Kos. [2] Permohonan ini disokong oleh affidavit sokongan Hah Chee Keong yang diikrarkan pada 12.07.2024. Penelitian kepada affidavit sokongan tersebut menyatakan bahawa pada asalnya pemilik berdaftar tanah di bawah H.S.(M) 3519, P.T. No. 970, Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang (P.T. No. 970) adalah Leong Ngut Tai iaitu ibu kepada Plaintif-Plaintif. Tanah P.T. No. 970 tersebut adalah bersebelahan dengan tanah di H.S.(M) 1836, P.T. No. 963 Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang (P.T. No. 963) atas nama Leong Ngut Tai, H.S.(M) 4606, P.T. No. 969, Mukim Gali Daerah Raub, Negeri Pahang (P.T. No. 969) atas nama Hah Yan Yat ½ bahagian dan ½ bahagian lagi adalah milik Leong Ngut Tai. Seterusnya H.S.(M) 418, P.T. No. 975, Mukim Gali Daerah Raub, Negeri Pahang (P.T. No. 975) yang mempunyai ½ bahagian untuk Hah Yan Yat dan ½ bahagian untuk Leong Ngut Tai. Seterusnya tanah di bawah H.S.(M) 6227, P.T. No. 976, Mukim Gali Daerah Raub, Negeri Pahang (P.T. No. 976) atas nama Defendan Wai Fook Thye. S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw [3] Pada bulan Oktober 2021 Plaintif-Plaintif telah melantik juruukur bagi memohon hakmilik muktamad bagi tanah-tanah tersebut. Juruukur telah menyediakan pelan. Ia telahpun diserahkan kepada Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah dan Tanah Raub. Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang (JUPEM) telah meluluskan pelan tersebut pada 15.02.2022 dengan memberi nombor lot dan kelulusan kepada tanah-tanah seperti yang berikut: Lot H.S.(M) 46039 1.800 hektar, Lot H.S.(M) 46040 3.481 hektar, Lot H.S.(M) 46041 3.640 hektar dan Lot H.S.(M) 46042 3.379 hektar. [4] Defendan sebagai pemilik lot P.T. No. 976 telah mempertikaikan sempadan tanah di antara lot P.T. No. 970 dengan lot P.T. No. 976 tersebut. Perbincangan telah dibuat bagi menyelesaikan pertikaian sempadan tersebut namun ia tidak dapat diselesaikan secara baik di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan. Persetujuan telah diperolehi untuk Defendan dan Plaintif-Plaintif memohon Pentadbir Tanah Raub mengeluarkan hakmilik muktamad dan Plaintif-Plaintif serta Defendan akan melantik juruukur sendiri. [5] Pada 03.10.2022 Pentadbir Tanah Raub telah mengeluarkan hakmilik muktamad bagi tanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif di bawah GM 10739, Lot 46041, Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang untuk menggantikan hakmilik bersyarat bagi tanah lot P.T. No. 970 tersebut. [6] Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan telah mendirikan pagar di atas sebahagian tanah milik Plaintif-Plaintif yang dinyatakan oleh Defendan sebagai tanah miliknya. Bagi menyelesaikan pertikaian S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw tersebut Plaintif-Plaintif telah melantik Juruukur Zenith Sdn Bhd bagi mengukur sempadan tanah Plaintif-Plaintif dan Defendan sekali lagi. Hasil daripada pengukuran tersebut adalah didapati bahawa kawasan seluas 2002 meter telah dicerobohi oleh Defendan. [7] Pada 23.05.2024 Pentadbir Tanah Raub telah memanggil Plaintif-Plaintif dan Defendan untuk menyiasat semula berkenaan dengan geran tanah H.S.(M) 6227 P.T. No. 976 Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang iaitu tanah milik Defendan. Pentadbir Tanah Raub telah menyatakan bahawa hakmilik muktamad Plaintif di bawah GM 10739, Lot 46041, Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang telah menggantikan tanah H.S.