Content
0 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES JENAYAH NOMBOR: JC-83D-1449-09/2023
JC-83D-1449-09/2023
Magistrates Court of Malaysia21 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“"Generally, in Malaysia there is no specific rule of law that requires the evidence of a witness to be corroborated except in the case of the evidence of a child of tender years under s. 133A of the Evidence Act 1950. However, in certain types of cases there is a rule of practice which requires evidence to be corrobora”
“yuan memutuskan bahawa:- "[40] Adalah tidak dipertikaikan bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah diterima jika keterangan tersebut didapati munasabah (lihat PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257; PP lwn. Aedy Osman [2009] 1 LNS 13; PP v. Abdul Latif Sakimin [2009] 1 LNS 130; [2005] 6 MLJ 351). Pada”
“bahan, reaksi ketakutan secara ipso fakto tidak menunjukkan Tertuduh-tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai penemuan barang kes tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Tan Tatt Eek [2005] MLJU 675; [2005] 2 MLRA 120; [2005] 4 CLJ 460; [2005] 6 AMR 543 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:-”
“42. Dalam hal ini, pihak pendakwaan merujuk kepada kes Nurhasan Jukasan v PP & Another [2010] 1 MLRA 701; [2010] 6 CLJ 542; [2010] AMEJ 0661 dan Pendakwa Raya v Panizan Sunan Achyari [2010] MLJU 378; [2010] 5 MLRH 631; [2010] 1 LNS 311. Dalam kes Nurhasan (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “Now given that the”
“42. Dalam hal ini, pihak pendakwaan merujuk kepada kes Nurhasan Jukasan v PP & Another [2010] 1 MLRA 701; [2010] 6 CLJ 542; [2010] AMEJ 0661 dan Pendakwa Raya v Panizan Sunan Achyari [2010] MLJU 378; [2010] 5 MLRH 631; [2010] 1 LNS 311. Dalam kes Nurhasan (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “Now given that the”
“13. Khanasiri Tanbanchong v PP [2014] 1 LNS 329; [2014] AMEJ 0314; [2014] MLRAU 89”
“ain dapat membentuk satu kesimpulan bahawa kedua-dua OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah. Seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Low Thiam Teck v v. PP [2014] CLJU 1104; [2014] 1 LNS 1104; [2015] 3 MLJ 134.””
“ated in the Myvi car within which the drugs were found. Mere proximity to the thing seized does not necessarily equate to possession of it. Thus, in Low Thiam Teck v. Pendakwa Raya [2014] 1 LNS 1104; [2014] MLJU 1005, the Court of Appeal held that: On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel”
“undang adalah mantap bahawa keterangan saksi-saksi polis juga perlu diuji dengan ketat berkenaan ketepatan dan kredibiliti. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Kesavan Krishnan v Pendakwa Raya [2014] MLRAU 542; [2015] 6 CLJ 163 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- "[40] Adalah tidak dipertikaikan bahawa k”
“13. Khanasiri Tanbanchong v PP [2014] 1 LNS 329; [2014] AMEJ 0314; [2014] MLRAU 89”
“(a) Dadah tersebut berada dalam milikan Tertuduh (PP v Tan Kee Cheng [2016] 1 LNS 674; [2016] MLRHU 715); - Dalam membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa:-”
“18. Helmi Bassi v PP [2016] 1 LNS 763; [2016] MLRHU 970”
“kan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] MLJU 1883; [2017] MLRHU 1364; [2017] 1 LNS 1838; [2017] AMEJ 1506 seperti berikut:- “…A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduce”
“endaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] MLJU 1883; [2017] MLRHU 1364; [2017] 1 LNS 1838; [2017] AMEJ 1506 seperti berikut:- “…A prima facie case is made”
“oleh pegawai kimia. [Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 MLJ 489; [2004] 4 CLJ 551; [2004] 6 AMR 189; [2004] 2 MLRA 180; dan Christopher Uchenna Efogwo v PP [2017] 6 MLJ 696; [2017] 1 LNS 1479; [2017] MLRAU 348] ELEMEN PERTAMA-DADAH TERSEBUT ADALAH DADAH BERBAHAYA”
“kan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] MLJU 1883; [2017] MLRHU 1364; [2017] 1 LNS 1838; [2017] AMEJ 1506 seperti berikut:- “…A prima facie case is made out against the ac”
“8. MLRAU 348 Ogbonna Kingsley Chukwu (W/Nigeria) v PP [2018] MLJU 1312; [2018] 1 LNS 1398; [2018] AMEJ 1136; [2018] MLRAU 340”
“8. MLRAU 348 Ogbonna Kingsley Chukwu (W/Nigeria) v PP [2018] MLJU 1312; [2018] 1 LNS 1398; [2018] AMEJ 1136; [2018] MLRAU 340”
“14. Ilag Mary Melanie Cailipan v PP [2018] MLJU 1544; [2018] 1 LNS 1702; [2018]”
“8. MLRAU 348 Ogbonna Kingsley Chukwu (W/Nigeria) v PP [2018] MLJU 1312; [2018] 1 LNS 1398; [2018] AMEJ 1136; [2018] MLRAU 340”
“27. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Hariswaran Vasu Devan & Ors [2018] 8 MLJ 330; [2018] MLRHU 91; [2018] 6 CLJ 506 di mana dalam menerangkan kepentingan gambar yang menunjukkan kewujudan dadah, Mahkamah memutuskan bahawa:- "[41] In the circumstances herein, I am of the opinion that the failure o”
“kewujudan dadah tersebut. Kewujudan pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. (Joseph A/L Subramaniam v Pendakwa Raya [2019] MLJU 1063; [2019] 1 LNS 1420; [2019] AMEJ 1111; [2019] MLRAU 305);”
“rtuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. Kewujudan pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. (Joseph A/L Subramaniam v Pendakwa Raya [2019] MLJU 1063; [2019] 1 LNS 1420; [2019] AMEJ 1111; [2019] MLRAU 305);”
“elum anggapan milikan digunapakai, pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa apa-apa objek yang mengandungi dadah tersebut berada dalam kawalan atau jagaan Tertuduh. [Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140; [2019] MLRAU 26]”
“35. Perkara sama diputuskan dalam kes PP v Rani Katan [2019] MLJU 19; [2019] MLRHU 21; [2019] 1 LNS 21 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[116] Several articles and personal belongings of the Accused were also found in the said room. The fact that Laila was the own”
“pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa apa-apa objek yang mengandungi dadah tersebut berada dalam kawalan atau jagaan Tertuduh. [Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140; [2019] MLRAU 26]”
“ersebut. Kewujudan pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. (Joseph A/L Subramaniam v Pendakwa Raya [2019] MLJU 1063; [2019] 1 LNS 1420; [2019] AMEJ 1111; [2019] MLRAU 305);”
“35. Perkara sama diputuskan dalam kes PP v Rani Katan [2019] MLJU 19; [2019] MLRHU 21; [2019] 1 LNS 21 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[116] Several articles and personal belongings of the Accused were also found in the said room. The fact that Laila was the owner therefore does”
“ongan kepada keterangan SP3 dan SP5 berkenaan tempat pertemuan barang kes. Kepentingan rajah kasar ada diterangkan dalam kes PP v Mohamad Shaidan Mohd Asri & Satu lagi [2020] MLJU 437; [2020] SMCU 3; [2020] AMEJ 0416 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of t”
“21. PP v Aluma Mark Chinonso & Another Appeal [2020] 1 LNS 584; [2020] AMEJ 0544; [2020] MLRAU 138 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“erundangan bahawa keterangan sokongan tidak diwajibkan dalam semua kes. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Elvis Onwuka & Satu lagi [2020] MLJU 1841; [2020] MLRHU 761; [2020] 1 LNS 1552; [2020] AMEJ 0711 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[49] Peguam bela Tertuduh Pertama juga ada membangkitkan isu kega”
“16. PP v Saiful Bahari Mohamad [2020] MLJU 2237; [2020] 1 LNS 1999; [2020] AMEJ 1758”
“uh semata-mata tidak akan menunjukkan Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang-barang kes tersebut. Dalam menerangkan prinsip ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Chun Cheng v. PP [2020] CLJU 1089; [2020] 1 LNS 1089; [2020] MLRAU 156 [2020] MLJU 782 memutuskan bahawa:- “[25] In the present case, the”
“37. Mahkamah tidak terlepas pandang prinsip perundangan bahawa keterangan sokongan tidak diwajibkan dalam semua kes. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Elvis Onwuka & Satu lagi [2020] MLJU 1841; [2020] MLRHU 761; [2020] 1 LNS 1552; [2020] AMEJ 0711 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[49] Peguam bela Ter”
“16. PP v Saiful Bahari Mohamad [2020] MLJU 2237; [2020] 1 LNS 1999; [2020] AMEJ 1758”
