Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCvC-2579-11/2024
BA-24NCvC-2579-11/2024
High Court of Malaysia22 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN SAMAN PEMULA NO.: BA-24NCvC-2579-11/2024
2
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960 NO. LOT 1089 NO. HAKMILIK GM 1119 MUKIM SETAPAK DALAM PERKARA ATURAN 33 KAEDAH 2 DAN/ATAU KAEDAH 33 KAEDAH 5 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 DALAM PERKARA ATURAN 14A KAEDAH 1 KAEDAH-KAEDAH MAHKAMAH 2012 23/12/2025 15:42:43 BA-24NCvC-2579-11/2024 Kand. 65 DALAM PERKARA ATURAN 92 KAEDAHKAEDAH MAHKAMAH 2012 ANTARA
1
HATIJAH BINTI IBRAHIM
2
DIYANA BINTI NORDIN
3
HALIMA BINTI IBRAHIM
4
SALASIAH BINTI IBRAHIM
5
MOHD SHAWAL BIN IBRAHIM (NO. K/P: 401113-10-5229) …PLAINTIF-PLAINTIF
2
TANIA RAHMAWATI BINTI MOHD YUSOF
3
MD ZIN BIN HAMID (NO.K/P: 550616-04-5079) (PENTADBIR HARTA PUSAKA BAGI SHARIFAH BINTI IBRAHIM – SI MATI
4
ABDUL KARIM BIN IBRAHIM
5
NORSAHIDA BINTI ZAINUDDIN (NO.K/P: 730731-08-5170) …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Pada asalnya, ini merupakan satu permohonan melalui Saman Pemula yang dibawa oleh Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan wang pampasan sebanyak RM430,500.60 (mengikut pengiraan 75% daripada RM574,000.00) yang telah didepositkan ke Mahkamah Tinggi menerusi Perintah bertarikh 9.9.2025 di Saman Pemula No. BA-24-NCvC-1695-08/2024.
2
Setelah meneliti afidavit-afidavit yang difailkan dan mendengar hujahan dari kesemua pihak, saya berpandangan, terdapat pertikaian fakta yang memerlukan keterangan dari saksi-saksi dan permohonan ini tidak sesuai untuk diputuskan secara keterangan melalui afidavit.
3
Oleh itu, saya memerintahkan Saman Pemula ini diteruskan seolah-olah kausa atau perkara ini telah dimulakan melalui writ mengikut Aturan 28 Kaedah 8(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM).
4
Defendan Kelima, Norsahida binti Zainuddin terkesan dengan arahan di atas telah merayu ke Mahkamah Rayuan, maka berikut adalah alasan penghakiman saya.
5
Plaintif-Plaintif telah memohon di bawah Aturan 33 Kaedah 2 atau Kaedah 5 atau Aturan 14A KKM untuk perintah-perintah berikut: “Suatu deklarasi bahawa Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga, dan Plaintif Keempat dan Plaintif Kelima setiap satunya berhak 1/7 bahagian daripada RM430,500.00 [EMPAT RATUS TIGA PULUH RIBU LIMA RATUS RINGGIT] bagi 75% daripada wang pampasan yang telah didepositkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Perintah bertarikh 11.09.2024 bagi Saman Pemula No.: BA- 24NCVC-1695- 09/2024 di atas permohonan Pentadbir Tanah Daerah Gombak bagi Bangunan Tadika Ar-Raudhah di bawah Hakmilik GM 1119, Lot 1089, Mukim Setapak (“selepas ini dirujuk sebagai Tanah tersebut”) Bahawa wang sebanyak RM430,500.000 yang telah didepositkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Perintah bertarikh 11.09.2024 melalui Saman Pemula No.: BA-24NCVC-1695-09/2024 di atas permohonan Pentadbir Tanah Daerah Gombak untuk didepositkan kepada akaun Bank Plaintif-Plaintif seperti berikut: i. RM 61,500 iaitu 1/7 bahagian bagi Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua di Akaun Bank Maybank Islamic Berhad No Akaun: 164472298047; ii. RM 61,500 iaitu 1/7 bahagian bagi Plaintif Ketiga di Akaun Bank CIMB Bank Berhad No. Akaun 7600193534; iii. RM 61,500 iaitu 1/7 bahagian bagi Plaintif Keempat di Akaun Bank CIMB Bank Berhad di No. Akaun 7002768395; iv. RM 61,500 iaitu 1/7 bahagian bagi Plaintif Kelima di Akaun Bank Maybank Islamic Berhad di No. Akaun 164221397179; Kos ditanggung oleh Defendan Kelima.”
