Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCC-6-01/2022
BA-22NCC-6-01/2022
High Court of Malaysia23 Dec 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n the one who denies, the plaintiff had the legal burden to prove on a balance of probabilities that it had a winnable case. The legal burden is imposed on the plaintiff as prescribed by s 101 of the Evidence Act, which reads: Section 101 - burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal”
“t atau invois atau penerima wang ditunjukkan oleh Defendan kepada Mahkamah ini. Oleh yang demikian, rujukan oleh peguam cara Defendan terpelajar kepada peruntukan seksyen yang berkaitan dalam Bill of Exchange Act 1949 adalah tidak relevan. [37] Ketiadaan audit dalaman yang dibuat oleh Plaintif Kedua atas dasar inisiati”
“med Khan (as a representative for the estate of Sardar Mohd Roshan Khan, deceased) v. Perwira Affin Bank Bhd (previously known as Perwira Habib Bank Malaysia Bhd) [2018] 1 CLJ 415; [2017] 1 LNS 1702; [2017] MLJU 1765 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... In a case where the matter or material facts are not plea”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCC-6-01/2022
1
ILLUMINET SDN. BHD. (No. Syarikat: 200501025967 [708100-V])
2
ZAAIM REDHA BIN ABDUL RAHMAN (No. K/P: 680928-03-5393)
3
HARLINA BINTI SUPARJO (No. K/P: 670120-10-6284) (mendakwa sebagai pemegang-pemegang saham majoriti Illuminet Sdn Bhd dan membawa tindakan ini untuk kepentingan Illuminet Sdn Bhd) − PLAINTIF-PLAINTIF DAN AZHARUDDIN BIN ALIAS (No. K/P: 711107-03-50617) − DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif-Plaintif membawa tindakan ini terhadap Defendan atas perlanggaran kewajipan fidusiari dan pecah amanah oleh Defendan. [2] Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa Defendan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Plaintif Pertama telah menyalahgunakan wang dan/atau dana syarikat Plaintif Pertama untuk kegunaan peribadi sepanjang tempoh dari tahun 2018 sehingga 2019. [3] Maka, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan seperti yang berikut:
a
deklarasi bahawa Defendan berhenti menjadi CEO Plaintif berkuat kuasa pada 30-11-2021.
b
jumlah sebanyak RM341,242.00 direkodkan terhadap Defendan.
c
faedah sebanyak 5% setahun ke atas jumlah RM341,242.00 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
d
perintah injunksi terhadap Defendan, Hj Amir Malik bin Alias, Ahmad Zaki bin Alias, Kumpulan Novalab (M) Sdn Bhd serta mana-mana pihak ketiga daripada memfailkan apa-apa prosiding untuk menggulungkan Plaintif Pertama sehingga tindakan ini diselesaikan sepenuhnya.
e
perintah injunksi kekal untuk menahan Defendan daripada menguruskan akaun Plaintif Pertama di Malayan Banking Berhad khususnya Maybank2U Biz Internet Banking Services, Akaun No.: 5622 7230 4309 dan 5622 7262 1034.
f
perintah injunksi interim terhadap Malayan Banking Berhad untuk membekukan akaun Plaintif Pertama iaitu Maybank2U Biz Internet Banking Services sehingga nama Defendan dibatalkan sebagai CHECKER dan nama Plaintif Kedua didaftarkan sebagai CHECKER yang baharu.
g
perintah injunksi interim terhadap Malayan Banking Berhad untuk menahan daripada membatalkan nama Kumpulan Novalab (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 181682-M); Hj Amir Malik bin Alias (No. K/P: 680927-03-5455); dan Defendan sebagai Corporate Guarantee dan Personal Guarantee bagi Akaun No.: 5622 7262 1034 sehingga Defendan membayar semula wang berjumlah RM341,242.00 kepada Plaintif Pertama.
h
deklarasi bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 22-11-2021 adalah sah yang mana ketiga-tiga resolusi yang dinyatakan dalam Minit Mesyuarat bertarikh 22- 11-2021 adalah sah dan terpakai.
i
perintah bahawa Malayan Banking Berhad dalam tempoh 24 jam selepas menerima Perintah ini menukar nama CHECKER dan MAKER bagi Maybank2U Biz Internet Banking Services Akaun No.: 5622 7230 4309 kepada Plaintif Kedua dan Akaun No.: 5622 7230 4309 kepada Plaintif Kedua [CHECKER] dan penama Cik Azlim Natashya binti Che Ajib (No. K/P: 821220- 09-5100) [MAKER].
j
perintah bahawa Malayan Banking Berhad dalam tempoh 24 jam selepas menerima Perintah ini menukar penandatangan yang diberi kuasa bagi bank akaun Plaintif Pertama di bawah Malayan Banking Berhad Cawangan Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Akaun No.: 5622 7230 4309 hendaklah ditandatangani oleh seorang sahaja iaitu Plaintif Kedua bagi semua jenis transaksi.
k
perintah bahawa Malayan Banking Berhad dalam tempoh 24 jam selepas menerima Perintah ini menukar penandatangan yang diberi kuasa bagi bank akaun Plaintif Pertama di bawah Malayan Banking Berhad Cawangan Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Akaun No.: 5622 7262 1034 hendaklah ditandatangani oleh seorang sahaja iaitu Plaintif Kedua bagi semua jenis transaksi.
l
perintah bahawa Defendan hendaklah dalam tempoh 7 hari dari tarikh Perintah ini memulangkan harta (iaitu kunci kenderaan No. DDD 2361, kunci pejabat Plaintif Pertama, laptop, dokumen, ID dan kata laluan bagi akaun dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan iRepublic C-Panel e-mel akaun ID dan kata laluan) milik syarikat Plaintif Pertama yang masih dalam milikan atau simpanan Defendan kepada Plaintif Pertama atau peguam Plaintif Pertama.
m
pihak-pihak bebas untuk membuat permohonan selanjutnya di bawah tindakan ini sekiranya difikirkan suai manfaat kelak.
n
ganti rugi am dan ganti rugi teladan.
o
kos.