“yang dapat bertindak sebagai sokongan kepada keterangan SP3 dan SP5 berkenaan tempat pertemuan barang kes. Kepentingan rajah kasar ada diterangkan dalam kes PP v Mohamad Shaidan Mohd Asri & Satu lagi [2020] MLJU 437; [2020] SMCU 3; [2020] AMEJ 0416 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be use”
“h mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang-barang kes tersebut. Dalam menerangkan prinsip ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Chun Cheng v. PP [2020] CLJU 1089; [2020] 1 LNS 1089; [2020] MLRAU 156 [2020] MLJU 782 memutuskan bahawa:- “[25] In the present case, the appellants were both seated in the Myvi car within wh”
“21. PP v Aluma Mark Chinonso & Another Appeal [2020] 1 LNS 584; [2020] AMEJ 0544; [2020] MLRAU 138 **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal”
“Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang-barang kes tersebut. Dalam menerangkan prinsip ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Chun Cheng v. PP [2020] CLJU 1089; [2020] 1 LNS 1089; [2020] MLRAU 156 [2020] MLJU 782 memutuskan bahawa:- “[25] In the present case, the appellants were both seated in the My”
“amah tidak terlepas pandang prinsip perundangan bahawa keterangan sokongan tidak diwajibkan dalam semua kes. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Elvis Onwuka & Satu lagi [2020] MLJU 1841; [2020] MLRHU 761; [2020] 1 LNS 1552; [2020] AMEJ 0711 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[49] Peguam bela Tertuduh Pe”
“dak sebagai sokongan kepada keterangan SP3 dan SP5 berkenaan tempat pertemuan barang kes. Kepentingan rajah kasar ada diterangkan dalam kes PP v Mohamad Shaidan Mohd Asri & Satu lagi [2020] MLJU 437; [2020] SMCU 3; [2020] AMEJ 0416 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the o”
“10. MLRA 97 Jabatan Kastam Diraja Malaysia v Tan Kok Bin [2021] MLJU 2216; [2021] 1 LNS 1832; [2021] AMEJ 1746”
“10. MLRA 97 Jabatan Kastam Diraja Malaysia v Tan Kok Bin [2021] MLJU 2216; [2021] 1 LNS 1832; [2021] AMEJ 1746”
“12. Sahrul Mazlee Bin Mohd Khalid v Pendakwa Raya [2022] MLRAU 1”
“ik siapa dan tidak mengetahui bagaimana dadah tersebut berada di bilik tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Vinod Raj A/L Uthayakumar v Pendakwa Raya [2022] 2 MLJ 789; [2022] MLRAU 6 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality”
“dalam beg Leounise tersebut yang dapat kaitkan Tertuduh-tertuduh dengan barang kes yang dijumpai. Umpamanya, dalam kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] MLJU 2179; [2024] MLRAU 219; [2024] CLJU 1892; [2024] AMEJ 1959 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[32] Dalam isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa walaupun tiada cap”
“lik tersebut atau dalam beg Leounise tersebut yang dapat kaitkan Tertuduh-tertuduh dengan barang kes yang dijumpai. Umpamanya, dalam kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] MLJU 2179; [2024] MLRAU 219; [2024] CLJU 1892; [2024] AMEJ 1959 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[32] Dalam isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa”
“45. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Syafrizal Syarbaini & satu lagi [2024] MLJU 3375; [2024] CLJU 2993 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 “[56] Sikap berkerjasama dan tidak melawan apabila diperti”
“ertuduh-tertuduh yang terdapat di bilik tersebut atau dalam beg Leounise tersebut yang dapat kaitkan Tertuduh-tertuduh dengan barang kes yang dijumpai. Umpamanya, dalam kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] MLJU 2179; [2024] MLRAU 219; [2024] CLJU 1892; [2024] AMEJ 1959 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[32] Dalam i”
“45. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Syafrizal Syarbaini & satu lagi [2024] MLJU 3375; [2024] CLJU 2993 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 27 “[56] Sikap berkerjasama dan tidak melaw”
Showing 50 of 51
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
0 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET BATU PAHAT DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA KES JENAYAH NOMBOR: JC-83D-1449-09/2023
1
LAWAN HAIZAL BIN AZILAN
2
S. MOHAMED BIN SYED BADARDIN (K/P: 720814-01-6323) ---------------------------------------------------------------------------------------------------- ALASAN PENGHAKIMAN ----------------------------------------------------------------------------------------------------
1
Pada 21.8.2025, pihak pendakwaan telah mengemukakan Pertuduhan Pindaan terhadap Tertuduh-tertuduh di mana pihak pendakwaan telah menarik balik Pertuduhan Kedua ke atas Tertuduh-tertuduh dan hanya meneruskan dengan Pertuduhan Pertama dan Pertuduhan Ketiga. Maka, dalam kes ini, Tertuduh-tertuduh menghadapi pertuduhan-pertuduhan berikut:- “PERTUDUHAN PERTAMA:- Bahawa kamu bersama-sama pada 21.09.2023 jam lebih kurang 3.30 pagi di rumah beralamat Lot 2322, Jalan Kluang, Parit Samion, Parit Raja,di dalam Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor telah didapati memiliki 11.03 gram Methamphetamine (berat bersih). Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39A(1) Akta yang sama dan dibaca bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan. HUKUMAN: Penjara tidak kurang daripada 2 tahun tetapi tidak lebih dari 5 tahun dan juga dikenakan hukuman sebat tidak kurang daripada tiga sebatan tetapi tidak lebih daripada sembilan sebatan.” PERTUDUHAN KETIGA:- Bahawa kamu bersama-sama pada 21.09.2023 jam lebih kurang 3.30 pagi di rumah beralamat Lot 2322, Jalan Kluang, Parit Samion, Parit Raja, di dalam Daerah Batu Pahat, di dalam Negeri Johor telah didapati memiliki 0.006 gram (Berat Bersih) Nimetazepam. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan dibawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12(3) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. HUKUMAN: Denda tidak melebihi RM100,000.00 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-dua sekali.”
2
Pertuduhan Pindaan yang ditanda sebagai P27 tersebut telah dibacakan dan diterangkan semula kepada Tertuduh-tertuduh pada 21.8.2025. Tertuduh-tertuduh mengaku tidak bersalah. Tertuduh-tertuduh telah dibicarakan atas pertuduhan-pertuduhan tersebut dan pihak pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi untuk membuktikan kes mereka.
3
Pada 21.09.2023 jam lebih kurang 3.30 pagi, Inspektor Mohd Firdhaus Bin Abu Bakar (selepas ini dirujuk sebagai “Insp Firdhaus”) mengetuai sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Batu Pahat dan anggota dari Balai Polis Sri Gading bagi membuat serbuan di sebuah rumah di alamat Lot 2322, Jalan Kluang, Parit Samion, Parit Raja, Johor (selepas ini dirujuk sebagai “tempat kejadian”). Apabila sampai di tempat kejadian, Insp Firdhaus dan pasukan serbuan dapati pintu hadapan rumah dalam keadaan tertutup dan berkunci. Insp Firdhaus dan anggota telah buat pemerhatian di tingkap bahagian kanan rumah tersebut dan nampak 2 orang lelaki melayu sedang duduk di atas lantai dalam sebuah bilik. Insp Firdhaus telah mengetuk pintu rumah tersebut dan pintu tersebut dibuka oleh seorang lelaki Melayu iaitu Tertuduh Pertama. Insp Firdhaus dan pasukan terus masuk ke dalam rumah bersama Tertuduh Pertama dan menuju ke bilik keempat iaitu tempat di mana mereka lihat kedua-dua Tertuduh sedang duduk semasa pemerhatian dilakukan.
4
Setelah tiba di bilik itu, Insp Firdhaus dan pasukan dapati seorang lelaki Melayu iaitu Tertuduh Kedua sedang duduk di atas lantai bilik. Pemeriksaan tubuh badan telah dilakukan ke atas kedua-dua Tertuduh dan pasukan serbuan tidak menemui apa-apa barang salah. Setelah itu, pemeriksaan dilakukan di dalam bilik tersebut dengan disaksikan oleh kedua-dua Tertuduh dan hasil pemeriksaan telah menjumpai 1 beg kecil berzip berwarna coklat jenama Leounise di atas lantai bilik. Pemeriksaan lanjut ke atas beg kecil tersebut menemukan 1 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu anggaran berat 15.90 gram, 1 paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki heroin anggaran berat 0.19 gram dan 1 aluminium foil berwarna merah/perak di dalamnya mengandungi 1 pil disyaki dadah jenis eramine 5 anggaran berat 0.26 gram. Barang kes telah dirampas dan kedua-dua Tertuduh ditangkap untuk tindakan lanjut.
5
5.
