Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-52-08/2022
JA-12B-52-08/2022
High Court of Malaysia28 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Way & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484 [*480] and Gan Yook Chin & Anor v. Lee ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309).". [16] Mahkamah Persekutuan sekal”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12B-52-08/2022
1
{mendakwa sebagai 2. {ibubapa yang sah dan {orang tanggungan {Loganthiran a/l Ganggu {Naidu, simati}
3
{mendakwa sebagai wakil 4. {diri kepada pesaka {Loganthiran a/l Ganggu {Naidu, simati} … PERAYU-PERAYU
1
1.
2
LONGPLAS INDUSTRIES SDN BHD ... RESPONDEN-RESPONDEN [DI DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA SAMAN NO: JA-A51NCVC-30-03/2022
1
{mendakwa sebagai ibubapa yang 2. {yang sah dan orang tanggungan {Loganthiran a/l Ganggu Naidu, {simati}
3
{mendakwa sebagai wakil diri kepada 4. {pesaka Loganthiran a/l Ganggu {Naidu, simati} … PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
LONGPLAS INDUSTRIES SDN BHD ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah membenarkan tuntutan plantif-plaintif terhadap defendan-defendan dengan agihan liabiliti kecuaian 80% plaintif-plaintif dan 20% defendan-defendan. Jumlah award atas dasar 100% sebanyak RM105,000.00 untuk gantirugi am, RM18,849.00 untuk gantirugi khas beserta faedah dan kos juga diberikan kepada plaintif-plaintif. [2] Plaintif-plaintif telah merayu ke Mahkamah ini terhadap kedua-dua liabiliti dan kuantum. Defendan-defendan pula memfailkan rayuan silang atas isu lokus plaintif-plaintif di bawah s.8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 iaitu sebagai wakil diri dan ketiadaan surat kuasa pentadbir. [3] Mahkamah ini seusai pendengaran rayuan dan rayuan silang tersebut telah membenarkan dengan kos sebahagian rayuan S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA plaintif-plaintif dengan mengubah liabiliti kepada 50%-50% dan menambah award gantirugi am kesakitan dan kesengsaraan sebanyak RM125,000.00 dan gantirugi am kehilangan tanggungan sebanyak RM57,600.00. Manakala rayuan silang defendan-defendan telah ditolak tanpa perintah untuk kos. [4] Kedua-dua pihak kini merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini. [5] Sementara itu, Mahkamah ini telah membenarkan permohonan defendan-defendan untuk penggantungan pelaksanaan. [6] Berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini. Fakta-fakta [7] Plaintif-plaintif (P1 dan P2 masing-masing) membawa tindakan ini terhadap defendan-defendan (D1 dan D2 masing-masing) di bawah s. 7 dan s.8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 sebagai ibubapa yang sah dan tanggungan si mati Loganthiran a/l Gangga Naidu (si mati). [8] Tuntutan plaintif-plaintif berbangkit daripada satu kejadian kemalangan jalanraya antara motorsikal No. JJV 958 yang ditunggang oleh si mati dengan motorkar No. JSX 3896 yang dipandu oleh D1 dan dimilki oleh D2 pada 26.9.2019 jam lebih kurang 9.30 malam di Jalan Bistari 7, Selesa Jaya, Johor Bahru. [9] Saksi-saksi plaintiff-plaintiff adalah seramai 3 orang iaitu pegawai penyiasat polis sebagai “SP1”, P1 sebagai “SP2” dan P2 sebagai S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA “SP3”. Manakala saksi defendan-defendan adalah defendan pertama sahaja sebagai “SD1”. [10] Untuk isu liabiliti, keterangan dokumentari mengenai kejadian secara amnya datang daripada laporan maklumat pertama yang dibuat oleh SP2 kepada polis pada 17.9.2019 jam lebih kurang 1.16 pagi, laporan polis oleh si mati pada 23.10.2019 dan laporan polis oleh D1 pada 27.10.2019 jam lebih kurang 2.30 pagi. [11] Manakala keterangan lisan mengenai kejadian adalah daripada SP1 yang melawat tempat kejadian pada jam lebih kurang 3 pagi dan SD1 yang merupakan pemandu motokar yang terlibat. [12] Selain itu, keterangan SD2 dan SD3 adalah mengenai keadaan dan penjagaan si mati serta sumbangan si mati kepada mereka semasa hayatnya. [13] Untuk isu kuantum, keterangan dokumentari adalah berdasarkan laporan-laporan perubatan si mati yang tidak dipertikaikan. Analisis dan keputusan [14] Pertama sekali, prinsip-prinsip matan mengenai pendekatan yang perlu diambil oleh mahkamah yang mendengar rayuan terhadap keputusan mahkamah bawahan selepas perbicaraan penuh adalah jelas, iaitu mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengusik dapatan dan keputusan mahkamah di bawah melainkan sekiranya keputusan mahkamah di bawah tersebut adalah secara terang-terangannya salah (plainly wrong). S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA [15] Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 seperti berikut: - “... It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309 per Steve Shim CJ (Sabah and Sarawak). More recently this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v. Genisys Integrated Pte Ltd [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: It is well-settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Way & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484 [*480] and Gan Yook Chin & Anor v. Lee ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309).". [16] Mahkamah Persekutuan sekali lagi mengesahkan pemakaian prinsip tersebut di dalam kes yang agak terkini iaitu Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1. [17] Sementara itu, keadaan-keadaan di mana sesuatu keputusan mahkamah bawahan itu dikatakan sebagai secara terang-terangannya salah telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Nor Azlina Abdul Aziz v. Expert Project Management Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 58, seperti berikut: S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA "[20] Nevertheless there are occasions when appellate interference is warranted and these occasions have been well set out in numerous cases. Some of these occasions are:
a
where the trial judge took into account irrelevant considerations and failed to give due weight to relevant considerations (see Director of Forestry, Sabah & Anor v. Mau Kam Tong & Ors And Another Appeal [2010] 3 CLJ 377; [2010] 3 MLJ 509);
b
where there was no proper evaluation of the evidence by the trial judge (see Lee Nyan Hon & Brothers Sdn Bhd v. Metro Charm
c
where the decision arrived at by the trial court was without judicial appreciation of the evidence (see Gan Yook Chin & Anor v.
d
where a trial court has so fundamentally misdirected itself, that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions, would have arrived at the same conclusion (see Raja Lob Sharuddin Raja Ahmad Terzali & Ors v.
e
where the trial judge was plainly wrong in arriving at his decision (see Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97);
f
where a trial judge had so manifestly failed to derive proper benefit from the undoubted advantage of seeing and hearing witnesses at the trial, and in reaching his conclusion, has not properly analysed the entirety of the evidence which was given before him (see First Count Sdn Bhd v. Wang Yew Logging & Plantation Sdn Bhd [2013] 1 LNS 625; [2013] 4 MLJ 693 which followed the Privy Council case of Choo Kok Beng v. Choo Kok
g
where the judgment is based upon a wrong premise of fact or of law (see Perembun (M) Sdn Bhd v. Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1416; [2012] 4 MLJ 149).". [penekanan ditambah] [18] Selain itu, perkara penting yang harus dilihat dalam sesuatu kes sivil adalah mengenai beban pembuktian iaitu di atas imbangan kebarangkalian. Takrif ‘imbangan kebarangkalian’ (balance of probability) sebagai mana yang diputuskan di dalam kes Inggeris iaitu Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 sering dijadikan rujukan dan diterima pakai oleh mahkamah-mahkamah di dalam negara ini iaitu apabila Hakim Denning mentakrifkan frasa tersebut sebagai ‘more probable than not’ dan tidak sebagai mana yang dituntut bagi kes-kes jenayah iaitu ‘melampaui keraguan munasabah’ (rujuk: Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1). Isu Liabilti [19] Melalui Alasan Penghakiman, HMS membuat dapatan bahawa terdapat dua versi yang berbeza mengenai kemalangan seperti berikut (perenggan 13 Alasan Penghakiman): - “15. Berdasarkan keterangan kes, terdapat dua versi kemalangan yang berbeza dikemukakan oleh plaintif dan juga defendan. Versi plaintif ialah defendant telah membelok ke kiri secara tiba-tiba dan telah menghalang laluan si mati dan menyebabkan kemalangan. Manakala versi defendan pula ialah semasa SDl membelok ke kiri si mati telah cuba memotong motorkar SD1 dari sebelah kiri dan melanggar motorkar SD1.”. S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA [20] Namun, HMS di dalam dapatan akhirnya telah memutuskan seperti berikut (perenggan 25 dan 26 Alasan Penghakiman): - “25. Di dalam kes ini Mahkamah mendapati SD1 juga menyatakan beliau tidak nampak dan tidak sedar kehadiran motorsikal si mati sebelum membelok walaupun telah lihat cermin pandang belakang dan/atau cermin sisi kiri. Seperti yang diputuskan di dalam nas undang-undang di atas, Mahkamah mendapati SD1 juga cuai kerana tidak memberikan tumpuan penuh kepada keadaan sekeliling di dalam pemanduannya sehingga tidak sedar kehadiran motorsikal si mati sebelum membelok ke kiri.
