Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 358 – 06/2023
JA-A53KJ-358-06/2023
Sessions Court of Malaysia27 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“70. Dalam kes Munusamy V Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act 1950 lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholdi”
“est of the evidence and the probabilities of the case. It may be well to also remember what was said by Lord Wright and often quoted from his judgment in Powell & Wife v Streatham Manor Nursing Home [1935] AC 243 267, of the possibility of judges being deceived by adroit or plausible knaves or by apparent innocence. Mu”
“39. Mahkamah merujuk kepada kes STU V The Comptroller of Income Tax [1962] MLJ 220 di m/s 221, Tan Ah Tah H (pada masa itu) menyatakan: “In this case certain explanation given by the appellant to the officers of the Income Tax Department were rejected on the ground that there was”
“es-kes Tan Eng Siew & Anor v Dr Jagjit Singh Sidhu & Anor [2006] 1 MLJ 57, CIMB Bank v Muhammad Shakir bin Mohamad Zakaria [2013] 8 MLJ 769 dan AmGeneral Insurance Berhad v Laile bt Mohd Yusof & Anor [2020] MLJU 475.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. JA – A53KJ – 358 – 06/2023
1
Gobalan A/L Arumugam, sebagai bapa yang sah dan penanggungan kepada Pavithra Deiwi A/P Gobalan, simati, untuk diri sendiri
2
Aanathavali A/P Subramaniam, sebagai ibu yang sah dan penanggungan kepada Pavithra Deiwi A/P Gobalan, Simati, untuk diri sendiri
3
Gobalan A/L Arumugam sebagai wakil diri dan/atau pentadbir kepada harta pusaka Pavithra Deiwi A/P Gobalan, Simati, di bawah Seksyen 8 Akta Undang-Undang (Pindaan) Sibil, 1984
4
Aanathavali A/P Subramaniam, sebagai wakil diri dan/atau pentadbir kepada harta pusaka Pavithra Deiwi A/P Gobalan, Simati, di bawah Seksyen 8 Akta Undang-Undang (Pindaan) Sibil, 1984k Diri Sendiri
5
Vekneswaran A/L Balakrishnan S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw … PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
SOCAR MOBILITY MALAYSIA SDN BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif-plaintif membawa tindakan ini terhadap defendan-defendan lanjutan satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 21.6.2020 lebih kurang pukul 7.15 malam yang melibatkan motokar no. VCN 5537 (“motorkar tersebut”) yang terbabas di Jalan Gaya 11, Johor Bahru.
2
Pada masa kejadian motorkar tersebut yang dimiliki oleh defendan kedua (D2), dipandu oleh defendan pertama (D1) dan ditumpang oleh simati dan plaintif kelima.
3
Pada 27.3.2025, di akhir perbicaraan kes, Mahkamah memutuskan D1 bertanggungan cuai 10% dan D2 bertanggungan S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw cuai 90% sementara simati tidak menyumbang cuai. Mahkamah juga membuat taksiran gantirugi seperti lazimnya untuk plaintif-plaintif di dalam kes ini.
4
D2 tidak berpuas hati dengan dapatan liabiliti terhadapnya dan merayu ke Mahkamah Tinggi.
5
Ini merupakan alasan penghakiman Mahkamah terhadap dapatan liabiliti sahaja.
6
Saksi-saksi yang dipanggil berkenaan dengan isu liability adalah seperti berikut: i. Inspektor Kelly Lee Ya Yek (SP2); ii. Vekneswaran a/l Balakrishnan (SP3/P5); iii. Saravanan a/l Balakrishnan (SP4/D1) iv. Zulhemi bin Othman (SD1).
7
Fakta dalam kes ini adalah ringkas dan jelas.
8
Pada sekitar 21.6.2020, SP4/D1 telah menyewa motorkar tersebut daripada jam 1.00 tengah hari hingga 9.00 malam melalui aplikasi SoCAr D2. SP3/P5 dan simati merupakan penumpang di dalam S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw motorkar tersebut. SP3/P5 berada di bahagian penumpang hadapan dan simati berada di bahagian tempat duduk belakang.
9
Pada sekitar jam 7.15 malam, SP4/D1 sedang memandu motokar tersebut dari Ulu Tiram menuju ke Taman Desa Tebrau menghampiri persimpangan Jalan Gaya 11 apabila berlaku suatu kemalangan di mana motokar tersebut hilang kawalan ketika SP4/D1 ingin membelok ke kanan dan kemudian merempuh bahu jalan (rujuk rajah kasar P2 di bawah).
10
Daripada rajah kasar P2 tersebut, arah perjalanan motorkar tersebut ialah dari bawah di lorong A-B menghala ke atas ke arah S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw simpang untuk membelok ke kanan apabila hilang kawalan dan terbabas di kawasan yang bertanda “X”.
11
Akibat kemalangan tersebut simati mengalami kecederaan parah dan di bawa ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru di mana simati meninggal dunia pada hari yang sama.
12
Manakala SP3/P5 mengalami kecederaan-kecederaan seperti berikut:
a
Right first rib fracture with lung contusion; dan
b
L3 compression fracture and left L1, L2, and L3 transverse processes fracture. (rujuk ms 31 Ikatan C).
13
Keterangan SP4/D1 yang dipanggil sebagai saksi plaintif adalah motorkar tersebut berada dalam keadaan yang baik semasa diambil di premis D2. Motorkar teresebut juga tidak mengalami sebarang masalah brek sepanjang masa SP4/D1 menggunakannya dari Johor Bahru ke Kota Tinggi dan kembali ke Johor Bahru dalam jarak 131 kilometer.
14
SP4/D1 turut mendakwa tiada apa-apa kelipan amaran brek yang menyala dari papan pemuka motorkar tersebut pada sepanjang S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw masa untuk memberi amaran bahawa brek motorkar tersebut tidak berfungsi atau mengalami masalah.
