Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: WA-21NCvC-70-05/2022
WA-21NCvC-70-05/2022
High Court of Malaysia23 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an (lihat M.A. Clyde v Wong Ah Mei & Anor [1970] 2 MLJ 183 dan Insp. Mohd Noor Husri bin Johari & Ors v Natthanan Yoochomsuk (Pentadbir Estet dan Tanggungan Balamurugan a/l M Suppiah, Si Mati) & Anor [2022] MLJU 3795).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA WRIT SAMAN NO.: WA-21NCvC-70-05/2022
1
GAYATHRI A/P MARIMUTHU [Membawa Tindakan ini dalam kapasiti diri Sendiri dan sebagai Pentadbir sah estet
2
2.
3
GRACEY A/P MAISAK ... PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
MUHAMMAD IZANI HAIKHAL BIN RAMLI 25/08/2025 16:59:14
5
5.
6
6.
7
7.
8
8.
9
9.
10
10.
11
11.
12
12.
13
MOHAMMAD AMAR SYAFIQ BIN SHAHIDI @ SAIDI
14
14.
15
15.
16
16.
17
17.
18
18.
19
19.
20
20.
21
21.
22
22.
23
23.
24
24.
25
25.
26
26.
27
27.
28
28.
29
29.
30
30.
31
31.
32
32.
33
33.
34
34.
35
35.
36
36.
37
37.
38
38.
39
39.
40
40.
41
KERAJAAN MALAYSIA ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kes ini melibatkan tuntutan oleh ketiga-tiga Plaintif terhadap kesemua Defendan untuk kehilangan dan kerugian berikutan kematian anak dan adik kepada Plaintif-Plaintif yang didakwa disebabkan oleh kecuaian Defendan-Defendan semasa ahli keluarga Plaintif-Plaintif tersebut berada di bawah jagaan dan kawalan Defendan-Defendan
2
Selepas perbicaraan penuh yang telah dijalankan dan setelah menimbangkan pliding, keterangan lisan dan dokumen serta penghujahan pihak-pihak, saya mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan tuntutannya terhadap kesemua Defendan atas imbangan kebarangkalian. Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif-Plaintif telah ditolak.
3
Plaintif-Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah dan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan.
4
Latar belakang kes ini berdasarkan pliding pihak-pihak dan Fakta-Fakta Yang Dipersetujui adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
5
Plaintif-Plaintif Pertama, Kedua dan Ketiga adalah warganegara Malaysia yang beralamat di Taman Puchong Permai, Selangor dan adalah masing-masing kakak, bapa dan ibu kandung kepada Proosothaman a/l Marimuthu (‘Si Mati’).
6
Plaintif Pertama membawa tindakan ini dalam kapasiti sebagai Pentadbir sah estet serta bagi tanggungan-tanggungan kepada Si Mati menurut seksyen 8, Akta Undang-Undang Sivil 1956 (‘CLA 1956’). Surat kuasa mentadbir harta pusaka telah diberikan kepada Plaintif Pertama oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (‘MTKL’) pada 10.1.2022.
7
Plaintif-Plaintif Kedua dan Ketiga membawa tindakan ini dalam kapasiti diri sendiri serta sebagai tanggungan-tanggungan kepada Si Mati menurut seksyen 7 CLA 1956.
8
Pihak-pihak bersetuju bahawa, pada masa yang material, –
a
Defendan Ke-38 merupakan Pengarah Penjara Sungai Buloh (‘Penjara tersebut’);
b
Defendan Ke-39 adalah Komisioner Jeneral Penjara dan beralamat penyampaian di Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira, 43000 Kajang, Selangor; dan
c
Defendan Ke-40 adalah Menteri Dalam Negeri.
9
Turut dipersetujui bahawa Defendan Ke-41 adalah Kerajaan Malaysia.
10
10.
