Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP (DADAH) NO.: DD-83D-624-08/2022 PENDAKWA RAYA
DD-83D-624-08/2022
Magistrates Court of Malaysia24 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814).” ANALISIS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [29] Meneliti ke”
“seorang diri.” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 [18] Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamad Zul Shahril Suhaimi v PP & Another Appeal [2017] CLJU 283 telah menyatakan seperti berikut: “[38] As suggested by high authority, the existence of a common intention”
“miliknya dan telah membawa dari rumah untuk kegunaan sendiri. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [28] Mahkamah ini merujuk kepada pernyataan dalam kes Pendakwa Raya lwn Artur Peek dan lain-lain [2025] MLJU 1083, Azhar Abdul Hamid J menyatakan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the origina”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI BACHOK DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM KES TANGKAP (DADAH) NO.: DD-83D-624-08/2022 PENDAKWA RAYA
1
HASRULHISHAM BIN ABDUL WAHAB (NO.KP: 760917-03-5013)
2
MUHAMAD FAIRULZAMAN BIN ABDUL MOKAIN (NO.KP: 940225-03-6453)
3
MUHAMMAD KHURIZALMAN ARDIE BIN JAILANI (NO.KP: 970130-03-5955) (TERTUDUH KEEMPAT) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Kes ini pada awalnya melibatkan empat (4) orang Tertuduh yang telah dituduh secara bersama dengan tiga (3) pertuduhan. Tertuduh Ketiga, Farhan Dhiyauddin Bin Zolkifli telah membuat pengakuan bersalah bagi ketiga-tiga pertuduhan dan telah dijatuhkan hukuman denda bagi setiap pertuduhan. [2] Kes diteruskan dengan perbicaraan penuh bagi Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Keempat, yang mana pertuduhan-pertuduhan adalah sebagaimana berikut: PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 29/07/2022 JAM 4.00 PETANG BERTEMPAT DI SEBUAH PANGKIN KAYU DI TEPI TALI AIR DI KAMPUNG KUAU, 16300 BACHOK, KELANTAN DALAM DAERAH BACHOK DI DALAM NEGERI KELANTAN TELAH ADA DALAM KAWALAN KAMU (1) BOTOL PLASTIK CERAH BERPENUTUP BERWARNA PUTIH BERTULISAN DYNADRYL SYRUP YANG DI DALAMNYA MENGANDUNGI CECAIR BERWARNA KEHITAMAN DENGAN JUMLAH ISIPADU 100 MILILITER YANG MENGANDUNGI RACUN JENIS DIPHENHYDRAMINE YANG MANA KAMU TIDAK DIBERI KUASA ATAU KEBENARAN DI BAWAH PERUNTUKAN AKTA RACUN 1952. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 9(1) AKTA RACUN 1952 DIBACAKAN BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN DIBAWAH SEKSYEN 32(2) AKTA RACUN 1952 BARANG SIAPA MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 32 (2) MELEBIHI RM 3,000 ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN ATAU PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 29/07/2022 JAM 4.00 PETANG BERTEMPAT DI SEBUAH PANGKIN KAYU DI TEPI TALI AIR DI KAMPUNG KUAU, 16300 BACHOK, KELANTAN DALAM DAERAH BACHOK DI DALAM NEGERI KELANTAN TELAH ADA DALAM KAWALAN KAMU (1) BOTOL PLASTIK CERAH BERPENUTUP BERWARNA PUTIH BERTULISAN MENDICOF SYRUP YANG DI DALAMNYA MENGANDUNGI CECAIR BERWARNA KEHITAMAN DENGAN JUMLAH ISIPADU 120 MILILITER YANG MENGANDUNGI RACUN JENIS DIPHENHYDRAMINE YANG MANA KAMU TIDAK DIBERI KUASA ATAU KEBENARAN DI BAWAH PERUNTUKAN AKTA RACUN 1952. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 9(1) AKTA RACUN 1952 DIBACAKAN BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN DIBAWAH SEKSYEN 32(2) AKTA RACUN 1952 BARANG SIAPA MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 32 (2) MELEBIHI RM 3,000 ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN ATAU PERTUDUHAN PINDAAN KETIGA BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 29/07/2022 JAM LEBIH KURANG 4.00 PETANG BERTEMPAT DI SEBUAH PANGKIN KAYU DI TEPI TALI AIR DI KAMPUNG KUAU, 16300 BACHOK, KELANTAN DALAM DAERAH BACHOK DI DALAM NEGERI KELANTAN TELAH ADA DALAM KAWALAN
1
