Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; (ii) Dadah tersebut dalam jagaan dan kawalan semua OKT; dan (iii) Semua OKT mempunyai pengetahuan tentang kewujudan dadah tersebut. 10) Dalam membuktikan elemen pertama, isu utama yang perlu dibuktikan adalah berkenaan rantaian keterangan barang kes tidak terputus, terutama dari masa barang kes tersebut dirampas daripada OKT sehingga dianalisa oleh pegawai kimia sehingga dibawa semula ke Mahkamah. 11) Dalam membuktikan elemen pemilikan, selain daripada pembuktian melalui keterangan secara langsung, pihak pendakwaan juga boleh bergantung kepada anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun, sebelum anggapan milikan digunapakai, pihak pendakwaan perlulah membuktikan bahawa apa-apa objek yang mengandungi dadah tersebut berada dalam kawalan atau jagaan OKT. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN 12) Dalam kes jenayah, beban pembuktian di akhir kes pendakwaan oleh pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan satu kes Prima Facie sepertimana diperuntukkan di bawah seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah. 13) Mahkamah Persekutuan dalam kes Balachandran v PP [2005]1CLJ85 telah menyatakan seperti berikut, antara lain: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The phrase ‘prima facie case’ is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary 11th Ed as: A litigating party is said to hava a prima facies case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side. … In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. As the trial is without a jury, it is only with such a positive evaluation can the court make a determination or the purpose of s.180(2) and (3)… …The test at the close of the case for the prosecution would therefore be: Is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facies case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution, If there is any such doubt there can be no prima facies case.” 14) Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457juga telah menjelaskan Prima Facie seperti berikut: “After the amendments to ss. 173(f) and 180 of the CPC, the statutory test has been altered. What is required of a subordinate court and the High Court under the amended sections is to call for the defence when it is satisfied that a prima facie case has been made out at the close of the prosecution case. This requires the court to undertake a maximum evaluation of the prosecution evidence when deciding whether to call on the accused to enter upon his or her defence. It involves an assessment of the credibility of the witnesses called by the prosecution and the drawing of inferences admitted by the prosecution evidence. Thus, if the prosecution's evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused. (para 12) [3] If the court, upon a maximum evaluation of the evidence placed before it at the close of the prosecution case, comes to the conclusion that a prima facie case has not been made out, it should acquit the accused. If, on the other hand, the court after conducting a maximum evaluation of the evidence comes to the conclusion that a prima facie case has been made out, it must call for the defence. If the accused then elects to remain silent, the court must proceed to convict him. It is not open to the court to then re-assess the evidence and to determine whether the prosecution had established its case beyond a reasonable doubt. The absence of any evidence from the accused that casts a reasonable doubt on the prosecution's case renders the prima facie case one that is established beyond a reasonable doubt. 