Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: J-05(SH)-249-09/2015 & J-05(M)-277-10/2015
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2016/7e0b6fee-939b-45aa-96b4-3e454fd6e7f4
Court of Appeal of Malaysia20 Dec 2016J-05(SH)-249-09/2015
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“h Persekutuan telah memutuskan berkaitan dengan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan:- "It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s. 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offe”
“ce. The existence of common intention is a question of fact and in each case it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case. (See the cases of Mahbub Shah v. Emperor AIR [1945] PC 118 and Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344). In the present case, although the second appella”
“fact and in each case it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case. (See the cases of Mahbub Shah v. Emperor AIR [1945] PC 118 and Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344). In the present case, although the second appellant was not involved in the negotiation for the sale and”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA DI PUTRAJAYA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: J-05(SH)-249-09/2015 & J-05(M)-277-10/2015
2
MOHAMAD ZAKAT NURFITRY BIN MAHBOB ...PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ...RESPONDEN (Dalam Perbicaraan Jenayah di Mahkamah Tinggi Malaya di Muar dalam Perbicaraan Jenayah No : 45B-20-06/2011 & 45ORS-21-06/2011 Antara Pendakwa Raya
1
Dengan
2
Iskandar Danial bin Md Yunos Mohamad Zakat Nurfitry bin Mahbob) KORUM: ZALEHA YUSOF, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR ABDUL KARIM ABDUL JALIL, HMR 2 PENGHAKIMAN Mukadimah [1] Iskandar Danial bin Md Yunos (perayu pertama) dan Mohamad Zakat Nurfitry bin Mahbob (perayu kedua) telah dihadapkan dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang bersidang di Muar Johor untuk menjawab pertuduhan yang berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 15 Disember 2010, di antara jam lebih kurang 4.30 petang hingga 17 Disember 2010 jam lebih kurang 5.30 petang, di kebun kelapa sawit Parit Ju Darat, Tongkang Pecah, dalam daerah Batu Pahat, dalam Negeri Johor, bagi mencapai niat bersama kamu telah membunuh penama Siti Mazni Bt Abdullah (No. K/P: 961025- 01-5448) dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Sek. 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Sek. 34 Kanun yang sama.” [2] Perayu pertama juga dalam kes 45B-20-06/2011 dikehendaki menjawab satu lagi pertuduhan sebagaimana yang berikut: “Bahawa kamu pada 15 Disember 2010, jam lebih kurang 5.00 petang, di kebun kelapa sawit Parit Ju Darat, Tongkang Pecah, dalam daerah Batu Pahat, dalam Negeri Johor, telah merogol Siti Mazni Bt Abdullah (No. K/P : 961025-01-5448) dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan rogol yang boleh dihukum di bawah Sek. 376 Kanun Keseksaan.” [3] Di akhir perbicaraan, hakim bicara mendapati kedua-dua perayu bersalah dan diarahkan menjalani perintah-perintah yang berikut:
a
(a) perayu pertama-bagi kesalahan membunuh, ditahan di penjara atas perkenan DYMM Sultan Johor; dan bagi 3 kesalahan merogol, dipenjarakan selama 10 tahun (hukuman berjalan serentak);
b
(b) perayu kedua-ditahan di penjara atas perkenan DYMM Sultan Johor. Terkilan dengan keputusan di atas, mereka telah merayu ke Mahkamah ini. [4] Kami telah mendengar rayuan kedua-dua perayu dan setelah mempertimbangkan penghujahan kesemua pihak serta menelaah keterangan dalam rekod, kami memutuskan rayuan mereka tidak mempunyai merit. Rayuan mereka dengan itu ditolak dan perintah hakim bicara disahkan. Menyusur selepas ini, alasan kami memutuskan sedemikian. Fakta Ringkas [5] Kes ini melibatkan kematian Siti Mazni Bt Abdullah (si mati), anak perempuan kepada Abdul Rahman bin Hasan (SP6), yang mayatnya ditemukan dalam keadaan membusuk pada 17.12.2010, pukul 5.45 petang, di sebuah kebun kelapa sawit Parit Ju Darat, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Pihak pendakwaan mendakwa kematian si mati disebabkan oleh perbuatan kedua-dua perayu dalam melaksanakan niat bersama mereka. [6] Fakta ringkas kes pendakwaan boleh dihayati daripada penemuan fakta hakim bicara sebagaimana yang berikut: “4. Saksi utama/penting bagi Pendakwaan adalah SP3 [Hafizi] yang mana menyatakan antara lain:- 4 “Pada petang kejadian kira-kira jam 4.00 petang Zakat (PM2) telah datang ke rumahnya untuk meminjam motosikal untuk pergi makan. Kira-kira jam 4.30 petang Zakat telah pulang bersama-sama dengan Iskandar Danial (PM1). Zakat menyatakan dia hendak keluar semula untuk membeli rokok manakala Danial pula hendak berjumpa dengan seseorang.”
5
Kira-kira jam 5.30 petang Zakat telah pulang semula bersama-sama Danial dan SP3 lihat muka Zakat nampak pucat. SP3 bertanya Danial berjumpa dengan siapa. Danial menyatkan (sic) perempuan itu adalah Mazni (simati) dan Mazni telah mati. SP3 tahu bahawa Danial dengan Mazni adalah sepasang kekasih.