26
Namun begitu kecuaian lebih besar disumbang oleh si mati kerana telah cuba memotong motorkar SD1 dalam keadaan terburu-buru dan tidak selamat. Si mati juga tidak memberikan penumpuan penuh kepada tunggangannya pada masa tersebut sehingga tidak menyedari lampu isyarat kiri yang telah dipasang oleh SD1 sebelum membelok.
27
Berdasarkan keterangan yang dikemukakan, Mahkamah memutuskan si mati menyumbang cuai 80% dan SD1 bertanggungan cuai 20%.”. [21] Pada pandangan Mahkamah ini, HMS adalah betul apabila memakai prinsip kes Tabarani Mohd Arshad v Chan Ten Yeu [1993] 3 CLJ 1888 yang memutuskan bahawa apabila hakim bicara berdepan dengan versi yang bertentangan maka versi yang lebih probable hendaklah dipilih. [22] Namun demikian, Mahkamah ini berpandangan HMS yang bijaksana telah terkhilaf apabila membuat dapatan akhirnya bahawa ‘si mati didapati telah cuba memotong motorkar SD1 dalam keadaan terburu-buru dan tidak selamat’ sedangkan dapatan S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA HMS sebelum itu turut mendapati bahawa ‘SD1 juga menyatakan beliau tidak nampak dan tidak sedar kehadiran motorsikal si mati sebelum membelok walaupun telah lihat cermin pandang belakang dan/atau cermin sisi kiri’ apabila mengumpukkan liabiliti 80% di pihak si mati dan 20% di D1. [23] Kekhilafan di sini, pada pandangan Mahkamah ini, adalah apabila HMS gagal untuk memberikan perhatian secukupnya mengenai keterangan yang tidak dipertikaikan bahawa terdapat sebuah motorkar lain yang sedang parkir di tepi jalan sebelum pintu masuk kilang tempat SD1 bekerja. Bahawa kedudukan kereta tersebut amat material untuk penentuan liabiliti juga jelas terzahir di perenggan 17 Alasan Penghakiman HMS seperti berikut: - “17. Adalah satu fakta yang tidak dinafikan bahawa terdapat sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan berdekatan dengan pintu pagar masuk ke kilang SDl. Kehadiran dan kedudukan kereta ini boleh dilihat dalam gambar PZ(a) dan (b). Kehadiran kereta tersebut telah menghalang SD1 untuk rapat sehabis mungkin ke kiri jalan sebelum membelok naik ke 'ramp' pagar kilang tersebut. Kedudukan terakhir kereta defendan semasa dan selepas pelanggaran berlaku dapat dilihat dengan jelas pada gambar D9.”. [24] Berikutan kedudukan kereta tersebut telah menghalang SD1 untuk rapat sehabis mungkin ke kiri jalan sebelum membelok naik ke ‘ramp’ pagar kilang tersebut, maka seharusnya wujud keadaan bahawa SD1 turut memiliki tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan keadaan adalah benar-benar selamat sebelum beliau membelok masuk ke kilang tempat kerjanya. [25] Justeru itu, keterangan SD1 bahawa beliau tidak nampak dan tidak sedar kehadiran motorsikal si mati sebelum membelok walaupun S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA telah lihat cermin pandang belakang dan/atau cermin sisi kiri secara sendirinya menunjukkan bahawa SD1 juga telah gagal dalam tanggungjawabnya memastikan keadaan sekeliling adalah benar-benar selamat sebelum SD1 membelok masuk ke kilang tempat kerjanya [rujuk: Miskinah Jaya & Ors v Mohammad Salleh & Anor [1984] 1 MLJ 187]. [26] Justeru, dalam keadaan keterangan yang sedemikian, Mahkamah ini mendapati ketidakcukupan perhatian HMS kepada kesan kewujudan kenderaan yang sedang parkir tersebut (the effect of the stationary car) kepada kedua-dua si mati dan D1 adalah sama, iaitu masing-masing mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk memastikan keadaan adalah selamat, bagi si mati untuk memotong dan bagi D1 untuk membelok. [27] Maka, kecuaian 80% si mati dan kecuaian 20% SD1 seperti mana yang diputuskan oleh HMS, menunjukkan bahawa HMS telah mengenakan tanggungjawab untuk memastikan keselamatan yang berbeza di antara si mati dan D1 dalam latar belakang fakta sedia ada. Malahan dapatan HMS bahawa ‘si mati didapati telah cuba memotong motorkar SD1 dalam keadaan terburu-buru dan tidak selamat’ adalah satu dapatan yang lebih bersifat spekulasi kerana tidak disokong dengan apa-apa keterangan, atau jika pun ia adalah satu inferen, maka inferen tersebut nyata berat sebelah berdasarkan tanggungjawab si mati dan D1 yang sepatutnya sama sebagai mana yang dijelaskan sebelum ini. [28] Atas alasan tersebut, Mahkamah