Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCC-94-07/2022
BA-22NCC-94-07/2022
High Court of Malaysia8 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“‘ledger, day book, cash book and account book’. As rightly noted in the judgment of the Court of Appeal at para 76 thereof, ‘entry’ is not defined in the Act but cross referencing it with s.34 of the Evidence Act 1950, it should be the ones recorded in a book of account regularly kept in the course of the bank's busine”
“the course of the bank's business, which is one of the conditions of admissibility under the said section as held by the Supreme Court in Sim Siok Eng & Anor v Poh Hua Transport & Contractor Sdn Bhd [1980] CLJU 70; [1980] 1 LNS 70; [1980] 2 MLJ 72. [24] Meneliti perenggan-perenggan (c) - (l) Notis Permohonan (Kandungan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCC-94-07/2022
1
HEAN KENG THIANG (NO. K/P: 620912-10-5495) (mendakwa sebagai pemegang saham minoriti BAN HOE LEONG MARINE SUPPLIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 35377-M) dan membawa tindakan ini bagi pihak dan untuk kepentingan BAN HOE LEONG MARINE SUPPLIES
2
BAN HOE LEONG MARINE SUPPLIES SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 35377-M) … PLAINTIF-PLAINTIF
1
HEAN KENG HOCK
2
HEAN BOON YEOW (NO. K/P: 720113-10-5649) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 106) PENDAHULUAN [1] Ini adalah permohonan interlokutori oleh plaintif-plaintif menurut Seksyen 6 dan/atau Seksyen 7 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 dan/atau Aturan 24 Kaedah 7A Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 terhadap beberapa bank bagi tujuan penzahiran dokumen-dokumen yang berkaitan dengan plaintif kedua. Permohonan ini difailkan pada 5.11.2025, iaitu selepas tiga tahun dari tarikh Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan difailkan. [2] Pada 8.1.2026, Mahkamah ini telah menolak Kandungan 106 dengan kos. LATAR BELAKANG [3] Guaman di sini difailkan oleh plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan yang merupakan pengarah-pengarah plaintif kedua. [4] Syarikat plaintif kedua merupakan syarikat keluarga yang telah ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan perdagangan minyak bunker dan pelincir. Pada tahun 2019, plaintif pertama memegang 32.67% saham dalam plaintif kedua. PERMOHONAN PLAINTIF-PLAINTIF [5] Melalui Kandungan 106, plaintif-plaintif ingin mendapatkan relif-relif yang berikut –
a
(A) Terhadap HSBS Bank Malaysia Berhad i. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua catatan dalam buku-buku HSBC Bank Malaysia Berhad yang berhubungan dengan Akaun Plaintif Kedua iaitu, No. Akaun: 0139353101. ii. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua dokumen dalam milikan HSBC Bank Malaysia Berhad yang berhubungan dengan Akaun Plaintif Kedua (No. Akaun: 0139353101) termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen-dokumen dalam milikan HSBC Bank Malaysia Berhad yang berbangkit daripada, berhubungan dengan dan/atau berkaitan dengan setiap bayaran dan/atau pemindahan daripada Akaun Plaintif Kedua (No. Akaun: 0139353101) yang dibuat antara Jun 1995 sehingga Januari 2013.
b
(B) Terhadap Hong Leong Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai OBB Bank Berhad) i. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua catatan dalam buku-buku Hong Leong Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai OBB Bank Berhad) yang berhubungan dengan Akaun atas nama Plaintif Kedua. ii. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua dokumen dalam milikan Hong Leong Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai OBB Bank Berhad) yang berhubungan dengan Akaun atas nama Plaintif Kedua termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen-dokumen dalam milikan Hong Leong Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai OBB Bank Berhad) yang berbangkit daripada, berhubungan dengan dan/atau berkaitan dengan setiap bayaran dan/atau pemindahan daripada Akaun atas nama Plaintif Kedua yang dibuat antara Jun 1995 sehingga Januari 2013.
