Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
JH-A53KJ-1-01/2020
Sessions Court of Malaysia28 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an seperti berikut: “Pendapat mahkamah berkenaan isu inflasi dan kenaikan kos ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd & Anor v Idayu Zulkafli [2004] AMEJ 0087; [2004] 5 CLJ 479, HC di mana YA Low Hop Bing, hakim telah menyatakan bahawa: The **Note : Serial number”
“9. Pemahaman ini adalah berdasarkan kes ABDUL WAFFIY BIN WAHUBBI & ANOR VAK NAZARUDDIN BIN AHMAD [2017] MLJU 761 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: “I would also venture to say that it is the duty of counsel on both sides to guide the court to make an award which falls within the range as prov”
“y evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.” xiii. Mahkamah ini turut merujuk kepada kes MOHD SIDIK BIN MUHAMAD KETAR V ZAINAL HAZRIL BIN ZAINAL MOKHTAR & ANOR [2022] MLJU 1186, di mana Mahkamat **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eF”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA
1
HAIRUL AZWAN BIN AHAMAD NO. KP: 920301-01-5479 2. AMRAN BIN YUSRAIN NO. KP: 910903-01-6189 3. AZREEN BIN AZRI NO. KP: 930105-01-5569 …PLAINTIF-PLAINTIF
1
MOHD NORHIDAYAT BIN MOHD NOR NO. KP: 890619-01-5423 …DEFENDAN PENGHAKIMAN Kedua-dua pihak telah bersetuju atas isu liabiliti iaitu Defendan menanggung 85% liabiliti dan Plaintif menanggung 15% liabiliti. Kes telah ditetapkan untuk taksiran dan hujahan ke atas isu kuantum dan kemudiannya telah ditetapkan untuk keputusan pada hari ini melalui e-review dan setelah meneliti hujahan-hujahan kedua-dua pihak maka adalah dihakimi bahawa Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif Pertama gantirugi am dan gantirugi khas (atas 100% liabiliti) seperti berikut:
1
Gantirugi Am
a
Open transverse fracture of right midshaft hunerus gustillo 3b with severe soft tissue injury and radial nerve torn and right shoulder disarticulation/amputated right upper limb = RM110,000
b
Open communited fracture of midshaft right femur gustillo 3b with severe soft tissue injury and bone loss, open communited fracture of tibial plateau schatzker 6 gustillo 3A with internal degloving wound and open communited fracture proximal of right fibula and right transfemoral amputation/right above knee amputation = RM160,000
c
Laceration wound to the scalp, bruises to the right upper eyelid, deep laceration wound right humerus 15 x 10cm with muscles torn and bone exposed, deep laceration wound lateral thigh 20 x 10cm, deep laceration wound medial thigh 24 x 15cm, laceration wound anterior thigh 4 x 2cm, laceration wound anterior 1/3 right leg 4 x 5cm and anterior degloving medial midshin 3cm = RM8,000
d
Multiple permanent and disfigured scars a 6 x 8cm hypertropic scar over the amputated site of the right shoulder, a 25 x 3cm hypertropic scar over the anterior aspect of the amputated site of the right thigh, a 2 x 1cm hyperpigmented scar over the anterior aspect of the right thigh, a 2 x 2cm keloidic scar over the medial aspect of the left knee, a 1 x 1cm keloidic scar over the medial aspect of the left leg = RM20,000 Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM298,000
2
Gantirugi Khas
a
Kos tangan palsu - bionic hand = RM3,916,304.86
b
Kos kaki palsu = RM2,041,632.50
c
Laporan JPJ = RM20
d
Laporan polis, rajah kasar dan kunci dan gambar kemalangan = RM50
e
Laporan perubatan dari Hospital Kota Tinggi = RM40
f
Kos laporan perubatan dari Hospital Sultan Ismail Johor
g
Kos laporan doktor Ortopedik = RM1876
h
Perbelanjaan perjalanan untuk ahli-ahli keluarga ke Hospital
i
Perbelanjaan perjalanan untuk ahli-ahli keluarga ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru = RM4,000
j
Kerusi roda dari tarikh kemalangan sehingga umur 74 tahun = RM100,000
k
Bil Hospital Kota Tinggi = RM1000
l
Bil Hospital Sultan Ismail Johor Bahru = RM5000
m
Laporan sebut harga pakar prostetik tangan dan kaki palsu bertarikh 27.5.2019 dari Endolite Asia Sdn Bhd = RM6000
n
Laporan sebut harga pakar prostetik tangan dan kaki palsu bertarikh 6.9.2023 dari Endolite Asia Sdn Bhd = RM6000
o
Kos pembedahan (anggaran) = RM5,000
p
Perbelanjaan perubatan dan/atau rawatan lanjut = RM5,000
q
Perbelanjaan untuk membaiki kerosakan motorvan no. JLS1239 = RM5,000
r
Kos perbelanjaan mengubahsuai rumah kediaman = RM20,000
