Content
Halaman 1 dari 55 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO: WA-23CY-64-11/2021
WA-23CY-64-11/2021
High Court of Malaysia31 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“da suatu penyataan ditaksirkan fitnah, ianya mestilah dibaca mengikut keseluruhan hantaran tersebut. (Rujuk, Mahkamah Rayuan dalam kes Keluarga Communication Sdn Bhd lwn. Normala Samsudin & satu lagi [2006] MLJU 40) [65] Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa sememangnya penyataan Hantaran”
“asi hendaklah melalui keadaan perniagaannya yakni untung atau rugi. Ini telah diputuskan oleh Lord Hope dalam Kes Mahkamah House of Lords dalam kes Jameel and others v Wall Street Journal Europe SPRL [2006] UKHL 44 dan juga oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mak Khuin Weng lwn. Melawangi Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 831. . [20] Se”
“ian, atau kecederaan akibat hantaran-hantaran Defendan. [97] Defendan telah menyandarkan hujahan ini pada keputusan S.M. Komathy Suppiah HMT (pada ketika itu) dalam kes Teh Yet Poh lwn. Teh Ming Choo [2020] MLJU 1451 yang telah menjelaskan prinsip undang-undang mengenai ganti rugi teladan. [98] Mahkamah ini mengambil m”
“he plaintiff must be mentioned by name. So long as he could be identified as the person targeted that will be sufficient. The decision of the House of Lords in Knupffer v London Express Newspaper Ltd [1944] AC 116 is relevant, where it was held as follows: … it is an essential element of the cause of action for defamat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Halaman 1 dari 55 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO: WA-23CY-64-11/2021
2
ARISPROP HOLDINGS SDN BHD ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN RAFIDAH BINTI IBRAHIM ...DEFENDAN DAN ANTARA RAFIDAH BINTI IBRAHIM ...PLAINTIF
2
ARISPROP HOLDINGS SDN BHD ... DEFENDAN-DEFENDAN (DALAM TUNTUTAN BALAS) ALASAN PENGHAKIMAN (Selepas bicara penuh) Pendahuluan [1] Ini adalah penghakiman Mahkamah selepas bicara yang dijalankan berdasarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dalam suatu tindakan saman malu. Sebelum bermulanya kisah antara dua entiti ini, Mahkamah akan memperkenalkan watak-watak dalam tuntutan ini terlebih dahulu. Halaman 2 dari 55 [2] Plaintif 1 (“P1”) ialah pemilik syarikat produk sejuk beku tempatan dan juga pengarah kepada Plaintif 2. Menurut Plaintif 1, jenama ‘Aris Burger’ merupakan jenama burger sejuk beku kedua tersohor. Plaintif 2 (“P2”) merupakan syarikat sendirian berhad yang mengendalikan dan memasarkan produk-produk seperti ‘Aris Burger’. Kedua-dua pihak akan dirujuk secara kolektif sebagai Plaintif-Plaintif. [3] Defendan pula seorang pelakon dan pempengaruh media sosial di Facebook dan Instagram yang mempunyai ratusan ribu pengikut. [4] Pada tahun 2021, Plaintif-Plaintif dan Defendan telah memasuki satu perjanjian untuk bekerjasama mempromosikan dan menghebahkan jenama ‘Aris Burger’ melalui pengaruh Defendan di media sosial. Pada sekitar bulan Jun 2021, Defendan telah dilantik sebagai “Ketua Pemasaran” selama tempoh 2 tahun bermula 1 Jun 2021 hingga 31 Mei 2023. Antara peranan Defendan adalah untuk menganjurkan acara, menyediakan pelan pemasaran dan lain-lain cadangan mempromosikan jenama ‘Aris Burger’ di media sosial. [5] Namun begitu, hubungan antara Plaintif-Plaintif dan Defendan mula retak yang membawa kepada penamatan perjanjian antara Plaintif-Plaintif dan Defendan, dan sekaligus menamatkan pekerjaan Defendan dengan Plaintif-Plaintif pada 26 Ogos 2021. [6] Tidak lama kemudian, pada 18 Oktober 2021, Defendan telah menerbitkan hantaran-hantaran di media sosial yang mengumumkan tamatnya kerjasama antara Plaintif-Plaintif dan Defendan (“Hantaran 2”). Halaman 3 dari 55 [7] Dalam hantaran lebih awal daripada itu, pada 21 September 2021, Defendan telah menerbitkan satu hantaran (“Hantaran 1”). Menurut Defendan, Hantaran 1 ini adalah untuk berkongsi pengalaman menjadi mangsa amang seksual oleh seorang bekas rakan sekerja lelaki. Hujahan Plaintif-Plaintif [8] Bagi setiap satu hantaran, Plaintif-Plaintif berhujah seperti berikut. Bagi Hantaran 1, perkataan-perkataan dan penyataan yang dikeluarkan dalam hantaran tersebut—
i
tidak boleh disangkal sebagai fitnah kerana ia memberi gambaran P1 seorang pemangsa seksual. Defendan juga tidak boleh menyangkal gambaran sedemikian sememangnya menjejaskan reputasi P1.
II
(ii) oleh kerana tempoh masa antara Hantaran 1 dan Hantaran 2 terlalu dekat, Defendan telah memberi gambaran dan kesimpulan kepada pihak awam yang membaca hantaran-hantaran beliau bahawa ‘bekas rakan sekerja’ yang dimaksudkan dalam Hantaran 1 ialah P1 dengan mengaitkan pengumuman penamatan pekerjaan Defendan dalam Hantaran 2. [9] Bagi Hantaran 2, Plaintif-Plaintif berhujah bahawa— Halaman 4 dari 55
i
Defendan telah memberi gambaran bahawa Plaintif-Plaintif tidak jujur dan mengambil kesempatan ke atas Defendan.
II
(ii) Plaintif-Plaintif telah menunjukkan tangkapan layar ruangan ulasan Hantaran 2 yang mana peminat-peminat Defendan bukan sahaja memberi sokongan kepada Defendan, malah mencemuh Plaintif-Plaintif. Terdapat juga kata-kata seperti menyokong Defendan menamatkan hasrat untuk berniaga kerjasama dengan Plaintif-Plaintif dan Defendan lebih baik bekerja di tempat lain.
III
(iii) Berikutan penerbitan Hantaran 2 oleh Defendan di media sosial, pelbagai saluran media telah menerbit semula keseluruhan dan/atau sebahagian Hantaran 2 dan telah menyebabkan muncul artikel-artikel tersebut di carian nama ‘Aris Burger’ di Google. Hujahan Defendan [10] Sementara itu, hujahan Defendan terbahagi kepada dua iaitu untuk Hantaran 1 dan Hantaran 2. Bagi Hantaran 1, Defendan berhujah bahawa hantaran tersebut adalah lanjutan dan/atau perkongsian Defendan berkaitan dengan satu taklimat yang dianjurkan oleh Kelab Remaja Hikmah Sibu berhubung dengan gangguan seksual bertajuk ‘Borak Live KRH – Episod 1: Bahaya Gangguan Seksual’:—
i
Defendan tidak pernah mempunyai niat untuk menyatakan Halaman 5 dari 55 sesiapa di dalam hantaran tersebut.
II
(ii) Ia tidak berkaitan dengan Plaintif-Plaintif, tidak menyebut atau menyatakan bahawa tempat kerja yang dinyatakan adalah berkenaan dan/atau membabitkan Plaintif-Plaintif.
III
(iii) Defendan adalah seorang pelakon, penyanyi, dan pengacara. Dengan itu, Defendan berpengalaman bekerja di lain-lain tempat juga dan bukan hanya dengan Plaintif 2 sahaja. [11] Bagi Hantaran 2, menurut Defendan, beliau hanya dibayar gaji pokok sebanyak RM2,000 sahaja sebulan dan tidak pernah dibayar komisen walaupun terlibat dan/atau melakukan kerja jualan dan pemasaran, meskipun dalam perjanjian tersebut ada menyebut gaji lingkungan RM2,000–RM3,000 bersama komisen jualan dan komisen projek:—
i
Perjanjian pelantikan Defendan sebagai Ketua Pemasaran telah ditamatkan oleh Plaintif-Plaintif melalui surat bertarikh 26 Ogos
2021
Hantaran 2 telah diterbitkan oleh Defendan setelah Defendan cuba menuntut bayaran tetapi tidak dilayan Plaintif-Plaintif.
II
(ii) Defendan tidak pernah dipanggil untuk tindakan tatatertib oleh Plaintif-Plaintif, maka adalah tidak wajar untuk mengatakan bahawa Plaintif-Plaintif mempunyai apa-apa masalah berhubung dengan perkhidmatan Defendan. Halaman 6 dari 55
III
(iii) Tujuan penerbitan Hantaran 2 adalah untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Defendan tidak lagi bersama dan tiada lagi kaitan dengan Plaintif-Plaintif. [12] Oleh itu, menurut Defendan, Hantaran 2 adalah wajar dan terlindung sebagai ulasan adil (fair comment) kerana ianya hanyalah pendapat Defendan yang tidak bersetuju bahawa kononnya sebarang hak milik cipta hasil kerja Defendan dipegang oleh Plaintif-Plaintif. Dapatan Mahkamah [13] Setelah meneliti hujahan-hujahan kedua-dua pihak berserta keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini berpendapat dan memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif haruslah diberi ganti rugi kerana telah berjaya menunjukkan bahawa terdapat penyataan-penyataan fitnah yang dikeluarkan oleh Defendan yang menjejaskan reputasinya. [14] Sebelum Mahkamah ini menerangkan alasan-alasan untuk memutuskan sedemikian, wajar bagi Mahkamah ini untuk menerangkan berkenaan undang-undang fitnah dan kaifiat untuk membuktikan telah berlakunya suatu fitnah. [15] Di Malaysia, undang-undang fitnah telah dibentangkan di dalam Akta Fitnah. Namun begitu, sebelum Akta ini wujud dan selain Akta ini, mahkamah-mahkamah telah dan juga bergantung kepada undang-undang lazim (Common Law) dalam meneliti dan memahami prinsip undang- Halaman 7 dari 55 undang fitnah. Untuk suatu penyataan difahami sebagai fitnah, ia perlu menepati syarat-syarat yang berikut:
i
Penyataan tersebut mempunyai implikasi/ taksiran fitnah (defamatory imputation);
II
(ii) Penyataan tersebut mengenal pasti identiti plaintif atau mencerminkan reputasi plaintif; dan
III
(iii) Penyataan tersebut diterbitkan kepada seorang pihak atau lebih dari seorang pihak ketiga oleh defendan. [16] Untuk memenuhi syarat pertama, mahkamah telah merangka lelaran untuk menguji adakah suatu penyataan memenuhi definisi taksiran fitnah iaitu:
i
Adakah perkataan yang digunakan akan mendedahkan plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan?
