Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN SIVIL NO : WA-12BNCVC-105-08/2022
WA-12BNCvC-105-08/2022
High Court of Malaysia21 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“es, not on the one who denies, the plaintiff had the legal burden to prove his case on a balance of probabilities. The legal burden was imposed on the plaintiff as prescribed by ss 101 and 102 of the Evidence Act 1950, which read: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILIN”
“ment via eFILING portal 19 direct a company responsible for the wrong doings or the criminal acts of the company. As Viscount Haldane LC said in Lennard's Carrying Company v Asiatic Petroleum Co Ltd [1915] AC 705. “My Lords, a corporation is an abstraction. It has no mind of its own any more than it has a body of its o”
“ship's adoption of the speeches of Lord **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 28 Brandon in Ketteman & Ors v Hansel Properties Ltd & Ors [1987] AC 189 : … [30] Even if I am wrong, and the proposed amendment does indeed introduce a new cause of action, sub-r 5”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR RAYUAN SIVIL NO : WA-12BNCVC-105-08/2022
1
IBDC (ASIA) SDN BHD
2
LER LEONG KEH (NO. K/P : 591127-10-6337) … PERAYU-PERAYU DAN IBDC (MALAYSIA) SDN BHD (NO. SYARIKAT : 628595-X ) … RESPONDEN 19/05/2023 18:03:49 WA-12BNCvC-105-08/2022 Kand. 27 ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 1 ) RAYUAN [1] Perayu-Perayu tidak berpuashati dengan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang diberikan pada 21.2.2023 yang menolak rayuan Perayu-Perayu dan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut dengan kos berjumlah RM9,000.00. [2] Dalam kes ini pihak-pihak akan disebut sebagaimana Defendan-Defendan dan Plaintif seperti di Mahkamah Rendah. [3] Defendan-Defendan dalam rayuan ini menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf dalam keputusannya setelah membenarkan tuntutan-tuntutan Plaintif setelah bicara perbicaraan penuh. [4] Di Mahkamah Sesyen, Plaintif telah menuntut dari syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua untuk memulangkan semula kepada Syarikat Plaintif sejumlah wang seperti berikut: i) hutang RM570,381.78 beserta faedah 5% dari tarikh Writ Saman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad; dan ii) wang cukai kerajaan sebanyak RM72,319-93 yang perlu dibayar oleh Defendan Kedua kepada Plaintif beserta faedah 5% dari tarikh Writ Saman sehingga tarikh penyelesaian penuh dan muktamad. Latar belakang [5] Tuntutan Plaintif adalah secara spesifik terhadap Defendan Kedua yang merupakan Pengarah Urusan Syarikat Plaintif dan telah dikatakan melanggar kewajipan fidusiari beliau. [6] Defendan Kedua adalah Pengarah Urusan Syarikat Plaintif dan Syarikat Defendan Pertama. Dia bertanggungjawab menguruskan perjalanan dan pentadbiran kedua-dua syarikat pada masa material dan mempunyai kawalan dan berautoriti membuat keputusan. [7] Plaintif menyatakan bahawa Defendan Kedua secara salah telah memindahkan kewangan dari syarikat Plaintif kepada Defendan Pertama yang menyebabkan keberhutangan diantara kedua-dua syarikat. [8] Syarikat Plaintif menjalankan perniagaan khidmat perakaunan, audit dan tadbir urus korporat. Syarikat Defendan Pertama juga menjalankan perniagaan sama termasuk nasihat korporat kepada syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan juga nasihat penyenaraian Initial Public Offering, Merger and Acquisition. [9] Syarikat Plaintif dan Syarikat Defendan Pertama mempunyai pengarah dan pemegang saham yang sama. [10] Syarikat Defendan Pertama dikatakan dimiliki oleh Defendan Kedua. Defendan Kedua adalah pemegang saham dan pengarah urusan syarikat Defendan Pertama. Anak kepada Defendan Kedua bernama Elbert Ler Ju Jin juga mempunyai saham dalam syarikat Defendan Pertama. [11] Semasa Defendan Kedua menjadi Pengarah Urusan syarikat Plaintif, Defendan Kedua telah membuat bayaran wang pendahuluan kepada syarikat Defendan Pertama. [12] Semasa itu juga, Defendan Kedua juga gagal membayar cukai statutori Suruhanjaya Syarikat Malaysia [SSM] dan Lembaga Hasil Dalam Negeri [LHDN] sehingga syarikat Plaintif dikenakan penalti dan kompaun kesemuanya berjumlah RM72,319-93. [13] Setelah terdapat beberapa perubahan pada Plaintif, syarikat Plaintif mendesak Defendan Kedua menyelesaikan masalah terkait bayaran-bayaran di atas kerana ia dibuat oleh Defendan Kedua secara salah tadbir urus. [14] Pada 21/01/2016, Defendan Kedua mengeluarkan surat peletakan jawatannya sebagai Pengarah Urusan Syarikat Plaintif. [15] Pihak-pihak mengadakan beberapa perbincangan untuk menyelesaikan isu kewangan. Hasilnya, Syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua membuat sebahagian bayaran hutang berkenaan kepada Syarikat Plaintif. Namun masih ada lagi