Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-37-09/2017
DA-22NCVC-37-09/2017
High Court of Malaysia22 Nov 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-37-09/2017
1
HASHIM BIN JAFFAR
2
NORDIN BIN JAFFAR (NO. K/P: 610304-03-5383) … PLAINTIF-PLAINTIF
1
RUSNAH BINTI JAFFAR
2
ZAINUDDIN BIN AB KADIR (NO. K/P: 650525-03-5287) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. LATAR BELAKANG [1] Kes ini adalah berkenaan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan yang menuntut satu Perintah Perlaksanaan Spesifik terhadap satu Perjanjian Lisan di antara Defendan Pertama dan arwah bapanya, bernama Jaffar bin Omar (selepas ini digelar “arwah Jaffar”) berkaitan dengan tanah kepunyaan arwah Jaffar 2 yang dikenali sebagai Lot 954, GM 706, Kg. Tok Jawa, Mukim Telok Mesira, Jajahan Bachok, Kelantan (selepas ini digelar “hartanah itu”). Plaintif-Plaintif juga menuntut ganti rugi am dan teladan serta permohonan untuk pemilikan kosong. [2] Setelah melalui satu perbicaraan penuh dan diakhir kes, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah memutuskan bahawa Plaintif di atas imbangan kebarangkalian telah membuktikan tuntutannya dengan kos sebanyak RM6,000.00. Pihak Defendan-Defendan juga ada membuat tuntutan balas namun Mahkamah telah menolaknya. [3] Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, Defendan-Defendan telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan. [4] Ini merupakan alasan-alasan Mahkamah terhadap keputusan tersebut. B. FAKTA KES [5] Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Defendan Pertama adalah adik beradik dan merupakan anak-anak simati, arwah Jaffar bin Omar. Defendan Kedua merupakan suami kepada Defendan Pertama. [6] Pada segala waktu yang material, arwah Jaffar adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut beralamat Lot 954, GM 706 Kampung 3 Tok Jawa, Mukim Telok Mesira Jajahan Bachok Kelantan sebelum dipindahmilik kepada Defendan Pertama. [7] Plaintif-Plaintif pada segala waktu yang material mendiami di dua buah rumah yang dibina di atas hartanah tersebut dengan keizinan dan pengetahuan arwah Jaffar sebelum hartanah tersebut dipindahmilik kepada Defendan-Defendan. [8] Pada sekitar 2005, Defendan-Defendan telah memasuki suatu perjanjian lisan dengan arwah Jaffar (selepas ini disebut sebagai “Perjanjian Lisan tersebut”) di mana syarat-syarat tersebut adalah sebagaimana berikut:
i
Arwah Jaffar bersetuju untuk memindahmilik keseluruhan hartanah tersebut kepada Defendan Pertama;
II
(ii) Tujuan pindahmilik tersebut adalah untuk tujuan sementara iaitu Defendan Pertama untuk memindahkan kepada Defendan Kedua untuk membolehkan Defendan Kedua mendapatkan wang pembiayaan perumahan Kerajaan daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Sektor Awam (selepas ini disebut sebagai “pembiayaan tersebut”);
III
(iii) Ini adalah kerana Defendan Kedua sedang berkhidmat di dalam sektor awam dan layak mendapat pinjaman perumahan daripada Kerajaan; dan 4
IV
(iv) Defendan-Defendan telah bersetuju dan berjanji untuk memindahmilik semula hartanah tersebut kepada arwah Jaffar setelah segala urusan permohonan pembiayaan tersebut selesai. [9] Perjanjian lisan tersebut telah disaksikan oleh beberapa orang kampung termasuklah Plaintif Pertama serta adik-beradik kandung Plaintif-Plaintif yang lain. [10] Arwah Jaffar bersetuju untuk memasuki Perjanjian Lisan tersebut memandangkan Defendan-Defendan telah berjaya meyakinkannya bahawa pindahmilik hartanah tersebut hanyalah sementara dan hakmilik akan dikembalikan kepadanya setelah pembiayaan tersebut lulus. [11]