15
SP4/D1 hanya menyedari brek motorkar tersebut tidak berfungsi apabila mereka menghampiri simpang tersebut dan SP4/D1 ingin memperlahankan dan memberhentikan motorkar teresebut sebelum membelok ke kanan.
16
Keterangan SP4/D1 ini juga konsisten dengan keterangan SP3/P5. Keterangan SP3/P5 ialah sebelum kemalangan itu berlaku, pada sepanjang perjalanan dan penggunaan motorkar tersebut, brek motorkar berfungsi dengan baik. SP3/P5 turut mengesahkan pemeriksaan pada motorkar tersebut semasa di premis D2 menunjukkan motorkar tersebut dalam keadaan yang baik dan memuaskan.
17
SP3/P5 tahu bahawa brek motorkar tersebut tidak berfungsi apabila SP4/D1 menjerit brek tidak boleh digunakan dan melihat sendiri SP4/D1 telah cuba menekan brek berulang kali tetapi motorkar tersebut tidak Berjaya diperlahankan atau berhenti.
18
Kes disiasat oleh pegawai penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek (SP2). SP2 menyediakan rajah kasar P2 dan mengambil gambar-gambar kemalangan (eksibit P1(a) – (i)). Siasatan SP2 tertumpu S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw kepada punca nahas kemalangan di mana SP2 menghantar motorkar tersebut ke PUSPAKOM bagi pemeriksaan lanjut.
19
Laporan Puspakom motorkar tersebut (m/s 27 – 28 Ikatan B) mendapati ‘… keseluruhan kenderaan remuk dari hadapan kenderaan hingga ke bahagian belakang kenderaan.’ Manakala, keadaan brek kaki dan brek tangan motorkar tersebut tidak dapat diuji kerana tiada kunci kenderaan (ignition) dan motorkar dalam keadaan total loss.
20
Siasatan lanjut SP2 di tempat kemalangan mendapati tiada apa-apa kesan brek di temmpat kemalangan. Kawasan kemalangan merupakan kawasan perumahan dan had laju di kawasan tersebut ialah 60 km/j.
21
Pada 16.3.2021 SP2 mendapat arahan untuk menghantar semula motorkar tersebut kepada pihak Puspakom atas arahan Timbalan Pendakwa Raya bagi pengesahan sama ada brek motorkar tersebut gagal berfungsi atau sebaliknya. Motorkar tersebut telah diserahkan kembali kepada pihak D2 pada 23.6.2020 selepas pemeriksaan Puspakom yang pertama. Namun apabila SP2 berjumpa dengan wakil D2, SP2 dimaklumkan bahawa motorkar tersebut telah dilupuskan. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
22
SP2 diberikan surat pelupusan bertarikh 19.1.2021 oleh D2 yang menyatakan motorkar tersebut telah dilupuskan oleh D2 (rujuk eksibit P4). Oleh yang demikian SP2 tidak dapat menghantar semula motorkar tersebut untuk pemeriksaan Puspakom.
23
Keputusan siasatan SP2 ialah Refer to Magistrate (RTM) kerana SP2 berpendapat terdapat kecuaian kedua-dua pihak iaitu pemandu dan pemilik motorkar. Kecuaian pemilik motorkar menurut SP2 ialah gagal memastikan motorkar berada dalam keadaan roadworthy iaitu selamat dan/atau layak untuk berada di atas jalan raya.
24
D2 berhujah bahawa plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap D2 kerana tiada sebaran bukti dikemukakan oleh plaintif untuk membuktikan brek motorkar tersebut tidak berfungsi sehingga menyebabkan kemalangan. Keterangan SP2 ialah SP2 bersetuju bahawa SP4/D1 cuai semasa pemanduan motorkar tersebut dan pemeriksaan brek motorkar tersebut gagal diputuskan melalui pemeriksaan Puspakom. Dalam kata lain Tiada ‘link of causation’ di antara kerugian dan kecederaan yang di alami plaintif-plaintif dengan tindakan D2 kerana plaintif-plaintif gagal membuktikan brek motorkar tersebut adalah punca kepada kemalangan yang berlaku. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
25
Selain itu D2 telah mengemukakan rekod-rekod servis motorkar mulai Ogos 2019 sehingga Februari 2020 yang jelas menunjukkan motorkar tersebut telah diservis dengan baik dan tiada apa-apa kerosakan dilaporkan dalam tempoh tersebut.
26
D2 juga berhujah bahawa keterangan saksi-saksi plaintif SP2, SP3/P5 dan SP4/D1 bercanggah di antara satu sama lain mengenai punca kemalangan tersebut.
27
Selain itu, ketidakhadiran SP4/D1 dan tiada pembelaan difailkan oleh SP4/D1 menandakan pengakuan liability SP4/D1 walaupun SP4/D1 memberi keterangan di Mahkamah.
28
D2 berhujah bahawa D2 tidak bertanggungan vikarius terhadap SP4/D1 kerana tiada apa-apa hubungan istimewa antara kedua-duanya dan kemalangan berlaku bukannya dalam tempoh SP4/D1 melaksanakan pekerjaan bagi D2 (rujuk Tan Eng Siew & Anor v Dr Jagjit Singh Sidhu & Anor [2006] 1 MLJ 57).
29
Hubungan D2 dan SP4/D1 ialah berdasarkan kontrak iaitu kontrak penyewaan motorkar (General Terms and Conditions of SOCAR) tersebut yang dimasuki oleh SP4/D1 apabila menyewa motorkar tersebut daripada D2. Pihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma di bawah kontrak tersebut termasuk Fasal 17.2 Terma Sewa yang memperuntukkan SP4/D1 bertanggungjawab ke atas S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw penumpang-penumpang motorkar tersebut pada masa yang material iaitu simati dan SP3/P5.
