Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GUA MUSANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
DI-A53KJ-56-09/2024
Sessions Court of Malaysia9 Jul 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“t of Left Femur - Plaintif berhujah RM 45,000 – Kes Lim Kui Teong vs Md Noor Ismail [2026] CLJU 1110 - Defendan-Defendan berhujah RM 20,000 – kes Sangkaran Renganatahan vs Azhar Rizal Fauzi & 1 lagi [2013] PILRU 142 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this documen”
“Muhamad Irfan Kamarudin vs Ahmad Taymayllah Hashim & 1 lagi [2021] CLJU 1553 - Defendan-Defendan berhujah RM 15,000 – kes Alan Tiew Chung Yik & Yang Lain vs Wakil diri kepada Chew Gee geong, si mati [2017] PILRU 248 Mahkamah: RM 15,000 - Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam an”
“i Abrasion Wound dan Soft tissue Injury – kes Muhammad Syahmi bin Mahazi v Muhammad Adib Haiqal bin Ngadenin [2026] 1 PIR 7 & Wing Fatt Trading & Transport Agency & Anor v Ahmad Shuhaili Abdul Ghafar [2019] MLRHU 1856 Mahkamah: RM 5,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam ang”
“rta award masih dalam anggaran compendium. RM 25,000 2 Closed Fracture Left Superior Pole of Patellar - Plaintif berhujah RM 60,000 – Kes Muhamad Irfan Kamarudin vs Ahmad Taymayllah Hashim & 1 lagi [2021] CLJU 1553 - Defendan-Defendan berhujah RM 15,000 – kes Alan Tiew Chung Yik & Yang Lain vs Wakil diri kepada Chew Ge”
“originality of this document via eFILING portal 27 - Defendan-Defendan berhujah RM 1,000– kes Jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Seremban & yang lain v Muhammad Asyraf Muhammad Effendi & yang lain [2026] CLJU 1024 Mahkamah: RM 3,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggara”
“1. Closed Fracture Midshaft of Left Femur - Plaintif berhujah RM 45,000 – Kes Lim Kui Teong vs Md Noor Ismail [2026] CLJU 1110 - Defendan-Defendan berhujah RM 20,000 – kes Sangkaran Renganatahan vs Azhar Rizal Fauzi & 1 lagi [2013] PILRU 142 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ **Note : Serial number will be used to verify the o”
“sabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium. RM 25,000 4 Left 6th Rib Fracture - Plaintif berhujah RM 5,000 – Kes Amirul AffendEy Azman & anor vs Mohd Bakren Dolat Sajit [2026] CLJU 486 - Defendan-Defendan berhujah RM 3,000 – kes Amirul Affendy Azman & anor vs Mohd Bakren Dolat Sajit [2026]”
“3. Left Mandible Fracture - Plaintif berhujah RM 25,000 – Kes Muhammad Iqbal Hafidzi Jamaludin & satu lagi vs Syamzy Adam Shamsudin [2026] CLJU 539 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 25 - Defendan-Defendan berhujah RM 15,000 – kes”
“7. Muscle wasting - Plaintif berhujah RM 7,000 – Kes Azman Mohamad Vs Mohd Farid Misron [2026] CLJU 946 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 - Defendan-Defendan berhujah RM 1,000– kes Jurutera daerah Jabatan K”
“tif berhujah RM 5,000 – Kes Amirul AffendEy Azman & anor vs Mohd Bakren Dolat Sajit [2026] CLJU 486 - Defendan-Defendan berhujah RM 3,000 – kes Amirul Affendy Azman & anor vs Mohd Bakren Dolat Sajit [2026] MLRHU 453 Mahkamah: RM 4,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam angga”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GUA MUSANG DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA
2
NORMALINA BINTI ABDUL RAHMAN …PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
5.
6
DANIRUDIN BIN DAUD ALKOMAH BIN SHAFEIN …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Kes ini merupakan suatu tuntutan gantirugi am dan khas atas satu kemalangan jalan raya yang melibatkan 4 buah kenderaan yang berlaku pada pada 3 Jun 2022 di KM 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam lebih kurang 9.00 malam.
2
Plaintif pertama memandu sebuah motokar jenis Perdana no pendaftaran WNY 9095. Plaintif kedua adalah isteri kepada Plaintif Pertama menuntut gantirugi khas bagi penjagaan khas Plaintif Pertama.
3
Defendan Pertama adalah pemandu penggerak utama (Prime mover) no pendaftaran WNM 3982 yang merupakan sebuah Motorlori Treler no pendaftaran No T/BB 7822 milik syarikat Defendan Kedua.
4
Defendan Ketiga adalah pemandu sebuah motokar jenis HRV no pendaftaran VCW 798 milik Defendan Keempat. Manakala Defendan Kelima adalah pemandu sebuah motokar jenis Proton X70 no pendaftaran VEX 6169 milik Defendan keenam.
5
Selepas perbicaraan penuh dijalankan, dengan 3 orang saksi plaintif dan 3 orang saksi defendan telah dipanggil, dan Mahkamah ini atas imbangan kebarangkalian mendapati Plaintif – Plaintif adalah dengan ini bertanggungan 100% atas kemalangan ini. Oleh yang demikian tuntutan pihak Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah dengan ini ditolak.