Preamble
Menurut keterangan Detektif Sarjan Mohd Shahlan Bin Mohd Isa (SP3) yang turut serta dalam serbuan ini, selepas tangkapan dibuat, seorang lelaki Melayu iaitu Hairiqal Bin Harizal (SP4) telah keluar dari bilik kedua rumah tersebut yang masih bertutup semasa dia keluar dari bilik. Insp Firdhaus telah mengeluarkan borang bongkar terhadap Tertuduh-tertuduh. Setelah itu, Tertuduh-tertuduh dimasukkan dalam kenderaan dan dibawa balik ke Ibu Pejabat Daerah Batu Pahat (selepas ini dirujuk sebagai “IPD Batu Pahat”). Dalam perjalanan dari tempat kejadian ke IPD Batu Pahat, barang kes bersama Insp Firdhaus.
6
Setelah sampai di pejabat narkotik IPD Batu Pahat, Insp Firdhaus telah membuat laporan polis. Seterusnya, Insp Firdhaus telah melengkapkan borang serah menyerah dan menyerahkan barang kes serta borang senarai geledah, borang serah menyerah dan laporan polis kepada Pegawai Penyiasat iaitu Sarjan Mejar Nurul Zahidah Nadiah Binti Zakaria (SP5). SP5 seterusnya telah membuat penandaan terhadap barang-barang kes tersebut dan mengambil gambar barang kes pada tarikh yang sama. Setelah itu, SP5 menyimpan barang-barang kes dadah ke dalam satu sampul surat yang ditanda dengan tandaan NZ dan menutup sampul tersebut dengan meterai 415 PDRM. Beg Coklat Leounise dimasukkan dalam sampul bertanda NZN. Seterusnya, barang-barang kes tersebut didaftarkan dengan Sarjan Yazid Bin Bedin untuk disimpan di stor barang kes.
7
Pada tarikh yang sama, SP5 bersama Insp Firdhaus telah pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar tempat kejadian. Pada 24.9.2023, SP5 telah mengambil semula sampul NZ yang mengandungi barang kes dadah dari stor barang kes. SP5 telah serahkan sampul NZ bersama borang POL 31 kepada D/Kpl Muhammad Isa bin Aniwar (SP1). Pada tarikh sama, SP1 telah ke Jabatan Kimia Johor Bahru dan menyampaikan sampul NZ kepada pegawai yang berada di kaunter penerimaan Jabatan Kimia iaitu Puan Nazila Binti Talib (SP2). Sebagai bukti serahan, SP1 telah menerima resit kimia. SP2 telah membuat analisa barang kes yang diterima dan mendapati:-
a
plastik (bertanda NZ1) mengandungi bahan hablur berwarna putih dan setelah dianalisis berat bersih bahan tersebut ialah 15.16 gram yang mengandungi 11.03 gram Methamphetamine (Pertuduhan Pertama); dan
b
satu keratan kerajang (bertanda NZ3) mengandungi tablet berwarna oren dan setelah dianalisis berat bersih tablet tersebut ialah 0.174 gram yang mengandungi 0.006 gram Nimetazepam (Pertuduhan Ketiga).
8
SP2 telah mengeluarkan laporan kimia bagi analisa yang dijalankan. Pada 13.12.2023, SP5 telah menerima laporan kimia bagi kes ini dengan nombor makmal 21-FR-J-06007 berserta sampul NZ yang berseal kimia dari SP2. Pada 19.12.2023, SP5 telah serahkan sampul surat bertanda NZ yang berseal kimia kepada Sjn Yazid Bin Bedin selaku penjaga stor barang kes untuk mendaftar barang kes. Berdasarkan siasatan SP5, Tertuduh-tertuduh mempunyai pengetahuan, milikan dan jagaan terhadap barang kes dadah yang dirampas maka Tertuduh-tertuduh dituduh di Mahkamah ini bagi pertuduhan-pertuduhan sebagaimana dinyatakan di perenggan 1 di atas.
9
Setelah Tertuduh-tertuduh telah dituduh di Mahkamah dan sebelum Mahkamah dapat memulakan perbicaraan ini, Insp Firdhaus telah meninggal dunia pada 1.1.2024. Maka, saksi tersebut tidak dapat dipanggil untuk memberi keterangan di Mahkamah. Sijil Kematian Insp Firdhaus telah ditanda sebagai Eksibit P23 manakala percakapan dalam pemeriksaan Insp Firdhaus ditanda sebagai Eksibit P20. Keputusan di akhir kes pendakwaan
10
10.
Preamble
Menurut seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), apabila kes bagi pihak pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap Tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] MLJU 1883; [2017] MLRHU 1364; [2017] 1 LNS 1838; [2017] AMEJ 1506 seperti berikut:- “…A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution … [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209). Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra) ). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness's evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.”
11
Justeru, dalam membuat penilaian maksimum ke atas kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah perlu menentukan sama ada elemen-elemen bagi kesalahan memiliki dadah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) telahpun dipenuhi. Berdasarkan kes-kes yang diputuskan, elemen yang perlu dibuktikan pihak pendakwaan adalah seperti berikut:-
a
Dadah tersebut berada dalam milikan Tertuduh (PP v Tan Kee Cheng [2016] 1 LNS 674; [2016] MLRHU 715); - Dalam membuktikan elemen ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan bahawa:-
i
Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut; (Public Prosecutor v Muhammad Nasir Bin Shahrudin [1994] 2 MLJ 576; [1992] 4 CLJ 2028; [1992] 2 MLRH 390); dan
II
(ii) Tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan dadah tersebut. Kewujudan pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferen daripada keadaan dan fakta kes tersebut. (Joseph A/L Subramaniam v Pendakwa Raya [2019] MLJU 1063; [2019] 1 LNS 1420; [2019] AMEJ 1111; [2019] MLRAU 305);
III
(iii) Dalam membuktikan milikan dan pengetahuan, pihak pendakwaan boleh bergantung kepada anggapan di bawah sek.37(d) ADB. (Muhammad Nasir Bin Shahrudin [supra].
IV
(iv) Namun, sebelum anggapan milikan digunapakai, pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa apa-apa objek yang mengandungi dadah tersebut berada dalam kawalan atau jagaan Tertuduh. [Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140; [2019] MLRAU 26]
b
Dadah-dadah tersebut adalah dadah-dadah berbahaya. [Tan Kee Cheng [supra]. Dalam membuktikan elemen ini, salah satu isu yang turut perlu dibuktikan adalah berkenaan rantaian keterangan barang kes yang tidak terputus, terutama dari masa barang kes tersebut dirampas dari Tertuduh sehingga dianalisis oleh pegawai kimia. [Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 MLJ 489; [2004] 4 CLJ 551; [2004] 6 AMR 189; [2004] 2 MLRA 180; dan Christopher Uchenna Efogwo v PP [2017] 6 MLJ 696; [2017] 1 LNS 1479; [2017] MLRAU 348] ELEMEN PERTAMA-DADAH TERSEBUT ADALAH DADAH BERBAHAYA
12
Dalam kes ini, SP2 telah membutirkan dengan jelas proses analisa yang dijalankan terhadap barang kes yang diterima dari SP1, sebagaimana yang termaktub dalam Pernyataan Saksi beliau (WSSP2). Mahkamah dapati pihak pembelaan tidak mengusulkan sebarang hujahan mempersoalkan proses analisa SP2 tersebut. Dalam hal ini, sekiranya keterangan pegawai sains/ kimia adalah kredibel, Mahkamah boleh menerima masuk keterangan tersebut. Hanya apabila keterangan tersebut adalah tidak kredibel atau pembelaan telah memanggil saksi pakar lain untuk mencabar pendapat pegawai Sains / Kimia, barulah Mahkamah berhak menolak keterangan pegawai Sains /Kimia tersebut. Perkara ini ada dinyatakan dalam kes Mahkamah Agong Munusamy Vengadasalam v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492; [1987] CLJ Rep 221; [1986] 1 MLRA 292 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa:- "We are therefore of the view, that is this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible evidence is given by the chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step…"
13
Mahkamah juga mendapati pihak pembelaan tidak mengusulkan isu berkenaan rangkaian keterangan barang kes dalam hujahan bertulis pembelaan. Maka, mahkamah berpendapat elemen ini telah dipenuhi pihak pendakwaan dengan sewajarnya.
14
Berdasarkan hujahan-hujahan yang difailkan, isu utama yang dihujahkan pihak pembelaan adalah sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan dengan sewajarnya bahawa Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan berkenaan barang-barang kes yang dirampas.
15
Berkenaan isu ini, persoalan utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah sama ada fakta kes dalam kes ini menunjukkan bahawa Tertuduh-tertuduh berkedudukan dalam keadaan di mana mereka dapat mengendalikan dadah-dadah tersebut seakan-akan kepunyaannya sendiri dengan mengecualikan orang lain. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Ghasem Hozouri Hassan v PP [2019] 6 MLJ 231; [2018] 4 MLRA 169; [2018] 6 CLJ 133; [2018] 4 AMR 857 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:- “…A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. (emphasis added) [31] Thus, from the above, when we talk about the issue of custody and control, what is crucial is that the accused must be so situated that he can deal with the proscribed drugs as if it belonged to him, and it must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so (he had animus possidendi ). The intention to deal with the drugs here refer to the element of knowledge.”
