Schedule
Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan [28] Selanjutnya plaintif-plaintif merujuk Bahagian II Seksyen 1(e) dibaca bersama Seksyen 2(3) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan - CITIZENSHIP BY OPERATION OF LAW OF PERSONS BORN ON OR AFTER MALAYSIA DAY (3) For the purposes of paragraph (e) of section 1 a person is to be treated as having at birth any citizenship which he acquires within one year afterwards by virtue of any provision corresponding to paragraph (c) of that section or otherwise. [29] Plaintif-plaintif menegaskan bahawa anak tersebut boleh diiktiraf sebagai warga negara Malaysia dengan bersandarkan fakta ibu kandung anak tersebut bermastautin tetap dalam Persekutuan dan anak tersebut tidak mempunyai kerakyatan lain dalam masa setahun dari tarikh kelahiran. S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA [30] Mahkamah ini mendapati peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif telah menggunakan beberapa pendekatan untuk memastikan Mahkamah ini mengiktiraf anak tersebut sebagai warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. Metod seterusnya adalah melalui anggapan bahawa ibu kandung anak tersebut adalah pemastautin tetap dan pemakaian anggapan di bawah seksyen 19B. [31] Melalui Afidavit Sokongan, plaintif pertama menegaskan bahawa anak tersebut adalah warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang kerana anak tersebut dianggap dilahirkan oleh ibu bermastautin tetap di Malaysia menurut seksyen 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan – 19B. For the purposes of Part I or II of this Schedule any new born child found exposed in any place shall be presumed, until the contrary is shown, to have born there of a mother permanently resident there; and if he is treated by virtue of this section as born, the date of the finding shall be taken to be the date of the birth. [32] Dengan hormat, saya mendapati hujahan peguam cara plaintif-plaintif berkenaan pemakaian anggapan adalah tidak bermerit. Berdasarkan prinsip duluan mengikat, Mahkamah ini terpandu secara ketat dan mengikuti panduan oleh Mahkamah Persekutuan dalam CTEB & Anor v Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia & Yang Lain (supra) bahawa – S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA [16] Of the 4 categories, the operation of law citizenship is almost automatic. One either fits the given criteria under the FC or one does not. The criteria are clearly stipulated in the FC and it does not require any exercise of discretion by the authority. [17] By operation of law, therefore entails a situation where at birth the person’s status of citizenship will be so determined. It is a matter of birthright. This legal position is also as stated by Emeritus Professor Datuk Dr. Shad Saleem Faruqi, in his book ‘Our Constitution’ (Sweet & Maxwell, Thomson Reuters 2019) at pages 178 and 179. In practical terms, a birth certificate will be issued right away upon registration of such birth. While the other 3 categories of citizenship by registration and naturalization require an application to the authorities upon meeting the necessary conditions imposed under the FC (see Suffian ‘An introduction to the Constitution of Malaysia’ (3rd edn, Pacifica Publications 2007) at pages 330-337). [33] Pada hemat Mahkamah ini, pemakaian anggapan dengan bersandarkan fakta kes di sini yang diketengahkan oleh peguam cara terpelajar bagi plaintif-plaintif akan membuka pintu bagi Mahkamah untuk menentukan status kewarganegaraan kanak-kanak tanpa pematuhan terhadap keperluan yang telah digariskan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu sendiri. S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA [34] Mahkamah ini menelusuri pendirian plaintif-plaintif bahawa ibu kandung anak tersebut telah melahirkan anak tersebut di Klinik Indra yang berada dalam Negeri Selangor dan ditinggalkan tanpa perlindungan oleh ibu kandungnya di tempat anak tersebut dilahirkan. Maka, plaintif-plaintif menggunapakai anggapan bahawa ibu kandung anak tersebut dianggap sebagai pemastautin tetap di Malaysia menurut seksyen 19B Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan. [35] Ironinya, pihak plaintif tidak mengemukakan sebarang fakta mahu pun keterangan dokumentari yang boleh diperolehi daripada Klinik Indra berkaitan dengan identiti ibu kandung anak tersebut termasuk fakta mengenai kerakyatannya. Sebaliknya melalui Afidavit Sokongan, plaintif-plaintif menekankan bahawa anak tersebut ditinggalkan tanpa perlindungan dan identiti ibu bapa kandung tidak dapat diketahui walau pun segala usaha terbaik mengesan ibu bapa kandung telah dilaksanakan. Usaha terbaik yang dihujahkan oleh peguam cara plaintif-plaintif seperti menulis surat kepada Klinik Indra dan