6
Keterangan SP3 selanjutnya akan apa yang berlaku adalah seperti catitan di muka 34 Nota Keterangan:- Ada tanya macam mana dia mati, di mana? Danial kata dekat kebun di Parit Ju. Kemudian? Kemudian dia cakap dia kelar leher. Guna apa? Guna pisau. Lepas itu? Lepas itu dipijak-pijak di bahagian kepala. Kemudian? Kemudian dia suruh Zakat pulak. Buat apa? Tikam belakang Mazni. Guna apa? Guna pisau. Lepas itu? Lepas itu Danial cakap lepas dia buat dia balik lalu Parit Abdul Hadi. Dia ada cakap lagi pasal Mazni? Dia cakap masa dia sembelih tu Mazni dalam keadaan macam lembu kena sembelih. Apa maksud dia tu? Sebab dia dah sembelih Mazni. Macam lembu kena sembelih tu? Mazni macam nak mati. 5
7
Pada keesokan harinya SP3, Danial dan Zakat telah pergi semula ke Kebun Parit ismail (sic) dengan membawa parang dan guni untuk memotong mayat Mazni dan membuangnya ke sungai seperti mana yang dicadangkan oleh bapa Hafizi. Setelah sampai SP3 nampak mayat Mazni tertiarap. Zakat telah menetak mayat Mazni di bahagian kaki dengan menggunakan parang yang dibawa tetapi tidak lut.
8
Oleh kerana tidak dapat memotong mayat Mazni, mayat tersebut telah disorok di bawah pelepah sawit oleh SP3 dan mereka telah menimbus tanah kesan-kesan tapak kaki yang terdapat di tempat tersebut dan mereka telah pulang ke rumah pada jam 10.00 pagi.
9
Pada jam 11.00 pagi yang sama ayah Mazni (SP6) telah datang ke rumah Hafizi bertanyakan hal Mazni. SP3 menyatakan dia tidak tahu dan kemudiannya SP6 telah mengajak SP3 ke rumahnya pada jam 12.00. SP3 menalefon Zakat akan hal SP6 yang datang mencari Mazni. Pada jam 4.00 petang hari yang sama ayah Mazni telah datang semula untuk mengajak SP3 membuat report polis.
10
SP3 kemudiannya telah disoal siasat oleh Insp. Yap yang mana kemudiannya pihak polis telah pergi ke rumah SP3 dan merampas sebilah pisau, pakaian, sebilah parang, guni dan handphone Nokia kepunyaan simati.
11
SP8 iaitu adik simati menyatakan pada petang 15/12/2010 kira-kira jam 4.00 petang dia nampak simati sedang berbalas mesej dan selepas itu simati telah bersiap-siap untuk keluar dari rumah. SP8 nampak simati berjalan keluar ke arah motosikal yang dinaiki oleh 2 orang. SP8 dapat mengecamkan salah seorang daripada mereka adalah Danial (PM1) yang membonceng. Manakala penunggang kemudiannya telah berlepas dari situ.
12
SP11 (Tebar) menyatakan ia kenal dengan PM1 dan PM2. SP11 telah ditangkap polis pada 15/12/2010 atas kes urine. SP11 menyatakan ia telah bertemu dengan PM1 di lokap dan bertanyakan kenapa ia ditahan. PM1 menyatakan ia ditahan atas satu kes bunuh yang melibatkan Mazni. SP11 menyatakan ia pernah menjadi kekasih Mazni dan Mazni ada menyatakan bahawa Danial ada mengambil handphone dan duit daripada Mazni. SP11 6 telah menanyakan hal tersebut kepada Danial dan Danial telah mengugut SP11. Akhirnya SP11 telah bergaduh dan bertumbuk dengan Danial di belakang sekolah.
13
SP12 (ayah SP3) menyatakan Zakat ada datang ke rumahnya pada petang 15/12/2010. Pada jam 4.15 petang Danial telah datang ke rumah SP12. SP12 ada mendengar SP3 berbual-bual dengan Danial dan Zakat dan Danial ada menunukkan (sic) sebilah pisau dan handphone Nokia.
14
SP12 seterusnya menyatakan Danial ada bertanya, “Cik, kalau ada dalam keadaan gelekek seperti ayam sembelih mati tak?” SP12 tanya kepada Danial apa yang dia telah buat kepada Mazni. Danial berkata dia telah potong leher Mazni. SP12 telah bertanya kepada Zakat akan apa yang berlak (sic) dan Zakat telah menceritakan hal keseluruhannya kepada SP12.
15
SP14 (Radzi) dalam keterangannya menyatakan dia telah pergi ke rumah Hafizi pada jam 7.00 pagi. SP14, SP3 dan Zakat telah pergi ke tempat kejadian di Parit Ju untuk melupuskan mayat Mazni. SP14 nampak mayat Mazni tertiarap dengan mukanya tersembam ke tanah. SP14 nampak Zakat cuba untuk memotong kaki Mazni tetapi tidak berjaya. Oleh itu mereka telah mengheret mayat Mazni dan menyembunyikan di bawah pelepah kelapa sawit.