p
relief lain yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah ini. Pihak-Pihak [4] Plaintif Kedua menubuhkan syarikat Illuminet Sdn Bhd (selepas ini disebut “Plaintif Pertama”) pada 1-9-2005. Perniagaan Plaintif Pertama ialah jualan dan perdagangan produk dan servis perisian, kejuruteraan perisian, pembangunan dan perkhidmatan. Plaintif Kedua ialah pengarah Plaintif Pertama dan memegang saham Plaintif Pertama sebanyak 496,667. [5] Plaintif Ketiga ialah pengarah Plaintif Pertama dan memegang saham Plaintif Pertama sebanyak 13,333. [6] Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga ialah pemegang saham majoriti dalam Plaintif Pertama. [7] Hj Amir Malik bin Alias ialah pengarah dan pemegang saham dalam syarikat Novalab (M) Sdn Bhd dan Hj Amir Malik bin Alias ialah abang kandung Defendan. [8] Hj Amir Malik bin Alias dan Plaintif Kedua ialah rakan persekolahan. [9] Sekitar awal tahun 2011, Plaintif Kedua membuat tawaran perniagaan kepada Hj Amir Malik bin Alias untuk berusaha sama dengan Plaintif Kedua dalam perniagaan Plaintif Pertama. Pada/Sebagai permulaan usaha sama ini, Plaintif Kedua melantik Novalab (M) Sdn Bhd sebagai kontraktor untuk melaksanakan projek Plaintif Pertama. [10] Selanjutnya, Plaintif Kedua menawarkan Tn Hj Amir Malik bin Alias untuk memegang saham dalam Plaintif Pertama untuk membantu Plaintif Pertama mendapatkan pembiayaan kewangan daripada institusi kewangan atas track record yang ada dengan Novalab (M) Sdn Bhd. Tn Hj Amir Malik bin Alias bersetuju dan menjadi pemegang saham dalam Plaintif Pertama sebanyak 49% yang mana saham didaftarkan atas nama Novalab (M) Sdn Bhd sebanyak 40% dan atas nama Tn Hj Amir Malik bin Alias sebanyak 9%. [11] Plaintif Pertama berjaya mendapat pembiayaan kewangan daripada Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Tn Hj Amir Malik bin Alias menjadi penjamin kepada pembiayaan kewangan Plaintif Pertama. [12] Pada 2-9-2011, Tn Hj Amir Malik bin Alias dan adiknya iaitu Defendan dilantik sebagai pengarah dalam Plaintif Pertama. [13] Status terkini pengarah dan pemegang saham dalam syarikat Plaintif Pertama ialah – Nama Pengarah & Pemegang Saham Tarikh dilantik sebagai Pengarah Plaintif Pertama Ahmad Zaki bin Alias √ 24-6-2020 Azharuddin bin Alias (Defendan) √ 20-10-2021 Harlina binti Suparjo (Plaintif Ketiga) √ 20-10-2021 Zaaim Redha bin Abdul Rahman (Plaintif Kedua) √ 21-10-2021 [Nota: Defendan juga pengarah alternatif kepada Ahmad Zaki bin Alias.] [14] Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa di antara tahun 2011 hingga 2021, Plaintif Kedua hanya sebagai pemegang saham dan Plaintif Kedua tidak terlibat dengan operasi dan pengurusan Plaintif Pertama. Plaintif Kedua hanya menjadi penandatangan kedua bagi cek untuk akaun Plaintif Pertama. [15] Defendan memplidkan bahawa Tn Hj Amir Malik bin Alias meletakkan Defendan sebagai wakilnya dalam Plaintif Pertama demi memastikan kepentingan Tn Hj Amir Malik bin Alias terjamin sebagai penjamin kepada pembiayaan kewangan oleh Maybank kepada Plaintif Pertama. [16] Tindakan undang-undang ini diambil oleh Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga bagi pihak Plaintif Pertama selaku pemegang saham majoriti dalam Plaintif Pertama. Tindakan ini dimulakan kerana Ahmad Zaki bin Alias dan Defendan enggan memberi kerjasama kepada Plaintif-Plaintif untuk meluluskan resolusi pengarah (melalui mesyuarat pengarah pada 22-11-2021) untuk menuntut kembali wang dan/atau dana syarikat Plaintif Pertama yang diseleweng dan/atau disalahgunakan oleh Defendan. Pembelaan dan keterangan Defendan [17] Defendan memplidkan dalam pembelaan pernyataan fakta yang berikut:
a
Defendan mempertikaikan mengenai pengataan Plaintif-Plaintif bahawa Plaintif Kedua tidak terlibat dengan operasi serta pengurusan Plaintif Pertama. Ini kerana – • semasa percubaan untuk mendapatkan projek MINDEF, Plaintif Kedua telah beberapa kali berjumpa dengan Ketua Timbalan Projek (Leftenan Kolonel Illemy) mengenai cadangan projek. Plaintif Kedua juga telah bertemu dengan beberapa pegawai MINDEF. • semasa percubaan untuk mendapatkan projek TUDM, Plaintif Kedua telah menyertai lawatan tapak ke Markas TUDM Gong Kedak dan menghadiri beberapa mesyuarat dengan pihak TUDM. • sepanjang penjalanan Plaintif Pertama dari tahun 2011 hingga 2021, Plaintif Kedua menghadiri hampir semua mesyuarat pengurusan dan operasi Plaintif Pertama.
b
sehingga kini, Plaintif Pertama masih belum melunaskan pembiayaan kewangan dengan Maybank.
c
berkenaan perkara sebagai CHECKER dan MAKER, resolusi itu dipertikaikan kerana bercanggah dengan persetujuan asal perkongsian dan persetujuan dalam mesyuarat.
d
pengataan Plaintif-Plaintif bahawa Defendan telah menyalahgunakan wang dan/atau dana Plaintif Pertama untuk kegunaan peribadi sepanjang tempoh 2018 sehingga 2019 yang selanjutnya menyatakan bahawa Defendan melanggar kewajipan fidusiari dan pecah amanah adalah suatu cubaan memutarbelitkan fakta. Defendan memplidkan bahawa – • audit pertama dibuat oleh pihak ketiga dan dipersetujui oleh semua pihak. Manakala audit kedua dibuat oleh Plaintif Kedua mengikut terjemahannya sendiri yang mempunyai niat lain terhadap Defendan. • penemuan dalam audit pertama sudah dipersetujui oleh semua pihak dan Defendan telah selesai membayar balik wang berjumlah RM215,300.00 kepada Plaintif Pertama melalui potongan gaji. Ini dipersetujui oleh Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Tn Hj Amir Malik bin Alias. • semua bayaran yang dinyatakan dalam audit kedua adalah sebagaimana yang diluluskan dan dipersetujui oleh Plaintif Kedua. • dakwaan Plaintif-Plaintif mengenai transaksi pengeluaran dan perbelanjaan yang mana cek ditandatangani oleh Plaintif Kedua adalah tohmahan kosong dan merupakan pemikiran terkemudian. • audit tahunan Plaintif Pertama dari tahun 2011 hingga 2019 telah dilaksanakan oleh juruaudit bertauliah dan telah dibentangkan serta ditandatangani oleh Plaintif Kedua.
e
Defendan enggan dan menentang resolusi itu kerana menjaga kepentingan Tn Hj Amir Malik bin Alias, Novalab (M) Sdn Bhd serta pemegang saham minoriti.