pengiklanan di akhbar adalah untuk tujuan pengangkatan dan bukannya bagi permohonan ini. [36] Saya berpandangan, usaha terbaik untuk mengetahui identiti dan status kerakyatan ibu kandung anak tersebut adalah melalui rekod dan maklumat ibu kandung yang semestinya disimpan oleh Klinik Indra. Oleh kerana keperluan melindungi maklumat ibu kandung dan bapa kandung anak tersebut telah dipertahankan dan enggan didedahkan, maka Mahkamah ini tidak boleh membenarkan pemakaian anggapan yang ibu kandung tersebut adalah pemastautin tetap berdasarkan fakta tempat lahir anak tersebut di Negeri Selangor semata-mata. Plaintif-plaintif S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA mempunyai beban membuktikan anak tersebut adalah abandoned child or a new-born found exposed. [37] Tambahan pula dalam kes Huong Sing Mei v Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara dan 2 yang lain [2022] 1 LNS 1361 Mahkamah Tinggi memutuskan anggapan di bawah seksyen 19B tidak terpakai dan tidak wujud beban untuk mematahkan anggapan oleh defendan-defendan setelah mendapati plaintif gagal mendedahkan bayi ‘found exposed’ untuk membolehkan anggapan tersebut berkuatkuasa. Adakah anak tersebut anak tersebut merupakan abandoned child or a new-born found exposed. [38] Persoalan bagi isu ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes CCH & Anor v Pendaftar Besar Bagi Kelahiran dan Kematian, Malaysia [2022] 1 CLJ 1; [2022] 1 MLJ 71. Dalam kes CCH, bayi telah dibuang semasa kelahiran dan kemudian diambil sebagai anak angkat oleh pasangan warganegara Malaysia. Pemohon dalam kes CCH menegaskan kanak-kanak telah dibuang sejak dari lahir dan tiada bukti bahawa kanak-kanak itu mempunyai kerakyatan negara lain dan ini melayakkannya utuk mendapat kerakyatan melalui seksyen 1(e). Dalam menjawab isu tersebut, Mahkamah Persekutuan dalam CCH telah merujuk kepada konsep jus soli (kewarganegaraan berdasarkan tempat lahir) dan jus sanguinis (kewarganegaraan berdasarkan hubungan darah). [39] Persoalan utama yang diputuskan dalam kes CCH adalah – [49] We believe that the answer to the question has been discussed an innumerable amount of times with the most S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA recent being CTEB. The starting point is the understanding that fundamental rights and provisions must be construed as broadly as possible. Next, provisions which limit those rights must be construed as narrowly as possible. Finally, judicial precedent must play a lesser part when construing constitutional provisions. One cannot afford to be pedantic or cling helplessly to tabulated legalism. [40] Selanjutnya dalam memberi tafsiran terhadap seksyen 1(a) Bahagian II dan seksyen 19B Bahagian III Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan menyatakan – [52] Section 1(a) of Part II very clearly adopts the concepts of jus soli (citizenship based on birth place) and jus sanguinis (citizenship based on blood relation). Section 19B in turn contains two presumptions — one of which relate to jus sanguinis. [41] Pemahaman yang boleh diambil daripada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam CCH adalah temasuk menangani gejala pembuangan bayi, sebagaimana dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam perenggan [53] penghakiman – [53] The operative words in s 19B are ‘any new born child found exposed in any place’. The purpose of this section, when read in context, must be to cover new born children who are left and discovered in a place without any trace of their biological parents. We take judicial notice of the harsh realities of life: this includes new born children left S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA abandoned near dumpsites, baby hatches, public or school toilets, places of worship and so on. A literal meaning of ‘exposed’ suggests a new born child who was ‘discovered’ exposed at any of these locations. [54] As such, the broadest possible interpretation of the word ‘found exposed’ is to accord it a meaning to include a child abandoned at the place of birth by the birth mother whose identity is unknown. The operative word ‘exposed’ in s 19B must therefore encompass the plight of abandoned new born children, otherwise the overarching intent of preventing statelessness would be defeated or rendered illusory. (penekanan diberikan) [42] Kini, Mahkamah ini perlu menjawab persoalan sama ada seksyen 19B berkuatkuasa dan anak tersebut merupakan ‘any new born child found exposed in any place’ dan termasuk anak yang terbuang dalam menilai permohonan plaintif-plaintif. [43] Peruntukan dalam Bahagian III Seksyen 19B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan – 19B. For the purposes of Part I and II of this Schedule any new born child found exposed in any place shall