6
Sebagaimana dinyatakan di dalam Pliding dan repot polis Plaintif Pertama (P4), pada 3 Jun 2022, jam lebih kurang 9.00 malam di Plaintif yang memandu dari arah Pasir mas menghala balik ke rumah di Kuala Lumpur apabila tiba ditempat kejadian dalam keadaan jalan sesak, telah memperlahankan motokarnya kerana kenderaan hadapan membrek dan bergerak perlahan, tiba tiba S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Defendan Pertama yang memandu motorlori treler dari arah belakang dari bawah ke atas rajah kasar (P1) telah melanggar Plaintif Pertama dari arah belakang dan menyebabkan Plaintif berlanggar dengan motokar HRV yang dipandu oleh Defendan ketiga yang berada dihadapan Plaintif sebelum melambung ke hadapan sebelah kanan jalan dan berlanggar dengan motokar Proton X70 dipandu Defendan kelima dari arah bertentangan. Akibat kemalangan tersebut plaintif Pertama mengalami kecederaan yang parah dan menuntut gantirugi am dan khas.
7
Sebagaimana penyataan saksi apabila sampai di KM 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam lebih kurang 9.00 malam, Plaintif Pertama telah memperlahankan motokarnya kerana kenderaan hadapan bergerak perlahan, tiba tiba Defendan Pertama yang memandu motorlori treler dari arah belakang telah melanggar belakang Plaintif Pertama menyebabkan Plaintif Pertama masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan motokar dipandu Defendan ketiga dan Defendan Kelima.
8
Semasa perbicaraan Plaintif Pertama (SP2) memaklumkan keadaan hujan renyai dan jalan sesak dan agak sukar untuk memotong melainkan di laluan memotong sahaja. Kedudukan S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ sebelum kemalangan Plaintif Pertama sedang memandu dalam jarak 3-4 kenderaan jarak motorlori di belakang dengan kejajuan 50- 60 kmj. Berkenaan kedudukan kenderaan dipandu Defendan Ketiga dan kelima, Plaintif Pertama tidak pasti kerana keduanya dari arah bertentangan.
9
Semasa disoalbalas, Plaintif Pertama mengakui memandu dalam keadaan tanpa lesen memandu diperbaharui, tanpa lesen kenderaan motokar dan juga tanpa perlindungan insuran. Mengakui memandu seorang diri dari Pasir Mas bergerak jam 5.30 petang sebelum 2 jam kemudiannya terlibat kemalangan.
10
Semasa disoal balas juga apabila ditanya bagaimana kemalangan berlaku, Plaintif Pertama memaklumkan keadaan kereta di hadapannya beratur panjang dan begitu juga di laluan bertentangan. Apabila tiba di tempat kejadian, memaklumkan kereta dihadapannya telah berhenti dan Plaintif Pertama telah berhenti selama 5-10 saat sebelum terdengar geseran tayar dari arah belakang dan nampak satu cahaya terus melanggar Plaintif Pertama dari arah belakang dan telah melambung dan nampak kereta Proton X70 dipandu Defendan Kelima melanggarnya sebelum berpusing. Plaintif Pertama juga memaklumkan bukan S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Defendan Kelima memasuki laluannya sebaliknya kenderaannya yang tercampak ke kanan dan memasuki laluan bertentangan.
11
Berkenaan perlanggaran dengan motokar HRV yang pandu Defendan Ketiga, Plaintif Pertama memaklumkan tidak pasti sama ada melanggar atau tidak motokar tersebut kerana selepas kemalangan, kenderaan HRV tersebut telah berada di situ.
12
Defendan Pertama yang memandu motorlori trelar dari arah Kuala Krai menghala ke Aring 8 iaitu dari arah bawah ke atas rajah kasar apabila sampai di KM 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai jam lebih kurang 8.35 malam sewaktu sedang menuruni bukit dalam keadaan hujan lebat, datang sebuah kenderaan jenis Perdana yang dipandu Plaintif Pertama telah memotong motorlori trelarnya dan telah masuk dilaluannya dihadapan motor trelar.
13
Tiba tiba motokar Proton X70 yang dipandu Defendan Kelima dari arah bertentangan sedang mengikuti rapat sebuah ambulan telah melanggar bahagian hadapan motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama di hadapannya dan akibat jarak terlalu dekat Defendan Pertama telah mengelak ke kiri akan tetapi terlanggar juga pada bahagian belakang motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ menyebabkan Motokar Perdana tersebut berpusing ke arah bertentangan. VERSI DEFENDAN PERTAMA – SEMASA PERBICARAAN-
14
Pada masa Kejadian, Defendan Pertama yang memandu motorlori trelar dari arah Kuala Krai menghala ke Aring 8 iaitu jam lebih kurang 8.35 malam ketika sedang menuruni bukit dalam keadaan hujan lebat dengan kelajuan 60kmj, sebelum berlakunya kemalangan telah datang sebuah kenderaan jenis Perdana yang dipandu Plaintif Pertama telah memotong motorlori trelarnya dan telah masuk di laluan asalnya.
