Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12BNCvC-28-09 / 2023
NA-12BNCvC-28-09/2023
High Court of Malaysia29 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12BNCvC-28-09 / 2023
1
HASANUDIN BIN RENTA
2
E BROTHERS TRADING SDN BHD (NO. SYARIKAT: 764406-K) …PERAYU-PERAYU
1
HAZELIN NOR BINTI ZAINAL ABIDIN
2
DANNIS AL ‘HAFIZ
3
SHAZRYN DANISHA BINTI MUHAMAD HAZRI (NO. K/P: 100501-10-1546) …RESPONDEN-RESPONDEN (Menuntut sebagai Isteri dan Anak-Anak Yang Sah serta Orang Tanggungan Simati, MUHAMAD HAZRI BIN ASLIYAS) 03/09/2024 10:50:23 NA-12BNCvC-28-09/2023 Kand. 14 S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 2 [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: NA-A53KJ-300-09/2022
1
HAZELIN NOR BINTI ZAINAL ABIDIN
2
DANNIS AL ‘HAFIZ
3
SHAZRYN DANISHA BINTI MUHAMAD HAZRI (NO. K/P: 100501-10-1546) ...PLAINTIF-PLAINTIF (Menuntut sebagai Isteri dan Anak-Anak Yang Sah serta Orang Tanggungan Simati, MUHAMAD HAZRI BIN ASLIYAS)
1
HASANUDIN BIN RENTA
2
E BROTHERS TRADING SDN BHD (NO. SYARIKAT: 764406-K) …DEFENDAN-DEFENDAN S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 3 ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 15.09.2023 (Lampiran - 1) terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) bertarikh pada 8.09.2023 berkenaan isu liabiliti dan kuantum yang telah diawardkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) kepada Responden-Responden (Plaintif-Plaintif) selepas perbicaraan penuh di Mahkamah Sesyen. [2] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca dan meneliti rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, maka pada 29.05.2024, Mahkamah ini telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) tersebut dan menolak rayuan oleh Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) dengan tiada sebarang perintah ke atas kos. S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 4 [3] Pihak Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh 29.05.2024 tersebut di atas, telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 27.06.2024 di bawah Lampiran - 9 untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap sebahagian keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini iaitu berkenaan isu kuantum sahaja. [4] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu sebagai Defendan-Defendan dan Responden-Responden pula sebagai Plaintif-Plaintif. Fakta Ringkas Kes [5] Tindakan ini telah dibawa oleh Plaintif-Plaintif yang menuntut sebagai isteri dan anak-anak sah serta orang tanggungan Muhamad Hazri bin Asliyas (‘Si Mati’) berkenaan dengan suatu kemalangan yang telah berlaku pada 10.02.2022 jam 7.30 pagi yang melibatkan Si Mati yang menunggang Motorsikal nombor pendaftaran NCY 8731 dengan sebuah nombor pendaftaran S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 5 Motorlori MAJ 3371 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua dalam kes ini. [6] Di dalam kes ini, Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) telah memutuskan bahawa liabiliti adalah pada kadar 20:80 iaitu Defendan-Defendan adalah bertanggungan cuai sebanyak 80%. Manakala, 20% lagi kecuaian adalah disumbangkan oleh Si Mati. Analisis dan Penemuan Mahkamah Kuantum Kehilangan Tanggungan [7] Di dalam kes ini Si Mati bekerja di Universiti Sains Islam Malaysia (“USIM”) sebagai pemandu dan menerima pendapatan pada sekitar lebih kurang RM2,525.30 sebulan. Slip-slip gaji Si Mati telah ditenderkan kepada Mahkamah sebagai Ekshibit P-3 melalui Wakil Majikan Si Mati iaitu Tunku Nazruddin bin Tunku Yahya (SP-3). S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 6 [8] Selain itu, pada masa kemalangan tersebut berlaku, Si Mati juga dikatakan bekerja sebagai seorang Mekanik di bengkel yang beliau uruskan sendiri dengan memperolehi pendapatan pada sekitar RM1,500.00 sebulan. Fakta ini telah dibuktikan melalui keterangan yang telah diberikan oleh isteri kepada Si Mati iaitu Puan Hazelin bin Zainal Abidin (SP-2) dan Penyata Bank Si Mati (Ekshibit - P4). [9] Pada masa kemalangan tersebut berlaku umur Si Mati adalah 34 tahun. Oleh itu, menurut Seksyen 7(3)(iv)(d) Akta Undang-Undang Sivil, pengiraan iaitu pendarab (“multiplier”) adalah seperti berikut:- 60 tahun - 34 tahun (umur pada masa kemalangan) / 2 = 13 tahun. [10] Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) telah memberikan award di bawah item atau butiran kehilangan tanggungan ini seperti berikut:- RM2,525.30 + RM1,500.00 = RM4025.30; RM4,025.30 x 13 tahun x 12 bulan = RM627,946.80; RM627,946.80 – 1/3 living expenses (RM209,315.60) = RM418,631.20. S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 7 [11] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang telah memberikan award sebanyak RM418,631.20 ini kepada Plaintif-Plaintif di bawah item kehilangan tanggungan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif di dalam kes ini. Mahkamah mendapati gantirugi sebanyak RM418,631.20 ini adalah amat munasabah, berasas, wajar dan tidak berlebihan untuk diberikan sebagai gantirugi untuk kehilangan tanggungan ini. Bereavement (Kedukacitaan) [12] Seterusnya, untuk bereavement (kedukacitaan), berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956 dengan jelas telah memperuntukkan bahawa Waris iaitu Plaintif-Plaintif di dalam kes ini adalah berhak dan layak untuk menuntut