II
(ii) Adakah perkataan yang digunakan cenderung untuk merendahkan maruah plaintif di mata orang awam yang berfikiran waras?
III
(iii) Adakah perkataan yang digunakan akan menyebabkan plaintif dijauhi atau terasing? (Rujuk keputusan Harmindar Singh Dhaliwal HMP dalam kes Halaman 8 dari 55 Mahamah Persekutuan, Dato’ Sri Dr. Mohamad Salleh bin Ismail & lain lwn. Nurul Izzah bt Anwar & lain [2021] 2 MLJ 577) [17] Lazimnya, Mahkamah ini harus mengguna pakai pendekatan dua-peringkat untuk menentukan sama ada perkataan yang digunakan mempunyai maksud fitnah:
i
Peringkat pertama ialah persoalan undang-undang sama ada perkataan yang diadukan mempunyai makna fitnah yang mana akan diputuskan berdasarkan pemakaiannya dalam penyataan yang diterbitkan.
II
(ii) Peringkat kedua ialah menentukan sama ada perkataan yang diadukan, dari segi fakta, berbentuk fitnah. (Rujuk keputusan Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) dalam kes Mahkamah Rayuan, Chok Foo Choo lwn. The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371) [18] Gopal Sri Ram HMR dalam kes Chok Foo Choo telah memutuskan, jika perkataan yang digunakan boleh ditaksirkan plaintif sebagai orang yang tidak bermaruah, jelik, atau tidak berintegriti dalam makna biasa dan semula jadi (natural and ordinary meaning), peringkat pertama telah dipenuhi. I. Pembuktian Kehilangan Reputasi Sesebuah Syarikat [19] Lazimnya, undang-undang yang diutarakan di atas hanya terpakai Halaman 9 dari 55 kepada manusia dan bukan kepada entiti buatan (artificial person) seperti Plaintif 2. Bagi entiti buatan, kaedah untuk membuktikan bahawa terdapat kehilangan reputasi hendaklah melalui keadaan perniagaannya yakni untung atau rugi. Ini telah diputuskan oleh Lord Hope dalam Kes Mahkamah House of Lords dalam kes Jameel and others v Wall Street Journal Europe SPRL [2006] UKHL 44 dan juga oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Mak Khuin Weng lwn. Melawangi Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 831. . [20] Semasa hujahan lisan, Mahkamah ini telah menyoal peguam Plaintif berkenaan kerugian yang dialami oleh P2 dan telah menjelaskan kedudukan undang-undang fitnah terhadap syarikat. Lanjutan itu, peguam Plaintif telah membekalkan keputusan, melalui surat yang difailkan, yang merujuk kepada keputusan Abdul Rahman Sebli HMP (kini Hakim Besar Sabah & Sarawak) di Mahkamah Persekutuan dalam kes Mkini Dotcom Sdn Bhd & Ors v Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd [2021] 7 CLJ 145 yang membincangkan keputusan Jameel di perenggan 95 dan memutuskan bahawa tiada keperluan untuk sebuah syarikat membuktikan kerugian dalam kes fitnah: “[94] It was submitted that a plaintiff company is not required to show actual damage to obtain damages. It is the reputation of the corporation which is the asset of value which if it had been tarnished by the libel, needs to be compensated for. Reference was made to Jameel, where the House of Lords inter alia decided as follows: [119] Defamation constitutes an injury to reputation. Reputation is valued by individuals for it affects their self-esteem and their standing in the community. Where reputation is traduced by a libel "the law Halaman 10 dari 55 presumes that some damage will flow in the ordinary course of things from the mere invasion of the plaintiff's rights" (Bowen LJ in Ratcliffe v. Evans [1892] 2 QB 524 at 528). It is accepted that the rule applies and should continue to apply to individuals. But it is argued that it should no longer be applied to corporations. Corporations, it is said, have no feelings to be hurt and cannot feel shame. If they are to sue for libel, they should be required to show that the libel has caused them actual damage. [120] These arguments, in my opinion, miss the point. The reputation of a corporate body is capable of being, and will usually be, not simply something in which its directors and shareholders may take pride, but as asset of positive value to it. [121] It seems to me plain beyond argument that reputation is of importance to corporations. Proof of actual damage caused by the publication of defamatory material would, in most cases, need to await the next month's financial figures, but the figures would likely to be inconclusive. Causation problem would usually be insuperable. Who is to say why receipts are down or why advertising has become more difficult or less effective? Everyone knows that fluctuations happen. Who is to say, if the figures are not down, whether they would have been higher if the libel had not been published? How can a company about which some libel, damaging to its reputation, has been published ever obtain an interlocutory injunction if proof of actual damage is to become the gist of the action? [122] There is no doubt that, as the case law now stands, a libel is actionable per se at the suit of a corporation as it is at the suit of an individual, without the need to prove that any actual damage has been caused. In the South Hetton Coal Co Ltd case [1894] 1 QB 133 the Halaman 11 dari 55 plaintiff, a colliery company, complained of a libel that had attacked the company in respect of its management of company houses in which some of its colliery workers lived. The Court of Appeal held that the libel was actionable per se and, at p 140, that "... the plaintiffs would be entitled to damages at large, without giving any evidence of particular damage." (emphasis added) [95] It is therefore established law that a company can recover general damages for loss of goodwill and vindication of reputation without having to prove actual loss. In any case, no argument was raised before the Court of Appeal by the appellants as to the financial standing of the respondent and that it was in the process of a voluntary winding-up as a basis for the respondent not having a good reputation and/or being disentitled to general damages. It therefore follows that the appellants must be precluded from taking such argument before this court in so far as leave questions 8 and 9 are concerned. Ultimately, it is the status of the respondent at the time of the filing of the writ that is material.”. [penekanan ditambah] [21] Semasa hujahan balas lisan yang ditetapkan selepas Mahkamah ini menerima surat daripada peguam Plaintif-Plaintif, Defendan telah berhujah bahawa melalui ayat kedua dalam perenggan 95 dalam Mkini Dotcom, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa perayu tidak boleh berhujah sedemikian kerana tiada hujahan tersebut di Mahkamah Rayuan pada ketika itu. Defendan menghujahkan bahawa terdapat perbezaan antara kes Mkini Dotcom dan kes kita ini kerana Defendan dalam pliding dan hujahan telah menghujahkan bahawa Plaintif-Plaintif harus membuktikan kerugian yang dialaminya. Plaintif-Plaintif pula telah membalas hujahan Halaman 12 dari 55 tersebut dengan menunjukkan bahawa dalam ayat terakhir perenggan 95 keputusan Mkini Dotcom Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa status syarikat pada ketika pemfailan writ merupakan pertimbangan material. Dengan itu, perenggan 95 telah memutuskan secara jelas dan nyata bahawa syarikat tidak perlu membuktikan kerugian yang dialaminya untuk membuktikan kehilangan reputasi. [22] Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa ratio kes Mkini Dotcom adalah di ayat pertama dan ayat terakhir perenggan 95 ini. Penyataan dalam ayat kedua perenggan 95 itu hanyalah satu kenyataan alternatif yang hanyalah obiter dictum. Oleh itu, dengan adanya keputusan Mkini Dotcom, Mahkamah ini terikat dengan prinsip bahawa suatu entiti buatan boleh membuat tuntutan ganti rugi atas kehilangan reputasinya tanpa membuktikan kerugian atau kekurangan pendapatan II. Sama ada Hantaran 2 merupakan Fitnah [23] Bagi memudahkan rujukan, berikut petikan Hantaran 2: Assalamualaikum & selamat pagi semua. Hari ni saya ingin buat pengumuman bahawasanya saya sudah tidak bersama lagi dengan company lama iaitu Arisprop / Aris Burger. Terima kasih buat semua yang sudi memberikan sokongan pada saya selama ini sepanjang saya bersama dgn syarikat itu. Sedemikian dengan itu, saya memohon pihak syarikat Arisprop Holdings Sdn Bhd / Aris Burger untuk tidak lagi menggunakan segala hasil kerja mahupon wajah saya walau di mana medium sekalipon. Saya terpaksa membuat secara terbuka kerana Halaman 13 dari 55 sebelum ini saya sudah memberitahu pada pihak berkenaan tapi masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar. Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi SAYA TEGASKAN untuk menurunkan segala yg berkaitan dengan saya termasuk video TVC yg dihasilkan oleh saya. Sekiranya, tak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu. *kerja adalah sebahagian daripada ibadah. Carilah tempat kerja yg kita selesa, maruah terpelihara dan paling penting yang mengundang barokah. [24] Berkenaan unsur-unsur (elements) penerbitan dan pengenalpastian identiti P2, kedua-dua Plaintif dan Defendan tidak mempertikaikan isu tersebut dan bersetuju bahawa kedua-dua unsur dipenuhi. [25] Oleh itu, hanya dua isu yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah ini iaitu sama ada Hantaran 2 merujuk kepada P1 dan sama ada penyataan dalam Hantaran 2 mempunyai taksiran fitnah. Sama ada penyataan dalam Hantaran 1 merujuk kepada P1 [26] Dalam hujahannya, Defendan mengakui bahawa Hantaran 2 merujuk kepada Plaintif-Plaintif (secara jamak) dan bukannya kepada Plaintif secara berseorangan di perenggan 35. [27] Ini juga diakui oleh Defendan sendiri semasa pemeriksaan balas: Halaman 14 dari 55 Artikel kedua ini hanya berkenaan dengan kamu dan Plaintif-plaintif, betul? Ya, betul. Tidak berkenaan dengan orang-orang lain, betul? [rujuk Nota Keterangan, halaman 140, barisan 13 – 17] [28] Jika Penyataan Pembelaan diteliti, perkara ini juga diplidkan oleh Defendan sendiri, khususnya di perenggan 18 dan 19. Pada setiap pembelaan berkenaan Hantaran 2, Defendan sentiasa merujuk kepada Plaintif-Plaintif secara jamak, dan bukannya khususnya P1 atau P2. [29] Ini boleh dilihat lagi semasa Defendan disoal balas berkenaan ulasannya yang merujuk kepada seseorang yang mahu kerja percuma dalam Hantaran 2: Maknanya tempat ini iaitu Arisprop, Cik Rafidah tidak ada rezeki, setuju ke tidak? Tidak betul. Dan kamu telah membalas kepada komen itu “terima kasih, memang wujud”. Itu bermakna “orang yang nak kerja free je ni” memang wujud, benar? Betul. Maknanya Arisprop dan juga Plaintif pertama yang nak kerja free ini memang wujud, benar? Benar. Dan you kata “Cuma kita je kena lebih hati2 dengan manusia2 sebegini.”., betul? Halaman 15 dari 55 Betul. [penekanan ditambah] [rujuk Nota Keterangan, halaman 143-144, barisan 13 – 01] [30] Dengan ini, jelas dan nyata kepada Mahkamah ini bahawa Defendan sememangnya inginkan Hantaran 2 untuk merujuk kepada P1 juga meskipun dalam petikannya hanya merujuk kepada P2 dan apabila dibaca bersama hujahan Defendan, Mahkamah ini tiada keraguan bahawa Hantaran 2 merujuk kepada kedua-dua P1 dan P2 bersama-sama. Sama ada penyataan dalam Hantaran 2 mempunyai taksiran fitnah [31] Hujahan Plaintif-Plaintifmengatakan bahwa keseluruhan Hantaran 2 boleh ditaksirkan sebagai fitnah di mana penyataan Defendan memenuhi peringkat pertama ujian Chok Foo Choo iaitu dalam makna biasa dan semula jadinya, boleh ditaksirkan sebagai makna yang jelik:-
i
Bahawa P2 pembuli yang tidak membayar seseorang untuk kerja yang dilakukannya;
II
(ii) Bahawa P2 yang tidak malu dan suka mengambil kesempatan ke atas orang lain;
III
(iii) Bahawa P2 tidak jujur, tidak boleh dipercayai, dan tidak mengotakan janji-janji; Halaman 16 dari 55
IV
(iv) Bahawa P2 perniagaan yang tidak boleh diharap; dan
v
Bahawa P2 mengamalkan perniagaan tidak beretika dan tidak bermoral. [32] Plaintif-Plaintif juga telah merujuk kepada ruangan ulasan-ulasan menunjukkan pembaca-pembaca Hantaran 2 mempunyai tanggapan negatif, cemuhan dan penghinaan terhadap Plaintif-Plaintif. Antara ulasan-ulasan yang dipetik oleh Plaintif-Plaintif adalah:
i
seorang pengguna bernama ‘akujejakamacho’ meninggalkan ulasan “Knp tu awak…Ituari sy tgok elok je.. Bru nk usha2 burger (burger emoji) ni sbb kt area Kulai ni mcm x nmpk..”;
II
(ii) seorang pengguna bernama ‘sir.riuze’ meninggalkan ulasan bahawa “Laa wujud lg eh orang nk kerja free je ni. Semoga cik fida murah rezeki ditempat lain” di mana Defendan telah membalas “Memang wujud, Cuma kita je kena lebih hati2 dengan manusia2 sebegini…”; [33] Lanjutan itu, Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Hantaran 2 telah menarik perhatian warga siber, kemudiannya diterbitkan semula secara keseluruhan dan/atau sebahagiannya oleh pelbagai saluran media termasuk:
i
Media Hiburan pada 18 Oktober 2021;
II
(ii) Malaysia Gazette pada 18 Oktober 2021; Halaman 17 dari 55
III
(iii) MYKUM.NET pada 18 Oktober 2021;
IV
(iv) Utusan TV pada 19 Oktober 2021;
v
Slamber Media pada 19 Oktober 2021;
VI
(vi) Citer Maya (Laman Maya) pada 19 Oktober 2021; dan
VII
(vii) Harian Metro pada 19 Oktober 2021. [34] Defendan pula menghujahkan bahawa Hantaran 2 hanya bertujuan untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Defendan sudah tidak lagi bersama dengan P2 dan meminta P2 untuk berhenti dari terus menggunakan hasil kerja Defendan, tanpa sebarang niat jahat untuk mencemarkan imej dan reputasi P2. [35] Defendan selanjutnya berhujah penyataan Defendan membawa maksud semula jadi dan biasa sebagai suatu permohonan untuk berhenti menggunakan hasil kerja atau wajah Defendan dalam sebarang media P2, dan tidak membawa niat Defendan untuk mencemarkan imej dan reputasi Plaintif-Plaintif. [36] Mahkamah ini mendapati bahawa Hantaran 2 boleh dibahagikan kepada dua bahagian: bahagian pertama adalah perenggan pertama dan sehingga ayat “...mana medium sekalipon”, dan bahagian kedua adalah, “Saya terpaksa membuat secara terbuka kerana sebelum ini saya sudah Halaman 18 dari 55 memberitahu pada pihak berkenaan tapi masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar. Untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi SAYA TEGASKAN untuk menurunkan segala yg berkaitan dengan saya termasuk video TVC yg dihasilkan oleh saya. Sekiranya, tak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu. *kerja adalah sebahagian daripada ibadah. Carilah tempat kerja yg kita selesa, maruah terpelihara dan paling penting yang mengundang barokah.”. [37] Dalam bahagian pertama, Mahkamah ini bersetuju bahawa pernyataan Defendan hanya merupakan satu pengumuman bahawa Defendan tidak lagi bekerja ataupun mempunyai kaitan dengan P2 dan memohon untuk menurunkan sebarang media yang menggunakan wajahnya. Ianya kenyataan umum yang tidak ada apa-apa isu bawah undang-undang fitnah. [38] Namun begitu, bahagian kedua ialah pernyataan yang boleh dipersoalkan sebagai mempunyai taksiran fitnah. Defendan cuba menjustifikasikan penerbitan bahagian kedua ini dengan alasan bahawa Defendan sememangnya tidak dibayar gaji pada bulan terakhir sebelum dipecat. Antara keterangan yang dikemukakan oleh Defendan merupakan swafoto dan gambar mesyuarat dalam aplikasi Zoom yang dikatakan Defendan telah hadir. Pembelaan Defendan ini akan diulas dalam bahagian seterusnya. [39] Tuntasnya, Mahkamah mendapati ayat tersebut membawa maksud bahawa Plaintif-Plaintif telah mengambil kesempatan ke atas Defendan Halaman 19 dari 55 dengan enggan membayar hasil kerja beliau. Bak menuangkan minyak di atas api, ayat Defendan “Sekiranya, tak mampu nak bayar saya, sekurang-kurangnya pihak syarikat biarlah ada sedikit rasa malu” dan “Carilah tempat kerja yg kita selesa, maruah terpelihara...” menguatkan lagi gambaran tersebut keseluruhannya dan menambahkan lagi gambaran kepada pembaca seolah-olah P2 perniagaan yang tak beretika, perniagaan yang mengeksploitasikan atau menggunakan khidmat seseorang tanpa bayaran dan tak bermaruah dan perniagaan P2 itu tidak berkat. [40] Mahkamah ini menghargai hujahan-hujahan kedua-dua pihak berkenaan isi kandungan ruangan ulasan warga siber berkenaan Hantaran
2
Dengan adanya ulasan-ulasan tersebut, Mahkamah tidak perlu membuat sebarang andaian pemikiran orang awam berkenaan penyataan Defendan. Mahkamah ini bersetuju dengan Plaintif-Plaintif bahawa ulasan-ulasan tersebut menunjukkan reputasi Plaintif-Plaintif tercalar di mata orang awam. Sebagai contoh:
i
Ulasan pengguna ‘akujejakamacho’ menunjukkan bahawa sebelum Defendan mengeluarkan pernyataannya, pengguna tersebut baru ingat melihat produk-produk P2 tetapi seperti membatalkan hasratnya akibat Hantaran 2.