16
SP2 yang dipanggil untuk memeriksa mayat Mazni pada 18/12/2010 di mana mayat tersebut telah dicamkan oleh SP16. SP2 telah melakukan pemeriksaan dan autopsi dan menyediakan laporan post mortem (bedah siasat).” [7] Dalam laporan post mortem (ekshibit P6), Dr. Rahayu bt Sahar Adnan (SP2) mendedahkan: “MARKS OF INJURY
1
Bilateral bruised swellings (periorbital haematoma) of both right and left eyes each measured 6 x 4 and 6.5 x 4.5 cm respectively.
2
Bruise on the forehead measured 15 x 10 cm.
3
Bruising of the upper frenulum measured 1 x 1 cm.
4
Bruise on the back of head measured 19 x 12 cm. 7
5
A laceration on the back of head measured 0.3 x 0.5 cm.
6
Stab wound on the back of torso located 131.3 cm above heel and 2.5 cm to the left of midline. The wound measured 1.4 x 0.5 cm and only perforating the muscle partially with a depth of 2.8 cm.
7
Bruise on the right deltoid muscle of the right arm measured 4 x 3 cm.
8
Bruise on the left deltoid muscle of the left arm measured 4 x 2.5 cm.
9
Bruise on the right biceps muscle of the right arm measured 7 x 2 cm 10. Bruise on the left biceps muscle of the left arm measured 10 x 4 cm.
11
Bruise on the left triceps muscle of the left arm measured 12 x 5 cm.
12
Subcutaneous bruising of the left elbow measured 11 x 5 cm.
13
Subcutaneous bruising of the right elbow measured 9 x 3 cm.
14
Subcutaneous bruising on the right wrist along the ulna surface measured 1 x 1 cm.
15
Diffuse bruise on the back of left hand until the middle phalanges covering an area of 15 x 9 cm. The left hand also appeared swollen.
16
Scattered subcutaneous bruising on the left thigh over an area of 8 x 5 cm.
17
Subcutaneous bruising on the inner aspect of left thigh measured 13 x 6 cm.
18
Subcutaneous bruising on the lateral aspect of left thigh measured 12 x 8 cm.
19
Bruise on the left knee measured 6 x 4 cm.
20
Bruise below the left knee measured 2 x 3 cm.
21
Superficial incised wound on the back of left thigh above the left knee measured 9 x 0.1 cm located 45 cm above the left heel.
22
Superficial incised wound on the back of left thigh above the left knee measured 11 x 0.1 cm located 44 cm above the left heel.
23
Gaping incised wound on the back of left knee measured 8 x 2.5 cm cutting into the calf muscle which tail off towards the right and the superior and inferior tailings each measured 2.5 x 0.1 and 2 x 0.1 cm respectively. The wound was located 41.5 cm above the left heel.
24
Incised wound below the left knee measured 4 x 0.4 cm which also tail off towards the right with the tailing measured 3 x 0.1 cm. The wound was located 39.5 cm above heel. 8
25
Incised wound also below the left knee merging with wound no. 23 measured 4.5 x 0.5 cm which also tail off towards the right with the tailing measured 3.5 x 0.1 cm. The wound was located 38.5 cm above heel. MOUTH, THROAT & NECK STRUCTURES Tongue The tip of tongue was bruised. The tongue was covered with soot. Thyroid The thyroid gland had decomposed. The hyoid bone and thyroid cartilage were intact. The cricoid cartilage was lacerated on the left side. The surrounding tissues appeared contused and haemorrhagic. Larynx Intact but soot appreciated with the laryngeal inlet. Carotids Intimal tear appreciated in the right carotid artery. Cervical muscle Para-cervical muscles were intact. However, contusions appreciated in the left sternocleidomastoid, sternohyoid and sternothyroid muscles. Cervical spine Intact.
1
The body was that of an adult female identified by the investigating police officer and parents as the above named person. The positive identification of the deceased can only be obtained pertaining to this case by DNA comparison studies with the family members such as his siblings and parents. Maternal lineage can also be concluded from her maternal sides if both parents unavailable.
2
Post mortem examination showed moderage stage of decomposition and the Entomology studies showed that post mortem interval was to be at least 4 days old. Therefore from the date of harvesting the maggots, the time of death is estimated between 1 pm on the 14th December 2010 and 5 pm on the 15th December 2010. 9
3
There were multiple blunt injuries on the body indicating acts of restrained and struggle with blunt object penetration at the genital. There were also sign of inhalational injury on gross examination with microscopic findings of pulmonary haemorrhages and perivascular histiocytes consistent with heat injuries.