pampasan kedukacitaan ini untuk jumlah sebanyak RM30,000.00. [13] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang telah memberikan award sebanyak RM30,000.00 untuk ‘bereavement’ atau kedukacitaan ini. S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 8 Kos pengkebumian dan kos dokumentasi [14] Selanjutnya, Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan dan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang telah memberikan award sebanyak RM3,000.00 sebagai kos pengkebumian dan sebanyak RM148.00 sebagai kos dokumentasi. [15] Mahkamah mendapati amaun sebanyak RM3,000.00 dan RM148.00 ini adalah amat munasabah, berasas, wajar dan tidak berlebihan untuk diberikan kepada Plaintif-Plaintif sebagai kos untuk pengkebumian (‘funeral expenses’) dan kos dokumentasi ini. [16] Oleh itu, berdasarkan kepada alasan-alasan yang tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa jumlah atau amaun award yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) kepada Plaintif-Plaintif di dalam tindakan ini adalah adalah berpatutan, berpadanan, munasabah dan tidak berlebihan serta ianya adalah mengikut trend semasa dengan mengambilkira kos hidup masa ini. S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 9 [17] Seterusnya, Mahkamah ini juga telah mengambil kira prinsip yang dinyatakan di dalam kes Ku Jia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be a form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must by fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292) The aim is to put the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC)). [18] Selain itu, Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan-Defendan telah gagal untuk menunjukkan mana-mana bahagian dalam penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) yang dikatakan telah terkhilaf. Mahkamah mendapati bahawa tidak ada terdapat sebarang bukti bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) telah terkhilaf atau tersilap di dalam keputusan dan penghakimannya. Malahan, kesemua faktor dan alasan telah diterangkan atau S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 10 dijelaskan dan telah diambilkira serta dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) di dalam alasan penghakiman beliau. [19] Begitu juga, perlu ditegaskan bahawa Mahkamah Tinggi seharusnya mengambil pendekatan lebih berhati-hati di dalam pendengaran sesuatu rayuan oleh kerana penemuan dan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) tersebut adalah disokong melalui keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi dan juga bukti-bukti serta ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan di hadapan beliau (‘HMS’) sewaktu perbicaraan kes ini berjalan di peringkat Mahkamah Sesyen Seremban tersebut. [20] Di dalam kes, Mahmod Kailan v. Goh Seng Choon & Anor [1976] 2 MLJ 239, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- “the Appellate Court can only interfere with award of damages by the trial Court if it is shown that the trial judge has acted on a wrong principle of law or that he has misapprehend the facts or he has made a wholly erroneous estimate of the damage suffered.” S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 11 [21] Selanjutnya, di dalam kes Kovalan Rajoo v. Hanif Muhamad Pauzi [2016] 2 CLJ 965, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “[12] In light of the above Federal Court’s decisions, the legal proposition in an appeal against an award for damages could be surmised as follows:
i
The onus on an appellant is a heavy one;
II
(ii) The appellant must satisfy the Appellate Court: a. That the trial judge acted on a wrong principle of law; or b. The damages awarded was so extremely high or low to make it entirely an erroneous estimate of damages, or in other words, it is plainly unreasonable; or c. The trial judge omitted to consider some relevant materials or admitted some irrelevant considerations, resulting in the award of damages being wholly inaccurate. In other words, if the trial judge had considered the relevant materials or did not take into considerations, the trial judge would have come to an award entirely different from what he had awarded.
III
(iii) The award of damages in each case stands by itself;
IV
(iv) it is not enough for the Appellant to show there is a balance of opinion or preference.” S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 12 Kesimpulan [22] Justeru itu, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa rayuan yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan ini jelas tidak bermerit. Oleh yang demikian, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan di bawah Lampiran - 1 dengan tiada sebarang perintah terhadap kos dalam Rayuan ini. Disediakan oleh: t.t Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 3 haribulan September 2024. S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-28-09/2023 13 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN FRANCIS PEREIRA & SHAN Suite 8A Wisma TCT 516-1 3rd Mile Ipoh Road Jalan Sultan Azlan Shah 51200 Kuala Lumpur. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN SIVARUBEN & CO 8-12-13, Menara Mutiara Bangsar Jalan Liku Off Jalan Riong 59100 Bangsar Kuala Lumpur. S/N JnaK/y0A8U2zzh9vaxrSiw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.