c
(C) Terhadap RHB Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai DCB Bank Berhad) i. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua catatan dalam buku-buku RHB Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai DCB Bank Berhad) yang berhubungan dengan Akaun Plaintif Kedua iaitu, No. Akaun:
200370019809
ii. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua dokumen dalam milikan RHB Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai DCB Bank Berhad) yang berhubungan dengan Akaun Plaintif Kedua (No. Akaun: 200370019809) termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen- dokumen dalam milikan RHB Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai DCB Bank Berhad) yang berbangkit daripada, berhubungan dengan dan/atau berkaitan dengan setiap bayaran dan/atau pemindahan daripada Akaun Plaintif Kedua (No. Akaun: 200370019809) yang dibuat antara Jun 1995 sehingga Januari 2013 termasuklah pengeluaran wang Deposit Tetap milik syarikat Plaintif Kedua di dalam bank RHB Bank Berhad (sebelum ini dikenali sebagai DCB Bank Berhad) Cawangan Port Klang pada 01.06.2019 oleh Defendan-Defendan sebanyak RM2,298,100.00.
d
(D) Terhadap Public Bank Berhad i. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua catatan dalam buku-buku Public Bank Berhad yang berhubungan dengan Akaun atas nama Plaintif Kedua. ii. Plaintif-Plaintif adalah bebas untuk memeriksa dan mengambil salinan kesemua dokumen dalam milikan Public Bank Berhad yang berhubungan dengan Akaun atas nama Plaintif Kedua termasuk tetapi tidak terhad kepada dokumen-dokumen dalam milikan Public Bank Berhad yang berbangkit daripada, berhubungan dengan dan/atau berkaitan dengan setiap bayaran dan/atau pemindahan daripada Akaun atas nama Plaintif Kedua yang dibuat antara Jun 1995 sehingga Januari 2013. [6] Selanjutnya, plaintif-plaintif memohon supaya dokumen-dokumen yang diperoleh tersebut hasil daripada Perintah yang akan dibuat di sini bagi tujuan sebarang prosiding undang-undang di Malaysia dan/atau di mana-mana tempat lain yang bersampingan dan/atau berkaitan dengan prosiding melalui Guaman Sivil No.: BA-22NCC-94-07/2022 ini termasuklah pemfailan Ikatan Dokumen Tambahan, sebagaimana yang dianggap sesuai oleh Plaintif-Plaintif. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [7] Seksyen 6 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 memperuntukkan seperti berikut – An officer of a bank shall not, in any legal proceedings to which the bank is not a party, be compellable to produce any banker’s book the contents of which can be proved under this Act or to appear as a witness to prove the matters, transactions and accounts therein recorded, unless by order of a Judge made for special cause. [8] Manakala Seksyen 7 Akta Buku Jurubank (Keterangan) 1949 pula memperuntukkan –
1
On the application of any party to a legal proceeding the Court or a Judge may order that such party be at liberty to inspect and take copies of any entries in a banker's book for any of the purposes of such proceedings.
2
An order under this section may be made either on or without summoning the bank or any other party, and shall be served on the bank three clear days before the same is to be obeyed unless the Court or Judge otherwise directs. [9] Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memberi peruntukan tentang penzahiran terhadap pihak lain melalui Aturan 24 Kaedah 7A, iaitu –
7A
Discovery against other person (O. 24 r. 7A) …
2
An application after the commencement of proceedings for an order for the discovery of documents by a person who is not a party to the proceedings shall be made by a notice of application, which shall be served on that person personally and on every party to the proceedings.
3
An originating summons under paragraph (1) or a notice of application under paragraph (2) shall be supported by an affidavit which shall-
a
in the case of an originating summons under paragraph (1), state the grounds for the application, the material facts pertaining to the intended proceedings and whether the person against whom the order is sought is likely to be party to subsequent proceedings in Court; and
b
in any case, specify or describe the documents in respect of which the order is sought and show, if practicable by reference to any pleading served or intended to be served in the proceedings, that the documents are relevant to an issue arising or likely to arise out of the claim made or likely to be made in the proceedings or the identity of the likely parties to the proceedings, or both, and that the person against whom the order is sought is likely to have or have had them in his possession, custody or power.