6
Plaintif Pertama (P1) merupakan bekas pemilik tanah berdaftar bersama-sama dengan Plaintif Ketiga (P3), Plaintif Keempat (P4), Plaintif Kelima (P5), Defendan Kedua (D2), Defendan Ketiga (D3) dan Defendan Keempat (D4) bagi Hakmilik GM 1119, Lot 1089, Mukim Setapak (tanah tersebut) yang di atasnya terbina sebuah Bangunan Tadika Ar-Raudhah (tadika tersebut).
7
P1 telah memindah milik bahagian beliau kepada Plaintif Kedua (P2) yang merupakan anak P1. Maka, P2 kini merupakan antara pemilik berdaftar bersama Bangunan Tadika Ar-Raudhah bersama P3, P4, P5, D2, D3 dan D4. Kesemua mereka ini juga dirujuk sebagai pemilik bersama tanah tersebut.
8
P1 mengatakan bahawa tadika tersebut telah dibangunkan dari sumbangan Mohd Yusof bin Ibrahim (ayah kepada D2) (Mohd Yusof), arwah Sharifah Binti Ibrahim (arwah Syarifah) (D3 kini pentadbirnya) dan juga dari duit tabung keluarga. Kemudian P1 telah menyewakan tadika tersebut kepada Defendan Kelima
9
D2 adalah anak kepada Mohd Yusof (salah seorang pemodal) dan D3 adalah suami dan pentadbir kepada arwah Sharifah yang merupakan adik kepada Mohd Yusof.
10
D4 adalah juga ahli keluarga Mohd Yusof dan arwah Sharifah yang merupakan salah seorang pemilik tanah tersebut. Beliau hanya menyokong pengataan yang dibuat oleh D2 dalam kes ini dan tidak ingin menuntut hak dalam wang pampasan.
11
P1 dinamakan sekali dalam Saman Pemula ini kerana beliau dikatakan mempunyai pengetahuan jelas (direct knowledge) pada setiap masa material berkenaan dengan tanah tersebut dan juga semasa permohonan Defendan Pertama (D1) untuk memasukkan wang pampasan tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi menerusi Saman Pemula No. BA-24-NCvC-1695- 08/2024.
12
P2, P3, P4 dan P5 mengatakan bahawa mereka adalah orang berkepentingan (interested person) yang melayakkan mereka untuk mendapatkan wang pampasan bagi tanah tersebut. Begitu juga dengan pengataan D2, D3, D4 dan D5.
13
Atas permohonan D1, wang pampasan telah dideposit di Mahkamah kerana terdapat pertikaian antara pemilik bersama Bangunan Tadika Ar-Raudhah iaitu Plaintif-Plaintif, pemodal-pemodal iaitu bapa D2 dan D3 serta penyewa Tadika Ar Raudhah iaitu D5.
14
Plaintif-Plaintif memohon satu deklarasi bahawa P2, P3, P4 dan P5 mempunyai kepentingan undang-undang ke atas tanah tersebut dan berhak mendapat jumlah wang yang telah didepositkan kepada Mahkamah.
15
D2 membantah permohonan ini dan mengatakan bahawa hanya beliau dan D3, berhak kepada wang pampasan kerana P1 hanyalah wakil D2 untuk mengutip sewa bagi pihak bapa D2. Walau bagaimanapun D3 tidak menuntut haknya dalam wang pampasan ini, maka hanya D2 mengekalkan tuntutannya.
16
D2 juga menafikan dakwaan P1 adalah pemilik tadika kerana menurutnya, tadika adalah milik D2 dan arwah Sharifah (atau D3 sebagai pentadbir arwah Sharifah). D2 mengatakan yang ayahnya yang mula-mula berhasrat untuk membina tadika tersebut bagi membantu keluarga yang menghuni persekitaran tanah tersebut dan ayahnya jua yang menguruskan hal berhubung pembinaan tadika. Ayah D2 hanya meminta P1 menjadi pengurus kerana beliau (P1) ada pengalaman mengurus dan kerana P1 adalah adiknya. Ayah D2 juga mengesahkan bahawa tadika tersebut adalah milik D2. Begitu juga dengan penyewaan tadika kepada D5 oleh P1 adalah dalam kapasiti P1 sebagai wakil ayahnya dan bukan sebagai pemilik.
17
Maka, D2 mengatakan semua Plaintif-Plaintif dan D5 tiada hak ke atas pampasan untuk bangunan tadika tersebut.
