Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM MALAYSIA
JA-12B-65-10/2025
High Court of Malaysia9 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“32. Berkenaan dengan hujahan Plaintif-Plaintif bahawa kausa tindakan di bawah subseksyen 7(2)(3) Government Proceedings Act 1956 [Akta 359] cukup dirangkumi oleh pliding, hujahan ini tergugur apabila Plaintif-Plaintif gagal membuktikan terlebih dahulu bahawa terdapat kecacatan di jalan tersebut yang memerlukan penyelen”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM MALAYSIA
1
HAZIQ HAKIMI BIN HUSSIN [NO. KAD PENGENALAN : 021009-01-1703]
2
MOHAMED AL QUDAISH BIN ABDUL JABBAR [NO. KAD PENGENALAN : 000107-01-1843]
1
1.
2
2.
3
...RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM MALAYSIA SAMAN NO. : JA-B51KJ-1-10/2020 HAZIQ HAKIMI BIN HUSSIN [NO. KAD PENGENALAN : 021009-01-1703]
1
1.
2
2.
3
...DEFENDAN-DEFENDAN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA SAMAN NO. : JA-A71KJ-12-04/2022 MOHAMED AL QUDAISH BIN ABDUL JABBAR [NO. KAD PENGENALAN : 000107-01-1843]
1
1.
2
2.
3
...DEFENDAN-DEFENDAN
1
Ini merupakan rayuan oleh Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Johor Bahru, (“HMS”) yang telah menolak tuntutan mereka selepas perbicaraan penuh.
2
Di peringkat Mahkamah Sesyen, terdapat dua tindakan difailkan oleh kedua-dua Defendan secara berasingan, tetapi telah digabungkan, didengar dan diputuskan secara serentak di Mahkamah Sesyen – TINDAKAN PIHAK-PIHAK Saman No. JA-B51KJ-1-10/2020 Perayu Pertama, Haziq Hakimi bin Hussin Saman No. JA-A71KJ-12-04/2022 Perayu Kedua, Mohamed Al Qudaish bin Abdul Jabbar
3
Kedua-dua mereka telah menfailkan Notis Rayuan secara bersesama. Bagi keselarasan rujukan, pihak-pihak dalam prosiding rayuan ini adalah dirujuk sebagaimana di Mahkamah Sesyen iaitu Perayu Pertama dan Kedua dirujuk sebagai Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua manakala Responden Pertama, Kedua dan Ketiga dirujuk sebagai Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga.
4
Berdasarkan Notis Rayuan Terpinda (Kandungan 28), rayuan ini berkenaan dengan 3 isu iaitu –
a
Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kes terhadap
b
kos penjagaan ahli keluarga sebanyak RM42,000.00 (gantirugi khas); dan
c
pendarab kos penjagaan masa depan sebanyak RM500.00 sebulan sahaja.
5
Mahkamah merekodkan bahawa, menerusi sesi Pengurusan Kes pada 29 Januari 2026, Mahkamah telah mengarahkan pihak-pihak untuk menfailkan Hujahan Bertulis pada 16 Februari 2026 dan hujahan balasan secara bertulis pada 2 Mac 2026. Walau bagaimanapun, setakat 8 Mac 2026, semakan menerusi CMS mendapati seperti yang berikut – HUJAHAN BERTULIS HUJAHAN BERTULIS BALASAN Plaintif-Plaintif 3 Mac 2026 Tidak difailkan Defendan 1 dan 2 tidak difailkan Tidak difailkan Defendan 3 8 Mac 2026 Tidak difailkan
6
Mahkamah turut merekodkan bahawa Defendan 1 dan 2 hanya menfailkan hujahan bertulis masing-masing pada 9 Mac 2026 jam 3 pagi.
7
Berdasarkan tarikh-tarikh penfailkan hujahan bertulis di atas, kesemua pihak-pihak dalam prosiding ini telah dengan sengaja tidak cakna dan ingkar untuk mematuhi arahan Mahkamah berhubung pemfailan hujahan bertulis dalam prosiding ini. Tiada sebarang permohonan menerusi Notis Permohonan, secara bertulis mahupun secara lisan dibuat oleh mana-mana pihak untuk melanjutkan tempoh masa penfailan hujahan tersebut.