s
Kos perbelanjaan mengubahsuai kenderaan = RM10,000
t
Kos menjalani latihan terapi vokasional = RM7,000
u
Kos tongkat forearm = RM800
v
Kehilangan pendapatan sebenar (Dipersetujui) = RM109,200
w
Kehilangan separuh pendapatan masa hadapan (Dipersetujui) = RM70,200 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM6,314,513.36 Dan seterusnya adalah dihakimi bahawa selepas mengambil kira isu liabiliti, Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif Pertama gantirugi am sebanyak RM253,300 (iaitu 85% daripada RM298,000) dan gantirugi khas sebanyak RM5,367,336.36 (iaitu 85% daripada RM6,314,513.36). Dan seterusnya Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif Pertama faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dari tarikh Writ dan Penyata Tuntutan diserahkan sehingga ke tarikh penghakiman Dan seterusnya Defendan dihakimi membayar kepada Plaintif Pertama faedah 5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman. Dan selanjutnya adalah dihakimi Defendan membayar kepada Plaintif Pertama faedah pada kadar 5% setahun ke atas keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Seterusnya jumlah penghakiman yang akan dibayar kepada Plaintif Pertama itu hendaklah dibayar ke atas akaun klien Tetuan Sri Habib Chambers. DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA TINGGI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA SAMAN NO.: JH-A53KJ-1-01/2020
1
HAIRUL AZWAN BIN AHAMAD
2
AMRAN BIN YUSRAIN
3
AZREEN BIN AZRI NO. KP: 930105-01-5569 …PLAINTIF-PLAINTIF
1
MOHD NORHIDAYAT BIN MOHD NOR NO. KP: 890619-01-5423 …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Di dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah membawa tuntutan gantirugi terhadap Defendan akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 7 Mei 2015 di antara Motorvan No. JLS 1239 yang dipandu oleh Plaintif Pertama dengan Motorkar No. WUA 2055 yang dipandu oleh pihak Defendan.
2
Penghakiman Persetujuan telah direkodkan terhadap Plaintif Kedua dan Ketiga pada 19 Februari 2024. Bagi Plaintif Pertama, kedua-dua pihak telah bersetuju atas isu liabiliti iaitu pihak Defendan menanggung 85% liabiliti dan Plaintif Pertama menanggung 15% liabiliti.
3
Di dalam kes ini, selain SM Zainuddin Hamid (SP1) iaitu Penolong Pegawai Penyiasat, Plaintif Pertama telah memanggil 1 saksi iaitu Puan Nadzirah Binti Abdul Razak (SP2) selaku Pakar Clinical Prosthetist & Orthotist untuk memberikan keterangan berkenaan tangan dan kaki palsu untuk Plaintif Pertama.
4
Rayuan ini adalah rayuan oleh pihak Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini mengenai isu kuantum sahaja.
5
Memandangkan kedua-dua pihak telah bersetuju atas isu liabiliti, kes telah ditetapkan untuk taksiran dan hujahan ke atas isu kuantum sahaja. Justeru itu, Mahkamah hanya memberikan keputusan mengenai kuantum yang sewajarnya diterima oleh Plaintif Pertama.
6
Dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif Pertama, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mengenai gantirugi am sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes KU JIA SHIUEN (AN INFANT SUING THROUGH HER MOTHER AND NEXT FRIEND, TAY PEI HOON) & ANOR V GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS [2013] 4 MLJ 108 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)).
7
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes ONG AH LONG V DR S UNDERWOOD (1983) CLJ REP 300 di mana Mahkamah mengatakan seperti berikut: “It has to be borne in mind that damages for personal injuries are not punitive and still less a reward. They are simply compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of the wrongful act, so far as money can compensate. …The award under general damages should be a global sum commensurate with the injury sustained and not a full compensation which might result in ruinous consequences to the defendant.”
8
Dalam mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif Pertama, Mahkamah ini turut dirujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Meskipun Mahkamah ini dirujuk kepada Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut, Mahkamah ini memahami bahawa Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut merupakan satu garis panduan. Justeru itu, Mahkamah ini tidak terikat secara ketat dengan jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 tersebut.
