Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: AA-24NCVC-573-12/2022
AA-24NCvC-573-12/2022
High Court of Malaysia5 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“immovable property should be sold. Those elements must be fulfilled before O 31 r 1 could be invoked. Order 31 r 1 should not override the appellants' sacrosanct right to property under art 13 of the Federal Constitution. Order 31 r 1 was not a blanket provision empowering the High court to order sale of the land again”
“does not come within the ambit of O 31 r 1 of the ROC. If there was any dispute on this point, it has been laid to rest by the Court of Appeal in Chiu Kwan Yiu v. Thien Lip Ha @ Annie Chiu Sai Chang [2015] MLRAU 510. [17] Berdasarkan otoriti di atas dapatlah diamati bahawa Mahkamah hanya boleh menggunakan kuasa untuk m”
“iaitu: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 9 I. Datin Sohaila bt Adom (wakil diri bagi Adom bin Haji Ma'adil, simati) v. Einstein Tay [2016] MLRAU 243 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pemilik bersama telah memenuhi pra-syarat apabila dia telah menghan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI IPOH DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: AA-24NCVC-573-12/2022
1
HO YAN FOO (No. K.P. 691020-08-5343)
2
HO YAN ROON (No. K.P. 641012-08-5479)
3
HO YAN YEE (No. K.P. 651129-08-5455)
4
HO YOON FOONG (No. K.P. 750224-08-6249)
5
HO YIT JEAN (No. K.P. 930723-08-5644) (Sebagai wasi harta pusaka Ho Yan Yaw) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN HO WENG SOON (No. K/P 760602-08-5067) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 11/06/2024 08:41:44 AA-24NCvC-573-12/2022 Kand. 60 PENGENALAN [1] Ho Yan Foo, Ho Yan Roon, Ho Yan Yee, Ho Yoon Foong dan Ho Tit Jean telah memfailkan permohonan di Lampiran 1 bagi mendapatkan perintah-perintah berikut: I. Satu Perintah bahawa hartanah yang dipegang dibawah Geran 111611 Lot 55985 (dahulu dikenali sebagai Q.T (R) KA 55/68 Lot 743 dan H.S. (D) KA 46803 P.T 743) Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta, Negeri Perak Darul Ridzuan dijual pada harga tidak kurang daripada RM11.00 kaki persegi kepada mana-mana pembeli; II. Satu perintah bahawa hasil jualan hartanah tersebut dibahagikan secara sama rata di antara keenam-enam pemilik berdaftar dimana setiap pemilik berdaftar mempunyai 1/6 bahagian yang tidak dipecahkan; III. Satu Perintah bahawa Penolong Kanan Pendaftar dibenarkan untuk menandatangani Perjanjian Jual beli dan Borang 14A (pindahmilik) bagi Ho Weng Soon yang merupakan Defendan yang mempunyai 1/6 bahagian yang tidak dipecahkan sekiranya Defendan enggan menandatangani Perjanjian Jual Beli dan Borang 14A tersebut; IV. Kos. FAKTA RINGKAS [2] Permohonan ini adalah berkaitan dengan sebidang tanah yang tidak dipecahkan dikenali sebagai Geran 111611, Lot 55985, Mukim Hulu Kinta, Daerah Kinta dalam Negeri Perak Darul Ridzuan (selepas ini dirujuk sebagai “hartanah tersebut”). Plaintif-plaintif ialah individu-individu bernama Ho Yoon Foong, Ho Yan Foo, Ho Yan Roon, Ho Yan Yee dan Ho Yit Jean (sebagai wasi harta pusaka Ho Yan Yaw) (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Plaintif-plaintif”) merupakan pemilik berdaftar secara bersama bagi hartanah tersebut di mana masing-masing memegang hak sebanyak 1/6 bahagian daripada keseluruhan hartanah tersebut menjadikan jumlah milikan kesemua Plaintif-Plaintif sebanyak 5/6 bahagian daripada jumlah keseluruhan bahagian hartanah tersebut. Defendan pula juga merupakan salah seorang pemilik bersama yang berdaftar bagi hartanah tersebut serta turut memegang hak sebanyak 1/6 bahagian yang tidak dipecahkan dalam hartanah tersebut. [3] Plaintif-plaintif mendakwa bahawa mereka telah menerima tawaran daripada bakal pembeli untuk membeli hartanah tersebut dan kesemua pemilik berdaftar hartanah tersebut bersetuju untuk menjual hartanah tersebut kecuali Defendan yang enggan bersetuju dan telah menghalang kehendak majoriti bagi tujuan jualan hartanah tersebut. Oleh itu, Plaintif-plaintif telah pada 29 Disember 2022 memfailkan permohonan ini. ISU-ISU UTAMA [4] Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat dua isu utama yang perlu diputuskan dalam permohonan ini iaitu:
1
Sama ada bantahan awal Defendan bermerit dan wajar dibenarkan;
2
Sama ada Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa dan boleh membenarkan permohonan Plaintif-plaintif untuk satu perintah jualan dikeluarkan terhadap hartanah tersebut. ISU PERTAMA: SAMA ADA BANTAHAN AWAL DEFENDAN BERMERIT DAN WAJAR DIBENARKAN. [5] Defendan telah membangkitkan bantahan awal berkenaan Saman Pemula di Lampiran 1 dan Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif yang diikrarkan pada 24 November 2022 yang tidak konsisten pada bahagian intitulement dan berhujah bahawa permohonan Plaintif-Plaintif ini adalah cacat dan tidak lengkap. Defendan berhujah bersandarkan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu Tai Choi Yu v Ma Boon Lan [2018] 2 MLJC 804 seperti berikut: [11] We were of the view that these inconsistencies were not only grave in nature but were also fundamentally wrong as this appeal could not have been proceeded without causing serious injustice and prejudice to the Respondent. In other words, we were of the view that there was no competent appeal before us. [12] Evidently, the inconsistencies were too obvious to be ignored and were not mere irregularities which can be cured under O 1A of the Rules of Court. In the Federal Court case of Duli Yang Amat Mulia Tungku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj Tunku Mahkota Johor v. Datuk Captain Hamzah Mohd Noor and another appeal [2009] 1 MLRA 528; [2009] 4 MLJ 149, at para 46, p 163; [2009] 4 CLJ 329; [2009] 5 AMR 296, Zaki Azmi (CJ as he then was) (delivering judgment of the Court) held as follows: "[46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O 1A of the RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. It must not supersede a mandatory requirement of the Rules. Order 1A cannot be invoked when a party intentionally disregards in complying with the Rules. Otherwise, parties would be encouraged to ignore the Rules. Thus in this case, O 1A of the RHC does not apply as the respondents had intentionally disregarded O 6 r 7(2A) for their own reasons."[Emphasis added] [6] Plaintif-plaintif berhujah berkenaan perkara ini bahawa pihak mereka telah terlepas pandang semasa penyediaan draf dan tinggalan ini adalah tidak disengajakan. Plaintif-plaintif dalam hujahan mereka turut bersandarkan kepada kes Tai Choi Yu (supra) di mana dalam kes ini rayuan ditolak kerana terdapat kesilapan ejaan pada nama pihak-pihak dan skop rayuan. Plaintif-plaintif berhujah bahawa pihak Defendan turut melakukan kesilapan fakta apabila berterusan merujuk kepada Plaintif Kelima sebagai wasi bagi harta pusaka “Ho Yan Yew” sedangkan rekod menunjukkan nama sebenar si mati adalah “Ho Yan Yaw”. [7] Berkenaan isu bantahan awal Defendan ini, semakan Mahkamah dapati bahawa dakwaan kedua pihak-pihak berkenaan kesilapan dan tinggalan yang dilakukan adalah benar wujud. Namun, Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Duli Yang Amat Mulia Tungku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj Tunku Mahkota Johor v. Datuk Captain Hamzah Mohd Noor dan satu lagi rayuan [2009] 1 MLRA 528; [2009] 4 MLJ 149 diputuskan seperti berikut: "[46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O 1A of the RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. [8] Mahkamah ini mendapati bahawa kesilapan dan tinggalan yang dilakukan oleh kedua-dua pihak ini adalah tidak mencacatkan keseluruhan permohonan ini. Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak bantahan awal Defendan dan memilih untuk mendengar merit permohonan Plaintif-Plaintif. ISU KEDUA: SAMA ADA MAHKAMAH INI MEMPUNYAI BIDANG KUASA DAN BOLEH MEMBENARKAN PERMOHONAN PLAINTIF-PLAINTIF UNTUK SATU PERINTAH JUALAN DIKELUARKAN TERHADAP HARTANAH TERSEBUT. [9] Permohonan Plaintif-plaintif adalah bersandarkan kepada dua peruntukan undang-undang utama iaitu Seksyen 145 Kanun Tanah Negara 1965 (selepas ini dirujuk sebagai “Akta 56”) dan Aturan 31 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Pemakaian Seksyen 145 Akta 56: Seksyen 145 Akta 56 memperuntukkan:
1
Where, in the case of any land vested in co-proprietors:
a
any of the co-proprietors will neither join in, nor consent to the making of, an application for partition under this Chapter; or
b
by reason of the operation of para 136(1)(f) (as applied by s 141), partition of the land between all of the co-proprietors is incapable of being approved under this Chapter,the Court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on the application of any of the co-proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated
2
Without prejudice to the generality of the power conferred by subsection (1), the Court may on any application under that subsection order:
a
that, subject to the making between the co-proprietors of such payments as the Court may consider equitable having regard to the comparative values of the individual portions thereby proposed, any application for partition made by one or more of the co-proprietors in the terms specified in the order shall be deemed for the purposes of this Chapter to have been made by them all;
b
that the undivided share of any of the co-proprietors be transferred on the terms specified in the order to the other co-proprietors, or to any of them; or
c
that the land be sold. [10] Mahkamah ini berpendapat berhubung pemakaian Seksyen 145 Akta 56 adalah bahawa permohonan menurut Seksyen 145 Akta 56 hanya boleh dibuat oleh pemilik bersama sesuatu hartanah sekiranya pemilik bersama yang memohon tersebut telah memenuhi salah satu pra-syarat dibawah seksyen 145 (1) (a) atau (b) Akta 56 seperti berikut: 145 (1) (a): Pemilik bersama yang dinamakan sebagai Defendan tidak mahu atau tidak bersetuju dengan permohonan pemilik bersama yang merupakan Pemohon untuk bahagian hartanah dipecah milik (partition). Mahkamah ini merujuk kepada kes-kes yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan iaitu: I. Datin Sohaila bt Adom (wakil diri bagi Adom bin Haji Ma'adil, simati) v. Einstein Tay [2016] MLRAU 243 Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa pemilik bersama telah memenuhi pra-syarat apabila dia telah menghantar surat untuk memohon persetujuan bagi permohonan pecah milik tanah kepada pemilik bersama yang lain namun surat tersebut tidak dibalas; II. Koh Heng Jin Holdings Sdn Bhd v. Phuah Beng Chooi @ Koh Kim Kee & Anor [2016] 2 MLRA 324; [2016] 3 CLJ 837; [2016] 3 AMR 445 Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Perayu dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi bersandarkan alasan antara lain bahawa tiada bukti bahawa sebarang permohonan telah dibuat oleh Plaintif terhadap Defendan untuk hartanah tersebut dipecah milik. 