BOTOL PLASTIK CERAH BERPENUTUP BERWARNA HITAM BERTULISAN MOUNTAIN DEW YANG DI DALAMNYA BERISI CECAIR BERWARNA KEPERANGAN DENGAN JUMLAH ISIPADU 370 MILILITER YANG MENGANDUNGI RACUN JENIS MITRAGYNINE DAN DIPHENHYDRAMINE YANG MANA KAMU TIDAK DIBERI KUASA ATAU KEBENARAN DI BAWAH PERUNTUKAN AKTA RACUN 1952. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 30(3) AKTA RACUN 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 30(5) AKTA YANG SAMA. DAN DIBACAKAN BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN DIBAWAH SEKSYEN 30(5) AKTA RACUN 1952 BARANG SIAPA MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 30 (5) MELEBIHI RM10,000 ATAU PENJARA TIDAK MELEBIHI 4 TAHUN ATAU [3] Di akhir kes pembelaan, Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Keempat adalah secara bersama didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana ketiga-tiga pertuduhan. KES PENDAKWAAN [4] Kronologi kes pihak pendakwaan adalah sebagaimana berikut: a) Pada 29.07.2022 jam lebih kurang 4.00 petang, ASP Mohd Hanapi bin Jaafar (SP2) telah mengetuai satu (1) serbuan yang melibatkan lapan
8
orang anggota polis di kawasan tepi tali air di Kampung Kuau, Bachok, Kelantan. b) Sebelum serbuan dilakukan, pemerhatian telah dibuat selama lebih kurang 3 hingga 5 minit dari jarak lebih kurang 30 meter. c) SP2 menyatakan semasa serbuan dibuat, terdapat empat (4) orang lelaki yang dicamkan sebagai kesemua Tertuduh dalam kes ini berada di atas pangkin kayu sedang minum dan hisap rokok sambil berbual. d) SP2 dan anggota serbuan seterusnya telah membuat serbuan di kawasan tersebut dan keempat-empat Tertuduh telah bertindak cuba melarikan diri serta berlaku pergelutan namun telah berjaya ditangkap. e) Pemeriksaan SP2 dan anggota serbuan di bahagian tengah di atas pangkin kayu tersebut telah menjumpai satu (1) botol plastik yang disyaki mengandungi air ketum, dan dua (2) botol plastik disyaki mengandungi ubat batuk. Kedudukan kesemua Tertuduh pada masa ditangkap ialah dalam keadaan berhadapan antara satu sama lain yang mana barang kes yang dirampas berada di tengah-tengah kedudukan kesemua Tertuduh. f) SP2 kemudiannya telah membuat pemeriksaan di kawasan semak berhampiran pangkin kayu tersebut dalam jarak lapan puluh (80) meter dan telah menjumpai satu (1) kotak polisterine berwarna putih yang mengandungi sembilan belas (19) paket plastik berikat gelang getah disyaki mengandungi air ketum serta satu (1) plastik hitam mengandungi daun-daun ketum. g) Seterusnya SP2 telah menyediakan Borang Senarai Geledah (P11) di tempat kejadian dan telah ditandatangani oleh kesemua Tertuduh. h) Kesemua barang kes dan Tertuduh telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, Kelantan untuk tindakan selanjutnya. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [5] Beban pembuktian di akhir kes Pendakwaan adalah beban prima facie dan rujukan di bawah Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah adalah terpakai. Mahkamah Persekutuan menerusi kes yang diraikan, PP V Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, telah menjelaskan prinsip pertimbangan ‘maximum evaluation’ dalam memutuskan suatu kes prima facie. Mahkamah Persekutuan turut menggariskan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh Mahkamah bicara di akhir kes Pendakwaan sebagaimana berikut: “After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a subordinate court and the High Court under the amended section is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution’s evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused’s favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused.” [6] Mahkamah Persekutuan dalam kes yang sama juga telah menyatakan dengan lanjut bagaimana kes prima facie dapat dibuktikan atau sebaliknya seperti berikut: “Ask yourself the question: if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is ‘Yes’, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is ‘No’ then, prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted.” ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN [7] Seksyen 9(1) Akta Racun 1952 memperuntukkan elemen-elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan sebagaimana berikut: i) Cecair yang dijumpai adalah diphenhydramine dan dextromethorphan yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952; ii) Cecair diphenhydramine dan dextromethorphan tersebut berada dalam milikan OKT. [8] Bagi seksyen 30(3) Akta Racun 1952, elemen-elemen yang perlu dibuktikan adalah sebagaimana berikut: i) Cecair yang dijumpai adalah mitragynine dan diphenhydramine yang tersenarai dalam Jadual Pertama dan Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952; ii) Cecair mitragynine tersebut berada dalam milikan OKT. [9] Bagi kes ini juga, pihak Pendakwaan turut bertanggungan untuk membuktikan terdapatnya elemen “niat bersama” bagi kesemua Tertuduh sebagaimana peruntukkan seksyen 34 Kanun Keseksaan. DAPATAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN i) Cecair yang dijumpai adalah diphenhydramine dan dextromethorphan yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952; dan Cecair yang dijumpai adalah mitragynine yang tersenarai dalam Jadual Pertama dan Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952 [10] Melalui keterangan SP4, Mohd Salman Bin Mohd Razali iaitu ahli kimia, yang telah menganalisis barang kes dan juga telah menyediakan laporan kimia (P22), adalah tidak dipertikaikan bahawa cecair yang dijumpai bagi pertuduhan pertama dan pertuduhan kedua telah disahkan mengandungi diphendhydramine serta dextromethorphan. Cecair berwarna kehitaman dalam satu botol plastik bertulisan “Dynadryl Syrup” telah disahkan mengandungi 100 ml diphenhydramine. Manakala satu botol plastik bertulisan “Mendicof Syrup” berisi cecair berwarna hitam telah disahkan mengandungi 120 ml dextromethorphan. Satu botol plastik berisi cecair berwarna perang pula disahkan mengandungi 370 ml mitragynine dan diphenhydramine. [11] Mitragynine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama dan Jadual Ketiga (Bahan Psikotropik) Akta Racun 1952. Manakala diphenhydramine dan dextromethorphan pula adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952. Keterangan SP4 adalah tuntas dan diterima oleh Mahkamah ini. Malahan, pihak pembelaan juga tidak mempertikaikan berkenaan elemen ini. Justeru, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. ii) Barang kes racun tersebut berada dalam milikan Tertuduh-Tertuduh a) Sama ada Tertuduh-Tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang kes racun tersebut [12] Melalui keterangan SP2 selaku pegawai polis yang mengetuai serbuan dan SP3, Koperal Mohd Sobri Bin Mat Khir @ Mat Salleh iaitu salah seorang anggota serbuan, keempat-empat Tertuduh (termasuk Tertuduh Ketiga yang telah mengaku bersalah) berada bersama-sama di atas pangkin kayu di tempat kejadian. Pemerhatian telah dibuat oleh SP2 dan anggota serbuan selama lebih kurang 3-5 minit dalam jarak 30 meter dari tempat serbuan. Setelah serbuan dibuat, barang-barang kes telah dijumpai di atas pangkin kayu tersebut. Kedudukan kesemua Tertuduh adalah mengelilingi barang kes yang berada di bahagian tengah antara kesemua mereka. Tiada sesiapa individu lain yang berada bersama-sama Tertuduh-Tertuduh pada masa tersebut. Manakala, barang-barang kes juga adalah jelas boleh dilihat dengan mata kasar dalam keadaan yang terbuka tanpa apa-apa halangan. [13] Dalam keadaan ini, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa sudah pasti kesemua Tertuduh berada dalam jagaan dan kawalan terhadap barang kes racun tersebut. Kedudukan barang kes yang terbuka jelas dapat dilihat dengan mata kasar, dan berada di bahagian tengah kedudukan antara kesemua Tertuduh, serta dalam keadaan situasi di atas pangkin kayu di tepi tali air, tanpa ada mana-mana individu lain pada ketika itu, jelas menunjukkan bahawa elemen jagaan dan kawalan terhadap barang kes racun telah dapat dibuktikan oleh pihak pendakwaan. b) Sama ada Tertuduh-Tertuduh mempunyai pengetahuan tentang barang kes racun tersebut [14] SP2 dan