9
Pemahaman ini adalah berdasarkan kes ABDUL WAFFIY BIN WAHUBBI & ANOR VAK NAZARUDDIN BIN AHMAD [2017] MLJU 761 di mana Mahkamah Tinggi menyatakan seperti berikut: “I would also venture to say that it is the duty of counsel on both sides to guide the court to make an award which falls within the range as provided in the Compendium. Of course, even then there has to be medical evidence to support an award which leans towards either the higher or lower end of the range. Having said that, I do accept that the Compendium is not a statutory code but only a guideline which does not fetter the court’s discretion and that the court is, subject to exceptional factual circumstances, at liberty to depart from the Compendium. But, it would take compelling and extenuating facts (medical evidence) to persuade a court to depart from the Compendium. Otherwise, the Compendium will be rendered useless in so far achieving consistency in awards for damages for personal injuries.”
10
Plaintif Pertama dan pihak Defendan turut membuat rujukan terhadap nas-nas perundangan dalam membantu Mahkamah ini mempertimbangkan gantirugi am yang sewajarnya bagi Plaintif Pertama. Di dalam membuat rujukan terhadap nas-nas perundangan tersebut, Mahkamah ini sentiasa dipandu oleh kes LAW KOK LEONG & ANOR V NOR HAPIZA BINTI ABU HASSAN (WIFE TO THE DECEASED, ABDUL MANAP BIN HAMID) [2017] 1 PIR [3] di mana Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa: “The amount awarded by the SCJ for damages was not entirely excessive. The awards were given by referring to and being guided by recent cases” The defendants had proposed the sum of RM220,000.00 in the Sessions Court, and are maintaining the same figure in this appeal. It was submitted that the award of RM300,000.00 by the Sessions Court was excessive, particularly as the maximum award set out in the Revised Compendium of Personal Injury Awards is RM220,000.00. I am disinclined to disturb the award, as the learned SCJ had referred to the awards given in recent cases and was guided by them. He also correctly pointed out that the Compendium is merely a guideline, and that he was not bound to adhere to the amount set out in it.”
11
Bagi gantirugi am, Mahkamah ini memberikan gantirugi am seperti berikut:
a
Open transverse fracture of right midshaft hunerus gustillo 3b with severe soft tissue injury and radial nerve torn and right shoulder disarticulation/amputated right upper limb = RM110,000 i. Plaintif Pertama telah merujuk nas perundangan tahun 2022 yang memberikan award sejumlah RM80,000.00 dan Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 yang menyatakan suatu jumlah di antara RM90,000.00 ke RM95,000.00. Plaintif Pertama telah mencadangkan sejumlah RM125,000.00 bagi kecederaan ini. ii. Manakala pihak Defendan, berdasarkan nas perundangan tahun 2023, mencadangkan sejumlah RM90,000.00 diberikan. iii. Mahkamah ini telah merujuk gambar-gambar kecederaan Plaintif Pertama yang putus di bahagian bahu, nas-nas perundangan yang telah dikemukakan oleh Plaintif Pertama dan pihak Defendan serta mengambil kira jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Mahkamah mengimbangi faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama adalah sejumlah RM110,000. Jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2024.
b
Open communited fracture of midshaft right femur gustillo 3b with severe soft tissue injury and bone loss, open communited fracture of tibial plateau schatzker 6 gustillo 3A with internal degloving wound and open communited fracture proximal of right fibula and right transfemoral amputation/right above knee amputation = RM160,000 i. Plaintif Pertama telah merujuk Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 yang menyatakan suatu jumlah di antara RM175,000.00 ke RM195,000.00. Plaintif Pertama telah mencadangkan sejumlah RM225,000.00 bagi kecederaan ini. ii. Manakala pihak Defendan, berdasarkan nas perundangan tahun 2023, mencadangkan sejumlah RM85,000.00 diberikan. iii. Mahkamah ini telah merujuk gambar-gambar kecederaan Plaintif Pertama yang putus di bahagian atas lutut, nas-nas perundangan yang telah dikemukakan oleh Plaintif Pertama dan pihak Defendan serta mengambil kira jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Mahkamah mengimbangi faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama adalah sejumlah RM160,000. Jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2024.
