Undang-undang adalah mantap dan jelas bahawa Mahkamah perlu memutuskan samada pihak pendakwaan berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT di akhir kes pendakwaan selaras dengan Seksyen 180 (1) Kanun Prosedur Jenayah di mana penilaian maksimum atas keterangan saksi-saksi pendakwaan perlu dibuat oleh Mahkamah. Prinsip ini seperti yang dijelaskan di dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dan kes Balachandran v PP [2005] 2 MLJ 301. D. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [11] Intipati yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan berkaitan pertuduhan dibawah s. 39B(1) (a) ADB 1952 adalah : a) Dadah jenis Methamphetamine merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta itu; b) OKT-OKT mempunyai pemilikan serta pengetahuan akan dadah tersebut; c) Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan didalam pertuduhan.
a
Dadah jenis Methamphetamine merupakan dadah berbahaya sepertimana yang disenaraikan dibawah Jadual Pertama Akta itu [12] Bagi membuktikan ini, pihak pendakwaan telah memanggil ahli kimia iaitu Dr Saravana Kumar (SP3) dari Seksyen Narkotik Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya. Beliau telah menganalisa barang-barang kes ini dan mengeluarkan laporan kimia (P19) dan mengesahkan bahan-bahan yang dirampas itu adalah Methamphetamine dengan berat bersih 684.6 gram [13] SP3 telah mengesahkan bahawa Methamphetamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya. Berdasarkan kepada kelulusan dan kepakaran SP3, Mahkamah menerima keterangan beliau sebagai seorang ahli kimia yang berkelayakan untuk menjalankan analisa berkaitan dengan indentiti dan kuantiti dadah tersebut. Mahkamah ini menerima keterangan SP3 secara prima facie seperti yang diputuskan didalam kes Tarmizi bin Yacoob & 1 lagi v PP [2006] 4 CLJ 472 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “[25] Panduan pertama yang ditetapkan dalam kes-kes itu ialah supaya Mahkamah perbicaraan menerima prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. Keduanya, selagi keterangan itu boleh dipercayai ahli kimia tidak perlu menunjukkan secara terperinci apa yang dibuat di dalam makmal….”[penekanan ditambah] [14] Mahkamah ini mendapati tiada keraguan mengenai identiti dadah-dadah tersebut yang telah dianalisa oleh SP3 seorang ahli kimia yang berpengalaman.
b
OKT-OKT mempunyai pemilikan serta pengetahuan akan dadah-dadah tersebut. [15] Pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai bukan sekadar pemilikan tetapi pengetahuan akan kewujudan dadah-dadah tersebut. [16] Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pendakwaan gagal untuk membuktikan pemilikan serta pengetahuan OKT-OKT akan dadah tersebut dan anggapan pengetahuan telah berjaya disangkal. [17] Pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan melalui keterangan SP2 yang merupakan pegawai serbuan yang telah menahan OKT-OKT di mana barang-barang kes dirampas hasil pemeriksaan di dalam kereta Proton Waja WHW 9251 di mana beg yang mengandungi dadah itu (P10) dijumpai di atas bahagian brek tangan kereta tersebut. Siasatan awal atas siapa tuan punya kereta tersebut oleh SP5 mendapati kereta tersebut adalah milik SP1 (Rajandrai a/l Muthusamy) dan ini dibuktikan melalui geran pemilikan kereta (P4) SP1 ketika memberi keterangan di Mahkamah memberitahu dia menjual kereta tersebut kepada Jeevanesa a/l Murugan pada 10.8.2022 dengan harga RM6,500. Tiada sebarang perjanjian bertulis dimasuki antara SP1 dan Jeevanesa. Hasil siasatan SP5 seterusnya mendapati Jeevanesa adalah ayah kepada OKT 2 dan ini bermakna pada malam kejadian, OKT 2 memandu kereta ayahnya. [18] Berdasarkan keterangan-keterangan ini maka dapat dikatakan bahawa dadah-dadah yang dijumpai oleh SP2 itu berada dalam jagaan atau kawalan OKT-OKT pada masa yang material dan pendakwaan membangkitkan anggapan di bawah Seksyen 37(d) ADB yang memperuntukkan: “ (37) In all proceedings under this Act or any regulation made thereunder-
d
any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall until the contrary is proved be deemed to have known the nature of such drug” [19] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113. “[15] The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish “possession”. The physical act of custody or control must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusively of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking. (See the case of Chan Pean Leon v PP [1956] 1 LNS 17. [20] Kesimpulannya daripada keterangan saksi-saksi pendakwaan; OKT-OKT mempunyai kawalan dan jagaan atas dadah yang dijumpai di dalam beg bewarna biru bertulisan “Da Guan Yin” di dalam kereta yang dinaiki OKT-OKT yang merupakan elemen penting dalam isu pemilikan. OKT sentiasa mempunyai kawalan dan jagaan terhadap barang kes tersebut dan boleh menyimpan atau melupuskannya seperti yang diinginkan. Mahkamah Rayuan di dalam Sahrul Mazlee Mohd Khalid v PP [2022] 1 LNS 4 YA Datuk Vazeer Alam (HMR) memutuskan: “[59] Learned trial judge found that the circumstances showed that the appellant was so situated with respect to the impugned drugs that he had the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons. See: Chan Pean Leon v Public Prosecutor (supra). In the final analysis , the facts and circumstances of the case gives rise to an irresistible inference that the appellant had knowledge of the drugs in the bag. See: PP v Abdul Rahman Akiff [2007] 4CLJ 337, FC” [21] Selain itu, menurut SP2 juga, beg yang mengandungi dadah itu tidak tersorok dan berada di bahagian brek tangan di tengah-tengah antara OKT 1 dan OKT 2 dan mereka berada sangat dekat dengan barang kes. Isu berkenaan dengan barang kes yang dijumpai di tempat terbuka ini diperjelaskan didalam keputusan Mahkamah Rayuan iaitu Santanasamy a/l Muthiah v Public Prosecutor [2023] MLJU 213 YA Dato’ Ahmad Nasfy Yasin memutuskan: “[30] (f) It is not disputed that the cannabis (subject matter of the third charge) was found on a wooden cabinet next to the staircase in the living hall. The two transparent packets of cannabis were in clear sight as they were in open area. At the time of the police raided the house, both accused were in the living hall. At that material time the two packets of cannabis placed in two transparent plastic packets were in close proximity to them.
