a
(a) Kecederaan 'moderate brain injury with right temporal subarachnoid' Plaintif Pertama RM200,000.00 (global);
/akn/my/judgment/high-court/2026/0eb9ce4d-7825-43a5-ad87-51554d049329
High Court of Malaysia21 May 2026WA-12BNCvC-65-07/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam memutuskan ganti rugi dalam tuntutan ganti rugi kemalangan jalanraya boleh menyebabkan ianya diketepikan oleh Mahkamah Rayuan. Ini yang diputuskan dalam kes Soo Hoo Seng Koon v Lee Seng & Anor [2020] CLJU 135; [2020] 2 MLRA 708.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
WA-12BNCvC-65-07/2025 Kand. 43 21/07/2026 14:10:49 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: WA-12BNCvC-65-07/2025 ANTARA
section
1. IQBAL ZAIM BIN BAHARUDDIN
section
2. INTAN SHAFINAZ BINTI MOHD YUSUF ... PERAYU-PERAYU DAN NG KOK MEE ... RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia Guaman No: WA-B53KJ-12-03/2023 Antara
section
1. Iqbal Zaim Bin Baharuddin
section
2. Intan Shafinaz Binti Mohd Yusuf ... Plaintif-Plaintif Dan Ng Kok Mee ... Defendan] ALASAN PENGHAKIMAN
section
1. Ini adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen berkaitan dengan kuantum ganti rugi di dalam sesuatu kemalangan jalanraya. Rayuan ini adalah terhadap keseluruhan kuantum. Perayu-perayu melalui Memorandum Rayuan telah memperincikan seperti berikut-
a
(a) Kecederaan 'moderate brain injury with right temporal subarachnoid' Plaintif Pertama RM200,000.00 (global);
b
(b) Kecederaan 'close fracture middle 1/3 left clavicle' RM12,000.00;
c
(c) Kos penjagaan masa hadapan dengan Click2Health Sdn. Bhd. Plaintif Pertama RM1,260,000.00;
d
(d) Pemotongan 1/3 jumlah kos penjagaan Click2Health menjadikan RM1,260,000.00;
e
(e) Menolak tuntutan 'Medical Consultation';
f
(f) Membenarkan tuntutan 'Medical Consultation' RM64,605.00 yang dikatakan terlalu rendah;
g
(g) Menolak ganti rugi khas kos 'therapies';
h
(h) Membenarkan kos 'rehabilitative items' RM111,410.00 yang terlalu rendah;
i
(i) Membenarkan award RM71,124.27 untuk kos penjagaan di Columbia Asia Extended Care Hospital yang terlalu rendah dan tidak munasabah;
j
(j) Pengurangan 2/3 kos rawatan di Columbia Asia Extended Care Hospital yang menjadikan jumlah RM71,124.71 daripada RM213,374.15;
k
(k) Membenarkan kos rawatan Parkcity Medical Centre sebanyak RM47,050.10 yang dikatakan terlalu rendah;
i
(I) Pengurangan 2/3 kos rawatan di Parkcity Medical Centre dari RM141,150.30 kepada RM47,050.10;
m
(m) Kos rawatan di Subang Jaya Medical Centre RM3,576.38 adalah tidak munasabah; dan
n
(n) Pemotongan 2/3 kos rawatan di Subang Jaya Medical Centre dari RM10,729.15 kepada RM3,576.38. Analisa
section
2. Penderitaan yang ditanggung oleh seseorang yang mengalami kecederaan ekoran daripada suatu kemalangan jalanraya adalah sesuatu yang amat menyakitkan. Pihak yang cedera itu sahaja yang memahami kesakitan yang ditanggungnya.