16
Malah, sekiranyapun pihak pendakwaan ingin mengungkitkan anggapan milikan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952, pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa Tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas beg Leounise yang mengandungi dadah-dadah tersebut. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada Sek.37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan bahawa:- “(d) any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug…”
17
Dalam mentaksirkan peruntukkan ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140; [2019] MLRAU 26 memutuskan bahawa:- “[50] Apa yang diperlukan sebelum s. 37(d) boleh di invoked hanyalah seseorang itu dibuktikan mempunyai kawalan atau jagaan ke atas 'anything whatsoever containing any dangerous drugs'. Frasa 'anything whatsoever containing' tidak didefinisikan di bawah ADB, 1952. Maka ia mengundang maksud yang cukup luas untuk meliputi apa jua objek yang boleh mengandungi (containing) sesuatu/dadah. Beg plastik, paket plastik, kotak, guni, tin kosong, baldi, beg galas seperti yang dibawa oleh perayu dan apa jua objek yang seumpama dengannya yang boleh mengandungi sesuatu adalah layak untuk dimasukkan ke dalam kategori 'anything whatsoever containing'. [51] Apabila kawalan atau jagaan ke atas anything whatsoever containing itu telah dibuktikan, barulah boleh di invoke bahawa orang itu dianggap mempunyai milikan ke atas dadah dalam container tersebut dan turut dianggap mempunyai pengetahuan tentang jenis dadah dalam container tersebut sehinggalah sebaliknya dibuktikan. [52] Tidak ada keperluan lain yang perlu dipenuhi atau dibuktikan sebelum s. 37(d) itu boleh di invoked ke atas seseorang yang didapati mempunyai kawalan atau jagaan ke atas anything whatsoever containing yang mengandungi dadah.”
18
Berdasarkan keterangan-keterangan dari saksi-saksi pendakwaan, tidak terdapat sebarang keterangan bahawa mana-mana Tertuduh telah mengendalikan beg tersebut mahupun dadah yang dijumpai dalam beg tersebut. Malah, walaupun SP3 memberi keterangan semasa pemeriksaan utama bahawa pasukan serbuan telah perhatikan Tertuduh-tertuduh disyaki menghisap dadah dalam bilik tersebut, namun SP3 telah bersetuju dengan cadangan peguambela semasa pemeriksaan balas bahawa perkara tersebut adalah andaian SP3 semata-mata memandangkan tiada peralatan dirampas dari kedua-dua Tertuduh. Keterangan SP3 adalah seperti berikut:- “P/Bela : Sarjan beritahu kedua-dua Tertuduh pada masa kejadian duduk atas lantai hadap satu sama lain disyaki hisap dadah. Ada sebarang peralatan dirampas dari kedua-dua tertuduh? SP3 : Tiada P/Bela : Saya cadangkan, setuju dengan saya cerita kedua-dua Tertuduh tengah hisap dadah adalah andaian sebab tiada peralatan hisap dadah rampas dari kedua-dua mereka?
19
Malah, SP3 juga bersetuju bahawa semasa pemeriksaan badan ke atas Tertuduh-tertuduh, tiada barang salah yang ditemukan terhadap kedua-dua mereka. Berdasarkan keterangan-keterangan ini, pihak pendakwaan bergantung kepada kedudukan beg Leounise tersebut yang berdekatan dengan Tertuduh-tertuduh bagi menunjukkan Tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes tersebut. Dalam hal ini, SP3 telah membuat tandaan ‘X’ berkenaan kedudukan beg tersebut serta tandaan A dan B sebagai kedudukan Tertuduh-tertuduh.
20
Dalam hal ini, kedua-dua anggota serbuan (SP3) dan Pegawai Penyiasat (SP5) telah bersetuju dengan cadangan peguam bahawa laporan polis (Eksibit P10) dan Borang Bongkar (Eksibit P13) tidak memperincikan bahawa barang kes dadah dijumpai berhampiran atau dekat dengan Tertuduh-tertuduh dan hanya sekadar menyatakan beg barang kes dijumpai atas lantai bilik keempat. Dalam keadaan ini, dengan ketiadaan dokumen-dokumen sokongan berkenaan yang dapat membantu SP3 mengingati tempat barang kes dijumpai, Mahkamah terpaksa menilai keterangan SP3 yang menanda ‘X’ sebagai tempat barang kes yang dijumpai dengan berhati-hati.
21
Hal ini adalah kerana sebagaimana dihujahkan peguambela, SP3 yang pada asalnya menyatakan wujud sebuah sofa di bilik tersebut telah kemudiannya menukar jawapan beliau setelah dirujuk dengan gambar dan menafikan kewujudan sofa tersebut. Keterangan SP3 semasa pemeriksaan semula adalah seperti berikut:- “TPR : Peguam rujuk gambar I dan K dan mencadangkan tidak kelihatan gambar sofa dan kamu setuju. Boleh jelaskan? SP3 : Saya tidak ingat berkaitan sofa. Macam ada macam tak ada. Saya tidak ingat tentang sofa, tapi ingat tentang serbuan di rumah.”
22
Maka, keterangan tersebut di atas mewujudkan keraguan bagaimana SP3 dapat mengingati kedudukan beg barang kes dengan tepat tanpa bantuan dokumen sokongan lain seperti laporan polis mahupun senarai bongkar, walhal berkenaan isu lain tidak dapat mengingati fakta kejadian, lebih-lebih lagi apabila SP3 hanya memberi keterangan di Mahkamah pada 17.2.2025 walhal serbuan telah dilaksanakan seawal 21.9.2023. Malah, peguambela Tertuduh Pertama telah mengemukakan rakaman percakapan Tertuduh Pertama sebagai Eksibit D26 di mana Tertuduh Pertama telah memaklumkan ia tidak tahu dadah dijumpai di rumah tersebut milik siapa dan tidak mengetahui bagaimana dadah tersebut berada di bilik tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Vinod Raj A/L Uthayakumar v Pendakwa Raya [2022] 2 MLJ 789; [2022] MLRAU 6 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[36] Dalam situasi tersebut, wujud dua versi yang sama sekali berbeza berhubung dengan penemuan Cannabis tersebut. Dengan kata lain wujud situasi satu lawan satu. Timbul persoalan atau keraguan, versi mana yang perlu dipercayai? Kami dapati, dokumen kontemporari iaitu Borang Senarai Geledah ekshibit P10 yang dikemukakan pihak pendakwaan melalui SP3 tidak dapat membantu. Ini kerana, di dalam kandungan ekshibit P10 tidak dinyatakan secara jelas bahawa beg plastik berwarna merah yang mengandungi Cannabis tersebut dirampas daripada tangan perayu sama ada diruangan 'BARANG YANG DIJUMPAI/DIRAMPAS' ataupun di ruangan 'TEMPAT DIJUMPAI'. [37] Ironinya, pihak pendakwaan berpeluang untuk mengetepikan segala keraguan atau sebarang kemungkinan yang telah dibangkitkan pihak pembelaan dengan mengemukakan keterangan sokongan iaitu melalui keterangan forensik yang dapat menunjukkan perayu sememangnya memegang beg plastik berwarna merah tersebut ataupun sekurang-kurangnya memanggil salah seorang daripada anggota serbuan yang turut sama melihat perayu memegang beg plastik berwarna merah yang mengandungi Cannabis tersebut. [38] Malangnya, pihak pendakwaan gagal merebut peluang tersebut. Dengan itu, sudah tentulah akan timbul keraguan atau kemungkinan lain dalam situasi keterangan satu lawan satu. Faedah daripada keraguan atau kemungkinan tersebut sudah tentulah akan memihak kepada perayu…”
23
Mengeruhkan lagi keadaan, SP3 telah memberi keterangan bahawa tandaan A dan B tersebut kemungkinan tidak tepat. Keterangan SP3 adalah seperti berikut:- “TPR : Peguam merujuk gambar I dimana tandaan A dan B dibuat kamu. Peguam mencadangkan tidak logik dan kurang tepat untuk nyatakan OKT-OKT di A dan B kerana ruangan ditandakan tersebut sempit. Kalau pun duduk atas lantai, tidak akan duduk berhampiran beg. Kamu tidak setuju. Kenapa? SP3 : Mungkin saya tidak faham soalan. Semasa pemerhatian awal, kedudukan dia adalah dalam bilik berdua. Kita bawa Haizal dari luar ke dalam, OKT 2 masih duduk dalam bilik pada ketika itu. Bila anggota masuk dalam bilik 5-6 orang, ruang bukan terlalu sempit bila seorang duduk dan seorang berdiri. Ini anggaran yang kita nampak dari luar tingkap. Walaupun tidak tepat tandaan saya ini, inilah kedudukan semasa pemerhatian dari luar tingkap.”