c
Laceration wound to the scalp, bruises to the right upper eyelid, deep laceration wound right humerus 15 x 10cm with muscles torn and bone exposed, deep laceration wound lateral thigh 20 x 10cm, deep laceration wound medial thigh 24 x 15cm, laceration wound anterior thigh 4 x 2cm, laceration wound anterior 1/3 right leg 4 x 5cm and anterior degloving medial midshin 3cm = RM8,000 i. Plaintif Pertama telah merujuk Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 yang menyatakan jumlah sebanyak RM15,000.00. Plaintif Pertama telah mencadangkan jumlah ini bagi kecederaan tersebut. ii. Manakala pihak Defendan, berdasarkan nas perundangan tahun 2015, mencadangkan sejumlah RM5,000.00 diberikan. iii. Mahkamah ini telah merujuk nas perundangan yang telah dikemukakan oleh pihak Defendan serta mengambil kira jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Mahkamah mengimbangi faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama adalah sejumlah RM8,000. Jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2024.
d
Multiple permanent and disfigured scars a 6 x 8cm hypertropic scar over the amputated site of the right shoulder, a 25 x 3cm hypertropic scar over the anterior aspect of the amputated site of the right thigh, a 2 x 1cm hyperpigmented scar over the anterior aspect of the right thigh, a 2 x 2cm keloidic scar over the medial aspect of the left knee, a 1 x 1cm keloidic scar over the medial aspect of the left leg = RM20,000 i. Plaintif Pertama telah merujuk Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018 yang menyatakan jumlah sebanyak RM35,000.00. Plaintif Pertama telah mencadangkan jumlah ini bagi kecederaan tersebut. ii. Manakala pihak Defendan telah menggabungkan hujahan bagi item (c) dan (d) di atas, dan berdasarkan nas perundangan tahun 2015, mencadangkan sejumlah RM5,000.00 diberikan bagi item (c) dan (d) di atas. iii. Mahkamah ini telah merujuk nas perundangan yang telah dikemukakan oleh pihak Defendan serta mengambil kira jumlah yang dinyatakan di dalam Revised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 16 Oktober 2018. Mahkamah mengimbangi faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama adalah sejumlah RM20,000. Jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2024. Jumlah keseluruhan gantirugi am adalah sebanyak RM298,000 atas dasar 100% liabiliti.
12
Dalam mempertimbangkan gantirugi khas yang sewajarnya bagi Plaintif Pertama, Mahkamah ini merujuk kepada prinsip undang-undang mengenai gantirugi khas sebagaimana yang telah diputuskan di dalam kes SAM WUN HOONG V KADER IBRAMSHAH (1981) 1 MLJ 295 yang memutuskan seperti berikut: “Special damage consists of out-of-pocket expenses, such as hospital bills and actual losses of earning during period of total incapacity, and is generally capable of substantially exact calculation.”
13
Mahkamah ini turut merujuk kepada kes TUMBUNG ANAK NAKIS & ANOR V CHRISTOPHER ANAK BANDI@JOSNY (2018) 1 LNS 1514 yang memutuskan seperti berikut: “…lest it be forgotten, the claim under this head is a claim under special damages, the Plaintiff is required not only to plead precisely but also to prove it. The Plaintiff is expected to provide evidence so that the Court can then decide the reasonable costs which had been reasonably incurred by the Plaintiff as pre-trial loss arising from the injury. The Plaintiff cannot simply throw a figure at the court and expect the Court to award the asserted sum as special damages or to pluck a figure in the air.”