4
There were evidence of blunt injuries to the neck structures indicating considerable force being applied. These in combination with the inhalational heat injuries had suffocated the deceased depriving her brain of oxygen over a period of time resulted in her demise. CAUSE OF DEATH BLUNT FORCE TRAUMA TO THE NECK WITH INHALATIONAL INJURY” Keputusan di Akhir Kes Pendakwaan [8] Di akhir kes pendakwaan, bagi pertuduhan bunuh di bawah s. Kanun Keseksaan, hakim bicara memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membangkitkan kes prima facie setelah membuktikan elemen-elemen pertuduhan iaitu si mati telah meninggal dunia; kematian si mati adalah akibat daripada kecederaan yang dialaminya; kematian si mati disebabkan oleh perbuatan perayu-perayu, dan perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian; atau dengan niat hendak menyebabkan bencana tubuh kepada si mati, dan bencana tubuh itu adalah cukup pada lazimnya untuk menyebabkan kematian. Oleh itu, kedua-dua perayu telah diarah untuk membela diri atas pertuduhan yang dihadapkan ke atas mereka. 10 [9] Mengenai pertuduhan rogol terhadap perayu pertama, hakim bicara merumuskan bahawa berdasarkan keterangan SP2 jelas dapat disirat wujudnya kemasukan objek tumpul ke dalam faraj si mati dan dengan itu terdapatnya kesan koyakkan baru. Selanjutnya, daripada keterangan SP3, SP14, SP15, SP16 serta gambar-gambar si mati ketika ditemukan jelas menunjukkan mayat si mati dalam keadaan bajunya telah dinaikkan ke paras dada dan seluarnya pula telah dilondehkan ke bahagian bawah. Tambahan lagi, dengan pengakuan perayu pertama kepada SP3 bahawa dia telah merogol si mati, hakim bicara mendapati inti pati pertuduhan rogol prima facie telah berjaya juga dibuktikan oleh pendakwaan. Perayu pertama dengan itu diarah membela diri atas pertuduhan ini. Kes Pembelaan [10] Kedua-dua perayu telah memilih untuk memberikan keterangan secara tidak bersumpah. Dalam pernyataan bertulis mereka, perayu pertama (vide pernyataan ekshibit D32) menyatakan: “1. Nama saya Iskandar Danial bin Md Yunus. Saya ingin memberi keterangan dari kotak tertuduh.
2
Dalam kes ini saya dituduh bersama-sama dengan Zakat, melakukan bunuh terhadap Siti Mazni. Masa pembunuan yang dipertuduhkan pada saya adalah 15 Disember 2010, di antara jam lebih kurang 4.30 petang hingga 17 Disember 2010 jam lebih kurang 5.30 petang.
3
Saya juga dituduh melakukan rogol terhadap Siti Mazni.
4
Saya tidak membunuh Mazni. Saya tidak pernah merancang membunuh Mazni. Saya tidak pernah ada niat membunuh Mazni. Saya tidak pernah bersekongkol dengan sesiapa menyebabkan kematian Mazni. 11
5
Pada 15-12-2010, saya berada bersama Mohd Hafizi (SP3) di rumah beliau, yang pada ketika itu demam. Ketika itu, saya ada mengajak Hafizi keluar untuk membeli rokok, tetapi oleh kerana Hafizi demam, maka Hafizi menyuruh Zakat yang pergi, Zakat ikutkan sahaja keluar membeli rokok.
6
Pada 16 Disember 2010 dan 17 Disember 2010, saya ada di rumah saya sehingga ditangkap polis.
7
Ramai yang ditangkap dan disoal siasat oleh pihak polis, tetapi Deli tidak ditangkap. Semasa dalam tahanan pihak polis, saya telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis.
8
Saya tidak merogol Siti Mazni. Saya tidak memasukkan kemaluan saya dalam kemaluan Siti Mazni.
9
Saya tidak pernah berbual dengan Zakat berkaitan pelakuan seks dengan Mazni, sebagaimana dikatakan oleh Hafizi. Apa yang dikatakan Hafizi adalah tidak benar sama sekali dan rekaan Hafizi sahaja. Saya tidak sangka Hafizi memberi keterangan yang merupakan rekaanya.
10
Pada tahun 2010, saya berumur 16 tahun, tingkatan 4 di Sekolah Menengah Tunku Putra, Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor. Pada masa itu juga saya mengulang kelas darjah khas dan sepatutnya saya akan menduduki peperiksaan Darjah Khas, tetapi tidak sempat menjalani peperiksaan kerana telah ditangkap polis. Saya merupakan anak sulung dari 2 adik beradik. Bapa saya berniaga kedai runcit manakala ibu saya adalah suri rumah.
11
Sejak 2010 sehingga sekarang saya ditahan di penjara selama hampir 5 tahun. Saya telah mengikuti banyak aktiviti kerohanian semasa dalam tahanan dan dalam masa yang sama ada mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak penjara. Tempoh 5 tahun dalam penjara ini sangat membebankan saya yang sepatutnya diisikan dengan proses pembelajaran formal, namun saya insaf dan redha dengan ketentuan Allah. 12
12
Sebelum ini saya tidak pernah ditangkap atau pun melakukan apa-apa jenayah.