30
D2 juga berhujah doktrin volenti non-fit injuria turut terpakai di dalam kes ini. Ini berdasarkan fakta bahawa simati dan SP3/P5 telah bersama-sama menaiki motorkar tersebut dengan rela hati, maka kedua-dua mereka memahami, rela dan bersetuju untuk berada bawah tanggungjawab D1. Kematian simati dan kecederaan SP3/P5 disebabkan oleh kecuaian SP4/D1 yang mana simati dan SP3/P5 memahami risiko yang mungkin dihadapi apabila menaiki motorkar tersebut bersama-sama SP4/D1. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Punca kemalangan 31. Fakta bagaimana kemalangan ini boleh berlaku adalah tidak dipertikaikan. Pertikaian adalah berkisar kepada punca kemalangan iaitu sama ada disebabkan kecuaian pemanduan SP4/D1 ataupun kerosakan brek motorkar tersebut.
32
Mahkamah bersetuju dengan hujahan D2 bahawa Mahkamah bahawa tiada apa-apa dokumen di Mahkamah menunjukkan motorkar tersebut mengalami kerosakan pada brek sehingga menyebabkan kemalangan. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
33
Laporan Puspakom bertarikh 23.6.2020 dengan jelas menyatakan keadaan brek kaki dan brek tangan tidak dapat diuji kerana tiada kunci kenderaan. Laporan Puspakom ini tidak dapat dijadikan sebagai keterangan dokumentar menyokong dakwaan kerosakan brek motorkar tersebut pada masa kemalangan.
34
SP2 bersetuju semasa disoal balas bahawa tiada apa-apa dokumen sokongan termasuk laporan Puspakom merekodkan bahawa keadaan brek motorkar tersebut dalam keadaan rosak.
35
Namun begitu SP2 berpendapat pendapat SP2 bahawa motorkar tersebut mengalami kerosakan brek atas alasan berikut: SARA: OK. Puan juga telah ditanya tentang brek tak berfungsi itu andaian semata-mata. Puan kata betul. Tapi bagaimana Puan buat keputusan tersebut? KELLY: Berdasarkan tempat kejadian, tiada kesan brek. Itu yang pertama. Yang kedua, kenyataan atau rakaman percakapan oleh pemandu sendiri dan juga penumpang hadapan yang mengatakan brek kenderaan tidak berfungsi pada masa kejadian.
36
Secara ringkasnya ialah SP2 berpendapat motorkar tersebut mengalami kerosakan brek kerana tiada kesan brek dijumpai di S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw tempat kemalangan dan keterangan SP4/D1 dan SP3/P5 menyatakan sedemikian.
37
Keterangan motorkar tersebut mengalami kerosakan brek datangnya daripada SP4/D1 dan SP3/P5. Kedua-dua mereka merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam kemalangan tersebut. Keterangan lisan mereka merupakan keterangan langsung tentang kejadian tersebut.
38
Sungguhpun keterangan lisan kedua-dua saksi tersebut tidak disokong oleh mana-mana keterangan dokumentar namun tidak bermakna Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa dapatan atau fakta dibuktikan melalui keterangan lisan semata-mata.
39
Mahkamah merujuk kepada kes STU V The Comptroller of Income Tax [1962] MLJ 220 di m/s 221, Tan Ah Tah H (pada masa itu) menyatakan: “In this case certain explanation given by the appellant to the officers of the Income Tax Department were rejected on the ground that there was no documentary evidence to support them. No doubt documentary evidence can in many cases be very cogent and convincing. The lack of it, however, should not invariably be a reason for rejecting an explanation. Not every transaction is accompanied or supported by documentary evidence. Much depends on the facts and circumstances of the case, but if the person who is giving the explanation appears to be worthy of credit, S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw does not reveal any inconsistency and there is nothing improbable in the explanation, it can, in my view, be accepted (penekanan diberikan).”
40
Mahkamah juga merujuk kepada kes Tan Cheng Hock v Chan Thean Soo & Anor [1987] 2 MLJ 479 sebagai panduan membuat penilaian kredibiliti saksi sepertimana yang diputuskan oleh Edgar Joseph Jr, H (pada masa itu): “In arriving at my finding as to credibility, I did not rely solely on demeanour for that has to be balanced against the rest of the evidence and the probabilities of the case. It may be well to also remember what was said by Lord Wright and often quoted from his judgment in Powell & Wife v Streatham Manor Nursing Home [1935] AC 243 267, of the possibility of judges being deceived by adroit or plausible knaves or by apparent innocence. Much to the same effect, though in more illustrative terms, is what Lord Devlin, quoting from MacKenna J. said in his book “The Judge” (1969) at page 63 and which I now reproduce: “The great virtue of the English trial is usually said to be the opportunity it gives to the judge to tell from the demeanour of the witness whether or not he is telling the truth. I think that this is over-rated …. I would adopt in their entirety (this being the highest form of judicial concurrence) the words of Mr. Justice MacKenna: ‘I question whether the respect given to our findings of fact based on the demeanour of the witness is always deserved. I doubt my own ability and sometimes that of other judges, to discern from a witness's demeanour, or the tone of his voice, whether he is telling the truth. He speaks hesitantly. Is that the mark of a cautious man, whose statements are for that reason to be respected or is he taking time to fabricate? Is the emphatic witness putting on an act to S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw deceive me, or is he speaking from the fullness of his heart, knowing that he is right? Is he likely to be more truthful if he looks me straight in the face than if he casts his eyes on the ground perhaps from shyness or a natural timidity? For my part I rely on these considerations as little as I can help.”