g
In our view, based on the above evidence, it is clear that there was “affirmative link” between the appellant and both the 2nd and 3rd accused and the impugned drugs. The single most important link or connection between them with the impugned drugs was that the cannabis was openly placed in the living hall, in an open area. It was also not disputed that they lived in the said house. Therefore, it is safe to infer knowledge on their part as the drugs were clearly visible. [penekanan ditambah] [22] Di dalam kes ini, hanya OKT-OKT sahaja berada di dalam kereta tersebut. Pemeriksaan oleh SP2 pada kereta tersbut, hanya OKT-OKT sahaja berada dalam kereta dan tiada orang lain. Pemerhatian yang sekadar 5 minit cukup untuk mengesahkan bahawa sebelum SP2 dan pasukan serbuan menghampiri kereta OKT-OKT; tiada orang lain keluar dari kereta tersebut. Oleh itu, tiada apa yang boleh dipertikaikan untuk menunjukkan bahawa OKT-OKT mempunyai kawalan dan jagaan ke atas barang kes yang membentuk anggapan milikan dan pengetahuan atas barang kes tersebut. Kedudukan barang kes adalah dekat dengan OKT-OKT; ini menunjukkan OKT-OKT mempunyai “exclusive possession” atas barang-barang kes. Untuk ini Mahkamah merujuk kepada kes Leow Nghee Lim v Regina [1956] MLJ 28: - “The dictionary definition brings in the idea of exclusiveness. It is often said that “possession must be exclusive”. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that “possession must be exclusive” is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions”. (penekanan oleh Mahkamah) [23] Justeru berdasarkan keterangan dan otoriti di atas, Mahkamah ini berpuashati melalui keterangan terus bahawa OKT-OKT mempunyai pemilikan ke atas dadah yang dijumpai bersamanya berdasarkan keterangan saksi pendakwaan khususnya SP2 yang merupakan pegawai tangkapan dalam kes ini.
c
Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas dadah yang dirampas; [24] Setelah dibuktikan bahawa OKT-OKT mempunyai milikan atas dadah yang dijumpai di dalam beg warna biru di bahagian brek tangan kereta yang dinaikinya pada hari kejadian, isu seterusnya adakah OKT-OKT mempunyai pengetahuan atas dadah tersebut. [25] Mahkamah Persekutuan di dalam PP v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337; [2007] 1 MLRA 568 Arifin Zakaria FCJ membuat rujukan kepada satu keputusan Mahkamah Atasan Singapura dan England yang memutuskan isu niat bagi pemilikan: “[18] In Ramis a/l Muniandy v Public Prosecutor [2001] 3 SLR 534, the Singapore Court of Appeal again propounded on the question of knowledge necessary to establish possession and at p. 541 states: Knowledge of drugs The starting point in the consideration of this issue was that we had already concluded that the drugs were already on Ramis’s motorcycles when he entered the vicinity and that he had physical control of the drugs. In the absence of any reasonable explanation by Ramis, there facts were sufficient to lead to a strong inference that Ramis knew that the bag found on his motorcycle contained drugs. In Tan Ah Tee (supra), Wee Ching Jin CJ, delivering the judgement of the court, said [1978 - 1979] SLR 211 at 217 -218 [1980] 1 MLJ 49 at pg 52) Even if there were no statutory presumptions available to the prosecution, once the prosecution had proved the fact of physical control or possession of the plastic bag and the circumstances in which this was acquired by and remained with the second appellant, the trial judges would be justified in finding that she had possession of the contents of the plastic bag within then meaning of the Act unless she gave an explanation of the physical fact which the trial judges accepted or which raised a doubt in their minds that she had possession of the contents within the meaning of the Act.” [26] Mahkamah dalam memutuskan isu pengetahuan OKT-OKT akan dadah yang dijumpai di dalam beg warna biru di bahagian brek tangan kereta tersebut, Mahkamah merujuk kepada kes Shahrul Mazlee bin Mohd Khalid (supra) Mahkamah Y.A Dato’ Vazeer Alam (HMR) memutuskan: - “[51] The mental element of knowledge of the thing possessed is rarely proved by direct evidence. Knowledge is usually inferred from the surrounding circumstances. This was reiterated by this Court in Simon Savarimuthu Thevarajah v PP [2020] 5 CLJ 105 in the following terms: “On the facts before us, we were in as good a position as the trial judge to draw the inference whether the appellant had knowledge of the drugs. It Is trite that proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It is sufficient for the prosecution to prove facts from which it can be properly inferred that an accused person had the necessary knowledge. The court is not concerned with the knowledge of a reasonable man but is concerned with reasonable inferences to be drawn from a concrete situation as disclosed in the evidence as it affects a particular person whose knowledge is in issue (see PP v Chia Leong Foo [2000] 4 CLJ 649: [2000] 6 MLJ 705; Parlan Dadeh v PP (supra)” [penekanan ditambah] [27] Selain itu, terdapat keterangan dari SP2 yang menyatakan bahawa OKT-OKT cuba melarikan diri dengan telah mengeluarkan kaki dari kereta tersebut tetapi berjaya ditahan oleh SP2. Tindakan OKT-OKT menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan tentang dadah yang ada dengannya. Mahkamah Rayuan iaitu Roichand bin Maasum v Public Prosecutor [2022] MLJU 99 dimana YA Datuk Nordin Hassan memutuskan: “[26] Now, with regards the appellant’s knowledge of the impugned drugs, the appellant’s conduct acted suspiciously when was first sighted by the police and was nervous when PW2 introduced himself as police officer, considered with other relevant facts in this case, are relevant for an inference that he knew about the drugs seized by the police in the car and in the house not far from the car. The appellant’s conduct is admissible under section 8 of the Evidence Act 1950 and the appellant need to explain his conduct as required under section 9 of the same Act which the appellant failed to do.”
d
Pada masa, tarikh dan tempat tersebut OKT-OKT telah melakukan kesalahan mengedar dadah seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan. [28] Persoalan seterusnya adalah samada wujudnya keterangan mengedar dadah tersebut dibuktikan atas OKT-OKT. Pihak pendakwaan telah membuktikan keterangan yang menjurus kepada elemen pengedaran dadah seperti yang didefinisikan dibawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana definisi pengedaran dibawah Seksyen 2 Akta terjumlah juga kepada perbuatan “concealing, keeping’ dadah tersebut. Mahkamah ini juga berpendapat dengan berat dadah Methamphetamine seberat 684.6-gram adalah mustahil untuk kegunaan peribadi OKT-OKT kecuali ianya untuk pengedaran. Merujuk kepada penghakiman di dalam kes Teh Geok Hock v. PP [1989] 1 CLJ Rep 160; [1989] 2 CLJ 977; [1989] 3 MLJ 162 yang menjelaskan maksud "pengedaran" seperti berikut: "True, the definition in the Act sounds artificial and not according to the ordinary meaning of the word 'trafficking' which is normally understood to mean to trade in, buy or sell, any commodity, albeit often with sinister implication. See also the Shorter Oxford English Dictionary. The definition of 