15) Mahkamah Persekutuan dalam kes tersebut juga telah menurunkan prinsip atau ujian penilaian maksima seperti berikut: “For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution's case:- (i) the close of the prosecution's case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused; (ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted.” 16) Berbalik kepada kes ini, di akhir kes pendakwaan, isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas dasar penilaian maksima terhadap semua keterangan. 17) Mahkamah setelah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, segala ekshibit dan dokumen yang terlibat di dalam kes ini dan juga setelah Mahkamah menggunapakai prinsip penilaian maksima di dalam membuat keputusan di dalam kes ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan semua OKT daripada ketiga-tiga pertuduhan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri adalah berdasarkan alasan-alasan yang berikut. Alasan 1: Terdapat Percanggahan keterangan material saksi material pendakwaan 18) Dalam kes ini, saksi-saksi pendakwaan telah memberi keterangan yang bercanggah antara satu sama lain berkenaan beberapa perkara iaitu: i) jumlah bilik di rumah yang diserbu, ii) bilangan anggota yang pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar tempat kejadian semasa siasatan SP8; dan iii) bilakah pintu kayu dipecahkan. 19) SP3 sebagai pegawai serbuan dan SP8 sebagai pegawai penyiasat telah memberi keterangan yang bercanggah yang sangat material. SP3 telah menyatakan dia tidak pernah kembali untuk melawat tempat kejadian setelah hari kejadian namun demikian SP8 telah menyatakan bahawa dia telah hadir bersama SP3 untuk kembali ke tempat kejadian dan mengambil gambar-gambar. 20) Keterangan SP3 adalah seperti berikut: “S: Selepas buat serbuan pada 5 Jun 2021, Inspektor ada datang semula ke tempat serbuan S: Inspektor tak bawa mana mana saspek balik ke tempat kejadian? J: Tak ada S: Siapa yang susun barang kes dan ambil gambar ini? J: Bukan saya IO kes I rasa S: Memang Tuan tak ada pengetahuan mengenai kedudukan barang kes ini J: Tak faham soalan S: Kedudukan barang kes ini macam mana J: Dalam plastik S: Kedudukan dalam gambar ini gambar E, J: Dalam gambar ini bukan saya susun, dalam gambar IO susun” 21) Keterangan SP8 adalah seperti berikut: “Pemeriksaan Utama S: G dan H gambar ruang tamu, siapa tangkap dan cetak gambar ini? J: Saya” Perenggan 12 Penyata Saksi SP8 pula menyatakan: 12. Seterusnya, pada 6.6.2021, jam lebih kurang 1500hrs, saya bersama pengadu telah pergi ke tempat kejadian iaitu di 142, Jalan Dahlia 3/1, Taman Tangkak Emas, Tangkak Johor. Setelah sampai ke lokasi, pengadu telah pandu arah ke tempat saspek-saspek ditahan dan diperiksa. Saya telah mengambil lapan (8) keping gambar tempat kejadian dan juga buat lakaran rajah kasar tempat kejadian. Saya boleh camkan gambar tempat kejadian dan rajah kasar tersebut. “Pemeriksaan Balas SP8 S: Inspektor Hanafi tak pernah nyatakan dia pergi semula tempat kejadian dengan Inspektor J: Ok S: Saya cadangkan dengan Inspektor kata dalam perenggan 12 bersama Inspektor Hanafi adalah tipu di Mahkamah. J: Tak setuju Mah : Perenggan mana? Peg : Perenggan 12 muka surat 6 J : Tak setuju” 22) Melalui keterangan SP3 dan SP8 di atas, Mahkamah bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa SP8 hanya menyusun barang-barang kes mengikut kata hatinya tanpa merujuk kepada atau ditunjuk arah oleh mana-mana pegawai serbuan. Ini menunjukkan bahawa rantaian keterangan telah terputus dan menimbulkan keraguan bahawa susun atur barang kes, berapa jarak barang kes dengan OKT-OKT juga tidak dapat dibuktikan dengan jelas. Keraguan ini telah mencacatkan kes ini dan keraguan ini harus berpihak kepada OKT. Mahkamah mendapati adalah tidak selamat untuk Mahkamah menerima keterangan saksi SP3 dan SP8 berkenaan di mana dadah dijumpai. 