II
(ii) Ulasan pengguna ‘sir.riuze’ menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif digambarkan seperti seseorang yang mengambil kesempatan ke atas Defendan dengan mengelakkan diri membayar Defendan atas hasil kerjanya. Halaman 20 dari 55 [41] Malah, Defendan telah membalas ulasan pengguna ‘sir.riuze’ dengan mengeyakan pendapat pengguna tersebut terhadap pernyataan beliau. Plaintif telah berhujah secara lisan bahawa ini menunjukkan bahawa Hantaran 2 sememangnya fitnah. Mahkamah mendapati ini menunjukkan bahawa reaksi ini yang diinginkan oleh Defendan melalui ulasan beliau kepada ulasan pengguna ‘sir.riuze’ tu. Ulasan Defendan bila dibaca bersama Hantaran 2, memberi taksiran bahawa Plaintif-Plaintif tidak bermaruah dengan menggunakan khidmat Defendan tanpa bayaran dan kita harus berwaspada dengan insan-insan sebegini. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 143-144, perenggan 16 hingga 04] [42] Meskipun Plaintif-Plaintif tidak memplidkan ulasan Defendan ini dalam Penyata Tuntutan mereka, oleh kerana tiada sebarang bantahan Defendan mencabar perkara ini semasa bicara atau penghujahan apabila isu mengenai ulasan ini dilontarkan, malah menurut undang-undang lazim, Mahkamah bolehlah menerima hujahan Plaintif-Plaintif walaupun tidak secara nyata diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. [43] Adalah jelas daripada ulasan-ulasan yang dipetik oleh Plaintif-Plaintif, orang awam merujuk Hantaran 2 itu kepada kedua-dua Plaintif dan bukan P2 sahaja. Kenyataan ‘akujejakamacho’ merujuk kepada P2. Namun, kenyataan ‘sir.riuze’ merujuk kepada kedua-dua Plaintif. Ayat pertamanya menunjukkan beliau mengaitkan Hantaran 2 kepada seseorang manusia iaitu P1. Manakala ayat kedua beliau merujuk kepada tempat kerja iaitu P2. Dengan itu adalah jelas bahawa Hantaran 2 adalah ditafsirkan oleh pembaca sebagai rujukan kepada kedua-dua P1 dan P2. Halaman 21 dari 55 [44] Kesan buruk Hantaran 2 ke atas P2 adalah ketara sepertimana yang dinyatakan di perenggan-perenggan sebelum ini. Kesan buruk Hantaran 2 ke atas P1 pula adalah jelas terbukti melalui ayat pertama pengguna ‘sir.riuze’ tadi. [45] Berdasarkan olahan-olahan di atas berkenaan Hantaran 2, telah jelas kepada Mahkamah ini bahawa Hantaran 2 lulus ujian takrifan fitnah yang digariskan dalam Dato’ Sri Dr. Mohamad Salleh bin Ismail. Secara keseluruhannya—daripada pengumumannya tidak lagi bekerja dengan Plaintif, kepada tuduhan bahawa Defendan tidak di bayar gaji oleh Plaintif— Defendan bukan sahaja telah mendedahkan Plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan dan menggunakan perkataan yang merendahkan maruah Plaintif di mata orang awam yang berfikiran waras, tetapi Defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca Hantaran 2 untuk menjauhi Plaintif. Melalui keterangan yang dikemukakan, adalah dapatan Mahkamah ini bahawa Hantaran 2 sememangnya mempunyai taksiran fitnah. Dengan itu, Plaintif telah berjaya untuk memenuhi ketiga-tiga unsur (elements) fitnah. Maka selanjutnya Mahkamah mesti meneliti pembelaan yang dihujahkan Defendan untuk memastikan sama ada Defendan boleh dilepaskan daripada tanggunjawabnya untuk menggantirugi Plaintif. Adakah Pembelaan Justifikasi dan Ulasan Adil (Fair Comment) Terpakai [46] Dalam pada itu, setelah meneliti Penyata Pembelaan yang difailkan, Mahkamah ini dapati bahawa Defendan tidak pernah memplidkan pembelaan justifikasi dan hanya menyandarkan pembelaan di bawah ulasan Halaman 22 dari 55 adil (fair comment). [47] Undang-undang lazim adalah tegas dalam hal ini: Defendan perlu memplidkan pembelaan justifikasi. Ini adalah selaras dengan keputusan Barakbah HB (Malaya) dalam kes Abdul Rahman Talib lwn. Seenivasagam & Lain [1966] 2 MLJ 66 di halaman 72, perenggan D hingga E: Since we are only concerned here with the defence of justification, the plaintiff would have established a prima facie cause of action once he had proved publication of the defamatory words. Where the plaintiff proves publication of defamatory words it is for the defendant if he wishes to set up the defence of justification to plead and prove the facts on which he relies to show justification. It is for the defence to show that the defamatory imputation is true. [Penekanan ditambah] [48] Oleh itu, Mahkamah ini hanya akan menyentuh pembelaan ulasan adil yang merupakan pembelaan tunggal yang dinyatakan dalam Penyata Pembelaan. Untuk tujuan ini, harus diingati bahawa beban pembuktian terletak pada Defendan untuk membuktikan bahawa Defendan menerbitkan Hantaran 2 sebagai ulasan adil. Kedudukan undang-undang berkenaan ulasan adil adalah mantap. Dalam undang-undang Malaysia, pembelaan ulasan adil diperuntukkan bawah Seksyen 9 Akta Fitnah 1957: In an action for libel or slander in respect of words consisting partly of allegations of fact and partly of expression of opinion, a defence of fair Halaman 23 dari 55 comment shall not fail by reason only that the truth of every allegation of fact is not proved if the expression of opinion is fair comment having regard to such of the facts alleged or referred to in the words complained of as are proved. [49] Supaya terselindung bawah pembelaan ulasan adil, Defendan hendaklah memenuhi syarat-syarat yang berikut:
i
Perkataan yang diadukan adalah ulasan, walaupun ia termasuk kesimpulan fakta;
II
(ii) Ulasan tersebut berdasarkan fakta yang benar; dan
III
(iii) Ulasan tersebut mengenai perkara yang melibatkan kepentingan awam. (Rujuk, antaranya keputusan Prasad Abraham HMR (pada ketika itu) dalam kes Gwee Tong Hiang lwn Boo Cheng Hau [2016] 2 MLJ 388) [50] Dalam hal ini, Mahkamah ini tidak perlu mengolah panjang. Mahkamah bersetuju dengan Plaintif bahawa Hantaran 2 bukanlah suatu ulasan, tetapi adalah ketara Hantaran 2 adalah penyataan fakta oleh Defendan. Ini juga telah diakui oleh Defendan sendiri semasa pemeriksaan balas: Bahawa penyataan artikel ini bukan satu pendapat kamu, setuju ke tidak? Ia pendapat ke fakta? Ia telah berlaku. Halaman 24 dari 55 Maknanya itu satu fakta yang dikatakan atau satu pendapat sahaja? Untuk keseluruhan? DWS1 Fakta. [Penekanan ditambah] [rujuk Nota Keterangan, halaman 140, perenggan 5 hingga 11] [51] Keterangan ini tidak pernah disanggah oleh peguam Defendan dalam pemeriksaan semula selepas itu. Adalah amalan lazim bahawa sebarang penyataan saksi semasa pemeriksaan balas yang tidak disanggah oleh peguam semasa pemeriksaan utama adalah dianggap diakui atau diterima. Maka, Mahkamah ini harus menerima keterangan Defendan ini sebagai satu pengakuan. [52] Akibat daripada pengakuan Defendan, Mahkamah ini tidak boleh menerima sebarang hujah yang mengatakan bahawa penyataan Defendan dalam Hantaran 2 merupakan ulasan. [53] Jikalau pun tiada pengakuan daripada Defendan, Mahkamah ini juga bersetuju dengan Plaintif-Plaintif bahawa penyataan Defendan dalam Hantaran 2 merupakan penyataan fakta dan bukan ulasan. [54] Perbezaan antara ulasan dan fakta telah dihuraikan oleh Azahar Mohamad HB (Malaya) dalam kes Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & lain lwn Mohd Rafizi bin Ramli [2022] 3 MLJ 758 di perenggan 35 dengan mengguna pakai makalah Gatley on Libel and Slander (edisi ke-11): Halaman 25 dari 55 [35] Understanding the impugned statement in this fashion is in accordance with how Joshua Benjamin distinguish between a statement of fact or comment. Further, Gatley is instructive on examining words of an impugned statement. Gatley at section 12.6, p 339 states this: Though ‘comment’ is often equated with ‘opinion’, this is oversimplification. More accurately it has been said that the sense of comment is ‘something which is or can reasonably be inferred to be a deduction, inference, conclusion, criticism, remark, observation, etc’. The first step is to determine the meaning of what the defendant has said in its context and for this purpose the law adheres to the normal rule that words are treated as having a single meaning. It is possible to distinguish at least three situations.
1
A statement may be a ‘pure’ statement of evaluative opinion which represents the writer’s view on something which cannot be meaningfully verified — ‘I do not think Jones are attractive’.
2
A statement which is potentially one of fact or opinion according to the context — ‘Jones behaves disgracefully’.
3
As statement which is only capable of being regarded as one of fact and in no sense one of opinion — ‘Jones took a bribe’ — but which may be an inference drawn by writer from other facts. Fair comment clearly applies to the first situation; it applies to the second situation if, in the context, is to be understood as an expression of opinion (eg because the writer has just described some controversial act of Jones); the third situation involves greater subtlety (or uncertainty). Halaman 26 dari 55 [55] Di dalam kes Defendan, ayat yang digunakan oleh Defendan berbentuk penyataan fakta dan bukannya ulasan. Ayat “...saya sudah memberitahu pada pihak berkenaan tapi masih lagi menggunakan hasil kerja saya yang pihak syarikat tidak bayar...” dan penyataan lain-lain tidak boleh dijadikan sebagai suatu ulasan kepada fakta yang menuduh Plaintif tidak pernah membayar Defendan. Dengan itu, bersandarkan prinsip yang diputuskan dalam Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail dan atas pengakuan Defendan sendiri, Defendan gagal untuk menunjukkan Hantaran 2 merupakan suatu penyataan ulasan. Natijahnya, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan gagal untuk membuktikan bahawa terdapat pembelaan ulasan adil kerana tidak memenuhi unsur-unsur (elements) ulasan adil. Bahkan, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini, ianya merupakan satu fakta dan bukannya ulasan. [56] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Hantaran 2 telah memenuhi semua unsur fitnah. Defendan juga tidak layak untuk melepaskan diri di bawah pembelaan ulasan adil kerana penyataan tersebut bukanlah ulasan. Demikian itu, Mahkamah mendapati Defendan sememangnya telah memfitnah Plaintif-Plaintif. I. Sama ada Hantaran 1 merupakan Fitnah. [57] Untuk memudahkan rujukan bagi Mahkamah ini, berikut merupakan petikan Hantaran 1: Halaman 27 dari 55 Assalamualaikum & selamat pagi semua. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera.. Hari ni fida ingin berkongsi pengalaman dan semoga menjadi iktibar buat semua terutama kaum WANITA! Fida pernah bekerja di suatu tempat.. Pada awalnya, kata-kata berunsur gatal /lucah cuma mungkin terlepas dek sebab bergurau tapi salah tafsiranku.. Makin hari makin galak pulak 'dia' ni bercakap perkara lucah sehinggakan di malam hari melalui telefon pon masih bersikap sedemikian. Lebih mengecewakan lagi apabila disokong si isteri. Allahuakbar, apa nak jadi nasib pada isteri dan anak dara orang yg bekerja kat luar sana?? Dalam live IG bersama pensyarah dari Indonesia, Ibu Yusria Ahmad berkata "..kata-kata yg tidak selesa untuk didengari, itu bukan hak kita.." tambahnya lagi "..jika masih berterusan, maka RESIGN!“ Allahuakbar, besar sungguh ujian wanita akhir zaman. Fida bertanya lagi pada Ibu Yusria, bagaimana pula orang lelaki yg sangat suka makan / minum bekas wanita tanpa pengetahuannya? Jika bekas lelaki, ‘dia’ menunjukkan reaksi geli! Jawab ibu.. “..jika perkara sebegitu, orang itu SAKIT di dalamnya sama ada mental ataupon jiwanya. Dia bisa melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keinginannya..", Panjang lebar lagi yang ingin dikongsikan, tapi cukup la setakat ni dulu. Hati-hati para wanita, SELAMATKAN MARUAH DIRIMU!. Sesiapa yg ada atau pernah dengar pengalaman berkaitan GANGGUAN SEKSUAL, boleh share kat sini dan mudah-mudahan didengari pihak berwajib. #gangguanseksual [58] Berkaitan Hantaran 1, isu sama ada adanya penerbitan tidak dipertikai oleh mana-mana pihak, maka Mahkamah ini menganggap unsur penerbitan telah berlaku. Justeru, untuk Hantaran 1, baki isu-isu yang perlu dijawab hanyalah yang berikut: Halaman 28 dari 55
i
Sama ada perkataan yang digunakan oleh Defendan dalam Hantaran 1 mempunyai taksiran fitnah; dan
II
(ii) Sama ada penyataan Hantaran 1 mengenal pasti identiti Plaintif-Plaintif. Sama ada Penyataan dalam Hantaran 1 mempunyai Taksiran Fitnah [59] Hujahan Plaintif-Plaintif berkenaan isu ini adalah: makna secara biasa dan semula jadi dalam Hantaran 1 boleh ditaksirkan bahawa ‘dia’ ialah seorang yang tidak bermaruah, jelik dan/atau tidak berintegriti kerana penyataan tersebut membawa makna:
i
Bahawa ‘dia’ telah melakukan amang seksual terhadap
II
(ii) Bahawa ‘dia’ seorang tidak senonoh, tidak bermoral, dan lucah.