(M) 2519, P.T. No. 970 Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang sebelum ini. [8] Pentadbir Tanah Raub juga berpendapat bahawa pengeluaran hakmilik Defendan adalah tanah yang berlainan dari tanah yang diberikan kepada pihak Plaintif sebagai hakmilik muktamad. Hasil daripada keputusan Pentadbir Tanah Raub tersebut pihak Defendan masih enggan mengosongkan kawasan tersebut. Notis-notis yang sewajarnya telah dikeluarkan oleh peguam Plaintif-Plaintif kepada Defendan bagi mengosongkan tanah hakmilik Plaintif-Plaintif tersebut. [9] Sementara itu Defendan pula dalam affidavit balasan oleh Wai Fook Thye yang diikrarkan pada 21.08.2022 menegaskan bahawa Defendan adalah pemilik berdaftar tanah H.S.(M) 6227 Lot No. P.T. 976, Mukim Gali, Daerah Raub, Negeri Pahang. Defendan menyatakan bahawa dia telah didaftarkan sebagai pemilik tanah lot P.T. No. 976 itu S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw semenjak tahun 2011 dan satu geran hakmilik sementara telah dikeluarkan kepada Defendan. Hakmilik sementara tersebut menyatakan bahawa lot P.T. No. 976 mempunyai keluasan sementara sebanyak 3.64 hektar atau 8.9996 ekar. Salinan geran hakmilik sementara itu telah dikemukakan sebagai eksibit “WFT-1”. [10] Defendan melalui affidavit balasan juga menyatakan bahawa pada asalnya sebelum pertikaian dengan Plaintif-Plaintif, sempadan kawasan lot P.T. No. 970 itu adalah secara garis lurus dan tidak mempunyai sebarang bengkok atau lengkongan. Defendan juga menyatakan bahawa sebelum pertikaian timbul pemilik lot P.T. No. 970 pernah memohon kebenaran daripada Defendan untuk membuka jalan kecil dalam kawasan pertindihan tersebut. Ia adalah bagi menghubungkan lot P.T. No. 970 dan P.T. No. 975. Kedua-dua tanah itu dimiliki oleh keluarga Plaintif-Plaintif. Ia merupakan jalan pintas untuk bergerak dari lot P.T. No. 970 ke P.T. No. 975. [11] Defendan juga menyatakan bahawa pada 01.11.2021 dia telah melantik juruukur bagi memastikan ukuran tepat bagi tanah lot P.T. No. 976 milik Defendan. Hasil daripada pengukuran halus tersebut pada 15.11.2021 Defendan telah hadir ke Pejabat Tanah Raub dan disahkan oleh seorang penama Sharom bin Aziz yang telah meneliti pengukuran halus tersebut serta mendapati bahawa pengukuran halus tersebut yang dikemukakan oleh pemilik lot P.T. No. 970 telah bertindih dengan pengukuran halus yang disediakan oleh juruukur Defendan. Defendan telah menyatakan bahawa satu perjumpaan di antara Sharom bin Aziz dengan juruukur Plaintif dan juruukur Defendan telah dijalankan. S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw Defendan telah dimaklumkan bahawa Sharom bin Aziz telah menasihatkan agar Plaintif-Plaintif dan Defendan menyelesaikan pertikaian tersebut. Adalah dinyatakan oleh Defendan bahawa perbincangan telah dibuat di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan dan pengukuran halus telah dilakukan dengan cadangan sempadan lama adalah dikekalkan bagi sempadan lot P.T. No. 970 dan lot P.T. No. 976 yang lurus. Draf tersebut dinyatakan dalam “WFT-3”. [12] Berdasarkan kepada persetujuan penyelesaian tersebut juruukur Defendan telah menyerahkan pengukuran halus kepada Pejabat Daerah dan Tanah Raub pada 09.12.2021. Pengukuran halus tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Negeri Pahang (JUPEM) pada 25.02.2022. [13] Defendan juga menyatakan bahawa dia telah diberitahu oleh juruukurnya bahawa Plaintif-Plaintif telah menyerahkan pengukuran halus lot P.T. No. 970 pengukuran halus yang terdahulu dan bukannya pengukuran halus yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak Plaintif dan Defendan semasa bertemu dengan Sharom bin Aziz. [14] Oleh