'trafficking' in the Act is wide and includes not only buying and selling, but also carrying, concealing and keeping. " [penekanan ditambah] [29] Mahkamah ini setelah menilai keterangan yang dikemukakan di dalam kes ini dan mendapati tindakan OKT-OKT membawa dan menyimpan dadah di dalam beg bewarna biru bertulisan “Go Green” itu adalah tergolong di bawah takrifan "pengedaran" di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi Methamphetamine yang dinyatakan dalam pertuduhan. Mahkamah telah dipandukan dengan kes Mohamed Yazri Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65 di mana Gopal Sri Ram, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) telah menyatakan bahawa: “Proof of the purpose for which an act is done, where such purpose is a necessary ingredient of the offence with which an accused is charged, presents a problem with which criminal courts are very familiar. Generally, in the absence of an express admission by the accused, the purpose with which he did an act is a matter of inference from what he did. Thus, in the case of an accused caught in the act of conveying from one place to another controlled drugs in a quantity much larger than is likely to be needed for his own consumption the inference that he was transporting them for the purpose of trafficking in them would, in the absence of any plausible explanation by him, be irresistible - even if there were no statutory presumption such as is contained in section 15 of the Drugs Act. As a matter of common sense the larger the quantity of drugs involved the stronger the inference that they were not intended for the personal consumption of the person carrying them, and the more convincing the evidence needed to rebut it…” [penekanan ditambah] E. ANALISIS PEMBELAAN OLEH OKT-OKT Isu lokasi kejadian tidak dikenal pasti Pihak pembelaan menghujahkan terdapat 2 lokasi kejadian iaitu Lorong Batu Nilam 1E P7(1) dan P7(2) dan Lorong Batu Nilam 5 P7(3). Pihak pembelaan mendakwa SP2 telah berbohong tentang lokasi kejadian. P8 adalah rajah kasar yang merujuk kepada gambar lokasi kejadian P7(1) dan (2) dan tanda "X" yang dibuat oleh SP2 menunjukkan tempat kereta OKT-OKT di parkir. IDD 15 adalah gambar yang diambil oleh pihak pembelaan yang menunjukkan P7(1) dan (2) adalah Lorong Batu Nilam 1E dan IDD 16-pula menunjukkan P7(3) adalah Lorong Batu Nilam 5. Oleh itu, pihak pembelaan menghujahkan ini adalah dua tempat yang berbeza. SP2 ketika pemeriksaan balas tidak pasti samada gambar di P7(1) dan (2) adalah Lorong Batu Nilam 1E apa yang pasti menurut SP2, beliau dan pasukannya menahan OKT-OKT bersebelahan dengan Giant iaitu Jalan Batu Nilam 5. Ketika pemeriksaan semula, SP2 memaklumkan Mahkamah bahawa ketika kejadian, beliau dan anggota serbuan telah membuat rondaan di sekitar Giant dan selepas mengenalpasti kereta suspek dalam jarak 100 meter, SP2 telah membuat pemerhatian dalam masa 5 minit dan didapati tiada pergerakan keluar masuk kereta. SP2 menegaskan tempat OKT-OKT ditahan adalah di gambar P7(3) iaitu belakang Giant. SP2 dan anggota pasukannya tidak dibuktikan oleh pihak pembelaan bahawa mereka ada sebab untuk menganiaya OKT-OKT dengan menipu mengenai lokasi tangkapan. Apa yang jelas melalui keterangan SP2, OKT-OKT ditangkap ketika di dalam kereta WHW 9251 dengan beg berwarna biru yang berisi dadah itu ada di bahagian brek tangan kereta tersebut di antara OKT 1 dan OKT 2. Pada hemat saya, percanggahan dalam penyataan lokasi tangkapan ini tidak mencacatkan kes pendakwaan kerana tiada keraguan pada identiti OKT dan dadah yang telah dijumpai bersama di dalam kereta semasa tangkapan. Pembelaan menghujahkan tidak masuk akal untuk meletakkan dadah di bahagian brek tangan. Pihak pembelaan merujuk Mahkamah kepada gambar P5(12) iaitu gambar bahagian brek tangan. Menurut pihak pembelaan keadaan kereta tersebut pada waktu itu adalah statik dan tidak bergerak maka brek tangan semestinya diangkat dan tidak munasabah untuk meletakkan sebuah beg sepeti P10 di bahagian itu. Ketika pemeriksaan semula, SP2 menjelaskan apabila menghampiri kereta tersebut, beliau telah matikan enjin kereta dan ada beg bewarna biru muda atas bahagian brek tangan dan enjin dimatikan dan brek tangan tidak diangkat. SP2 ditunjukan P5(12) dan menafikan barang kes tidak stabil kerana barang kes berada atas brek tangan III. Kereta WHW 9251 adalah milik Jeevanesa a/l Murugan Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan wujudnya “exclusive possession” atas dadah tersebut tanpa kecualikan penglibatan Jeevanesa dan sesiapa jua yang mungkin mempunyai akses kepada kereta tersebut. Tiada bukti siapa yang ada kawalan atau menggunakan kereta tersebut sebelum serbuan dibuat. Mahkamah merujuk Mahkamah Rayuan di dalam Bavithran a/l Paramisivan lawan Pendakwa Raya [2023] 1 LNS 934 di mana diputuskan: “[66] The appellant’s brother (DW2) gave evidence that he had used the car on that day between 12 pm and 1 pm, and stated that the appellant was the person who used the car after DW2, and like PW7, DW2 gave evidence that the car was empty when it was in his possession. As such, it was only when the Toyota VIOS was subsequently used by the appellant that the impugned drugs somehow appeared in the car. [67] Accordingly, even the possibility of the threshold issue of access by others to the impugned drugs in the car is insufficiently substantiated. In other words, it cannot be said that the impugned drugs could also be attributed to the appellant’s family members or other persons (specifically Fong, see further below). This therefore provides no basis to the appellant’s argument that the prosecution had not excluded the possibility of access by others to the impugned drugs in the car. [68] The learned trial judge was therefore correct in arriving at her findings as follows: “[34] The evidence before this court disclosed the accused did not own the light blue coloured Toyota Vios. The said car was used by other member of the accused's family. The evidence further demonstrated that it was the accused who was the last person to drive the light blue coloured Toyota Vios prior to the impugned drugs being recovered in the said car. At that point of time, the accused was the individual who had control and custody of the said car. He drove the car alone and the keys to the light blue coloured Toyota Vios were with the accused until the impugned drugs were recovered”. Adalah jelas berdasarkan kes Bavithran(supra) hujahan pihak pembelaan ini tidak terpakai. IV. Kegagalan memanggil Kalaiarasu dan Jeevanesa sebagai saksi maka Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai. Pihak pembelaan juga menghujahkan bahawa kegagalan pihak pendakwaan memanggil saksi seperti Jeevanesa dan Kalaiarasu telah menyebabkan kelompangan dalam kes pendakwaan. Jeevanesa adalah pemilik kereta Proton Wira WHW 9251 manakala Kalaiarasu adalah sorang lagi suspek yang ditahan oleh SP2 dan pasukannya pada 10.1.2023 untuk kesalahan milikan dadah. Pihak pembelaan mendakwa Kalaiarasu adalah pemberi maklumat untuk kes OKT dan dia yang telah membawa SP2 dan pasukan serbuan ke lokasi dimana OKT-OKT ditahan; oleh itu kehadiran Kalaiarasu adalah penting untuk memberitahu apa yang berlaku pada hari