Preamble
Menurut Plaintif-Plaintif, –
a
Defendan-Defendan Pertama dan Kedua adalah pada masa yang material merupakan pegawai perubatan yang bertugas di Klinik Kesihatan Penjara tersebut dan, antara lainnya, bertanggungjawab untuk menyelia dan menjaga kebajikan Si Mati sepanjang masa Si Mati merupakan seorang tahanan di Penjara tersebut;
b
Defendan-Defendan Ketiga sehingga Ke-13 merupakan pegawai-pegawai penjara yang bertugas di Blok Kuarantin (Blok Damai) dan bertanggungjawab untuk menyelia dan menjaga kebajikan Si Mati semasa Si Mati berada di bawah jagaan dan kawalan mereka;
c
Defendan-Defendan Ke-14 sehingga Ke-27 adalah pegawai-pegawai penjara yang bertugas di Blok Abadi 1 dan bertanggungjawab untuk menyelia dan menjaga kebajikan Si Mati semasa Si Mati berada di bawah jagaan dan kawalan mereka; dan
d
Defendan-Defendan Ke-28 sehingga Ke-37 adalah pada masa yang material merupakan pegawai-pegawai yang bertugas di Klinik Kesihatan Penjara tersebut dan, antara lainnya, bertanggungjawab untuk menyelia, mengawasi dan menjaga kebajikan Si Mati sepanjang masa Si Mati merupakan seorang tahanan di Penjara tersebut.
11
Pihak-pihak bersetuju kepada fakta-fakta yang berikut:
a
Si Mati telah ditahan di Penjara tersebut sebagai seorang tahanan reman bagi pertuduhan di bawah seksyen 39A(1), Akta Dadah Berbahaya 1952 (‘DDA 1952’) di
b
semasa proses penerimaan masuk Si Mati ke Penjara tersebut, Si Mati tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan dan/ atau penyakit kronik;
c
sepanjang tempoh Si Mati berada dalam tempoh penahanan di Penjara tersebut, Plaintif-Plaintif telah beberapa kali melawat Si Mati di Penjara tersebut;
d
Si Mati telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh (‘Hospital tersebut’) pada 21.5.2019 untuk mendapatkan rawatan sehingga 25.5.2019. Si Mati telah disahkan meninggal dunia pada 25.5.2019 oleh pegawai perubatan disebabkan Multiple Organ Failure Due to Disseminated
e
sepanjang masa Si Mati berada di Hospital tersebut daripada 21.5.2019 hingga 25.5.2019, Hospital tersebut telah merawat Si Mati untuk penyakit disseminated tuberculosis dan juga septic shock serta multiorgan failure yang diakibatkan oleh penyakit tersebut. Akan tetapi, pada 25.5.2019 jam lebih kurang 3.45pm, Si Mati telah meninggal dunia;
f
suatu bedah siasat telah dijalankan ke atas Si Mati pada 27.5.2019. Suatu laporan pemeriksaan post-mortem Si Mati telah dikeluarkan oleh Dr Razuin Rahimi pada 10.10.2019 yang menyatakan bahawa sebab kematian Si Mati adalah kerana multiple organ failure due to disseminated tuberculosis; dan
g
pada setiap masa yang material, –
i
Si Mati berada di dalam tahanan Penjara tersebut sehingga kematian beliau pada 25.5.2018, Si Mati sepenuhnya di bawah tahanan, jagaan dan tanggungjawab Defendan-Defendan; dan
II
(ii) Defendan-Defendan mempunyai kewajipan (duty) kepada Si Mati untuk memastikan kebajikan dan keselamatan Si Mati, termasuklah untuk memastikan Si Mati berada di dalam kesihatan sihat dan untuk memberikan rawatan kesihatan yang sewajarnya jika beliau menghidap apa-apa penyakit.
12
12.
