Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-22NCVC-502-12/2023
BA-22NCvC-502-12/2023
High Court of Malaysia4 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: BA-22NCVC-502-12/2023
1
I TRADE (HK) LTD
2
HARMONY IMPORTS LIMITED
3
EVER HAPPY (HONG KONG) LIMITED
4
RAVJOT BHASIN (NO. PASSPOT: 683562675) − PLAINTIF-PLAINTIF
1
MOHD ZHAFRI BIN AMINURASHID (NO. K/P: 860325-56-6011) (Rakan kongsi yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co. yang sekarang dikenali sebagai Law chambers of Zhafri Aminurashid)
2
FAHMI BIN ADILAH (NO. K/P: 880903-56-5335) (Bekas rakan kongsi yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co. yang sekarang dikenali sebagai Law chambers of Zhafri Aminurashid) 25/11/2025 10:38:27
3
NORMAN BIN MOHD NASIR (NO. K/P:810316-06-5893) (Bekas rakan kongsi yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co. yang sekarang dikenali sebagai Law chambers of Zhafri Aminurashid)
4
MOHAMAD ASHRAF BIN AHMAD SOHAIMI (NO. K/P: 870714-02-5453) (Bekas rakan kongsi yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co. yang sekarang dikenali sebagai Law chambers of Zhafri Aminurashid)
5
MUHAMMAD SYAFIQ BIN SALLEH (NO. K/P: 910125-04-5433) (Bekas rakan kongsi yang beramal di bawah nama dan gaya Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co. yang sekarang dikenali sebagai Law chambers of Zhafri Aminurashid)
6
LAW CHAMBERS OF ZHAFRIAMINURASHID (dahulunya dikenali sebagai
7
XFYRE (M) SDN BHD
8
TAN CHENG HOOI
9
NUR JUWAIRAH BINTI MOHD AZMI (NO. K/P: 860405-56-5684) − DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Pengenalan [1] Dalam Notis Rayuan bertarikh 3-10-2025, Fahmi bin Adilah, Norman bin Mohd Nasir, Mohamad Ashraf bin Ahmad Sohaimi dan Muhammad Syafiq bin Salleh, iaitu Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima menyatakan bahawa mereka tidak berpuas hati dengan sebahagian keputusan saya yang diberikan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 4-9-2025, kini merayu kepada Mahkamah Rayuan Malaysia terhadap sebahagian keputusan tersebut yang membenarkan Notis Permohonan plaintif-plaintif bertarikh 19-5-2025 di Lampiran 45
Preamble
menurut kepada Aturan 15 kaedah 6 dan/atau Aturan 20 kaedah 5 dan/atau Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa Mahkamah yang sedia ada, khususnya berkenaan dengan −
a
penambahan Plaintif-Plaintif ke-3 dan ke-4, iaitu Ever Happy (Hong Kong) Limited (No. syarikat: 62991912) dan Ravjot Bhasin (No. pasport: 683562675);
b
pindaan-pindaan di perenggan-perenggan 1, 2, 2A, 2B, 12A, 13;
c
pemadaman (deletion) perenggan 14;
d
pindaan-pindaan kepada nama dan nombor syarikat plaintif-plaintif pertama dan ke-2 di intitulement. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Alasan cadangan pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif-Plaintif [2] Plaintif-Plaintif mengemukakan alasan untuk permohonannya seperti berikut:
a
Plaintif-Plaintif baharu yang dicadangkan tersebut merupakan pembayar kepada Wang Amanah tersebut (seperti yang ditafsirkan dalam perenggan 10 Pernyataan Tuntutan bertarikh 13.12.2023) yang telah membayar Wang Amanah tersebut terus kepada Defendan Ke-6.
b
Plaintif-Plaintif baharu yang dicadangkan tersebut telah memberikan kebenaran mereka untuk dicantum atau ditambah sebagai pihak-pihak dalam Tindakan ini.