bayaran pendahuluan yang masih berbaki dan tertunggak. [16] Pada 06/03/2018, Syarikat Defendan Pertama mengeluarkan surat kepada Syarikat Plaintif. Defendan Kedua yang juga merupakan Pengarah Urusan Syarikat Defendan Pertama telah tandatangan surat mengesahkan akan hutang oleh Syarikat Defendan Pertama dan persetujuan Defendan Pertama untuk membuat bayaran. Cuma jumlah dan cara bayaran masih tergantung dan belum muktamad. Surat adalah seperti yang berikut: - “ IBDC (Malaysia) Sdn Bhd Block B-12-6, 12th Floor, Megan Avenue II No.12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur IBDC (Malaysia) Sdn Bhd B-3-9, 3rd Floor, Block B, Megan Avenue 11 No.12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur (6.3.2018) Dear Sirs. Re: lntercompany Balance of RM674,832.97 as at 30.9.2015 owed by IDBC Asia Sdn Bhd to IBDC (Malaysia) Sdn Bhd We refer to your letter dated 28 February received by us regarding the above matter. We dispute that the sum of RM674,832.97 ( “lntercompany Balance”) is due and payable. Nevertheless, on a without prejudice basis and without admission of any liability on our part, we state that the lntercompany Balance in question is incorrect and is subject to verification (see below) and should be payable later as it is not in line with our understanding of the settlement and Share Sale Agreement initiated by the buyer of 80,000 ordinary shares in IBDC Malaysia Sdn Bhd on 15-6-2015 for a consideration of RM1 in exchange for 1 ordinary share in IBDC Asia Sdn Bhd. As you are aware, the fact is that:
1
The valuation of IBDC Malaysia Sdn Bhd’s ordinary shares was priced very significantly below the fair value based on the financial position and on-going business of the company at that point in time ( For the year ended 30 September 2015, IBDC Malaysia Sdn Bhd made an audited profit after tax of RM73,000. By comparison, Audex Governance Sdn Bhd was sold to Axcelasia for RM2.88 million in March 2017 and its unaudited net profit stood at RM40,000 for FY 2016).
2
Conversely, IBDC Asia Sdn Bhd was a loss making company and has the lntercompany Balance with IBDC Malaysia Sdn Bhd. If the parties involved may recall, based on gentlemen’s agreement, one of the key understanding that IBDC Asia Sdn Bhd would settle the lntercompany Balance out of its future cash flow with no time frame imposed. This is premised on the rationale and the fact that:-
1
The lntercompany Balance was trade in nature and incurred at the time when both IBDC Asia Bhd and IBDC Malaysia have common shareholders and common directors whilst now the sum concerned is “inherited” by IBDC Asia Sdn Bhd but with the new shareholders.
2
Effectively, the new shareholders of IDBC Asia are paying for ‘goodwill’ of a very significant sum for taking over a loss making company. Furthermore, the lntercompany Balance is incorrect and is subject to verification as subsequent to 30-09-2015, IBDC Asia Sdn Bhd and myself have personally paid at least 8 payments totaling RM148,175.44 including payment for GST and customs payment. We are, therefore, of the view that your demand above is not justifiable and not in accordance with our gentlemen’s agreement. Furthermore, we can confirm that IDBC Asia Sdn Bhd has not yet generated positive full flow till to date. Therefore, it is not in position at this point in time to settle the old Intercompany balance in line with IDBC Asia Sdn Bhd’s ability to generate positive cash flow. Meanwhile, all our rights are reserved. Yours faithfully, Sgnt Ler Leong Keh Managing Director ……………………………………………………………… [17] Pada 9.4.2018, Syarikat Defendan Pertama mengeluarkan surat yang sama kepada Syarikat Plaintif dan mempertikaikan tentang Inter-Company Balance berjumlah RM 570,381.78. Defendan Kedua selaku Pengarah Urusan mengatakan bahawa Defendan Pertama telah dilaporkan kerugian bersih sebanyak RM173,529 dan aliran bersih negatif RM 167,781 untuk tahun terakhir 30.9.2015. Dan alasan Defendan-Defendan tidak membayar hutang tersebut semata-mata bergantung kepada penyelesaian diantara pihak Plaintif dan Defendan-Defendan yang kononnya tertakluk kepada “The Gentlement’s Agreement”. [18] Walau bagaimanapun pada 4.4.2019, Syarikat Plaintif mengeluarkan surat kepada Syarikat Defendan Pertama dan menyatakan jumlah hutang terakru yang dikira ialah RM570,381-78. Pada 12/04/2019, Defendan Kedua mengesahkan persetujuannya untuk membuat bayaran. Surat dan pengesahan Defendan Kedua adalah diperturunkan semula seperti yang berikut: “IBDC Asia Sdn Bhd 28-3A, Binjal 8 No.2 Lorong Binjai Off Jalan Binjai 50450 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan IBDC Asia Sdn Bhd B-3-9, 3rd Floor, Block B Megan Avenue II 12, Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Dear Sirs, Re: Settlement Sum of RM570.381.78 as at 30.09.2015 owed