24
Undang-undang adalah mantap bahawa keterangan saksi-saksi polis juga perlu diuji dengan ketat berkenaan ketepatan dan kredibiliti. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Kesavan Krishnan v Pendakwa Raya [2014] MLRAU 542; [2015] 6 CLJ 163 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- "[40] Adalah tidak dipertikaikan bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah diterima jika keterangan tersebut didapati munasabah (lihat PP v. Mohamed Ali [1962] 1 LNS 129; [1962] MLJ 257; PP lwn. Aedy Osman [2009] 1 LNS 13; PP v. Abdul Latif Sakimin [2009] 1 LNS 130; [2005] 6 MLJ 351). Pada pandangan kami, proposisi undang-undang bahawa keterangan saksi-saksi polis hendaklah secara prima facie diterima oleh mahkamah tidak boleh dipakai secara universal tanpa pengecualian. Ia banyak bergantung kepada fakta dan keadaan yang wujud dalam sesuatu kes. ... [46] Kesimpulannya, keterangan saksi-saksi polis hendaklah diperlakukan sama seperti saksi-saksi yang lain di mana mahkamah hendaklah menelitinya dengan cermat bagi memutuskan sama ada ia boleh dipercayai atau disandarkan. Ujian yang ketat terhadap ketepatan (accuracy) dan kredibiliti (credibility) semua saksi, termasuklah saksi-saksi polis, hendaklah dibuat oleh mahkamah."
25
Malah, sebagaimana dihujahkan peguam Tertuduh Pertama, SP5 setuju sepenuhnya bahawa tiada halangan untuk SP5 membuat lakaran rajah kasar yang dapat menunjukkan kedudukan sebenar barang kes dijumpai. Namun, SP5 telah gagal membuat lakaran rajah kasar dalam kes ini yang dapat bertindak sebagai sokongan kepada keterangan SP3 dan SP5 berkenaan tempat pertemuan barang kes. Kepentingan rajah kasar ada diterangkan dalam kes PP v Mohamad Shaidan Mohd Asri & Satu lagi [2020] MLJU 437; [2020] SMCU 3; [2020] AMEJ 0416 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[45] Seterusnya, Mahkamah juga berpendapat bahawa Pegawai Penyiasat yang hadir ke tempat kejadian pada keesokan hari bersama Jurugambar dan Pegawai Serbuan turut tidak melakar rajah kasar tempat kejadian yang akan menunjukkan kedudukan kedua-dua OKT dan barang kes yang dijumpai. Dengan ketiadaan gambar tempat kejadian, rajah kasar tersebut menjadi keterangan terbaik (best evidence) memandangkan rajah kasar tersebut dibuat seberapa segera selepas tarikh kejadian tersebut di mana insiden tersebut adalah segar dalam ingatan pegawai serbuan. Walaupun Laporan Polis yang dibuat pada hari yang sama telah menyatakan bahawa dadah dijumpai di atas lantai di hadapan kedua-dua lelaki tersebut yang sedang duduk di bilik pertama tingkat atas, namun laporan tersebut tidak membantu Mahkamah untuk menggambarkan posisi kedudukan OKT-OKT mahupun tempat barang kes dijumpai. [46] Hal ini adalah penting kerana sebagaimana keterangan saksi-saksi pendakwaan dan laporan polis yang dibuat, barang kes bukan ditemui di tangan atau badan mana-mana OKT tetapi di atas lantai berdekatan dengan kedua-dua OKT… [47] Maka, pihak pendakwaan akan bergantung kepada proksimiti kedua-dua OKT dengan barang kes tersebut untuk menunjukkan kedua-dua OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas barang kes tersebut. Dalam hal ini, rajah kasar menjadi keterangan terbaik dalam membantu Mahkamah mencapai keputusan yang adil. Perkara ini dapat dilihat dalam kes Public Prosecutor v. Wong May [1988] 2 CLJ Rep 352 di mana Mahkamah memutuskan bahawa… [48] Dengan ketiadaan gambar sebenar kedudukan dadah tersebut dan lakaran rajah kasar, maka Mahkamah hanya boleh bergantung kepada keterangan SP1 iaitu Pegawai Serbuan yang telah membuat penandaan X dan Y dalam gambar tempat kejadian sebagai kedudukan OKT-OKT dan tandaan S dan G sebagai kedudukan dadah-dadah yang dirampas dalam gambar P1G. Persoalan yang timbul dalam kes ini adalah bagaimana SP1 dapat mengingati kedudukan tersebut dengan tepat memandangkan serbuan dibuat pada 17.7.18 manakala tandaan dibuat oleh SP1 semasa perbicaraan pada 18.3.19 iaitu 8 bulan selepas kejadian, lebih-lebih lagi apabila SP1 sememangnya akan terlibat dalam serbuan-serbuan lain sepanjang tempoh tersebut.”
26
Mahkamah juga berpendapat bahawa Pegawai Serbuan mahupun Pegawai Penyiasat gagal mengambil gambar tempat kejadian bersama barang kes yang dapat menunjukkan kedudukan sebenar barang kes tersebut yang dapat mengukuhkan lagi kes pendakwaan.
27
Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Hariswaran Vasu Devan & Ors [2018] 8 MLJ 330; [2018] MLRHU 91; [2018] 6 CLJ 506 di mana dalam menerangkan kepentingan gambar yang menunjukkan kewujudan dadah, Mahkamah memutuskan bahawa:- "[41] In the circumstances herein, I am of the opinion that the failure of the police particularly the raiding officer and the investigating officer in taking and tendering photographs depicting the exact existence of all the drugs found and seized in the premises seriously weakened the prosecution's case against all the accused persons. They were, at the least, expected to explain to the court as to why several but incomplete photographs were taken only. No explanation was proffered... SP7's testimony on the drugs seized here may not be inherently credible or probable. There could have been mix-up or tampering of the drugs found and seized from the premises. [42] In the absence of the prosecution producing satisfactory affirmative proof and exact accounting of the drugs seized from the premises that were eventually analysed and formed the basis of the charge, I find there is reasonable doubt in the prosecution's case. The first charge that is based on heroin and monoacetylmorphines allegedly found at three locations in the premises could not be entirely accounted from the photographs adduced by the prosecution. Likewise, the second charge and third charge based on cannabis and methamphetamine allegedly found on the floor in the living room at first storey of the premises could not be seen at all from the photographs adduced. In other words, the exact and true amount of drugs seized is indeterminate. It is therefore unsafe to even charge, let alone, convict the accused persons on the evidence adduced by the prosecution on the identification of the drugs as charged."
28
Tambahan lagi, sebagaimana dinyatakan terdahulu, memandangkan Insp Firdhaus telah meninggal dunia, maka percakapan dalam pemeriksaan Insp Firdhaus menurut seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah telah diterima masuk sebagai Eksibit P20. Keterangan yang penting dalam percakapan tersebut adalah seperti berikut:- “S: Adakah beg berzip warna coklat jenama Leonise dijumpai berdekatan tempat suspek B2 duduk? A: Ya lebih 1 2 kaki kedudukan beg dan juga barang kes yang dijumpai.”
29
Dalam memeriksa balas Pegawai Penyiasat (SP5) berkenaan isu ini, keterangan SP5 adalah seperti berikut:- “P/Bela : Pohon saksi dirujuk kepada rakaman percakapan (112 statement) pengadu P20. Ini adalah keterangan pengadu kes ini berkenaan kes ini. Pernyataan ini menjadi pernyataan utama dalam siasatan kamu? SP5 : Betul P/Bela : Lihat kepada MS3. Rujuk perenggan 135. Setuju dengan saya, semasa perekodan keterangan pengadu, pengadu maklum polis, beg dan barang kes pada jarak 12 kaki dari OKT berada? SP5 : Tidak setuju, maksud 1 atau 2 P/Bela : Sekiranya 1 atau 2, mesti nyatakan 1 ke 2. Itu akan membuktikan 1 nombor dengan nombor yang lain. Bila tiada apa-apa sebegitu, tidak membawa maksud itu. Berdasarkan apa yang ada dari Pengadu, fakta yang ada berdasarkan keterangan pengadu dari rakaman pengadu, ia 12 kaki dari kedudukan beg, tiada 1 ke 2, setuju? SP5 : Tidak setuju P/Bela : Ikut keterangan pengadu dalam kes ini, Puan yang rekod, satu-satunya soalan tentang kedudukan barang kes dan OKT adalah para 135 P10? SP5 : Betul P/Bela : Tidak ada soalan lain bagi maksud menjelaskan apa maksud 12 kaki bagi soalan ini?