23) Berkenaan dengan tempat kejadian town house, SP8 juga gagal menyiasat dan memberi keterangan yang yakin mengenai bilangan bilik di dalam rumah yang diserbu. Keterangan SP4 an SP5 menyatakan rumah mempunyai 3 bilik, namun SP3, SP7 dan SP8 iaitu saksi-saksi PDRM telah menyatakan rumah tersebut mempunyai 2 bilik sahaja dan/atau mereka tidak pasti rumah tersebut mempunyai 2 atau 3 bilik. 24) Selain itu, terdapat percanggahan keterangan daripada saksi-saksi pendakwaan mengenai bilakah pintu kayu dipecahkan, sama ada pada tahun 2013 ataupun 2021. Menurut SP3, pintu kayu dipecahkan semasa serbuan seperti keterangan berikut: “Pemeriksaan Utama SP3 S: Kalau saya tengok Perenggan 3 Penyata saksi, Inspektor kata pintu telah ditendang dan dipecahkan, gambar mana boleh terangkan? J: Gambar D, ada kesan di pintu, ke atas tombol bulat pintu itu. S: Kesan yang dipecahkan J: Ya, di gambar D. Pemeriksaan Balas SP3 S: Boleh Inspektor jelaskan di mana bahagian kerosakan akibat tendangan? J: Bahagian seperti terbelah sikit itu, di bahagian tombol, dekat pintu ini antara atas dan bawah pintu ada retahan sikit.” 25) Namun, SP5 telah memberi keterangan berbeza berkenaan isu ini dan menyatakan pintu tersebut telah pecah pada tahun 2013 seperti keterangan berikut: “Pemeriksaan Balas SP5 S: Masa Mr Go masuk, pintu ni sudah pecah? J: Benar S: Masa pecah tahun bila? J: Lebih kurang 2013 S: Maksudnya pintu tu pecah 2013, dan kamu tukarkan tombol? J: Benar Pemeriksaan Semula SP5 “S: Tadi peguam tanya pasal gambar C dan D, Mr Go kata pernah pecah dan tukar tombol, tahun lebih kurang 2013, boleh saya tahu tak, confirm ke tahun 2013? J: Betul, lebih kurang tahun 2013” 26) Perbezaan keterangan antara saksi pendakwaan SP3 dan SP5 telah menimbulkan persoalan mengenai fakta kes pendakwaan sama ada semasa serbuan, betulkah pintu kayu tersebut telah ditendang oleh anggota serbuan sampai pecah. Gambar-gambar yang diambil oleh SP8 juga gagal membantu Mahkamah mencapai kebenaran memandangkan tiada gambar lain mengenai kesan tendangan anggota serbuan atas pintu yang dipecahkan diambil. Alasan 2: Kegagalan pembuktian dadah tersebut dalam jagaan dan kawalan OKT-OKT 27) Dalam kes ini, SP3 telah menjalankan pemeriksaan di bahagian ruang tamu dan menjumpai barang-barang dadah tersebut. Adalah menjadi kes pendakwaan bahawa barang-barang P5A, P8A, P8B dan P8D telah ditemui di atas meja kopi dan lantai di ruang tamu dan mengambilkira kedudukan dan jarak kesemua OKT yang sangat dekat dengan barang kes tersebut, secara tidak langsung menunjukkan kesemua OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas barang-barang kes. 28) Dalam isu ini, Mahkamah mendapati terdapat dua isu penting yang gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan iaitu kedudukan sebenar dadah dijumpai dan juga kedudukan kesemua 7 orang OKT semasa ditahan. Sebagaimana diterangkan di atas, terdapat percanggahan keterangan antara SP3 dan SP8 berkenaan kedudukan dadah dijumpai, maka, adalah mustahil untuk menyatakan dadah yang dijumpai adalah dalam milikan dan kawalan semua OKT. 29) Tempat kejadian merupakan rumah townhouse yang disewa oleh OKT Isham Iskandar. Pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kesemua OKT mempunyai kawalan esklusif dan akses pada rumah serta ruang tamu tersebut. Saksi pendakwaan SP3 menyatakan bahawa semasa serbuan, terdapat OKT yang melarikan diri dan ini dikaitkan dengan isu pengetahuan bahawa mereka larikan diri kerana tahu kewujudan barang salah. 