145 (1) (b): Sebarang permohonan untuk pecah milik menurut Seksyen 136(1)(f) Akta 56 tidak dapat diluluskan. Pemakaian seksyen 145(1)(b) dapat diamati dalam kes Koh Boh Huat & 7 Lagi v. Tan Niam Neo & Satu Lagi [2006] 4 MLRH 505. [11] Mahkamah ini bersandarkan kepada otoriti-otoriti diatas berpendirian bahawa bagi Mahkamah ini menggunakan (invoke) kuasa untuk membenarkan permohonan perintah jualan dibawah Seksyen 145(2) (c) seperti yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif, Mahkamah ini perlu berpuas hati bahawa Plaintif-Plaintif terlebih dahulu telah memenuhi salah satu pra-syarat yang terdapat dalam Seksyen 145(1) (a) atau (b). Namun demikian, semakan Mahkamah terhadap affidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif, tidak terdapat sebarang bukti kukuh bahawa pihak Plaintif-Plaintif telah meminta persetujuan daripada Defendan untuk permohonan pecahan hak milik hartanah dibuat bagi hartanah tersebut dan Plaintif-Plaintif juga gagal membuktikan bahawa Defendan telah enggan atau tidak bersetuju untuk pecah milik hartanah tersebut dibuat. [12] Plaintif-Plaintif berhujah bahawa permohonan pecah milik adalah tidak dapat dibuat dalam kes ini kerana hartanah ini berstatus tanah pertanian dan saiz keluasan hartanah ini tidak memenuhi syarat bagi tujuan pecah milik tanah pertanian. Defendan pula berhujah sebaliknya dan berpendirian bahawa hartanah ini boleh dipecah milik sekiranya permohonan dibuat. Mahkamah ini berpendirian bahawa isu sama ada pecah milik tanah berstatus pertanian boleh dibuat atau tidak, hanya layak diputuskan oleh Pihak Berkuasa Negeri setelah permohonan pecah milik dibuat. Namun demikian, semakan Mahkamah ini dapati bahawa tidak terdapat sebarang bukti bahawa permohonan seumpama itu dibuat oleh pihak-pihak. [13] Oleh yang demikian, Mahkamah ini dapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal memenuhi salah satu pra-syarat yang ditetapkan oleh Seksyen 145(1) Akta 56 dan Mahkamah ini tidak boleh menggunakan kuasa menurut Seksyen 145(2)(c) bagi mengeluarkan perintah jualan terhadap hartanah tersebut. Pemakaian Aturan 31 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 Aturan 31 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukan seperti berikut: ATURAN 31: JUALAN HARTA TAK ALIH ATAS PERINTAH MAHKAMAH
1
Kuasa untuk memerintahkan jualan harta tak alih. (A. 31 k. 1) Jika dalam apa-apa kausa atau perkara yang berhubungan dengan apa-apa harta tak alih yang ternyata perlu atau suai manfaat bagi maksud kausa atau perkara harta atau mana-mana bahagiannya yang patut dijual, Mahkamah boleh memerintahkan bahawa harta atau sebahagian daripadanya dijual, dan mana-mana pihak yang terikat dengan perintah itu dan harta atau bahagian itu dalam milikannya, atau dalam menerima sewa dan faedahnya, boleh dipaksa untuk menyerahkan milikan itu atau penerimaan kepada pembeli atau mana-mana orang lain sebagaimana yang Mahkamah arahkan. [14] Berkenaan bidang kuasa Mahkamah Tinggi bagi membenarkan perintah jualan menurut Aturan 31 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah ini merujuk dan bersandarkan kepada kes Lee Kheng Lian & Anor v. Lee Hai & Ors [2023] 1 MLRA 784 yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan: "The High court could only order a sale of any immovable property under O 31 r 1 of the rules if there was a cause or matter relating to the immovable property and it appeared necessary or expedient for the purposes of the cause or matter that the immovable property should be sold. Those elements must be fulfilled before O 31 r 1 could be invoked. Order 31 r 1 should not override the appellants' sacrosanct right to property under art 13 of the Federal Constitution. Order 31 r 1 was not a blanket provision empowering the High court to order sale of the land against the wishes of its proprietor. " [15] Mahkamah Rayuan dalam kes yang sama telah menjelaskan seperti berikut: [26] The phrase "appears necessary or expedient" means 'in the context of the cause or matter'. It must appear vital that the property be sold for the purpose of the cause or matter and not for the needs of the parties to the cause or matter (see: Rubyna Kaur Surinder Singh v. Jasbir Singh Harbajan Singh (supra), which was subsequently affirmed by the Court of Appeal in Koh Heng Jin Holdings Sdn Bhd v. Phuah Beng Chooi & Anor [2016] 2 MLRA 324; [2016] 3 CLJ 837.