SP3 menyatakan bahawa ketika serbuan dibuat, kesemua Tertuduh bertindak melarikan diri dan tidak memberikan kerjasama ketika penahanan hendak dibuat. Walaupun tindakan melarikan diri hanyalah sekitar di pangkin kayu tersebut, yang mana analisis boleh dibuat sebagai percubaan atau juga membawa kepada tindakan penuh melarikan diri, tindakan ini sudah tentunya membangkitkan suatu inferens bahawa kesemua Tertuduh mempunyai pengetahuan ke atas barang kes racun yang sedang berada di hadapan mereka pada ketika itu. [15] Dalam keadaan sedemikian, sebab kesemua Tertuduh melarikan diri hanya membawa kepada satu kesimpulan bahawa kesemua Tertuduh sememangnya mengetahui tentang barang kes racun tersebut dan sedang berada dalam situasi yang tidak memihak kepada mereka. Inferens ini adalah menjadi dapatan Mahkamah ini berkait elemen pengetahuan terhadap barang kes racun tersebut oleh kesemua Tertuduh. Situasi ini sudah tentunya menuntut suatu penjelasan daripada Tertuduh-Tertuduh, selaras dengan seksyen 8 dan 9 Akta Keterangan 1950. iii) Pemilikan barang kes racun bertentangan dengan peraturan yang dibuat di bawah Akta Racun 1952 [16] Dengan merujuk kepada peruntukkan di bawah Akta Racun 1952, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa elemen ini telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan berdasarkan sepanjang proses tangkapan dilakukan ke atas kesemua Tertuduh dan sehingga lah proses siasatan dilakukan oleh pihak polis seterusnya sehingga kes dibawa ke Mahkamah oleh pihak pendakwaan, tidak terdapat sebarang kebenaran atau pengesahan yang dikemukakan oleh kesemua Tertuduh berkenaan dengan pemilikan barang kes racun tersebut. iv) Sama ada kesemua Tertuduh mempunyai “niat bersama” [17] Seksyen 34 Kanun Keseksaan – Niat Bersama, memperuntukkan seperti berikut: “Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa orang dalam perlaksanaan niat bersama mereka, tiap-tiap seorang daripada mereka itu adalah bertanggungan bagi perbuatan itu seolah-olah ia telah dilakukan olehnya seorang diri.” [18] Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamad Zul Shahril Suhaimi v PP & Another Appeal [2017] CLJU 283 telah menyatakan seperti berikut: “[38] As suggested by high authority, the existence of a common intention is a question of fact to be proved mainly as a matter of inference from the surrounding circumstances of the case. Section 34 of the PC is also intended to make a person liable for the commission of an offence not committed by him, but by another person with whom he shared the common intention. A common intention pre-supposes prior concert, which requires a pre-arranged plan of the accused participating in an offence. Such pre-concert or pre-arranged plan may develop on the spot or during the course of the commission of the offence and common intention can be formed previously or in the course of occurrence of the crime and on a spur of the moment - see Hari Ram v. State of Uttar Pradesh [2004] 3 CR 1523 (Sc); Suresh v. State of Uttar Pradesh, AIE [2001] Sc 1344; (1) Namasiyiam (2) Rajindran
3
Goh Chin Peng And (4) Ng Ah Kiat v. PP [1987] CLJ Rep 241; [1987] 1 CLJ 540; [1987] 2 MLJ 336, Sc.” [19] Dalam kes ini, Mahkamah ini berpendapat fakta bahawa kesemua Tertuduh berada dalam keadaan bersama-sama di atas pangkin kayu di tempat kejadian bersama-sama barang kes racun dalam keadaan tidak terselindung tanpa halangan, dalam situasi yang sedemikian, dapat disimpulkan bahawa tujuan kesemua Tertuduh berada di situ adalah hanya dengan satu niat dan tujuan yang sama. Selain itu, fakta bahawa kesemua Tertuduh telah bertindak melarikan diri dan tidak memberikan kerjasama semasa proses tangkapan hendak dibuat semasa serbuan tersebut juga membangkitkan inferens bahawa kesemua Tertuduh adalah dalam pengetahuan bahawa suatu kesalahan sedang dilakukan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa kesemua Tertuduh adalah dalam keadaan “niat bersama”. Adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen ini. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [20] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan sepanjang perbicaraan kes pihak pendakwaan, dan setelah membuat penilaian maksima, Mahkamah ini telah membuat dapatan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Keempat bagi ketiga-tiga pertuduhan. Ketiga-tiga Tertuduh diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan. [21] Ketiga-tiga Tertuduh telah memberikan keterangan secara bersumpah di dalam kandang saksi dengan mengemukakan pernyataan bertulis di bawah seksyen 402B Kanun Tatacara Jenayah. KES PEMBELAAN Keterangan SD1 (Tertuduh Pertama) – PSD1 [22] Secara ringkasnya, Tertuduh Pertama menyatakan pada jam 3.00 petang pada hari kejadian, Tertuduh Pertama telah terserempak dengan Tertuduh Ketiga yang telah duduk di sebuah pangkin berdekatan tali air di tempat kejadian. Tertuduh Ketiga telah mengajak Tertuduh Pertama untuk berbual-bual. Kemudian, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Keempat telah datang ke tempat kejadian dan turut berbual bersama. [23] Tertuduh Pertama menyatakan bahawa pertemuan tersebut adalah tidak dirancang, dan di situ merupakan tempat kebiasaan bagi Tertuduh Pertama dan rakan-rakan lain duduk bersembang. Ketika sedang berbual, tiba-tiba telah datang team serbuan polis dan mereka telah memberikan kerjasama untuk diperiksa. Tertuduh Pertama menyatakan tidak perasan dan tidak mengetahui terhadap barang kes racun yang dirampas di atas pangkin kayu tersebut. Tertuduh Pertama turut menyatakan bahawa Teruduh Ketiga turut mengaku bahawa barang kes racun tersebut adalah miliknya dan dibawa untuk kegunaan sendiri. Keterangan SD2 (Tertuduh Kedua) – PSD2 [24] Versi keterangan Tertuduh Kedua ialah pada hari kejadian jam lebih kurang 3.15 petang, Tertuduh Kedua telah menuju ke pangkin berhampiran tali air tersebut dan telah terlihat kenalannya. Tujuan ke tempat kejadian adalah untuk bersembang dan mengisi masa lapang. Ketika sampai di kawasan tersebut, Tertuduh telah ternampak Tertuduh Pertama dan Tertuduh Ketiga sedang duduk di pangkin tersebut. Ketika sedang berbual, team serbuan polis telah datang dan telah memberikan kerjasama. [25] Pihak polis telah menemui barang kes racun di atas pangkin kayu tempat mereka berada. Tertuduh Pertama menyatakan tidak perasan dan tidak mengetahui akan barang kes racun tersebut. Turut dinyatakan ialah Tertuduh Ketiga telah mengakui bahawa barang kes tersebut adalah miliknya dan telah dibawa dari rumah untuk kegunaan sendiri. Keterangan SD3 (Tertuduh Keempat) – PSD3 [26] Sekitar jam 3.45 petang pada hari kejadian, Tertuduh Keempat sedang dalam perjalanan ke tempat kerja dan telah melalui kawasan tersebut serta terlihat kenalannya. Ketika sampai di tempat kejadian, Tertuduh Keempat telah melihat Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Keempat sedang duduk di pangkin tersebut. Ketika sedang berbual, team serbuan polis telah datang dan mereka telah memberikan kerjasama untuk diperiksa. [27] Pemeriksaan pihak polis telah menjumpai barang kes racun di atas pangkin kayu tersebut. Tertuduh Keempat menyatakan bahawa dia tidak perasan dan tidak mengetahui tentang barang kes racun tersebut. Dia juga tidak nampak sesiapa yang membawa barang kes racun tersebut. Tertuduh Keempat turut menyatakan bahawa Tertuduh Ketiga telah mengakui bahawa barang kes racun tersebut adalah miliknya dan telah membawa dari rumah untuk kegunaan sendiri. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [28] Mahkamah ini merujuk kepada pernyataan dalam kes Pendakwa Raya lwn Artur Peek dan lain-lain [2025] MLJU 1083, Azhar Abdul Hamid J menyatakan seperti berikut: “[53] Menjadi tugas mahkamah selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberikan pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A (1) Kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). [54] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814).” ANALISIS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [29] Meneliti keterangan kesemua Tertuduh, Mahkamah ini mendapati bahawa secara keseluruhannya, versi pembelaan kesemua Tertuduh adalah sama iaitu tidak perasan serta menafikan pengetahuan tentang barang kes racun tersebut, tidak nampak sesiapa yang membawa barang kes racun tersebut, dan menyatakan bahawa Tertuduh Ketiga dalam kes ini telah mengakui bahawa barang kes racun tersebut adalah miliknya dan telah membawa dari rumah untuk kegunaan sendiri. Kesemua Tertuduh turut menyatakan tidak merancang untuk bertemu di tempat kejadian dan hanya secara kebetulan bertemu dan berbual-bual sebelum kehadiran pihak polis. [30] Dari versi keterangan kesemua Tertuduh, Mahkamah ini mendapati bahawa ianya hanyalah rekaan semata-mata dan bersifat penafian kosong. Hal ini demikian kerana sifat penemuan barang kes racun yang berada dalam keadaan terdedah tanpa dihalang oleh apa-apa daripada pandangan mata kasar, serta kedudukan barang kes racun tersebut yang berada sangat berhampiran dengan kesemua Tertuduh, jelas membawa kepada anggapan yang tidak logik bahawa kesemua Tertuduh tidak perasan atau tidak mengetahui tentang barang kes racun tersebut. [31] Berkenaan pertemuan kesemua Tertuduh di tempat kejadian, dan juga merujuk kepada eksibit D25, Percakapan dalam Pemeriksaan Tertuduh Kedua, Tertuduh Kedua mengakui bahawa secara kebiasaannya mereka akan lepak dan bersembang di kawasan itu, dan kadang-kadang akan minum air ketum di situ, tetapi pada hari kejadian, tidak sempat terjadi kerana serbuan pihak polis. Keterangan Tertuduh Kedua di Mahkamah, jika dirujuk silang dengan D25 ini adalah bercanggah dan tidak konsisten. Pada hemat Mahkamah, Tertuduh Kedua dalam keterangannya, tidak bercakap benar dan hanya membangkitkan penafian kosong semata-mata. [32] Dalam kes Ali Tan bin Abdullah v PP [2013] 2 MLJ 676, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa: “(5) Mere denial or presenting a bare story of innocence, such as in the circumstances of the present case, cannot amount to reasonable doubt. The court’s acceptance of the explanation offered by an accused person must be based upon reason and common sense, and cannot be illogical or irrational. The existence of reasonable doubt is dependent upon the totality of the evidence and on an examination of all the evidence in a fair and reasonable manner and not in isolation. In the present case, the appellant had failed to cast any reasonable doubt on the prosecution’s case and the charges were proved beyond reasonable doubt (see para 25).” [33] Kesemua Tertuduh meletakkan tanggungjawab kebersalahan pemilikan barang kes kepada Tertuduh Ketiga yang telah pun mengaku bersalah dalam kes ini. Namun demikian, Tertuduh Ketiga tidak dipanggil untuk memberikan keterangan di Mahkamah ini semasa perbicaraan. Bagi isu ini, sebagaimana turut dibangkitkan oleh pihak pembelaan, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa keterangan pihak pendakwaan adalah melimpah ruah dan boleh berdiri dengan sendirinya tanpa perlu kepada pemanggilan Tertuduh Ketiga sebagai saksi pendakwaan. Justeru, anggapan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 adalah tidak terpakai kepada pihak pendakwaan. Bagi kes pihak pembelaan, dengan kegagalan pemanggilan Tertuduh Ketiga sebagai saksi pembelaan, adalah tidak lengkap naratif versi pembelaan secara keseluruhannya. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [34] Mahkamah ini membuat dapatan bahawa pihak pembelaan dalam kes ini telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan. Pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah ke atas kesemua Tertuduh bagi kesemua pertuduhan. Justeru, Tertuduh Pertama, Tertuduh Kedua dan Tertuduh Keempat adalah didapati bersalah dan disabitkan sebagaimana pertuduhan. HUJAHAN MITIGASI PIHAK PEMBELAAN [35] Secara ringkasnya, pihak pembelaan berhujah faktor mitigasi bagi setiap Tertuduh seperti berikut: i. Tertuduh Pertama berusia 49 tahun, bekerja kampung dalam bidang elektrik, berpendapatan sekitar RM 1,000.00 - 2,000.00. Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak. ii. Tertuduh Kedua berusia 41 tahun, bekerja tidak tetap bersama Tertuduh Pertama, berpendapatan sekitar RM 1,000.00 – 2,000.00. Berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. iii. Tertuduh Keempat berusia 28 tahun, bekerja kampung, berpendapatan sekitar RM 1,000.00 – RM 1,500.00, berstatus bujang, dan menyara ibu dan bapa. [36] Pihak pembelaan memohon hukuman berbentuk denda bagi ketiga-tiga Tertuduh kerana terdapat peruntukkan hukuman berbentuk denda dalam peruntukkan hukuman dengan mengambil kira faktor bahawa pertuduhan adalah melibatkan pemilikan racun. Selain itu, kesemua Tertuduh sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang tempoh 4 tahun perbicaraan dengan melalui proses yang agak panjang dan dengan kepercayaan bahawa kesemua Tertuduh telah insaf sepenuhnya. [37] Pihak pembelaan turut berhujah bahawa kemungkinan bahawa kesemua Tertuduh memahami bahawa walaupun barang kes racun bukan milik mereka, kedudukan mereka adalah salah dari segi undang-undang. Kesemua Tertuduh telah menyedari kesalahan, memahami kesalahan serta memberikan pengajaran yang berguna dalam tempoh 4 tahun ini. Kesemua Tertuduh juga telah berkelakuan baik sepanjang tempoh 4 tahun perbicaraan kes ini dengan tidak lagi terlibat atau pun ditahan oleh mana-mana pihak berkuasa. HUJAHAN PEMBERATAN PIHAK PENDAKWAAN [38] Pihak pendakwaan telah memohon kepada Mahkamah ini untuk menjatuhkan hukuman berbentuk pemenjaraan yang setimpal ke atas semua Tertuduh dengan mengambil kira tempoh perjalanan kes yang lama. Selain itu, pihak pendakwaan turut menekankan pindaan kepada hukuman dalam Akta Racun yang telah dibuat oleh pihak Kerajaan menggambarkan keseriusan kesalahan tersebut. HUKUMAN [39] Setelah mempertimbangkan hujahan mitigasi oleh pihak pembelaan serta hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman ke atas setiap Tertuduh sebagaimana berikut: i) Pertuduhan Pindaan Pertama - Hukuman penjara enam (6) bulan dari tarikh sabitan 24.06.2025 ii) Pertuduhan Pindaan Kedua - Hukuman penjara enam (6) bulan dari tarikh sabitan 24.06.2025 iii) Pertuduhan Pindaan Ketiga - Hukuman penjara lapan (8) bulan dari tarikh sebutan 24.06.2025 [40] Dalam membuat keputusan berkenaan hukuman yang bersesuaian, Mahkamah ini, selain mempertimbangkan hujahan mitigasi dan hujahan pemberatan, sebagaimana prinsip-prinsip dalam menjatuhkan hukuman dalam kes jenayah, mengambil kira beberapa perkara. Hal ini termasuklah tempoh perjalanan kes yang panjang iaitu hampir tiga (3) tahun yang telah memakan masa, kos dan tenaga pelbagai pihak yang terlibat. [41] Faktor kepentingan awam adalah faktor yang utama dalam diberikan pertimbangan memandangkan kesalahan seumpama ini amat berleluasa pada masa kini terutamanya secara spesifik di dalam negeri Kelantan khususnya di dalam daerah Bachok. Keseriusan kesalahan seumpama ini dapat dilihat menerusi tindakan badan Parlimen Malaysia yang telah meluluskan pindaan untuk meningkatkan hukuman bagi kesalahan di bawah Akta Racun dalam usaha memperkukuh kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik selaras dengan keperluan semasa. [42] Pada akhirnya, adalah menjadi penegasan Mahkamah ini bahawa ianya adalah sepenuhnya tertakluk di bawah budi bicara Mahkamah ini dalam mempertimbangkan dan menjatuhkan hukuman yang setimpal, bersesuaian, munasabah serta patut ke atas kesemua Tertuduh mengambil kira keadaan kes ini secara keseluruhannya. Mahkamah ini berpandangan bahawa ianya telah berlaku dalam kes ini. Bertarikh 26 Ogos 2025 t.t. MOHD FAUZAN BIN MOHD SUHAIRI Majistret Mahkamah Majistret Bachok Kelantan Bagi pihak Pendakwaan: MUHAMMAD AIMAN SYAHMI BIN YAZID Timbalan Pendakwa Raya Bagi pihak Pembelaan: MOHAMAD AFIQ FARHAN BIN MOHD HANIPHA Tetuan Afiq Farhan & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.