by IBDC Asia Sdn Bhd to IDBC (Malaysia) Sdn Bhd. We refer to the above matter. We wish to confirm that as the date of 30.09.2015, the sum owes by IBDC Asia Sdn Bhd to IBDC (M) Sdn Bhd is RM570,381-78 and the details are as follows: - Amount (RM) Remarks RM674,832.97 as at 30.09.2015 as acknowledged by IBDC Sdn Bhd Less: RM 104,451.19 out of RM148,175.44 as agreed by IBDC(M) Sdn Bhd to accept payment and/or advance made by Mr. Ler Leong Keh and IBOC Asia Sdn Bhd for and on behalf of IBDC (M) Sdn Bhd. RM570,381.78 Being the balance outstanding sum due and payable as at 30 September 2015 by IBDC Asia Sdn Bhd to IBDC (M) Sdn Bhd. In view of the above, kindly let us have your proposal on how to settle the said outstanding sum of RM570,381.78 as at 30.09.2015. Yours faithfully Signature For and on behalf IBDC (Malaysia) Sdn Bhd Matthew Ang Executive Director ……………………………………………………………………… To: IDBC (M) Sdn Bhd Re: Settlement Sum of RM570.381.78 as at 30.09.2015 owed by IBDC Asia Sdn Bhd to IDBC (Malaysia) Sdn Bhd. I, Ler Leong Keh, a director of IBDC Asia Sdn Bhd, do hereby acknowledge and confirm that the revised debt outstanding sum of RM570.381.78 as at 30 September 2015 is correct and I will revert with a settlement proposal to you within 3 months from the date hereof. Signature Ler Leong Keh Date: 12/4/2019.” [19] Pada 21.2.2020, akibat kegagalan Syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua membuat bayaran, peguam Plaintif mengeluarkan surat tuntutan kepada Syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [20] Pada 30.9.2020, peguam Plaintif sekali lagi mengeluarkan surat tuntutan yang sama. Namun ia gagal dibayar oleh syarikat Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Fakta yang dipersetujui [21] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan kini diregulasi dibawah Akta Syarikat 2016 dan mempunyai alamat perniagaan di Blok B-12-6 , Tingkat 12, Megan Avenue II, 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. [22] Plaintif merupakan syarikat konsultansi dan penasihat yang diketahui umum dan terlibat dalam memberi perkhidmatan audit dalaman kepada Syarikat-syarikat sama ada tersenarai atau tidak, perkhidmatan konsultasi mengenai tadbir urus korporat ( corporate governance) dan sebagainya. [23] Perniagaan Defendan Pertama adalah dalam memberi nasihat korporat dan perundangan kepada syarikat yang telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur dan juga memberi nasihat IPO (Initial Public Offering) , M & A ( Merger and Acquisition) sebagai menyokong dan bergandingan aktiviti syarikat Palintif. Defendan Pertama juga ditugaskan untuk menceburi pasaran China. [24] Defendan Kedua adalah pengarah Syarikat Defendan Pertama, bekas pengarah Syarikat Plaintif dan seorang individu yang beralamat dipenyampaian di No.712, Jalan Permai J, Ampang Peringkat 2, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. [25] Surat bertarikh 4.4.2019 telah ditandatangani oleh Defendan Kedua sendiri pada 12.4.2019. [26] Balasan wang yang diterima oleh Defendan Kedua untuk 80,000 saham syarikat Plaintif yang dimiliki oleh Defendan Kedua adalah RM1.00. Hujahan Defendan Pertama dan Defendan Kedua [27] Pada setiap masa material, Defendan Kedua adalah pemegang saham dan Pengarah Urusan Defendan Pertama dan juga Plaintif. Tiada pertikaian terhadap Defendan Kedua tentang perkara tersebut dan kuasa yang diberikan kepada Defendan Kedua. [28] Apa yang menjadi isu adalah berkaitan kewangan yang digunakan dari Plaintif kepada Defendan Pertama yang menyebabkan keberhutangan. [29] Mengikut Defendan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen telah terkhilaf mendapati bahawa Defendan Kedua adalah bertanggungan disebabkan 2 pucuk surat bertarikh 6.3.2018 dan 4.4.2019. Mengikut Defendan-Defendan kedua-dua surat tersebut bukanlah pengakuan keberhutangan atau perjanjian untuk membayar hutang. [30] Defendan Pertama dan Defendan Kedua memplid bahawa surat bertarikh 4.4.2019 bukannya mengikat secara ketat sebaliknya ia adalah bersyarat. Syarat pertama ialah ia tertakluk kepada kemampuan Defendan Kedua untuk membuat bayaran, dan kedua, jika Defendan Kedua tidak ada kemampuan untuk membayar, maka Syarikat Plaintif bersetuju untuk menghapuskan atau “write off” tuntutan. [31] Surat 04.04.2019 hanya untuk tujuan perakaunan sahaja. [32] Defendan Pertama dan Defendan Kedua memplid bahawa Defendan-Defendan menafikan Defendan Pertama telah mengakui berhutang kepada Plaintif wang sebanyak RM570,381.78 sebagai hutang diakui yang kena dibayar setakat 30.9.2015. Defendan-Defendan akan mengatakan bahawa adalah dalam kefahaman Defendan-Defendan bahawa melalui pengesahan jumlah pra-bayar ini maka Plaintif dan/atau pengarah-pengarahnya akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk melepaskan atau memadamkan (“write-off”) jumlah hutang ini sepertimana yang telah dipersetujui oleh kesemua pihak-pihak berkenaan. Butir-butir persetujuan dan kesefahaman ini telah dihuraikan dengan terperinci. [33] Surat bertarikh 4.4.2019 hanya merupakan satu surat mengesahan jumlah yang telah diterima Defendan Pertama daripada Plaintif untuk tujuan perakaunan. Defendan-Defendan akan menyatakan ia telah diakui oleh Defendan Kedua berdasarkan goodwill dan perhubungan rapat dengan Ler Lum. [34] Defendan Pertama dan Defendan Kedua juga memplid bahawa Syarikat Plaintif hanyalah proksi kepada Dato Dr Ler Cheng Chye [SD2] dan Lum Tuck Cheong [SD3]. [35] Defendan Kedua diperlukan kepada Syarikat Plaintif kerana kepakarannya. [36] Penyata pembelaan menyatakan bahawa pada semua masa yang berkenaan, syarikat Plaintif adalah di bawah kawalan oleh 2 individu iaitu Ler Cheng Chye dan Lum Tuck Cheong yang juga pemilik sebenar saham-saham syarikat Plaintif pada masa ini. [37] Pada semua masa yang material Ler Cheng Chye dan Lum Tuck Cheong adalah pemilik sebenar saham Plaintif dan pemegang-pemegang saham pada setiap masa dan adalah proksi atau pun wakil untuk Dato Dr Ler Cheng Chye dan Mr Lum Tuck dan / atau akan mengikut arahan daripada Ler Cheng Chye dan Lum Tuck Cheong dalam setiap hal-ehwal dan urusan syarikat Plaintif. [38] Defendan menyatakan bahawa surat bertarikh 4.4.2019 adalah terhadap Defendan Pertama dan bukan Defendan Kedua. Surat ditandatangani oleh Defendan Kedua bagi pihak Defendan Pertama, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang menyatakan Defendan Kedua bertanggungan untuk keberhutangan Defendan Pertama adalah khilaf. [39] Lebih-lebih lagi kuasa tindakan terhadap Defendan Kedua adalah atas alasan gagal menjalankan tugas fidusiari beliau sebagai Pengarah Urusan. Hujahan Pihak Plaintif [40] Mengikut Plaintif surat tersebut dengan jelas membuktikan pengakuan keberhutanagn oleh Defendan Pertama dan secara spesifik Defendan Kedua secara peribadi telah bersetuju untuk menyelesaikan keberhutangan tersebut. [41] Sehingga kini hutang tersebut masih tidak berbayar dan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen tidak khilaf dalam keputusannya membenarkan tuntutan Plaintif. Keputusan adalah berpandukan pengakuan Defendan Kedua sendiri dalam surat tersebut. [42] Defendan Kedua sebagai Pengarah Urusan kepada Syarikat Plaintif gagal membayar cukai statutori SSM dan LHDN yang menyebabkan Plaintif dikenakan penalti dan kompaun berjumlah RM72,319.93 atas sebab kerugian kewangan (financial losses) iaitu keberhutangan terhadap Syarikat Plaintif. Dapatan Mahkamah Beban pembuktian ke atas pihak yang mendakwa [43] Prinsip undang-undang pembuktian adalah mantap. Beban untuk membuktikan keberhutangan Defendan Pertama dan Defendan Kedua adalah ke atas Plaintif. Secara statutori dalam Seksyen 101 dan 102, Akta Keterangan 1950. Merujuk kes Bandari Simma Realty & Anor v. Ravichanthiran a/l Ganesan [2021] 9 MLJ 330 seperti yang berikut:- “ Whether the plaintiff had proved his case on a balance of probabilities Based on the Latin maxim ei incumbit probatis qui dicit, non qui negat, which means that the burden of proof is on the one who declares, not on the one who denies, the plaintiff had the legal burden to prove his case on a balance of probabilities. The legal burden was imposed on the plaintiff as prescribed by ss 101 and 102 of the Evidence Act 1950, which read: Section 101 — Burden of proof
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. Section 102 - On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] This was explained in the case of Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398; [2017] 8 CLJ 491, where it was stated by Arifin Zakaria CJ in the following passage: It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burden, then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence.” [44] Mahkamah bersetuju dengan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen bahawa Plaintif berjaya membuktikan tuntutan diatas imbangan kebarangkalian. Wujudnya pengakuan keberhutangan yang jelas daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua. [45] Defendan Kedua adalah Pengarah Defendan Pertama dan bekas Pengarah Plaintif. Defendan Kedua dalam fakta-fakta yang dipersetujui mengesahkan Defendan Kedua telah menandatangani surat bertarikh
4