Preamble
Menurut Pernyataan Tuntutan Terpinda Semula (‘PT’), –
a
kematian Si Mati adalah diakibatkan oleh kecuaian dan/ atau peninggalan Defendan-Defendan dalam menjaga kebajikan dan kesihatan Si Mati. Butir-butir kecuaian yang diplidkan ialah –
i
gagal dan/ atau cuai untuk memeriksa kesihatan Si Mati sepanjang masa beliau berada di dalam tahanan;
II
(ii) gagal dan/ atau cuai untuk memberikan rawatan kesihatan yang segera dan sewajarnya kepada Si Mati apabila dia telah mengadu sakit;
III
(iii) hanya memberi Si Mati ubat Panadol walaupun dia demam teruk, sakit perut dan cirit-birit dan mengalami kesakitan yang melampau sehingga sukar berjalan (‘Kesakitan tersebut’);
IV
(iv) hanya membawa Si Mati ke Hospital tersebut untuk rawatan apabila keadaan Si Mati telah tenat; dan
v
gagal untuk memeriksa dan menjaga kesihatan Si Mati dan memberi rawatan yang segera dan sewajarnya yang telah menyebabkan kematian Si
b
selanjutnya atau secara alternatif, kematian Si Mati adalah disebabkan oleh keingkaran tanggungjawab statutori oleh Defendan-Defendan yang mana Defendan-Defendan telah gagal melunaskan tanggungjawab untuk menjaga kebajikan Si Mati sewaktu dalam tahanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Penjara 1955 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000;
c
dalam keadaan di mana Si Mati telah meninggal dunia sewaktu dia berada di bawah tahanan dan kuasa Defendan-Defendan, Plaintif-Plaintif akan bergantung kepada doktrin res ipsa loquitor;
d
jangkaan hidup Si Mati telah dipendekkan dan Plaintif-Plaintif serta estet Si Mati telah mengalami kehilangan dan kerugian;
e
keengganan, kegagalan dan/ atau kecuaian Defendan-Defendan untuk bertindak secara munasabah dan berjaga-jaga, berkemahiran dan usaha (reasonable care, skill and diligence) sewaktu Si Mati berada dalam jagaan Defendan-Defendan telah mengakibatkan kesakitan dan kesengsaraan (pain and suffering) yang berpanjangan kepada Si Mati. Oleh itu, Si Mati berhak menuntut gantirugi bagi kesakitan dan penderitaan di bawah seksyen 8 CLA 1956;
f
butir-butir gantirugi khas menurut seksyen 8 CLA 1956 (bagi estet Si Mati) ialah seperti yang berikut:
i
perbelanjaan pengebumian Si Mati sebanyak RM6,500.00;
II
(ii) kos dan fi guaman bagi permohonan surat kuasa mentadbir estet Si Mati di MTKL sebanyak RM9,000.00; dan
III
(iii) bayaran Laporan Pemeriksaan Post Mortem sebanyak RM1,000.00;
g
butir-butir menurut seksyen 7 CLA 1956 (bagi tanggungan Si Mati) ialah, antara lainnya, Si Mati adalah seorang lelaki muda berumur 26 tahun yang secara amnya sihat dan mempunyai pendapatan sebanyak lebih kurang RM1,500.00 sebulan. Plaintif-Plaintif Kedua dan Ketiga menerima daripada Si Mati sebanyak RM1,000.00 sebulan dan mereka bergantung kepada Si Mati untuk sokongan dan saraan dan dengan kematiannya beliau telah menanggung kehilangan dan kerugian;
h
Plaintif-Plaintif memohon gantirugi teruk dan/atau gantirugi teladan daripada Defendan-Defendan kerana gagal melaksanakan kewajipan untuk menjaga kebajikan Si Mati dan telah bertindak secara menindas dan arbitrari dalam mengabaikan Si Mati yang kemudiannya telah mati akibat daripada kelewatan mendapatkan pemeriksaan dan rawatan; dan
i
Plaintif-Plaintif menuntut untuk –
i
gantirugi am; gantirugi teruk, dan gantirugi teladan;
II
(ii) gantirugi khas berjumlah RM16,500;
III
(iii) gantirugi untuk kedukacitaan sebanyak RM30,000.00 menurut sub-seksyen 7(3A) CLA 1956;
