Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12BCY-1-06/2023
/akn/my/judgment/high-court/2024/6f89b920-4681-4c42-893f-251011148b9c
High Court of Malaysia28 May 2024JA-12BCY-1-06/2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: JA-12BCY-1-06/2023
1
HANULRAJ A/L GUNASENA (No. K/P: 851030-07-5771)
2
ARUNA A/P SUKUMAR (No. K/P: 870929-05-5158) (Keduanya berniaga sebagai rakan kongsi LSG Sena Global (No. Pendaftaran: 002778919-V) ...PERAYU-PERAYU DAN RUBIKA PILLAI A/P UMADAS ...RESPONDEN [Dalam Perkara Mengenai Mahkamah Sesyen Di Johor Bahru Dalam Negeri Johor Darul Takzim Guaman No.: JA-B53CY-1-04/2021 Antara
1
Hanulraj a/l Gunasena (No. K/P: 851030-07-5771)
2
Aruna a/p Sukumar (No. K/P: 870929-05-5158) (Keduanya berniaga sebagai rakan kongsi LSG Sena Global (No. Pendaftaran: 002778919-V) ...Plaintif-Plaintif Dan Rubika Pillai a/p Umadas ...Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN Latarbelakang [1] Ini adalah rayuan Perayu (Plaintif) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang menolak tuntutan Plaintif dengan kos sebanyak RM10,000.00 kepada Defendan atas tuntutan Plaintif bahawa Defendan telah membuat kenyataan fitnah mengenai produk Plaintif berupa “Pre-Cleanse Treatment Hair Oil”. [2] Defendan, seorang Doktor berusia 31 tahun (sepanjang masa material) dan akan mendirikan perkahwinan, telah membeli produk Plaintif ini melalui platform Lazada Malaysia pada 17.12.2020. Pada 13.1.2021, Defendan telah menghubungi Plaintif menerangkan masalah rambut gugur secara drastik akibat pengunaan produk ini dan menuntut balik pembayaran sepenuhnya. Plaintif tidak dapat berbuat demikian kerana polisi tiada pembayaran balik sepertimana yang tertulis di Lazada page. [3] Defendan telah bertindak membuat kenyataan berikut melalui akaun Instagram Defendan bernama “rubypillai 16” di https://www.instagram.com/rubypillai16/?hl=en, disusuli dengan Defendan menerbitkan 6 foto dalam akaun Facebook page Defendan “Rubika Pillai” di https://www.facebook.com/rubika.pillai dengan kenyataan berikut: “Posted this in my Insta page a week ago and realized that GB might have a wider reach so putting it up here as well so that some of you don’t get conned the way I did”. [4] 6 foto tersebut yang diambil pada 9.1.2021 (sehari selepas menggunakan produk tersebut pada 8.1.2021 selain turut menggunakannya pada 10.1.2021 dan 12.2.2021) mengandungi kenyataan-kenyataan Defendan yang dikatakan oleh Plaintif sebagai fitnah. Kenyataan-kenyataan dikatakan sebagai “fitnah” ini adalah seperti berikut: a. Gambar (1) menunjukkan kotak bungkusan produk Plaintif bersama kapsyen berikut: “Had such a bad experience as described in the series of posts below. Not sure if this will be deleted by Team Sena” b. Gambar (2) menunjukkan kenyataan Defendan: “This is a worthless product. Used it thrice and look at the hair fall during the third wash. It’s like an entire chunk of hair dropped. Wasted my money buying this so-called miracle oil after seeing ppl post good reviews about it. Guess it’s nothing but paid reviews and insincere comments. And when I raised this issue to the management demanding for a refund, I was told that “we strictly do not tolerate threats or blackmails”. I have been very polite and professional in dealing with them but that’s what I got in return. I could have easily posted degradatory remarks but I chose to message them to raise my concern and that’s the response I received. What they offered me instead was 15% discount if I choose to buy any of their products? How stupid is that? You come up with a product that’s making me go bald and you can offer me discount to buy more of it? The most atrocious thing I’ve ever heard of! Initially I wanted to let it go because I thought the product probably didn’t suit me but I’m posting this now so that ppl don’t get scammed like me. And yes Sena, feel