13
Saya dengan rendah diri memohon kepada Yang Arif Hakim, untuk memberikan peluang kepada saya, dengan melepaskan saya dari pertuduhan bunuh dan rogol, untuk saya kembali ke pangkal Masyarakat, dan berilah saya peluang untuk menabur bakti, khususnya kepada kedua ibu bapa saya dan Masyarakat amnya.” [11] Manakala perayu kedua pula dalam pernyataan ekshibit D33 menyatakan: “1. Nama saya Mohd Zakat Nurfitry bin Mahbob. Saya ingin memberi keterangan dari kotak tertuduh.
2
Dalam kes ini saya dituduh bersama-sama dengan Iskandar Danial, melakukan bunuh terhadap Mazni. Masa pembunuhan yang dipertuduhkan pada saya adalah 15 Disember 2010, di antara jam lebih kurang 4.30 petang hingga 17 Disember 2010 jam lebih kurang 5.30 petang.
3
Saya tidak membunuh Mazni. Saya tidak pernah merancang membunuh Mazni. Saya tidak pernah ada niat membunuh Mazni.
4
Saya tidak pernah bersekongkol dengan sesiapa menyebabkan kematian Mazni.
5
Pada 15-12-2010, saya berada bersama Mohd Hafizi (SP3) di rumah beliau yang pada ketika itu demam. Ketika itu, Danial ada mengajak Hafizi keluar untuk membeli rokok, tetapi oleh kerana Hafizi demam, maka Hafizi menyuruh saya yang pergi, saya ikutkan sahaja keluar membeli rokok.
6
Saya tidak pernah berbual dengan Danial berkaitan hubungan seksual sebagaimana dikatakan oleh Hafizi.
7
Saya tidak pernah berhubungan dengan Mazni. Saya tidak mengenali Mazni dengan rapat. Saya tiada apa-apa sebab untuk 13 membunuh Mazni. Saya juga tiada apa-apa sebab untuk melakukan apa-apa kemudaratan kepada Mazni.
8
Dalam kejadian ini, ramai yang ditangkap dan disoal siasat, tetapi Deli tidak ditangkap langsung. Saya telah ditangkap dan telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis semasa siasatan.
9
Pada tahun 2010, saya berumur 14 tahun, tingkatan 2 di Sekolah Menengah Agama Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Saya merupakan anak kelima dari 6 orang adik beradik. Bapa saya pesara tentera. Emak adalah suri rumah.
10
Saya telah ditangkap dan ditahan di penjara sejak 2010 dan sehingga sekarang ini, sudah hampir 5 tahun saya terpenjara. Dalam penjara saya telah mengikuti banyak aktiviti kerohanian dan dalam masa yang sama ada mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh pihak penjara.
11
Saya amat yakin bahawa ini adalah ketentuan diri saya namun saya akan tetap meneruskan perjuangan, sedaya mampu saya. Tempoh 5 tahun dalam penjara ini sangat merugikan saya yang sepatutnya diisikan dengan proses pembelajaran formal, namun apakan daya saya terpaksa menjalani situasi malang ini demi mencari keadilan yang hakiki.
12
Saya memohon agar Mahkamah yang mulia ini, agar memberikan ruang kebebasan kepada saya untuk saya kembali ke pangkal masyarakat dan berilah saya peluang untuk menabur bakti, khususnya kepada kedua ibu bapa saya dan masyarakat amnya.
13
Sebelum ini saya tidak pernah ditangkap atau pun melakukan apa-apa jenayah.
14
Saya dengan rendah diri memohon kepada Yang Arif Hakim, agar melepaskan dan membebaskan saya dari pertuduhan bunuh.” 14 Keputusan di Akhir Kes Pembelaan [12] Setelah meneliti pernyataan kedua-dua perayu dan dinilai bersama dengan kes pendakwaan, hakim bicara mendapati pembelaan mereka merupakan penafian semata-mata dan gagal untuk membangkitkan sebarang keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Lantaran itu, mereka didapati bersalah, disabitkan dan hukum seperti mana yang dinyatakan di atas. Rayuan ini [13] Di hadapan kami kedua-dua peguam perayu berlandaskan alasan yang sama dalam mencabar keputusan hakim bicara. Mengenai kesalahan membunuh, para peguam telah membangkitkan isu-isu utama yang berkaitan dengan:
a
(a) punca kematian;
b
(b) penerimaan keterangan dengar cakap oleh mahkamah;
c
(c) kedudukan saksi bernama Deli; dan
d
(d) kegagalan pemakaian prinsip niat bersama di bawah s.34 Kanun Keseksaan. Manakala bagi kesalahan rogol (perayu pertama sahaja), peguam perayu pertama telah memberikan fokus kepada isu-isu yang berikut:
a
(a) Kemasukan; dan
b