8
Mahkamah ingin menegaskan bahawa arahan-arahan Mahkamah semasa sesi Pengurusan Kes bukanlah pilihan atau cadangan kepada pihak-pihak. Semua arahan semasa Pengurusan Kes hendaklah dipatuhi oleh pihak-pihak secara ketat demi memastikan pengendalian kes dapat dijalankan secara efisyen dan lancar tanpa memprejudis pihak-pihak. Dalam hal ini tindakan kesemua pihak-pihak yang secara sengaja dan komulatif tidak mengendahkan, enggan dan mengabaikan perintah Mahkamah adalah satu perbuatan sengaja yang mencabar arahan Mahkamah dan sangat memalukan yang boleh terjumlah kepada tindakan penghinaan Mahkamah.
9
Tindakan Peguam sebegini memberikan indikasi bahawa arahan Mahkamah adalah satu perkara yang diambil remeh dan prosiding Mahkamah dikawal sepenuhnya oleh Peguam dan Mahkamah harus akur kepada apa jua tindakan Peguam.
10
Dalam hal ini saya ingin menarik perhatian Peguam di kedua-dua belah pihak bahawa tanggungjawab untuk mewakili anak guam adalah sebagaimana akujanji anda semua yang diperuntukkan dalam Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Profesion Guaman (Amalan dan Etika) 1978 (Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978), bahawa seseorang peguambela dan peguamcara berkewajipan untuk “fearlessly uphold the interest of his client, the interest of justice and dignity of the profession”.
11
Jika Peguam kedua-dua belah pihak terutamanya Peguam Defendan-Defendan tidak mengambil berat untuk menghujahkan kes mereka dengan sewajarnya, bagaimana Mahkamah boleh dijangka untuk memberikan pertimbangan serius kepada kedudukan mereka? Mahkamah bukanlah peguam bela untuk mana-mana pihak. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pihak untuk mengemukakan hujahan yang komprehensif dan meyakinkan untuk menyokong kes masing-masing. Sikap sambil lewa dan tidak serius dalam mempertahankan kes yang diwakili sekiranya tidak dibendung, tidak mustahil akan menjejaskan nama baik dan kredibiliti profesion kepeguaman.
12
Berdasarkan sikap dan tindakan kesemua pihak yang nampaknya tidak berminat dan tidak memberikan komitmen yang sewajarnya dalam prosiding ini, kesemua hujahan bertulis pihak-pihak dalam Kandungan 29, 30, 31, 32, 34 dan 35 adalah ditolak.
13
Sehubungan dengan itu juga, Mahkamah tidak akan membazirkan masa Kehakiman untuk menjemput pihak-pihak untuk berhujah secara komprehensif, sebaliknya bagi memastikan keadilan kepada pihak-pihak, pihak-pihak hanya dibenarkan berhujah selama 5 minit sahaja bagi setiap satu pihak.
14
Berdasarkan hujahan lisan ringkas pihak-pihak, kertas kausa dan Rekod Rayuan bagi prosiding sedia ada, ini adalah keputusan Mahkamah.
15
Pada 11.03.2020, jam lebih kurang 6.30 petang, satu kemalangan jalan raya telah berlaku di KM 2 Jalan Skudai Pantai Lido yang melibatkan motorkar No. BKT 4094 yang dipandu oleh Plaintif Pertama. Plaintif Kedua serta satu individu bernama Muhammad Al Aqraf bin Abdul Jabbar (SP9) merupakan penumpang di dalam motokar tersebut.
16
Versi Plaintif Pertama ialah bahawa semasa motokar tersebut sampai di KM 2 Jalan Skudai Pantai Lido, motorkar tersebut telah terlanggar lopak air dan beliau telah hilang kawalan, lalu terbabas ke kanan jalan, melanggar pembahagi jalan dan seterusnya melanggar sebatang pokok di tengah jalan.
17
Pada masa kemalangan berlaku, keadaan cuaca adalah hujan dan permukaan jalan tersebut basah dan licin. Plaintif Pertama baru mendapat lesen memandu P pada 23.02.2020 iaitu lebih kurang 12 hari sebelum kemalangan berlaku.
18
Plaintif Pertama telah memulakan tindakan terhadap Defendan Pertama dan Kedua selaku pemilik jalan dan Defendan Ketiga selaku syarikat konsesi yang dilantik untuk menyelenggara jalan tersebut.