18
D2 juga berhujah bahawa tuntutan ini sewajarnya dimulakan secara writ dan bukannya Saman Pemula.
19
D3 and D4 telah memfailkan afidavit sekadar untuk menyokong pengataan D2.
20
D5 (penyewa Tadika) pula membantah permohonan ini atas alasan berikut:
1
Cara permulaan prosiding (mode of commencement) yang dimulakan oleh Plaintif-Plaintif adalah salah. Plaintif-Plaintif sepatutnya membuat bantahan melalui rujukan tanah ke Mahkamah Tinggi di bawah Seksyen 37 & 38 Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486).
2
Tuntutan Plaintif-Plaintif tidak mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah. Analisa dan Keputusan
21
Isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak adalah samada Plaintif-Plaintif berhak kepada peratusan wang pampasan yang telah dibayar ke dalam Mahkamah oleh D1.
22
22.
Preamble
Mengikut Seksyen 29 Akta 486, setelah serahan notis Borang H dibuat, semua orang yang berkepentingan akan dibayar pampasan mengikut hak masing-masing melainkan jika wujud pertikaian mengenai hak atas hakmilik (right to title) untuk menerima pampasan atau pembahagiannya (apportionment).
23
Dalam kes ini, oleh kerana wujud pertikaian tersebut, maka D1 telah bertindak memohon agar jumlah pampasan didepositkan ke dalam Mahkamah sehingga pertikaian diputuskan.
24
24.
Preamble
Mengikut carian rasmi yang dibuat, P1-P5 adalah pemilik bersama yang dinamakan dan Borang H (Notice of award and compensation – seksyen 16) yang telah diserahkan kepada mereka oleh D1. Plaintif-Plaintif menggunakan tindakan D1 ini sebagai satu pengesahan bahawa mereka adalah orang yang berkepentingan yang mempunyai hak kepada pampasan tersebut.
25
Maksud orang berkepentingan atau “person interested” didefinasikan dalam seksyen 2 Akta 486 sebagai berikut: “person interested” includes every person claiming an interest in compensation to be made on account of the acquisition of land under this Act, but does not include a tenant at will;”
26
Rujukan kepada kes Abdul Manab Hussain v Pentadbir Tanah Daerah Langkawi & satu lain (2022) MLRHU 320 telah dibuat dan saya petik: “[33] Dapatan Mahkamah ini bahawa melalui penyampaian dan penyerahan Borang E dan Borang H oleh Pentadbir Tanah Daerah Langkawi kepada LADA menjadikan LADA sebagai pihak berkepentingan adalah selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Cahaya Baru Development Bhd v. Lembaga Lebuhraya Malaysia (supra) yang mana telah disampaikan oleh Zulkefli FCJ (pada ketika itu) seperti yang berikut: “(3) By virtue of s 11(1)(d) of the Act the decision fell entirely with the LA whether to serve Form E to any person whom he knew or has reason to believe to be interested in the said land.The fact that Form E was served on the defendant meant that the defendant had an interest to object to the quantum of the award as a person interested in the context of s 37 of the Act. The service of Form E on the defendant was provided for under s 55(1)(a) of the Act.The Form G was rightly served on the defendant by the LA by virtue of s 14 of the Act as the Land Office had acknowledged that the defendant was a ‘person interested’ within the meaning of s 37 of the Act (see para 10).” -Penekanan ditambah
27
Namun atas definasi yang sama, iaitu claiming an interest in compensation, D2 juga mengatakan beliau juga pihak yang berkepentingan kerana P1, mengutip sewa bagi pihak ayah kepada D2. Maka, D2 menegaskan bahawa hanya beliau yang layak menerima wang pampasan.
28
Mengenai hujahan di atas, saya dapati tiada bukti dokumen lain dikemukakan oleh D2 bagi membuktikan dakwaan tersebut. Sekadar mengatakan (assertion) dalam afidavit, jika ianya dipertikai, maka beban terletak pada D2 untuk mengemukakan keterangan bukti.
29
Plaintif-Plaintif juga mengatakan bahawa kesemua Defendan-Defendan tidak memfailkan apa-apa rayuan di bawah seksyen 36 dan 37 Akta 486 terhadap awad yang dibuat oleh D1, maka tiada asas bagi Defendan-Defendan untuk mempertikaikan permohonan ini.