4.4.2019 dan telah membuat pengakuan dan mengesahkan akan keberhutangan tersebut berjumlah RM 570,381.78 setakat 30.9.2015 dan beliau dan Defendan Pertama akan kembali kepada Plaintif dalam masa 3 bulan untuk penyelesaian jumlah tersebut. [46] Mahkamah merujuk kepada kes Choong Yik Son v. Majlis Peguam Malaysia [2008] 7 MLJ 215 seperti yang berikut:- “[6] According to s 17(1) of the Evidence Act 1950 ('the Evidence Act'), an admission is a statement, oral or documentary, which suggests any inference as to any fact in issue or relevant fact, and which is made by any of the persons and under the circumstances therein mentioned. This section together with ss 18, 19, 20, 21 and 31 of the Evidence Act 1950 relate to informal or extra-judicial admissions. Sections 18 to 20 of the Evidence Act generally relate to the circumstances in which statements made by different categories of persons may amount to admissions. Section 21 of the Evidence Act 1950 on the other hand, relates to the relevancy of admissions, while section 22 and 23 of the Evidence Act set out the exceptions to the admissibility of admissions. Finally, the effect of admissions is provided for in s 31 of the Evidence Act 1950.” [47] Mahkamah berpuashati bahawa surat tersebut adalah pengakuan keberhutangan yang jelas oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Fakta-fakta yang dipersetujui mengesahkan Defendan Kedua mengaku telah bersetuju dan telah menandatangani surat bertarikh 4.4.2019. [48] Defendan Kedua adalah seorang professional yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang perakaunan dan tadbir korporat syarikat. Keterangan menunjukkan juga Defendan Kedua mampu menurunkan hutang dari RM674,832-97 kepada RM570,381-78 dalam siri perbincangan antara kedua-dua pihak. [49] Defendan Kedua juga memainkan peranan penting sebagai Pengarah Urusan dalam kedua dua Syarikat Plaintif dan Syarikat Defendan dan merupakan orang yang berautoriti untuk membuat keputusan bagi kedua-dua syarikat. [50] Perlu juga diambilkira bahawa Defendan Kedua adalah Pengarah Urusan dan Syarikat Defendan Pertama pada masa keberhutangan yang diakui. Defendan Kedua yang memberi kuasa untuk Syarikat Plaintif membuat pembayaran pendahuluan kepada Syarikat Defendan Pertama pada masa material. [51] Dalam kes IJM Corporation Berhad v. Harta Kumpulan Sdn Bhd (No.2) [2007] 1 LNS 670: “It is trite that a company, though a separate legal entity in law, is nevertheless an artificial entity. A company has no physical or mental existence and can do no act on its own motion but only through the agency of people. As a company has no physical or mental existence, the directors of the company, its other officers and employees represent it. Hence a company can only act through the agency of humans and this is the rationale for the law to hold the persons who direct a company responsible for the wrong doings or the criminal acts of the company. As Viscount Haldane LC said in Lennard's Carrying Company v Asiatic Petroleum Co Ltd [1915] AC 705. “My Lords, a corporation is an abstraction. It has no mind of its own any more than it has a body of its own; its active and directing will must consequently be sought in the person of somebody who for some purposes may be called an agent, but he is really the directing mind and will of the corporation, the very ego and centre of the personality of the corporation. That person may be under the direction of the shareholders in general meeting; that person may be the board of directors itself, or it may be, and in some companies it is so, that that person has an authority coordinate with the board of directors given to him under the articles of association, and is appointed by the general meeting of the company, and can only be removed by the general meeting of the company.” [52] Mahkamah berpendapat bahawa segala tindakan adalah diambil oleh Defendan Kedua sebagai Pengarah Urusan dan boleh dikatakan dalam tuntutan ini beliau adalah directing mind and will of the company beban adalah di atas beliau bagi menentukan kewangan syarikat. [53] Perlu juga diambilkira bahawa pemegang saham terkini Syarikat Defendan Pertama adalah Defendan Kedua dan anak beliau bernama Elbert Ler Ju Jin ( No. K/P : 890407-14-5875 ) [54] Mahkamah menekankan bahawa dengan menurunkan tandatangan persetujuan untuk membayar keberhutangan Syarikat Defendan Pertama ke atas Syarikat Plaintif Defendan Kedua telah gagal menjalankan kewajipan fidusiari sebagai Pengarah Urusan untuk mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk membayar keberhutangan kepada Plaintif setelah wang dari Syarikat Plaintif di berikan kepada Syarikat Defendan Pertama. [55] Mahkamah berpuas hati bahawa perbuatan Defendan Kedua menurunkan tandatangan adalah elemen pengesahan dan pengakuan. Mengambil kata-kata Lord Denning dan Scrutton L.J. yang dirujuk dalam kes Serangoon Garden Estate Ltd v. Marian Chye [1959] 1 MLJ 113 yang diputuskan seperti berikut:- “I think it is quite clear that when a party signs a contract knowing it to be a contract which governs the relations between them, then, to use the words of Denning J. in the case of Curtis v. Chemical Cleaning and Dyeing Co. supra, “his signature is irrefragable evidence of his assent to the whole contract, including