30) Namun demikian, OKT mana satu yang lari diri dan OKT mana satu tidak lari diri semasa serbuan tidak dapat dikenalpasti oleh SP3. Semasa pemeriksaan balas terhadap SP3, keterangan SP3 adalah seperti berikut: “S: Setuju dengan saya ada 7 orang lelaki melayu di bahagian ruang tamu, Insp tak boleh memerhatikan reaksi mereka semua serentak J: Setuju jika serentak” 31) Kedudukan sebenar kesemua tujuh orang OKT semasa ditahan di ruang tamu juga tidak dibuktikan dan dijelaskan oleh saksi pendakwaan SP3. Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan semua OKT mempunyai kawalan dan milikan ke atas dadah tersebut. Lebih memudaratkan, SP8 juga gagal mengecam kesemua 7 orang OKT semasa perbicaraan. 32) Setakat jarak terdekat atau “close proximity” per se antara kesemua OKT dengan dadah yang dijumpai tidak boleh dikatakan kesemua OKT mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah yang dijumpai. Mahkamah tidak setuju sebarang objek yang boleh alih seperti perabut rumah termasuk dadah yang dijumpai boleh terus mengaitkan orang sekeliling adalah pemiliknya. Melainkan terdapat keterangan sokongan lain seperti cap jari, malangnya dalam kes ini tiada sebarang keterangan cap jari diambil oleh SP8. 33) Tambahan pula tiada keterangan yang menunjukkan siapa yang membawa masuk dadah ke dalam rumah tersebut? Berapa lama dadah telah berada dalam rumah teresbut, adakah sejam, sehari atau sebulan? Tiada jawapan atau keterangan dalam keterangan saksi pendakwaan. 34) Kehadiran kesemua OKT dalam rumah tersebut tidak dijelaskan sama ada mereka hanya setakat berkumpul untuk membawang sahaja atau terdapat perbincangan tentang dadah atau mereka berkumpul untuk mengambil dadah bersama. Keterangan pendakwaan menunjukkan bahawa tiada ujian air kencing dijalankan ke atas kesemua OKT. Sekiranya terdapat keterangan urin positif, Mahkamah berpendapat ia masih boleh mengaitkan kesemua OKT dalam elemen jagaan dan kawalan serta pengetahuan dibantu dengan isu jarak terdekat. Malangnya dalam kes ini, tiada ujian air kencing dijalankan selepas tangkapan. Alasan 3: Kegagalan pembuktian elemen pengetahuan dan niat bersama 35) Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pengetahuan. Tiada apa-apa keterangan langsung yang dikemukakan yang membenarkan Mahkamah membuat inferens pengetahuan terhadap kesemua OKT. Selain itu, pihak pendakwaan juga gagal menggunapakai anggapan pengetahuan dibawah S.37(d) atas kegagalan membuktikan elemen jagaan dan kawalan terlebih dahulu. 36) Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal menunjukkan terdapat niat bersama bahawa kesemua OKT bertindak dalam memiliki dadah secara bersama. Keterangan mengenai rampasan telefon bimbit tidak dikemukakan. Kesemua komunikasi bertulis melalui telefon adalah sumber siasatan yang boleh mengaitkan kesemua OKT mempunyai niat bersama dalam memiliki dadah. Tetapi tiada keterangan sebegitu dikemukakan dalam menyokong dapatan niat bersama kesemua OKT dalam pertuduhan ini. 37) OKT bernama Mohamad Agus telah memaklumkan kepada Insp Shahreza (Pegawai Penyiasat Pengganti) semasa percakapan bahawa dia datang dengan saudaranya iaitu OKT bernama Amiruddin untuk berbincang berkenaan dengan