14
Bagi gantirugi khas, Mahkamah ini memberikan gantirugi khas seperti berikut:
a
Kos tangan palsu - bionic hand = RM3,916,304.86
b
Kos kaki palsu = RM2,041,632.50 i. Di dalam kes ini, bagi maksud keterangan berkenaan tangan dan kaki palsu untuk Plaintif Pertama, Plaintif Pertama telah memanggil 1 saksi iaitu Puan Nadzirah Binti Abdul Razak (SP2) selaku Pakar Clinical Prosthetist & Orthotist. SP2 ini juga telah hadir beberapa kali untuk memberikan keterangan berkenaan tangan palsu dan kaki palsu tersebut bagi Plaintif Pertama. ii. Plaintif Pertama telah merujuk kos peranti perubatan tangan palsu termasuk kos penyelenggaraan setiap 5 tahun dari Plaintif Pertama berumur 27 tahun sehingga 74 tahun serta kadar inflasi di antara 3-5% setahun dan mencadangkan sejumlah RM5,004,347.16 bagi kos tangan palsu. iii. Manakala bagi kos peranti perubatan kaki palsu, Plaintif Pertama telah merujuk kos peranti perubatan kaki palsu termasuk kos penyelenggaraan setiap 5 tahun dari Plaintif Pertama berumur 27 tahun sehingga 74 tahun serta kadar inflasi di antara 3-5% setahun dan mencadangkan sejumlah RM2,591,491.95 bagi kos kaki palsu. iv. Pihak Defendan tidak memanggil saksi pakar berkenaan tangan dan kaki palsu bagi Plaintif Pertama. Namun, pihak Defendan telah mengemukakan dan menandakan Sebut Harga dari D’ Rahmat Supplies bagi peranti perubatan terhadap Plaintif Pertama sebagai eksibit. Plaintif Pertama bersetuju dengan penandaan dokumen tersebut namun menghujahkan bahawa ia adalah tertakluk kepada hujahan. v. Berdasarkan Sebut Harga tersebut, pihak Defendan mencadangkan sejumlah RM1,472,850.00 bagi kos tangan palsu dan RM882,900.00 bagi kos kaki palsu untuk jangka masa 42 tahun. vi. Mahkamah telah mendengar keterangan SP2 selaku satu-satunya saksi pakar yang dipanggil dalam kes ini berkenaan tangan dan kaki palsu tersebut termasuk ciri-ciri peranti perubatan tersebut, pengujian peranti perubatan tersebut terhadap Plaintif Pertama, kesesuaian peranti perubatan tersebut terhadap Plaintif Pertama serta risiko kadar penolakan (rejection rate) peranti perubatan tersebut terhadap Plaintif Pertama, kos-kos terlibat termasuk kos upah, kos penyelenggaraan dan sebagainya dengan anggaran masa persidangan sekurang-kurangnya 6 jam. Mahkamah ini juga telah meneliti Sebut Harga dari D’ Rahmat Supplies bagi peranti perubatan terhadap Plaintif Pertama yang telah dikemukakan oleh pihak Defendan. vii. Justeru itu, di hadapan Mahkamah ini terdapat 2 keterangan berkenaan kos tangan palsu dan kaki palsu yang masing-masing didakwa oleh Plaintif Pertama dan pihak Defendan sebagai bersesuaian dengan Plaintif Pertama. Sudah pasti perbezaan besar yang dapat dilihat di antara kedua-duanya adalah kos-kos yang terlibat serta penerangan mengenai peranti perubatan tersebut di mana hanya terdapat 1 saksi pakar yang hadir untuk memberikan keterangan berkenaan isu tersebut. Mahkamah ini memahami bahawa kos bagi tangan palsu dan kaki palsu ini melibatkan jumlah yang besar iaitu jutaan ringgit. Bahkan tidaklah keterlaluan sekiranya Mahkamah ini melihat kos bagi tangan palsu dan kaki palsu ini sebagai salah satu faktor rayuan ini difailkan. viii. Sebelum Mahkamah ini mempertimbangkan jumlah kos tangan palsu dan kos kaki palsu yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama, Mahkamah ini berpandangan adalah lebih wajar untuk Mahkamah ini terlebih dahulu melihat kembali kepada prinsip asas dalam tindakan sivil tort ini iaitu meletakkan atau memulihkan Plaintif kepada keadaan atau kedudukan sehampir mungkin dengan keadaan atau kedudukan Plaintif sebelum tort tersebut berlaku (to put the Plaintiff back to the position as close to as how he would be if the relevant tort had not been committed). Justeru itu, persoalan yang sewajarnya dipertimbangkan terlebih dahulu oleh Mahkamah ini bukanlah persoalan adakah jumlah award tersebut terlalu tinggi terhadap Defendan. Sebaliknya persoalan yang sewajarnya dipertimbangkan terlebih dahulu oleh Mahkamah ini adalah adakah peranti perubatan tersebut iaitu tangan palsu dan kaki palsu tersebut bersesuaian dengan Plaintif Pertama. ix. Seperti mana yang telah disebutkan sebelum ini, Mahkamah ini telah mendengar keterangan SP2 selaku satu-satunya saksi pakar yang dipanggil dalam kes ini berkenaan tangan dan kaki palsu tersebut. Setelah mendengar keterangan SP2, Mahkamah ini mendapati bahawa adalah amat penting untuk Mahkamah melihat ciri-ciri peranti perubatan tersebut, pengujian peranti perubatan tersebut terhadap Plaintif Pertama, kesesuaian peranti perubatan tersebut terhadap Plaintif Pertama serta risiko kadar penolakan (rejection rate) peranti perubatan tersebut terhadap Plaintif