Preamble
Menurut pihak Plaintif, Defendan-Defendan pula telah berjanji untuk memindahmilik semula hartanah tersebut kepada arwah Jaffar setelah pembiayaan tersebut lulus dan bukanlah selepas pembiayaan tersebut diselesaikan. Atas dasar wujudnya janji daripada Defendan-Defendan tersebut, maka pada 19 Jun 2005, arwah Jaffar telah memindahmilik keseluruhan tanah miliknya kepada Defendan Pertama bertempat di Pejabat Tanah Bachok di hadapan Pentadbir Tanah Jajahan Bachok. [12]
Preamble
Menurut Plaintif, Plaintif Pertama secara sedar dan penuh pengetahuan tahu mengenai Perjanjian Lisan tersebut dan telah turut hadir untuk menemani Arwah Jaffar sebagai saksi lisan di 5 dalam urusan pindah milik tersebut. Hartanah tersebut adalah satu-satunya harta yang arwah Jaffar miliki dan beliau juga menghabiskan hayatnya tinggal di rumah yang dibina atas hartanah tersebut. [13] Pada sekitar tarikh 17 September 2006, menurut Plaintif, Defendan Pertama telah memindahmilik 1/3 bahagian hartanah tersebut kepada Defendan Kedua bagi tujuan permohonan pembiayaan tersebut. Seterusnya, Plaintif Pertama, arwah Jaffar serta adik-beradik kandung yang lain kemudiannya telah dimaklumkan oleh Defendan-Defendan bahawa pembiayaan tersebut telah diluluskan dan kini hartanah tersebut digadaikan kepada pihak Kerajaan Malaysia. [14] Plaintif-Plaintif rasa terkilan dan tidak berpuas hati kerana manakala Defendan-Defendan telah mendapat manfaat dari segi kewangan apabila pembiayaan tersebut diluluskan namun arwah Jaffar tidak diberikan sebarang wang daripada pembiayaan tersebut memandangkan pindahmilik hartanah tersebut telah dipersetujui adalah dalam bentuk sementara sebagaimana Perjanjian Lisan tersebut. [15]
Preamble
Mengikut pihak Plaintif, arwah Jaffar telah kerap kali mengingatkan Defendan-Defendan untuk mematuhi Perjanjian Lisan tersebut, namun Defendan-Defendan gagal dan enggan untuk mematuhinya meskipun telah didesak secara berterusan oleh arwah. 6 [16] Pada 8 Januari 2007, hartanah tersebut telah dikaveat oleh arwah Jaffar yang mana dinyatakan dalam Surat Akuan Permohonan Memasukkan Kaveat hartanah tersebut bahawa Defendan Pertama telah berjanji untuk menyerahkan semula hartanah tersebut kepadanya. [17] Setelah Defendan-Defendan mengetahui mengenai kaveat tersebut, Defendan-Defendan telah memaklumkan kepada arwah Jaffar bahawa pembiayaan tersebut tidak akan diluluskan oleh pihak Kerajaan Malaysia jika gadaian tidak dibuat terhadap hartanah tersebut. [18] Arwah Jaffar kemudiannya telah secara berterusan mengingatkan dan meminta Defendan-Defendan mematuhi Perjanjian Lisan tersebut sehinggalah beliau meninggal dunia pada sekitar tarikh 2 November 2011. Menurut Plaintif, sebelum arwah Jaffar meninggal dunia, beliau telah memberikan amanat dan wasiat lisan kepada kesemua anak-anak kandungnya bahawa hartanah tersebut hendaklah dipindahmilik kembali kepadanya sebagaimana Perjanjian Lisan tersebut dan jika tidak dipindahmilik, ianya akan menjadi harta pusakanya yang berhak dipindahmilik kepada kesemua anak-anak kandungnya termasuklah Defendan Pertama. [19] Adalah menjadi kes Plaintif bahawa setelah arwah Jaffar meninggal dunia Plaintif-Plaintif telah dihalau dan dimaki hamun oleh Defendan-Defendan atas sebab Defendan-Defendan adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Plaintif-Plaintif juga telah 7 menerima Notis Pengusiran daripada Peguamcara Defendan-Defendan supaya Plaintif-Plaintif berpindah atau mengosongkan hartanah tersebut. [20] Oleh yang demikian, Plaintif telah memohon Perintah seperti berikut:
i
Defendan-Defendan hendaklah mematuhi dan melaksanakan secara spesifik Perjanjian Lisan tersebut;
II
(ii) Defendan-Defendan hendaklah menebus gadai keseluruhan bahagian hartanah yang dipegang di bawah Lot 954, GM 706, Kg. Tok Jawa, Mukim Telok Mesira, Jajahan Bachok, Kelantan daripada pihak Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia (yang kini dikenali sebagai Lembaga Pembiayaan Perumah Sektor Awam) bagi tujuan pindahmilik kepada kesemua waris-waris arwah bapa kandung mereka tersebut yang berhak mengikut pembahagian Undang-undang faraid termasuklah Plaintif-Plaintif dan Defendan Pertama;
III
(iii) Gantirugi Am dan Teladan atas tindakan Defendan-Defendan yang telah cuba mengusir, telah memaki-hamun dan menghalau Plaintif sebanyak RM50,000.00 sahaja;
IV
(iv) Kos; dan 8
v
Lain-lain relif yang difikirkan patut ataupun suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. Tuntutan Balas Defendan-Defendan [21] Pihak Defendan pula menafikan apa yang ditegaskan oleh pihak Plaintif. [22] Sebaliknya Defendan-Defendan menyatakan bahawa mereka adalah Pemilik Berdaftar tanah tersebut. Menurut Defendan-Defendan hartanah tersebut telah diserahmilik oleh arwah Jaffar kepada Defendan Pertama secara sukarela pada masa arwah Jaffar masih hidup, sejak tahun 2005 lagi. Arwah Jaffar meninggal dunia pada 2 November 2011. [23] Defendan-Defendan menegaskan bahawa hartanah tersebut diserahkan kepada Defendan Pertama oleh arwah Jaffar (bapa mereka) secara sukarela daripada bapa kepada anak di atas sebab Defendan Pertama adalah satu-satunya anak arwah Jaffar yang menanggung dan membantu arwah Jaffar dari segi kewangan dan keperluan harian bapa mereka. [24] Defendan-Defendan menegaskan bahawa setelah bapa mereka meninggal dunia pada 2 November 2011, Plaintif-Plaintif mula membuat kacau ganggu, memaki dan mengancam keluarga Defendan-Defendan dan juga cuba menghalau Defendan-Defendan daripada hartanah tersebut. Defendan-Defendan juga menegaskan 9 bahawa Plaintif Kedua hanya menduduki rumah di atas hartanah tersebut hanya setelah arwah bapa mereka meninggal dunia. Ini disebabkan Plaintif Kedua telah bergaduh dengan arwah bapa mereka yang menyebabkan Plaintif Kedua tidak dibenarkan menjejaki hartanah tersebut. [25]
Preamble
Menurut Defendan-Defendan, memandangkan arwah Jaffar memujuk Defendan-Defendan untuk tinggal berhampiran dengannya, maka Defendan-Defendan mengambil keputusan untuk membuat rumah melalui Pinjaman Kerajaan Defendan Kedua (suami Defendan Pertama) di atas hartanah tersebut. [26] Selepas arwah Jaffar meninggal dunia, Plaintif Kedua mula menduduki rumah peninggalan arwah Jaffar yang terletak di atas tanah tersebut. Pada sepanjang masa Plaintif Pertama dan Kedua telah menduduki tanah tersebut tanpa membuat apa-apa bayaran sewa. [27]
Preamble
Menurut Defendan Pertama dan Defendan Kedua, hak Plaintif Pertama untuk menduduki hartanah tersebut adalah di atas budi bicara Defendan Pertama dan Defendan Kedua semenjak tahun 2005. [28]
Preamble