f
alegasi tidak berasa oleh Plaintif Kedua terhadap Defendan adalah berpunca daripada tindakan Defendan yang mempersoalkan berkenaan dengan pembayaran balik hutang oleh Plaintif Kedua kepada Plaintif Pertama sebanyak RM100,000.00. Defendan juga mempunyai pengetahuan mengenai pecah amanah yang dilakukan oleh Plaintif Kedua. [18] Defendan yang menjadi saksi tunggal menyatakan dalam pernyataan saksi pada 1-11-2022 dalam perbicaraan penuh seperti yang berikut:
a
Defendan ialah salah seorang pengarah dalam Plaintif Pertama.
b
sekitar tahun 2018, berlaku perubahan dalam jawatan pengarah dan pemegang saham Plaintif Pertama iaitu dari Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga kerana kedua-dua mereka ini meletakkan jawatan. Pengarah baharu Plaintif Pertama ialah Cik Azlim Natashya binti Che Ajib dan En. Ahmad Zaki bin Alias. Tn Hj Amir Malik bin Alias kekal sebagai pengarah dan pemegang saham Plaintif Pertama manakala Defendan kekal sebagai pengarah Plaintif Pertama.
c
punca berlakunya perubahan jawatan pengarah dan pemegang saham pada skitar tahun 2018 itu ialah kerana Plaintif Kedua merancang untuk mendaftarkan syarikat lain Plaintif Kedua dengan Kementerian Kewangan. Untuk mengelakkan pertindanan kod bidang dengan Kementerian Kewangan maka Plaintif Kedua meletakkan jawatannya.
d
pada 29-10-2021, sekali lagi berlaku perubahan dalam jawatan pengarah Plaintif Pertama. Pengarah-pengarah baharu Plaintif Pertama ialah Ahmad Zaki bin Alias, Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Defendan sendiri (sebagai pengarah ganti kepada Ahmad Zaki bin Alias).
e
punca berlakunya perubahan jawatan pengarah dan pemegang saham pada skitar tahun 2021 itu ialah kerana Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga ingin mengambil alih keseluruhan operasi syarikat di bawah kawalan mereka. Hal transaksi kewangan Plaintif Pertama:
f
semua pengeluaran wang dan penandatangan melalui cek perlu atau mesti ditandatangani oleh Plaintif Kedua, Defendan atau Tn Hj Amir Malik bin Alias.
g
semua cek Plaintif Pertama dipegang dan dijaga oleh Cik Azlim Natashya binti Che Ajib. Alegasi Plaintif-Plaintif bahawa Defendan secara curang atau secara pecah amanah mengambil wang Plaintif Pertama sebanyak RM341,242.00:
h
butiran transaksi bagi alegasi Plaintif-Plaintif ialah berlaku dari tarikh 17-1-2013 sehingga 11-9-2018.
i
pengeluaran wang dari akaun Plaintif Pertama bagi transaksi dari tarikh 17-1-2013 sehingga 16-11-2017 ialah melalui cek yang ditandatangani oleh Defendan dan Plaintif Kedua. Manakala pengeluaran wang dari akaun Plaintif Pertama bagi transaksi dari tarikh 2-3-2018 sehingga 11-9-2018 ialah secara internet banking.
j
transaksi secara interbet banking dibuat oleh MAKER dan disahkan oleh CHECKER.
k
bagi tempoh dari 17-1-2013 sehingga 11-9-2018 itu Plaintif Pertama tidak pernah mengadu atau mempersoalkan mengenai mana-mana transaksi melalui cek atau internet banking serta tidak pernah memberhentikan cek yang telah ditandatangani untuk tujuan ditunaikan.
l
sekitar bulan April 2021, isu Defendan melakukan pecah amanah wang Plaintif Pertama sebanyak RM341,242.00 dibangkitkan.
m
alegasi Plaintif-Plaintif adalah tidak benar kerana semua transaksi telah diluluskan oleh semua pihak pada masa pembayaran dibuat. Pada kebiasaannya Plaintif Kedua tidak menandatangani cek walaupun Plaintif Kedua menandatangani cek bagi pembayaran dibuat.
n
Plaintif-Plaintif mengetahui mengenai wang sebanyak RM341,242.00 ini dikeluarkan dari akaun Plaintif Pertama di mana Plaintif Kedua telah menandatangani cek Plaintif Pertama untuk sebahagian jumlah yang dikeluarkan. Manakala sebahagian lagi jumlah yang dikeluarkan secara internet banking di mana Cik Azlim Natashya binti Che Ajib sebagai MAKER tidak pernah membantah bagi pengeluaran wang itu. Alegasi Plaintif-Plaintif bahawa Defendan mengambil harta dan dokumen Plaintif Pertama (kenderaan, kunci pejabat, laptop, dokumen, dan ID & password):
o
Defendan menafikan alegasi ini. Defendan hanyta menggunakan laptop Plaintif Pertama sebagai pengarah dan pemegang saham Plaintif Pertama. Keengganan dan Bantahan Defendan mengenai 3 resolusi yang dinyatakan dalam Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah Plaintif Pertama bertarikh 22-11-2021:
p
Defendan enggan dan membantah resolusi pertama mengenai penukaran CHECKER dalam internet banking kepada Plaintif Kedua kerana kepentingan syarikat Novalab
m
(M) Sdn Bhd, Tn Hj Amir Malik bin Alias dan Defendan yang menjadi penjamin bagi pembiayaan kewangan Plaintif Pertama.
q
Defendan enggan dan membantah resolusi kedua mengenai perlantikan Plaintif Kedua sebagai penandatangan tunggal cek Plaintif Pertama dalam akaun Maybank No.: 5622 7230 4309 kerana dalam minit mesyuarat dengan jelas memerlukan persetujuan Defendan sebelum sebarang transaksi. Resolusi kedua ini dengan jelas menunjukkan niat Plaintif Kedua untuk mengawal keseluruhan kewangan Plaintif Pertama secara bersendirian.
r
Defendan enggan dan membantah resolusi ketiga mengenai perlantikan Plaintif Kedua sebagai penandatangan tunggal cek Plaintif Pertama dalam akaun Maybank No.: 5622 7262 1034 kerana dalam minit mesyuarat dengan jelas memerlukan persetujuan Defendan sebelum sebarang transaksi. Resolusi ketiga ini dengan jelas menunjukkan niat Plaintif Kedua untuk mengawal keseluruhan kewangan Plaintif Pertama secara bersendirian. Keputusan Mahkamah pada 23-12-2022 [19] Pada 23-12-2022, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif dan menghakimi seperti yang berikut: “Berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan Mahkamah ini memutuskan bahawa atas imbangan kebarangkalian, Plaintif-Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan di mana berlaku perlanggaran kewajipan fidusiari oleh Defendan. Saksi-saksi Plaintif berjaya meyakinkan Mahkamah dan keterangan lisan serta dokumentar berjaya membidas keterangan yang dikemukakan oleh Defendan. Oleh yang demikian Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif DAN SELANJUTNYA ADALAH DIHAKIMI DAN DIPERINTAHKAN BAHAWA− a) prayers (a) dan (b); (d) hingga (k) dibenarkan. b) prayers (c), (l) hingga (n) ditolak. c) kos sebanyak RM15,000.00 (tertakluk kepada fi alokatur).”. [20] Defendan merayu terhadap keseluruhan ini. Isu untuk dibicarakan [21] Isu untuk dibicarakan dan diputuskan oleh Mahkamah ini adalah –
a
sama ada Defendan telah melakukan suatu pecah amanah dengan menyeleweng wang syarikat Plaintif Pertama serta melanggar kewajipan fidusiari?