the exempting clauses, unless the signature is shown to be obtained by fraud or misrepresentation.” In L'Estrange v F Graucob Ltd (1934) 2 KB 394. Scrutton L.J. said “When a document containing contractual terms is signed, then, in the absence of fraud, or, I will add, misrepresentation, the party signing It is bound, and it is wholly immaterial whether he has read the document or not.” [56] Mahkamah juga merujuk keterangan Defendan Kedua dalam penyata saksinya dan berpuas hati bahawa terdapat pengakuan Defendan Kedua bahawa tandatangan adalah atas kapasiti peribadi seperti berikut:- “ S: I refer you the exhibit at page 214-215 of the common bundle. Please explain what this document is? J: This is a letter dated 4.4.2019 entitled “settlement sum of RM570,381.78 which I have signed in my personal capacity.” [57] Mahkamah juga mendapati bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua telah “diperkayakan” secara tidak wajar apabila menerima wang daripada Syarikat Plaintif. Defendan Pertama dan Defendan Kedua bertanggungjawab untuk membayar semula kepada Syarikat Plaintif berdasarkan seksyen 71, Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti yang berikut:- “ Obligation of person enjoying benefit of non-gratuitous act
71
Where a person lawfully does anything for another person, or delivers anything to him, not intending to do so gratuitously, and such other person enjoys the benefit thereof, the latter is bound to make compensation to the former in respect of, or to restore, the thing so done or delivered.” [58] Lihat juga Mahkamah Persekutuan Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441: “[117] The above passages from the judgments of the House of Lords are instructive and are significant contribution to the development of law of unjust enrichment. The principle underlying the cases of Banque Financiere de la Cite v Parc (Battersea) Ltd and Sempra Metals Ltd (formerly Metallgesellschaft Ltd) v IRC is that, in the context of the present case, a cause of action in unjust enrichment can give rise to a right to restitution where it can be established that:
a
the plaintiff must have been enriched;
b
the enrichment must be gained at the defendant's expense;
c
that the retention of the benefit by the plaintiff was unjust; and
d
there must be no defence available to extinguish or reduce the plaintiff's liability to make restitution.” [59] Berkaitan salah urus Syarikat Plaintif, Mahkamah berpuas hati bahawa berdasarkan fakta dan keterangan, Defendan Kedua sebagai Pengarah Urusan telah salah urus Syarikat Plaintif sehingga berlakunya keberhutangan oleh Syarikat Plaintif. Antara keterangan ialah kegagalannya membayar cukai kerajaan sehingga Syarikat Plaintif dikenakan penalti statutori berjumlah RM72,319-93. Ini terbukti daripada surat penalti dan kompaun dari SSM dan LHDN (rujukan RR Jilid 2(1) muka surat 379-399). [60] Terdapat pengakuan oleh Defendan Kedua mengenai perkara ini. Defendan Kedua dalam penyata saksinya menyatakan seperti yang berikut: “19. S: Were you the cause and responsible for the penalty or fine that was imposed by the Inland Revenue Board, the Royal Customs, Ministry of Home Affair and the Security Commission against the Plaintiff? J: No. It was due to an administrative error and oversight ...” [61] Dari jawapan tersebut Defendan Kedua menyatakan kesilapan pentadbiran dan tersalah pandang. Sebagai seorang Pengarah Urusan perkara ini adalah sangat penting dan tidak seharusnya berlaku kesilapan pentadbiran mahupun tersalah pandang oleh sesebuah syarikat sehingga dikenakan denda statutori oleh LHDN dan SSM. Ini secara langsung menunjukkan bahawa Pengarah Urusan iaitu Defendan Kedua telah gagal melaksanakan kewajipan fidusiarinya yang mengakibatkan Plaintif terpaksa mengalami kerugian kewangan. [62] Tanggungjawab seorang pengarah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Sri Dato’ Tajudin Ramli v. Rego Multi-Trades Sdn Bhd [2018] 7 CLJ 197 seperti berikut:- “[30] The appellant was the CEO and Chairman of TRI at the material time. The appellant submits that there was no allegation or evidence of fraud or dishonesty against the respondent. There was also no allegation or evidence of his conflict of interest. In the normal course, the appellant would not be expected to micro manage matters. Once the decision to invest had been made by the Board, the appellant left it to the managers to follow up. This is the normal practice for a CEO and Chairman of a large corporation. Therefore, there was no breach of fiduciary duty by the appellant especially since he was extremely busy with the huge corporate and financial restructuring of the TRI Celcom Group at that time. The appellant further submits that the decision to invest was made by the Board, and not by the appellant