Menurut Defendan-Defendan, mereka amatlah tidak berpuas hati dengan tindakan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua yang bukan sahaja mengugut, memaki-hamun, memukul dan mengancam Defendan Pertama dan Defendan Kedua serta ahli keluarganya 10 malah telah menyusahkan Defendan Pertama dan Defendan Kedua dengan memfailkan satu Saman Pemula tersebut yang telah menafikan hak mutlak Defendan Pertama dan Defendan Kedua sebagai pemilik berdaftar yang sah. [29] Akibat tindakan Plaintif-Plaintif yang sentiasa mengacau ganggu dan mengugut Defendan sehingga berlakunya pergaduhan, maka Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah mengeluarkan notis pengusiran melalui peguamnya terhadap Plaintif-Plaintif. [30]
Preamble
Menurut Defendan-Defendan, kedua-dua Plaintif tetap berdegil dan enggan mengosongkan tanah tersebut dan juga membuat kacau ganggu dan memberi tekanan terhadap Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [31] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Defendan Pertama dan Defendan Kedua menuntut balas daripada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua seperti berikut:
i
Perisytiharan bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua tidak mempunyai hak ke atas tanah tersebut;
II
(ii) Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua hendaklah mengosongkan tanah tersebut serta merta;
III
(iii) Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua ditegah daripada membuat apa-apa kacauganggu, mengugut, mengancam dan 11 mencederakan Defendan Pertama dan Defendan Kedua atau orang-orang lain sebelum mendapat kebenaran Mahkamah;
IV
(iv) Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua hendaklah membayar kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua wang sebanyak RM100,000.00 sebagai pampasan terhadap mana-mana kecederaan dan kerosakan harta benda Defendan Pertama dan Defendan Kedua akibat tindakan Plaintif Kedua yang menyerang dan memecahkan barang-barang runcit di dalam kedai Defendan Pertama;
v
Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua membayar kepada Defendan Pertama dan Defendan Kedua sebanyak RM50,000.00 sebagai ganti rugi tauladan kerana telah memulakan beberapa tindakan di Mahkamah dengan tanpa asas undang-undang yang sah;
VI
(vi) Faedah atas kadar 5% setahun ke atas jumlah RM150,000.00 dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh;
VII
(vii) Semua kos tindakan ini;
VIII
(viii) Apa-apa perintah atau relif yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini. 12 C. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [32] Adalah menjadi tanggungjawab Plaintif untuk membuktikan tuntutannya di atas imbangan kebarangkalian. Dua keterangan penting yang perlu dibuktikan adalah arwah Jaffar telah memindahkan tanah tersebut sepenuhnya kepada Defendan Pertama secara sementara dan seterusnya Defendan Pertama memindahkan sebahagian daripadanya kepada suaminya (Defendan Kedua) bagi maksud membuat Pinjaman Perumahan daripada Kerajaan. Keduanya Plaintif-Plaintif perlu membuktikan bahawa tidak mungkin arwah Jaffar memberikan hartanah tersebut secara mutlak kepada Defendan-Defendan. [33] Di dalam kes sivil apabila terdapat 2 versi mengenai sesuatu kes itu, tugas Mahkamah adalah untuk menentukan versi mana yang lebih probabel. [34] Di dalam kes ini, pemindahan hartanah tersebut daripada arwah Jaffar kepada Defendan Pertama adalah tidak dipertikaikan. Namun yang dipertikaikan adalah sama ada pemindahan itu adalah bersifat sementara atau kekal. Adalah menjadi kes Plaintif bahawa pemindahan ini adalah bersifat sementara sahaja. Menurut SP-1 arwah Jaffar telah memberitahu beliau bahawa arwah Jaffar dipujuk oleh Defendan Pertama untuk menyerahkan hakmilik hartanah tersebut kepada Defendan Pertama bagi maksud membuat rumah melalui Pinjaman Perumahan Kerajaan. Percakapan arwah ini disaksikan oleh isteri SP1 (soalan dan jawapan 33-35). 