b
sama ada Defendan ada berhutang kepada Plaintif Pertama sebanyak RM341,242.00 akibat daripada penyelewengan wang syarikat P1?
c
sama ada Defendan telah membayar jumlah sebanyak RM200,000.00 daripada jumlah dalam (b) untuk membayar individu yang disebut oleh Defendan demi kepentingan Defendan?
d
sama ada resolusi mesyuarat Lembaga Pengarah bertarikh 22-11-2021 adalah sah dan terpakai walupun Defendan mengundi menentang resolusi mesyuarat tersebut demi melindungi kepentingan Plaintif-Plaintif daripada penyelewengan berterusan oleh Defendan?
e
sama ada nama syarikat Novalab (M) Sdn Bhd, nama Tn Hj Amir Malik bin Alias dan nama Defendan perlu dikekalkan sebagai penjamin kemudahan kewangan yang diberikan oleh Maybank kepada P1 sehingga semua hutang Plaintif Pertama habis dibayar?
f
sama ada Defendan dan/atau Tn Hj Amir Malik bin Alias dan/atau syarikat Novalab (M) Sdn Bhd perlu membayar semula jumlah RM341,242.00 tersebut kepada Plaintif Pertama sebelum mereka dilepaskan sebagai penjamin-penjamin?
g
sama ada Plaintif Kedua diberi kebenaran untuk menjadi “checker” bagi perbankan internet Maybank bagi akaun No.: 5622 7230 4309 dan akaun No.: 5622 7262 1034 serta menjadi penandatangan yang sah bagi kedua-dua akaun tersebut untuk membolehkan Plaintif Kedua menggunakan kemudahan perbankan tersebut untuk membayar hutang yang dibuat oleh Defendan. Analisis dan Dapatan Mahkamah Beban pembuktian: [22] Beban pembuktian adalah terletak kepada Plaintif untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. peruntukan undang-undang dan nas undang-undang kes adalah mantap mengenai beban pembuktian dalam kes sivil iaitu − • seksyen 101, 102 dan 106 Akta Keterangan 1950 (Akta 56). •
1139
• Berjaya Development Sdn Bhd v. Keretaapi Tanah Melayu Berhad [2012] 4 CLJ 35. • Juta Damai Sdn Bhd v. Permodalan Negeri Selangor Bhd [2014] 5 CLJ 318. • Heritage Grand Vacation Club Bhd V. Pacific Fantasy Vacation Sdn Bhd [2016] 7 CLJ 679. • Ineax Engineering Sdn Bhd v. Ineax Process Sdn Bhd And Ng Wee Keat [2017] 1 LNS 1187. • Cahaya Berlian Sdn Bhd (Company No: 742437-K) v. Datuk Bandar Kuala Lumpur [2020] 1 LNS 396. [23] Mahkamah ingin merujuk keputusan di Mahkamah Tinggi Johor Bahru, YA Puan Evrol Mariette Peters, JC memutuskan (pada muka surat 654) dalam kes, Techcrew Sdn Bhd v. Nurhamizah Hamzah & Ors [2020] 4 MLRH 635 – Whether the plaintiff had proved Its Loss? Regardless of the 1st defendant’s liability, in the final analysis, the question was whether the plaintiff had proved, on a balance of probabilities, that it had suffered loss as a result of the 1st defendant’s negligence, bearing in mind that this court had to consider the probability of the Court of Appeal overruling the High Court in the MAB Suit. After considering all the relevant evidence, both oral and documentary, I found that the plaintiff had failed to do so, and the following are my reasons: According to the case of Mount v. Barker Austin (a fire) f1998J PNLR 493, the plaintiff must prove that it had a real and substantial prospect of success, rather than a mere negligible one. In other words, to show that it had a winnable case, based upon the evidence adduced by the plaintiff the Court would be required to assess the outcome of the case, had there been no negligence on the part of the 1st defendant. Based on the Latin maxim ei incumbit probatis qui dicit, non qui negat, which means that the burden of proof is on the one who declares, not on the one who denies, the plaintiff had the legal burden to prove on a balance of probabilities that it had a winnable case. The legal burden is imposed on the plaintiff as prescribed by s 101 of the Evidence Act, which reads: Section 101 - burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which lie asserts, must prove that those facts exist. (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. This was explained in the case of Hong Yik Trading v. Liziz Plantation Sdn Bhd [2017J 4 MLRA 89, [2017] 5 MLJ 398; [2017J 8 CLJ 491 by Arifin Zakaria CJ in the following words: It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party who asserts that the facts exist (s 101 of the Evidence Act 1950). Where a party on whom the burden of proof lies has discharged that burdens then the evidential burden shifts to the other party. However, if the party on whom the burden of proof lies fails to discharge it, the other party need not call any evidence. Kewajipan fidusiari: [24] Berkenaan dengan isu sama ada Defendan sebagai CEO Plaintif Pertama telah melakukan pecah amanah dan/atau secara curang menyeleweng wang dan/atau dana Plaintif Pertama, berdasarkan kepada fakta yang dipersetujui (Lampiran 21/Ikatan “D”), skop kerja dan kuasa yang diberikan oleh Plaintif Pertama kepada Defendan adalah –
a
melalui resolusi Pengarah bertarikh 16-11-2017 yang ditandatangani oleh Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Tn Hj Amir bin Alias, Plaintif Pertama bersetuju untuk memohon dan mengambil pembiayaan kewangan dengan Maybank yang mana otoriti bagi Maybank2u Biz Internet diberikan kepada Defendan sebagai CHECKER, Cik Azlim Natashya binti Che Ajib sebagai MAKER dan En. Mat Rozi bin Muhamad sebagai MAKER. Berdasarkan resolusi itu, perlantikan penama tersebut hendaklah terus berkuat kuasa dan perlantikan ini boleh ditarik balik sehingga dibatalkan melalui pindaan resolusi yang diputuskan oleh semua pengarah Plaintif Pertama.
b
resolusi Pengarah bertarikh 22-11-2021 yang menukar nama CHECKER daripada nama Defendan kepada nama Plaintif Kedua. Permohonan pertukaran ini telah ditolak oleh Maybank kerana Maybank memerlukan resolusi pindaan yang ditandatangani oleh semua pengarah Plaintif Pertama.