15
Berdasarkan penyataan saksi juga, secara tiba tiba motokar Proton X70 yang dipandu Defendan Kelima dari arah bertentangan sedang mengikuti rapat sebuah ambulan telah melanggar bahagian hadapan motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama di hadapannya dan oleh akibat jarak terlalu dekat, Defendan Pertama telah cuba mengelak ke kiri akan tetapi terlanggar juga pada bahagian belakang motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama menyebabkan Motokar Perdana tersebut berpusing ke arah bertentangan.
16
Semasa disoal balas Defendan Pertama memaklumkan keadaan jalan tidak sesak tetapi banyak kenderan dan masih dalam keadaan bergerak. Juga tiada lorong memotong di situ. Semasa tiba di S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ tempat kejadian kereta Perdana dipandu plaintif Pertama telahpun berlanggar dan berada dalam kedudukan sedikit melintang ke kanan (separuh di laluan asal dan separuh di laluan bertentangan)
17
Defendan Pertama yang cuba mengelak ke kiri jalan terlanggar juga belakang motokar Perdana tersebut kerana lori terlalu besar dan selepas perlanggaran menyebabkan motokar perdana berpusing ke arah bertentangan dan motorlori trelar telah berhenti di kiri jalan setelah melanggar besi penghadang jalan di bahagian kiri jalan. Jika tiada besi penghadang jalan tersebut motorlori trelar akan terjatuh ke dalam cerun.
18
Apabila ditanya berkenaan dengan kewujudan ambulan, Defendan Pertama memaklum ambulan ada melalui jalan tersebut sebelum kemalangan berlaku dalam keadaan lampu siren dipasang tetapi tidak berbunyi.
19
Defendan ketiga yang memandu motokar HRV dalam perjalanan ke Kota Bharu daripada Kota Bharu (atas ke bawah rajah kasar), pada masa kejadian, motokar Proton X70 yang sedang berada dihadapannya sedang mengekori ambulans. Tiba tiba motokar X70 dipandu Defendan kelima itu berlanggar dengan kenderaan dari arah hadapan iaitu Motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ selepas gagal memotong. Defendan Ketiga telah menekan brek untuk mengelak tetapi berlanggar juga kedua dua kenderaan tersebut. VERSI DEFENDAN KETIGA – SEMASA PERBICARAAN-
20
Sebagamana penyataan saksi Defendan Ketiga yang ketika itu sedang memandu bersama seorang adik lelaki dan perempuannya dilaluan sahnya tiba tiba sebuah ambulan telah memotongnya dari sebelah kanan dan diekori oleh motokar Proton X70 dipandu Defendan Kelima yang kemudiannya telah berlanggar dengan motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama dari arah hadapan. Defendan Ketiga cuba membrek namun akibat jarak yang terlalu dekat motokar Defendan Ketiga berlanggar juga dengan kedua dua kenderaan tersebut di bahagian hadapan motokar Defendan Ketiga.
21
Semasa disoalbalas, Defendan Ketiga memaklumkan keadaan jalan berbukit dihadapan dan agak sempit serta jalan bergarisan berkembar, Ambulan pasang lampu siren tetapi tidak berbunyi telah berjaya masuk di laluan hadapannya tetapi Motokar Proton X70 hanya berjaya masuk sedikit dan tidak sepenuhnya semasa kemalangan berlaku. Laluan bertentangan ketika itu kosong sebab itu ambulan dan proton X 70 itu memotong motokar Defendan Ketiga.
22
Apabila disoal tentang kereta Perdana sama ada memasuki laluan bertentangan, Defendan Ketiga memaklumkan tidak nampak apa terjadi kepada Proton Perdana yang datang dari arah bertentangan sebelum kemalangan dan hanya pasti Proton X70 dihadapannya berlanggar dengan motokar Perdana dari arah bertentangan. Berkenaan dengan motorlori, Defendan ketiga mengakui hanya melihat selepas kemalangan berada di kanan jalan.
23
Defendan Kelima yang memandu motokar Proton X70 trelar apabila tiba di KM 74 Jalan Gua Musang – Kuala Krai pada masa kejadian dalam keadaan hujan dan cuaca hujan, tiba tiba motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama dari arah bertentangan telah masuk ke laluan sahnya lalu melanggar motokar dipandunya pada bahagian hadapan sebelah kanan. VERSI DEFENDAN KELIMA – SEMASA PERBICARAAN-
24
Sebagaimana penyataan saksi, Defendan Kelima dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memaklumkan sebelum berlakunya kemalangan terdapat satu Ambulans sedang menghala ke Kota Bharu telah memotong semua kenderaan termasuk motokar X70 dipandu Defendan Kelima. Berselang 3-5 minit S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ kemudian barulah Defendan Kelima mula memotong dan masuk semula kelaluan sahnya.
25
Setelah diberada dilaluannya lebih kurang 3-5 minit kemudian sebuah motokar Perdana dari arah bertentangan telah memasuki laluannya dan melanggar motokarnya di sebelah kanan tayar hadapan.
26
Semasa disoalbalas Defendan Kelima mengakui sedang memandu motokar milik kawannya iaitu Defendan Keenam, bersama isteri dan 2 orang anaknya dalam perjalanan ke Kota Bharu. Motokar tersebut pada hari kejadian dipandu tanpa lesen kenderaan motor kerana telah tamat tempoh dan tiada juga perlindungan insuran. Defendan Kelima memaklumkan pada masa tersebut masih dalam dalam Covid & PKP serta insuran dan roadtax belum sempat diperbaharui.