c
penambahan Plaintif-Plaintif baharu yang dicadangkan tersebut tidak mendatangkan sebarang prejudis kepada Defendan-Defendan dan tidak mengubah sifat Tindakan ini. Penambahan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan:
a
pernambahan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan telah dibuat mengikut penerimaan pihak Plaintif-Plaintif terhadap beberapa dokumen yang membuktikan penglibatan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan yang mana telah menerima secara tidak jujur sebahagian daripada Wang S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Amanah tersebut.
b
persoalan atau isu antara Plaintif-Plantif dan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan timbul daripada dan/atau adalah berkaitan dengan relief atau remedi yang dituntut terhadap Defendan-Defendan Pertama hingga Ke-7.
c
ianya adalah wajar dan sesuai bahawa isu-isu antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan yang sedia ada serta isu-isu antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan ditentukan secara bersama. Penambahan Kausa Tindakan terhadap Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan:
a
percantuman cadangan kausa tindakan adalah semata-mata ditujukan kepada Defendan-Defendan baharu yang dicadangkan.
b
cadangan kausa tindakan tersebut adalah berdasarkan fakta yang sama dan tidak menyimpang daripada fakta-fakta yang telah diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 13.12.2023. Pindaan lain kepada Pernyataan Tuntutan:
a
pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran “A” dalam Kandungan 45 ini adalah untuk membetulkan kesilapan fakta.
b
pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran “A” dalam ini adalah diperlukan untuk menentukan persoalan sebenar yang dipertikaikan antara pihak-pihak dan timbul daripada fakta-fakta yang sama seperti tuntutan yang diplidkan.
c
pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran “A” dalam ini adalah dibuat secara bona fide.
d
pindaan yang dicadangkan dalam Lampiran “A” dalam ini tidak mengubah sifat guaman ini kepada satu tuntutan yang lain atau bersifat bertentangan. Bantahan oleh Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima kepada permohonan pindaan writ saman dan pernyataan tuntutan? [3] Dalam afidavit jawapan oleh Defendan Kelima iaitu Muhammad Syafiq bin Salleh, seorang Peguam bela & Peguam cara Mahkamah Tinggi Malaya yang beramal sebagai seorang rakan kongsi di firma Tetuan Ashraf & Syafiq menyatakan yang berikut:
a
sebelum menyertai Tetuan Ashraf & Syafiq sebagai seorang rakan kongsi pada 03.06.2022, Defendan Kelima telah beramal sebagai seorang rakan kongsi di Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co. (“Tetuan FZAC”), di cawangan Tetuan FZAC di Tanjung Malim sehingga 02.06.2022.
b
sebagai Defendan Kelima, beliau telah diberi kuasa oleh Defendan-Defendan Kedua hingga Keempat iaitu Fahmi bin Adilah (“Fahmi”), Norman bin Mohd Nasir (“Norman”) dan Mohamad Ashraf bin Ahmad Sohaimi (“Ashraf”) untuk mendepos dan mengikrar afidavit ini atas pihak mereka.
c
Defendan Kelima menyatakan pada permulaan bahawa bicara perkara ini adalah dalam beberapa bulan, iaitu Oktober
2025
Pindaan-pindaan ini akan menjejaskan bicara tersebut.