13 [35] Pemindahan ini telah terlaksana apabila SP-1 bersama arwah Jaffar telah pergi ke Pejabat Tanah Daerah Bachok bersama Defendan Pertama dan suaminya (Defendan Kedua) pada 19.06.2005 untuk urusan tersebut. Walau bagaimanapun SP-1 tidak dibenarkan masuk ke bilik Pegawai berkenaan bersama mereka. Tindakan ini boleh dilihat sebagai “conduct” dan niat Tertuduh Pertama untuk memastikan pindahmilik itu berlaku dengan lancar tanpa halangan daripada SP-1. [36] Setelah itu, satu Perjanjian Lisan telah juga dilaksanakan di antara Defendan Pertama dan arwah Jaffar. Plaintif Pertama (SP-1) sendiri telah dimaklumkan oleh Defendan Pertama dan arwah Jaffar bahawa mengikut Perjanjian Lisan tersebut, Defendan Pertama akan menyerahkan kembali hak hartanah tersebut kepada Plaintif Pertama (SP-1) dan adik-beradik lain selepas pinjaman beliau dengan Kerajaan telah selesai dilunaskan. Mengikut Plaintif Pertama (SP-1) ianya disaksikan oleh isterinya. Malahan pindah milik tersebut tidak diketahui oleh adik-beradik lain kerana arwah Jaffar enggan menghebohkannya kepada anak-anak lain supaya tidak ditentang oleh mereka kerana pemindahan itu adalah bersifat sementara sahaja. [37] Seterusnya keterangan menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah memindah milik hartanah tersebut kepada Defendan Kedua bagi maksud mencagarnya bagi maksud membuat Pinjaman Kerajaan seterusnya. 14 [38] Apa yang berlaku seterusnya? [39] Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah enggan memindahkan semula hartanah tersebut dengan menyatakan bahawa arwah Jaffar telah memberinya dengan percuma kepada Defendan Pertama kerana dialah satu-satunya anak yang menjaga arwah Jaffar dari segi makan minum dan kebajikannya. Ini berlaku sebelum arwah Jaffar meninggal. Menurut SP-1 Defendan Pertama memberitahu Defendan Kedua supaya mengganggap hartanah tersebut dimiliki oleh mereka (soalan 55). Keengganan mereka untuk memindah semula hartanah ini berlarutan sehingga arwah meninggal dunia. Defendan Pertama/SD-1 telah memberi keterangan dan di dalam Penyata Saksinya di Soalan 5 hingga 8, SD-1 berkata: “S5 : Sila Puan Rusnah terangkan kepada Mahkamah siapakah Pemilik Berdaftar hartanah yang dikenali sebagai GM 706, Lot 954, Mukim Telok Mesira, Kg. Tok Jawa, Jajahan Bachok, Negeri Kelantan? J5 : Saya dan suami saya Zainuddin bin Ab Kadir adalah Pemilik Berdaftar hartanah itu. S6 : Bilakah Puan Rusnah memperolehi hartanah tersebut? J6 : Saya memperolehi tanah tersebut melalui pemberian percuma daripada arwah bapa saya Jaffar bin Omar pada 21 Jun 2005 memandangkan 15 sayalah satu-satunya anak arwah yang membantu arwah bapa saya dari segi kewangan dan keperluan harian. S7 : Pada hari arwah bapa Puan menyerahkan hakmilik hartanah tersebut kepada Puan, siapakah lagi yang ada bersama Puan? J7 : Kami pergi berempat, iaitu saya, suami saya yang pandu kereta kami, arwah bapa dan juga Hashim (Plaintif Pertama). S8 : Adakah Hashim dan suami Puan ada bersama di dalam bilik Pentadbir Tanah? J8 : Tidak. Mereka tunggu di luar, saya dan arwah bapa sahaja masuk.” [40] Seperti yang dinyatakan tadi, fakta ini dinafikan oleh saksi-saksi