27
Defendan Kelima menafikan sedang mengekori sebuah ambulan pada masa kejadian. Juga menjelaskan tidak nampak apa yang berlaku di laluan bertentangan dan tidak tahu jika ada perlanggaran terdahulu antara motokar Perdana dengan motorlori trelar. Hanya dapat dipastikan keadaan lalu lintas bergerak. Defendan Kelima juga memaklumkan beliau hanya nampak motokar Perdana masuk sahaja yang masuk ke laluannya dan melanggarnya tanpa Nampak kelibat motorlori di belakang Perdana tersebut. Selepas S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ kemalangan barulah Defendan menyedari kewujudan motorlori trelar panjang duduk tepi jalan sebelah kanannya.
28
Defendan kelima memaklumkan sebelum kemalangan beliau cuba mengelak ke sebelah kiri tetapi motokar Perdana datang dalam keadaan laju masuk ke laluannya. Semasa ditanya sama ada beliau ada mendengar bunyi atau tidak Defendan Pertama menyatakan ada bunyi tetapi tidak pasti dari kenderaan mana. Dan semasa ditanya sama ada mendengar bunyi hentaman terlebih dahulu oleh motorlori trelar terhadap Motokar perdana, Defendan Kelima menjawab tidak mendengar.
29
Berdasarkan siasatan SP1 perlanggaran pertama adalah antara Plaintif Pertama yang memandu motokar Perdana dan Proton X70 yang dipandu Defendan Kelima akibat kegagalan Defendan Kelima dipercayai setelah mengekori rapat Ambulans dan gagal masuk semula ke laluan sahnya sebelum bertembung dengan motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama. Bagi Defendan Ketiga pula, SP1 menjelaskan pemandu Motokar HRV tersebut juga tidak sempat mengelak kemudiannya berlanggar juga dengan X70 dan motokar Perdana selepas itu akibat jarak yang terlalu dekat.
30
30.
Preamble
Menurut SP1 lagi Perlanggaran kedua adalah melibatkan motorlori trelar yang datang dari arah belakang motokar perdana dan akhirnya merempuh belakang Proton Perdana tersebut setelah cuba mengelak ke kiri jalan menyebabkan Motokar Perdana berpusing ke arah bertentangan.
31
Defendan Kelima kemudianya telah dituduh dibawah seksyen 43(1) Akta pengangkutan Jalan 1987, walaubagaimanapun Defendan Kelima kemudiannya telah diarahkan untuk dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) oleh Timbalan Pendakwaraya atas arahan Pengarah pendakwaan Negeri Kelantan setelah satu representasi dikemukakan peguambela Defendan Kelima. Sewaktu itu perbicaraan kes tersebut belum bermula.
32
Semasa disoalbalas berkenaan adakah hasil siasatan masih sama sebagaimana keputusan kes di P3, SP1 memaklumkan keputusan masih sama. Apabila dicadangkan sama ada keputusan kes kemungkinan akan berlainan dan berubah, SP1 memaklumkan hanya mengikut arahan Pengarah Pendakwaan Negeri iaitu kes telah DNAA melainkan ada bukti baru.
33
Berkenaan isu ambulan, SP1 memaklumkan hanya mendapat butir-butir penggunaan Ambulan sahaja daripada Klinik Kesihatan Aring 2 dan tiada siasatan dan rakaman lanjut diambil. S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ
34
Bagi sesuatu kes tuntutan kemalangan jalan raya mahkamah atas imbangan kebarangkalian hendaklah menimbang kesemua keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah dan memilih versi mana yang lebih probable.
35
Isu yang paling utama yang perlu diputuskan adalah isu liabiliti berkenaan adalah siapakah yang bertanggungan dan menjadi penyebab punca kemalangan? versi siapa yang lebih probable dalam menentukan liabiliti? Kenderaan mana yang terlibat dengan kemalangan Pertama ataupun yang kedua? Dalam ketiadaan saksi bebas mahkamah akan menilai saksi sedia ada dan keterangan senyap.
36
DAPATAN MAHKAMAH Dengan ketiadaan saksi bebas, oleh yang demikian mahkamah ini akan menilai keseluruhan keterangan sedia ada oleh saksi saksi yang telah dikemukakan dan juga mengambil kira keterangan dokumen sebagai keterangan senyap yang dikemukakan dalam mahkamah ini.
37
Pertamanya sebagai saksi yang neutral, SP1 semasa kehadirannya kali pertamanya memberikan keterangan memaklumkan keputusan S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ kes adalah Defendan Kelima adalah cuai dan telah dituduh dibawah seksyen 43(1) APJ 1987 sebagaimana keputusan Kes pada P3. Kemudiannya setelah kes dituduh di Mahkamah, SP1 memaklumkan atas arahan Pengarah Pendakwaan Negeri untuk kes pendakwaan terhadap Defendan Kelima di DNAA.
38
Walaubagaimanapun mahkamah ini perlu meneliti dan menimbang secara teliti keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan dalam mahkamah ini sama ada konsisten dengan hasil keputusan kes di P3 dan juga keputusan Pengarah Pendakwaan Negeri.