c
melalui surat Tn Hj Amir Malik bin Alias bertarikh 6-12-2021 kepada Maybank telah mengarahkan supaya nama Novalab
m
(M) Sdn Bhd, nama Tn Hj Amir Malik bin Alias dan nama Defendan dibatalkan dan dikeluarkan daripada menjadi penjamin bagi pembiayaan kewangan Plaintif Pertama dengan dengan Maybank.
d
melalui e-mel Maybank kepada Plaintif Kedua, Maybank meminta Plaintif Kedua membuat pengesahan mengenai permohonan oleh Tn Hj Amir Malik bin Alias. Plaintif Kedua mengesahkan dengan Maybank bahawa permohonan itu tidak dipersetujui kerana perlu ada suatu resolusi Plaintif Pertama terlebih dahulu. Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa Defendan telah melakukan pecah amana h dan menyeleweng wang dan/atau dana Plaintif pertama dalam tempoh pembiayaan kewangan Maybank maka sebelum syarikat Novalab (M) Sdn Bhd, Tn Hj Amir Malik bin Alias dan Defendan dibebaskan daripada menjadi penjamin, mereka hendaklah membayar semula apa-apa hutang di bawah pembiayaan kewangan itu.
e
pengeluaran wang berjumlah RM215,300.00 telah dibayar/diselesaikan oleh Defendan melalui pembayaran balik secara potongan gaji Defendan. Ini atas persetujuan Plaintif Kedua dan Tn Hj Amir Malik bin Alias.
f
Defendan meletakkan jawatannya sebagai pengarah Plaintif Pertama melalui surat bertarikh 30-8-2021 yang mana tarikh akhir Defendan bertugas sebagai CEO Plaintif Pertama ialah pada 30-11-2021.
g
berdasarkan penemuan audit kedua dan perletakan jawatan Defendan, Plaintif-Plaintif mendapati pada 29-10-2021 terdapat pemindahan saham dan pertukaran pengarah serta pemegang saham dalam Plaintif Pertama seperti yang berikut: Pemegang saham & Jawatan dalam Plaintif Pertama Pemegang saham baharu & Jawatan dalam Plaintif Pertama Novalab (M) Sdn Bhd & pemegang saham Defendan & pengarah alternatif/ganti kepada Ahmad Zaki bin Alias Ahmad Zaki bin Alias & pemegang saham Plaintif Ketiga & pengarah Tn Hj Amir Malik binAlias & pemegang saham & pengarah Ahmad Zaki bin Alias & pengarah Cik Azlim Natashya binti Che Ajib & pemegang saham Plaintif Kedua & pengarah [25] Dalam buku Legal Aspects of Fiduciary Duties in Malaysia, Wan Azlan Ahmad dan Mohsin Hingun, Sweet & Maxwell, 2022 – “[1.004] The word “fiduciary” for the purposes of fiduciary law denotes the duties of a person (a fiduciary) to ascribe paramountcy to serve the interest of the person or persons to whom the duty is owed. These duties come into being in relationships between parties that are characterized by the elements of trust and confidence. [1.005] The word “fiduciary” can also be understood in a related sense to the above, that is, as related to the nature of the obligations of a person in a fiduciary relationship which imposes on that person a duty of loyalty, or fidelity. A fiduciary owes that duty to the principal (or to beneficiaries in case of trustees), and certain specific duties (commonly referred to as fiduciaries duties) are imposed on the fiduciary in consequence thereof. [1.006] Fiduciary relationship is thus a legal relationship, creating obligations on the fiduciaries involved. It is a prominent feature in many areas of civil law. Its contemporary importance has been put in this manner (The Principles of equity and Trusts, para [15.1.4]): … the significance of the law of fiduciaries is not confined to imposing additional duties on trustees. The categories of fiduciary relationship are much wider and encompass a wide variety of commercial relationships, all of which can be characterized as relationship of trust and confidence. It follows that the law of fiduciaries is particularly relevant in the commercial world in imposing onerous duties on fiduciaries and significant remedies if the duties are breached. [1.044] A breach of fiduciary duty, it has been explained (The Principles of equity and Trusts, para [17.2.1]): … involves a breach of those negative duties that arise from the fundamental obligation of loyalty to the principal, namely the no-conflict and the no-profit rules. But a fiduciary may breach other non-fiduciary duties, triggering liability for breach of contract, or for the commission of a tort, or for unjust enrichment.”. [26] Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan yang memegang jawatan sebagai CEO Plaintif Pertama mempunyai hubungan kukuh dalam Plaintif Pertama dan perlantikan Defendan dalam Plaintif Pertama yang menetapkan obligasi khusus kepadanya mengenai pengurusan dan transaksi kewangan adalah jelas. [27] Pada masa dan tempoh alegasi yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam tuntutan ini menunjukkan bahawa Defendan mempunyai kewajipan fidusiari di bawah seksyen 213, 214, 218 serta seksyen lain di bawah Akta Syarikat 2016 (Akta 777) dan/atau peruntukan dalam Article of Association Plaintif Pertama. [28] Keterangan Defendan sendiri mengenai kuasa yang diberikan kepadanya sepanjang menggalas jawatan sebagai CEO Plaintif Pertama adalah individu yang terlibat secara langsung dalam transaksi kewangan Plaintif Pertama. Tuntutan ganti rugi yang dipohon oleh Plaintif: [29] Mahkamah ini mendapati tuntutan utama Plaintif-Plaintif ialah untuk mendapatkan kembali wang berjumlah sebanyak RM341,242.00 dan supaya Mahkamah ini merekodkan jumlah tersebut terhadap Defendan. [30] Mahkamah ini mendapati persoalan yang dibangkitkan oleh Defendan dan hujahan peguam cara Defendan terpelajar mengenai pemilikan saham dan pemindahan saham bukanlah menjadi subjek utama dan paksi mengenai penyelewengan transaksi kewangan sebagaimana tuntutan Plaintif. [31] Kehadiran Defendan dan adik beradiknya dalam Plaintif Pertama bukannya semata-mata untuk menjamin keupayaan Plaintif Pertama dalam membayar sehingga selesai pembiayaan kewangan dengan Maybank. Alasan bahawa Tn Hj Amir Malik bin Alias dan Defendan menjadi penjamin kepada pembiayaan kewangan dengan Maybank tidak boleh menjadi alasan Defendan untuk membantah atau enggan menandatangani resolusi dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah Plaintif Pertama. Mahkamah ini mendapati bahawa resolusi-resolusi yang diluluskan ialah demi menjaga kepentingan Plaintif Pertama. [32] Sebagai pengarah dan CEO serta menjadi pengarah ganti dalam Plaintif Pertama, Defendan mempunyai kewajipan dan obligasi untuk memastikan pengeluaran dan aliran tunai Plaintif Pertama adalah teratur serta sah. [33] Apabila mendapati wujud penemuan bahawa pengeluaran dan aliran tunai Plaintif Pertama adalah tidak teratur dan tidak sah, maka Defendan hendaklah membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa tidak wujud apa-apa penyelewengan. [34] Alasan Defendan bahawa