d
atas nasihat oleh peguam cara Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima dan menyatakan bahawa − • atas fakta-fakta, permohononan pindaan oleh Plaintif adalah tidak bona fide dan merupakan satu tactical manoeuvre. Ia akan menyebabkan kemudaratan (harm) kepada Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima (yang kesemuanya adalah Peguam bela & Peguam cara) dan telah mempunyai perkara ini tergantung atas mereka bagi hampir 2 tahun, di mana yang tidak dapat dipampas dengan kos sahaja. • pindaan-pindaan yang dicadangkan yang telah dinyatakan di atas tidak harus dibenarkan kerana ia merupakan penyimpangan yang besar (substantial departure) daripada fakta-fakta asal yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dan nampaknya merupakan satu tactical manoeuvre yang direka untuk ‘merangka semula’ kes Plaintif-Plaintif. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA • penambahan Plaintif-Plaintif Yang Dicadangkan tidak dibuat bona fide dan merupakan pemikiran selepas (afterthought). • penambahan Plaintif-Plaintif Yang Dicadangkan dan perenggan-perenggan 2A dan 2B pindaan-pindaan yang dicadangkan tidak harus dibenarkan kerana tiada bukti dokumentari yang dilampirkan oleh Plaintif-Plaintif untuk menyokong dakwaan bahawa Plaintif Kedua dan Plaintif Keempat Yang Dicadangkan bertindak sebagai prinsipal yang tidak didedahkan bagi Plaintif Pertama dan bahawa Plaintif Pertama bertindak sebagai ejen Plaintif Kedua dan Plaintif Keempat Yang Dicadangkan; sekiranya fakta-fakta baharu yang dinyatakan di atas adalah benar, fakta-fakta yang menyokong dakwaan-dakwaan tersebut akan berada dalam pengetahuan Plaintif-Plaintif sejak awal prosiding. Plaintif-Plaintif telah gagal atau memilih untuk tidak mendedahkan fakta-fakta baharu dalam pernyataan tuntutan. Kini, percubaan Plaintif-Plaintif untuk menyusun semula Plaintif Pertama sebagai ejen dan memperkenalkan prinsipal yang tidak didedahkan, Plaintif Kedua dan Plaintif Keempat Yang Dicadangkan, merupakan satu penyimpangan yang serius (significant departure) dalam kapasiti-kapasiti, peranan-peranan, dan kepentingan-kepentingan pihak-pihak yang didakwa dalam subjek perkara di mana dengan asasnya (fundamentally) telah mengubah watak dan sifat tuntutan; Plaintif-Plaintif tidak menjelaskan kelewatan S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA yang melampau dan keterlaluan (inordinate and gross delay) selama hampir 1 setengah tahun dalam memohon untuk menambah Plaintif-Plaintif Yang Dicadangkan, terutamanya apabila bicara telah ditetapkan untuk bermula pada Oktober 2025, kurang daripada 4 bulan dari tarikh permohonan pindaan; Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menjelaskan peninggalan Plaintif Kedua dan Plaintif Keempat Yang Dicadangkan daripada pernyataan tuntutan; tiada dokumen-dokumen sokongan dikemukakan untuk mengesahkan identiti dan kewujudan Plaintif-Plaintif Yang Dicadangkan, yang merupakan entiti dan individu asing. • penambahan Plaintif Kedua dan Plaintif Keempat Yang Dicadangkan dan pindaan-pindaan yang dicadangkanpada perenggan-perenggan 2A dan 2B tidak dibuat dengan niat baik (good faith) dan merupakan satu tactical manoeuvre dan penyalahgunaan proses mahkamah. • pindaan-pindaan yang dicadangkan, jika dibenarkan, akan menyebabkan prejudis yang serius kepada Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima yang tidak boleh dipampas dengan secukupnya dengan kos; dan S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Perbicaraan [4] Kes ini ditetapkan untuk bicara penuh. Pada 13-10-2025, Mahkamah ini diberitahu bahawa kini, tuntutan Plaintif yang tinggal hanya terhadap Defendan Pertama, Defendan Keenam, Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan sahaja. Plaintif-Plaintif telah menarik blik tuntutannya terhadp Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima. Peguam cara bagi Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan yang memaklumkan secara lisan untuk berhenti daripada menjadi peguam yang mewakili Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan dan masih belum memfailkan apa-apa notis permohonan pemberhentian. Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan dan peguam cara baharu mereka tidak hadir. Peguam Plaintif memohon untuk merekodkan penghakiman terhadap Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan serta meneruskan dengan perbicaraan. [5] Plaintif ada 3 orang saksi (salah seorang saksi sapina) dan pada hari pertama perbicaraan 2 orang saksi Plaintif telah memberikan keterangan masing-masing. Saksi Plaintif yang terakhir iaitu En. Lajendar Singh (warganegara Singapura dan mempunyai perniagaan di Mauritius) hanya boleh hadir ke Mahkamah pada 15.10.2025. Peguam Defendan-Defendan Pertama dan Keenam tiada bantahan terhadap permohonan penangguhan oleh peguam Plaintif. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Kes ini akan diteruskan dengan sambung bicara pada 15.10.2025. [6] Pada 15-10-2025, kes ditetapkan untuk sambung bicara dan Mahkamah telah mendengar keterangan saksi Plaintif yang akhir (SP-3) dan saksi tunggal bagi Defendan Pertama (D1) dan Defendan Keenam (D6). Plaintif dan D1 & D6 menutup kes masing-masing. Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan tidak hadir. Peguam cara mereka juga tidak hadir dan masih belum memfailkan Notis Pemberhentian daripada mewakili anak-guam. Mahkamah memberi arahan pemfailan hujahan bertulis kepada pihak-pihak. Keputusan kes ditetapkan pada 16-12-202. Undang-undang [7] Prinsip undang-undang yang dinyatakan dalam keputusan kes Yamaha Motor Co Ltd v Yamaha Malaysia Sdn Bhd [1983] 1 MLJ 213, FC) dan kes Hong Leong Finance Bhd v. Low Thiam Hoe and Another [2016] 1 MLJ 301 adalah nas undang-undang kes utama. Tetapi, dalam sesuatu permohonan interlokutori, Mahkamah perlu memutuskan sama ada pindaan yang dicadangkan ini memenuhi prinsip undang-undang yang mantap mengenai isu pindaan. [8] Dalam kes Dr. Thiagarajah a/l Retnasamy & Anor v Vijay Kanchan & Ors [2009] 1 MLJ 108 Mahkamah memutuskan bahawa − “…the Plaintiffs should have with due diligence been able to apply for any Amendments soon after the suit was filed or at the discovery stage at the very latest before the conclusion of the S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA case management. To amend the prayer now would mean postponing the trial which has now commenced to the prejudice of the defendants as this would entail preparation of fresh documents and undergoing another case management. The delay cannot be compensated by costs as the defendants are entitled to have the claim against them determined without any further delay.”. Penilaian dan Dapatan Mahkamah [9] Mahkamah mendalami alasan bantahan oleh Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima mengenai permohonan pindaan tersebut. [10] Saya telah meneliti pliding, keterangan melalui afidavit dan dokumen serta memahami hujahan bertulis pihak-pihak. [11] Berdasarkan pengamatan saya, dengan menggunapakai prinsip undang-undang dalam kes Jupiter Securities Sdn. Bhd. v. Wan Yaakub bin Abd. Rahman (2002) 3 MLJ 264, saya mendapati permohonan pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan adalah bona fide. [12] Dalam kes/tuntutan ini, kausa tindakan ialah penyalahgunaan Wang Amanah tersebut oleh Defendan-Defendan Pertama hingga Defendan Keenam yang menjadi peguam cara kepada Plaintif-Plaintif. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa Defendan-Defendan Pertama hingga Defendan Keenam telah melanggar Perjanjian Escrow bertarikh 21.8.2020 dan/atau kewajipan fidusiari dan/atau kewajipan pemegang amanah. Maka, Defendan-Defendan Pertama hingga Defendan Keenam adalah terhutang kepada Plaintif-Plaintif dan bertanggungjawab secara bersama dan berasingan untuk membayar kepada Plaintif-Plaintif ganti rugi dalam jumlah sebanyak Dolar Amerika Syarikat/USD $ 670,000.00 (atau jumlah yang bersamaan dengan jumlah sebanyak Ringgit Malaysia/RM3,154,025.00 pada pertukaran semasa setakat 13 haribulan Disember 2023). [13] Pada perenggan baharu 12A pernyataan tuntutan dinyatakan, iaitu − “12A. Pada setiap masa yang material, Plaintif Pertama, dalam melaksanakan Perjanjian Jual Beli tersebut dan Perjanjian Escrow tersebut, bertindak sebagai seorang ejen kepada Plaintif-Plaintif Ke-2 dan Ke-4 di mana Plaintif Ke-2 dan Ke-4 adalah prinsipal-prinsipal yang tidak ternyata (undisclosed principals) kepada Plaintif Pertama berkenaan pembelian Sarung Tangan Nitril tersebut.”