39
Sebagaimana dinyatakan diatas terdapat sekurang-kurangnya 3 versi yang berbeza bagaimana kemalangan ini berlaku. Pertamanya mahkamah akan terus menganalisa versi Plaintif Pertama vs Versi Defendan Pertama yang merupakan asas tuntutan utama Plaintif dalam kes ini serta keterangan kedua duanya akan diteliti secara terperinci bagi membolehkan mahkamah ini membuat satu dapatan versi mana lebih probable.
40
Pertamanya Keterangan SP1 sendiri menyatakan hasil dapatan beliau kemalangan pertama adalah melibatkan kenderaan Plaintif Pertama yang memandu motokar Perdana dengan Defendan Kelima yang memandu Proton X70. Ini secara jelas menafikan kemalangan pertama berlaku antara Proton Perdana dan Motorlori S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ trelar yang datang dari arah belakang. Mahkamah bersependapat dengan SP1, memandangkan hasil penelitian keterangan saksi saksi dan juga keterangan senyap sedia ada menyokong dakwaan tersebut. Dakwaan perlanggaran pertama oleh motorlori trelar ke atas Proton Perdana juga tidak sokong oleh mana mana keterangan.
41
Keduanya adalah tidak dinafikan berlaku perlanggaran antara Proton Perdana dan Motorlori trelar tetapi mahkamah ini berpendapat ianya adalah perlanggaran kedua. Jika dilihat daripada keterangan senyap iaitu P2 (35 &36) gambar kerosakan bahagian belakang Motokar Perdana agak teruk dibahagian belakang dari sebelah kanan dan semakin kedalam ke sebelah kiri belakang.
42
Ini konsisten dengan versi Defendan Pertama yang mana menyatakan kedudukan motokar Plaintif Pertama sedikit melintang ke kanan selepas berlanggar dengan Proton X70 sebelum dilanggar motorlori trelar. Walaupun motorlori trelar telah mengelak ke kiri jalan, mengambilkira faktor sebuah motorlori trelar yang memiliki fizikal yang besar dilaluan yang sempit, ia tetap melanggar belakang motokar Perdana tersebut. Elakan ke kiri itu itulah punca kerosakan dibahagian belakang Proton Perdana lebih ke dalam pada sebelah kiri belakang berbanding belakang sebelah kanan S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ motorkar Perdana tersebut. Akibat perlanggaran itu juga, motokar dipandu Plaintif Pertama berpusing ke arah bertentangan.
43
Ketiganya Jika dilihat pada gambar P2(2) jelas terdapat kesan brek dari tengah jalan menghala ke kiri jalan. Ini menyokong versi pemandu motorlori trelar, walaupun tidak dilukis dalam rajah kasar P1 dan kedudukan final resting motorlori sebagaimana tandaan F pada rajah kasar P1 juga menunjukkan keberadaan motorlori trelar di sebelah kiri rajah kasar dan juga sebagaimana keterangan SP1 kedudukan motorlori tersebut tidak ubah. SD2 iaitu pemandu motorlori trelar juga mengatakan selain motorlori trelar mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, ia juga mengalami kerosakan pada sebelah kiri motorlori trelar tersebut dan ini konsisten dengan perlanggarannya dengan penghadang jalan di kiri jalan mengelak dari terjatuh ke dalam cerun.
44
Keempat percanggahan keterangan Plaintif Pertama sendiri. Percanggahan pertama dapat dilihat di dalam Pliding Plaintif telah menceritakan perkara berbeza sebagaimana keterangan di mahkamah. Sebagaimana penyataan tuntutan Defendan Pertama yang memandu motorlori treler dari arah belakang telah melanggar Plaintif Pertama dari arah belakang dan menyebabkan Plaintif berlanggar dengan motokar HRV yang dipandu oleh Defendan S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ ketiga yang berada dihadapan Plaintif sebelum melambung ke hadapan jalan ke sebelah kanan jalan dan berlanggar dengan motokar Proton X 70 dipandu Defendan kelima dari arah bertentangan. Tiada Tuntutan Penyataan Terpinda di dalam kes ini.
45
Tetapi semasa perbicaraan SP1 menyatakan perkara yang berbeza iaitu motorlori treler dari arah belakang telah melanggar belakang Plaintif Pertama menyebabkan Plaintif Pertama masuk ke laluan bertentangan dan berlanggar dengan motokar dipandu Defendan ketiga dan Defendan Kelima. Dan juga semasa disoalbalas Plaintif Pertama memaklumkan tidak pasti sama ada berlanggar dengan Defendan Ketiga atau tidak. Keterangan ini berbeza di dalam pliding yang diplidkan oleh Plaintif. Adalah menjadi prinsip undang undang untuk pihak pihak terikat dengan pliding.
46
Percanggahan kedua adalah sewaktu memberikan keterangan Plaintif Pertama menyatakan kereta dihadapannya telah berhenti dan Plaintif Pertama telah brek dan kemudiannya telah berhenti selama 5-10 saat sebelum terdengar geseran tayar dari arah belakang dan nampak satu cahaya terus melanggar Plaintif Pertama dari arah belakang. Fakta beliau sedang berhenti akibat S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ kenderaan hadapan berhenti juga tidak diplidkan sama ada di pliding atau pun repot polis P4 Plaintif Pertama sendiri.