penjualan tanah, dan keterangan ini telah disahkan oleh SP8 seperti keterangan berikut: “Pemeriksaan Balas SP8 S: Saya cadangkan Mohd Agus berjumpa Isham Iskandaruntuk bincang satu perjualan tanah milik Mohd Agus J: Tak tau S: Penama Mohd Agus ada bawa salinan geran tanah miliknya ke rumah tersebut pada 5 Jun 2021, setuju atau tidak? J: Tak setuju S: Dan geran tanah tersebut telah ditunjuk pada Inspektor Hanafi, setuju? J: Tak tau S: Dan geran tanah tersebut ada tunjuk pada Inspektor sebagai pegawai penyiasat, setuju atau tidak? J: Tak setuju S: Saya rujuk satu dokumen, saya ada satu salinan sahaja, pohon rujuk pada saksi terlebih dahulu. Inspektor lihat dokumen ini, setuju dengan saya, dokumen ini merupakan rakaman percakapan Amirudin bin Ismail? S: Dan percakapan ini diambil oleh Insp shariza? J: Betul S: Dalam rakaman percakapan ada dinyatakan bahawa Agus ialah saudara kepada Iskandar Ismail. S: Tujuan kedatangan Mohd Agus ke rumah tersebut untuk perbincangan jual beli tanah, ada dirakam di situ 38) SP8 telah mengaku dalam rakaman percakapan OKT Amiruddin Ismail bahawa kedatangan Amiruddin Ismail dan OKT Agus ke rumah tersebut untuk penjualan tanah namun pihak pendakwaan tidak pernah memanggil Insp Shahreza untuk mengesahkan perkara berkenaan penjualan tanah ini. SP8 juga tidak menyiasat fakta berkenaan penjualan tanah tersebut. Kegagalan siasatan tersebut menimbulkan keraguan sama ada kedua-dua OKT tersebut mempunyai niat bersama dengan 5 OKT lain yang berada di tempat kejadian atau sekadar untuk ke premis tersebut untuk urusan penjulan tanah. 39) Saksi-saksi pendakwaan juga gagal membuktikan tempat dadah dijumpai di bahagian mana ruang tamu premis. Terdapat perbezaan keterangan daripada saksi pendakwaan di mana SP3 menunjukkan barang kes dijumpai di ruang tamu P17H sahaja. Namun adalah jelas dan menjadi pengakuan SP8, bahawa gambar P17H telah pun dibersihkan olehnya sebelum dia mengambil gambar. Alasan 4: Penyiasatan SP8 yang serba cacat dan tidak menyeluruh 40) Mahkamah juga mendapati dalam kedua-dua kes ini, SP 8 sebagai pegawai penyiasat telah gagal melaksanakan tugas siasatannya dengan penuh bertanggungjawab di mana banyak kecacatan telah dilakukan. Kecacatan ini telah menafikan Mahkamah untuk mencapai satu keputusan yang adil. 41) Sebagai pegawai penyiasat, SP8 telah kacau ganggu bukti tempat kejadian dengan membersihkan tempat kejadian dan mengakui dalam Mahkamah seperi berikut: “Pemeriksaan Utama SP8 S: Boleh terangkan dengan lebih lanjut gambar G, dan H, ada beza sikit lantai itu. J: G gambar mula-mula saya naik atas, tengok keadaan rumah macam tu, gambar H saya sendiri yang bersihkan barang-barang yang bersepah untuk ambil shot gambar. S: Tapi gambar yang sama? Pemeriksaan Balas S: Saya cadangkan gambar G dan H gambar yang berbeza J: Tak setuju S: G gambar lantai bersepah, H lantai telah dikemaskan? J: Setuju S: Setuju dengan saya tadi insp mengaku insp yang bersihkan gambar H S: Pembersihan adalah salah di sisi undang undang S: Sebagai pegawai penyiasat, Inspektor kalau betul Inspektor datang ke rumah pada 6 Jun 2021, Inspektor tidak boleh mengalihkan sebarang barang kes di rumah tersebut J: Tak setuju (Mah: Perhatian Mahkamah Insp mula goyang kiri kanan badannya semasa jawap 2-3 soalan) S: Dalam gambar G dan H, setuju dengan saya, satu botol penutup merah yang di gambar H, tidak kelihatan dalam gambar G J: Saya nampak ada dalam gambar, ada kelihatan ini, atas, saya nampak S: Setuju atau tidak saya cakap tidak kelihatan? J: Tak setuju S: Setuju atau tidak selain daripada barang atas lantai, Inspektor juga alihkan barang barang lain kalau betul Inspektor pergi ke tempat kejadian (Mah: Pemerhatian Mahkamah, Inspektor juga goyang badan)” 42) Keterangan SP8 di atas menunjukkan SP8 adalah kurang berkualiti dalam menjalani tugasnya sebagai Pegawai Penyiasat. Mahkamah juga berpeluang meneliti demeanour SP8 semasa memberi keterangan dan Mahkamah mendapati SP8 tidak yakin dan seolah-olah tidak memberi keterangannya dengan jujur. 