Plaintif khususnya SP-1 iaitu Plaintif Pertama yang menyatakan arwah Jaffar selalu mengingatkan mereka bahawa pemindahan hartanah tersebut adalah bersifat sementara dan perlu diserahkan semula kepada arwah Jaffar setelah proses permohonan pinjaman tersebut selesai. [41] Keterangan Defendan Pertama/SP-1 ini disokong oleh Defendan Kedua, SD-2 yang juga merupakan suaminya. Menurut SD-2 memang arwah Jaffar menyerahkan hartanah tersebut kepada 16 Rusnah. Bapa mertuanya itu tidak pernah meminta tanah itu balik dan tidak menghalang mereka membina rumah di atasnya. [42] Mahkamah telah melihat ada 2 versi mengenai bagaimana ketuanpunyaan ini berlaku. [43] Di peringkat ini, Mahkamah masih belum nampak versi mana yang lebih probabel. Ke arah itu Mahkamah akan meneliti mengenai isu kasih sayang yang terbentuk di antara arwah Jaffar dan Defendan Pertama. [44] Di dalam kes ini pihak-pihak tidak menafikan bahawa Plaintif Pertamalah yang telah menduduki hartanah tersebut dahulu sebelum kehadiran Plaintif Kedua dan Defendan-Defendan, iaitu pada tahun 1977 dan fakta ini tidak dinafikan oleh mana-mana pihak Plaintif ataupun Defendan-Defendan. Defendan-Defendan di dalam kes ini mengakui bahawa rumah Defendan hanya siap pada tahun 2007 iaitu tiga puluh (30) tahun selepas Plaintif Pertama menduduki hartanah tersebut. [45] Ini bermakna bahawa Plaintif Pertama adalah anak yang berada paling berdekatan dengan arwah Jaffar kerana Defendan Pertama dan Defendan Kedua hanya menduduki hartanah tersebut pada tahun 2007. Iaitu 4 tahun sebelum arwah Jaffar meninggal dunia. 17 [46] Di dalam Pernyataan Balas Defendan Pertama telah menyatakan bahawa beliau tinggal di Teluk Mesira dan Paya Bemban sebelum beliau membuat rumah di sebelah rumah arwah Jaffar. [47] Kedudukan kedua-dua tempat ini adalah berjauhan dan memerlukan Defendan-Defendan untuk berulang-alik menggunakan kenderaan. [48] Berbanding dengan Defendan-Defendan, adalah logik bahawa menjadi tanggungjawab Plaintif Pertama untuk menguruskan segala keperluan arwah Jaffar kerana Plaintif Pertama merupakan orang yang paling dekat dengan arwah Jaffar dan boleh memberi bantuan segera kepada arwah Jaffar sekira beliau memerlukan apa-apa bantuan. [49] Defendan Pertama sewaktu disoal balas mengakui bahawa waktu kerja beliau sebagai promoter bermula dari jam 11.00 pagi hingga 8.00 malam. Mahkamah berpendapat bahawa keterangan Defendan Pertama mengenai waktu berkerjanya bercanggah dengan plidingnya iaitu bahawa hanya beliau yang telah menjaga arwah Jaffar pada segala waktu material. Manakala Defendan Kedua juga bekerja pada waktu pejabat. Keterangan Defendan-Defendan juga tidak disokong oleh mana-mana saksi dan bukti bahawa Defendan Pertama benar-benar telah menjaga arwah Jaffar sehingga mendorong arwah memindahmilik tanah tersebut kepada Defendan Pertama. 18 [50] Di atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa tidak ternampak nilai kasih sayang yang ketara yang telah ditunjukkan oleh Defendan Pertama terhadap arwah Jaffar dan kenyataan bahawa Defendan Pertama yang menyara arwah Jaffar adalah kenyataan yang tidak benar. [51] Mahkamah ingin merujuk kepada soalan-soalan dan jawapan-jawapan di dalam Pernyataan Balas kepada Defendan Pertama bagi menunjukkan bahawa tiada nilai kasih sayang yang telah ditunjukkan oleh Defendan Pertama terhadap arwah Jaffar: “Soalan 9(a) : Adakah puan tahu tentang sebab kematian arwah Jaffar? Jawapan : Penyakit kencing