47
Keterangan ini juga tidak pernah disokong oleh SP1 pegawai penyiasat atau mana mana saksi lain. Geseran tayar ini memang wujud tetapi bagi kemalangan kedua oleh motorlori trelar dan bukan kemalangan pertama. Jika benar akibat hentaman kuat dari belakang oleh motorlori trelar terhadap motokar dipandu Plaintif Pertama, mahkamah ini percaya bukan hanya kenderaan plaintif Pertama sahaja akan mengalami kemalangan teruk tetapi keseluruhan kereta yang berada di hadapan laluan Plaintif Pertama juga turut akan menerima nasib yang sama kerana ia sedang berhenti jika benar dakwaan plaintif Pertama. Keterangan kereta sedang berhenti kerana kereta hadapan turut berhenti ini juga tidak disokong oleh mana mana keterangan saksi lain sama ada SP1, SD1 SD2 dan SD3 yang menyatakan keadaan kereta sedang bergerak.
48
Ini menguatkan lagi versi Defendan Pertama lebih probable bahawa hentaman dari belakang berlaku setelah motokar Perdana dipandu Plaintif Pertama berada dalam keadaan sedikit melintang setelah berlanggar terlebih dahulu dengan motokar X70 berdasarkan bukti keterangan senyap.
49
Kelima, mahkamah ini mengambil judicial notice bahawa kedua dua kenderaan yang terlibat dalam perlanggaran pertama iaitu antara motokar Perdana dipandu plaintif Pertama dan juga motokar Proton X70 yang dipandu Defendan Kelima tidak sepatutnya berada di atas jalan raya pada masa kejadian, ini kerana kedua dua kenderaan tersebut tiada lesen kenderaan kerana tamat tempoh dan juga tidak dilindungi insuran bagi memboleh sebarang tuntutan insuran dibuat oleh keduanya duanya jika berlaku kemalangan. Mahkamah ambil maklum kedua dua pemandu ini telah mengalami kecederaan serius akibat kemalangan ini terutama Plaintif Pertama.
50
Mahkamah ini berpendapat tindakan Plaintif Pertama yang cuba mengaitkan Defendan Pertama yang memandu motorlori trelar sebagai punca kemalangan pertama berlaku adalah tidak seharusnya berlaku dan tidak boleh dibenarkan melainkan terdapat bukti bagi menyokong dakwaan tersebut yang mana mahkamah melihat sebaliknya. Memandangkan keberadaan motorlori trelar atas jalan raya pada masa tersebut adalah sah disisi undang undang bukanlah menjadi satu alasan untu satu tuntutan boleh dibuat tanpa bukti yang sahih.
51
Keenam, Plaintif Pertama sendiri di dalam repot polisnya P4 yang dibuat selepas 21 hari secara tidak langsung menyokong versi Defendan Kelima yang mana kemalangan adalah disebabkan motokar Plaintif Pertama yang memasuki laluan sah Defendan Kelima dan bukan sebaliknya.
52
Walaupun versi Defendan Ketiga menyatakan Defendan kelima yang sedang mengekori ambulans tidak sempat masuk semula ke laluan sahnya, mahkamah setelah meneliti keterangan senyap iaitu kerosakan terhadap Motokar Proton X70 berpendapat sekiranya benar motokar dipandu Defendan Kelima tidak sempat masuk semula pasti kesan kerosakan secara keseluruhan bahagian sebelah kanan kereta akan berlaku kepada motokar Proton X70 yang dipandu Defendan kelima. tetaFinal resting motokar motokar Defendan Kelima akan lebih berada di laluan tengah jalan atau di laluan bertentangan. Tetapi sebaliknya berlaku. Final resting kenderaan X70 juga lebih ke kiri jalan di laluan sahnya.
53
Defendan Ketiga juga sendiri memaklumkan tidak nampak dan tidak mengetahui apa yang berlaku di laluan bertentangan sebelum kemalangan antara Proton Perdana dan Proton X70, dan Defendan Ketiga hanya melihat setelah keduanya berlanggar. Mengambil kira Pemgakuan Plaintif sendiri yang telah mengakui memasuki laluan S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Defendan Kelima. Mahkamah ini berpendapat versi Defendan kelima lebih probable berbanding versi Defendan Ketiga kerana keterangan senyap menyatakan sebaliknya.
54
Ketujuh, secara kesimpulannya, hasil dapatan mahkamah ini, kemalangan pertama adalah melibatkan proton Perdana yang dipandu Plaintif Pertama telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Defendan Kelima yang memandu Proton X70 akibat kecuaian sendiri dan bukannya dilanggar dari belakang terlebih dahulu oleh motorlori trelar berdasarkan dapatan dan penelitian oleh mahkamah ini.
55
Tindakan mengaitkan motorlori sebagai punca kemalangan adalah satu tindakan yang dilakukan oleh Plaintif Pertama bagi membolehkan satu insuran dibuat terhadap Defendan pertama yang dilindungi insuran berbanding Defendan kelima yang tidak dilindungi insuran pada perlanggaran pertama.
56
Berkait dengan perlanggaran kedua antara Motorkar Perdana yang dipandu Plaintif Pertama dan Motorlori trelar dipandu Defendan Pertama, mahkamah berpendapat Defendan Pertama telah mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakan kemalangan kedua ini menjadi lebih teruk.