Plaintif Kedua telah menandatangani cek Plaintif Pertama tidak menjadikan pengeluaran wang Plaintif Pertama adalah sah. Defendan yang menguruskan dan bertanggungjawab kepada perkara kewangan perlu memberikan justifikasi bagi setiap transaksi yang diplidkan oleh Plaintif sebagai tidak teratur dan tidak sah itu. [35] Hujahan bertulis peguam cara Defendan terpelajar menyatakan bahawa Plaintif gagal membuktikan bahawa cek-cek yang dikeluarkan oleh Plaintif Pertama bagi pembayaran adalah ditandatangani sendiri oleh Plaintif Kedua dan cek-cek itu telah diurusniagakan dengan sah, maka alegasi bahawa Defendan menyeleweng pembayaran tersebut adalah tidak tepat. Defendan telah bertindak secara suci hati dan “for value” berkenaan dengan pengeluaran wang Plaintif Pertama secara cek. [36] Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif tidak menyangkal fakta bahawa Plaintif Kedua telah menandatangani cek-cek tersebut atas dasar kepercayaan Plaintif-Plaintif kepada Defendan yang merupakan adik kepada Tn Hj. Amir Malik bin Alias dan dengan syarat Defendan membentangkan butir-butir pembayaran dan bukti perbelanjaan yang dibuat oleh Defendan untuk Plaintif Pertama. Tiada bukti perbelanjaan sama ada dalam bentuk resit atau invois atau penerima wang ditunjukkan oleh Defendan kepada Mahkamah ini. Oleh yang demikian, rujukan oleh peguam cara Defendan terpelajar kepada peruntukan seksyen yang berkaitan dalam Bill of Exchange Act 1949 adalah tidak relevan. [37] Ketiadaan audit dalaman yang dibuat oleh Plaintif Kedua atas dasar inisiatifnya sendiri dan bersifat persendirian bukanlah ketinggalan (omission) untuk menolak tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. Plaintif Kedua mengakui bahawa audit dibuat secara persendirian berdasarkan kepada semua baucer bayaran yang telah difailkan dalam Ikatan Dokumen B1 dan B2. Mahkamah ini mendapati audit persendirian ini dibuat oleh Plaintif Kedua apabila menemui berlaku penyelewengan dalam transaksi pengeluaran wang Plaintif Pertama. Audit Persendirian ini bukannya suatu laporan kewangan Plaintif Pertama sebagaimana yang disediakan bagi Laporan Kewangan Tahun 2018 tersebut. [38] Keterangan SP1 menyokong penjelasan Plaintif Kedua (SP2) iaitu “dari pemahaman saya selepas banyak berlaku ketirisan dalam akaun”. [39] Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam cara Plaintif-Plaintif terpelajar bahawa dokumen penting yang menjadi isu bagi pembayaran oleh Plaintif Pertama seperti resit, invois, purchase order atau delivery order perlu difailkan dan dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. Ketiadaan dokumen-dokumen ini dikemukakan oleh Defendan menunjukkan bahawa dakwaan bahawa audit persendirian itu gagal dibuktikan adalah semata-mata dalihan kosong Defendan. [40] Dalam perbicaraan penuh, Plaintif-Plaintif telah mengemukakan baucer bayaran dan ditanda sebagai ekshibit dan keterangan berkenaan dengannya telah dinyatakan oleh SP1 dan SP2. Keterangan SP1 dan SP2 ini tidak diperiksa balas oleh peguam cara Defendan terpelajar. [41] Keterangan saksi-saksi Plaintif iaitu Cik Azlim Natashya binti Che Ajib (SP1) iaitu pembantu tadbir dalam Plaintif Pertama dan En. Zaaim Redha bin Abdul Rahman (SP2) adalah disokong dengan keterangan dokumentar yang membuktikan alegasi Plaintif-Plaintif bahawa Defendan telah secara curang dan melakukan pecah amanah dengan mengambil wang Plaintif Pertama sebanyak RM341,242.00 iaitu butiran transaksi berlaku dari tarikh 17-1-2013 sehingga 11-9-2018. [42] Perenggan 15 pernyataan tuntutan yang menyenaraikan transaksi yang telah dikeluarkan oleh Defendan sebagaimana diplidkan telah dirujuk dengan bukti keterangan dokumen oleh Plaintif-Plaintif. Tiada dokumen daripada Defendan dapat menyangkal bukti yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif. Keterangan lisan Defendan semata-mata penafian kosong yang dangkal dan hanya untuk melepaskan diri daripada bertanggungjawab ke atas pengeluaran wang dari akaun Plaintif Pertama. [43] SP1 hanya bertugas sebagai pembantu tadbir dan menjadi MAKER iaitu individu yang “key-in” bagi pembayaran dan untuk meluluskan pembayaran ialah Defendan sebagai CHECKER. [44] Bukti yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif mengenai pengakuan Defendan secara bertulis melalui Minit Mesyuarat bertarikh 19-8-2021 mengesahkan mengenai pembayaran wang Plaintif Pertama yang diterima oleh Defendan. Peguam cara Plaintif-Plaintif terpelajar merujuk kepada kes Guan Teik Sdn Bhd v. Mohd Noor Hj Yaakob & Ors [2000] 1 MLRA 1. Mahkamah bersetuju. [45] Mahkamah ini telah meneliti dokumen yang ditunjukkan mengenai penyelewengan dalam pengeluaran wang Plaintif Pertama dalam tempoh yang diplidkan dan Defendan ialah individu yang bertanggungjawab ke atas kerugian Plaintif-Plaintif. Keterangan Plaintif-Plaintif gagal dibidas oleh Defendan. Tuntutan lain yang dipohon Plaintif-Plaintif: [46] Berkenaan dengan perintah lain yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif untuk dilaksanakan oleh Maybank, Mahkamah memutuskan bahawa perintah lain yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif adalah berbangkit (consequential) dengan keseluruhan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. Perintah lain yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif adalah penting dan relevan demi melaksanakan dan menguatkuasakan resolusi yang diputuskan oleh Lembaga Pengarah Plaintif Pertama. [47] Perintah injunksi yang dibenarkan oleh Mahkamah ini juga demi kepentingan Plaintif Pertama di mana Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga mempunyai kepentingan sebagai pemegang saham dan pengarah Plaintif Pertama. Walaupun hubungan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga ialah suami isteri, manakala hubungan Defendan dengan Tn Hj Amir Malik bin Alias dan Ahmad Zaki bin Alias adalah adik beradik, namun berdasarkan keseluruhan fakta kes yang difahami oleh Mahkamah ini yang seterusnya dijelaskan melalui perbicaraan penuh, keterangan Plaintif-Plaintif melalui Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga dan SP1 adalah diyakini berbanding dengan keterangan Defendan sebagai saksi tunggal dan tiada dokumen daripada Defendan sendiri untuk menyangkal keterangan Plaintif-Plaintif. [48] Berdasarkan kepada dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan penuh yang menyokong tuntutan ganti rugi yang dituntut itu, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini hanya membenarkan ganti rugi sebagaimana yang berikut:
a
deklarasi bahawa Defendan berhenti menjadi CEO Plaintif berkuat kuasa pada 30-11-2021.