Pertama sebelum melihat kepada kos-kos terlibat termasuk kos upah, kos penyelenggaraan dan sebagainya. x. Manakala bagi peranti perubatan yang dinyatakan di dalam Sebut Harga dari D’ Rahmat Supplies di mana Sebut Harga tersebut telah dikemukakan oleh pihak Defendan, Mahkamah ini tidak dapat menyatakan hal yang serupa. Ini kerana tiada saksi pakar yang hadir untuk menerangkan kepada Mahkamah ini berkenaan item-item yang dinyatakan di dalam Sebut Harga dari D’ Rahmat Supplies tersebut. xi. Tanpa penerangan tersebut, Mahkamah ini tidak dapat membuat perbandingan dengan keterangan SP2 kerana Mahkamah tidak dapat memastikan sama ada item-item yang dinyatakan di dalam Sebut Harga dari D’ Rahmat Supplies tersebut bersesuaian dengan Plaintif Pertama. Justeru itu, Mahkamah ini tiada pilihan melainkan berpegang kepada keterangan SP2 berkenaan kesesuaian peranti perubatan iaitu tangan palsu dan kaki palsu yang dicadangkan oleh SP2 dengan Plaintif Pertama. xii. Bagi persoalan sama ada jumlah award akan menjadi terlalu tinggi terhadap Defendan dan menjadi ganjaran terhadap Plaintif Pertama, Mahkamah ini melihat kembali prinsip asas gantirugi atau pampasan seperti mana yang diputuskan di dalam kes INAS FAIQAH MOHD HELMI (A CHILD SUING THROUGH HIS FATHER AND NEXT FRIEND; MOHD HELMI ABDUL AZIZ) V. KERAJAAN MALAYSIA & ORS [2016] 2 CLJ 885, di mana Abdul Hamid Embong HMP menyatakan: “It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v. Dr S Underwood [1983] 2 CLJ 198; 1983] CLJ (Rep) 300; [1983] 2 MLJ 324). In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such evidence based on the recognised balance of probabilities standard.” xiii. Mahkamah ini turut merujuk kepada kes MOHD SIDIK BIN MUHAMAD KETAR V ZAINAL HAZRIL BIN ZAINAL MOKHTAR & ANOR [2022] MLJU 1186, di mana Mahkamat Tinggi telah mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang tidak membenarkan kos untuk ortosis arm dan Mahkamah Tinggi membenarkan award sebanyak RM RM3,977.160 bagi ortosis arm. Mahkamah Tinggi dalam alasan penghakimannya menyatakan seperti berikut: “[31] This court had decided the following: … 4. The SCJ had fallen into an error when her dominant consideration on the cost is that it involves a large amount of money and the plaintiff cannot be unjustly enriched when in law she ought to have considered the salient principle when awarding compensatory award that the plaintiff is entitled to the best as the purpose of compensation is to put the plaintiff as victim, in a near position he was before the tort was committed. [42] The plaintiff cannot be deprived of his entitlement under the law to an orthosis arm. The pivotal issue is the use and usefulness of an orthosis arm for him premised on medical evidence available on record, and never the costs of the orthosis equipment. The defendants are left without an alternative but to bear its costs, as if not for their negligence on the road, the plaintiff would not be in the present state. Duty of the court is to award damages so as to put the plaintiff, as far as money can do, in the position he would have been in had the tort never occurred, albeit it may place too great a burden upon the defendants. Indeed, no amount can fully compensate the plaintiff who has suffered a serious physical injury. (See generally: McGregor on Damages, Fourteenth Edition at page 829 onwards). The plaintiff has to continue with his life as a normal human being as well his vocation as an Agriculture officer with RISDA. Categorically, in law, this head of damage comes within the ambit of loss of amenities of life, as concentration is on the curtailment of the plaintiff’s enjoyment of life not by the positive unpleasantness of pain and suffering but, in a more negative way, by his inability to pursue the activities he pursued beforehand. Birkett L.J. had put it in this fashion in the case of Manley v Rugby Portland Cement Co (1951) C.A. No. 286, reported at Kemp and Kemp, The Quantum of Damages, Vol. 1 (2nd Ed. 1961), p. 624 (not in the later editions), which is referred to in McGregor on Damages, Fourteenth Edition at page 833: There is a head of damage which is sometimes called loss of amenities; the man made blind by the accident will no longer be able to see the familiar things he has seen all his life; the man who has had both legs removed will never again go upon his walking excursions – things of that kind – loss of amenities. According to McGregor, the appearance of loss of amenities as a distinct head of damage is, however a modern development but it can be subsumed under “pain and suffering”. Thus, drawing analogy from the case of Manley, the plaintiff in the