manis dan sakit tua. Soalan 9(c) : Adakah puan menjaga arwah semasa arwah sakit? Jawapan : Saya tak jaga. Soalan 10(b) : Kenapakah rumah di hartanah tersebut tidak dilakukan segera selepas pindah milik itu? Kenapa perlu tunggu sehingga 2 tahun kerana tempoh 2 tahun itu satu tempoh yang panjang dan akan menyukarkan urusan puan untuk menjaga arwah Jaffar? Jawapan : Tidak berniat untuk buat rumah di situ. 19 Soalan 10(d) : Puan ada menyatakan bahawa arwah Jaffar desak puan untuk tinggal berdekatan, soalan saya adakah puan akan membina rumah berhampiran dengan rumah arwah sekiranya puan tidak didesak? Jawapan : Tidak.” [52] Berdasarkan soalan-soalan dan jawapan-jawapan di atas Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa adalah jelas bahawa Defendan Pertama bukanlah anak yang mempunyai sifat kasih sayang terhadap arwah Jaffar kerana Defendan Pertama tidak menjaga arwah Jaffar di hospital bahkan tidak mengetahui punca sebenar kematian arwah Jaffar. [53] Defendan Pertama juga jelas telah mengaku bahawa beliau sebenarnya tidak pernah terniat untuk membuat rumah di hartanah tersebut dan tidak akan membuat rumah di hartanah tersebut sekiranya beliau tidak didesak oleh arwah Jaffar. [54] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa tiada wujudnya nilai kasih sayang yang istimewa di antara arwah Jaffar dan Defendan Pertama yang membolehkan nilai kasih sayang tersebut menjadi penyebab kepada arwah Jaffar menyerahkan hartanah tersebut kepada Defendan Pertama semata-mata. Boleh diandaikan bahawa arwah Jaffar terasa mengenai sifat Defendan Pertama ini yang tidak menunjukkan sifat kasih sayangnya kepada 20 arwah menyebabkan arwah membuat tindakan resiprokal (reciprocal) dengan memasukki kaveat ke atas hartanah tersebut dan mencadangkan kepada anak-anaknya yang lain bahawa tanah tersebut diberikan kepada Defendan Pertama di atas sifat sementara dan beliau tidak bercadang untuk memberikan hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan secara kekal. [55] Mahkamah juga telah meneliti keterangan Defendan Pertama semasa disoal balas. Mahkamah ini membuat dapatan fakta bahawa sebenarnya Defendan Pertama tidak mampu dan malahan tidak membela arwah. Ini disebabkan pendapatan Defendan Pertama yang kecil yang hanya mampu menanggung keluarganya. [56] Ini adalah berdasarkan keterangannya seperti berikut: “Soalan 3(a) : Setuju atau tidak bahawa gaji puan dan suami hanya cukup-cukup sahaja untuk perbelanjaan keluarga puan? Jawapan : Setuju. Soalan 3(b) : Setuju atau tidak bahawa gaji puan dan suami akan habis untuk kegunaan keluarga puan sahaja pada setiap bulan? Jawapan : Setuju. Soalan 3(c) : Setuju atau tidak sebenarnya gaji puan dan suami tidak mencukupi untuk 21 menanggung kewangan dan keperluan harian arwah Jaffar sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak puan? Jawapan : Tidak setuju, perbelanjaan lebih kurang RM100 sebulan untuk arwah.” [57] Justeru, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan Pertama bukanlah orang yang berkemampuan sepenuhnya untuk menjaga kewangan dan keperluan harian arwah Jaffar. Arwah Jaffar mempunyai pekerjaan sendiri iaitu membawa Teksi. Ini disahkan oleh Defendan Pertama sendiri. [58] Justeru, arwah mempunyai pendapatan sendiri dan mampu untuk menanggung dirinya sendiri tanpa mengharapkan bantuan anak-anak. [59] Mahkamah juga mendapati bahawa tindakan arwah Jaffar memasuki kaveat ke atas tanah tersebut pada 