57
Ini bersandarkan tindakan mengelak ke kiri jalan disokong oleh kesan brek dari tengah jalan menghala ke kiri di samping faktor jalan yang sempit iaitu satu laluan sahaja serta mengambilira motorlori trelar sebuah kenderaan yang berfizikal besar, maka adalah mustahil dalam jarak yang dekat untuk mengelak daripada melanggar satu objek statik yang berada di tengah jalan. Tindakan mengelak ke kiri tersebut setidaknya menyelamatkan nyawa Plaintif Pertama. Begitu juga bagi Defendan Ketiga, apabila satu kemalangan berlaku di hadapan pada jarak dekat, adalah mustahil untuk mengelak. Berdasarkan kerosakan kepada motokar HRV tersebut juga tiada kerosakan yang signifikan dan pemandu motokar HRV juga tidak mengalami sebarang kecederaan.
58
Berdasarkan dapatan mahkamah terhadap isu liabiliti seperti di bincangkan di atas maka mahkamah tiada pilihan lain selain untuk mempercayai versi defendan-defendan yang menyokong satu sama lain dan juga keterangan senyap sedia ada serta lebih probable berbanding versi Plaintif-Plaintif.
59
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi sedia ada serta meneliti keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah ini, hujahan kedua dua pihak, atas imbangan kebarangkalian, S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Plaintif-plaintif dalam kes ini adalah bertanggungan (100% liabiliti) atas kemalangan ini dan tuntutan plaintif – plaintif terhadap defendan-defendan adalah dengan ini ditolak.
60
Untuk melengkapkan alasan penghakiman ini, kuantum atas dasar 100% dikemukakan jika ada rayuan difailkan oleh pihak yang terkilan.
61
SP2 dan SP3 telah hadir bagi memberikan keterangan bagi menyokong tuntutan gantirugi am dan khas dalam kes ini.
62
Awad yang diberikan adalah adil, wajar dan munasabah GANTIRUGI AM (ATAS DASAR 100%) (JIKA DIBENARKAN) PLAINTIF PERTAMA
1
Closed Fracture Midshaft of Left Femur - Plaintif berhujah RM 45,000 – Kes Lim Kui Teong vs Md Noor Ismail [2026] CLJU 1110 - Defendan-Defendan berhujah RM 20,000 – kes Sangkaran Renganatahan vs Azhar Rizal Fauzi & 1 lagi [2013] PILRU 142 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Mahkamah: RM 25,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil kira closed fracture dan kepatahan telah bercantum dan ketiadaan shortening serta award masih dalam anggaran compendium. RM 25,000 2 Closed Fracture Left Superior Pole of Patellar - Plaintif berhujah RM 60,000 – Kes Muhamad Irfan Kamarudin vs Ahmad Taymayllah Hashim & 1 lagi [2021] CLJU 1553 - Defendan-Defendan berhujah RM 15,000 – kes Alan Tiew Chung Yik & Yang Lain vs Wakil diri kepada Chew Gee geong, si mati [2017] PILRU 248 Mahkamah: RM 15,000 - Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium.
3
Left Mandible Fracture - Plaintif berhujah RM 25,000 – Kes Muhammad Iqbal Hafidzi Jamaludin & satu lagi vs Syamzy Adam Shamsudin [2026] CLJU 539 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ - Defendan-Defendan berhujah RM 15,000 – kes Empading Anak Garai vs Tambi Anak Jerah [2023] 1 LNS 1035 Mahkamah: RM 25,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium. RM 25,000 4 Left 6th Rib Fracture - Plaintif berhujah RM 5,000 – Kes Amirul AffendEy Azman & anor vs Mohd Bakren Dolat Sajit [2026] CLJU 486 - Defendan-Defendan berhujah RM 3,000 – kes Amirul Affendy Azman & anor vs Mohd Bakren Dolat Sajit [2026] MLRHU 453 Mahkamah: RM 4,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium. RM 4,000 5 Liver Contusion - Plaintif berhujah RM 15,000 – Kes Paramasivam Rj Raman vs Ko Bing Liyong & Anor [2017] 5 LNS 85 - Defendan-Defendan berhujah RM 5,000 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Mahkamah: RM 12,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium. RM 12,000 6 Multiple Abrasion Wound - Plaintif berhujah RM 5,000 – Kes Mohd Naim Abdullah vs Muhammad Zulkiflee Anwar & Satu lagi [2023] 1 LNS 64 - Defendan-Defendan berhujah RM 3,000 + RM 2000 bagi Abrasion Wound dan Soft tissue Injury – kes Muhammad Syahmi bin Mahazi v Muhammad Adib Haiqal bin Ngadenin [2026] 1 PIR 7 & Wing Fatt Trading & Transport Agency & Anor v Ahmad Shuhaili Abdul Ghafar [2019] MLRHU 1856 Mahkamah: RM 5,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium.
7
Muscle wasting - Plaintif berhujah RM 7,000 – Kes Azman Mohamad Vs Mohd Farid Misron [2026] CLJU 946 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ - Defendan-Defendan berhujah RM 1,000– kes Jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Seremban & yang lain v Muhammad Asyraf Muhammad Effendi & yang lain [2026] CLJU 1024 Mahkamah: RM 3,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium.