IV
(iv) gantirugi am di bawah seksyen 7 CLA 1956 untuk tanggungan Si Mati;
v
gantirugi untuk manfaat estet Si Mati di bawah seksyen 8 CLA 1956; dan
VI
(vi) faedah dan kos. KES PIHAK-PIHAK
13
Secara ringkasnya, kes Plaintif-Plaintif ialah bahawa –
a
pada 5.5.2019, Si Mati telah memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif Kedua dan Ketiga ketika sesi lawatan di Penjara tersebut mengenai Kesakitan tersebut dan Penjara tersebut hanya memberikan ubat Panadol;
b
ahli keluarga Si Mati telah dimaklumkan oleh Dr Razuin Rahimi bahawa penyakit tuberculosis yang dihidap Si Mati seharusnya telah menunjukkan simptom beransuran seperti demam, batuk yang berpanjangan, batuk berdarah dan kehilangan berat badan dan selera makan;
c
kematian Si Mati adalah akibat daripada kecuaian dan/ atau peninggalan yang melampau oleh Defendan-Defendan yang menyebabkan kelewatan Si Mati mendapatkan pemeriksaan dan rawatan semasa Si Mati berada dalam tahanan di Penjara tersebut; dan
d
dalam apa jua keadaan sekalipun, Defendan-Defendan telah enggan dan/ atau gagal untuk memantau, memeriksa, menjaga dan memelihara kebajikan dan kesihatan Si Mati sepanjang beliau berada dalam tahanan di Penjara tersebut.
14
Manakala, kes Defendan-Defendan dirumuskan seperti yang berikut:
a
Si Mati telah ditempatkan di blok kuarantin untuk tempoh selama 14 hari sebelum ditempatkan di blok tahanan reman iaitu Blok Abadi 1 bersama-sama dengan tahanan yang lain;
b
pada 23.1.2019, 31.1.2019, 25.3.2019, 1.4.2019 dan 30.4.2019 Si Mati telah dibawa ke Mahkamah Majistret Klang bagi menghadiri prosiding mahkamah. Kemudianya Si Mati telah dihantar kembali ke Penjara tersebut pada hari yang sama;
c
pada 21.5.2019 lebih kurang jam 10.06 pagi, Si Mati telah membuat aduan kepada pegawai penjara yang bertugas bahawa Si Mati tidak sihat dan ingin mendapatkan rawatan di Klinik Penjara tersebut;
d
Pegawai Penjara yang bertugas telah membenarkan Si Mati bersama beberapa orang tahanan reman yang lain untuk pergi ke Klinik Penjara tersebut. Si Mati mampu untuk berjalan sendiri dan tidak memerlukan bantuan daripada sesiapa;
e
hasil pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh pegawai perubatan di Klinik Penjara tersebut, pegawai perubatan mendapati bahawa terdapat simptom-simptom sakit jantung yang dialami oleh Si Mati;
f
Si Mati telah dirujuk ke Hospital tersebut dengan kadar segera bagi mendapatkan rawatan rapi;
g
berdasarkan kepada rekod di Klinik Penjara tersebut, selain daripada aduan kesihatan yang dibuat oleh Si Mati pada 21.5.2019, Si Mati tidak pernah mengadu sakit atau mendapatkan rawatan kesihatan di Klinik Penjara tersebut;
h
bagi isu tanggungan secara vikarius oleh Defendan Pertama sehingga Defendan Ke-38, ia adalah tertakluk kepada pematuhan dan pemakaian seksyen-seksyen 5 dan 6, Akta Prosiding Kerajaan 1956;
i
Plaintif-Plaintif tidak berhak ke atas sebarang bentuk gantirugi, faedah, kos, relif dan/ atau perintah lain. Tuntutan gantirugi teladan dan gantirugi teruk adalah salah tanggapan yang nyata di sisi undang-undang; dan
j
Defendan-Defendan memohon agar tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan ditolak dengan kos. PERBICARAAN DAN ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN
15
Perbicaraan telah dijalankan selama dua hari. Plaintif telah memanggil seorang saksi manakala Defendan telah memanggil tujuh orang saksi untuk memberikan keterangan dalam kes ini.