present case has completely loss use of his right arm which has a devastating impact on his life as a normal human being as well as at workplace as a RISDA officer, which presumably entails field work. Thus, pursuant to the law which recognises this to be loss of his amenities of life, rightfully entitles plaintiff to the orthosis arm which has been medically proven in this case to be suitable and befitting for him to return to his normal life, as near as it could be. Hence, appeal by plaintiff is allowed and defendants’ cross-appeal is dismissed. Claim for orthosis by plaintiff for an amount of RM3,977.160 is allowed. Costs of RM7,000 is also allowed to plaintiff.” xiv. Mahkamah ini turut dirujuk kepada kes [RAYUAN SIVIL NO: WA-12BNCVC-27-03/2017] 1 LNS 13, di mana Hakim Mahkamah Tinggi Yang Arif Faizah Jamaludin memutuskan seperti berikut: “[46] It is settled law that the decision of whether or not to make deductions for contingencies, vicissitudes of life and accelerated payment is entirely at the discretion of the Court. The Court of Appeal have held that it is not wrong for the Court to make 1/3 deductions for contingencies, vicissitudes of life and accelerated payment and it is also not wrong for the Court not to make such deductions (see Takong Tabari v. Government of Sarawak & Ors & Another Appeal [1998] 4 CLJ 589 and Noraini Omar & Anor v. Rohani Said & Another Appeal [2006] 1 CLJ 8950…” xv. Bagi pengiraan kadar inflasi di antara 3-5% setahun terhadap kos tangan palsu dan kos kaki palsu, Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif Pertama tersebut. Mahkamah ini mengambil maklum kes FITRI NOOR BIN SAMDIN V SITI NOORADAWIYAH BINTI OTHMAN & ANOR [2016] 2 PIR [49], di mana Mahkamah dalam kes tersebut memutuskan seperti berikut: “Pendapat mahkamah berkenaan isu inflasi dan kenaikan kos ini adalah selaras dengan prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam kes Raji Transport Sdn Bhd & Anor v Idayu Zulkafli [2004] AMEJ 0087; [2004] 5 CLJ 479, HC di mana YA Low Hop Bing, hakim telah menyatakan bahawa: The considerations of inflation and enhanced cost of living over a period of more than two decades since the decision in Lau Ee Ee v Tan King Kwong [1986] 1 MLJ 308 should be given proper weight in the assessment of quantum of damages in personal injury litigation. Indeed, it is instructive to note that our courts have also moved ahead with the times in these areas. Chan Shick Chin, a very senior member of the Bar, in his concise and well-researched book on Personal Injury, Law, Practice and Precedents (Malaysia: Malayan Law Journal 2001), p 47 wrote: "The fall in the value of money must be taken into account in the use of comparables so that an award which is eventually given would be reflective of the current value of money: Abdul Ghani Hamid v
317
Abdul Nasir Abdul Jabbar & Anor [1995] 4 CLJ The judgment of Abdul Malik Ishak J in Abdul Ghani, supra, is in line with the trend in Singapore where Choor Singh J in delivering the judgment of the Court of Appeal also considered changes in the value of money, the decrease in the purchasing power of dollar there or the increase in the cost of living over the years, as relevant factors in the assessment of damages. A similar approach was adopted by Yusoff J in Wong Tin Vui v Patrick Midok & Anor [1975] 2 MLJ 260." xv. Namun begitu, Mahkamah ini turut mengambil kira bahawa Plaintif Pertama akan menerima jumlah ganti rugi atau pampasan secara sekaligus yang dikira dari Plaintif Pertama berumur 27 tahun sehingga 74 tahun tanpa penolakan 1/3 untuk contingencies, vicissitudes of life and accelerated payment. Jumlah tersebut adalah begitu signifikan di mana sekiranya Plaintif Pertama benar-benar menggunakannya secara wajar iaitu menyimpannya di institusi kewangan yang sah dan hanya menggunakannya bagi tujuan peranti perubatan tersebut iaitu tangan palsu dan kaki palsu tersebut semata-mata maka jumlah tersebut dilihat mencukupi dengan mengambil kira kadar faedah tahunan institusi kewangan yang sah. xvi. Mahkamah ini telah merujuk nas-nas perundangan yang telah dikemukakan oleh Plaintif Pertama dan pihak Defendan. Mahkamah mengimbangi faktor-faktor ini dan berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama adalah sejumlah RM3,916,304.86 bagi kos tangan palsu dan RM2,041,632.50 bagi kos kaki palsu termasuk kos penyelenggaraan setiap 5 tahun dari Plaintif Pertama berumur 27 tahun sehingga 74 tahun tanpa mengambil kira kadar inflasi di antara 3-5% setahun dan tanpa penolakan 1/3 untuk contingencies, vicissitudes of life and accelerated payment. Jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2024.