III
(iii) Perbuatan tidak senonoh ‘dia’ disokong oleh isterinya;
IV
(iv) ‘Dia’ mempunyai penyakit mental; dan
v
‘Dia’ ialah seseorang yang mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita. [60] Isu sama ada ‘dia’ yang dimaksudkan oleh Defendan merujuk kepada Plaintif-Plaintif akan dibincangkan dalam bahagian seterusnya. Bahagian ini Halaman 29 dari 55 akan membincangkan sama ada penyataan Defendan dalam Hantaran 1 mempunyai taksiran fitnah kepada orang yang dirujuk sebagai ‘dia’ dalam penyataan tersebut. [61] Plaintif-Plaintif telah merujuk kepada kes-kes Datuk Seri Anwar bin Ibrahim lwn. Wan Muhammad Azri bin Wan Deris [2014] 9 MLJ 605 dan Mohd Ridzwan Abdul Razak lwn. Asmah Hj Mohd Nor [2013] 9 CLJ 243 untuk menyokong hujahan bahawa apa-apa penyataan berkaitan seksual, sama ada amang, gangguan, mahupun deraan adalah sendirinya ditaksirkan fitnah. [62] Manakala, Defendan berhujah bahawa penyataan dalam Hantaran 1 berkaitan dengan satu taklimat yang dianjurkan oleh KRH Sibu melalui laman media sosial, Instagram, berhubung gangguan seksual. [63] Defendan dalam hal ini menghujahkan bahawa Hantaran 1 dimuat naik bertujuan untuk memberi kesedaran kepada wanita-wanita umum bahawa mereka tidak berseorangan dan mangsa-mangsa jenayah seksual harus melaporkan tindakan-tindakan keji pelaku. [64] Harus diingati bahawa untuk menentukan sama ada suatu penyataan ditaksirkan fitnah, ianya mestilah dibaca mengikut keseluruhan hantaran tersebut. (Rujuk, Mahkamah Rayuan dalam kes Keluarga Communication Sdn Bhd lwn. Normala Samsudin & satu lagi [2006] MLJU 40) [65] Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa sememangnya penyataan Hantaran 1 yang dikeluarkan oleh Halaman 30 dari 55 Defendan mempunyai taksiran fitnah. Mahkamah ini bersetuju bahawa perkataan-perkataan yang digunakan oleh Defendan dalam Hantaran 1 boleh membawa makna:
i
Bahawa ‘dia’ telah melakukan amang seksual terhadap
II
(ii) Bahawa ‘dia’ seorang tidak senonoh, tidak bermoral, dan lucah.
III
(iii) Perbuatan tidak senonoh ‘dia’ disokong oleh isterinya; dan
IV
(iv) ‘Dia’ seseorang yang mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita. [66] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Azizul Azmi Adnan HMT (pada ketika itu) dalam kes Dato' Seri Anwar Ibrahim lwn. Khairy Jamaluddin [2018] 3 CLJ 250 di perenggan 10: [10] Taken literally, the words "Anwar main dua-dua ikut belakang" may not support the contention that the defendant had defamed the plaintiff, because - as rightly pointed out by counsel for En Khairy - political parties cannot be sodomised. However, the words must be understood from the context of the speech as a whole. The speech is an artful one, delivered with fluency and an impeccable sense of timing. The defendant, like the plaintiff, is a skilled orator. The speech employs figurative humour to deliver the message that the alliance between the opposition parties is simply a marriage of expedience. The references in the speech to maksiat and kahwin muta'ah introduced a sexual connotation, which culminated in the punchline, "Anwar Halaman 31 dari 55 main dua-dua ikut belakang". The allusion of these final words are clear. They suggest that the plaintiff engaged in homosexual activities. For this reason, I am of the view that the words are capable of bearing a defamatory meaning. [67] Kes di atas memberikan contoh bahawa mahkamah perlu meneliti bukan sahaja satu-satu ayat dan/atau perkataan yang diplidkan oleh pihak sebagai fitnah, tetapi pada konteks keseluruhan makna yang ingin disampaikan melalui perkataan yang digunakan. Di dalam kes tersebut, mahkamah telah mendapati bahawa sememangnya terdapat makna fitnah. [68] Berbalik kepada kes kita ini, secara umumnya, Mahkamah ini memahami hujahan Defendan bahawa Hantaran 1 hanya perkongsiannya. Pada pandangan Mahkamah ini, isi kandungan Hantaran 1 boleh dibahagi kepada dua bahagian. Bahagian pertama bermula dengan ayat “Assalamualaikum & selamat pagi semua....” dan diakhiri dengan “...apa nak jadi nasib pada isteri dan anak dara orang yang bekerja kat luar sana??”; dan bahagian kedua bermula dengan “Dalam live IG bersama pensyarah dari Indonesia...” sehingga akhir hantaran. Mahkamah ini sedia maklum bahawa bahagian pertama merupakan kisah yang dikongsi oleh Defendan berkenaan pengalamannya sebagai mangsa gangguan seksual, manakala bahagian kedua ialah perkongsian Defendan. [69] Namun begitu, jika dibaca secara keseluruhannya, keseluruhan ‘perkongsian’ Defendan merupakan sebuah naratif yang bergantung kepada kisah Defendan untuk menceritakan kejadian gangguan seksual yang dilakukan di suatu tempat kerja lama. Mahkamah ini tidak boleh menerima hujahan Defendan bahawa ia sekadar perkongsian kerana ayat yang Halaman 32 dari 55 digunakan oleh Defendan untuk menceritakan kisah tersebut tidak boleh ditafsirkan dengan cara lain oleh orang awam yang berfikiran waras selain dengan gambaran orang yang dirujuk di bekas tempat bekerja beliau telah menjalankan gangguan seksual. Jika Defendan sememangnya berniat untuk Hantaran 1 hanya sebagai perkongsian, tiada keperluan untuk bahagian kedua dinukilkan, tetapi Defendan tetap melakukannya. [70] Mahkamah ini berpandangan bahawa sekiranya benar Defendan berhasrat untuk berkongsi pengalaman beliau, tiada keperluan Defendan menyebut perkataan “dia” dan disusuli dengan sifat-sifat buruk yang disandarkan kepada perkataan “dia” itu. [71] Tuntasnya, bersandaran keputusan-keputusan mahkamah yang sedia ada, Mahkamah ini bersetuju dengan Plaintif-Plaintif dan mendapati bahawa perkataan yang digunakan oleh Defendan dalam Hantaran 1 mempunyai taksiran fitnah. Sama ada Hantaran 1 mengenal pasti Plaintif-Plaintif [72] Sebelum memulakan analisis lebih lanjut, Mahkamah tak perlu mengolah panjang dan mendapati bahawa Hantaran 1 hanya merujuk kepada seseorang manusia. Meskipun hujahan Plaintif cuba untuk mengaitkan Hantaran 2 dengan P2 sebagai suatu perniagaan yang merelakan gangguan seksual, hujahan-hujahan Plaintif cenderung kepada P1. Maka, adalah tidak relevan bagi P2 untuk dibincangkan dalam bahagian ini. Halaman 33 dari 55 [73] Hujahan Plaintif-Plaintif dalam hal ini ialah Defendan telah mengenal pasti identiti P1 melalui ayat, “Fida pernah bekerja di suatu tempat...”. Secara harfiahnya, hantaran tersebut tidak merujuk kepada P1. Namun begitu, jika ia dibaca dengan terbitan seterusnya yakni Hantaran 2, Defendan telah memberikan rujukan kepada pembaca-pembaca bahawa Hantaran 1 merujuk kepada P1. [74] P1 telah merujuk kepada beberapa keputusan mahkamah Inggeris yang mengaitkan dua artikel berbeza tetapi salah satunya mengenal pasti plaintif dengan jelas. P1 juga telah merujuk kepada keputusan Abdul Rahman Sebli HMT (kini, Hakim Besar (Sabah & Sarawak)) dalam kes Datuk Harris Mohd Salleh lwn. Datuk Yong Teck Lee [2012] 4 MLJ di perenggan 17 dan 19: [17] With due respect the contention is without substance and contrary to established principles. It is not necessary that the plaintiff must be mentioned by name. So long as he could be identified as the person targeted that will be sufficient. The decision of the House of Lords in Knupffer v London Express Newspaper Ltd [1944] AC 116 is relevant, where it was held as follows: … it is an essential element of the cause of action for defamation that the words complained of should be published ‘of the plaintiff’. Where he is not named the test of this is whether the words would reasonably lead people acquainted with him to the conclusion that he was the person referred to. The question whether they did so in fact does not arise if they cannot in law be regarded as capable of referring to him. If a defamatory statement made of a class or a group can reasonably be understood to refer to every member of it, each one has a cause of action … Halaman 34 dari 55 [19] In the present case there can be no argument that those who are acquainted with the plaintiff could make out that he was the person meant by the first defendant in the two statements. It was pointed out that the plaintiff did not call any witness other than himself to support his contention that others reading the statements would conclude that the statements referred to him. There is no necessity for the plaintiff to do that. Tengku Razaleigh in his speech referred to him by name and even his position as he then Deputy Chief Minister of Sabah. [75] P1 telah berhujah bahawa situasi dalam kes Datuk Harris Mohd Salleh adalah serupa dengan kes di hadapan Mahkamah ini. P1 menghujahkan bahawa Defendan telah berkali-kali memberitahu umum mengenai pekerjaannya dengan P1 termasuk di portal tabloid. Dengan itu, seseorang yang mengenali Defendan boleh mengecam P2 sebagai bekas majikan Defendan, dan P1 sebagai satu-satunya bekas rakan sekerja Defendan. [76] Manakala hujahan Defendan dalam hal ini adalah penyataan Hantaran 2 tidak sama sekali memberi bayangan bahawa hantaran tersebut merujuk kepada P1. Defendan telah menegaskan hal ini dengan merujuk kepada ruangan ulasan, termasuk portal hiburan, tidak sama sekali merujuk atau memberi bayangan bahawa terdapat sebarang rujukan kepada P1. [77] Defendan menghujahkan lagi bahawa pada waktu ketika Hantaran 1 dimuat naik, Defendan tidak pernah langsung memaklumkan bahawa Defendan sudah tidak lagi bersama P2. Tambahan lagi, Defendan pernah bekerja atau berurusan dengan ramai pihak sepanjang kerjaya beliau. Halaman 35 dari 55 [78] Pada pandangan Mahkamah ini, persoalan sama ada Defendan telah mengenal pasti identiti P1 dalam Hantaran 1 bergantung kepada ayat “...pernah bekerja di suatu tempat...”