(b) Kewujudan “Male 1” dan Laporan DNA. [14] Mengenai isu yang berkaitan dengan punca kematian, perhatian kami telah dibawa kepada keterangan SP2 dan laporan post-mortem nya 15 berkenaan dengan punca atau sebab kematian si mati. Peguam menghujahkan bahawa hakim bicara hanya memberikan tumpuan kepada blunt force trauma pada leher sahaja dan tidak langsung menyentuh tentang kewujudan jelaga (soot) dalam trakea (trachea) si mati iaitu yang berhubung kait dengan inhalational injury. Memandangkan sebab kematian yang dinyatakan oleh SP2 itu melibatkan dua faktor yang berkait iaitu trauma tumpul pada struktur leher dengan kecederaan inhalation tersebut, pendakwaan telah tidak mengemukakan keterangan tentang apa-apa kebakaran atau bahan panas yang boleh menyebabkan kewujudan dan terhidunya jelaga tersebut. Ini jelas menimbulkan keraguan berkenaan dengan apa dan siapakah yang menyebabkan kebakaran tersebut. Lantas, keraguan atas penglibatan kedua-dua perayu. Ditegaskan ini merupakan kekhilafan yang nyata di pihak hakim bicara. [15] Pada hemat kami, punca kematian si mati adalah jelas dan haruslah dipertimbangkan secara tuntas (keseluruhan keadaan). Tidak dipertikaikan keterangan SP2 mengenai kecederaan luaran yang dialami oleh si mati iaitu dua puluh (20) kecederaan yang disebabkan oleh trauma tumpul dan lima (5) yang disebabkan oleh trauma tajam. Namun, kecederaan yang fatal tertumpu kepada kecederaan dalaman di bahagian mulut, tekak dan leher. Menurut SP2, pemeriksaan di bahagian-bahagian tersebut menunjukkan lidah si mati lebam pada tulang rawan di bahagian trakea iaitu untuk proses pernafasan dan bahagian tengkuk iaitu tulang rawan ‘cricoid cartilege’ telah koyak. Pada salur darah utama di leher pula terdapat koyakkan pada bahagian dalam dinding di otot-otot bahagian hadapan leher lebam. Selain itu, SP2 mengatakan ditemukan juga kehadiran jelaga 16 di dalam trakea si mati. Pada pandangan SP2 berdasarkan kecederaan fatal di bahagian-bahagian tersebut serta kesan jelaga di dalam salur pernafasan itu telah menyebabkan ketiadaan oksigen di otak si mati. Keadaan ini jika dibiarkan melebihi masa 30 minit boleh menyebabkan kematian (rujuk keterangan SP2 di muka surat 54 Nota Keterangan Jilid 1, baris 27). Inilah kesan daripada punca kematian si mati. Harus dicatatkan juga bahawa kesemua kecederaan tersebut ialah kecederaan perimortem, iaitu semasa atau sewaktu kematian. Pada hemat kami, apa yang kritikal di sini ialah kesan akhir kecederaan tersebut iaitu kegagalan pernafasan oleh si mati yang ditunjukkan daripada radang-radang di paru dan muktamadnya kematian otak dek ketiadaan oksigen. Oleh itu, mudaratkah ketiadaan tumpuan sepenuhnya ke atas isu punca kehadiran jelaga di dalam trakea si mati? Pada penghakiman kami, jawapannya telah diberikan oleh SP2 semasa disoal balas oleh peguam (ms 63: Jilid 1) iaitu: Tadi doktor setuju memandangkan minyak panas, air panas sekiranya memasuki mangsa tersebut kesan-kesan lecur akan dilihat dalam ruang masuk diluar tersebut? Ya kerana ‘inhealination (sic) injury’ adalah ‘major burnt’? Dalam kes kami hari ini boleh saya katakan bahawa ini telah mengakibatkan mangsa meninggal dunia? Kombinasi dua. Doktor, kalau saya katakan doktor saya mengambil kombinasi pertama***, kalau saya katakan rawatan tidak diterima mangsa akan mati juga, setuju apa saya cakap? Setuju.” (Tekanan diberikan) ***Dicatatkan kombinasi pertama di atas merujuk kepada “blunt force to the neck.” 17 [16] Susulan itu, kami tidak nampak adanya kekuatan dalam penghujahan peguam mengenai isu ini. Diperhatikan hakim bicara telah mempertimbangkan penghujahan ini dan telah memutuskan: “PENEMUAN MAHKAMAH:
25
Walaupun tidak terdapat apa-apa kesan kebakaran atau soot di tempat kejadian namun finding SP2 akan punca kematian simati adalah blunt force trauma to the neck with inheal injury yang mana ianya adalah kombinasi kedua-dua faktor tersebut.
26
Daripada penjelasan SP2 jelas bahawa kombinasi 2 faktor iaitu kesan kesan koyakan cricoid cartilage dan juga inheal injury yang menyebabkan kematian simati. Daripada keterangan SP3 dan SP12 jelas menyatakan PM1 mengaku telah mengelar leher Mazni dengan pisau yang menyebabkan blunt force trauma to the neck. Ini bagi mahkamah mencukupi untuk memutuskan bahawa kecederaan di leher simati inilah yang menyebabkan kematian Mazni.