ini berpuashati bahawa berdasarkan versi bertentangan yang wujud, dan berdasarkan S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA keseluruhan keterangan sedia ada, pembahagian kadaran liabiliti adalah lebih sesuai dan selamat, di atas imbangan kebarangkalian, untuk diumpukkan sama rata iaitu 50%-50% di antara si mati dan D1, dan itulah keputusan Mahkamah ini. Isu Kuantum [29] Beralih kepada isu kuantum, prinsip matan mengenai rayuan terhadap kuantum gantirugi telah disimpulkan dengan jelas oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, yang mana Mahkamah ini bersetuju dengannya, di dalam kes Kovalan Rajoo v. Hanif Muhamad Pauzi [2016] 2 CLJ 965, seperti berikut: - "[12] In light of the above Federal Court's decision, the legal proposition in an appeal against an award for damages could be surmised as follows:
i
The onus on an appellant is a heavy one;
II
(ii) The appellant must satisfy the appellate court-
a
that the trial judge acted on wrong principle of law; or
b
the damages awarded is so extremely high or low to make it an entirely an erroneous estimate of damages, in other words, it is plainly unreasonable; or
c
the trial judge omitted to consider some relevant materials or admitted some irrelevant considerations, resulting in the award of damages being wholly inaccurate. In other words, if the trial judge had considered the relevant materials or did not take into consideration the irrelevant considerations, the trial judge would S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA have come to an award entirely different from the one he had awarded;
III
(iii) the award of damages in each case stands by itself; and
IV
(iv) it is not enough for the appellant to show there is a balance of opinion or preference. [13] The mere fact that one judge's award is different from another judge's award does not form as a basis for an appellate court to disturb the awad of damages by the lower court. The award of damages in every case stands by itself - it depends on the age, sex and degree of injury and the chances and degree of recovery as well. Occasionally, it also depends on the available options for medical treatments. [14] A compendium is merely a compilation of information on court awards of damages. The information in the compendium may indicate the trend of the award of damages outside the range found in the compendium is not necessarily a reason for the appellate court to disturb the award of damages. The appellate court will only disturb the trial judge's award of damages if and only if the trial judge's award of damages is so very wrong or seriously wrong that no reasonable judge would have awarded the amount for the same set of facts. [15] An award of damages leaning to one end of the scale found in a compendium does not tantamount to an award that is very wrong or seriously wrong; it is merely the exercise of the trial judge's discretion. This does not form a basis for an appellate court to interfere with the discretion of the trial judge. The compendium's scale should not be used as a basis for an appeal against the exercise of the judge's discretion in deciding the award of damages. S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA [16] The appellate court should not interfere with the exercise of discretion by the trial judge unless the award of damages is so very wrong or seriously wrong that it is plainly unreasonable." [30] Panduan lain yang Mahkamah ini berikan perhatian adalah melalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes United Plywood & Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 1 LNS 164, iaitu apabila YA Gill (ketika itu) memperkenalkan ujian ‘good gracious’ seperti berikut: "... As has been said again and again, the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can be in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for injury he has suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardised or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as useful guide. The general principle is that an appellate court can only interfere with an assessment If it Is considered so inordinately low or inordinately high as to make the court exclaim. 