41
Mahkamah telah meneliti dan menimbang keterangan kedua-dua saksi tersebut. Secara keseluruhannya Mahkamah mendapati keterangan mereka adalah kredibel dan bukan sesuatu yang tidak mustahil (not inherently improbable) jika dibandingkan dengan keseluruhan keterangan yang ada dan juga konsisten antara satu sama lain (rujuk Public Prosecutor v Mohamad Ali (1962) MLJ 257, 258).
42
Perihal motorkar tersebut terbabas di kawasan bertanda “X” dalam Rajah Kasar kerana brek motorkar tersebut tidak berfungsi secara tiba-tiba semasa menghampiri simpang adalah tidak mustahil dan ini disokong dengan ketiadaan kesan brek di kawasan kemalangan. Tiada keterangan dikemukakan untuk menyokong dakwaan D2 bahawa kemalangan tersebut berlaku disebabkan kecuaian SP4/D1 semata-mata yang memandu motorkar tersebut.
43
Mahkamah berpendapat di dalam kes ini maksim res ipsa locquitor adalah terpakai bagi membuat inferen kecuaian terhadap D2. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
44
Res ipsa loquitor ataupun “the thing speaks for itself” bermaksud perkara tersebut merupakan buktinya sendiri merupakan peraturan pembuktian dalam kes melibatkan kecederaan peribadi apabila fakta bahawa kemalangan tersebut berlaku membawa anggapan bahawa defendan telah cuai dan satu kes prima facie wujud.
45
Peraturan ini diterangkan oleh Megaw LJ di dalam kes Lloyde v West Midlands Gas Board [1971] 2 All ER 1240 seperti berikut: Res ipsa loquitur is in essence no more than a common sense approach, not limited by technical rules, to the assessment of the effect of evidence in certain circumstances. It means that a plaintiff prima facie establishes negligence where (i) it is not possible for him to prove precisely what was the relevant act or omission which set in train the events leading to the accident, but (ii) on the evidence as it stands, ie in the absence of any evidence from the defendant, it is more likely than not that the effective cause of the accident, whatever it may have been, was some act or omission of the defendant …”
46
Selanjutnya di dalam kes Scott v London and St Katherine Docks Co [1861-73] All ER Rep 246 Erle CJ meletakkan garis panduan pemakaian maxim tersebut seperti berikut: “There must be reasonable evidence of negligence, but, where the thing is shown to be under the management of the defendant, or his servants, and the accident is such as, in the ordinary course of things, does not happen if those who have the management of the machinery use proper S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw care, it affords reasonable evidence, in the absence of explanation by the defendant, that the accident arose from want of care.”
47
Tiga syarat yang perlu dipenuhi bagi pemakaian peraturan ini iaitu: a. Perkara yang menyebabkan kemalangan / kerugian berada bawah kawalan defendan atau pekerjanya; b. Kerugian / kemalangan dalam kebiasaannya tidak akan berlaku kecuali defendan cuai; c. Sebab kemalangan tidak diketahui. (rujuk juga kes Mahari bin Endut v Dato’Haji Mat Razali bin Kassim & 2 Ors [2009] 5 AMR 793, MP).
48
Ketiga-tiga syarat tersebut telah dipenuhi berdasarkan fakta dan keadaan kes di hadapan Mahkamah ini di mana: a. Motorkar tersebut yang dipandu oleh SP4/D1 yang terlibat dalam kemalangan berada dalam kawalan D2 dan/atau pekerjanya; b. Kemalangan akibat kerosakan pada motorkar tersebut tidak akan berlaku melainkan defendan cuai; c. Kerosakan pada motorkar tersebut tidak dapat dipastikan.
49
Mahkamah kini akan menganalisis bukti-bukti yang dikemukakan oleh D2 bagi mengakas andaian kecuaian tersebut. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
50
Pembelaan D2 ialah motorkar tersebut berada di dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan dan kemalangan disebabkan kecuaian SP4/D1 yang memandu motorkar tersebut. Memandangkan D2 mendakwa motorkar dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan, maka D2 menanggung beban untuk membuktikan sedemikian (rujuk seksyen 103 Akta Keterangan 1950; Lot Kin Pin v Fu Khet Nyuk (Deceased) Liew Nyuk Jin & Anor [1991] 1 LNS 32).
51
SD1 memberi keterangan sebagai wakil D2. Keterangan D2 ialah motorkar tersebut sebelum dijadikan kereta sewa telah menjalani pemeriksaan Car Inspection SOP (m/s 49 – 100 Ikatan G) yang ditetapkan oleh D2. Antara pemeriksaan yang dibuat melalui Car Inspection SOP meliputi keadaan luar kenderaan, tayar, dalam kenderaan dan brek dalam keadaan yang baik.
52
SD1 hanya mengemukakan salinan Car Inspection SOP tetapi hasil pemeriksaan Car Inspection SOP terhadap motorkar tersebut tidak dikemukakan. Tiada juga butiran bilakah motorkar tersebut menjalani Car Inspection SOP tersebut dan juga tiada keterangan bila motorkar tersebut mula dijadikan kenderaan sewa bagi D2.
53
SD1 juga mengemukakan rekod pemeriksaan Puspakom motorkar tersebut bertarikh17.12.2019 dan rekod-rekod penyelenggaraan motorkar tersebut bertarikh 26.8.2019, 19.12.2019 dan 3.2.2020 dari Autohaus KL. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
54
Laporan Puspakom 17.12.2019 (m/s 104 Ikatan G) menunjukkan keadaan brek motorkar tersebut dalam keadaan baik dan lulus pemeriksaan Puspakom pada masa itu.
55
Inbois-inbois di m/s 101 dan 102 Ikatan G menunjukkan servis penyelengaraan ke atas motorkar tersebut pada tarikh-tarikh 26.8.2019 dan 31.12.2019. Berdasarkan butiran inbois-inbois tersebut, boleh dikatakan penyelenggaraan tersebut adalah berkenaan servis penyelenggaran lazim melibatkan pertukaran minyak enjin. Tiada apa-apa butiran lain mengenai penyelenggaraan ke atas brek motorkar tersebut dinyatakan di dalam inbois-inbois tersebut.