30
Saya berpendapat, fakta bahawa D1 tidak melepaskan jumlah wang pengambilan kepada mana-mana pihak (berkaitan dengan bangunan tersebut) dan mendapatkan perintah mahkamah mengikut Seksyen 29 untuk wang pampasan dimasukkan ke dalam mahkamah, menjadikan isu siapa yang berhak kepada wang pampasan tidak lagi akan diputuskan oleh
31
Saya bersetuju dengan hujahan Plaintif-Plaintif dan D1 mengenai prosidur bahawa Plaintif-Plaintif boleh membawa tindakan ini dengan cara selain mengemukakan bantahan dalam Borang N.
32
Namun terdapat juga satu lagi isu teras yang sebenarnya tidak dibuktikan oleh mana-mana pihak, setakat ini, iaitu siapa sebenarnya pemilik bangunan tadika tersebut. Iaitu “pemilik” yang dimaksudkan bagi mendapatkan hak wang pampasan untuk bangunan tadika bukan sekadar merujuk kepada pemunyaan hakmilik tanah kerana perkara tersebut tidak dipertikai oleh semua pihak.
33
Penegasan D2 bahawa hanya dia berhak kepada pampasan atas bangunan tadika membuka ruang pertikaian yang mana, pada pandangan saya, tidak boleh diputuskan hanya dari keterangan afidavit yang difailkan.
34
Jelasnya, terdapat fakta yang kabur mengenai peranan ayah D2, arwah Sharifah dan P1 dalam pembinaan tadika tersebut.
35
Hanya setelah fakta di atas diputuskan, maka kerelevanan kedudukan D5 sebagai penyewa boleh dihujahkan untuk pemutusan.
36
Saya merujuk kepada satu kes Mahkamah Agung (Borneo), Ting Ling Kiew & Anor v Tang Eng Iron Workds Co Ltd
1992
3 CLJ 1685 yang mana telah diputuskan bahawa percanggahan dalam keterangan hanya boleh diselesaikan dengan betul dan memuaskan jika keterangan lisan dikemukakan dan saksi-saksi diperiksa balas atas keterangan mereka, yang mana tidak mungkin boleh dilakukan dalam prosiding yang dimulakan melalui Saman Pemula. (Ruangan ini sengaja dibiarkan kosong)
37
Begitu juga dalam nas duluan yang lebih awal, dalam kes Ng Wan Siew v. Teoh Sin (1962) CLJU 110 telah dibincangkan jika fakta kes bakal disusuli dengan konflik keterangan, maka prosiding sebetulnya dimulakan dengan writ. Saya petik perenggan yang relevan yang diputuskan oleh Thomson CJ: “Before departing from the case I should make one observation. I would have made it earlier had it not been of academic interest as far as this case is concerned by reason of the order as to costs made in the Court below. It is to the effect that these proceedings should have been started by writ and not by originating summons. Theoretically they could have been started either by writ or by originating summons but it has been said again and again that when it is known there is going to be conflict of testimony and a necessity for taking parol evidence the proceedings should be commenced by writ and a plaintiff if successful may be deprived of any additional costs caused by his having commenced proceedings by way of originating summons.” -penekanan ditambah
38
Oleh yang demikian, walaupun saya dapati Plaintif-Plaintif boleh membawa tuntutan ini ke Mahkamah, namun saya berpandangan, isu siapa yang berhak ke atas bangunan yang menjalankan perniagaan tadika itu, merupakan pertikaian fakta yang memerlukan keterangan dari saksi-saksi dan tidak sesuai untuk diputuskan secara keterangan melalui afidavit.
39
Oleh itu, saya telah menggunakan budi bicara saya dan memerintahkan Saman Pemula ini diubah kepada writ mengikut Aturan 28 Kaedah 8(1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012
40
Bagi tujuan kelancaran prosiding, Plaintif-Plaintif diperintahkan untuk memfailkan satu Penyataan Tuntutan yang baru dalam masa 14 hari untuk diserahkan kepada semua pihak dan semua Defendan dibenarkan untuk memfailkan pliding masing-masing mengikut tempoh masa yang diperuntukkan. Bertarikh: 22 Disember 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM, SELANGOR Peguam bagi pihak Plaintif : Mohamed Ibrahim bin Mohamad bersama dengan Nor Aziah binti Harun dan Nurfarah Athirah binti Muhammad Faizal Tetuan Ibrahim & Fuaadah Peguam bagi pihak Defendan Pertama : Nur Syafinaz Hayati Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Peguam bagi pihak Defendan Kedua, Ketiga dan Keempat : Nur Khairunnisa Adriana binti Zainuddin Tetuan Adam Abdullah & Mani Peguam bagi pihak Defendan Kelima : Mohd Nazri bin Yahya Tetuan Nazri Yahya & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.