alone. He signed the agreement pursuant to a BOD Resolution authorizing him to do so, and he was not on a frolic of his own. [31] It is trite law that a director owes fiduciary duties to the company (see Simmah Timber Industries Sdn Bhd v. David Low See Keat & Ors [1999] 1 LNS 14; [1999] 5 MLJ 421, and Akatel-Lucent (M) Sdn Bhd (formerly known as Alcatel Networks Systems (M) Sdn Bhd) v. Solid Investment Ltd [2012] 4 MLJ 72 at p. 82). [34] We do not think that the appellant can avoid liability by contending that he is a busy CEO and cannot be expected to micro manage everything. The High Court made a finding that the appellant was in breach of his duty of loyalty to the respondent when he committed substantial funds owned by the respondent to third parties.” [63] Dalam kes Dato’ Seri Timer Shah Rafiq v. Nautilus Tug & Towage Sdn Bhd [2018] 8 MLJ 394 diputuskan : “[36] The law vests the duty of management of the company in its directors, which must be discharged with reasonable care and diligence in the best interest of the company. [37] A director will be well within his statutory and common law rights to require the company to furnish to the director any information which reasonably concerns a director’s responsibilities, to demand that the information be compiled for and be copied to be extended to the director by the employees of the company. And for such purpose, to even have the company bear all expenses. [38] Information which concerns a director’s responsibilities would for all intents and purposes be everything that relates to the company. It is beyond accounting and other records as envisaged under s 167. Under common law, this encompasses all information pertaining to the company which every director, in his management of the company must be privy to if not familiar with. This could potentially be everything in the records of the company, but I do not find anything objectionable in legal principle for after all the responsibility for the management of the affairs of the company is statutorily firmly vested in the directors. They are primarily accountable for any company mismanagement, before any employees are held responsible. Their failures would attract liabilities for infringement of their fiduciary and statutory duties under the common law and the statute. Directors owe a stewardship obligation to the company, and it is thus quite basic that they could be liable for any improper management.” [64] Pembelaan bahawa surat pengakuan bertarikh 4. 4.2019 adalah tidak lebih dari hanya pengesahan audit dan bukannya pengakuan keberhutangan adalah sukar untuk diterima oleh Mahkamah ini dengan mengambilkira Defendan Kedua adalah akauntan bertauliah dan berpengalaman. [65] Mengikut keterangan Defendan Kedua sendiri tiada keterangan kredible yang menunjukkan Saksi Defendan Kedua dan Saksi Defendan Ketiga terlibat dalam keputusan Syarikat Plaintif dan kedua-duanya adalah proksi bagi pemegang saham dalam Syarikat Plaintif. Tiada keterangan dokumen yang menunjukkan Defendan Kedua , Saksi Defendan Kedua dan Saksi Defendan Ketiga adalah pemegang saham Syarikat Plaintif dan berhak kepada 1/3 profit sharing Syarikat Plaintif. Ini jelas dari keterangan semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Plaintif. Defendan Kedua bahawa tiada rekod yang menunjukkan mereka adalah pemegang saham. [66] Saksi Defendan Kedua dan Saksi Defendan Ketiga dalam keterangan tidak menyatakan bahawa mereka adalah pemilik sebenar saham dalam Syarikat Plaintif. [67] Berkaitan write off keberhutangan tersebut. Defendan Kedua tidak mengemukakan apa-apa dokumen berkaitan gentlement’s agreement atau apa-apa dokumen yang menunjukkan bahawa semasa penjualan saham beliau pada tahun 2015 keberhutangan tersebut adalah di hapuskan. [68] Defendan mengakui dalam keterangannya di Mahkamah bahawa tiada keterangan dokumen yang menunjukkan keberhutangan akan dihapuskan dan juga bayaran hanya akan dibuat apabila Defendan Pertama dan Defendan Kedua berkemampuan untuk membayar. Jika betul Syarikat Plaintif bersetuju untuk menerima bayaran hanya apabila Defendan Pertama berkemampuan, mengapa Syarikat Plaintif mengeluarkan surat tuntutan? [69] Mengikut Plaintif setelah pengakuan keberhutangan sebanyak RM 570,381.78 setakat 30.9.2015 seperti pengakuan Defendan Kedua dalam surat bertarikh 12.4.2019 tiada apa-apa cadangan atau bayaran yang dibuat oleh Defendan Pertama mahupun Defendan Kedua. Begitu juga dengan jumlah penalti yang dikenakan oleh LHDN dan SSM sebanyak RM 72,319.93 sehingga hari ini yang menyebabkan tuntutan ini difailkan terhadap Defendan-Defendan. [70] Berkaitan isu had masa. Mahkamah bersetuju dengan Hakim Mahkamah Sesyen dan mendapati bahawa kausa tindakan bermula dari tarikh surat pengakuan ditandatangani oleh Defendan Kedua iaitu pada 12.