kejadian. Ketika pemeriksaan semula, SP2 menafikan barang-barang kes yang dijumpai dengan OKT ada kaitan dengan Kalaiarasu Mahkamah Rayuan di dalam keputusan Sahrul Mazlee Mohd Khalid v PP [2022] 1 LNS 4 memutuskan: “[71]……….. In any event, the law does not prescribed any particular number of witnesses to prove any fact. This is provided in section 134 of the Evidence Act 1950, that reads: 134 Number of witnesses No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact [72] The Federal Court in Md Zainudin Raujan v PP [2013] 4 CLJ 21 affirmed a drug trafficking conviction based on the sole testimony of a police witness. The evidence to prove a fact is not judged from the total number of witnesses, but rather from the strength and quality of the evidence: whether it is probable, consistent, credible and convincing for the evidence to have probative value. It is well settled that evidence must be weighed and not counted. See: Izwanuddin Kassim lwn PP [2020] 1 LNS 1568, CA: Mogan Raj Ravi & Anor v PP & Other Appeals [2020] 3 CLJ 240, CA [penekanan oleh Mahkamah] [73] Where the law does not require corroboration of a witness’ evidence, the prosecution is not obliged to tender such corroborative evidence. The testimony of a single witness if credible, is sufficient to establish any fact. Mahkamah Rayuan juga di dalam Jason Hew Kiong Chew v PP [2024] CLJU 3350 memutuskan: “ [33] In relation to the calling of witnesses, the learned HCJ was of the view that it is well-settled that the prosecution has a discretion whether or not to call a particular witness. This principle is well explained in Khoon Chye Hin v. Public Prosecutor [1961] CLJU 41; [1961] 1 LNS 41; [1961] MLJ 105, 109. Further, the need to call such witnesses would depend on the facts of each case. In Wong See Har v. Public Prosecutor [1967] CLJU 211; [1967] 1 LNS 211; [1968] 1 MLJ 32 (HC), thus, the discretion to call a particular witness is entirely at the discretion of the prosecution. So long as the evidence of a witness is not necessary to unfold the narrative upon which the prosecution's case is based, the failure to call the witness is not fatal. Isu seterusnya adalah samada kegagalan memanggil Jeevanesa dan Kalaiarasu menjadikan kes pendakwaan lompang dan Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai atas pendakwaan. Jeevanesa adalah pemilik kereta Proton Waja warna kelabu No: WHW 9251 dan juga merupakan bapa kepada OKT 2 manakala Kalaiarasu adalah salah seorang yang didakwa oleh pihak pembelaan telah ditangkap oleh pihak polis dan dia telah membawa polis ke lokasi kejadian sehingga OKT-OKT telah ditahan bersama dengan dadah. Mahkamah ingin merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan didalam kes Asriyadi bin Bakri v Public Prosecutor [Criminal Appeal No.: S-05(SH)-464-10/2024] dimana diputuskan: “[31] It is trite law that an adverse inference may only be drawn under section 114(g) of the Evidence Act 1950 where there is suppression of not just any evidence, but material evidence. Thus, the element of suppression and materiality with regard to the evidence in question must be demonstrated. The principle is best explained in the following passage from the judgment of Mohd Azmi SCJ in Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221: “ It is essential to appreciate the scope of s. 114(g) lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but material document by a party in his possession, or for non-production of not just any witness but an important and material witness to the case. Di dalam kes ini, tiada bukti pihak pendakwaan cuba menyembunyikan keterangan daripada pihak pembelaan. Pihak pendakwaan telah melakukan pelbagai cara untuk mengesan Jeevanesa (walaupun didakwa oleh pembelaan cara-cara yang digunakan tidak mencukupi) namun pihak pendakwaan tidak pernah menafikan kewujudan Jeevanesa, bahkan mereka telah memasukkan rakaman percakapan Jeevanesa (ekshibit ID 34) dan ianya boleh dilihat oleh pihak pembelaan jua. Begitu juga dengan individu bernama Kalaiarasu yang didakwa oleh pihak pembelaan ditangkap oleh SP2 pada hari kejadian yang mana hasil maklumat Kalaiarasu membawa kepada penahanan OKT-OKT. SP2 menafikan di dalam pemeriksaan balas bahawa Kalaiarasu adalah pemberi maklumat kepadanya hingga tertangkapnya OKT. Kalaiarasu tiada bersama-sama di dalam kereta dimana OKT-OKT ditangkap bersama Isu lain yang ditimbulkan oleh pihak pembelaan untuk pemakaian Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah kegagalan menimbulkan cap jari dan DNA atas ekshibit P10 (beg kanvas biru bertulisan “Go Green) dan juga rampasan telefon bimbit milik OKT- OKT. Kegagalan mengemukakan (2) keterangan ini membawa kepada penyembunyian keterangan (suppression of evidence). Didalam kes Asriyadi bin Bakri (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan: “[27] We are of the view that there is no material to draw an adverse inference against the prosecution in view of the non-production of the handphone of the appellant. Our reason is the same as that of the learned High Court Judge. Even if we assume that the handphone did not contain any incriminating messages detailing drug trafficking transactions, it does not mean that the appellant is innocent as negotiations could have been conducted by other means such as audio calls. Furthermore, the prosecution’s case rested on the fact of possession and presumption of trafficking. It was not based on a record of drug transactions. The High Court correctly dealt with this issue in the following passages:
61
In any case, assuming that there is no evidence of drug trafficking in the accused's handphone, that does not negate PW1's direct eyewitness testimony that the accused was holding P4 in his right hand, he threw it on the road when PW1 identified himself as a police officer, and that the accused tried to flee the scene. While learned counsel for the accused submitted that the accused's handphone was never used to traffick drugs, that was not part of the prosecution's case. Indeed, the prosecution accepts that there is no evidence of buying and selling in the accused's handphone.
62
A negative on its own such as the absence of a ledger book, or a diary or for that matter, the absence of incriminating text messages in a handphone does not contradict direct eyewitness evidence. [28] For reasons given above, we find that no adverse inference in favour of the appellant can be validly drawn on account of the non production of the handphone. Di dalam kes yang sama juga, Mahkamah Rayuan memutuskan kegagalan penimbulan cap jari atau mengesan DNA pada barang kes tidak menggugat kes pendakwaan asalkan ada saksi mata yang melihat sendiri bagaimana barang kes ditemui. [33] In any event, as the learned High Court Judge observed after citing PP v Mansur Mohd Rashid & Anor [1996] 3 MLJ 560, fingerprint evidence is corroborative in nature and is important where identity is in doubt. It is of immense value where there is no direct evidence. In the above-mention Federal Court case, Chong Siew Fai CJ said as follows when commenting on the decision of the High Court who drew an adverse inference on the case for the prosecution for failure to lift fingerprints and take photographs at the scene: We also find ourselves in agreement with the learned deputy public prosecutor that the learned trial judge had erred in law when he faulted PW13, the investigating officer, for not lifting the fingerprints off the wrappings of the cannabis and for not taking photographs of the street-light in front of the house No 129. Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, however, the charge alleged trafficking in the form of sale and there was evidence indicating the identities of the alleged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumed little value or significance. [34] In this case, PW1 gave direct eye-witness testimony that the appellant was carrying the plastic bag in question, and his evidence was accepted by the learned High Court Judge. Accordingly, in the absence of proof that a positive fingerprint report was suppressed, no adverse inference may be validly drawn to cast doubt upon the eyewitness testimony of PW1. Similarly, in respect of the absence of photographs showing the plastic bags lying on the road, we see no misdirection on the part of the learned High Court Judge for failing to draw an adverse inference. PW1 clearly saw the appellant throwing the plastic bag on the ground before running away. Therefore, the police team cannot be faulted for prioritising the apprehension of the appellant and recovery of the plastic bag rather than being fixated on taking photographs. number will be used to verify the originality of this document. Mahkamah ini mendapati saksi-saksi yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan mencukupi dan telah membuktikan elemen yang diperlukan untuk milikan, jagaan dan pengetahuan atas dadah-dadah di dalam beg bewarna biru di bahagian brek tangan kereta yang dinaiki oleh OKT-OKT. V. Kegagalan SP5 menyiasat penglibatan individu-individu bernama Tiyagu dan Mathi Pihak pembelaan menghujahkan bahawa pada Jun 2023, kedua-dua OKT telah membuat satu laporan polis untuk membersihkan nama mereka. Laporan polis ini walaupun diakui oleh SP5 ada dibuat oleh OKT-OKT, laporan polis ini tidak dikemukakan di Mahkamah. SP5 hanya mengesahkan bahawa penama Kalai dan Tiyagu ada disebut didalam laporan polis itu. Peguambela OKT-OKT menghujahkan bahawa OKT 1 bekerja dengan Tiyagu sebagai seorang call man ataupun penarik kereta. Itu sahaja keterangan berkaitan Tiyagu. Namun, apa yang penting adalah dadah itu dijumpai di dalam kereta bersama-sama dengan OKT-OKT dan bukan di tempat lain. Oleh kerana laporan polis itu tidak dikemukakan oleh pihak pembelaan, maka Mahkamah tidak dapat tahu samada di dalam laporan polis yang dibuat oleh OKT-OKT mengatakan dadah-dadah itu milik Tiyagu dan bagaimana dadah-dadah itu berada dengan mereka. VI. Kegagalan mengemukakan CCTV dan penimbulan cap jari atas barang kes. Dalam menjawab isu ini Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan didalam PP v Manser Md Rashid & Anor [1997] 1CLJ 233, Chong Siew Fai CJ (Sabah & Sarawak) memutuskan: “We also find ourselves in agreement with the learned Deputy Public Prosecutor that the learned trial Judge had erred in law when he faulted PW13, the investigating officer, for not lifting the finger prints off the wrappings of the cannabis and for not taking photographs of the street light in front of the house No. 129. Where the identity of a culprit is in question or required to be proved, fingerprint evidence would be of great significance and immense value. In the present case under appeal, howsever, the charge alleged trafficking in the form of sale and there is evidence indicating the identities of the allkeged offenders and the sale transaction. Fingerprint evidence on the newspaper wrapping, white plastic and the loytape, therefore, assumes little value or significance”. Mahkamah Rayuan juga didalam Jason Hew Kiong Chiew v Public Prosecutor (supra) telah mengikuti keputusan didalam kes PP v Manser Md Rashid & Anor dan memutuskan: “[79] Applying the principle in PP v Manser Md Rashed & Anor and the facts of the case, in our view, the identity of the accused is not in question and does not need to be proved. Hence, fingerprint evidence on the black plastic bag and the transparent plastic packets was of little value or significance. At best, if fingerprint evidence were available, it would only be of corroborative value”. Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini, identiti kedua-dua OKT bukan isu kerana telah dicamkan oleh SP2 bahawa OKT-OKT adalah individu-individu yang berada di dalam kereta tersebut dan beg yang mengandungi dadah itu ada diantara mereka berdua iaitu di bahagian brek tangan. Oleh itu, samada CCTV dikemukakan atau penimbulan cap jari dikemukakan adalah lebih merupakan satu keterangan sokongan sahaja. VII. Kegagalan mengemukakan Jeevanesa sebagai saksi di Mahkamah mencacatkan kes pendakwaan. Pihak pembelaan mendakwa Jeevanesa adalah saksi penting kerana dia adalah pemilik kereta Proton Waja WHW 9251. Pihak pendakwaan telah mengemukakan permohonan di bawah Seksyen 425 Kanun Tatacara Jenayah untuk memanggil semula SP5 bagi memaklumkan usaha-usaha yang dibuat oleh SP5 bagi memastikan kehadiran Jeevanesa ke Mahkamah. Jeevanesa adalah ayah kepada OKT 2. Kereta yang dinaiki oleh OKT-OKT pada malam kejadian adalah milik Jeevanesa yang dibeli dari SP1. Menurut SP1 dia menjual kereta tersebut kepada Jeevanesa pada 10.8.2022 dengan harga RM 6,500. Walau bagaimanapun tiada sebarang perjanjian dimasuki antara SP1 dan Jeevanesa dan hakmilik kereta tersebut juga tidak sempat ditukar milik kepada Jeevanesa. SP1 menafikan ada meninggalkan barangan peribadinya di dalam kereta tersebut ketika menyerahkan kereta tersebut kepada Jeevanesa termasuklah barang-barang kes P5(1) dan (2). Mahkamah memutuskan ketiadaan Jeevanesa sebagai saksi pendakwaan tidak mencacatkan kes kerana pihak pembelaan tidak pernah meletakkan kepada saksi-saksi pendakwaan bahawa barang-barang kes adalah milik Jeevanesa dan ianya telah lama ada disitu tanpa disedari OKT-OKT (adalah mustahil kerana P10 adalah besar dan tidak tersorok). Barang-barang kes dijumpai dengan OKT-OKT berada di dalam kereta tersebut tanpa orang lain. Jika mengikut kepada keputusan di dalam kes Bavithran (supra), pada ketika OKT-OKT ditahan, mereka ada kawalan dan milikan kereta tersebut. Kehadiran Jeevanesa tidak akan mengubah fakta bahawa pada hari kejadian dia tidak ada bersama-sama dengan OKT-OKT didalam kereta tersebut. VIII. Niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT 1 dan OKT 2 dituduh bersama dan Mahkamah ini mendapati sememangnya wujud niat bersama bagi kesalahan yang dipertuduhkan dalam kes ini. Seksyen 34 Kanun Keseksaan diperturunkan bahawa: “34. Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone. When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” Saya merujuk kepada kes Mohd Shamsul bin Abdul Aziz @ Abdul Azis v. Public Prosecutor and another appeal [2016] 1 CLJ 713; [2016] 3 MLJ 215 di mana Abang Iskandar, Hakim Mahkamah Rayuan (ketika itu) menyatakan: “In the case of Mahboob Shah v. Emperor AIR 1945 PC 118 the Law Lords in the Privy Council had this to say when dealing with an appeal where s. 34 of the Penal Code was invoked, in aid by the prosecution: “...To invoke the aid of s. 34 successfully, it must be shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in the furtherance of the common intention of all; if this is shown, then liability for the crime may be imposed on any of the persons in the same manner as if the act were done by him alone”… … “In the case of Shaiful Edham bin Adam & Anor v. Public Prosecutor [1999] 2 SLR 57 it was ruled that '... the plan could develop on the spot. What was enquired was a meeting of the minds or acting in concert'.” … … “The issue of whether an accused person is a primary or a secondary participant on account of his degree of participation in the commission of the offence does not, with respect, arise at all in such determination.” … … “But in terms of attaching liability, a consideration of the degree of participation by the various accused persons in the commission of the offence, with respect, ought not to happen.” [penekanan ditambah] Merujuk kepada keterangan dalam kes ini, adalah jelas bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah ditangkap bersama dan hasil pemeriksaan oleh SP2 di didalam kereta di mana kedua-dua mereka berada, dadah dijumpai di tempat terbuka iaitu di bahagian brek tangan tersebut. Ketika serbuan, OKT-OKT ada membuat percubaan untuk keluar dari kereta namun berjaya ditahan oleh SP2. Justeru hanya satu kesimpulan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini bahawa OKT1 dan OKT 2 sememangnya mempunyai pengetahuan terhadap dadah tersebut dan mempunyai niat bersama melakukan kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan. [30] Kesimpulannya, setelah Mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti hujah pihak-pihak, Mahkamah memutuskan selepas penilaian maksimum dibuat atas keterangan saksi-saksi pendakwaan, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie bahawa dadah yang dijumpai bersama OKT-OKT merupakan dadah berbahaya sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT-OKT mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berdasarkan anggapan dibawah Seksyen 37(d) ADB 1952 apabila pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kawalan dan jagaan OKT-OKT ke atas dadah semasa tangkapan dan tindakan OKT-OKT membawa dadah tersebut terjumlah kepada aktiviti pengedaran sepertimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta yang sama. [31] Oleh itu, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT-OKT sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah. Oleh itu, OKT-OKT dengan ini dipanggil untuk membela diri di bawah pertuduhan ini. F. PEMBELAAN OKT-OKT [32] Mahkamah telah menjelaskan (3) cara bagaimana untuk OKT-OKT memberikan pembelaannya dan OKT-OKT memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. Selain OKT-OKT, (2) lagi saksi bagi pihak pembelaan telah memberikan keterangan mereka. [33] Keterangan-keterangan bersumpah mereka seperti berikut: OKT 1 Sebelum dia ditahan, dia telah bekerja sebagai penarik kereta/ call man di SM Industry, sebuah syarikat penarik kereta yang dimiliki oleh seorang lelaki India bernama Tiyagu. Pada 10.1.2023, jam lebih kurang 8.00 malam, OKT 1 telah menerima panggilan daripada Kalaiarasu (“Kalai”) yang merupakan seorang penarik kereta dan penyelia OKT 1 di SM Industry. Kalai meminta OKT 1 pergi ke rumah majikan mereka iaitu Tiyagu untuk mengambil walkie talkie dan menghantarnya ke kawasan pasaraya Giant Bandar Bukit Tinggi Klang. OKT 1 kemudian memberitahu Tiyagu akan permintaan Kalai ini dan diminta untuk ke rumah Tiyagu di Unit B-3-1, Tingkat 3, Kondominium Perdana Villa, Taman Sentosa Perdana, Klang. Pada jam lebih kurang 8.30 malam, OKT 1 telah mengajak OKT 2 keluar makan di Taman Sentosa dan OKT 2 bersetuju dan mengambil OKT 1 pada jam 8.45 malam. Dalam perjalanan untuk pergi makan, OKT 1 telah meminta OKT 2 menemaninya ke rumah Tiyagu untuk mengambil walkie talkie dan OKT 2 bersetuju. Pada jam 9.15 malam, mereka telah sampai di rumah Tiyagu dan OKT 1 meminta OKT 2 menunggunya di dalam kereta sementara dia naik ke rumah Tiyagu. Apabila sampai di rumah Tiyagu, OKT 1 hanya berjumpa dengan isteri Tiyagu iaitu Mathi kerana Tiyagu masih di luar bekerja dan Mathi telah menyerahkan beg kanvas bewarna biru yang diikat rapi dan Mathi mengatakan di dalam beg itu ada walkie talkie. OKT 1 kemudian bersama OKT 2 pergi untuk berjumpa Kalai di Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi, Klang berdekatan degan Pasaraya Giant. Kalai meminta OKT 1 mencari kereta jenama Chevrolet warna hijau. Pada jam 9.40 malam, apabila tiba di lokasi yang diberikan, OKT 1 melihat kereta jenis Chevrolet hijau itu diparkir di hadapan kedai 7- Eleven di Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi. Tiba-tiba beberapa kenderaan telah meluru ke arah kereta OKT 1 dan 2 dan menghalang kereta mereka. Selepas itu, beberapa lelaki melayu berpakaian biasa telah keluar dari kereta dan menghalang pintu kereta OKT-OKT sambal mengacukan pistol. OKT-OKT berasa takut kerana percaya mereka disamun. Lelaki-lelaki tersebut telah mengheret OKT-OKT keluar dan membuka pintu belakang bahagian kanan dan mengambil beg kanvas itu. Lelaki itu kemudian memberikan beg tersebut kepada seorang lagi lelaki dan dia telah mengambil beg itu dan memecut dengan kereta Honda Jazz. Lelaki-lelaki yang lain telah mengheret OKT-OKT ke dalam kereta Wira dan mereka juga telah memukul di bahagian leher dan kepala OKT-OKT. OKT-OKT hanya tahu ada dadah di dalam beg tersebut apabila tiba di balai dan mereka tahu lelaki-lelaki itu adalah polis apabila tiba di balai polis juga. OKT 1 juga menunjukkan perbualan Whatsapp antara dia, Kalai dan Thiagu termasuk gambar Tiyagu, Mathi dan Kalai dalam aplikasi Instagram dan Facebook di dalam telefon bimbitnya kepada SP2 (ASP Anizam) dan SP5 (Insp Fuad). SP5 kemudiannya telah merampas telefon bimbit milik OKT 1. OKT 1 mendakwa dia dan OKT 2 dipukul ketika dalam siasatan polis dan dia telah memberitahu SP5 bahawa dia diperdaya oleh Kalai dan Tiyagu dalam kejadian ini tetapi tidak diendahkan. OKT 2 OKT 2 hanya mengikuti OKT 1 sahaja ke rumah Tiyagu untuk mengambil walkie talkie. Dia tidak naik ke kondominium di mana Tiyagu tinggal, hanya menunggu OKT 1 sahaja di dalam kereta. Apabila OKT 1 sampai, OKT 2 nampak OKT 1 membawa satu beg kanvas warna biru dan meletakkan beg tersebut di tempat duduk belakang pemandu. OKT 1 kemudian menghubungi Kalai dan memaklumkan telah mengambil walkie talkie dari rumah Tiyagu dan OKT 1 kemudiannya menyuruh OKT 2 memandu ke Giant Bandar Bukit Tinggi dan mencari kereta jenis Chevrolet hijau. Pada jam lebih kurang 9.40 malam, sebaik sahaja mereka tiba di lokasi yang diminta oleh Kalai, OKT 2 nampak kereta jenis Chevrolet hijau parkir di hadapan 7-Eleven di Jalan Batu Nilam 5, Bandar Bukit Tinggi. Tiba-tiba beberapa kenderaan datang dan menghalang kereta OKT-OKT dan lelaki-lelaki ini keluar dan mengheret OKT-OKT keluar dari kereta sambal mengacukan pistol. Seorang lelaki yang mengacukan pistol telah membuka pintu belakang sebelah kanan kereta dan terus mengambil beg kanvas tersebut. Sama seperti keterangan OKT 1, OKT 2 juga mendakwa dia dipukul di bahagian kepala dan leher. OKT 1 hanya tahu siapa lelaki-lelaki itu dan barang yang ada di dalam beg kanvas itu adalah dadah ketika dia berada di balai polis. OKT 2 juga mendakwa telefon bimbit miliknya dirampas oleh SP5.OKT 2 mendakwa dia tiada kaitan dengan barang yang ada di dalam beg kanvas itu dan hanya menemani OKT 1 untuk mengambil walkie talkie di rumah Tiyagu dan untuk pergi makan. III. DW 3 - Lkpl Pirithiviraj a/l Rajandran Peranan DW3 adalah mengambil laporan polis oleh OKT 1 dan OKT 2 (ekshibit D35 dan D36) [34] Pihak pembelaan menghujahkan adalah tugas Mahkamah untuk membuat dapatan fakta bahawa pengedar dadah yang sebenar adalah Kalai dan Tiyagu. Menurut hujahan pihak pembelaan, Tiyagu adalah majikan OKT 1 manakala Kalai sebagai penyelia, telah memberikan arahan kepada OKT 1 untuk mengambil dan menghantar ekshibit P10 (beg kanvas) yang didakwa mengandungi walkie talkie. Kalai telah ditangkap pada 10.1.2023 dan disabitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 12(3) ADB