30
Mahkamah tidak terlepas pandang berkenaan penjelasan SP5 semasa pemeriksaan semula seperti berikut:- “TPR : Peguam rujuk rakaman percakapan Pengadu kepada para 135 dan tanya setuju semasa perekodkan pengadu, beg dan barang kes dijumpai 12 kaki, kamu tidak setuju. Jelaskan SP5 : Tidak setuju kerana 1 / 2 kaki. Dalam rakaman percakapan ini 1 dan 2 ada jarak. Kalau rapat baru 12, kalau jarak 1 / 2. TPR : Peguam cadangkan lebih 12 kaki, penemuan 12 kaki, tidak nyata 1 / 2 kaki. Jelaskan SP5 : Rakaman dibuat secara spontan, pengadu nyatakan 1 / 2 kaki dan bukan 12 kaki. Saya rekod berdasarkan apa yang dinyatakan pengadu. TPR : Kalau ikut keterangan pengadu, satu-satunya soalan berkaitan barang kes dan kedudukan OKT adalah di para 135. Kamu setuju. Jelaskan SP5 : Soalan spesifik kedudukan memang dinyatakan dalam para 135 sahaja”
31
Mahkamah tidak menafikan penjelasan SP5 adalah penjelasan yang munasabah. Namun demikian, SP5 telah bersetuju dengan cadangan peguambela bahawa SP5 tidak pernah mengukur jarak bilik kejadian dan mengaku jarak tersebut penting bagi menjelaskan kedudukan sebenar barang kes. Dengan ketiadaan ukuran sebenar bilik kejadian dan Mahkamah tidak hadir secara fizikal ke tempat kejadian untuk mengetahui luas sebenar bilik tersebut, Mahkamah tidak dapat membuat kesimpulan kemunasabahan 12 kaki yang dinyatakan dalam rakaman percakapan Insp Firdhaus hanya semata-mata berdasarkan gambar tempat kejadian yang dikemukakan pihak pendakwaan. Dalam keadaan ini, undang-undang adalah mantap bahawa apabila terdapat 2 inferen, Mahkamah perlu memilih inferen yang berpihak kepada Tertuduh-tertuduh sebagaimana diputuskan dalam kes PP v Mohd Radzi Bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393; [2005] 2 MLRA 590; [2006] 1 CLJ 457; [2005] 6 AMR 203 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- "(i) At the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;"
32
Dalam hal ini, keterangan SP3 semasa pemeriksaan semula adalah seperti berikut:- “TPR : Peguam merujuk kepada laporan polis dan cadangkan dinyatakan dalam report, OKT-OKT duduk atas lantai. Tiada keterangan dalam laporan polis bahawa beg kecil berdekatan dengan Tertuduh-tertuduh. Dan Sarjan setuju. Boleh jelaskan SP3 : Dalam report tidak dinyatakan beg hampir dengan 2 Tertuduh. Masa rampas beg dalam bilik bersama tangkapan, beg berada dalam bilik dimana tangkapan berada. TPR : Peguam rujuk borang bongkar. Nyatakan beg jumpa atas lantai. Tiada keterangan berada hampir dan rapat dengan Tertuduh. Kamu setuju. Jelaskan. SP3 : Tangkapan 2 lelaki melayu semasa tangkapan berada dalam bilik B1 dan B2. Rampasan mestilah berdasarkan 2 lelaki melayu itu, bila kita masuk bilik, B1 dan B2 berada di bilik bersama dadah yang dirampas.”
33
Dalam hal ini, sekiranya benar naratif pihak pendakwaan bahawa beg Leounise yang mengandungi dadah berada hanya 1-2 kaki dari tempat duduk Tertuduh-tertuduh, wujud persoalan mengapa perlu Insp Firdhaus yang membuat laporan polis perlu menyatakan beg Leounise dijumpai “setelah pemeriksaan dilakukan dalam bilik” berbanding hanya perlu menyatakan “menjumpai beg Leounise 1 atau 2 kaki di hadapan tempat duduk kedua-dua Tertuduh”. Laporan polis Insp Firdhaus yang relevan adalah seperti berikut:- “SETELAH ITU, SAYA BERSAMA ANGGOTA TELAH MELAKUKAN PEMERIKSAAN DI DALAM BILIK KEEMPAT TERSEBUT DENGAN DISAKSIKAN OLEH KEDUA-DUA SUSPEK DAN HASIL PEMERIKSAAN TELAH MENJUMPAI (1) BEG KECIL BERZIP WARNA COKLAT JENAMA LEOUNISE DI ATAS LANTAI BILIK.”
34
Malah, pernyataan Tertuduh Pertama dalam D26 adalah konsisten bahawa beg Leounise tersebut dijumpai setelah pemeriksaan dilakukan di dalam bilik. Dalam keadaan ketiadaan keterangan yang kukuh bahawa beg tersebut dijumpai dalam penglihatan mata kasar (plain sight) berhampiran dengan Tertuduh-tertuduh yang dapat menunjukkan jagaan dan kawalan ke atas barang kes tersebut, kes pendakwaan masih dapat diselamatkan sekiranya terdapat sebarang barang peribadi Tertuduh-tertuduh yang terdapat di bilik tersebut atau dalam beg Leounise tersebut yang dapat kaitkan Tertuduh-tertuduh dengan barang kes yang dijumpai. Umpamanya, dalam kes Vijendran Balakrisnan v PP [2024] MLJU 2179; [2024] MLRAU 219; [2024] CLJU 1892; [2024] AMEJ 1959 Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[32] Dalam isu ini, Mahkamah berpendapat bahawa walaupun tiada cap jari atau DNA Perayu ditemui pada dadah, hal ini tidak dapat meragukan kaitan antara Perayu dengan dadah yang ditemui di bilik kedua tersebut. Mahkamah juga bersetuju dengan dapatan YA HMT bahawa terdapat satu inferens yang kuat bahawa Perayu mempunyai jagalan atau kawalan serta pengetahuan terhadap dadah tersebut. Apa tidaknya, keadaan dadah yang ditemui dalam keadaan terdedah, tidak tersembunyi dan tidak juga dibungkus dengan bahan lain ditambah dengan barang-barang peribadi Perayu yang ditemui di dalam bilik kedua berkenaan (tiada barang peribadi orang lain) telah gagal menyangkal inferens berkenaan.”
35
Perkara sama diputuskan dalam kes PP v Rani Katan [2019] MLJU 19; [2019] MLRHU 21; [2019] 1 LNS 21 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[116] Several articles and personal belongings of the Accused were also found in the said room. The fact that Laila was the owner therefore does not operate to negative possession on the part of the Accused. See Public Prosecutor v. Denish A/L Madhavan (supra ).”
36
Namun, dalam kes ini, sebagaimana keterangan saksi-saksi pendakwaan, tiada dokumen peribadi seperti kad pengenalan mahupun lesen memandu yang dijumpai dalam beg Leounise tersebut. Tiada barangan peribadi mana-mana Tertuduh dijumpai dalam bilik tersebut. Maka, hanya semata-mata fakta bahawa barang kes dijumpai dalam bilik tersebut yang mana Tertuduh-tertuduh ditangkap, dengan ketiadaan bukti konklusif berkenaan kedudukan spesifik barang kes tersebut dijumpai, dan dengan ketiadaan bukti sokongan lain, maka Mahkamah mengalami kesukaran untuk membuat penemuan bahawa Tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes yang ditemui.
37
Mahkamah tidak terlepas pandang prinsip perundangan bahawa keterangan sokongan tidak diwajibkan dalam semua kes. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Elvis Onwuka & Satu lagi [2020] MLJU 1841; [2020] MLRHU 761; [2020] 1 LNS 1552; [2020] AMEJ 0711 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[49] Peguam bela Tertuduh Pertama juga ada membangkitkan isu kegagalan SP7 menjalankan ujian cap jari, mendapatkan rakaman CCTV kawasan rumah tersebut dan membuat siasatan lengkap berdasarkan rakaman percakapan Tertuduh Pertama. Mahkamah ini berpendapat bahawa perkara-perkara tersebut merupakan keterangan sokongan tambahan terhadap kes pendakwaan. Tidak dinafikan bahawa ianya akan menjadikan kes pihak pendakwaan lebih teguh dan tidak diperlukan apabila keterangan yang sedia ada sudah mencukupi untuk mensabitkan Tertuduh sekiranya Tertuduh berdiam diri apabila pembelaan dipanggil atau gagal mengemukakan "rebuttal evidence". [50] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa ketiadaan keterangan sokongan semata-mata tidak akan membawa maksud bahawa kes tidak boleh dibuktikan dan keterangan saksi harus ditolak sepertimana yang dinyatakan dalam kes Aziz Muhamad Din v. Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 523 Augustine Paul, Hakim Mahkamah Tinggi (ketika itu) menggariskan: "Generally, in Malaysia there is no specific rule of law that requires the evidence of a witness to be corroborated except in the case of the evidence of a child of tender years under s. 133A of the Evidence Act 1950. However, in certain types of cases there is a rule of practice which requires evidence to be corroborated. This includes the evidence of a complainant in a case involving a sexual offence." [penekanan ditambah]”
38
Namun, prinsip am tersebut hanya terpakai apabila keterangan pihak pendakwaan adalah teguh berkenaan penemuan barang kes. Dalam kes ini, keterangan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa bilik keempat tersebut tidak berkunci dan sesiapa juga di dalam rumah tersebut atau pernah datang ke rumah tersebut boleh mengakses bilik keempat tersebut. Malah, SP4 iaitu anak Tertuduh Pertama juga telah memberi keterangan bahawa bilik tersebut adalah bilik stor dan SP4 pernah memasuki bilik stor tersebut 2 hari sebelum kejadian. SP4 memberi keterangan bahawa SP4 kadangkala mengakses bilik tersebut untuk mengambil seterika. Keterangan saksi pendakwaan juga menyatakan bahawa pemerhatian dibuat selama 10 minit dari 20 meter dari rumah tersebut dan tiada pergerakan keluar masuk dari rumah tersebut.