b
jumlah sebanyak RM341,242.00 direkodkan terhadap Defendan.
c
perintah injunksi terhadap Defendan, Hj Amir Malik bin Alias, Ahmad Zaki bin Alias, Kumpulan Novalab (M) Sdn Bhd serta mana-mana pihak ketiga daripada memfailkan apa-apa prosiding untuk menggulungkan Plaintif Pertama sehingga tindakan ini diselesaikan sepenuhnya.
d
perintah injunksi kekal untuk menahan Defendan daripada menguruskan akaun Plaintif Pertama di Malayan Banking Berhad khususnya Maybank2U Biz Internet Banking Services, Akaun No.: 5622 7230 4309 dan 5622 7262 1034.
e
perintah injunksi interim terhadap Malayan Banking Berhad untuk membekukan akaun Plaintif Pertama iaitu Maybank2U Biz Internet Banking Services sehingga nama Defendan dibatalkan sebagai CHECKER dan nama Plaintif Kedua didaftarkan sebagai CHECKER yang baharu.
f
perintah injunksi interim terhadap Malayan Banking Berhad untuk menahan daripada membatalkan nama Kumpulan Novalab (M) Sdn Bhd (No. Syarikat: 181682-M); Hj Amir Malik bin Alias (No. K/P: 680927-03-5455); dan Defendan sebagai Corporate Guarantee dan Personal Guarantee bagi Akaun No.: 5622 7262 1034 sehingga Defendan membayar semula wang berjumlah RM341,242.00 kepada Plaintif Pertama.
g
deklarasi bahawa Mesyuarat Lembaga Pengarah yang diadakan pada 22-11-2021 adalah sah yang mana ketiga-tiga resolusi yang dinyatakan dalam Minit Mesyuarat bertarikh 22- 11-2021 adalah sah dan terpakai.
h
perintah bahawa Malayan Banking Berhad dalam tempoh 24 jam selepas menerima Perintah ini menukar nama CHECKER dan MAKER bagi Maybank2U Biz Internet Banking Services Akaun No.: 5622 7230 4309 kepada Plaintif Kedua dan Akaun No.: 5622 7230 4309 kepada Plaintif Kedua [CHECKER] dan penama Cik Azlim Natashya binti Che Ajib (No. K/P: 821220- 09-5100) [MAKER].
i
perintah bahawa Malayan Banking Berhad dalam tempoh 24 jam selepas menerima Perintah ini menukar penandatangan yang diberi kuasa bagi bank akaun Plaintif Pertama di bawah Malayan Banking Berhad Cawangan Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Akaun No.: 5622 7230 4309 hendaklah ditandatangani oleh seorang sahaja iaitu Plaintif Kedua bagi semua jenis transaksi.
j
perintah bahawa Malayan Banking Berhad dalam tempoh 24 jam selepas menerima Perintah ini menukar penandatangan yang diberi kuasa bagi bank akaun Plaintif Pertama di bawah Malayan Banking Berhad Cawangan Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Akaun No.: 5622 7262 1034 hendaklah ditandatangani oleh seorang sahaja iaitu Plaintif Kedua bagi semua jenis transaksi. [49] Mahkamah ini juga mengawardkan kos sebanyak RM15,000.00 kepada Plaintif-Plaintif. [50] Keputusan Mahkamah ini adalah selaras dengan keputusan dalam kes Chang Hang Guan & Ors. V. Perumahan Falim (Penang) Sdn Bhd [1994] 1 CLJ 19, Edgar Joseph Jr memutuskan− “When a plaintiff claims damages from a defendant, he has to show that the loss in respect of which he claims damages was caused by the defendant’s wrong and also that the damages are not too remote to be recoverable. Where precise evidence is obtainable, the court naturally expects to have it, where it is not, the court must do the best it can. General difficulty of proof does not dispense with the necessity for proof.”. [51] Mahkamah juga memetik suatu perenggan dalam buku Mc Gregor on Damages (16th Ed, 1997) at page 287− “The primary object of an award of damages is to compensate the plaintiff for the harm done to him; a possible secondary object is to punish the defendant for his conduct in inflicting that harm. Such a secondary object can be achieved by awarding, in addition to the normal compensatory damages, damaged which are variously called exemplary damages, punitive damages, vindictive damages or even retributory damages, and comes into play whenever the defendant’s conduct is sufficiently outrageous to merit punishment as where it discloses malice, fraud, cruelty, insolence or the like.”. [52] Mahkamah ini menolak relief yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif iaitu −
a
faedah penghakiman sebanyak 5% setahun k e atas jumlah RM341,242.00 dikenakan dari tarikh Penghakiman sehingga penyelesaian penuh.
b
perintah bahawa Defendan hendaklah dalam tempoh 7 hari dari tarikh Perintah ini memulangkan harta milik Plaintif Pertama yang masih dalam milikan atau simpanan Defendan kepada Plaintif Pertama atau peguam Plaintif Pertama iaitu 2 set kunci kenderaan No. Pendaftaran: DDD 2361; kunci pejabat Plaintif Pertama; laptop; dokumen milik Plaintif Pertama iaitu semua management accounting dari tahun 2011 hingga 2021, invois kepada Novalab (M) Sdn Bhd untuk projek SPRM, Putrajaya, ID dan password bagi akaun dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan iRepublic C-Panl e-mel akaun ID dan password.
c
pihak-pihak bebas untuk membuat permohonan selanjutnya di bawah tindakan ini sekiranya difikirkan suai manfaat kelak.