be presumed, until the contrary is shown, to have been born there of a mother permanently resident there; and if he is treated by virtue of this section as so born, the date of the finding shall be taken to be the date of the birth. S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA [44] Timbulan persoalan adakah dalam kes bayi yang dibuang, peruntukan mengenai kewarganegaraan ibu kandung dalam konteks anak luar nikah telah diatasi dengan peruntukan seksyen 19B. [45] Kes CCH & Anor v Pendaftar Besar Bagi Kelahiran dan Kematian, Malaysia (supra) pada hemat saya menjawab isu ini secara positif khususnya dengan melihat kepada fakta kes bayi yang dibuang di Hospital Kebangsaan Malaysia. Bahagian yang berkaitan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan menyatakan – [71] In the circumstances, rather than denying the child citizenship because they were unable to gather any evidence of the child’s birth/biological parents, the respondent ought to have given effect to s 1(a) of Part II read together with s 19B of Part III. They had no right or discretion to do anything else certainly much less render the child stateless. [72] In this regard and with respect, we are minded to observe that citizenship by operation of law is a right — a fundamental and constitutional right. It leaves absolutely no room for the exercise of subjective notions or presuppositions on what citizenship is. The words citizenship ‘by operation of law’ could not be any clearer, and there is no room whatsoever for discretion. The FC reigns supreme at all times and the respondent and all related bodies are bound to comply with its dictates. S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA [46] Namun demikian, Mahkamah Persekutuan dalam perenggan [53] dan [54] penghakiman CCH telah menjelaskan secara tidak langsung hal keadaan yang menjadikan seksyen 19B boleh beroperasi. Keadaan tersebut adalah identiti ibu kandung anak yang dibuang tersebut tidak diketahui dan anak tersebut dijumpai di tempat anak itu ditinggalkan tanpa jejak yang membolehkan ibu kandung dikesan. [47] Hal ini bermaksud jika keadaan tersebut dipenuhi, maka dua anggapan dalam seksyen 19B terpakai, sebagaimana penghakiman Mahkamah Persekutuan, iaitu – [59] This leads us now to the final portions of s 19B. Once it is shown or averred that a new born child is ‘found exposed’ (or abandoned), two things are presumed, that is: (a)that the child is born to a mother who is permanently resident at the place where the finding was made (the jus sanguinis presumption); and (b)the date of the finding is taken as the date of the birth. [48] Mahkamah ini telah membandingkan fakta dalam kes CCH dan kes semasa di sini dan mendapati wujud perbezaan fakta yang sangat ketara berkaitan keadaan kanak-kanak pada masa kelahiran. Dalam kes CCH, ibu kandung sepenuhnya tidak diketahui identitinya dan tarikh bayi tersebut dilahirkan juga tidak dapat dikenalpasti. [49] Sebaliknya dalam kes semasa di sini, plaintif-plaintif melalui Afidavit Sokongan mengikrarkan fakta bahawa ibu bapa anak tersebut yang merupakan pelajar kolej enggan identiti mereka diketahui, mereka enggan memelihara anak tersebut dan enggan mengaitkan anak tersebut S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA dengan mereka. Menurut plaintif-plaintif lagi, maklumat ini diperolehi daripada pihak Klinik Indra. Justeru, dalam kes ini maklumat ibu kandung bukanlah without any trace of their biological parents sebagaimana dalam kes CCH. [50] Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati unsur pemalsuan maklumat terserlah melalui hasil siasatan oleh JPN yang menyebabkan plaintif pertama didakwa dan disabitkan dengan kesalahan. Bahkan, plaintif-plaintif melalui Afidavit Jawapan hanya menjelaskan mengenai pembayaran yang dibuat oleh plaintif-plaintif bertujuan untuk membiayai caj kelahiran anak tersebut. Namun demikian, penegasan defendan-defendan senyap dan tidak memberi penjelasan mengenai pemberian buku rawatan mengandung atas nama plaintif kedua dan buku imunisasi anak tersebut. [51] Mahkamah ini tidak dapat mengelakkan minda daripada membuat dapatan bahawa penyerahan anak tersebut kepada plaintif-plaintif adalah terancang dan tidak seperti penemuan bayi dalam kes CCH yang tidak dapat ditentukan tarikh kelahiran dan identiti ibu kandung. [52] Mahkamah ini turut mendapati wujud asas yang kukuh dalam penghujahan Peguam Persekutuan bahawa permohonan plaintif-plaintif adalah bersifat fikiran terkemudian. Anak tersebut bukanlah ‘found exposed’ (or abandoned) sebaliknya dirancang untuk diserahkan kepada ibu bapa angkat oleh ibu kandung yang merupakan pelajar kolej dengan balasan kos kelahiran ditanggung oleh plaintif-plaintif. Bahkan buku kehamilan didaftarkan atas nama plaintif kedua sedangkan