16
Butir-butir mengenai saksi-saksi dalam kes ini adalah seperti yang berikut:
a
Marimuthu a/l Ponnan, pemandu lori (SP1);
b
Inspektor Mohamad Norsham Bin Abdul Halim, Inspektor
c
Mohd Nazri Bin Rajiman, Ketua Inspektor Penjara (SD2);
d
Mohd Farid Bin Yahya, Ketua Inspektor Penjara (SD3);
e
Dr. Yogga Raj a/l Munusamy, Pegawai Perubatan (SD4);
f
Hashim Bin Abu Hassan, Sarjan Penjara (SD5);
g
Faizullah Amin Bin Abdul Rahman, Sarjan Penjara (SD6); dan
h
Shamsul Izzat Bin Abdul Azib, Sarjan Penjara (SD7)
17
Isu-Isu Untuk Dibicarakan sebagaimana yang dipersetujui oleh pihak-pihak semasa pengurusan kes sebelum perbicaraan bermula adalah seperti yang berikut: “1. Sama ada terdapat kecuaian dan/atau perlanggaran kewajipan (“breach of duty”) oleh pihak Defendan-Defendan di dalam kes ini sebagaimana yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif di dalam Perenggan 22 Pernyataan Tuntutan.
2
Sama ada terdapat keingkaran tanggungjawab statutori (“breach of statutory duty”) menurut Akta Penjara 1955 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 oleh Defendan-Defendan di dalam kes ini sebagaimana yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif di dalam Perenggan 23 Pernyataan Tuntutan.
3
Sama ada Plaintif-Plaintif berjaya membuktikan dan/atau berhak terhadap relif/gantirugi yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif di dalam Perenggan-Perenggan 24 hingga 29 Pernyataan Tuntutan.
4
Sama ada Defendan Keempat Puluh Satu adalah bertanggungjawab secara vikarius terhadap segala tindakan, tugas, tanggungjawab atau peninggalan Defendan Pertama sehingga Defendan Keempat Puluh.”.
18
Dapatan Mahkamah mengenai Isu-Isu Untuk Dibicarakan dihuraikan di bahagian penghakiman ini yang seterusnya. Isu 1: Sama ada terdapat kecuaian dan/ atau perlanggaran kewajipan (“breach of duty”) oleh pihak Defendan-Defendan dalam kes ini sebagaimana yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam perenggan 22 PT
19
Seperti mana yang telah dinyatakan sebelum ini, antara fakta-fakta kes yang dipersetujui ialah bahawa Defendan-Defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga kepada Si Mati untuk memastikan kebajikan dan keselamatannya semasa berada di Penjara tersebut.
20
Oleh itu, Isu 1 telah dirangka dengan penumpuan terus kepada persoalan sama ada Defendan-Defendan telah melanggar kewajipan berjaga-jaga sebagaimana butir-butir kecuaian yang diplidkan dalam PT.
21
Plaintif-Plaintif telah bersandarkan kepada maxim res ipsa loquitor kerana kes ini melibatkan kematian Si Mati yang berlaku semasa Si Mati berada dalam tahanan (lihat M.A. Clyde v Wong Ah Mei & Anor [1970] 2 MLJ 183 dan Insp. Mohd Noor Husri bin Johari & Ors v Natthanan Yoochomsuk (Pentadbir Estet dan Tanggungan Balamurugan a/l M Suppiah, Si Mati) & Anor [2022] MLJU 3795).