1952
Ini pada pandangan pihak pembelaan menunjukkan bahawa OKT-OKT hanya mengikuti arahan Tiyagu dan Kalai sedangkan aktiviti pengedaran dilakukan oleh mereka. [35] Mahkamah tidak akan mengulangi lagi kupasan kepada pembelaan OKT-OKT atas isu-isu yang dibangkitkan kerana telah diperjelaskan di atas. Namun, Mahkamah hanya ingin mengupas satu isu sahaja iaitu kaitan Kalai dan Tiyagu dengan dadah yang dijumpai oleh SP2 di dalam kereta yang dinaiki oleh OKT-OKT. [36] SP2 di dalam keterangannya memberitahu Mahkamah, bahawa hasil pemeriksaannya di dalam kereta yang dinaiki oleh OKT-OKT, beliau menjumpai (1) beg kanvas warna biru bertulis “Go Green” (ekshibit P10) yang didalamnya ada (1) bungkusan warna hijau bertulis "Da Guan Yin” (ekshibit P9A) mengandungi (1) paket lutsinar mengandungi dadah. SP2 menandakan “X” pada gambar No. 12 di ekshibit P5. OKT-OKT di dalam pembelaan mereka mendakwa beg kanvas itu sebenarnya diambil dari kerusi penumpang bahagian belakang pemandu di sebelah kanan. Namun, fakta ini tidak diletakkan kepada SP2 sebagai pegawai serbuan. [37] Kalau Mahkamah meneliti dan menimbang versi pembelaan, Mahkamah akan membuat dapatan berdasarkan peruntukan dan keputusan undang-undang yang jelas mengenainya. Beg kanvas biru itu diambil dari rumah Tiyagu kononnya berisi walkie talkie yang diminta oleh Kalai. OKT-OKT mendakwa mereka tidak tahu apa dalam beg kanvas itu dan menganggap kandungannya adalah walkie talkie. Adakah keterangan ini mencukupi untuk menunjukkan mereka tidak mempunyai pengetahuan atas kandungan beg kanvas tersebut. Apabila dadah dijumpai di dalam beg kanvas itu, pembelaan mendakwa ianya adalah sebenarnya milik Tiyagu dan Kalai. Adakah OKT-OKT mengetahui bahawa Tiyagu dan Kalai sebenarnya mengedar dadah. Oleh itu, apa sahaja yang diambil dari rumah Tiyagu seharusnya menimbulkan keraguan tentang kandungan beg atau apa jua barang yang diterima dari isteri Tiyagu iaitu Mathi. Namun, OKT-OKT mengambil pendekatan bahawa barang yang ada dalam beg kanvas itu adalah walkie talkie dan OKT 1 tanpa memeriksa apakah walkie talkie yang sebenarnya ada dalam beg itu terus membawanya pergi selepas mengesahkan dengan Mathi. Di dalam kes Yan Lan Hua v Pendakwaraya [2019] LNS 489, Mahkamah Rayuan memutuskan: “[44] It is settled law that the success of the defence of innocent carrier depends very much on the facts of each case, a matter that falls within the realm of the trial judge. Ignorance simpliciter is not sufficient to let an accused person off the hook as otherwise every other accused person will allude to that defence. It needs more than that. Without any reason for suspicion, or there is no right or opportunity of examination, ignorance can be a good defence… To rebut the presumption under section 37(d) of the Act, it was not sufficient for the accused to merely deny knowledge, she must go further and show she did not suspect and had no reason to be suspicious of the items in the said bag, that is, she was not guilty of willful blindness. Under the doctrine of willful blindness, if a man deliberately shuts his eyes to facts which he would prefer not to know, he is taken to have actual knowledge of the facts to which he shuts his eyes. Bagaimana pihak pembelaan mengaitkan dadah yang dijumpai bersama-sama OKT-OKT itu milik Tiyagu dan Kalai. Ini tidak dijelaskan oleh OKT 1 dan OKT 2 ketika mereka memberi keterangan. Kalai ditangkap dan disabitkan untuk kes lain bagi pertuduhan di bawah Seksyen 12(3) ADB 1952 dan berat dadah yang menjadi asas kepada pertuduhan Kalai semestinya lebih rendah dari dadah yang dijumpai dengan OKT-OKT. Mahkamah tidak dapat menerima tingkah laku OKT-OKT yang tidak memeriksa beg kanvas itu selepas mengambilnya dari Mathi dan mengambil sikap alpa apabila membawa beg kanvas itu ke kereta. Alasan mereka tidak tahu akan kandungan beg kanvas itu sehingga dibawa ke balai polis adalah tidak munasabah. Dadah dijumpai di dalam kereta dan hanya OKT-OKT sahaja di dalam kereta tersebut. [38] Dadah dijumpai oleh SP2 di dalam kereta yang dinaiki oleh OKT-OKT. Kereta itu milik bapa OKT 2. Tiada keterangan yang dikemukakan oleh pembelaan bahawa sebelum OKT 2 membawa kereta tersebut ada orang lain telah memandu kereta ini. Tiada sesiapa pun yang telah masuk dan keluar dari kereta tersebut sebelum SP2 dan pasukannya menyerbu OKT-OKT. Bavithran a/l Paramisivan lawan Pendakwa Raya [2023] 1 LNS 934 di mana diputuskan: “[66] The appellant’s brother (DW2) gave evidence that he had used the car on that day between 12 pm and 1 pm, and stated that the appellant was the person who used the car after DW2, and like PW7, DW2 gave evidence that the car was empty when it was in his possession. As such, it was only when the Toyota VIOS was subsequently used by the appellant that the impugned drugs somehow appeared in the car. [67] Accordingly, even the possibility of the threshold issue of access by others to the impugned drugs in the car is insufficiently substantiated. In other words, it cannot be said that the impugned drugs could also be attributed to the appellant’s family members or other persons (specifically Fong, see further below). This therefore provides no basis to the appellant’s argument that the prosecution had not excluded the possibility of access by others to the impugned drugs in the car. [68] The learned trial judge was therefore correct in arriving at her findings as follows: “[34] The evidence before this court disclosed the accused did not own the light blue coloured Toyota Vios. The said car was used by other member of the accused's family. The evidence further demonstrated that it was the accused who was the last person to drive the light blue coloured Toyota Vios prior to the impugned drugs being recovered in the said car. At that point of time, the accused was the individual who had control and custody of the said car. He drove the car alone and the keys to the light blue coloured Toyota Vios were with the accused until the impugned drugs were recovered”. III. Kedudukan laporan polis OKT-OKT (ekshibit D35 dan D36) [39] Ketika kes pembelaan, OKT-OKT mengemukakan laporan polis yang dibuat pada 15.6.2023.Di dalam laporan polis yang dibuat oleh OKT-OKT, mereka menyebut nama Tiyagu dan isterinya Mathi. Kedua-dua laporan polis ini tidak dikemukakan ketika kes pendakwaan, cuma disebut sepintas lalu oleh peguam cara OKT-OKT ketika pemeriksaan balas SP5. [40] Menurut SP5, siasatan atas nama-nama yang disebut di dalam laporan polis OKT-OKT tidak disebut di dalam rakaman percakapan mereka. OKT-OKT tidak memberikan butiran lengkap Thiyagu, Mathi dan Kalai walaupun OKT 1 secara peribadi mengenali mereka. Sekiranya benar mereka dianiaya oleh Thiyagu dan Kalai maka mereka telah memaklumkan kepada pihak polis ketika rakaman percakapan mereka tetapi ini tidak dilakukan. G. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [41] Setelah meneliti dan menimbangkan keterangan pihak pembelaan, Mahkamah mendapati keterangan pihak pembelaan tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa sebenarnya OKT-OKT mempunyai milikan atas barang kes dadah seperti di dalam pertuduhan. Mahkamah juga mendapati OKT-OKT gagal menimbulkan sebarang keraguan terhadap dapatan milikan dan pengetahuan dadah ke terhadapnya serta pengedaran seperti yang ditakrifkan di bawah Seskyen 2 ADB