40
Dalam hal ini, SP3 telah memberi keterangan bahawa terdapat sebuah kereta dan sebuah motorsikal di tempat kejadian semasa serbuan dijalankan. Namun, SP5 tidak membuat sebarang siasatan berkenaan kenderaan-kenderaan tersebut. Keterangan SP5 adalah seperti berikut:- “P/Bela: Setuju dengan saya, dalam kes ini, daripada keterangan SP3 sebelum ini, ada nyatakan tempat kejadian ada 2 kenderaan, 1 motorsikal dan 1 kereta. Soalan saya, ada buat siasatan lanjut tentang motorsikal dijumpai dan 1 kereta di tempat kejadian? SP5 : Tiada, tidak dimaklumkan kepada saya”
41
Dalam keadaan pemerhatian hanya dijalankan selama 10 minit sebelum serbuan dijalankan dan akses ke bilik keempat tidak terhalang, maka siasatan berkenaan kedua-dua kenderaan tersebut adalah penting berkenaan kewujudan mana-mana pihak lain di tempat kejadian. Maka, apabila wujud keraguan berkenaan tempat spesifik penemuan barang kes dan bilik keempat tersebut boleh diakses oleh orang lain sebagaimana dinyatakan di atas, maka Mahkamah berpendapat bahawa keterangan-keterangan sokongan tersebut yang dapat membantu mengecualikan sebarang keraguan berkenaan kes pendakwaan. Undang-undang adalah mantap bahawa hanya kerana barang kes dijumpai di tempat tangkapan Tertuduh-tertuduh semata-mata tidak akan menunjukkan Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan kawalan ke atas barang-barang kes tersebut. Dalam menerangkan prinsip ini, Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Chun Cheng v. PP [2020] CLJU 1089; [2020] 1 LNS 1089; [2020] MLRAU 156 [2020] MLJU 782 memutuskan bahawa:- “[25] In the present case, the appellants were both seated in the Myvi car within which the drugs were found. Mere proximity to the thing seized does not necessarily equate to possession of it. Thus, in Low Thiam Teck v. Pendakwa Raya [2014] 1 LNS 1104; [2014] MLJU 1005, the Court of Appeal held that: On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel that physical proximity to the drugs per se is insufficient to prove possession without proof of knowledge. Except for the evidence of proximity, there was nothing in the conduct of either the appellant or the 2nd accused at the time of their arrest upon which a prima facie inference could be made that the appellant or both of them had knowledge of the drugs. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some momentary custody of the bags together with the 2nd accused. In such circumstances there was no possession (per Lord Morris in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356). Thus, physical proximity of the accused persons to the package per se is insufficient to establish possession. The prosecution has the duty to prove exclusive control and custody of the chattel and also knowledge of its contents by the appellants by additional evidence. This, the prosecution has failed to do. See also PP v. Abd Razak Termizi [2011] 4 MLJ 76 CA.”
42
Dalam hal ini, pihak pendakwaan merujuk kepada kes Nurhasan Jukasan v PP & Another [2010] 1 MLRA 701; [2010] 6 CLJ 542; [2010] AMEJ 0661 dan Pendakwa Raya v Panizan Sunan Achyari [2010] MLJU 378; [2010] 5 MLRH 631; [2010] 1 LNS 311. Dalam kes Nurhasan (supra), Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “Now given that there was that close proximity between the appellants and the proscribed drugs, that the appellants were so situated with respect to those drugs that they had the power to deal with them, the circumstances were entirely such that it could be safely inferred that the appellants had custody or control, if not possession, of all the proscribed drugs. The appellants were packing drugs, which was a wilful act that was not at all involuntary. The appellants must have been fully cognisant of their act. It got to be that the appellants knew they were packing proscribed drugs.”
43
Mahkamah berpendapat prinsip kes tersebut diputuskan berdasarkan fakta kes tersebut dan wajar dibezakan dengan fakta kes di hadapan Mahkamah. Dalam kes tersebut, Tertuduh-tertuduh sedang membungkus dadah di bilik tangkapan dan terdapat barang-barang seperti 2 penimbang, pembungkus plastik dan gunting di bilik tersebut. Tertuduh-tertuduh juga telah cuba melarikan diri apabila pegawai serbuan menyerbu kawasan kejadian. Perkara ini dapat dilihat menerusi penghakiman mahkamah tersebut seperti berikut:- “Now given that the appellants were packing drugs of the only kind found in the room, and that in that room were 2 small weighing scales, a roll of clear plastic, and a pair of scissors, which could have been the tools to weigh and pack the drugs, it would not take rocket science to figure out that the appellants must have packed all the drugs found in the room. That the appellants attempted to flee when the police burst into the room only confirmed that the appellants could not have been innocent.”
44
Dalam kes Panizan (supra) pula, Tertuduh cuba melarikan diri selepas pasukan serbuan memperkenalkan diri sebagai polis dan sebelum barang-barang kes dadah dijumpai dalam raga di hadapan motorsikal. Mahkamah telah menilai fakta bahawa Tertuduh kelihatan ketakutan dan menggeletar bersesama fakta bahawa Tertuduh melarikan diri bagi membuat inferen mengenai pengetahuan.
45
Dalam kes di hadapan Mahkamah, keterangan saksi-saksi pendakwaan menunjukkan bahawa Tertuduh-tertuduh tidak cuba melarikan diri dari tempat kejadian. Malah, SP5 telah memberi keterangan bahawa Tertuduh-tertuduh memberi kerjasama kepada pihak polis semasa kejadian. Keterangan SP5 adalah seperti berikut:- “P/Bela: Setuju dengan saya pada masa kejadian OKT-OKT beri kerjasama kepada pihak polis? SP5 :
45
Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Syafrizal Syarbaini & satu lagi [2024] MLJU 3375; [2024] CLJU 2993 di mana Mahkamah memutuskan bahawa:- “[56] Sikap berkerjasama dan tidak melawan apabila dipertimbangkan dan dinilai dengan isu lain dapat membentuk satu kesimpulan bahawa kedua-dua OKT tidak mempunyai pengetahuan mengenai barang kes dadah. Seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Low Thiam Teck v v. PP [2014] CLJU 1104; [2014] 1 LNS 1104; [2015] 3 MLJ 134.”
46
Mahkamah dapati saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan bahawa kedua-dua Tertuduh menunjukkan reaksi ketakutan semasa tarikh kejadian. Namun, saksi-saksi pendakwaan telah mengesahkan bahawa reaksi terkejut tersebut adalah reaksi yang biasa apabila ada orang ketuk pintu pada tengah malam. Maka, tanpa sebarang keterangan tambahan, reaksi ketakutan secara ipso fakto tidak menunjukkan Tertuduh-tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai penemuan barang kes tersebut. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes PP v Tan Tatt Eek [2005] MLJU 675; [2005] 2 MLRA 120; [2005] 4 CLJ 460; [2005] 6 AMR 543 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa:- “[13] Thus, it is clear from the above said passage that what is required is that in order for the prosecution to ask the court to draw any inference, it must provide the court with clear evidence of a set of facts which leave no other possible alternative inference which can reasonably be drawn In the absence of such evidence, the court cannot but hold that there are other inferences possible in the circumstances. Hence, the facts of 'dropping and being in a state of shock' without more cannot constitute knowledge of the contents of the bag. There is simply insufficient evidence to support the inference of knowledge in the present case.”
48
Maka, berdasarkan faktor-faktor dinyatakan di atas, kes-kes yang dirujuk pihak pendakwaan wajar dibezakan dengan kes di hadapan Mahkamah.