itu Defendan mendakwa bahawa Plaintif-Plaintif sebagai pemilik lot P.T. No. 970 telah memungkiri persetujuan antara Plaintif-Plaintif dan Defendan dan telah tanpa pengetahuan Defendan mengemukakan pengukuran halus yang tidak dipersetujui oleh Defendan tersebut kepada pihak JUPEM. Setelah Defendan mendapati bahawa Plaintif-Plaintif menghantar pengukuran halus yang tidak dipersetujuinya kepada pihak JUPEM, pada sekitar April 2024 S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw Defendan telah berjumpa dengan Sharom bin Aziz untuk menyatakan kebimbangan beliau berkenaan dengan pihak JUPEM tidak memperakui pengukuran halus Defendan. Namun Sharom bin Aziz menyatakan bahawa geran hakmilik muktamad tidak akan dikeluarkan selagi isu pertindihan lot P.T. No. 970 dan lot P.T. No. 976 itu masih belum diselesaikan. [15] Pada sekitar awal tahun 2024 Defendan mendapati kerja pengukuran telah dijalankan di kawasan sempadan lot P.T. No. 970 dan P.T. No. 976. Pada jangkaan Defendan ia adalah tindakan bagi menyelesaikan pertikaian sempadan tersebut. Pada 28.02.2024 pihak JUPEM telah menjelaskan kepada Defendan bahawa pelan lot P.T. No. 970 telah diakui pada 12.02.2022. JUPEM mendapati terdapat pertindihan kawasan dan telah membuat pertanyaan Pejabat Daerah dan Tanah Raub tetapi tiada maklumbalas diberikan. [16] Defendan menyatakan bahawa sepatutnya dengan persetujuan Plaintif-Plaintif dan Defendan berkenaan dengan pengukuran halus berdasarkan kepada sempadan asal maka akan berlaku pengurangan kawasan bagi Plaintif-Plaintif dan Defendan. Oleh itu tidak timbul isu pihak Defendan telah menceroboh kawasan Plaintif-Plaintif disebabkan Defendan percaya bahawa kawasan tersebut adalah kawasan miliknya. Analisa [17] Penelitian kepada affidavit-affidavit sokongan yang dikemukakan oleh pihak-pihak dan dokumen yang dikemukakan adalah jelas dan S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw nyata bahawa pertikaian ini timbul ekoran daripada ketidaksepakatan pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan berkenaan dengan sempadan kawasan tanah masing-masing. Pengemukaan pelan oleh juruukur kedua-dua pihak juga tidak dapat memberi jalan penyelesaian kepada pertikaian sempadan tersebut. Ekoran daripada dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa kawasan hakmiliknya itu telah dicerobohi oleh Defendan maka Plaintif-Plaintif telah memohon deklarasi seperti yang dinyatakan dalam saman pemula. Sementara itu Defendan masih mempercayai bahawa tanah yang dikatakan dicerobohi oleh Defendan adalah hakmiliknya berdasarkan kepada hakmilik sementara yang diberikan kepada beliau. [18] Adalah tidak dapat dinafikan di dalam pentadbiran tanah di bawah Kanun Tanah Negara (KTN) terdapat tatacara yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak dan Pejabat Derah dan Tanah sebelum sesuatu hakmilik muktamad dikeluarkan. Proses ukur halus, proses pengesahan daripada JUPEM, serta maklumbalas daripada Pentadbir Tanah Daerah adalah di antara proses yang perlu dilalui bagi memastikan bahawa hakmilik tanah tersebut telah dilakukan secara teratur. Setelah segala proses dilalui maka hakmilik muktamad akan dikeluarkan apabila sesuatu hakmilik muktamad dikeluarkan ia adalah sesuatu yang konklusif berkenaan dengan dengan hakmilik. Ini diperuntukkan di bawah seksyen 89 KTN seperti yang berikut: “89 Conclusiveness of register documents of title Every register document of title duly registered under this Chapter S/N taWU6cgnYka3mbNjHyakcw shall, subject to the provisions of this Act, be conclusive evidence—