19
Berdasarkan hujahan lisan pihak-pihak sebentar tadi, isu-isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah seperti berikut –
a
sama ada HMS dari segi undang-undang dan fakta adalah betul apabila memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kes mereka terhadap Defendan-Defendan;
b
sama ada HMS telah terkhilaf dalam mengawadkan kos penjagaan ahli keluarga sebanyak RM42,000.00 sahaja; dan
c
sama ada HMS telah terkhilaf dalam menetapkan pendarab kos penjagaan masa depan sebanyak RM500.00 sebulan sahaja.
20
Adalah prinsip yang mantap bahawa Mahkamah rayuan secara amnya tidak akan mengganggu dapatan fakta oleh Hakim bicara yang telah mempunyai kelebihan mendengar dan melihat tingkah laku (demeanour) saksi-saksi melainkan jika dapatan tersebut jelas salah. (Lihat : UEM Group Bhd (previously known as United Engineers (M) Bhd) v Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2018] supp MLJ 363).
21
Berdasarkan prinsip ini, berikut adalah Analisa Mahkamah –
22
Undang-undang berkaitan dengan beban pembuktian adalah mantap. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan beban pembuktian terletak di atas Plaintif-Plaintif untuk membuktikan kecuaian Defendan-Defendan (Lihat : Ng Chui Sia v Maimon Bt. Ali [1983] 1 MLJ 110).
23
Asas tuntutan Plaintif-Plaintif ialah bahawa terdapat lopak air dan/atau lubang besar di atas permukaan jalan yang telah menyebabkan motokar tersebut hilang kawalan. Oleh itu, Plaintif-Plaintif perlu terlebih dahulu membuktikan kewujudan lopak air dan/atau lubang besar tersebut pada masa yang material.
24
Setelah meneliti keseluruhan keterangan, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kewujudan lopak air dan/atau lubang besar di jalan tersebut pada masa yang material. Dapatan ini disokong oleh keterangan saksi-saksi berikut–
a
SP1 (Sarjan Azmi) - Pegawai penyiasat gantian yang telah bersetuju semasa pemeriksaan balas bahawa kedua-dua rajah kasar dan kunci (Ekshibit P1 & P2) tidak menunjukkan kewujudan lopak air. SP1 turut bersetuju bahawa berdasarkan siasatan Sarjan Sahril Anuar, tiada sebarang maklumat, keterangan ataupun bukti bahawa di tempat kejadian ada lubang ataupun pothole. SP1 juga bersetuju bahawa jalan tersebut tidak merbahaya dan boleh dijalan seperti biasa;
b
SP2 (ASP Mohd Yusop) - Penolong Penyiasat Kanan yang turut mengesahkan bahawa berdasarkan siasatan, tiada bukti bebas yang menunjukkan kewujudan lopak air. SP2 telah memberikan arahan untuk kes diklasifikasikan sebagai ‘RTM’ (kecuaian pemandu sendiri);
c
SP4 (Hussin bin Saniman) - Bapa Plaintif Pertama yang mendakwa telah mengambil gambar-gambar dan rakaman video menunjukkan lopak air. Namun, semasa pemeriksaan balas, SP4 bersetuju bahawa tiada satu gambar pun yang menunjukkan takungan air dan rakaman video yang didakwa wujud telah dikemukakan di Mahkamah. Mahkamah mendapati kegagalan SP4 mengemukakan gambar-gambar dan rakaman video tersebut membolehkan Mahkamah membuat inferens bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta 56 bahawa sekiranya dikemukakan, ianya tidak akan memihak kepada Plaintif-Plaintif;
d
SP6 (Plaintif Kedua) - Plaintif Kedua sendiri, yang telah memberikan keterangan yang bercanggah. HMS telah secara tepatnya mendapati bahawa SP6 memberikan keterangan yang bercanggah dan tidak memberikan tumpuan kepada keadaan jalan. Keterangan SP6 dalam Penyata Saksi berbeza dengan jawapan yang diberikan di Mahkamah. SP6 juga bersetuju bahawa beliau tidak nampak lopak air tersebut.