8
Multiple Scars - Plaintif berhujah RM 10,000 – Kes Azman Mohamad Vs Mohd Farid Misron [2026] CLJU 946 - Defendan-Defendan berhujah RM 5,000– kes Muhammad Afnan b Abu bakar v Rosalea bt adam [2021] 2 PIR 36 Mahkamah: RM 10,000 Adalah memadai adil dan munasabah. Mengambil keseriusan serta award masih dalam anggaran compendium. RM 10,000 RM99,000 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ GANTIRUGI KHAS (ATAS DASAR 100%) (JIKA DIBENARKAN) PLAINTIF PERTAMA NO
1
Kos Laporan Perubatan - Hospital Sultan Ismail Petra (kecemasan) RM 40 - Hospital Sultan Ismail Petra (Ortopedik) RM 40 - Hospital Sultan Ismail Petra (Pembedahan) RM 40 - Hospital Sultan Ismail Petra (OMFS) RM 40 - Hospital Shah Alam (Ortopedik) RM 40 - Hospital Shah Alam (OMFS) RM 40
240
Dibenarkan RM 00 2 Kos kerosakan pakaian / kasut / barang berharga Dibenarkan RM 100.00 3. Kos makanan dan makanan berkhasiat Ditolak 4. Dokumen polis
200
200.00 5. Carian JPJ Dibenarkan 10,00 6. Kos Perjalanan ke Hospital RM 50 sehari x 13 hari Dibenarkan 650,00 7. Kos makan minum Ditolak 8.
9
Laporan pakar - Laporan pakar Ortopedik Klinik Dr Azhar RM 1000 - Laporan pakar OMFS Klinik Pergigian Afiq RM 1000 Dibenarkan 2000,00 10.
11
Kos Rawatan Hospital Kos membeli ubat Dibenarkan 318,00 Ditolak 12.
14
Kos rawatan & Pembedahan masa hadapan - Dibenarkan 1/3 x RM 8000
2667
2667.00
13
Perbelanjaan Nursing Care Ditolak 15 Rawatan Tradisional Ditolak 16 Domestic Help Ditolak 17 &
18
Kehilangan pendapatan Hujahan Plaintif-Plaintif memberikan keterangan /berhujah RM 10,000.00 kehilangan pendapatan sebulan - Pohon RM 5000x 12 x 6,5= RM 390,000.00 Hujahan Defendan-Defendan berhujah RM 100 sehari x 206 cuti sakit hari bekerja = RM 20,600 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Mahkamah - Diplidkan dalam RM 5000 kerja kimpalan + RM 350 Kedai makan = RM 5350 - Kerja sendiri - Tiada penyata akaun bank dikemukakan - Tiada penyata LHDN - Dibenarkan setakat RM 3000 sebulan - Cuti sakit 206 hari @ 6.9 bulan/ 7 bulan - RM 3000 x 7 bulan = RM 21,000 Dibenarkan 21,000 19 20 21 Kos ubah suai rumah Kos alat sokongan Kos Shoe Raise Ditolak RM 27,185 GANTIRUGI KHAS (ATAS DASAR 100%) (JIKA DIBENARKAN) PLAINTIF KEDUA NO
1
Kehilangan pendapatan Hujahan Plaintif-Plaintif Kedua tidak daapa bekerja selama 7 bulan dan kerugian RM 5000 sebulan - Pohon RM 5000 x 7 bulan= RM 35,000.00 Dibenarkan RM 20,600.00 S/N Qdlmajk8PUmvaksC0myyxQ Hujahan Defendan-Defendan berhujah RM 50 sehari x 206 cuti sakit hari bekerja = RM 10,300 Mahkamah - Kerja sendiri - Tiada penyata akaun bank dikemukakan - Tiada penyata LHDN - Dibenarkan setakat RM 100 sehari - Cuti sakit 206 hari x RM 100 = RM 20,600
63
Kos mengikut skala 64. Faedah 5% setahun ke atas Ganti rugi am dari tarikh writ saman diserahkan sehingga tarikh penghakiman. (jika dibenarkan)
65
Faedah 2.5% setahun ke atas Ganti rugi Khas dari Tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman. (jika dibenarkan)
66
Faedah 5% bermula dari tarikh penghakiman untuk jumlah keseluruhan sehingga penyelesaian penuh dan muktamad. (jika dibenarkan)
67
Atas persetujuan Plaintiff, Wang Penghakiman hendaklah dimasukkan ke dalam akaun pelanggan Tetuan Nor Ainy Ibrahim & Co (Jika dibenarkan)
68
Walaubagaimanapun mahkamah ini menyerahkan kepada kebijasanaan YA Hakim Mahkamah Tinggi untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan ini (jika ada) Bertarikh: 9 Julai 2026 (NIK MOHD TARMIZIE BIN NIK MOHD SHUKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Gua Musang Pihak-pihak Plaintif 1& 2 : Tetuan Nor Ainy Ibrahim & Co Defendan 1 & 2 : Tetuan Jayadeep Hari & Jamil Defendan 3 & 4 : Tetuan Othman Hashim & Co Defendan 5 & 6 :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.