susulan daripada (a), (b) dan (c) di atas, pendaftaran sebagaimana Perserahan No. 1067/2022 bertarikh 7 April 2022 dan Perserahan No. 1067/2022 bertarikh 7 April 2022 dibatalkan. Fakta kes yang relevan [3] Perayu 1 adalah merupakan pemilik berdaftar semua bahagian tanah yang dikenali sebagai Lot 922, GM 9, Kg Baung, Mukim Bayang, Daerah Panji, Jajahan Kota Bharu (tanah pertama) dan Perayu 2 adalah pemilik berdaftar semua bahagian tanah yang dikenali sebagai PT 710, HS(M) 832, Kg Baung, Mukim Bayang, Daerah Panji, Jajahan Kota Bharu (tanah kedua). [4] Memandangkan terdapat permohonan oleh Responden 3 yang merupakan pemilik berdaftar Lot 921, GM 35, Kg Baung, Mukim Bayang, Daerah Panji, Jajahan Kota Bharu (tanah Responden 3) untuk mewujudkan hak lalulalang di bawah seksyen 390 KTN, maka Responden 1 telah mengeluarkan Notis bagi siasatan dijalankan. Sebanyak 3 kali tarikh siasatan ditetapkan iaitu pada 17/4/2018 (siasatan kali pertama), pada 6/12/2021 (siasatan kali kedua) dan kali terakhir adalah pada 28/3/2022 (siasatan kali ketiga). [5] Siasatan kali pertama telah ditangguhkan oleh Responden 1 bagi membolehkan Responden 3 untuk berbincang dengan pemilik-pemilik tanah bagi tujuan membeli tanah yang berkaitan (rujuk MA- 3), manakala bagi siasatan yang kedua, kedua-dua Perayu telah hadir dan telah mencadangkan cadangan alternatif iaitu untuk hak lalulalang tersebut melalui Lot PT 708, Lot 184, Lot 193, Lot 192 dan Lot 1279. Siasatan kali kedua ini turut ditangguhkan (rujuk MA- 5). [6] Manakala siasatan ketiga telah diadakan pada 23/3/2022 dan Responden 1 telah mempertimbangkan cadangan Responden 3 serta cadangan oleh Perayu-perayu dan memutuskan untuk menerima permohonan Responden 3 yang melibatkan 2 lot berkeluasan 72 meter persegi dengan nilaian pampasan sebanyak RM20,100.00 yang turut mengambilkira pampasan terhadap binaan pagar konkrit yang telah dibina oleh Perayu 1 (rujuk MA-7). Prinsip perundangan berkaitan hak lalulalang di bawah KTN [7] Undang-undang berkaitan dengan kuasa Pentadbir Tanah untuk mewujudkan hak lalu Lalang Pentadbir Tanah dan ciri-cirinya telah diperuntukkan di bawah seksyen 388(1) dibaca bersama seksyen 389(1)(a), (2) dan (3) KTN seperti berikut: "Section 388. Land Administrator's rights of way.