56
Invois bertarikh 3.2.2020 (m/s 104 Ikatan G) pula menunjukkan keempat-keempat tayar motorkar tersebut telah ditukar dengan tayar baru pada tarikh tersebut. Selain itu turut dicatatkan servis yang diberikan berkenaan pemasangan tayar-tayar baru tersebut.
57
Namun begitu inbois-inbois tersebut tidak mengandungi apa-apa butiran mengenai keadaan brek dan penyelenggaraan brek motorkar tersebut pada sepanjang masa tersebut. Mahkamah menolak keterangan SD1 bahawa pemeriksaan di dalam inbois-inbois tersebut meliputi pemeriksaan brek motorkar. Ini kerana tiada sebarang butiran sedemikian tertera di dalam inbois-inbois S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw tersebut dan SD1 sendiri tidak mempunyai apa-apa pengetahuan peribadi mengenai motorkar tersebut pada masa yang material.
58
Mahkamah mendapati tiada apa-apa rekod dokumen semasa di hadapan Mahkamah yang menunjukkan brek motorkar tersebut telah diselenggara secara berkala. Tiada juga apa-apa rekod semasa yang menunjukkan keadaan brek motorkar tersebut dalam keadaan yang baik kerana satu-satunya laporan pemeriksaan ke atas brek motorkar tersebut ialah lebih satu tahun setengah sebelum kemalangan berlaku. Namun begitu laporan Puspakom sahaja tidak mencukupi mengecualikan liability D2 akibat kecederaan dan kerugian yang disebabkan oleh kerosakan motorkar tersebut (rujuk Miow Ah King v Ram Singh [1987] 1 CLJ 482 at p 484).
59
Mahkamah juga meneliti keterangan SD1 yang dipanggil oleh D2. SD1 merupakan pemgurus kanan D2 yang mula berkhidmat dengan D2 pada Julai 2023. Pada masa yang material SD1 tidak bersama dengan syarikat D2. SD1 tidak mempunyai apa-apa pengetahuan peribadi mengenai perihal keadaan motorkar tersebut dan juga kemalangan yang berlaku. Pengetahuan SD1 adalah berdasarkan dokumen semata-mata dan pendapat SD1 sahaja. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
60
Keterangan SD1 bahawa motorkar yang digunakan oleh SP4/D1 menjalani pemeriksaan berkala setiap dua minggu tidak disokong oleh mana-mana dokumen. D2 juga tidak memanggil mana-mana pemeriksa kenderaan (fleet examiner) yang memeriksa motorkar tersebut pada masa yang material mahupun mengemukakan dokumen pemeriksaan berkala tersebut.
61
Mahkamah berpendapat apa jua keterangan SD1 mengenai keadaan motorkar tersebut pada masa yang material hanyalah merupakan pendapat SD1 sahaja yang tidak disokong oleh apa-apa keterangan dokumentar semasa. Nilai keberatan keterangan SD1 adalah minimal akibat kekurangan-kekurangan tersebut. Mahkamah berpendapat saksi yang lebih tepat untuk memberi keterangan mengenai keadaan motorkar tersebut ialah pekerja-pekerja D2 yang mempunyai pengetahuan peribadi mengenai motorkar tersebut sebelum kemalangan berlaku dan bukannya SD1 yang hanya memberikan pendapatnya berdasarkan rekod yang ada.
62
Setakat keterangan yang ada yang dikemukakan oleh D2, Mahkamah memutuskan keterangan-keterangan tersebut tidak mencukupi untuk membuktikan motorkar tersebut pada masa yang material berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
63
Pemeriksaan secara ringkas yang dilakukan oleh SP4/D1 dan SP3/P5 sebelum mereka memulakan perjalanan dan pengesahan oleh mereka berdua bahawa motorkar tersebut berada dalam keadaan baik tidak cukup untuk membuktikan bahawa motorkar tersebut tidak mengalami apa-apa masalah. Kewajipan untuk memastikan motorkar tersebut yang disewakan kepada SP4/D1 berada dalam keadaan baik dan selamat bukan terletak di atas bahu SP4/D1 dan SP3/P5, tetapi atas D2 yang merupakan pemilik kenderaan tersebut. Sebagai penyewa, sebagaimana lazimnya SP4/D1 dan SP3/P5 hanya berpeluang melihat dan memeriksa sepintas lalu motorkar tersebut buat kali pertama sebelum memulakan perjalanan. Kedua-dua mereka sudap pasti tidak mengetahui keadaan motorkar tersebut secara menyeluruh atau sejarah penyelenggaraan motorkar tersebut.
64
Selanjutnya, adalah satu fakta yang telah dibuktikan bahawa motorkar tersebut telah dilupuskan oleh D2 melalui surat bertarikh 19.1.2021 (m/s 1 Ikatan H). Surat dikeluarkan oleh D2 ditandatangani oleh Chang Woon Seo sebagai ‘Head of Strategy’.
65
Akibat tindakan D2 tersebut, SP2 tidak dapat menghantar motorkar tersebut bagi pemeriksaan kali kedua ke atas brek motorkar tersebut seperti arahan Timbalan Pendakwa Raya. Pelupusan motorkar tersebut dilakukan tanpa memaklumkan dan tanpa kebenaran SP2. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
66
Mahkamah berpendapat tindakan D2 melupuskan motorkar tersebut merupakan satu tindakan yang bertentangan dengan arahan SP2. Motorkar tersebut merupakan bahan bukti siasatan SP2 dan tindakan D2 melupuskannya tanpa memaklumkan kepada SP2 adalah sangat mencurigakan.