c
Laporan JPJ = RM20
d
Laporan polis, rajah kasar dan kunci dan gambar kemalangan = RM50
e
Laporan perubatan dari Hospital Kota Tinggi = RM40
f
Kos laporan perubatan dari Hospital Sultan Ismail Johor Bahru = RM40
g
Kos laporan doktor Ortopedik = RM1876 i. Item (c) sehingga (g) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak.
h
Perbelanjaan perjalanan untuk ahli-ahli keluarga ke Hospital Kota
i
Perbelanjaan perjalanan untuk ahli-ahli keluarga ke Hospital Sultan Ismail Johor Bahru = RM4,000 i. Item (c) sehingga (g) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 1/3 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
j
Kerusi roda dari tarikh kemalangan sehingga umur 74 tahun = RM100,000 i. Plaintif Pertama telah mencadangkan sejumlah RM185,000. ii. Manakala pihak Defendan mencadangkan sejumlah RM6,700.00 diberikan. iii. Mengambil kira kos kerusi roda sebanyak RM5,000 sebuah dan ditukar 2 tahun sekali menjadikan jumlah sebenar sebanyak RM185,000. Namun begitu, Mahkamah berpandangan bahawa jumlah yang wajar diberikan kepada Plaintif Pertama adalah sejumlah RM100,000. Jumlah ini turut mengambil kira faktor bahawa Plaintif dijangka tidak menggunakan kerusi roda sepanjang masa disebabkan Plaintif Pertama turut dipasang kaki palsu dan juga mengambil kira bahawa kes ini diselesaikan pada tahun 2024.
k
Bil Hospital Kota Tinggi = RM1000
l
Bil Hospital Sultan Ismail Johor Bahru = RM5000
m
Laporan sebut harga pakar prostetik tangan dan kaki palsu bertarikh 27.5.2019 dari Endolite Asia Sdn Bhd = RM6000
n
Laporan sebut harga pakar prostetik tangan dan kaki palsu bertarikh 6.9.2023 dari Endolite Asia Sdn Bhd = RM6000 i. Item (k) sehingga (n) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak.
o
Kos pembedahan (anggaran) = RM5,000 i. Item (o) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 1/2 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
p
Perbelanjaan perubatan dan/atau rawatan lanjut = RM5,000 i. Item (p) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 1/3 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
q
Perbelanjaan untuk membaiki kerosakan motorvan no. JLS1239 = RM5,000 i. Item (q) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 1/2 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
r
Kos perbelanjaan mengubahsuai rumah kediaman = RM20,000 i. Item (r) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 2/5 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
s
Kos perbelanjaan mengubahsuai kenderaan = RM10,000 i. Item (s) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah 1/3 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
t
Kos menjalani latihan terapi vokasional = RM7,000 i. Item (t) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak. Namun begitu, Mahkamah ini berpandangan bahawa jumlah di atas adalah wajar diberikan kepada Plaintif Pertama di mana jumlah tersebut adalah hampir 1/3 daripada jumlah tuntutan Plaintif Pertama.
u
Kos tongkat forearm = RM800 i. Item (u) di atas tidak dipertikaikan secara khusus oleh pihak-pihak.
v
Kehilangan pendapatan sebenar (Dipersetujui) = RM109,200
w
Kehilangan separuh pendapatan masa hadapan (Dipersetujui) = RM70,200 Jumlah keseluruhan gantirugi khas adalah sebanyak RM6,314,513.36 atas dasar 100% liabiliti.
15
Mahkamah juga membenarkan faedah 5% setahun ke atas gantirugi am dari tarikh Writ dan Penyata Tuntutan diserahkan sehingga ke tarikh penghakiman, faedah 5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman dan faedah pada kadar 5% setahun ke atas keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh. Kos adalah mengikut skala.
16
Di dalam kes ini setelah Mahkamah mendengar keterangan bersumpah dari saksi-saksi, meneliti dokumen-dokumen dan ekhibit-eksibit berkaitan yang telah dikemukakan serta membaca hujahan-hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak, maka atas beban imbangan kebarangkalian dan prinsip undang-undang yang ada Mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang diberikan adalah adil dan munasabah serta mengikut undang-undang. Sekian, terima kasih.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.