25
Selain daripada saksi-saksi Plaintif sendiri, SD1 (Addam bin Sazali), Rutin Inspektor TETO Engineering dan SD2 (IR Mohd Zulkarnaian bin Sulaiman) telah memberikan keterangan berdasarkan Ekshibit D29 iaitu rekod rondaan yang menunjukkan bahawa pada tarikh kemalangan tiada sebarang kerosakan mahupun halangan atau objek yang dilihat pada jalan tersebut.
26
Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS tidak terkhilaf apabila mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kewujudan lopak air dan/atau lubang besar di jalan tersebut.
27
Mahkamah turut membuat pemerhatian bahawa berdasarkan Rekod Rayuan, kemalangan ini sebenarnya disebabkan oleh kecuaian Plaintif Pertama sendiri dalam mengendalikan motorkar tersebut. Mahkamah turut membuat pemerhatian bahawa Plaintif Pertama sendiri mengakui bahawa stereng motokar tersebut telah diubahsuai sehingga tiada airbag, yang mana telah menyumbang kepada kecederaan serius yang dialami.
28
Berdasarkan Rekod Rayuan, Plaintif Pertama (SP8) sendiri telah memberikan beberapa versi yang bercanggah berkenaan mekanisma kemalangan. Semasa pemeriksaan semula, SP8 telah mengulangi dan menyatakan bahawa beliau telah melanggar benteng konkrit di sebelah kiri sebelum hilang kawalan. Mahkamah mendapati bahawa menerusi perenggan-perenggan 51, 52 dan 56 Alasan Penghakiman, HMS telah meneliti percanggahan ini secara terperinci.
29
Berkenaan dengan SP9 (Muhammad Al Aqraf) yang merupakan penumpang motokar tersebut yang sedang baring di bahagian belakang pada masa kemalangan, keterangannya mengesahkan bahawa beliau tidak merasakan sebarang perubahan dari segi pergerakan motorkar iaitu tiada turun naik sepertimana yang cuba didakwa oleh Plaintif Pertama dan Kedua.
30
Fakta yang tidak dapat dinafikan adalah bahawa Plaintif Pertama baru sahaja mendapat lesen memandu P pada 23.02.2020, iaitu lebih kurang 12 hari sebelum kemalangan berlaku. Plaintif Pertama telah memandu pada kelajuan yang tinggi dalam keadaan hujan di mana jalan tersebut basah dan licin. SP1 sendiri telah bersetuju bahawa kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian Plaintif Pertama yang gagal mengawal motokar dan telah hilang kawalan dan terbabas sendiri. (Lihat : Noor Famiza bte Zabri (the lawful widow and dependant of Saharudin bin Omar, deceased) & Anor v Awang bin Muda & Anor [1994] 1 AMR 679).
31
SP2 yang merupakan pegawai atasan kepada Sarjan Sahril telah mengesahkan bahawa berdasarkan catatan di dalam kertas siasatan, beliau telah memberikan arahan untuk kes diklasifikasikan sebagai ‘RTM’ sebab kecuaian disebabkan oleh pemandu itu sendiri.
32
Berkenaan dengan hujahan Plaintif-Plaintif bahawa kausa tindakan di bawah subseksyen 7(2)(3) Government Proceedings Act 1956 [Akta 359] cukup dirangkumi oleh pliding, hujahan ini tergugur apabila Plaintif-Plaintif gagal membuktikan terlebih dahulu bahawa terdapat kecacatan di jalan tersebut yang memerlukan penyelenggaraan. Tanpa membuktikan kewujudan lopak air atau lubang, tiada asas untuk mendapati kemungkiran kewajipan di bawah undang-undang oleh Defendan-Defendan.
33
Berkenaan dengan hujahan bahawa HMS terkhilaf kerana tidak membenarkan soalan-soalan berkaitan rekahan dan ketidakrataan jalan raya, Mahkamah ini mendapati tindakan HMS adalah tepat dan selari dengan prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Perihal rekahan, jalan tidak rata dan air bertakung tidak pernah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. Permohonan Plaintif-Plaintif untuk meminda pliding telah ditolak oleh HMS dan keputusan tersebut telah dikekalkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14.05.2025. Oleh itu, HMS tidak terkhilaf apabila menghadkan keterangan kepada skop pliding yang sedia ada.