free to imply that this is a threat or a blackmail since you ppl cant’s accept criticism for subpar product”. c. Gambar Ketiga: “It took them almost one week to get back to me and that too when I messaged them again to let them know I’m not going to back off. If I had been harsh from the beginning, they might have taken my complaint more seriously. But I chose to message them in a stern yet professional manner so they decided to take advantage instead. So you should either be a celebrity or be a typical hooligan and that’s when you’ll get the right feedback from them. It’s not my intention to spoil their business but I think ppl should be made aware that not all the products on social media are actually good. Most are just paid reviews by these influencers and we end up falling for it, like I did. I’m not saying this product won’t work for you. It may or it may not. But this is my bad experience with it which I had to share coz I’m, just annoyed. Btw it’s not cheap. A small bottle cost rm(emoji). So be careful before you start using smtg you see on social media. Definitely a lesson well-learnt”. d. Gambar keempat: “Ok with regards to the useless hair product that I used, I have received tremendous feedback from many who had equally bad experiences if not worse. Someone even told me that she posted her review on Lazada and was told by the seller to edit it. And guess what she was offered in return? A travel-size version and the amazing 15% Discount. (Emoji) Someone’s friend went half bald after 2 weeks of usage and another’s eyebrows almost dropped off (emoji) Legit scary stuff. There are also those who are questioning the truth behind the raving reviews few social media influencers have posted about the oil. Well my personal take is there are many many influencers who do their reviews solely based on monetary gain. They get paid for promoting that product, However shitty it may be. But there are also those who genuinely use it and have probably gained some benefit from it. So I’m not gonna generalize all influencers as what may have worked for them may not have worked for me vice versa. I’m merely sharing my bad experience which has definitely left a sour taste in my mouth (and probably a bald patch on my head (emoji), and is echoed by many. I can’t insist enough but we all gotta be really really careful from now on when purchasing such stuff. This is a huge reality slap for me too. I’m all for supporting local businesses but I might wanna stay away from any unaccredited brands for a while”. e. Gambar kelima: gambar rambut-rambut gugur atas lantai bersama emoji dan kenyataan Defendan seperti berikut: “It’s like an entire chunk of hair had fallen off right after using this stupid oil. And they can still ask me to[n] give it a rest for two weeks and try it again. They’d probably be satisfied only after I’ve gotten completely bald I think”. f. Gambar keenam: gambar tangan, sikat dan segumpal rambut bersama kenyataan Defendan seperti berikut: “Even running my wet hair through my fingers caused all these strands to drop. Imagine my horror. For so called purely organic oil etc it surely did smtg else altogether. Best part is I don’t seem to be able to review them on Lazada which is the platform I used to purchase. They probably blocked me (and god knows how many other bad reviews) from posting there”. [5] Mahkamah ini, setelah melihat gambar-gambar yang dirujuk di atas, bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa komen-komen yang dikeluarkan oleh Defendan dibuat dengan suci hati (good faith), ikhlas dan dengan kepercayaan penuh (honest belief) Defendan bahawa ianya adalah betul dan adil serta tanpa apa-apa unsur ataupun niat jahat terhadap Plaintif. [6] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan Hakim bicara bahawa komen-komen ini juga sebagai berkongsi pengalaman