section
3. Namun, undang-undang telah memperincikan ganti rugi yang boleh diberikan kepada kecederaan dan rawatan yang dilalui oleh individu yang mengalami kecederaan. Pada masa yang sama, terdapat garis panduan iaitu "Task Force to Review Compendium of Personal Injury Awards" yang disediakan oleh Majlis Peguam Malaysia bertarikh 06.07.2018 dan kemudian bertarikh 16.10.2018. Sebelum itu, adalah melalui Finalised Compendium of Personal Injury Award bertarikh 17.09.2014.
section
4. Hakim bicara semasa taksiran ganti rugi kes kemalangan jalanraya juga dibantu oleh keterangan saksi-saksi pakar berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh pihak-pihak dan rawatan yang wajar dijalani oleh individu yang membuat tuntutan.
section
5. Apa yang penting, Mahkamah perlu menentukan ganti rugi tersebut berdasarkan keterangan saksi dan panduan oleh compendium. Compendium itu tidak mengikat Mahkamah. Ia hanya sebagai panduan sahaja. Kegagalan mengambilkira keterangan saksi-saksi di dalam memutuskan ganti rugi dalam tuntutan ganti rugi kemalangan jalanraya boleh menyebabkan ianya diketepikan oleh Mahkamah Rayuan. Ini yang diputuskan dalam kes Soo Hoo Seng Koon v Lee Seng & Anor [2020] CLJU 135; [2020] 2 MLRA 708.
section
6. Oleh itu, dalam kes ini Mahkamah boleh mengenepikan dapatan ganti rugi jika tiada keterangan bagi menyokong dapatan pihak tersebut. Mahkamah Persekutuan memutuskan sedemikian dalam kes Multar Masngud v Lim Kim Chet & Anor [1982] CLJ (Rep) 237.
section
7. Penelitian kepada Alasan Penghakiman di perenggan 19 didapati jumlah ganti rugi RM200,000.00 diberikan bagi butiran (a) 'moderate brain injury with right temporal subarachnoid haemorrhage' adalah disebabkan lingkungan anggota badan yang sama. Hakim Mahkamah Sesyen juga berdasarkan kepada laporan pakar perubatan Perayu-perayu. Ia telah diteliti bersama sama dengan laporan perubatan Responden. Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti laporan-laporan tersebut dan mengenalpasti kecederaan seperti yang dinyatakan di para 24(a) – (h) dan memutuskan secara kolektif ganti rugi RM200,000.00. Hakim Mahkamah Sesyen juga merujuk kepada autoriti-autoriti undang-undang yang berkaitan.
section
8. Adakah dapatan tersebut wajar diketepikan? Mahkamah ini berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen telah meneliti keterangan yang dikemukakan, laporan perubatan kedua-dua pihak. Ia tidak memberi ruang kepada Mahkamah ini menyelesaikan dapatan dengan amaun tersebut.
section
9. Perayu-perayu dalam hujahan bertulisnya menegaskan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen adalah khilaf apabila tidak mengambilkira bahawa kecederaan otak yang dialami oleh Perayu Pertama bukannya suatu yang biasa. Perayu-perayu bersandar kepada keterangan saksi pakar yang mengemukakan laporannya. Namun demikian, Mahkamah ini mendapati Hakim Mahkamah Seysen telah memutuskan jumlah ganti rugi tersebut dipandu oleh keterangan saksi-saksi dan laporan pakar. Ia bukan diputuskan tanpa sokongan keterangan atau laporan pakar. Persoalan bekenaan jumlah ganti rugi yang dikatakan rendah jumlah pada hemat Mahkamah bukannya asas kepada Mahkamah untuk campurtangan dalam keputusan Hakim Mahkamah bicara.
section
10. Sementara itu, bagi kecederaan 'close fracture middle 1/3 clavicle' jumlah RM12,000.00 menurut Perayu adalah rendah. Ini jika dibandingkan dengan compendium yang mencadangkan RM13,000.00 ke RM28,000.00. Asas kepada keputusan Hakim Mahkamah Sesyen adalah kes Mohammad bin Morad v. Nina Amilia Hakim binti Rikan [2024] 2 PIR 9 jika dirujuk Revised Compendium of Personal Injury Awards halaman 7.