4
4.2019. [71] Bagi tuntutan penalti kepada pihak berkuasa, kausa tindakan bermula dari tarikh notis kompaun dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Ini adalah kerana tarikh tersebut adalah tarikh Syarikat Plaintif mula mendapat notis mengenai penalti. Tarikh surat kompaun yang terawal daripada SSM ialah bertarikh 9.11.2016 dan Writ Saman difailkan pada tarikh 27.1.2021. Ianya masih dalam tempoh enam (6) tahun dari kausa tindakan terakru. [72] Rujukan kepada kes Zaliah bt Zakaria v. Standard Chartered Bank Malaysia Bhd [2009] 8 MLJ 545 yang mana Nallini Pathmanathan PK [yang mana dia pada ketika itu] menyatakan:- “[28] Does the proposed amendment relating to negligence serve to add a new cause of action? It can be said that the effect of the amendment is not to introduce any new plea but to explain or expand within permitted limits the case already pleaded by Zaliah. On this basis, respectfully relying upon the approach taken by Gopal Sri Ram JCA in Skrine & Co v MBf Capital Bhd [1998] 3 MLJ 671, I can do no better than reproduce His Lordship's adoption of the speeches of Lord Brandon in Ketteman & Ors v Hansel Properties Ltd & Ors [1987] AC 189 : … [30] Even if I am wrong, and the proposed amendment does indeed introduce a new cause of action, sub-r 5 allows such a new cause of action to be introduced provided it arises out of the same or substantially the same facts as the cause of action already pleaded. ….”
para
[73] Setelah Mahkamah membaca Alasan Penghakiman Tuan Hakim Mahkamah Sesyen, Rekod Rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa tiada kekhilafan di pihak Hakim Mahkamah Sesyen dalam keputusan yang diberikan. [74] Mahkamah juga mendapati dari keterangan yang yang dibekalkan, Saksi Plaintif Pertama merupakan saksi yang kredibel dan keterangan nya adalah selamat untuk diterima berserta keterangan dokumen-dokumen yang dikemukakan. [75] Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan kes diatas imbangan keberangkalian. Surat-surat bertarikh 6.3.2018 dan 4.4.2019 adalah dirujuk dan pengakuan dan pengesahan Defendan Kedua kepada Plaintif dalam surat bertarikh 12.4.2019 jelas mengakui akan keberhutangan Defendan-Defendan berjumlah RM 570,381.78 setakat 30.9.2015. Juga terhadap tuntutan tambahan akibat kecuaian Defendan Kedua dalam menjalankan kewajipan fidusiari beliau untuk membayar penalti statutori berjumlah RM72,319.93. [76] Setelah Mahkamah mempertimbangkan keterangan rayuan di atas, keputusan Tuan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan dan rayuan ditolak dengan kos RM9,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Mahkamah Kuala Lumpur. Bertarikh : 10.5.2023 Peguam Bagi Pihak Perayu Tetuan Hariati & Khoo Suite 11-09, Level 11, Wisma UOA II, No. 21, Jalan Pinang 50450 Kuala Lumpur. (Tel : 03-21610511 Faks : 0321610513 (Email : lawoffice@hariatikhoo.com.my) (Ruj. :HK/IBDC/L1217/21/ar (Peguam Bagi Pihak Responden Tetuan Elaine, Yun & Associates No.102-B, Jalan SS24/2, Taman Megah 47301 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. (Ruj. EY/LT/137/22/IBDCM/EF)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.