d
ganti rugi am dan ganti rugi teladan. [53] Mahkamah juga menolak hujahan peguam cara Defendan terpelajar bahawa Plaintif-Plaintif gagal membawa tindakan ini melalui peruntukan seksyen 347, 348 dan 350 Akta Syarikat 2016 (Akta 777). Maka dengan itu tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan tanpa kebenaran Mahkamah adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan dengan itu tuntutan Plaintif-Plaintif patut ditolak. [54] Sebagaimana yang direkodkan di Mahkamah ini, hujahan peguam cara Defendan terpelajar sudah dibangkitkan semasa Defendan memohon untuk membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Plaintif-Plaintif. Pada 4-10-2022, Notis Permohonan Defendan telah ditolak dengan kos oleh Mahkamah ini. Tiada rayuan difailkan oleh Defendan. [55] Dalam kes Ranjan Paramalingam & 1 Lg v. Persatuan Penduduk Taman Bangsar Kuala Lumpur [2023] 1 LNS 29, Mahkamah Rayuan dalam keputusannya menyatakan − “Our Analysis and Decision [13] First and foremost, we have to emphasize that parties are bound by their pleadings. The law on pleadings is well settled. Generally, parties are bound by their pleadings and the court should not decide on the issue that was not pleaded. Federal Court in the case of Anjalai Ammal & Anor v. Abdul Kareem [1969] 1 MLJ 22 had made the following observation and had opined that: There is considerable authority in regard to the purpose and effect of particulars filed pursuant to O. 19, r. 7A of the Rules of the Supreme Court. At p. 31 of Halsbury (3rd Edn.) Vol. 3, the learned commentator has this to say:- A party is bound by his pleadings unless he is allowed to amend them, and he is therefore bound by his particulars, which are, in effect, part of the pleadings under which they are delivered. In Thomson v. Birkley (1883) 47 LTR p. 700 Watkin Williams J says:- The object of particulars is to prevent surprise, and to limit and particularise events in order that both parties should come to trial fully prepared for the issues. In Spedding v. Fitzpatrick (1888) 38 Ch. D 410 at 413 Cotton LJ says:- The object of particulars is to enable the party asking for them to know what case he has to meet at the trial, and so to save unnecessary expense, and avoid allowing parties to be taken by surprise. In Thorp v. Holdsworth (1876) Ch. 637 at 639 Jessel Mr. says:- The whole object of pleadings is to bring the parties to an issue, and the meaning of the rules of R XIX was to prevent the issue being enlarged, which would prevent either party from knowing when the cause came on for trial, what the real point to be discussed and decided was. In fact, the whole meaning of the system is to narrow the parties to definite issues, and thereby to diminish expense and delay, especially as regards the amount of testimony required on either side at the hearing. Finally, in Yorkshire Provident Life Assurance Co. v. Gilbert & Rivington [1895] 2 QB 114 at 152 Lindley LJ says:- On the same principle of law related to the rule of pleadings, this court in the case of Pembinaan SPK Sdn Bhd v. Jalinan Waja Sdn Bhd [2014] 2 MLJ 322 has made the following observation: That classic, authoritative text on the rules of pleadings - Sir Jack Jacob & Ian S Goldrein, Pleadings: Principles and Practice - provides four ‘objects’ Pleadings - their dual object in summary. Pleadings serve a two-fold purpose:
a
first To inform each party what is the case of the opposite party which he will have to meet before and at the trial; and
b
secondly concurrently to appraise the court what are the issues. The identity of the issues is crucial, not only for the purposes of trial, but also for the purposes of all the pre-trial interlocutory proceedings. The object of pleadings - in detail (a) first To define with clarity and precision the issues or questions which are in dispute between the parties and fall to be determined by the court... (b) secondly To require each party to give fair and proper notice to his opponent of the case he has to meet to enable him to frame and prepare his own case for trial... (c) thirdly To inform the court what are the precise matters in issue between the parties which alone the Court may determine, since they set the limits of the action which may not be extended without due amendment properly made ...”. [56] Dalam kes Iftikar Ahmed Khan (as a representative for the estate of Sardar Mohd Roshan Khan, deceased) v. Perwira Affin Bank Bhd (previously known as Perwira Habib Bank Malaysia Bhd) [2018] 1 CLJ 415; [2017] 1 LNS 1702; [2017] MLJU 1765 Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... In a case where the matter or material facts are not pleaded but evidence is led without objections at trial, the court is duty bound to consider such evidence although it may be a departure from the pleading. It has the effect of curing defect in the pleading. In such a case the opposite party is not taken by surprise, prejudiced, embarrassed or misled. The exception is where the evidence represents a radical departure from the pleading and is not just a variation, modification or development of what has been alleged in the pleading.”. [57] Mahkamah memutuskan bahawa hujahan peguam cara Defendan terpelajar bahawa ketiadaan keterangan yang dibawa oleh Plaintif-Plaintif untuk mendakwa bahawa butiran transaksi yang diplidkan telah diseleweng oleh Defendan adalah tidak berasas umpama “menjirus air ke daun keladi”. [58] Peguam cara Defendan terpelajar mengguna pakai alasan penghakiman Mahkamah ini dalam kes Bandar Subang Sdn Bhd & Satu Lagi v. Norazila Kushairi & Satu Lagi [2022] 1 LNS 1474. Mahkamah ini menghargai petikan nas undang-undang kes ini dalam hujahan bertulis peguam cara Defendan terpelajar. Namun begitu, keputusan Mahkamah ini dalam kes Bandar Subang Sdn Bhd & Satu Lagi adalah berbeza dengan kes ini. Dalam kes ini, keterangan Plaintif-Plaintif adalah mencukupi dan memadai untuk Mahkamah membenarkan sebahagian daripada tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. [59] Manakala isu yang dibangkitkan oleh Defendan bahawa Tn Hj Amir Malik bin Alias, Ahmad Zaki bin Alias, Novalab (M) Sdn Bhd dan Malayan Banking Berhad bukanlah pihak kepada tindakan ini maka mustahil untuk Mahkamah memberikan perintah yang berkaitan dengan Tn Hj Amir Malik bin Alias, Ahmad Zaki bin Alias, Novalab (M) Sdn Bhd dan Malayan Banking Berhad sebagaimana yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif. Mahkamah telah menjelaskan bahawa Plaintif-Plaintif memohon perintah lain yang ada kaitan dengan Tn Hj Amir Malik bin Alias, Ahmad Zaki bin Alias, Novalab (M) Sdn Bhd dan Malayan Banking Berhad dan perintah tersebut dibenarkan oleh Mahkamah. Perintah lain yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif mempunyai nexus dan amat berkaitan dengan tuntutan Plaintif yang mana Mahkamah ini membenarkan sebahagian daripada perintah yang dipohon itu. Kesimpulan [60] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini selepas meneliti semua dokumen dan keterangan lisan dan dokumentar yang dibentangkan oleh pihak-pihak di hadapan Mahkamah ini, dan hujahan bertulis serta hujahan balasan pihak-pihak, Mahkamah ini mendapati atas imbangan kebarangkalian, Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan. [61] Ganti rugi yang diawardkan dan perintah yang dihakimi oleh Mahkamah ini adalah selaras dengan kejayaan Plaintif membuktikan tuntutannya setakat apa yang telah dibuktikan. Keputusan Mahkamah ini adalah tidak melampau dan bukannya tidak adil kepada Defendan. Bertarikh: 15 Februari 2023. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC12 Shah Alam Peguam cara: Bagi pihak Plaintif-Plaintif: Puan Ros Shimah binti Nazri bersama-samanya Puan Nurul Hidayah binti A. Rahim Tetuan Suhaidi Yusoff & Partners, Kuala Lumpur Bagi pihak Defendan: En. Wan Shahrizal bin Wan Ladin bersama-samanya Pn Mazlin binti Mazlan Tetuan Wan Shahrizal, Hari & Co., Petaling Jaya, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.