67
D2 mengambil tindakan melupuskan motorkar tersebut walaupun terdapat arahan daripada SP2 melarang apa jua baikpulih dilakukan ke atas motorkar tersebut. Tiada saksi dari D2 dipanggil untuk menjelaskan mengapa D2 mengambil tindakan sedemikian dan SD1 sendiri tiada apa-apa pengetahuan mengapa tindakan sedemikian diambil oleh D2.
68
Hujahan plaintif adalah dalam keadaan ini inferen bertentangan bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai kepada D2 apabila melupuskan motorkar tersebut tanpa pengetahuan dan kebenaran SP2 memandangkan motorkar tersebut adalah bahan bukti dalam siasatan SP2.
69
Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: “114. Court may presume existence of certain fact The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw and private business, in their relation to the facts of the particular case. ILLUSTRATIONS The court may presume— …
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it; …”
70
Dalam kes Munusamy V Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492 Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “It is essential to appreciate the scope of section 114(g) of the Evidence Act 1950 lest it be carried too far outside its limit. Adverse inference under that illustration can only be drawn if there is withholding or suppression of evidence and not merely on account of failure to obtain evidence. It may be drawn from withholding not just any document, but a material document by a party in his possession nor for non-production of just any witness but only an important and material witness to the case;”
71
Tindakan D2 melupuskan motorkar tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan SP2 merupakan satu bentuk kacau ganggu bukti siasatan SP2 dan lebih parah lagi SD1 sendiri sebagai wakil D2 tidak dapat menjelaskan mengapa motorkar tersebut dilupuskan walaupun terdapat arahan jelas daripada SP2. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
72
Mahkamah tidak bersetuju dengan D2 bahawa arahan SP2 hanyalah setakat tidak boleh menambahbaik motorkar tersebut dan tiada arahan tidak boleh melupuskan motorkar tersebut. Jika penambahbaikan tidak dibenarkan apatah lagi dengan pelupusan motorkar tersebut yang bermaksud melupuskan bahan bukti dalam siasatan. Melupuskan bahan bukti dalam siasatan adalah satu kesalahan jenayah di sisi undang-undang di bawah Kanun Keseksaan.
73
Tindakan D2 melupuskan motorkar tersebut dan kegagalan D2 memberikan apa-apa penjelasan terhadap tindakannya itu membuatkan Mahkamah tidak teragak-agak untuk membuat inferen bertentangan bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan bahawa sekiranya motorkar tersebut dikemukakan untuk pemeriksaan kali kedua berkemungkinan keputusannya tidak memihak kepada D2 dan D2 melupuskannya supaya pemeriksaan kali kedua tidak dapat dijalankan.
74
Dengan keterangan-keterangan yang ada Mahkamah memutuskan D2 telah gagal membuktikan kemalangan bukan disebabkan oleh kerosakan brek motorkar tersebut. Kewajipan berjaga-jaga
75
Kausa tindakan plaintif terhadap defendan-defendan di dalam kes ini adalah kecuaian. Kecuaian yang diplidkan adalah terhadap S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw SP4/D1 adalah sebagai pemandu motorkar tersebut dan D2 bertanggungan secara vikarius terhadap apa jua tindakan SP4/D1.
76
Sebagai tambahan, plaintif juga memplidkan D2 bertanggungan cuai kerana gagal / cuai memastikan motorkar tersebut diselenggara dengan baik.
77
Mahkamah bersetuju dengan hujahan D2 bahawa D2 tidak bertanggungan secara vikarius atas tindakan SP4/D1 pada sepanjang masa yang material kerana gagal memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh undang-undang berkenaan liabiliti vikarius seperti dalam kes-kes Tan Eng Siew & Anor v Dr Jagjit Singh Sidhu & Anor [2006] 1 MLJ 57, CIMB Bank v Muhammad Shakir bin Mohamad Zakaria [2013] 8 MLJ 769 dan AmGeneral Insurance Berhad v Laile bt Mohd Yusof & Anor [2020]
78
Hubungan D2 dengan SP4/D1 adalah berdasarkan kontrak penyewaan i.e. General Terms and Conditions of SOCAR yang dimasuki oleh kedua-dua pihak semasa SP4/D1 menyewa motorcar tersebut pada hari kejadian.
79
Mahkamah menerima kontrak General Terms and Condition SOCAR (m/s 1-48 Ikatan G) sebagai kontrak yang dimasuki oleh D2 dan SP4/D1 pada masa yang material. General Terms and S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw Condition SOCAR secara ringkas memperuntukkan kewajipan penyewa yang menyewa kenderaan dari D2 meliputi pengurusan, penggunaann, tanggungan insuran dan penumpang.
80
Fasal 17 General Terms and Condition SOCAR membenarkan penyewa membawa penumpang dalam kenderaan sewa dengan syarat tidak melebihi kapasiti kenderaan dan penyewa bertanggungjawab ke atas semua tindakan atau ketinggalan penumpangnya termasuk membayar indemnity kepada D2 akibat kerugian/kerosakan yang diakibatkan oleh penumpang penyewa.
81
Adalah tidak dipertikaikan bahawa SP3/P5 dan simati merupakan penumpang-penumpang di dalam motorkar tersebut dan menaiki motorkar tersebut dengan sukarela.
82
Seperti yang dinyatakan di atas, kausa tindakan plaintif-plaintif terhadap D2 adalah berdasarkan tort kecuaian. Isunya kini adalah apakah wujud kewajipan berjaga-jaga D2 sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan sewaan kenderaan kepada penumpang kenderaan yang disewakan kepada simati serta SP3/P5 sebagai penumpang motorkar tersebut.