1952
Saya telah mengingatkan diri saya kepada prinsip yang dinyatakan di dalam kes Mahkamah Rayuan Mohamad Nazarie Halidi v. PP & Another Appeal [2019] 6 CLJ 61 apabila Abang Iskandar menzahirkan bahawa: [43] He had earlier found that both the accused had failed to raise a reasonable doubt as to their guilt. Although the law says that an accused person charged with a criminal offence only needs to raise a reasonable doubt in order to get an acquittal, that does not mean that he can just advance a defence that would create fanciful doubts in the mind of the trial judge hearing his case. To amount to a 'doubt' that would, in law, entitle him to an acquittal, it must be a 'reasonable doubt'. What would amount, in law, as a 'reasonable doubt' had been defined by Lord Denning in the same case of Miller v. The Minister of Pensions (supra), as may be surmised as follows: it must be a doubt that lingers on the mind of a reasonable person, not of the type which is fanciful nor a fleeting/flitting one. It had also been remarked that a 'reasonable doubt' did not mean some light, airy, insubstantial doubt that may flit through the minds of any of us about almost anything at some time or other; it does not mean a doubt begotten by sympathy out of reluctance to convict; it means a real doubt, a doubt founded upon reasons. (See the case of K Gopal Reddy v. State of Andhra Pradesh (Supreme Court of India, 22 November 1978). Indeed, some legal commentators had also attempted to define a 'reasonable doubt' to mean, the doubt of men of good sense, not that of imbeciles or fools. [penekanan ditambah] Oleh itu, setelah menilai semua keterangan di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati OKT-OKT gagal mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37D ADB pada imbangan kebarangkalian dan seterusnya gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya terhadap OKT-OKT untuk pertuduhan yang dikenakan terhadapnya melampui keraguan munasabah. [42] Oleh itu, OKT-OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1) (a) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) ADB 1952. H. HUKUMAN [43] OKT-OKT di dalam rayuan untuk meringankan hukuman menyatakan bahawa OKT 1 berumur 28 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 5 tahun. OKT 1 adalah pesalah pertama dan mohon diberi peluang untuk menjalani hukuman penjara. OKT 2-pula ketika kejadian berumur 23 tahun dan juga seorang pesalah pertama. OKT anak sulung dan tidak bekerja. Kejadian ini telah mengubah minda OKT. Pihak pendakwaan pula memohon agar kedua-dua OKT dikenakan hukuman gantung sampai mati kerana kesalahan mengedar dadah adalah satu kesalahan yang serius dan ianya menjadi beban kepada negara. [44] Setelah Mahkamah menimbangkan mitigasi OKT dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini dalam menimbang hukuman yang sewajarnya atas OKT, turut mempertimbangkan bahawa dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, Seksyen 34 Akta yang sama memberikan pilihan kepada Mahkamah ini untuk memberikan hukuman berbentuk pemenjaraan seumur hidup bersama 12 kali sebatan terhadap pesalah yang disabitkan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 2952 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama ataupun hukuman gantung sampai mati. Untuk ini, Mahkamah mengikuti keputusan yang diberikan oleh Mahkamah Rayuan didalam Md Masud Rana v PP [2024] CLJU148, walaupun ianya melibatkan OKT yang disabit salah dibawah Seksyen 302 Kanun dimana OKT dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati, Mahkamah ini menuruti prinsip yang digariskan oleh Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut apabila mengulas tentang hukuman yang dikenakan keatas OKT: - “[36] In this situation, we are of the opinion that we can still consider the applicable legal principles in deciding whether the death penalty should be imposed or otherwise. The introduction of Act 846 does not in any way prevent us from referring to the basis of existing sentencing principle. [37] We also refer to the Official Statement of the Dewan Rakyat (Fifteenth Parliament, Second Term First Meeting) on 3.4.2023, which stated that Parliament’s intention to amend the existing law by introducing Act 846 to abolish the death penalty is an initial step in transforming the justice system crime in Malaysia. In addition, the basic principle behind every sentencing in Malaysia is the rehabilitation of prisoners so that they can return to society and become individuals who serve the family, community and country after completing their sentence. The Court also needs to thake this into account. [45] Berdasarkan otoriti di atas, Mahkamah ini mendapati OKT-OKT harus diberi peluang untuk berubah dan kembali ke pangkuan masyarakat selepas tamat hukumannya kelak. Hasrat Parlimen memansuhkan hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati bagi kes dibawah Seksyen 39B(1) (a) ADB 1952 tetapi memberi Mahkamah budi bicara untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan rotan kepada OKT yang disabit salah untuk kesalahan mengedar dadah adalah tujuannya adalah untuk memberi peluang kepada mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat selepas menjalani hukuman penjara. OKT-OKT masih mempunyai peluang untuk berubah selepas selesai menjalani hukumannya kelak, walaupun hampir ¾ masanya dihabiskan di penjara namun ianya bukan halangan untuk memberi peluang kedua buat OKT-OKT. Oleh itu, setelah Mahkamah mendengar hujah mitigasi OKT-OKT dan hujahan pemberatan hukuman oleh pihak pendakwaan maka Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan untuk setiap OKT-OKT. Barang-barang kes disimpan selamat oleh pihak pendakwaan sehingga tamat tempoh rayuan. Bertarikh 17 Oktober 2025 BAGI PIHAK PENDAKWAAN : Puan Farah Aqilah Binti Ahmad Fuad Timbalan Pendakwa Raya Kamar Penasihat Undang-Undang, Negeri Selangor Darul Ehsan, Aras 11-13 Corporate Tower, Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN PEGUAM BELA BAGI PIHAK TERTUDUH : Tetuan Sean Dudley & Associates, Peguambela & Peguamcara 2A, Tingkat, 1, Jalan Jinjang 27/54, Taman Alam Megah, 40400 Shah Alam,
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.