22
Perkara utama yang dihujahkan oleh peguam Plaintif-Plaintif yang terpelajar ialah bahawa –
a
berdasarkan keterangan SD4, tuberculosis bukanlah suatu penyakit yang bertindak pantas dan ianya boleh dirawat;
b
Defendan-Defendan gagal mengambil tindakan sewajarnya walaupun mengetahui Si Mati sedang kesakitan. Dalam hal ini, SP1 telah memberikan keterangan bahawa semasa dia melawat Si Mati pada 18.5.2019, Si Mati mengadu tidak sihat dan dikatakan akan dibawa ke klinik dalam penjara dan diberikan Panadol sahaja. Semasa diperiksa balas, SD3 pula bersetuju Si Mati telah ditempatkan di Blok Abadi 1 iaitu di mana tahanan yang tidak sihat ditempatkan;
c
pembelaan Defendan-Defendan adalah penafian kosong semata-mata. Keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan bahawa Si Mati dalam keadaan yang tidak teruk sebelum dibawa ke Hospital tersebut pada 21.5.2019 adalah tidak munasabah kerana tuberculosis bukanlah penyakit yang bertindak pantas dan Si Mati tidak sedarkan diri dan memerlukan alat bantuan pernafasan sejurus selepas dia dimasukkan ke Hospital tersebut. Si Mati meninggal dunia empat hari kemudian kerana kegagalan organ-organ akibat tuberculosis. Defendan-Defendan juga gagal mengemukakan kad pesakit Si Mati, buku daftar klinik dan buku rekod pergerakan banduan yang membutirkan kesihatan Si Mati dalam tahanan. Yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan hanyalah salinan catatan pemeriksaan oleh SD4 apabila memeriksa Si Mati di Klinik Penjara tersebut pada 21.5.2019, 12.15 tengahari. Kegagalan Defendan-Defendan untuk mengemukakan dokumen-dokumen yang berkenaan dihujahkan menarik pemakaian seksyen 114(g), Akta Keterangan 1950 (‘EA 1950’); dan
d
Plaintif-Plaintif telah membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, bahawa Defendan-Defendan melanggar kewajipan berjaga-jaga mereka terhadap Si Mati dengan gagal untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk Si Mati yang membawa kepada kematiannya disebabkan tuberculosis.
23
Analisa mengenai keterangan lisan dan berdokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan dimulakan dengan merujuk kepada subperenggan 22(c) PT yang mana Plaintif-Plaintif telah memplidkan bahawa Si Mati hanya diberikan ubat Panadol walaupun dia telah mengalami sakit yang teruk seperti yang dinyatakan dalam perenggan 12 PT.
24
Perenggan 12 PT pula menyatakan bahawa Plaintif Kedua dan Ketiga telah berjumpa Si Mati di Penjara tersebut pada 5.5.2019 dan telah dimaklumkan oleh Si Mati bahawa dia mempunyai demam yang teruk, sakit perut, cirit-birit yang kesemuanya telah menyebabkan dia mengalami kesakitan yang melampau sehingga sukar untuk berjalan. Si Mati turut memaklumkan bahawa Penjara tersebut hanya membekalkan ubat Panadol sahaja untuk kesakitan yang dialaminya.
25
Walau bagaimanapun, dalam keterangannya di Mahkamah, SP1 menyatakan bahawa Si Mati memberitahu yang dia rasa kurang sihat sikit, dia okay dan dia cakap dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Tamil yang dia sihat (lihat jadual perbandingan antara fakta yang diplidkan dalam perenggan 12 PT dan keterangan SP1 di Mahkamah di perenggan 40, Hujahan Bertulis Defendan-Defendan, L90). Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SP1 adalah bercanggah dengan pliding di perenggan 12 PT.
26
Keterangan SP1 mengenai perjumpaannya dengan Si Mati pada 18.5.2019 langsung tidak diplidkan dalam PT.
27
Peguam Plaintif-Plaintif berhujah bahawa percanggahan keterangan SP1 yang dibangkitkan oleh Defendan-Defendan tidak mengubah kausa tindakan yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif iaitu kematian Si Mati adalah diakibatkan kecuaian atau peninggalan Defendan-Defendan dalam menjaga kebajikan dan kesihatan Si Mati dan secara alternatif, kematian Si Mati adalah disebabkan oleh keingkaran tanggungjawab statutori Defendan-Defendan.