34
Berkenaan dengan dakwaan bahawa HMS telah "descended into the arena" dengan melarang saksi memberi keterangan, menghadkan keterangan dan membatalkan (expunge) sebahagian keterangan, Mahkamah ini mendapati dakwaan tersebut tidak berasas. Tindakan HMS untuk mengeluarkan keterangan yang berada di luar skop pliding dan keterangan pendapat oleh saksi bukan pakar adalah satu pelaksanaan fungsi kehakiman yang wajar dalam mengawal prosiding perbicaraan. Seseorang Hakim bicara bukan sahaja berhak, malah berkewajipan untuk memastikan perbicaraan dijalankan dalam lingkungan pliding dan kaedah-kaedah keterangan. Tindakan sedemikian bukan merupakan "descending into the arena" tetapi merupakan pengurusan kehakiman yang sepatutnya (proper judicial case management).
35
Berdasarkan keseluruhan keterangan dan hujahan yang telah dikemukakan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa HMS tidak terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kes mereka terhadap Defendan-Defendan. HMS betul dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan bahawa kemalangan ini disebabkan sepenuhnya oleh kecuaian Plaintif Pertama sendiri dalam pemanduannya. Sehubungan dengan itu, Rayuan atas isu liabiliti ini ditolak.
36
Memandangkan Mahkamah ini telah memutuskan bahawa rayuan atas isu liabiliti ditolak, isu-isu kuantum ini secara teknikalnya tidak perlu diputuskan. Namun, demi kelengkapan, Mahkamah ini akan menyentuh kedua-dua isu tersebut secara ringkas. Kos penjagaan masa depan (RM500.00 sebulan)
37
HMS telah mengawadkan kos penjagaan masa depan sebanyak RM500.00 sebulan bagi tempoh 42 bulan berjumlah RM252,000.00. Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa jumlah ini terlalu rendah.
38
Namun, keterangan SP5 (Dr. Ramnan A/L Jayasingham) sendiri mengesahkan bahawa terdapat improvement dalam keadaan Plaintif Pertama. Plaintif Pertama sendiri semasa pemeriksaan balas telah bersetuju bahawa beliau sudah boleh bergerak sendiri, menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menguruskan aktiviti harian dan boleh membuat self-catheterization. HMS dalam Alasan Penghakimannya telah secara tepat menyatakan bahawa Plaintif telah boleh berdikari dalam kebanyakan aspek kehidupan seharian dan hanya penjagaan minima yang diperlukan.
39
Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini tidak mendapati sebarang khilaf dalam keputusan HMS berkenaan perkara ini. Kos penjagaan ahli keluarga (RM42,000.00)
40
Berkenaan tuntutan Plaintif bagi kos penjagaan ahli keluarga sebanyak RM42,000.00, HMS telah mengawadkan jumlah RM1,000.00 sebulan bagi tempoh 2 tahun dan baki 3 tahun (sebelum keputusan) sebanyak RM500.00 sebulan berdasarkan tahap kebergantungan Plaintif Pertama yang semakin berkurang. Berpandukan kepada prinsip dalam kes Nur Syarafina bt Sa’ari v Kerajaan Malaysia & Ors [2019] 12 MLJ 741, di mana Plaintif yang mobile dan boleh menjaga diri sendiri diawadkan kos penjagaan yang lebih rendah, Mahkamah ini berpuas hati bahawa tidak sebarang kekhilafan dalam keputusan HMS berkenaan perkara ini.
41
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini memutuskan bahawa rayuan Plaintif-Plaintif adalah ditolak secara keseluruhannya.
42
Keputusan HMS bertarikh 26.9.2025 adalah dikekalkan; dan
43
Atas kegagalan pihak-pihak untuk mematuhi arahan Mahkamah, dalam penfailan hujahan bertulis dan hujahan bertulis balasan, kos permohonan bagi rayuan ini adalah ditanggung oleh pihak-pihak. Bertarikh : 9 Mac 2026 -tandatangan-Dr Noradura Binti Hamzah Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil 2 Johor Bahru Peguamcara Perayu-Perayu : : Satheesan a/l Sudhakaran Tetuan S. Satheesan & Co. Peguamcara Responden Pertama dan Responden Kedua : : Arief Aiman Bin Hamir Hamzah Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguamcara Responden Ketiga : : Sukhdeep Singh a/l Gurdeep
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.