4
A copy of the supporting affidavit shall be served with the originating summons or the notice of application on every person on whom the originating summons or the notice of application is required to be served.
5
An order for the discovery of documents before the commencement of proceedings or for the discovery of documents by a person who is not a party to the proceedings may be made by the Court for the purpose of or with a view to identifying possible parties to any proceedings in such circumstances where the Court thinks it just to make such an order, and on such terms as it thinks just.
6
An order for the discovery of documents may-
a
be made conditional on the applicant giving security for the costs of the person against whom it is made or on such other terms, if any, as the Court thinks just; and
b
require the person against whom the order is made to make an affidavit stating whether the documents specified or described in the order are, or at any time have been, in his possession, custody or power and, if not then in his possession, custody or power, when he parted with them and what has become of them. ISU UNTUK DIPUTUSKAN [10] Isu yang berkaitan untuk diputuskan adalah sama ada permohonan plaintif-plaintif merupakan usaha mencari maklumat secara rambang dan meluas tanpa asas yang kukuh. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada permohonan plaintif-plaintif merupakan usaha mencari maklumat secara rambang dan meluas tanpa asas yang kukuh. [11] Bagi tujuan memutuskan isu tersebut, plaintif-plaintif dalam permohonan ini mengaku bahawa kebenaran telah diperoleh untuk mengambil tindakan bagi pihak plaintif kedua melalui tindakan terbitan melalui perintah Mahkamah pada 21.6.2022. [12] Kebenaran tersebut telah dijadikan asas oleh plaintif-plaintif untuk memohon Mahkamah ini membenarkan Kandungan 106 memandangkan menurut plaintif-plaintif, defendan-defendan telah melakukan pecah amanah, frod, kecuaian, ketinggalan, salahnyataan dan penyalahgunaan harta syarikat plaintif kedua. [13] Pendirian plaintif-plaintif tersebut membawa Mahkamah ini kepada satu kesimpulan bahawa semasa Writ Saman difailkan dan kausa tindakan diasaskan oleh plaintif-plaintif, dokumen-dokumen yang ingin digunakan oleh plaintif-plaintif untuk menyokong tuntutan masih belum diperoleh lagi. [14] Mahkamah ini turut memandang serius kepada tujuan plaintif-plaintif dalam memfailkan Kandungan 106 iaitu termasuk menggunakan dokumen-dokumen hasil daripada prosiding penzahiran dalam Guaman ini untuk kegunaan plaintif-plaintif dalam prosiding lain di Malaysia selain perbicaraan di sini. [15] Plaintif-plaintif mengakui dokumen-dokumen yang dipohon melalui permohonan penzahiran adalah penting kepada isu kritikal plaintif-plaintif di sini, namun Mahkamah ini mendapati tindakan plaintif-plaintif yang membuat permohonan penzahiran selepas tempoh tiga tahun Writ Saman difailkan dan selepas tarikh bicara penuh ditetapkan pada 19 - 23 Januari 2026 tanpa penjelasan alasan kelewatan, adalah tidak wajar dibenarkan. [16] Afidavit Sokongan oleh Hean Kean Thiang mendedahkan transaksi yang melibatkan pembelian dua bidang tanah berlaku pada tahun 1995 dan 1996 iaitu hampir 29 tahun yang lalu. Turut dibangkitkan oleh plaintif-plaintif adalah wang pemerolehan tanah-tanah plaintif kedua dibayar daripada dana plaintif kedua dan bukannya defendan-defendan. Sekitar tahun 2019 plaintif kedua telah menandatangani laporan-laporan akaun plaintif kedua tanpa diberi peluang menyemak laporan berkenaan. Tindakan plaintif pertama mempertikaikan pengeluaran wang plaintif kedua oleh defendan-defendan telah menyebabkan plaintif pertama dipecat pada September 2020 sebagai pengarah plaintif kedua. [17] Afidavit Sokongan tersebut dan Pernyataan Tuntutan telah memplidkan perincian tentang transaksi khusus yang mana nyata beban bukti terletak di bahu plaintif-plaintif. Namun demikian, plaintif-plaintif menggunakan Kandungan 106 untuk memindahkan beban di bahu defendan-defendan supaya mendedahkan dokumen-dokumen yang telah wujud sejak tahun 2019 lagi. [18] Pada hemat Mahkamah ini, plaintif-plaintif mempunyai ruang dan peluang untuk memfailkan permohonan penzahiran lebih awal, namun plaintif-plaintif menunggu pada saat-saat akhir menjelang dua bulan sebelum perbicaraan penuh. Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa dalam permohonan penzahiran menurut Aturan 24 Kaedah 7A KKM 2012, penzahiran selepas prosiding difailkan adalah dibenarkan, namun kelewatan selama tiga tahun adalah tidak munasabah. [19] Mahkamah ini merujuk kepada kes Bank Pembangunan Malaysia Bhd v Sidqi Ahmad Said Ahmad & Ors [2025] 8 CLJ 567 berkaitan dengan permohonan penzahiran menurut Aturan 24 Kaedah 7A KKM 2012, yang telah memberi pertimbangan terhadap isu kelewatan dalam permohonan penzahiran – [79] I find no merit in the said defendants’ characterisation of this application as improper. The said defendants’ contention that this application should be dismissed because it is “akin to pre-action discovery” is wholly misconceived. Order 24 r.7A(2) of the ROC expressly allows for applications for third-party discovery to be made after the commencement of proceedings, without imposing any limitations based on the timing of the suit. The application has been duly served on the relevant parties in accordance with the procedural requirements. Furthermore, there is no issue of delay on the part of the plaintiff, as this application was filed approximately one year before the trial dates fixed by this court. The evidence before me establishes that this application is made bona fide and in accordance with proper legal procedure. [20] Berhubung dengan alegasi plaintif-plaintif bahawa berlaku pecah amanah, frod, kecuaian, ketinggalan, salahnyataan dan penyalahgunaan harta syarikat plaintif kedua, semakan pada Pernyataan Tuntutan mendapati bahawa plaintif-plaintif tidak memplidkan butiran-butiran frod, kecuaian dan salahnyataan yang dilakukan oleh defendan-defendan. [21] Mahkamah ini turut memberi pertimbangan kepada pendirian pihak bank khasnya Public Bank Berhad melalui Afidavit Jawapan yang diikrarkan oleh Cheah Shou Shing (Kandungan 116). Pihak Public Bank Berhad menjelaskan dokumen-dokumen yang diminta oleh plaintif-plaintif adalah akaun bank atas nama plaintif kedua dari tempoh Jun 1995 sehingga Januari 2013. Pihak Public Bank tidak dapat mencari dokumen dan penyata yang berkaitan kerana tempoh masa simpanan rekod bagi Public Bank adalah tujuh tahun sahaja dan setelah itu rekod akan dimusnahkan. Nyata, perintah penzahiran yang diberikan kelak akan menjadi sia-sia bahkan bertentangan dengan prinsip dalam Yekambaran s/o Marimuthu v Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 yang memutuskan – The essential elements for an order for discovery are threefold; namely, first there must be a document, secondly, the document must be relevant and thirdly, the document must be or have been in the possession, custody or power of the party against whom the order for discovery is sought. [22] Selain itu dengan mengambil kira situasi dalam kes ini Mahkamah ini mendapati, tujuan penzahiran di sini tidak dapat mencapai matlamat seperti yang dihasratkan dalam kes Billion Prima Sdn Bhd & Anor v Nutech Company Ltd & Anor [2017] 1 CLJ 179 sebagaimana dirujuk dalam kes Bank Pembangunan Malaysia Bhd v Sidqi Ahmad Said Ahmad & Ors (supra) iaitu untuk mengelakkan komplikasi semasa prosiding bicara kelak – [81] As established in the High Court decision of Billion Prima Sdn Bhd & Anor v Nutech Company Ltd & Anor [2017] 1 CLJ 179, discovery applications against third parties under O.24 r.7A serve several pragmatic purposes, including facilitating trial