. [14] Mahkamah ini mendapati pindaan baharu yang ingin dimasukkan oleh Plaintif-Plaintif adalah penyusunan penceritaan berkenaan dengan rentetan fakta mengenai hal perkara pembelian sarung tangan nitril dalam kuantiti yang besar dan pembayaran yang telah dibuat yang disimpan dalam akaun anak guam peguam cara. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA [15] Selanjutnya, pada perenggan baharu 24.5 pernyataan tuntutan dinyatakan, iaitu − “24.5 Sebaliknya, Peguam FZAC dan/atau Defendan Ke-6 (termasuk rakan Kongsi/bekas rakan Kongsi, iaitu, Defendan Pertama hingga Ke-5), dalam melanggar syarat tersurat dan/atau tersirat Perjanjian Escrow tersebut dan kewajipan fidusiarinya yang terhutang kepada Plaintif-Plaintif (terutamanya Plaintif Pertama), telah mengeluarkan dan/atau memindahkan keluar Wang Amanah tersebut daripada Akaun Klien tersebut kepada individu-individu dan/atau entiti-entiti di berikut tanpa kebenaran, persetujuan atau arahan daripada Plaintif-Plaintif (terutamanya Plaintif Pertama) dari 25.8.2020 sehingga 15.9.2020 … ”. [16] Mahkamah ini mendapati bahawa keberadaan Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima dalam tuntutan ini adalah disebabkan mereka ialah rakan kongsi dalam firma guaman Defendan Keenam (Law Chambers Of Zhafriaminurashid (dahulunya dikenali sebagai Tetuan Fahmi Zhafri Ashraf & Co.). [17] Dalam isu untuk dibicarakan persoalan yang berikut dinyatakan: “Whether the 1st to 5th Defendants, being partners of the 6th Defendant (a law firm), are bound by the acts of its co-partner and personally liable for the Plaintiffs’ losses occasioned by the actions of a partner of the 6th Defendant? S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA B. Issues posted by the 1st and 6th Defendants Whether 1st and/or 6th Defendant acted solely on instruction from 7th Defendant to disburse the said amount with promise to pay later? Whether the 7th Defendant has fulfilled the promise to reimburse the said amount to 6th Defendant? [18] Mahkamah ini mendapati permohonan pindaan kepada pernyataan tuntutan adalah bukan suatu “tactical manoeuvre” untuk melambatkan prosiding perbicaraan. Apabila Mahkamah ini membenarkan pindaan kepada pernyataan tuntutan, Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima diberikan peluan untuk meminda pembelaan mereka. Namun begitu, apabila tiba kepada perbicaraan penuh, Plaintif-Plaintif telah memberhentikan tuntutan mereka terhadap Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima. Pada peringkat ini, sekiranya Mahkamah ini terkhilaf dalam keputusannya, ianya tidak lagi memberikan kesan kepada kes Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima kerana tindakan hanya diteruskan terhadap Defendan Pertama, Defendan Keenam, Defendan Ketujuh, Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan sahaja. Pindaan yang dibenarkan tersebut tidak lagi memberikan apa-apa kesan. Mahkamah tidak nampak bagaimanakah pindaan ini walau pun telah dibenarkan akan memperujudiskan Defenfan-Defendan Kedua sehingga Kelima selepas perbicaraan telah dilaksanakan sepenuhnya dan hanya menunggu untuk keputusan selepas bicara pada 16-12-2025. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA [19] Dalam menggunapakai keputusan kes Jupiter Securities Sdn. Bhd. (supra), Mahkamah memutuskan adalah jelas bahawa pindaan yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif adalah −
i
bona fide.
II
(ii) tidak terlalu lewat dan tiada kelengahan yang melampau.
III
(iii) bukan “tactical manoeuvre” untuk melambatkan prosiding tindakan ini.