43) Selain itu, SP8 telah mengambil tempoh 39 hari untuk menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk dianalisa dengan alasan JKM dikuarantin, namun SP1 telah menyatakan bahawa JKM tidak pernah dikuarantin semasa covid. Kelewatan dan kelengahan masa yang tidak munasabah oleh SP8 telah menimbulkan keraguan serious berkenaan dengan identiti sebenar dadah yang dirampas sebelum dihantar ke JKM. 44) Adalah menjadi fakta kes pendakwaan bahawa selepas SP1 membuat analisa, SP1 telah serahkan barang kes bersama laporan-laporan kimia kepada Sarjan Sazali pada 15 September 2021. Namun pihak pendakwaan gagal memanggil Sarjan Sazali sebagai saksi pendakwaan. Persoalan juga timbul apabila SP8 tidak ingat bilakah Sarjan Sazali serahkan barang kes dan laporan kimia kepada dia walaupun pada masa serahan, SP8 telahpun berpindah dari IPD Tangkak. Keterangan SP8 adalah seperti berikut: “Pemeriksaan Balas SP8 S: Ingat bila Sarjan Sazali serahkan barang kes dan laporan kimia pada Inspektor? J: Dia serah pada saya? S: Agak agak bila? J: Tak ingat S: Sebelum atau selepas Inspektor pindah? J: Selepas saya pindah S: Macam mana boleh uruskan barang kes selepas pindah J: Kebetulan saya balik IPD untuk mendapat pengesahan boleh duduk barek, untuk tujuan elaun perumahan, kebetulan barang kes telah sampai, saya daftarkan di stor S: Tapi barang kes Insp Shareza take over lepas Inspektor berpindah, tak ada masalahnya utk polis uruskan barang kes macam tu lepas pindah? J: Tak ada” Kegagalan Sarjan Sazali dipanggil telah menyebabkan putusnya rantaian pembuktian kes pendakwaan. 45) Berdasarkan keterangan SP8 yang serba bercanggah, tidak pasti, tidak konsisten dan mengambil kira demeanour SP8 semasa memberi keterangan, Mahkamah mendapati SP8 berkemungkinan tidak bercakap benar dan kredibiliti dan kebolehpercayaan keterangan SP8 harus diteliti dengan berhati-hati, Mahkamah Tinggi dalam kes PP v Hong Loy Tee [2006]2 MLRH 889 menyatakan: “[11] It strikes me as most odd that the three most senior police officers involed in that ambush, including SP4 who was the superintending officer, could not give a direct “yes or no” answers to those direct questions. Instead they chose to give the court the usual “I don’t know” or “I am not sure” (tak tahu and tak pasti) answers which can only be taken either as being indifferent in narrating the actual facts or at worst, downright lying. From my observation of these witnesses on this aspect of the case, they had not been truthful, thus shaking their own credibility.” 46) Berkenaan isu wang rampasan RM950 dan RM2450 yang dijumpai di tempat kejadian, SP8 menyatakan telah mengembalikan wang kepada pemilik wang tunai tersebut dan bukti penyerahan adalah sebagaimana borang serahan terima P28 dan P29. SP8 memaklumkan bahawa penyerahan balik dibuat semasa OKT-OKT dalam tahanan reman dan semasa tahanan reman, OKT-OKT boleh simpan di lokap. Keterangan SP8 tersebut telah dicabar oleh pembelaan dimana cadangan kepada SP8 ialah wang tersebut tidak pernah dikembalikan dan wang tersebut juga gagal dikemukakan di