section
11. Mahkamah ini mendapati amaun RM12,000.00 yang diawardkan telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes Nurinah Bt Alip & Anor v Edwind ES Banting @ Eddie B Mohd Banting & Anor [2022] 10 MLJ 573; [2022] 5 CLJ 740. Walau bagaimanapun Mahkamah ini berpendapat jumlah yang lebih sesuai berdasarkan kepada keadaan tersebut ialah RM15,000.00. Ini adalah disebabkan Mahkamah meneliti kepada fakta di dalam kes ini yang boleh menyebabkan Mahkamah ini mempertimbangkan jumlah tersebut.
section
12. Seterusnya berkenaan Traumatic Right Eye Mydriasis (bilation of the pupil of the eye) & Right Traumatic Oculomotor with $ 3^{\mathrm{rd}} $ Nerve Palsy, Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan RM25,000.00 setelah merujuk kepada kes yang dirujuk oleh Responden.
section
13. Perayu berhujah bahawa jumlah tersebut adalah tidak memadai. Ini disebabkan kecederaan yang dialami oleh Perayu Pertama adalah menunjukkan jumlah ganti rugi yang lebih tinggi. Mahkamah ini berpendapat tiada asas untuk Mahkamah mengubah jumlah ganti rugi tersebut.
section
14. Mahkamah ini juga telah dimohon oleh Perayu-perayu untuk mempertimbangkan bahawa tolakan yang diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen terhadap ganti rugi am berkaitan tuntutan penuh penjagaan masa hadapan Perayu Pertama dengan Click2Health Sdn. Bhd. diketepikan. Ia adalah disebabkan Perayu Pertama perlu dijaga 24 jam.
section
15. Responden dalam hujahnya menyatakan bahawa potongan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Sesyen itu dibuat setelah mempertimbangkan keterangan dan laporan pakar berkenaan rawatan ke hadapan yang perlu dilalui oleh Perayu Pertama. Oleh itu, tiada alasan untuk Mahkamah ini campurtangan.
section
16. Penelitian kepada Alasan Penghakiman berkaitan dengan perkara ini adalah didapati potongan itu dibuat berdasarkan laporan pakar yang disediakan dan dikemukakan. Namun bagi potongan selanjutnya dinyatakan ia ditolak berdasarkan hal luar jangkaan (contingency). Namun, apakah asas hal luar jangkaan itu tidak dinyatakan oleh Mahkamah bicara? Adakah potongan hal luar jangkaan itu boleh dibuat sewenang-wenangnya oleh Mahkamah? Pada masa yang sama, Mahkamah ini juga mendapati bahawa potongan itu telah dibuat sebanyak dua kali tanpa sebarang kewajarannya dinyatakan oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Ia dibuat pada hemat Mahkamah ini, tanpa alasan yang kukuh. Ia tidak dapat dipersetujui oleh Mahkamah ini.
section
17. Bagi tuntutan-tuntutan yang lain, Mahkamah telah meneliti Alasan Penghakiman dan asas Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan berkenaannya. Mahkamah mendapati tiada alasan yang kukuh untuk Mahkamah ini campur tangan di dalam dapatan Hakim Mahkamah Sesyen berkenaan berkaitan kuantum butiran-butiran tersebut.