'Good gracious, is that the sum which has been awarded-that sum must be altered', or if It is so much out of line with the discernible trend or pattern of awards in reasonably comparable cases that it must he recorded as a wholly erroneous estimate...".” Gantirugi Am [31] Gantirugi am yang dirayu di sini adalah terhadap penolakan 70% daripada jumlah RM250,000.00 (dipersetujui oleh plaintif-plaintif) S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA untuk kesakitan dan kesengsaraan (pain and suffering) yang dialami oleh si mati dari tarikh kemalangan sehingga kematiannya. Adalah tidak dipertikaikan si mati telah mendapat kecederaan ‘fracture of vertebrae causing paraplegia’. [32] Melalui Alasan Penghakiman, Mahkamah ini mendapati tolakan 70% tersebut dibuat berdasarkan dapatan HMS bahawa si mati sedar walau pun lumpuh separuh badan untuk tempoh 8 bulan selepas kemalangan iaitu sebelum beliau meninggal dunia. Selain itu, HMS juga telah mengambil perhatian bahawa si mati telah membuat laporan polisnya sendiri pada 23.10.2022 iaitu 3 minggu selepas kemalangan. [33] Pada pandangan Mahkamah ini, walau pun perkara tolakan sebegini merupakan budibicara HMS, namun pendekatan yang telah diambil oleh HMS adalah tidak selaras dengan nas-nas yang dijadikan panduan iaitu ‘tahap kesedaran’ dan ‘tempoh hidup si mati selepas kemalangan’. [34] Dalam hal ini, Mahkamh ini bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa ‘bedsores’ yang dinyatakan dalam sijil mati si mati merupakan kesan-kesan kebiasaan bagi pesakit yang mengalami kelumpuhan badan sama ada sebahagian atau penuh. [35] Seterusnya, tempoh hidup selama 8 bulan daripada tarikh kemalangan sehingga si mati meninggal dunia serta keadaan si mati yang sedar dalam tempoh tersebut menunjukkan si mati telah terpaksa menanggung kesakitan dan kesengsaraan akibat kemalangan dalam tempoh yang substantif. Maka potongan, jika S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA ada, sepatutnya lebih cenderung kepada peratusan yang kecil berbanding dengan potongan 70% yang diberikan oleh HMS yang pada pandangan Mahkamah ini lebih sesuai dipakai dalam kes-kes di mana tahap kesedaran adalah rendah (rujuk: Moo Ah Kow v TNB Distribution Sdn Bhd [2009] 1 LNS 1472). [36] Dalam konteks ini, Mahkamah ini merujuk kepada kes Rasidin Binpartorjo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214, [1976] 1 LNS 123, di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: - “The principle upon which an appellate court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v. Powell Duffryn Associated Collieries Ltd
2
at pp 616-617 as follows: Where the award is that of the judge alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as there is generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on a question of the amount of damages. It is difficult to lay down any precise rule which will cover all cases, but a good general guide is given by Greer LJ in Flint v. Lovell. In effect the court, before it interferes with an award of damages, should be satisfied that the judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for these or other reasons made a wholly erroneous estimate of the damage suffered. It is not enough that there is a balance of opinion or preference. The scale must go down heavily against the figure attacked if the appellate court is to interfere, whether on the ground of excess or insufficiency.”. S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA [37] Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam plaintif-plaintif sekaligus memutuskan bahawa potongan 40% daripada jumlah RM250,000.00 yang dipersetujui adalah lebih munasabah bagi menunjukkan prinsip ‘kecenderungan’ bahawa semakin tinggi tahap kesedaran semakin rendah tahap potongan yang patut dibuat sebagai mana menurut nas-nas sedia ada mengenainya. Maka, Mahkamah ini mengubah menaikkan award pain and suffering daripada RM75,000.00 (30% x RM250,000.00) yang diberikan oleh HMS kepada RM150,000,00 (60% x RM250,000.00) Gantirugi Khas [38] Seterusnya, award gantirugi khas yang dirayu oleh plaintif adalah hanya untuk tuntutan kehilangan tanggungan (loss of support) di bawah s.7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 yang mana