Mahkamah. “Pemeriksaan balas SP8 S: Saya tanya okt direman dari bila sampai bila? J: 6, saya tak ingat, boleh check? S: Check, berapa hari direman Inspektor boleh rujuk kertas siasatan, berapa lama reman? J: Pohon rujuk kertas siasatan. TPR : Ada bawa kertas siasatan? J : Tak bawa Mah : Tak bawa macam mana rujuk? S: Saya nak tau berapa hari sahaja? J: Tak lama, selalunya 4 hari S: Inspektor serahkan dalam reman 7 Jun 2021, macam mana Inspektor boleh serahkan wang tunai masa orang dalam reman? J: Dia boleh simpan dalam lokap tak ada masalah S: Mana saya tau inspektor pada surat ini 7 Jun 2021, mereka direman 4 hari, setuju dengan saya, kalau nak serahkan duit sepatutnya mereka habis reman baru serahkan, setuju? J: Depend YA S: Kalau diserah pada reman 7 Jun 2021, dekat mana mereka nak simpan, benda tu tak logik J: Simpan di lokap, apa yang tak logik S: Jika simpan di lokap, mana buktinya simpan di lokap? J: Mana saya tau, itu kena tanya lokap S: Kenapa inspektor menyusahkan dia orang bagi duit masa reman, kenapa tak bagi masa dia orang habis reman? bagi kepada penjaga lokap? mengapa tak bagi duit masa habis reman boleh bawa balik J: Tak pasti S: Tak pasti atau tak serah kepada mereka? J: Tak setuju saya tak serahkan” 47) Dalam hal ini, timbul persoalan bagaimana SP8 boleh mengesahkan wang RM2,450 adalah milik OKT Amirrudin dan dikembalikan kepada dia sebagaimana dinyatakan dalam borang serah terima barang kes P29, padahal wang tersebut telah dijumpai bersama dengan dadah P5A dalam beg Timberland yang dijumpai di ruang tamu. Ini menimbulkan keraguan sama ada dadah dalam beg Timberland juga dimiliki oleh OKT Amirrudin sahaja ataupun kesemua OKT sebagaimana pertuduhan. 48) Walaupun wang bukan barang kes material dalam kesemua pertuduhan, namun, Mahkamah ada tanggungjawab untuk memastikan pihak polis mematuhi segala SOP dilaksanakan dengan betul untuk mengelakkan sebaran penyelewengan yang mungkin berlaku. 49) Sekiranya OKT-OKT tidak berpuas hati atau menafikan terima wang tersebut dan juga kebenaran borang serahan P28 dan P29, mereka mempunyai hak untuk membuat laporan polis untuk siasatan pihak berkuasan mengenai perkara ini. KESIMPULAN 50) Kesimpulannya, selepas mengkaji keseluruhan keterangan daripada saksi-saksi pihak Pendakwaan dan eksibit-eksibit yang dikemukakan, setelah Mahkamah menggunapakai prinsip penilaian maksima di dalam membuat keputusan di dalam kes ini, atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen-elemen pertuduhan di bawah S.6, S.12(2) dan S.39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. 51) Pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap kesemua tertuduh bagi ketiga-tiga pertuduhan dalam kedua-dua kes tersebut dan Mahkamah dengan ini memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan semua OKT daripada ketiga-tiga pertuduhan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri BERTARIKH 30 APRIL 2025 LEE KIM KEAT MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET TANGKAK Bagi Pihak Pendakwaan: Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor Timbalan Pendakwaraya …Puan Nabihah binti Mohd Noor Bagi Pihak Pembelaan (OKT Mohamad Agus Bin Mahat): Tetuan Lydiana Law Chambers Lantikan YBGK …Puan Nor Hafizah binti Abdullah Bagi Pihak Pembelaan (OKT Amiruddin bin Ismail): Tetuan Dzul Iskandar & Co. No.5-1, Lorong 1, Jalan Malim Jaya 2, Taman Malim Permain, 75250 Melaka …Encik Mohd Fadil bin Mohd Yusof Bagi Pihak Pembelaan (OKT-OKT yang lain): Law Chambers of Kharen Jit & Associate Lantikan YBGK … Puan Kharen Jit Kaur