83
Mahkamah merujuk kepada kes Heaven v. Pender, Trading As West India Graving Dock Company. (1883) 11 Q.B.D. 503 di mana dalam kes tersebut, plaintif merupakan pekerja kepada Gray S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw seorang pengecat kapal. Gray memasuki kontrak dengan pemilik kapal yang kapalnya berlabuh di jeti defendan. Defendan telah memasuki satu kontrak dengan pemilik kapal untuk menyediakan satu pentas untuk digantung di luar kapal bagi tujuan kapal tersebut dicat. Apabila plaintif menggunakan pentas tersebut semasa mengecat kapal, pentas tersebut runtuh kerana tali yang menggantung pentas tersebut terputus menyebabkan plaintif terjatuh dan cedera. Plaintif membawa tindakan terhadap defendan untuk kecederaan yang dialaminya.
84
Sungguhpun tiada apa-apa hubungan kontrak di antara plaintif dan defendan, Mahkamah di dalam kes tersebut memutuskan defendan dan pekerjanya sepatutnya sedar bahawa pentas yang dibina tersebut bukan untuk kegunaan pemilik kapal namun pekerja kepada pemilik kapal seperti plaintif. Tali yang dibekalkan oleh defendan yang digunakan untuk menggantungkan pentas tersebut sudah usang dan dipasang tanpa perhatian cermat yang munasabah.
85
Lord Esher (pada masa itu Bret MR) yang menggariskan keadaan di mana wujud kewajipan di antara pihak-pihak walaupun tiada hubungan kontrak setelah mengambil kira fakta dan keadaan yang berkenaan piha-pihak tersebut. Di m/s 504: “If a person contracts with another to use ordinary care or skill towards him or his property the obligation need not be considered in the light of a duty; it is an obligation of contract. It is undoubted, however, that there S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw may be the obligation of such a duty from one person to another although there is no contract between them with regard to such duty.” Selanjutnya di m/s 509: “… that whenever one person is by circumstances placed in such a position with regard to another, that every one of ordinary sense who did think would at once recognise that if he did not use ordinary care and skill in his own conduct with regard to those circumstances he would cause danger of injury to the person or property of the other, a duty arises to use ordinary care and skill to avoid such danger.”
86
Kewujudan kewajipan berjaga-jaga atau menggunakan kemahiran jagaan munasabah ini timbul apabila seseorang yang munasabah itu jika memberikan perhatian dan meneliti sewajarnya akan sedar jika dirinya tidak menggunakan jagaan dan kemahiran munasabah dalam tindakannya dalam sesuatu keadaan tersebut boleh menyebabkan atau mendatangkan bahaya atau kecederaan kepada orang lain atau kerugian harta benda pihak lain.
87
Di dalam kes di hadapan Mahkamah ini kontrak penyewaan adalah di antara D2 dengan SP4/D1. Di dalam keadaan di mana SP4/D1 menggunakan motorkar tersebut yang dimiliki oleh D2, sudah pasti wujud obligasi kontrak bagi pihak D2 menggunakan jagaan dan kemahiran munasabah menyediakan dan/atau membekalkan motorkar yang baik dan selamat digunakan di atas jalan raya. SP4/D1 juga mempunyai obligasi kontrak untuk menggunakan S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw jagaan dan kemahiran munabasah semasa penggunaan motorkar tersebut agar tidak mendatangkan kerosakan dan kerugian terhadap D2.
88
Dalam pada masa yang sama juga Mahkamah ini berpendapat kewujudan untuk menggunakan kemahiran dan jagaan munasabah oleh D2 ini juga berterusan dan meliputi penumpang-penumpang yang berada di dalam motokar yang disewa oleh penyewa.
89
Fasal 17 Fasal 17 General Terms and Condition SOCAR membenarkan penyewa membawa penumpang di dalam kenderaan yang disewakan dengan syarat-syarat tertentu. Kehadiran penumpang di dalam kenderaan sewa ini sudah pasti berada dalam pertimbangan munasabah (reasonable contemplation) D2 semasa menyewakan kenderaan kepada pelanggan-pelanggannya. Pada masa yang sama juga sekiranya berlaku kemalangan yang menyebabkan kerugian dan/atau kecederaan penumpang-penumpang kenderaan yang disewakan D2, yang berpunca daripada kenderaan yang defektif dam/atau rosak, sudah pasti D2 tidak dapat lari daripada bertanggungan terhadap penumpang-penumpang tersebut kerana memungkiri kewajipan berjaga-jaga menyediakan dan memastikan kenderaan yang disewakan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
90
Di dalam kes Barkway v South Wales Transport Co Ltd [1950] 1 All ER 392, plaintif membawa tindakan terhadap responden sebuah syarikat omnibus apabila suami plaintif meninggal dunia akibat kemalangan apabila omnibus milik respondan yang dinaiki suami plaintif terbabas akibat tayar pecah. House of Lords memutuskan responden sebagai syarikat yang menyediakan perkhidmatan membawa penumpang mempunyai kewajipan berjaga-jaga kepada semua penumpang yang berada di dalam kenderaannya bahawa kenderaan mereka dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan. Di m/s 400: “The respondents are not insurers, but they have a duty, both at common law and by their contract, with those who travel in their omnibuses to take all reasonable care that the omnibus, including the tyres, is in good order and in a safe condition to carry a full load of passengers on the intended journey. Here again the onus is on the respondents since they alone are in possession of the relevant facts …” Selanjutnya di m/s 404: “… carrier's obligation to his passenger, whether it be expressed in contract or in tort, is to provide a carriage that is as free from defects as the exercise of all reasonable care can make it …”
91
Mahkamah di dalam kes Barkway v South Wales Transport Co Ltd supra, memutuskan responden adalah cuai apabila gagal mengambil semua langkah-langkah yang munasabah untuk S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw menemui kerosakan pada tayar omnibus tersebut sehingga mendatangkan kecederaan kepada perayu/plaintif.