27
Daripada keterangan SP2, SP3 dan SP12 jelas bahawa PM1 telah mengelar leher Mazni dan daripada laporan post mortem jelas bahawa kesan blunt force trauma to the neck inilah yang menyebabkan kematian Mazni. Dengan itu hujahan pihak Peguam atas isu ini adalah tidak berasas. (Tekanan diberikan) Pada penghakiman kami hakim bicara tidak terkhilaf di sini dan penemuan tersebut disokong juga dengan keterangan SP2 yang mengatakan hanya dengan kecederaan itu sahaja viz: blunt force trauma to the neck, sudah mencukupi untuk menyebabkan kematian. Kami bersetuju dengan dapatan tersebut. [17] Peguam seterusnya mencabar dapatan hakim bicara mengenai perayu pertama sebagai pelaku yang mengakibatkan (inflicted) blunt force trauma to the neck iaitu bencana tubuh tersebut ke atas si mati. Dihujahkan 18 bahawa hakim bicara telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila menerima keterangan SP3 dan SP12 mengenai versi kematian yang dikatakan dikhabarkan kepada mereka oleh perayu pertama. Keterangan tersebut khususnya SP3 di muka surat 72 dan 73:Jilid 1 ialah: Ada tanya macam mana dia mati, di mana? Danial kata dekat kebun di Parit Ju. Kemudian? Kemudian dia cakap dia kelar leher. Guna apa? Guna pisau. Lepas itu? Lepas itu dipijak-pijak di bahagian kepala. Kemudian? Kemudian dia suruh Zakat pulak. Buat apa? Tikam belakang Mazni. Guna apa? Guna pisau. Lepas itu? Lepas itu Danial cakap lepas dia buat dia balik lalu Parit Abdul Hadi. Dia ada cakap lagi pasal Mazni? Dia cakap masa dia sembelih tu Mazni dalam keadaan macam lembu kena sembelih. Apa maksud dia tu? Sebab dia dah sembelih Mazni. Macam lembu kena sembelih tu? Mazni macam nak mati.” (Tekanan diberikan) Manakala keterangan SP12 antaranya di muka surat 246:Jilid 3 adalah sepertimana di bawah ini: Selepas encik Musa dapat handphone itu encik Musa letak di bahagian dapur atas peti ais. Pada hari yang sama iaitu pada 15.12 tu jam lebih kurang 5.30 petang ada apa-apa lagi perbualan encik Musa dengan mereka? 19 Masa tu dia orang masih berbual-bual antara 3 orang Danial, Zakat, Mohd Hafizi di ruang tamu. Ketika itu saya dah mula ada syak sesuatu tapi saya tak ada tanya siapa-siapa. Kemudian Danial ada jumpa dengan saya di tangga bilik Hafizi dan dia bertanya dengan saya ‘cik, kalau dia dalam keadaan geletek seperti ayam disembelih, mati tak’. Saya cakap awak pernah nampak ayam kena sembelih, akan matilah lepas tu. Saya tanya apa yang kamu buat pada Mazni? Dan kemudian apa yang Danial jawab? Saya dah potong leher dia. Apa yang Danial cakap? Saya dah potong leher dia.” (Tekanan diberikan) Ditegaskan keterangan tersebut tidak boleh diterima sebagai keterangan memandangkan pernyataan itu berbentuk dengar cakap (hearsay), (kes PP v Jitweer Singh a/l Ojagar Singh [2014] 6 MLJ 22 disandarkan untuk menyokong saranan), dan jika terjumlah kepada pengakuan salah sekalipun di bawah s. 17(2) Akta Keterangan 1950, pengakuan tersebut masih tidak boleh diterima pakai kerana tidak dikemukakan secara verbatim. (kes Lemanit v PP [1965] 2 MLJ 26, dan Ho Sek Kong v PP [2011] 5 MLJ 359 disandarkan untuk menyokong saranan). [18] Kami tidak diyakinkan dengan penghujahan tersebut. Dicatatkan cabaran peguam tersebut merangkumi dua perkara pokok iaitu sama ada keterangan SP3 dan SP12 itu terjumlah kepada keterangan dengar cakap; dan keduanya, sama ada pengakuan salah bagi maksud s. 17 (2) Akta Keterangan 1950 itu hendaklah dikemukakan secara verbatim bagi penerimaannya sebagai keterangan? Bagi perkara pertama, peguam telah 20 merujuk kepada prinsip am mengenai larangan penerimaan keterangan dengar cakap sepertimana yang diisytiharkan dalam kes Subramaniam v PP (1956) 1 WLR 965 yang telah diikuti dan disegarkan dalam kes PP v Jitweer Singh a/l Ojagar Singh, supra, dan mengatakan bahawa dalam kes ini keterangan SP3 dan SP12 telah dikemukakan bukan untuk membuktikan kewujudan perbualan tetapi sebagai keterangan untuk membuktikan kesahihan fakta. Kami berpandangan penghujahan ini jauh meleset. Terlebih dahulu, harus dicatatkan pertimbangan perkara pertama ini tidak melibatkan apa-apa pengecualian kepada penerimaan keterangan dengar cakap. Di sini tidak dapat dipertikaikan keterangan yang dicabar itu bukan merupakan sesuatu yang dikatakan kepada saksi (SP3 dan SP12 di sini) oleh seseorang yang tidak dipanggil sebagai saksi semasa perbicaraan. Kesemua kes yang dirujuk oleh peguam melibatkan pernyataan yang dibuat kepada saksi oleh orang yang tidak dipanggil sebagai saksi. Itu jelas dan tidak terpakai di sini kerana apa yang diperkatakan oleh SP3 dan SP12 itu ialah sesuatu yang didengar terus daripada perayu pertama, tertuduh dalam kes ini. Keterangan mereka merupakan keterangan langsung di bawah s. 60 Akta Keterangan 1950. Selain itu, keterangan sedemikian merupakan keterangan yang relevan dan boleh juga diterima masuk di bawah s. 8 dan s.9 Akta Keterangan