section
18. Akhirnya, dapatlah dirumuskan kuantum yang diputuskan oleh Mahkamah ini, melalui rayuan ini adalah seperti berikut: a. Gantirugi Am Kecederaan & Kesengsaraan Perayu Pertama BUTIRAN KECEDERAANAWAD HMSAWAD HMT1. Moderate brain injury with right temporal subarachnoid haemorrhage with subdural hematoma secondary to traumatic arteriovenous fistula dengan ketidakupayaan dan keilatan seperti berikut:-a) Traumatic right temporal SAH, SDH and contusion.b) Cerebral oedema with mild cognitive impairment.c) Having residual right hemiplegia (power 3/5).d) Post-traumatic haemorrhagic.e) Multiple intracranial bleeding.f) Loss of consciousness.g) Left temporal bone fractureRM200,000.00(global)Ditolak dan dikekalkan awad HMS2. Closed fracture middle 1/3 left clavicleRM12,000.00Dibenarkan sebanyakRM15,000.003. ScarsRM3,000.00Ditolak dan dikekalkan awad HMSJumlah Gantirugi Am Kecederaan & kesengsaraan Perayu Pertama oleh HMTRM15,000.00 b. Gantirugi Am Untuk Kos Penjagaan Masa Hadapan Perayu Pertama BUTIRAN KOS PENJAGAAN MASA HADAPANAWAD HMSAWAD HMT1. Kos penjagaan masa hadapan dari Click2Health Sdn Bhd.RM1,260,000.00 setelah tolakan lebih 1/3 bagi contingenciesDibenarkan kos penjagaan penuh sebanyak RM2,142,000.00 tanpa tolakan bagi contingencies2. Kos medical consultationTidak dibenarkanDitolak dan dikekalkan awad HMS3. Kos medicationRM64,605.00Ditolak dan dikekalkan awad HMS4. Kos therapiesTidak dibenarkanDitolak dan dikekalkan awad HMS5. Kos rehabilitative items dibenarkan seperti berikut:(a) Double fowler hospital bed electric (RM15,000.00)(b) Ripple mattress (RM2,800.00)(c) Electric hoist (RM10,000.00)(d) Orthotic devices for hand & ankle (RM7,000.00)(e) Detachable armrest and footrest (OAF)RM111,410.00Ditolak dan dikekalkan awad HMS lightweight wheelchair (RM7,000.00).
f
(f) Gait aid walking frame (RM560.00).
g
(g) Commode 3-in-1 wheelchair (RM5,600.00).
h
(h) Motorized wheelchair (RM12,000.00).
i
(i) Portable ramps (RM3,750.00).
j
(j) Consumables:-i. Diapers (RM38,700.00). ii. Skin lotion (RM9,000.00).Jumlah Gantirugi Am Untuk Kos Penjagaan Perayu Pertama oleh HMTRM2,142,000.00 c. Gantirugi Khas Perayu Pertama BUTIRAN KOS PERBELANJAANAWAD HMSAWAD HMT1. Kos penjagaan Perayu Pertama di Columbia Asia Extended Care HospitalRM71,124.71Ditolak dan dikekalkan awad HMS2. Kos rawatan Perayu Pertama di Parkcity Medical CentreRM47,050.10Ditolak dan dikekalkan awad HMS3. Kos rawatan Perayu Pertama di Subang Medical CentreRM3,576.38Ditolak dan dikekalkan awad HMS Jumlah penghakiman yang Responden perlu membayar kepada Perayu Pertama adalah sebanyak RM2,157,000.00 dan jumlah awad dari HMS sebanyak RM1,260,000.00 untuk kos penjagaan masa hadapan Perayu Pertama dari Click2Health Sdn. Bhd. serta awad sebanyak RM12,000.00 untuk closed fracture middle 1/3 left clavicle diketepikan.
section
19. Mahkamah juga memerintahkan kos sebanyak RM5,000.00 kepada Perayu-perayu yang perlu dibayar oleh Responden tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 21h6 Julai 2026 ROSLAN BIN MAT NOR HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR Peguam Bagi Perayu-Perayu Pihak : Ranizan bin Mokhtar Muhammad Aliff Shafiq bin Maskor (Tetuan Ranizan Abdullah & Associates) Peguam Bagi Responden Pihak : Shanmugam A/L Ramasamy Surenthiran Raj A/L Selvarajan (Tetuan Francis Pereira & Shan)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.