Defendan menggunakan produk ini maka pembelaan bahawa ia suatu komen yang adil (fair comment) berkenaan kepentingan awam (public interest) dan juga hak pembeli-pembeli dan juga pengguna-pengguna lain yang telah membeli produk ataupun barangan secara online, adalah terpakai. [7] Keterangan saksi Plaintif SP3 seorang jurujual turut menjadi sandaran dalam penemuan Hakim Bicara adalah bertepatan bahawa perniagaan Plaintif tidak terjejas akibat posting-posting Defendan ini apabila SP3 mengesahkan dari tahun 2020 sehingga tarikh bicara 2023, hasil jualan dan juga komisyen yang diterimanya daripada penjualan produk Plaintif “Sena Hair Oil” telah meningkat daripada RM10,000.00 bagi tahun 2020 kepada RM20,000.00 pada tahun 2021 dan naik pada tahun 2022 RM25,000.00 hingga RM30,000.00. [8] Semasa memberi keterangan pada 27.2.2023, posting-posting tersebut telahpun diturunkan oleh Defendan SD1. Keterangan SD1 mengenai kehilangan rambut yang drastik akibat penggunaan produk Plaintif ini disokong oleh suaminya SD2 yang telah membantu SD1 dengan mengambil gambar kehilangan rambut dan kesan botak “bald patch” di kepala SD1 (lihat: Rekod Rayuan Bahagian C Jilid 2(2) Lampiran 5 muka surat 407 pdf.CMS). SD1 tidak ada menggunakan “oil treatment” lain selain produk ini. [9] Oleh itu, tiada kekhilafan di pihak Hakim Bicara apabila memutuskan kenyataan SD1 jatuh di bawah pembelaan “fair comment” dan “justification”1 yang diiktiraf oleh seksyen 8 dan 9 Akta Fitnah 19572. Nas otoriti juga menjadi sandaran oleh Hakim Bicara dalam mencapai keputusannya dan Mahkamah ini turut bersetuju malahan terikat dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Raja Syahrir bin Abu Bakar & Anor v Manjeet Singh Dhillon and other appeals [2020] 3 MLJ 482, selain kes Hisham bin Tan Sri Halim v Teh Faridah bt Ahmad Norizan & Anor [2021] 10 MLJ 683 sebagai panduan. 1 Section 8. Justification. In an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff’s reputation having regard to the truth of the remaining charges. 2 Section 9. Fair comment. In an action for libel or slander in respect of words consisting partly of allegations of fact and partly of expression of opinion, a defence of fair comment shall not fail by reason only that the truth of every allegation of fact is not proved if the expression of opinion is fair comment having regard to such of the facts alleged or referred to in the words complained of as are proved. [10] Untuk pembelaan “fair comment”, Defendan perlu membuktikan: “(a) the words complained of were comment, although they may consist or include inferences of fact; (b) the comment was a matter of public interest; (c) the comment was based on facts; and (d) the comment was one which a fair-minded person can honestly make on the facts proved”. On a balance of probabilities, the defendants had failed to discharge their burden of proving the defence of fair comment. The impugned words were not a matter of public interest”. [11] Latarbelakang Defendan sebagai doktor muda yang akan memasuki alam perkahwinan semestinya meletakkan dia dalam kedudukan yang cemas apabila mendapati produk yang sepatutnya dapat membantu masalah keguguran rambutnya, mendatangkan hasil yang sebaliknya dan Plaintif pula tidak memberi apa-apa respon yang munasabah sebaliknya menawarkan pakej lebih murah. [12] Isu-isu yang dibangkitkan oleh perayu ialah isu melibatkan dapatan fakta dan kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan berdasarkan kes otoriti yang diputuskan oleh Mahkamah atasan, adalah terhad atas ujian jika berlaku ‘no judicial appreciation of the evidence’ yang menjadikan keputusan Hakim Bicara ‘plainly wrong’. Ini sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng [2020] 12 MLJ 67 yang dirujuk oleh Perayu sendiri di dalam hujahannya. Kes ini turut merujuk kepada kes-kes Mahkamah Persekutuan yang terdahulu (lihat: Tengku Dato’ Ibrahim Petra bin Tengku Indra Petra v Petra Perdana Bhd and another appeal [2018] 2 MLJ 177 (FC), Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (FC). [13] Manakala bagi dapatan Mahkamah bicara hasil daripada membuat inferens berdasarkan fakta, rujukan kepada kes Azman bin Mahmood & Anor v SJ Securities Sdn Bhd [2012] 6 MLJ 1 (FC) berhubung kuasa Mahkamah yang mendengar rayuan membuat intervensi ke atas dapatan Mahkamah bicara ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan inferen yang betul hendaklah dibuat atas keterangan yang diakui oleh kedua-dua pihak dan ini boleh dilihat daripada keterangan dokumentar yang turut disokong oleh keterangan saksi. [14] Oleh itu, proses yang perlu dibuat oleh Mahkamah ini yang mendengar rayuan ialah untuk melihat jika analisa Mahkamah ini boleh membawa kepada satu keputusan bahawa hakim bicara telah mencapai keputusan yang nyata salah dari segi dapatannya. Ini bermaksud tiada forum yang munasabah akan mencapai keputusan yang sama seperti yang diputuskan oleh Hakim bicara dengan mengambil kira keseluruhan keterangan yang telah diterima masuk (admissible evidence). Jawapan Mahkamah ini ialah tiada apa-apa alasan yang memerlukan ‘appellate intervention’ dan dengan itu, rayuan ini ditolak dan keputusan Hakim bicara dikekalkan. Dapatan Mahkamah ini dalam mendengar rayuan [15] Mahkamah dalam mencapai keputusan ini, telah meneliti isu-isu yang dibangkitkan oleh Perayu semasa rayuan dan mendapati kesemua isu tersebut adalah isu yang menjadi isu pokok di peringkat bicara sebelum Hakim bicara dapat mencapai keputusannya. Ini dapat dilihat daripada alasan penghakiman Hakim bicara yang memperincikan analisanya kepada isu-isu pokok sebelum membuat dapatan atau penemuannya. [16] Tiada apa-apa “plainly wrong” di dalam keputusan yang dicapai oleh Hakim Bicara. Tindakan Defendan adalah satu tindakan memberi reaksi dan komen dalam ruang lingkup justifikasi sebagai seorang pengguna atas tindakan Plaintif yang enggan memberi apa-apa respon yang munasabah sebagai penyelesaian, sebaliknya melihatnya sebagai satu ancaman seolah-olah mencadangkan Defendan menutup mulutnya berhubung apa-apa kesan negatif produk Plaintif yang membawa kepada Defendan membuat andaian ia suatu “scam”, tetapi tiada apa-apa kenyataan lanjutan yang memudaratkan akibat daripada penyataan ini sehingga menjejaskan jualan produk Plaintif (lihat: para 7 keterangan SP3 jurujual Plaintif di atas). [17] Keterangan ini berdasarkan kes Chok Foo Choo @ Chok Kee Lian v The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371 di muka surat 374, di mana Mahkamah Rayuan memutuskan sesuatu perkataan atau ungkapan adalah fitnah apabila: “the test which is to be applied lies in the question: do the words published in their natural and ordinary meaning impute to the plaintiff any dishonorable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites an affirmative response, then the words complained of are defamatory”. [18] Atas imbangan kebarangkalian, tiada apa-apa keterangan untuk mencadangkan ujian-ujian yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan ini berlaku tetapi sebaliknya, dengan berdasarkan keterangan saksi Plaintif sendiri SP3. Atas alasan-alasan ini, rayuan Plaintif perayu ditolak dan keputusan Hakim Bicara dikekalkan. -Tandatangan- (NURULHUDA NUR’AINI BINTI MOHAMAD NOR) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Bertarikh: 26.11.2024 KAUNSEL Bagi pihak Perayu: Adnan bin Seman @ Abdullah (Haris Md. Nor) Tetuan Adnan Sharida & Associates Peguambela & Peguamcara No. 3-1-1A, 3-2-2A & 2B Jalan Medan PB 2A, Seksyen 9A 43650 Bandar Baru Bangi Selangor Bagi pihak Responden: S. Gunasegaran Tetuan John Ang & Guna Peguambela & Peguamcara Suite 1409, 14th Floor, Johor Tower Jalan Gereja, P.O. Box 244 80739 Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.