[27] The terms "cause" and "matter" are defined in s 3 of the JCA as follows: "cause" includes any action, suit or other original proceeding between a plaintiff and defendant, and any criminal proceeding; "matter" includes every proceeding in court not in a cause." [16] Mahkamah Rayuan turut memutuskan seperti yang berikut: [36] It is important to note that a dispute between the parties as to whether the Lands ought to be sold does not come within the ambit of O 31 r 1 of the ROC. If there was any dispute on this point, it has been laid to rest by the Court of Appeal in Chiu Kwan Yiu v. Thien Lip Ha @ Annie Chiu Sai Chang [2015] MLRAU 510. [17] Berdasarkan otoriti di atas dapatlah diamati bahawa Mahkamah hanya boleh menggunakan kuasa untuk mengarahkan perintah jualan terhadap sesuatu hartanah sekiranya pihak Plaintif berjaya membuktikan bahawa terdapat sebarang kausa atau tindakan berkaitan hartanah tersebut yang menimbulkan keperluan atau kesesuaian untuk hartanah tersebut dijual. [18] Mahkamah ini telah meneliti affidavit-afidavit yang difailkan oleh pihak Plaintif-Plaintif dan mendapati bahawa tidak terdapat sebarang kausa atau tindakan berkaitan hartanah tersebut melibatkan Plaintif- plaintif dan Defendan yang menimbulkan keperluan atau kesesuaian untuk hartanah tersebut dijual. Sepertimana yang diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes di atas, pertikaian antara pihak-pihak bagi isu sama ada sesuatu hartanah itu patut dijual atau tidak bukanlah termasuk dalam skop yang memboleh permohonan dibawah Aturan 31 Keadah Kaedah Mahkamah 2012 dibenarkan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini dapati bahawa kuasa Mahkamah selaras Aturan 31 Kaedah 1 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak boleh digunakan (invoke) dalam tindakan ini. KESIMPULAN [19] Mahkamah ini dapati bahawa Plaintif-plaintif gagal membuktikan bahawa permohonan Plaintif-Plaintif ini memenuhi pra-syarat menurut Seksyen 145 Akta 56 mahupun Aturan 31 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menjadi asas kepada permohonan Plaintif-Plaintif ini. Oleh itu, Mahkamah menolak permohonan Plaintif-Plaintif sebagaimana di
Lampiran
Lampiran 1 dengan kos sebanyak RM6,000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintiff kepada Defendan. Tarikh: 16.05.2024 t.t (ABDUL WAHAB BIN MOHAMED) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA IPOH, PERAK Pihak-Pihak Tetuan JK Lim bagi pihak Perayu-Perayu Peguamcara dan Peguambela E-2-08, Neo Damansara Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana 47820 Petaling Jaya Selangor Tel: 03.77287100 Faks: 03.77284100 Ruj: LJK/0424/10/10/HYH Emel: jklim.law@gmail.com Peguamcara: Puan Ranjit Kaur a/p Sarjit Singh Encik Lee Heng Siang Tetuan S.L. Leong, Kartina & Partners bagi pihak Responden Peguamcara dan Peguambela No. 109, Ground Floor, Block A Pusat Dagangan Phileo Damansara II No.1 5, Jalan PJU 16/11, Off Jalan Damansara 46350 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel: 03.79566399 Faks: 03.79546399 Emel: slleongkl@gmail.com Peguamcara: Encik Nanda Kumar a/l PS Suppiah Encik Gunasegaran a/l Suppiah
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.