92
Dalam kes Tan Kia Chee & Ors v Chan Kian Wah & Anor [1970] 1 MLJ 205 di mana fakta kes adalah plaintif mengalami kecederaan apabila motorvan yang dipandu oleh defendan pertama bertembung dengan motorsikal ditunggang oleh plaintif. Motorvan tersebut dimiliki oleh defendan kedua. Keterangan menunjukkan motorvan tersebut terbabas masuk ke laluan plaintif kerana salah satu daripada tanyarnya bocor akibat koyakan yang dijumpai pada tayar tersebut.
93
Sharma, H (pada masa itu) memutuskan: “The mere fact that a road vehicle is defective and that as a result of the defect an accident occurs which causes damage does not of itself make the owner or driver liable unless he could have reasonably discovered the defect.”
94
Di dalam kes di atas, Mahkamah memutuskan pemandu motorvan didapati cuai kerana secara munasabahnya berkemungkinan boleh menemui kebocoran pada tayar tersebut tetapi gagal berbuat demikian.
95
Beban kini adalah di atas D2 untuk membuktikan bahawa D2 berkemungkinan boleh dengan munasabahnya menemui kerosakan yang berlaku pada motorkar tersebut (rujuk Christie v S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw Griggs [1803-13] All ER Rep 489). Kegagalan untuk membuktikan sedemikian akan membawa kepada dapatan kecuaian kerana D2 telah memungkiri kewajipan berjaga-jaga terhadap SP4/D1, SP3/P5 dan simati untuk memastikan motorkar tersebut berada dalam keadaan selamat dan baik untuk digunakan apabila disewakan kepada SP4/D1.
96
Pelanggan-pelanggan D2 bergantung kepada D2 untuk memastikan kenderaan yang disewa berada dalam keadaan baik dan selamat digunakan. Ini kerana D2 mempunyai kelebihan dari segi kawalan dan jagaan ke atas kenderaan yang disewakan dalam memastikan kenderaan tersebut diselenggara dengan baik memenuhi tujuan kenderaan tersebut disediakan i.e. sewaan kepada pelanggannya.
97
Mahkamah memutuskan bahawa keterangan-keterangan yang dikemukakan D2 (seperti yang telah dihuraikan di atas) tidak cukup untuk membuktikan bahawa dengan jagaan dan kemahiran munasabah D2 berkemungkinan dapat menemui kerosakan pada motorkar tersebut.
98
Akibatnya D2 telah memungkiri kewajipan berjaga-jaganya terhadap pemandu dan penumpang-penumpang di dalam motorkar tersebut apabila gagal memastikan motorkar tersebut berada dalam keadaan baik dan selamat untuk digunakan sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka dan akibat S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw kecuaian D2 tersebut, plaintif-plaintif telah mengalami kecederaan dan juga kerugian. Liabiliti SP4/D1 99. D2 berhujah bahawa kecuaian adalah ditanggung oleh SP4/D1 kerana SP4/D1 tidak memasukkan kehadiran dan penghakiman ingkar interlokutori telah direkodkan terhadap SP4/D1.
100
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan D2 tersebut. Pada pendapat Mahkamah, Mahkamah masih boleh membuat dapatan liability pihak-pihak setelah perbicaraan penuh berlangsung. Keterangan telah dibentangkan di hadapan Mahkamah dan Mahkamah sudah pasti perlu memberi pertimbangan sewajarnya.
101
Di dalam kes ini, sugguhpun SP1/D4 tidak memasukkan kehadiran dan penghakiman Ingkar kehadiran telah direkodkan terhadapnya, Mahkamah mendapati liabiliti yang ditanggung oleh SP1/D4 bukanlah sepenuhnya.
102
Sebagai pemandu SP4/D1 telah gagal mengambil apa-apa tindakan untuk mengurangkan impak kemalangan semasa mendapat tahu brek motorkar tersebut tidak berfungsi. Berkemungkinan besar SP4/D1 berada dalam keadaan panik masa masa tersebut (rujuk keterangan SP3/P5) dan gagal berfikir dengan jelas apa yang sepatutnya dilakukan. Mahkamah S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw memutuskan bahawa SP4/D1 sebagai pemandu motorkar tersebut turut bertanggungan cuai di dalam kemalangan tersebut kerana gagal mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengurangkan impak kemalangan. Namun begitu kecuaian SP4/D1 adalah minimal berbanding D2. Mahkamah mendapati kecuaian lebih besar disumbang oleh D2. Volenti Non-fit Injuria 103. Dalam kes ini Mahkamah berpendapat volenti non-fit injuria tidak terpakai ke atas SP3/P5 dan juga si mati. Ini kerana kemalangan berlaku disebabkan oleh kerosakan pada motorkar tersebut yang mana SP4/D1 sendiri tiada pengetahuan mengenainya.
104
Oleh yang demikian, adalah tidak tepat untuk menyatakan SP3/P5 dan simati dengan pengetahuan dan rela hati bersetuju menerima risiko kecederaan dan kerugian apabila menaiki motorkar tersebut dengan SP4/D1.
105
Setelah meneliti dan menimbang seluruh fakta dan keadaan kes ini Mahkamah memutuskan D2 bertanggungan cuai 90% dan SP4/D1 bertanggungan cuai 10%. Simati serta SP3/P5 tidak menyumbang cuai. S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
106
Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan dengan kos. Bertarikh 24 Ogos 2025 …………………………. LAILAWATI BINTI ALI Hakim Mahkamah Sesyen Sivil 3 Johor Bharu Peguam bagi pihak plaintif : Saralathevi a/p Murthy / Teo Han Ley T/n Teo & Assoc. Peguam bagi pihak defendan: Nan Mohamad Ridwan Rosnan / Saif Aslam Lokman T/n Zul Rafique & Partner S/N ygw/6fZAkGHfD3kKl7hIw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.