8 Januari 2007 menguatkan lagi fakta bahawa penyerahan hartanah tersebut untuk sementara sahaja. Isi kandungan kaveat tersebut dengan sendirinya menunjukkan fakta sedemikian seperti berikut: “Saya Jaffar bin Omar (No. K/P.: 311107-03-5333) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di Kg. Budi, Tawang, 16020 Bachok Kelantan dengan sesungguhnya berikrar dan mengaku bahawa: 22 Tanah yang memakai Lot 954 GM 706 Mukim Telok Mesira ialah Pemilik Asal. Saya telah memindahmilik tanah tersebut kepada anak Rusnah binti Jaffar (No. K/P.: 630602-03-5214) pada 21 Jun 2005 semasa saya sendang sakit dan beliau berjanji akan menyerahkan semula. Hal ini demikian, tidak berlaku sebagaimana Perjanjian Lisan. Oleh hal yang demikian, saya ingin memasukkan tegahan terhadap tanah tersebut sebarang urusniaga bagi mendapatkan semula tanah berkenaan.” [60] Mahkamah telah meneliti dan mendapati di dalam kaveat tersebut ada dirujuk nama Rusnah binti Jaffar iaitu Defendan Pertama dan ini diakui oleh Defendan Pertama. Dibaca kandungan di dalam kaveat ini secara keseluruhan ianya menunjukkan kebimbangan dan kerisauan arwah Jaffar untuk “meminjamkan” tanah tersebut kepada Defendan Pertama. Dengan ini dapatlah di buat inferens bahawa arwah Jaffar tidak berniat untuk memberikan hartanah tersebut kepada Defendan-Defendan “secara percuma” mahupun “secara kasih sayang”. [61] Mahkamah juga telah merujuk kepada keterangan pihak Plaintif khususnya SP-1 dan SP-2 bahawa arwah Jaffar memang hendak memindahkan hartanah itu kepada Defendan Pertama secara sementara sahaja. Dilihat keterangan secara keseluruhan, 23 Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua orang saksi ini adalah saksi yang kredibel. [62] Fakta yang terakhir daripada keterangan mereka ini adalah disokong oleh saksi bebas iaitu SP-2 dan SP-3 yang mengesahkan bahawa arwah Jaffar ada memberitahu mereka bahawa beliau telah memindahkan hartanah tersebut kepada Defendan Pertama yang telah berjanji untuk memulangkannya semula tetapi tidak dilakukan. Bagi SP-3, beliau mengetahui perkara ini apabila arwah Jaffar datang untuk mendapat pendapatnya bagaimana ingin mendapat semula tanah tersebut daripada Defendan Pertama. D. KESIMPULAN [63] Setelah meneliti dan menimbang keterangan-keterangan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati versi Plaintif adalah lebih probabel dan keterangan saksi-saksi Plaintif telah disokong oleh saksi bebas iaitu SP-2 dan SP-3 yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. [64] Di atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kesnya dan Mahkamah membenarkan permohonannya. Sehubungan dengan itu, Mahkamah mendapati bahawa Defendan telah gagal membuktikan Tuntutan Balasnya dan menolaknya dengan kos sebanyak RM6,000.00. 24 Tarikh: 28 Julai 2019 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Hakim Mahkamah Tinggi Sivil NCvC 3 Kuala Lumpur Pihak-Pihak: Peguam Plaintif Pertama : Encik Nik Mohd Faris Syazwan Tetuan Naim Mahmud, Faris & Nadia Peguambela & Peguamcara PT 354, Tingkat 1, Kedai Melor 16400 Kota Bharu, Peguam Plaintif Kedua : Puan Siti Syaerah Tetuan Syaerah & Maryati Peguambela & Peguamcara No. 2679-E, Jalan Telipot 15150 Kota Bharu Peguam Defendan-Defendan : Puan Nor Hayati Tetuan Nor Hayati & Co Peguambela & Peguamcara Lot 833, Tingkat 1 Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27 15300 Kota Bharu
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.