plaintif kedua sendiri mengaku sukar untuk hamil selain hakikat sebenar adalah anak tersebut bukan anak kandung plaintif kedua. S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA [53] Pada hemat saya, Mahkamah ini perlu berhati-hati dalam memutuskan kes yang sedemikian faktanya agar tidak digunakan sebagai instrument membenarkan perbuatan yang dicemari dengan elemen pemalsuan fakta dalam transaksi penyerahan secara terancang anak luar nikah daripada ibu kandung kepada ibu bapa angkat dalam permohonan mendapatkan relif berhubung kewarganegaraan melalui kuatkuasa undang-undang. [54] Mengambilkira panduan dalam kes CCH dan setelah memberi pertimbangan kepada naratif penghujahan peguam cara plaintif-plaintif dan defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa anggapan dalam seksyen 19B Bahagian III Perlembagaan Persekutuan adalah tidak terpakai dalam konteks keadaan kes semasa di sini. Isu 3: Sama ada anak tersebut adalah seorang warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang menurut Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II Seksyen 1(a) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan berdasarkan status kewarganegaraan ibu bapa angkat. [55] Berhubung isu di atas, Mahkamah ini merujuk hujahan peguam cara defendan-defendan melalui keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia v Pang Wee See & Anor (applying on their behalf and as litigation representatives for Pang Cheng Chuen, a child) [2017] 3 MLJ 308 yang memutuskan – i. Perintah pengangkatan yang dikeluarkan di bawah Akta Pengangkatan 1952 tidak memberikan warganegara Malaysia kepada anak yang diangkat meskipun salah seorang daripada ibubapa kandungnya merupakan warganegara Malaysia atau S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA seorang yang bermastautin secara tetap di Malaysia melalui kuat kuasa undang undang. Untuk menjadi warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) dibaca bersama Seksyen 1(a) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu mesti dilahirkan di Malaysia dan salah seorang daripada ibubapa kandungnya, pada masa seseorang itu dilahirkan, adalah sama ada warganegara Malaysia atau seseorang yang bermastautin tetap di Malaysia. (rujuk perenggan 40). ii. Untuk menjadi warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang di bawah Perkara 14(1)(b) dibaca bersama Seksyen 1(a) Bahagian II, Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu mesti dilahirkan di Malaysia dan salah seorang daripada ibubapa kandungnya, pada masa seseorang itu dilahirkan, adalah sama ada warganegara Malaysia atau seseorang yang bermastautin tetap di Malaysia. Peruntukan tersebut tidak mengandungi apa-apa rujukan kepada ibubapa angkat, walaupun ibubapa angkat Malaysia (rujuk perenggan 31). iii. Salah satu daripada inti pati penting dalam Perkara 14(1)(b) dibaca bersama Seksyen 1(a) Bahagian II Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan adalah bahawa seseorang yang memohon menjadi warganegara melalui peruntukan perlembagaan spesifik ini telah menunjukkan bukti bahawa apabila dia dilahirkan dalam negara ini, salah seorang daripada ibubapanya adalah sama ada warganegara Malaysia atau bermastautin dengan tetap di negara ini. Frasa yang digunakan dalam peruntukan tersebut adalah ‘is at the time of the birth’. Frasa tersebut secara kategori membuat rujukan kepada S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA ibubapa kandung seseorang dan dia hendaklah sama ada warganegara Malaysia atau seseorang yang bermastautin dengan tetap di Malaysia. Peruntukan tersebut tidak mengandungi apa-apa rujukan kepada ibubapa angkat, walaupun ibubapa angkat Malaysia [56] Justeru, Mahkamah ini mengikuti keputusan dalam kes Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian, Malaysia v Pang Wee See & Anor (applying on their behalf and as litigation representatives for Pang Cheng Chuen, a child) dan memutuskan plaintif-plaintif gagal memenuhi keperluan Perkara 14(1)(b) dan Bahagian II Seksyen 1(a) Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan yang merujuk kepada biological parents. Kedudukan plaintif-plaintif sebagai ibu bapa angkat tidak melayakkan anak tersebut memperoleh kewarganegaraan mengikut ibu bapa angkat. KESIMPULAN [57] Justeru, berdasarkan alasan-alasan yang dicerakinkan di atas, Mahkamah ini menolak Saman Pemula bertarikh 4 Julai 2025 tanpa perintah terhadap kos. Bertarikh 12 Januari 2026. Ditandatangani ………………………………………….. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA 1. Bagi Pihak Plaintif-Plaintif : Agalya J. Munusamy & Kirthika A/P Padmanapan Tetuan MahWengKwai & Associates (Petaling Jaya, Selangor) 2. Bagi Pihak Defendan-Defendan : Loh Xian Yee Jabatan Peguam Negara (Wilayah Persekutuan Putrajaya) S/N fiEsTxz7j0SkUatgSzfPUA