28
Dalam hal ini Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan tahu Si Mati tidak sihat sebelum Si Mati dihantar ke Hospital Sungai Buloh pada 21.5.2019 tetapi Defendan-Defendan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memastikan Si Mati mendapatkan rawatan yang sewajarnya, yang mana jika ini telah dilakukan, penyakit tuberculosis yang dihadapi oleh Si Mati boleh dirawat dan tidak akan melarat sehingga membawa kepada sebab kematian iaitu multiple organ failure due to disseminated tuberculosis.
29
Plaintif-Plaintif hanya memanggil seorang saksi di peringkat perbicaraan yakni SP1. Plaintif-Plaintif bergantung semata-semata kepada keterangan SP1 untuk membuktikan pengetahuan Defendan-Defendan mengenai keadaan Si Mati yang dikatakan telah membuat aduan tidak sihat tetapi Defendan-Defendan cuai untuk memberikan rawatan kesihatan yang segera. Oleh itu, SP1 ialah seorang saksi yang sangat penting.
30
Walau bagaimanapun, kebolehpercayaan SP1 sebagai seorang saksi telah tergugat disebabkan percanggahan yang berlaku antara pliding dan keterangan lisan mengenai suatu fakta yang material kepada kausa tindakan Plaintif-Plaintif.
31
Di samping itu, SP1 turut memberikan keterangan mengenai fakta yang tidak diplidkan dalam PT sedangkan prinsip undang-undang jelas menetapkan bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding mereka masing-masing (lihat Giga Engineering & Construction Sdn Bhd v Yip Chee Seng & Sons Sdn Bhd & Anor [2015] 6 MLJ 449 dan kes-kes yang disebutkan dalam penghakiman kes tersebut seperti R Rama Chandran v The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145, Gimstern Corporation (M) Sdn. Bhd. & Anor v Global Insurance Co. Sdn. Bhd. [1987] 1 MLJ 302 dan K.E.P. Mohamed Ali v K.E.P. Mohamed Ismail [1981] 2 MLJ 10 serta Ab Latef & Associates (M) Sdn Bhd v. Govindasamy Suppiah [2016] 10 CLJ 1).
32
Plaintif-Plaintif turut menghujahkan bahawa anggapan di bawah seksyen 114(g), EA 1950 adalah terpakai atas kegagalan Defendan-Defendan untuk mengemukakan kad pesakit Si Mati, buku daftar klinik dan buku rekod pergerakan banduan.
33
Pada hakikatnya, beban untuk membuktikan “breach of a duty of care” terletak pada Plaintif-Plaintif (lihat seksyen-seksyen 101 hingga 103, EA 1950 dan kes-kes yang dirujuk oleh Peguam Persekutuan iaitu Johara Bi Binte Abdul Kadir Marican v. Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1981] 1 MLJ 139 dan Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank Bhd [2014] 6
34
Oleh yang demikian, dokumen-dokumen yang berkenaan sepatutnya dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk membuktikan keadaan kesihatan Si Mati, terutamanya sama ada Si Mati pernah mendapat rawatan sebelum 21.5.2019. Malahan di perenggan 21 PT, Plaintif-Plaintif menyatakan akan memperoleh penzahiran dan/ atau interogatori untuk menunjukkan hal keadaan sepenuhnya perkara yang diplidkan sebelum itu. Walau bagaimanapun, tiada permohonan untuk penzahiran dokumen atau interogatori yang telah dibuat.
35
Sebelum menutup analisa yang berkaitan dengan Isu 1, saya bersetuju dengan penghujahan Defendan-Defendan berkenaan pemakaian doktrin res ipsa loquitor dan bahawa, berdasarkan kepada factual matrix dalam kes di hadapan Mahkamah ini, doktrin tersebut tidak terpakai (lihat Teoh Guat Looi v. Ng Hong Guan [1998] 4 CLJ 416 dan Shalini Kanagaratnam v. Pusat Perubatan Universiti Malaya & Anor [2016] 6 CLJ 225).