preparation and avoiding unnecessary procedural complications during trial. The court in Billion Prima articulated that the documents disclosed by a third party “shall be made available to all parties before the commencement of trial. In such a manner, parties’ preparation for trial is facilitated and the trial may then be disposed of expeditiously,” whilst also avoiding the necessity for subpoenas during trial proceedings. The timing of this application, approximately one year before trial, aligns with the rationale articulated in Billion Prima of ensuring documents are available to all parties before trial commencement and enabling expeditious disposal of the matter. [23] Mahkamah ini turut meneliti dokumen-dokumen yang dipohon oleh plaintif-plaintif untuk dizahirkan sebagaimana dalam Kandungan 106. Dalam kes Protasco Bhd v Tey Por Yee & Anor and Other Appeals [2021] 1 CLJ 349 diputuskan secara majoriti bahawa – [133]...I am persuaded that the definition of ‘banker’s book’ under the Act must be given a purposive interpretation and that it is to be done with an updating approach as outlined earlier but in so doing I would still end must confine the meaning of ‘other books’ with ‘Ledger, day book, cashbook and account book’. So it cannot be just any documents in the bank’s possession which comes within that definition although, as I had said earlier, those very same documents produced or kept by the bank in accordance with advancement in technology such as computers and other forms of information technology should qualify. In other words, as rightly submitted by learned counsel for the respondents, ‘other books’ should be considered ejusdem generis. Doing so does not, in my view disentitle me from adopting the same approach taken in Wee Soon Kim’s case because recorded transactions between the customer and the bank indeed qualifies under record or entries kept in its ‘ledger, day book, cash book and account book’. As rightly noted in the judgment of the Court of Appeal at para 76 thereof, ‘entry’ is not defined in the Act but cross referencing it with s.34 of the Evidence Act 1950, it should be the ones recorded in a book of account regularly kept in the course of the bank's business, which is one of the conditions of admissibility under the said section as held by the Supreme Court in Sim Siok Eng & Anor v Poh Hua Transport & Contractor Sdn Bhd [1980] CLJU 70; [1980] 1 LNS 70; [1980] 2 MLJ 72. [24] Meneliti perenggan-perenggan (c) - (l) Notis Permohonan (Kandungan 106), Mahkamah ini mendapati dokumen-dokumen yang dipohon melalui permohonan penzahiran ini adalah luas dan tidak spesifik. Plaintif-plaintif gagal memperincikan secara khusus dokumen-dokumen yang dipohon terhadap pihak bank yang disenaraikan. Tuntasnya dokumen-dokumen yang dinyatakan dalam perenggan-perenggan (c) – (l) Kandungan 106 berkecenderungan terjumlah kepada usaha mencari bukti secara rambang. Hal ini turut disokong dengan penegasan plaintif-plaintif sendiri yang ingin menggunakan dokumen-dokumen tersebut dalam prosiding yang lain selain Guaman di sini. KESIMPULAN [25] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini memerintahkan Kandungan 106 ditolak dengan kos RM3,000.00 dibayar kepada defendan-defendan dan setiap bank yang berkait dengan permohonan ini. Bertarikh pada 6 Mac 2026. Ditandatangani ...................................................... Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Keluarga (2) Shah Alam Bagi Pihak Plaintif-Plaintif : Muhammad Hadi Nafiz bin Mohammad Din Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail (Shah Alam, Selangor) Bagi Pihak Defendan-Defendan : Lee Lin Jun, Ee Yen Chin dan Siti Nasirah Tetuan Tee Tai Tzian & Sim (Klang, Selangor) Bagi Pihak Public Bank Berhad : K.K Chan Tetuan Shook Lin & Bok (Kuala
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.