tidak dibenarkan oleh HMS. [39] Dalam hal ini Mahkamah ini mendapati HMS telah menolak tuntutan atas dasar tiada bukti dokumentari dikemukakan oleh plaintif-plaintif bagi menunjukkan si mati semasa hayatnya telah bekerja sebagai kelindan membantu ayahnya (P2) sebagai pemandu lori. [40] Pada pandangan Mahkamah ini, hanya di atas sebab ketiadaan apa-apa bukti dokumentari mengenai pekerjaan si mati tidak seharusnya menjadikan keterangan lisan yang sedemikian harus ditolak oleh Mahkamah. Soalnya di sini adalah sama ada terdapatnya keterangan yang sebaliknya di kemukakan oleh defendan-defendan bagi menafikan keterangan lisan yang sedemikian, atau sama ada keterangan sedemikian adalah sesuatu yang inherently incredible yang melayakkannya untuk ditolak. S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA [41] Dalam hal ini, Mahkamah ini bersetuju bahawa adalah sesuatu yang biasa dalam tradisi masyarakat di negara ini bahawa seorang anak akan membantu bapanya apabila telah dewasa, tidak ada yang inherently incredible tentang itu. [42] Perlu diingatkan bahawa tuntutan di bawah s.7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 ini lazimnya tidak memerlukan pembuktian ketat sebagai mana tuntutan gantirugi khas. [43] Oleh yang demikian Mahkamah ini membenarkan tuntutan ini, sebagai tambahan kepada award HMS, setakat si mati menyumbang RM300.00 sebulan sebagai jumlah multiplicand yang munasabah, menjadikan jumlah keseluruhan yang dibenarkan adalah sebanyak RM57,600.00 (RM300.00 x 12 bulan x 16 tahun) berdasarkan multiplier yang terpakai untuk kehilangan tanggungan di bawah sub-s.7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956. [44] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah RM80,000.00 yang diberikan oleh HMS sebagai loss of earning capacity yang dikira atas dasar post-trial adalah munasabah dan sesuai untuk diberikan berdasarkan kecederaan plaintif yang bersifat berterusan dan mempunyai risiko untuk plaintif sekali lagi ditamatkan pekerjaannya sekarang sebagai pemandu sambilan. Rayuan Silang Defendan-Defendan Atas Isu Lokus [45] Dalam perkara ini, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa plaintif-plaintif mempunyai lokus untuk membawa tindakan ini di bawah s.8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 apabila membuat pindaan kepada Writ Saman dan Penyata Tuntutannya pada S/N J4vzREx7Zkan59cizyovJA
19
19.1.2022 dan apabila Surat Kuasa Pentadbir diperoleh oleh plaintif-plaintif pada 13.10.2021 dan 15.12.2021. Penutup [46] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpuashati untuk memutuskan untuk membenarkan sebahagian rayuan plaintif-plaintif untuk isu liabiliti dan kuantum sebagai mana yang dinyatakan di atas dengan kos dan menolak rayuan silang defendan-defendan tanpa perintah untuk kos. Bertarikh: 12hb FEBRUARI 2025 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Hakim Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam untuk Perayu-Perayu: Khairul Aiman bin Kamar Rozaman Tetuan G. Dorai & Co. No. 7, Jalan Mawar 1, Taman Mawar, 48000 Rawang, Selangor. Peguam untuk Responden-Responden: Samreet Singh Sagoo Tetuan Lovelace & Hastings Unit 5-2, 5th Floor, Wisma Bandar No. 18, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur.
1
Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441;
2
Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1;
3
Nor Azlina Abdul Aziz v. Expert Project Management Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 58;
4
Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372;
5
Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1;
6
Tabarani Mohd Arshad v Chan Ten Yeu [1993] 3 CLJ 1888;
7
: Miskinah Jaya & Ors v Mohammad Salleh & Anor [1984] 1 MLJ 187;
8
Kovalan Rajoo v. Hanif Muhamad Pauzi [2016] 2 CLJ 965;
9
United Plywood & Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 1 LNS 164;
10
Moo Ah Kow v TNB Distribution Sdn Bhd [2009] 1 LNS 1472;
11
Rasidin Binpartorjo v Frederick Kiai [1976] 2 MLJ 214, [1976] 1 LNS 123. Undang-undang dirujuk:
1
s.7 Akta UndangUndang Sivil 1956;
2
sub-s.7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil 1956;
3
s.8 Akta Undang-Undang Sivil 1956.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.