36
Secara keseluruhannya, pada penilaian Mahkamah, Plaintif-Plaintif gagal membuktikan butir-butir kecuaian sebagaimana yang diplidkan atas imbangan kebarangkalian. Isu 2: Sama ada terdapat keingkaran tanggungjawab statutori (“breach of statutory duty”) menurut Akta Penjara 1955 dan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 oleh Defendan-Defendan dalam kes ini sebagaimana yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam perenggan 23 PT
37
Perenggan 23 PT menyatakan butir-butir keingkaran dengan merujuk kepada perenggan 22 PT dan peruntukan dalam Akta Penjara 1955 dengan Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Peruntukan yang spesifik tidak dinyatakan dalam PT.
38
Dalam penghujahan bertulis Plaintif-Plaintif, rujukan dibuat kepada Peraturan 272, Peraturan-Peraturan Penjara 2000 yang memperuntukkan bahawa – “272. Prisoners who appears to be in ill-health Every prison officer shall direct the attention of the Officer-in-Charge to any prisoner who may appear not to be in health, although not complaining of sickness, or whose state of mind may appear deserving of special notice and care, in order that the opinion and instructions of the Medical Officer may be taken on the case.”.
39
39.
Preamble
Menurut Plaintif-Plaintif, Peraturan 272 di atas meletakkan tanggungjawab statutori kepada Defendan-Defendan untuk memastikan kesejahteraan Si Mati sewaktu dalam tahanan dan untuk membawa Si Mati bagi mendapatkan rawatan sekiranya diperlukan.
40
Plaintif-Plaintif bergantung kepada penghujahan yang sama seperti untuk Isu 1 dalam menegaskan bahawa Defendan-Defendan gagal untuk memberikan rawatan yang diperlukan oleh Si Mati tanpa alasan yang munasabah dan kegagalan tersebut bermakna Defendan-Defendan telah mengingkari tanggungjawab statutori mereka. Kes-kes yang menjadi sandaran Plaintif-Plaintif ialah David Chelliah @ Kovilpillai Chelliah David v Monorail Malaysia Technology Sdn Bhd & Ors [2009] 4 MLJ 253 dan Rahaya bt Salleh v NikMohd Ghazali B Nik Zul Azhar & Ors and another appeal [2022] 5 MLJ 337.
41
Peguam Persekutuan yang terpelajar pula merujuk kepada kes Hu Sepang v. Inspector Keong On Eng & Ors. [1991] 2 CLJ 999 untuk mengukuhkan penghujahan mengenai elemen-elemen keingkaran kewajipan statutori yang perlu dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif iaitu: “… (a) the injury he has suffered is within the ambit of the statute, (b) the statutory duty imposes a liability to civil action, (c) the statutory duty was not fulfilled, and (d) the breach of duty has caused his injury …”.
42
Memandangkan Plaintif-Plaintif bergantung kepada penghujahan yang sama seperti untuk Isu 1 berhubung dakwaan kegagalan Defendan-Defendan untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya untuk Si Mati, alasan-alasan Mahkamah sebagaimana yang dihuraikan di bawah Isu 1 adalah terpakai. Justeru itu, Plaintif-Plaintif turut gagal membuktikan yang Defendan-Defendan telah mengingkari tanggungjawab statutori mereka.
43
Berikutan dengan dapatan Mahkamah berhubung dengan Isu 1 dan Isu 2, yang mana liabiliti Defendan-Defendan gagal dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian, maka Isu 3 dan Isu 4 semestinya dijawab secara negatif.
44
Berdasarkan alasan-alasan yang dihuraikan di atas, tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak dengan kos RM30,000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan. Bertarikh: 22 Ogos 2025 (ALIZA SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur Peguamcara Plaintiff-Plaintif: Zaid Malek Tetuan Daim & Gamany Peguam Persekutuan bagi pihak Defendan-Defendan: Siti Aishah Binti Ramlan (Syafiq Affandy Bin Hasan bersamanya) Bahagian Guaman, Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.