49
Disamping faktor-faktor yang dinyatakan di atas, SP5 selaku pegawai penyiasat juga telah turut tidak membuat analisa cap jari ke atas barang kes yang dirampas. Berkenaan isu ini, SP5 memberi keterangan seperti berikut:- “P/Bela: Setuju dengan saya, di sepanjang jalankan siasatan tidak buat sebarang proses dusting untuk kenalpasti pihak yang pernah memegang barang kes selain pegawai serbuan? SP5 : Setuju TPR : Peguam cadangkan jika dusting dibuat jika OKT 1 dan 2 pegang barang kes, dapat dipastikan. Kamu tidak setuju. Kenapa? SP5 : Berdasarkan pengalaman saya, sekiranya dusting dibuat untuk timbulkan cap jari dalam barang kes bukan mudah.”
50
Mahkamah dapati menurut undang-undang, SP5 bukan seorang pakar dalam menentukan sama ada proses “dusting” akan membuahkan hasil atau tidak. Mahkamah berpendapat bahawa sekiranya proses analisa cap jari dibuat, dalam keadaan fakta kes tidak menunjukkan nexus barang kes dengan Tertuduh-tertuduh dengan jelas, maka analisa tersebut akan menjadi keterangan kukuh kepada pihak pendakwaan. Dalam hal ini, Mahkamah merujuk kepada kes Tan Chun Cheng (supra), di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa:- “[26] Fingerprint analysis and/or DNA matching are vital investigative tools that the police could have utilised to establish control, custody and knowledge of the drugs by accused persons and to also rule out possession by others. In this regard, it would be apposite to refer to the observation of the Federal Court in Chan King Yu v. Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 601; [2009] 1 MLJ 457, where the court held as follows: The plastic bag with its content that was recovered from the dustbin where the appellant had allegedly thrown it was not sent to the fingerprint department for analysis at all. Despite this the trial judge and the judges of the Court of Appeal never once considered the failure of the police to send this vital piece of the evidence for fingerprint analysis.... [27] Similarly, Zainun Ali J (as she then was) in PP v. Mok Kar Poh [2001] 5 CLJ 206 made the following observation: Next comes the question of the fingerprints of the accused. It is the defence's contention that the failure of the prosecution to dust the six packages for fingerprints and the failure to take hand swaps or nail clippings from the accused to show whether there are traces of drugs on his hands, would be to their detriment, since it does not show any link between the accused and the drugs. Possession is also not to be inferred in the absence of this nexus. Although this court concedes that the above methods in some situations are merely procedural, it would be a wise prosecution which would do all things necessary to bring home the charge. It is almost careless and capricious to say that since the accused was arrested on the spot and his identity is known, what good would taking fingerprints and nail clippings do? It is this court's view that it would be prudent for the prosecution not to be oblivious to the obvious methods required to close the gap…”
51
Mahkamah berpendapat bahawa tertuduh-tertuduh tidak boleh dihukum ke atas kegagalan pegawai penyiasat menyiasat kes dengan sempurna. Mahkamah dalam hal ini merujuk kepada kes Rahmani Ali Mohamed v PP [2014] 6 MLJ 525; [2014] 7 MLRA 194; [2014] 7 CLJ 405 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa :- “The appellant cannot be penalized for lack of ingenuity, negligence or inadvertence on the part of the investigator depriving him of the time honoured benefit of doubt (see: Pang Chee Meng v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ Rep 265; [1992] 1 MLJ 137). The manner in which PW8 had conducted his investigations left many stones unturned and material gaps exist. Based on this omission, an inference in the appellant's favour ought therefore to have been drawn by the learned High Court judge at the close of the prosecution case (see: Lee Kwan Who v. PP [2009] 5 CLJ 631 and Alcontara a/l Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 MLJ 209).”
52
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan berdasarkan keterangan-keterangan di hadapan Mahkamah bahawa Tertuduh-tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes dadah yang dijumpai dalam beg Leounise tersebut dan mempunyai pengetahuan mengenai barang tersebut.
53
Sebagaimana diputuskan dalam kes Amala Johnson (supra), fakta beg Leounise yang mengandungi dadah-dadah tersebut ditemui di bilik keempat di mana Tertuduh-tertuduh ditangkap semata-mata adalah tidak mencukupi untuk mengungkitkan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952. Pihak pendakwaan masih perlu membuktikan jagaan dan kawalan ke atas beg Leounise tersebut bagi membolehkan Mahkamah mengungkitkan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952.
54
Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas, saya mendapati pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap Tertuduh-tertuduh. Berdasarkan keterangan yang ada di hadapan Mahkamah, adalah tidak selamat untuk memanggil Tertuduh-tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan tersebut dan Mahkamah tidak bersedia untuk mensabitkan Tertuduh-tertuduh jika pembelaan dipanggil dan Tertuduh-tertuduh memilih untuk berdiam diri.
55
Maka, berdasarkan alasan-alasan di atas, Tertuduh-tertuduh adalah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan-pertuduhan sebagaimana dalam perenggan 1 tanpa dipanggil untuk membela diri. Berdasarkan keputusan ini, Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan masing-masing berjumlah RM4,000.00 yang telah didepositkan di Mahkamah dikembalikan kepada penjamin-penjamin. Bertarikh: 21 Ogos 2025 Disediakan oleh, …………………………………. ARUN A/L NOVAL DASS Majistret Mahkamah Majistret Batu Pahat Johor Pendakwaan: Puan Farah Wahida Binti Mohd Sharip Timbalan Pendakwa Raya Johor Peguam Bela: Tetuan Amirul Fairuzzeen & Co Peguambela dan Peguamcara Peguambela Tertuduh Pertama No.103A, 1st Floor, Jalan Baldwin 3, Pusat Perniagaan Baldwin, 35000 Tapah, Perak. Ruj: (AFC/H/77/77/2023(R)) …Encik Amirul Fairuzzeen Jamaluddin Tetuan Zurina & Co Peguambela dan Peguamcara Peguambela Tertuduh Kedua No.6A, Jalan Timah Sari, Kg Kenangan Dato’ Onn, 83000 Batu Pahat, Johor Ruj: (-) …Puan Zurina Binti Sidik
1
Kes-kes yang dirujuk:- PP v Khee Thuan Giap [2017] MLJU 1883; [2017] 1 LNS 1838; [2017] AMEJ 1506; [2017] MLRHU 1364
2
PP v Tan Kee Cheng [2016] 1 LNS 674; [2016] MLRHU 715
3
Public Prosecutor v Muhammad Nasir Bin Shahrudin [1994] 2 MLJ 576; [1992] 4
4
CLJ 2028; [1992] 2 MLRH 390 Joseph A/L Subramaniam v Pendakwa Raya [2019] MLJU 1063; [2019] 1 LNS 1420; [2019] AMEJ 1111; [2019] MLRAU 305
5
Munusamy Vengadasalam v Public Prosecutor [1987] 1 MLJ 492; [1987] CLJ Rep 221; [1986] 1 MLRA 292
6
Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 MLJ 489; [2004] 4 CLJ 551; [2004] 6
7
AMR 189; [2004] 2 MLRA 180 Christopher Uchenna Efogwo v PP [2017] 6 MLJ 696; [2017] 1 LNS 1479; [2017]
8
MLRAU 348 Ogbonna Kingsley Chukwu (W/Nigeria) v PP [2018] MLJU 1312; [2018] 1 LNS 1398; [2018] AMEJ 1136; [2018] MLRAU 340
9
Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2006] 2 MLJ 197; [2006] 1 CLJ 857; [2006] 1
10
MLRA 97 Jabatan Kastam Diraja Malaysia v Tan Kok Bin [2021] MLJU 2216; [2021] 1 LNS 1832; [2021] AMEJ 1746
11
PP v Abdul Rashid Ahmad [2009] 1 LNS 615; [2009] 9 MLRH 782
12
Sahrul Mazlee Bin Mohd Khalid v Pendakwa Raya [2022] MLRAU 1
13
Khanasiri Tanbanchong v PP [2014] 1 LNS 329; [2014] AMEJ 0314; [2014] MLRAU 89
14
Ilag Mary Melanie Cailipan v PP [2018] MLJU 1544; [2018] 1 LNS 1702; [2018]
15
AMEJ 1647; [2019] 1 SSLR 81 Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 MLJ 151; [2009] 3 CLJ 236; [2009] 1 MLRA 200
16
PP v Saiful Bahari Mohamad [2020] MLJU 2237; [2020] 1 LNS 1999; [2020] AMEJ 1758
17
Amala Johnson v Pendakwa Raya [2019] MLJU 128; [2019] 1 LNS 140; [2019]
18
Helmi Bassi v PP [2016] 1 LNS 763; [2016] MLRHU 970
19
PP v Elvis Onwuka & Satu lagi [2020] MLJU 1841; [2020] 1 LNS 1552; [2020] AMEJ 0711
20
PP v Dato’ Sri Mohd Najib Hj Abd Razak [2020] 11 MLJ 808; [2020] 8 CLJ 319; [2020] 9 AMR 1; [2020] 5 MLRH 232
21
PP v Aluma Mark Chinonso & Another Appeal [2020] 1 LNS 584; [2020] AMEJ 0544; [2020] MLRAU 138
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.