IV
(iv) terdapat alasan yang munasabah dan konkrit untuk Plaintif-Plaintif memohon pindaan bagi memasukkan Plaintif-Plaintif baharu Ketiga dan Keempat dan pindaan yang dinyatakan dalam Lampiran A. Pindaan kepada fakta adalah perlu untuk Plaintif-Plaintif meneruskan tuntutannya terhadap Defendan Pertama, Defendan Keenam, Defendan Ketujuh, Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan. [20] Mahkamah ini tidak mempertikaikan bahawa Defendan Kedua hingga Defendan Kelima boleh meminda pembelaan jikalau pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan dipinda, namun begitu selepas meneliti dengan kemas kepada permohonan Plaintif-Plaintif dan bantahan peguam cara bagi Defendan Kedua hingga Defendan Kelima, Mahkamah memutuskan bahawa akibat yang lebih teruk dan prejudis melampau terbeban kepada Plaintif-Plaintif sekiranya pindaan pernyataan tuntutan ditolak. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA [21] Dalam perbicaraan penuh yang sudah selesai diadakan, tiada apa-apa tuntutan terhadap Defendan Kedua hingga Defendan Kelima. Tuntutan Plaintif-Plaintif hanya ditujukan kepada Defendan Pertama, Defendan Keenam, Defendan Ketujuh, Defendan Kelapan dan Defendan Kesembilan. Hanya Defendan Pertama dan Defendan Keenam sahaja hadir dalam perbicaraan. Pindaan untuk memasukkan Plaintif-Plaintif Ketiga dan Keempat juga tidak lagi mempunyai kesan kepada Defendan Kedua sehingga Kelima yang juga tidak lagi merupakan pihak-pihak dalam tindakan semasa perbicaraan disempurnakan oleh Mahkamah ini pada 15-10-2025. Kesimpulan [22] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, Mahkamah ini mendapati dalam mengaplikasikan prinsip undang-undang dalam kes Yamaha Motor ianya perlu dipakai dengan adil dalam memutuskan mengenai pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan. Berdasarkan itu, Mahkamah ini membenarkan permohonan pindaan kepada writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif-Plaintif. [23] Semasa penyediaan alasan penghakiman ini, perbicaraan penuh telah diselesaikan pada 15-10-2025 dan tarikh untuk keputusan telah ditetapkan pada 16-12-2025. Mahkamah ini berpandangan bahawa ketika mana rayuan oleh Defendan-Defendan Kedua hingga Kelima ini diputuskan oleh Mahkamah Rayuan kelak, sebenarnya, rayuan ini sudah pasti menjadi akademik kerana tiada lagi tindakan terhadap Defendan-Defendan Kedua sehingga Kelima di hadapan Mahkamah semasa keputusan (selepas bicara) dibuat pada 16-12-2025. S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Bagi prinsip ini bekaitan “keputusan menjadi akademik, Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Sri Musa bin Hj Aman v Tun Datuk Seri Hj Panglima Hj Juhar Hj Mahiruddin & Anor and another application [2020] 12 MLJ 121 telah menggariskan pendirian Mahkamah yang mana ianya tidak lagi akan diputuskan oleh Mahkamah dengan alasan seperti berikut: “While this court retains a residual discretion to hear and decide a case that is academic, I take the general rule to be that a court should refrain from doing so without good reason. In the present case, it would not be in the interest of justice for this court to determine an academic case where the decision has no practical effect on the parties…”. (penekanan diberikan) Bertarikh: 25 November 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA Peguam cara: Bagi Pihak Plaintif-Plaintif: Chew Chee Hui bersama-samanya En Lim Jian Heng Tetuan Yeoh Shim Siow & Lay Kuan, Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan-Defendan Pertama dan Keenam: Syed Nur Aiman bin Syed Abdul Hamid Tetuan The Chambers of Syed Nur Aiman, Petaling Jaya Bagi Pihak Defendan-Defendan Kedua, Ketiga, Keempat dan Kelima: Wong Hok Mun bersama-samanya Tan Ying Xuan Tetuan Wong Hok Mun Partnership, Kuala Lumpur Bagi Pihak Defendan-Defendan Ketujuh, Kelapan dan Kesembilan: Jimmy Goh Thian Szu Tetuan Jimmy Goh & Partners, Petaling Jaya S/N Letjwx4f80GFiWyGxylRcA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.