. Hujahan P1 menafsirkan ayat tersebut sebagai seorang bekas majikan Defendan yang mana P1 menganggap frasa ini merujuk kepada dirinya. Namun begitu, Mahkamah ini tidak bersetuju dengan P1 dalam isu ini. [79] Ketika disoal balas, Defendan mengakui bahawa melalui Hantaran 1, beliau telah memberitahu pihak awam yang beliau merupakan mangsa gangguan seksual di bekas tempat kerja: Sekarang kami pergi balik ke artikel pertama di muka surat 6, tadi kamu telah mengaku bahawa kamu telah memberitahu orang ramai bahawa gangguan sexual tersebut berlaku di bekas tempat kerja dan dilakukan oleh bekas rakan kerja, setuju? [Rujuk Nota Keterangan, halaman 161, perenggan 16 – 20] [80] Namun begitu, tidak pernah sama sekali Defendan mengatakan bahawa tempat kerja yang dirujuknya merupakan tempat kerja bersama P1: Oleh itu, dengan perkataan berkongsi pengalaman, dan pernah bekerja di suatu tempat di dalam artikel pertama , orang ramai akan memahami bahawa gangguan sexual tersebut telah berlaku di bekas tempat kerja iaitu Arisprop, setuju ke tidak? Halaman 36 dari 55 Tidak. Oleh itu, orang ramai juga akan memahami bahawa rakan kerja yang telah membuat gangguan sexual yang dirujukan dalam artikel pertama tersebut adalah Datuk Haris, setuju ke tidak? Tidak. [rujuk Nota Keterangan, halaman 162-63, perenggan 16 ke 04 ] NH Seterusnya tadi peguam Plaintif ada bertanya bahawa kamu memberitahu ramai orang melalui posting kamu bahawa kamu mengalami satu gangguan sexual di suatu tempat dan kamu jawab, kamu tidak setuju. Boleh kamu terangkan kenapa? Ok, untuk bekerja saya bukan sahaja semata-mata pernah bekerja di syarikat Plaintif kedua tetapi saya juga sebelum ini bekerja di banyak lagi tempat lain dalam bidang saya dan juga dalam bidang-bidang lain. Bidang perniagaan dan bidang selebiriti. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 184-185, perenggan 19 ke 04] [81] Mahkamah ini mendapati bahawa penafian ini bukanlah penafian kosong. Hujahan Defendan bahawa Hantaran 1 dimuat naik sebelum pengumuman beliau untuk tidak lagi bekerja dengan Plaintif-Plaintif bukanlah sesuatu yang tidak berasas. Kita harus meneliti dan mempertimbangkan hal ini berdasarkan garis masa berikut: Halaman 37 dari 55
i
Pada 1 Jun 2021, Defendan bermula pekerjaan beliau dengan P1.
II
(ii) Pada 28 Jun 2021, Defendan mengumumkan bekerja bersama P1 dalam artikel yang diterbitkan oleh BebasNews.
III
(iii) Pada 26 Ogos 2021, Defendan tidak lagi dengan syarikat P2.
IV
(iv) Pada 21 September 2021, Defendan memuat naik Hantaran 1 mengenai gangguan seksual yang pernah dialaminya.
v
Pada 18 Oktober 2021, Defendan memuat naik Hantaran 2 mengumumkan beliau tidak lagi bekerja dengan Plaintif-Plaintif. [82] Item (i), (iii), (iv), dan (v) ialah fakta yang dipersetujui oleh pihak-pihak, dan item (ii) ialah dapatan mahkamah (rujuk Lamp. 10, halaman 19 – 29). [83] Jika ditelusuri garis masa bermulanya pekerjaan Defendan bersama P1 sehingga tarikh Hantaran 1 dimuat naik oleh Defendan, ia kelihatan bahawa tempat kerja yang dimaksudkan oleh Defendan merupakan P2. Namun, pada hakikatnya, ia tidak jelas kepada pembaca untuk mengaitkan ‘dia’ dengan P1 kerana pada waktu itu, pembaca tidak mempunyai pengetahuan bahawa Defendan sudah tidak lagi bekerja dengan P2. [84] Setakat keterangan yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Defendan tidak pernah menerbitkan sebarang pengumuman bahawa beliau tidak lagi bekerja dengan P2 sebelum Hantaran 2 dimuat naik. Walaupun P1 Halaman 38 dari 55 cuba mengaitkan Hantaran 1 dengan Hantaran 2, tiada sebarang gambaran jelas dalam Hantaran 1 mahupun Hantaran 2 bahawa Defendan tidak lagi bekerja dengan P2 semasa Hantaran 1 dimuat naik— ini kerana Defendan tidak menyatakan tarikh tepat beliau berhenti bekerja dalam Hantaran 2. (Beliau hanyalah mengatakan bahawa: “... Hari ni saya ingin buat pengumuman bahawasanya saya sudah tidak bersama lagi dengan company lama ...”) Bagi seseorang yang tidak tahu menahu mengenai hal peribadi ataupun pekerjaan Defendan atau secara ringkasnya, di mata orang awam (melalui penyataan dalam Hantaran 2), tarikh Defendan berhenti bekerja dengan P2 adalah pada 18 Oktober 2021 yakni tarikh Hantaran 2 dimuat naik. [85] Berdasarkan keterangan Defendan dalam penyataan saksinya (DWS-1) Soalan dan Jawapan 14, ini merupakan kali pertama Defendan membuat sebarang pengumuman sedemikian. Semasa pemeriksaan balas, P1 telah fokus pada isu sama ada penyataan dalam Hantaran 1 merujuk kepada P1 dan sama ada Defendan mempunyai majikan lain, tetapi P1 tidak pernah mempertikaikan bahawa Hantaran 2 adalah kali pertama Defendan mengumumkan beliau tidak lagi bekerja dengan P1. Mahkamah mendapati bahawa ini adalah pendirian P1 mengenai hal ini. Maka, pada hemat Mahkamah ini, Defendan tidak pernah mengumumkan bahawa beliau tidak lagi bekerja dengan P2 sehingga Hantaran 2 dimuat naik. [86] Hujahan Defendan ialah P1 tidak boleh sewenang-wenangnya bergantung pada ayat “...pernah bekerja di suatu tempat” kerana pada ketika Hantaran 1 dimuat naik, Defendan tidak pernah memaklumkan bahawa Defendan tidak lagi bekerja dengan P2. P1 pula bertegas bahawa ayat tersebut merujuk kepada suatu tempat kerja lepas dan kerana itu, ayat itu Halaman 39 dari 55 merujuk kepada P1 kerana Defendan tidak mampu memberi keterangan mengenai tempat-tempat kerjanya yang lalu. [87] Mahkamah ini perlu menitikberatkan perkataan yang digunakan dalam Hantaran 1 ialah ‘pernah’. Sepertimana yang kita semua sedia maklum, perkataan ‘pernah’ menunjukkan sesuatu yang lepas. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi ‘pernah’ adalah: sudah ada mengalami (melakukan, melihat, merasai, dll), sudah berlaku: ia sudah ~ hidup susah sebelum menjadi kaya; belum (tidak) ~ belum sekalipun (berlaku, kedengar-an, mengalami, dll). [88] Terdapat kesan yang ketara melalui penggunaan ‘pernah’ dalam ayat Defendan, “Fida pernah bekerja di suatu tempat...”. Perkataan tersebut membawa makna Defendan merujuk kepada suatu tempat kerja yang lepas dan sudah tidak lagi bekerja di situ. Apabila perkataan “pernah” digunakan, ia memberi gambaran bahawa kini (sewaktu hantaran tersebut dibuat), Defendan tidak lagi bekerja di sesuatu tempat itu. Walaupun dari segi fakta Defendan tidak lagi bekerja dengan P2 pada masa Hantaran 1 dimuat naik, kita harus meneliti konteks dan kesannya dalam kaca mata pembaca/ orang awam. Pada ketika Hantaran 1 diterbitkan, Defendan baru mengumumkan kolaborasi beliau dengan P1 kira-kira satu bulan sebelum itu. Orang awam yang munasabah tidak akan menganggap Defendan tidak lagi bekerja dengan P2 pada ketika itu. Tambahan pula, Hantaran 2 yang mengumumkan Defendan tidak lagi bersama Plaintif-Plaintif hanyalah diterbitkan sebulan selepas itu. Halaman 40 dari 55 [89] Situasi ini boleh dibezakan dengan kes Datuk Harris Mohd Salleh (supra) yang mana di dalam kes tersebut, plaintif telah dikenal pasti melalui satu naratif lebih awal dengan namanya dan penyataan-penyataan selanjutnya semua merujuk kepada naratif tersebut. Oleh itu, tiada sebarang identiti lain boleh dikaitkan dalam penyataan-penyataan selanjutnya kerana ia merujuk kepada satu naratif yang mana nama plaintif telah disebut dengan jelas. [90] Apabila dibandingkan dengan kes ini, identiti orang yang dimaksudkan oleh Defendan samar-samar dan boleh merujuk kepada mana-mana orang yang pernah bekerja dengan Defendan. Tambahan lagi, pada ketika itu, orang awam yang membaca Hantaran 1 tidak mempunyai pengetahuan bahawa Defendan tidak lagi bekerja dengan P2. Oleh itu, tidak munasabah untuk Mahkamah ini menganggap bahawa orang awam boleh mengaitkan identiti P1 dengan orang yang dimaksudkan oleh Defendan dalam Hantaran 1. [91] P1 juga tidak mengemukakan sebarang keterangan yang menunjukkan orang awam/ pembaca hantaran-hantaran tu boleh mengaitkan beliau dengan Hantaran 1 selepas terbitnya Hantaran 2. Malah, semasa P1 disoal balas oleh peguamcara Defendan, P1 sendiri tidak pasti sama ada Hantaran 1 merujuk nama P1: Halaman 41 dari 55 NH Ya, betul. Saya nak rujuk kepada bundle B4. Bundle artikel pada muka surat 3, 5 dan 6. Setuju tak dengan saya untuk artikel pertama nama Encik langsung tidak disebut di dalam artikel sama ada di Facebook atau di laman Instagram Defendan? PWS1 Tidak pasti. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 36, perenggan 1 ke 5 ] [92] Dalam Penyataan Saksi Plaintif (PWS-1) Soalan dan Jawapan 27, P1 mengatakan bahawa beliau telah “beberapa kali disoal oleh rakan niaga dan rakan tentang penerbitan-penerbitan” berkaitan Hantaran 1. Hujahan Defendan tepat dalam hal ini: P1 tidak pernah memanggil mana-mana individu tersebut sebagai saksi untuk menjelaskan bagaimana sebagai orang awam boleh mengaitkan P1 dengan penyataan yang dikeluarkan oleh Defendan. P1 juga telah gagal membuktikan bahawa orang awam telah mengaitkan P1 dengan Hantaran 1 setelah terbitnya Hantaran 2. Oleh itu, berdasarkan garis masa yang menunjukkan Defendan hanya mengumumkan beliau tidak lagi bersama P2 sebulan selepas terbitan Hantaran 1, Mahkamah tidak boleh menerima penyataan P1 mengenai hal ini tanpa sebarang keterangan yang boleh menunjukkan pembaca/orang awam mengaitkan P1 dengan Hantaran 1. [93] Natijahnya, Mahkamah ini mendapati bahawa P1 gagal membuktikan bahawa Defendan telah mengenal pasti P1 dalam Hantaran 1. Maka, Mahkamah ini mendapati P1 gagal membuktikan semua unsur-unsur fitnah bagi Hantaran 1. Rentetan itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa Hantaran 1 tidak memfitnah P1. Halaman 42 dari 55 II. Jumlah Ganti Rugi (Quantum of Damages) [94] Plaintif-Plaintif telah menuntut ganti rugi am dan ganti rugi teladan akibat fitnah ini. Hujahan Plaintif-Plaintif bagi tuntutan ini bersandarkan keputusan Lau Bee Lan HMT (pada ketika itu) dalam kes Tan Sri Dato’ Lim Guan Teik lwn. Tan Kai Hee [2014] 9 MLJ 363, yang memutuskan bahawa ahli perniagaan terkemuka mungkin mendapat ganti rugi yang besar disebabkan oleh reputasi mereka yang lebih tinggi. [95] Sebagai bukti reputasi P1 berhujah bahawa beliau merupakan ahli perniagaan terkemuka dengan gelaran Dato’ dan mempunyai 5,700 pengikut di Facebook. [96] Defendan pula telah menghujahkan, jika Mahkamah ini bersama Plaintif-Plaintif, Plaintif-Plaintif gagal untuk memplidkan keseluruhan kes beliau untuk menuntut ganti rugi am. Manakala, bagi ganti rugi teladan, Plaintif-Plaintif seharusnya menunjukkan bahawa mereka telah mengalami suatu penderitaan, kerugian, atau kecederaan akibat hantaran-hantaran Defendan. [97] Defendan telah menyandarkan hujahan ini pada keputusan S.M. Komathy Suppiah HMT (pada ketika itu) dalam kes Teh Yet Poh lwn. Teh Ming Choo [2020] MLJU 1451 yang telah menjelaskan prinsip undang-undang mengenai ganti rugi teladan. [98] Mahkamah ini mengambil maklum hujahan-hujahan kedua-dua pihak. Sebelum itu, adalah lebih baik untuk Mahkamah ini menjelaskan kedudukan Halaman 43 dari 55 undang-undang mengenai ganti rugi fitnah. Bagi menentukan jumlah ganti rugi (quantum of damages), Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Gopal Sri Ram HMR (pada ketika itu) dalam kes Chin Choon lwn. Chua Jui Meng [2005] 2 CLJ 569 yang telah meneliti faktor untuk menentukan ganti rugi fitnah: In Defamation Law, Procedure & Practice by Price & Duodu (3rd edition, para 20-04 at p. 208) the learned authors set out the several factors that a court must take into account in assessing compensatory damages. This is what they say: The amount of damages awarded in respect of vindication and injury to reputation and feelings depends on a number of factors:
1
The gravity of the allegation.
2
The size and influence of the circulation.
3
The effect of the publication.
4
The extent and nature of the claimant's reputation.
5
The behaviour of the defendant.
6
The behaviour of the claimant. This list is most helpful. But it must be borne in mind that this is not by any means exhaustive of the matters which the court may take into account when making an assessment. Halaman 44 dari 55 [99] Dalam pada itu, keputusan dalam Chin Choon juga telah menjelaskan bahawa mahkamah perlu sentiasa peka kepada perkembangan semasa (trend) mengenai keputusan ganti rugi fitnah. Pada penelitian Mahkamah ini, jumlah ganti rugi yang diberikan dalam kes Tan Sri Dato’ Lim Guan Teik bagi plaintif hanyalah sebanyak RM200,000.. [100] Adalah dapatan Mahkamah ini bahawa daripada fakta-fakta kes ini, faktor-faktor berikut harus menjadi pertimbangan Mahkamah ini dalam penentuan jumlah gantirugi munasabah:
i
Keberatan pertuduhan Defendan telah menuduh Plaintif-Plaintif bahawa Plaintif-Plaintif tidak membayar gaji terakhir Defendan walhal Defendan tidak dapat membuktikan kebenaran tersebut.
II
(ii) Saiz dan pengaruh penerbitan Akibat penerbitan Defendan di media sosial yang umumnya bersifat sejagat (global), bukan sahaja penyataan Defendan dibaca oleh peminat-peminatnya, tetapi telah membawa kepada penerbitan-penerbitan susulan daripada media massa.
III
(iii) Kesan penerbitan Reputasi dan imej P1 sebagai ahli peniagaan tercalar dan membawa kepada berbagai tohmahan kepada beliau di media sosial. Halaman 45 dari 55
IV
(iv) Takat dan sifat pengaruh pihak menuntut P1 merupakan seorang ahli perniagaan yang mempunyai ikutan dalam ribuan di media sosial disamping meneraju perniagaan yang dikenali ramai.
v
Perangai defendan Defendan bukan sahaja telah memfitnah Plaintif-Plaintif, tetapi juga mengajak pengikutnya untuk mengecam Plaintif-Plaintif sebagai seseorang yang tidak bermaruah dan mengambil kesempatan ke atas hasil kerja seseorang tanpa membayarnya.
VI
(vi) Perangai pihak menuntut Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan sebarang tindakan drastik atau agresif kepada Defendan. [101] Oleh yang demikian, Mahkamah ini membenarkan ganti rugi sebanyak RM100,000-00 yang perlu dibayar oleh Defendan kepada P1 dan RM150,000-00 yang perli dibayar oleh Defendan kepada P2. III. Tuntutan Balas Defendan [102] Dalam tindakan ini, Defendan telah memfailkan tuntutan balas untuk:
i
Ganti rugi am;
II
(ii) Wang sebanyak RM4,000 bagi gaji tertunggak bulan Ogos 2021 termasuk bayaran ganti notis terhadap Defendan;
III
(iii) Wang sebanyak RM3,550 sebagai kos kemudahan seperti yang dipersetujui di dalam kontrak pelantikan terhadap Defendan; dan Halaman 46 dari 55
IV
(iv) Penyediaan pernyataan dan/atau rekod keuntungan bersih berserta jualan dan projek bagi tempoh 28 Mei 2021 sehingga 26 Ogos 2021 untuk pengiraan komisen Defendan. [103] Antara hujahan Defendan bagi isu ini adalah Defendan tidak pernah mempunyai sebarang masalah disiplin, kehadiran, atau prestasi yang tidak memuaskan. Defendan, pada setiap masa, menafikan mempunyai niat atau berhasrat untuk menarik diri dari menjadi rakan kongsi dan ketua pemasaran di P2. [104] Manakala hujahan Plaintif-Plaintif adalah Defendan sememangnya mempunyai masalah disiplin, tidak hadir ke tempat kerja seperti dipersetujui, dan secara langsung mempunyai prestasi pekerjaan yang tidak memuaskan. [105] Harus diingati bahawa kes ini bukan kes pertikaian pekerjaan. Pertikaian sedemikian adalah urusan dan bidang kuasa Mahkamah Perusahaan. Lagipun Defendan telahpun membuat laporan di jabatan berkaitan. Maka biarlah pertikaian pekerjaan diselesaikan melalui tatacara lazimnya. Dalam kes ini, kerana tuntutan balas Defendan, Mahkamah hanya akan memutuskan kes Defendan untuk bayaran balik jumlah-jumlah yang dituntut berdasarkan fakta-fakta yang dikemukakan. [106] Sepanjang bicara, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan gagal untuk membawa sebarang dokumentasi atau keterangan bagi menyokong hujahannya bahawa Defendan telah hadir ke pejabat. Defendan telah mengemukakan beberapa swafoto dan foto (Lamp. 10, halaman 40 – 50) Halaman 47 dari 55 sebagai bukti beliau bekerja. Namun begitu, Defendan tidak mampu untuk memberikan keterangan yang jelas apakah tugas yang dilaksanakan semasa foto tersebut diambil. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 175, baris 7 – 15] [107] Keterangan ini berterusan bagi semua foto yang dilampirkan: Saya bercadangkan bahawa gambar ini tidak menunjukkan apa-apa kerja yang sedang dibuat, setuju ke tidak? Tidak. Sama dengan muka surat 43, setuju ke tidak ia tidak menunjukkan kamu membuat kerja? Tidak. Muka surat 44, ini hanyalah satu selfie kamu sendiri, betul? Ini tidak akan menunjukkan kamu sedang membuat kerja, betul? Tidak. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 175 – 176, baris 17 – 7] [108] Defendan juga tidak memanggil mana-mana rakan sekerjanya sebagai saksi bahawa beliau bekerja meskipun tidak mempunyai sebarang halangan berbuat demikian: Di dalam gambar-gambar itu, banyak-banyak orang yang telah ditangkapkan, setuju? Halaman 48 dari 55 Kamu tidak memanggil siapapun daripada gambar-gambar itu sebagai saksi di dalam prosiding ini, setuju? Kamu berhubungan baik dengan mereka, setuju? Tiada apa-apa yang telah menghindari kamu daripada memanggil mereka sebagai saksi, betul? Betul. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 176, baris 9 – 20] [109] Tambahan daripada itu, keterangan bahawa Defendan mempunyai masalah disiplin dan kerap tidak hadir ke pejabat yang dikemukakan oleh saksi-saksi Plaintif-Plaintif tidak dicabar. Defendan hanya memberi alasan bahawa beliau kerap bekerja luar waktu bekerja dan kerana itu beliau tidak menggunakan kad tebuk atau hadir ke mana-mana mesyuarat. [110] Jika dilihat dalam pliding Defendan sekalipun, hasil kerja yang diplid oleh Defendan ialah menjalankan dan/atau melakukan kerja-kerja pembuatan iklan televisyen dan/atau pemasaran termasuk video syarikat. Defendan telah memplidkan bahawa Defendan terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi pembuatan iklan dan video syarikat tersebut. Namun demikian, Defendan gagal untuk menunjukkan hasil kerja atau kos pembuatan iklan televisyen tersebut: Halaman 49 dari 55 Di baris 9. Kamu juga telah memberi amaran untuk mengelakkan tindakan undang-undang diambil, sekali lagi saya tegaskan untuk menurunkan segala yang berkaitan dengan saya termasuk video TVC yang dihasilkan oleh saya. Adakah video TVC tersebut dalam ikatan-ikatan dokumen ini? Ada ke tidak? Kalau tidak pasti boleh jawab tidak pasti. Saya tidak pasti. [rujuk Nota Keterangan, halaman 136, perenggan 13 hingga 19] Bolehkah kamu menunjukkan perbelanjaan untuk membuat iklan ini kepada Mahkamah? Iklan yang kamu tersebut Dokumen? Tidak. [rujuk Nota Keterangan, halaman 115, perenggan 16 hingga 20] [111] Defendan juga hanya mampu mengatakan bahawa kelulusan lisan telah diberikan untuk pembikinan iklan yang dikatakan hasil kerja beliau: Pernahkah kamu mendapatkan apa-apa kelulusan Arisprop untuk 18 membelanjakan kos pembuatan iklan dan sewaan alatan ini? Secara lisan ada. Siapa yang bagi kamu? Plaintif pertama yang memberikan. [rujuk Nota Keterangan, halaman 117, perenggan 17 hingga 21] Halaman 50 dari 55 [112] Harus ditegaskan di sini, keterangan ini tidak disokong oleh mana-mana bukti lain. [113] Sebaliknya, Plaintif-Plaintif telah mengemukakan beberapa laporan prestasi Defendan bagi bulan-bulan Jun, Julai, dan Ogos (Lamp. 11, halaman 19 – 20, 22 – 25) yang jelas membincangkan pelbagai isu prestasi kerja Defendan. Pembuat laporan-laporan tersebut, Puan Siti Sara binti Azman (PW-2) telah memberikan keterangan berkenaan laporan-laporan tersebut, dan isu kehadiran Defendan. Plaintif-Plaintif telah mengemukakan kad tebuk (punch card) milik Defendan sebagai bukti ketidakhadiran. Mahkamah mengambil maklum bahawa kad tebuk tersebut kosong. Untuk bulan Ogos 2021, keterangan-keterangan yang dikemukakan ialah Defendan hanya masuk ke pejabat untuk 2 hari. Itupun hanya untuk tujuan mengambil barangan beliau. Maka, Mahkamah ini tidak boleh mempertimbangkan tuntutan Defendan untuk mendapat gaji bulan tersebut. [114] Bagi tuntutan-tuntutan Defendan untuk kos kemudahan seperti telefon, tempat letak kenderaan, petrol, Mahkamah bersetuju dengan Plaintif-Plaintif bahawa tanpa bukti, dokumentasi, atau apa-apa keterangan membuktikan kos-kos tersebut wujud, Mahkamah ini tidak boleh membenarkan tuntutan Defendan kepada kos-kos tersebut. Hal ini telah diakui oleh Defendan sendiri semasa disoal balas: Adakah apa-apa bukti dalam dokumen-dokumen ini yang telah menunjukkan bahawa kamu telah membelanjakan kos-kos tersebut? Tidak. Halaman 51 dari 55 Adakah apa-apa bukti yang menunjukkan bahawa kamu telah meminta reimbursement cost-cost begitu? Tidak. [Rujuk Nota Keterangan, halaman 106, baris 8 – 13] [115] Mengenai tuntutan Defendan untuk satu akaun untuk menentusah komisyen beliau, memandangkan tiada sebarang peruntukan dalam surat perlantikan Defendan, adalah dapatan Mahkamah bahawa ianya adalah tidak berasas. [116] Atas sebab-sebab di atas, dengan ketiadaan sebarang saksi mahupun dokumen semasa (contemporaneous document), Mahkamah ini terpaksa memutuskan bahawa Defendan gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian (balance of probabilities). Atas dasar itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan gagal membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif. Maka, tuntutan-tuntutan balas Defendan ditolak. Kesimpulan [117] Inti patinya, Mahkamah dapati Hantaran 1 bukan fitnah kerana:
i
Meskipun perkataan yang digunakan oleh Defendan sememangnya mampu mempunyai taksiran fitnah (defamatory imputation), Mahkamah tidak bersetuju bahawa Defendan telah mengenal pasti P1 dalam Hantaran 1 kerana pada waktu material, adalah tidak munasabah bagi orang awam untuk Halaman 52 dari 55 mengetahui bahawa Defendan tidak lagi bekerja dengan P2 tanpa dimaklumkan/diumumkan oleh Defendan sendiri.
II
(ii) Perkataan yang digunakan oleh Defendan dalam Hantaran 1 bersifat umum dan boleh merujuk kepada mana-mana pihak yang pernah bekerja dengan Defendan. P1 tidak membawa sebarang saksi atau bukti bagi menunjukkan orang awam mampu mengaitkan Hantaran 1 kepada P1. [118] Mahkamah juga dapati bahawa Hantaran 2 adalah fitnah kerana:
i
Perkataan yang digunakan oleh Defendan bukan sahaja telah mendedahkan Plaintif-Plaintif kepada kebencian, cemuhan atau penghinaan dan menggunakan perkataan yang merendahkan maruah Plaintif-Plaintif di mata orang awam yang berfikiran waras, tetapi Defendan juga telah mengajak pembaca-pembaca Hantaran 2 untuk menjauhi Plaintif-Plaintif.
II
(ii) Defendan tanpa ragunya, secara pengakuan telah mengenal pasti Plaintif-Plaintif dalam Hantaran 2.
III
(iii) Defendan juga telah mengaku bahawa Hantaran 2 telah diterbitkan.
IV
(iv) Defendan tidak dilindungi bawah pembelaan ulasan adil kerana penyataan Defendan bukan suatu ulasan, tetapi merupakan fakta. Halaman 53 dari 55 [119] Selain itu, Mahkamah menolak tuntutan balas Defendan atas kegersangan bukti atau keterangan untuk menunjukkan bahawa Defendan sememangnya layak untuk menuntut gaji terakhir beliau serta tuntutan-tuntutan lain. [120] Atas alasan-alasan tersebut, Mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dan menolak tuntutan balas Defendan dan memerintahkan agar:
i
gantirugi keseluruhan sebanyak RM100,000-00 dibayar oleh Defendan kepada P1 dan RM150,000-00 dibayar oleh Defendan kepada P2;
II
(ii) faedah ke atas gantirugi RM100,000-00 dan RM150,000-00 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad;
III
(iii) suatu injunksi untuk menghalang Defendan, sama ada melalui diri-sendiri, kakitangannya, ejen-ejen, atau orang-orang lain, daripada menerbitkan atau menyebabkan untuk diterbit perkataan-perkataan yang bersifat fitnah terhadap Plaintif-Plaintif dalam apa juga cara; dan
IV
(iv) kos (tertakluk kepada alukator) dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Bertarikh: 2 Mei 2025 Halaman 54 dari 55 Dr. John Lee Kien How @ Mohd Johan Lee Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur Peguamcara bagi Plaintif-Plaintif: Joycelyn Goh dan Foo Hong Chuen Tetuan Izral Partnership Peguambela dan Peguamcara Peguam bagi Defendan: Nur Amirah Binti Shamsulbahrin Tetuan Mira, Sham, Yong & Connie Ng Peguambela dan Peguamcara Senarai Rujukan Kes-kes Abdul Rahman Talib lwn. Seenivasagam & Lain [1966] 2 MLJ 66 ................................ 21 Chin Choon lwn. Chua Jui Meng [2005] 2 CLJ 569 ................................................. 41, 42 Chok Foo Choo lwn. The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371 .................................. 8, 15 Dato' Seri Anwar Ibrahim lwn. Khairy Jamaluddin [2018] 3 CLJ 250 ............................. 29 Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & lain lwn Mohd Rafizi bin Ramli [2022] 3 MLJ 758 ....................................................................................................................... 24, 25 Dato’ Sri Dr. Mohamad Salleh bin Ismail & lain lwn. Nurul Izzah bt Anwar & lain [2021] 2 MLJ 577 ................................................................................................................. 7, 20 Datuk Harris Mohd Salleh lwn. Datuk Yong Teck Lee [2012] 4 MLJ ................. 32, 33, 38 Datuk Seri Anwar bin Ibrahim lwn. Wan Muhammad Azri bin Wan Deris [2014] 9 MLJ 605 ............................................................................................................................. 28 Gwee Tong Hiang lwn Boo Cheng Hau [2016] 2 MLJ 388 ............................................ 22 Jameel and others v Wall Street Journal Europe SPRL [2006] UKHL 44........................ 9 Keluarga Communication Sdn Bhd lwn. Normala Samsudin & satu lagi [2006] MLJU 40 ................................................................................................................................... 28 Mak Khuin Weng lwn. Melawangi Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 831 ......................................... 9 Halaman 55 dari 55 Mkini Dotcom Sdn Bhd & Ors lwn. Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd [2021] 7 CLJ 145 ............................................................................................................................... 9 Mohd Ridzwan Abdul Razak lwn. Asmah Hj Mohd Nor [2013] 9 CLJ 243..................... 28 Tan Sri Dato’ Lim Guan Teik lwn. Tan Kai Hee [2014] 9 MLJ 363 .......................... 40, 42 Teh Yet Poh lwn. Teh Ming Choo [2020] MLJU 1451 ................................................... 41 Statut Akta Fitnah 1957, seksyen 9 ......................................................................................... 19 Rujukan lain-lain Kamus Dewan Edisi Keempat ....................................................................................... 34
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.