1950
Pada hemat kami, dalam kes-kes sebegini yang biasanya melibatkan keterangan ikut keadaan boleh dipermudahkan jika adanya keterangan langsung daripada tertuduh mengenai apa yang dilakukan, secara terus atau sebaliknya. Lebih-lebih lagi jika terdapatnya pengakuan daripada tertuduh itu sendiri. Tertakluk kepada syarat-syarat yang termaktub dalam perundangan, keterangan yang bernilai ini tidak seharusnya dibuang begitu saja tanpa alasan yang kukuh, yang pada kami yang gagal ditunjukkan oleh 21 kedua-dua peguam. Dari sudut ini, penghujahan peguam ternyata suatu falasi dan harus ditolak in limine. [19] Tentang perkara kedua iaitu bentuk pengakuan salah, kami juga mendapati tidak ada kekuatan dalam penghujahan peguam. Daripada apa yang dapat kami fahami, peguam tidak mempertikaikan bahawa pernyataan yang dikatakan dimaklumkan oleh perayu pertama kepada SP3 dan SP12 terjumlah kepada satu pengakuan bersalah. Pada kami, pernyataan tersebut terjumlah kepada pengakuan salah sepertimana yang ditakrifkan di bawah s. 17 (2) Akta Keterangan 1950 iaitu: “17(2) A confession is an admission mada at any time by a person accused of an offence, stating or suggesting the inference that he committed that offence.” Dicatatkan takrifan ini merupakan kodifikasi makna pengakuan salah sepertimana yang telah diputuskan dalam kebanyakan kes. Tidak dapat dipertikaikan, sebenarnya telah mantap (trite), bahawa pengakuan (admission-genus) dan pengakuan salah (confession-specie) merupakan keterangan substantif dan boleh diterima sebagai keterangan. Rujuk kes Public Prosecutor v Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1, 188 (HC); Anandagoda v The King (1962) MLJ 289 dan juga kes Ho Sek Kong v PP (2011) 6 CLJ 522. Tambahan lagi, berdasarkan s. 25 Akta Keterangan 1950, pengakuan salah di luar mahkamah (extra-judicial confession) yang dibuat kepada mana-mana orang selain daripada pihak polis atau pihak yang dinyatakan dalam Akta Keterangan 1950, merupakan fakta relevan dan boleh diterima kecuali jika pengakuan salah itu tidak dibuat secara sukarela. Di sini, hakikatnya pengakuan itu tidak dibuat 22 kepada pihak polis, semasa dalam tahanan polis, sama ada dalam bentuk pernyataan amaran atau sebaliknya, atau kepada mana-mana pihak berwibawa (person in authority). Pengakuan salah itu dibuat kepada SP3, rakan taulan, dan SP12, bapa kepada SP3 setelah perayu pertama mengajukan beberapa persoalan meminta pencerahan. Kami juga mendapati penerima pengakuan itu iaitu SP3 dan SP12 merupakan saksi yang boleh dipercayai dan pengakuan salah tersebut, dalam keadaan kes ini terutamanya sokongan tambahan antaranya daripada keterangan SP2 dan SP8, adalah betul. Berlandaskan nas kes Ho Sek Kong v PP,supra, PP v KK (2007) 6 CLJ 367 dan Lemanit v PP, supra, dan Public Prosecutor v Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (No 3), supra, jelas membenarkan kemasukan keterangan tersebut. Kami juga memutuskan tidak ada keperluan bahawa pengakuan salah itu hendaklah dibuat secara verbatim (walaupun ada dalam keterangan SP12). Pada hemat kami, daripada perkataan “stating or suggesting the inference that he committed that offence.” dalam s. 17(2) itu pengakuan itu boleh menyatakan atau mengesyorkan siratan daripada keterangan langsung atau tidak langsung yang perayu pertama telah melakukan kesalahan berkenaan. Oleh itu, kami mendapati hakim bicara diwajarkan dan betul dalam menerima keterangan yang dicabar itu. Sekali lagi, penghujahan peguam atas isu ini tidak bermerit. [20] Mengenai pemakaian prinsip niat bersama di bawah s 34 Kanun Keseksaan dalam mengheret perayu kedua dalam kes ini, setelah kami menghayati penghujahan kedua-dua peguam dan keterangan dalam rekod 23 serta nas perundangan yang dirujuk, kami bersetuju dengan keputusan hakim bicara apabila memutuskan:
63
“NIAT BERSAMA Terhadap kedua-dua PM1 dan PM2 mahkamah berpuashati bahawa kedua-dua mereka mempunyai niat bersama daripada tingkah laku, fakta dan keadaan sekeliling kejadian.
64
Di dalam kes Wan Yurillhami Wan Yaacob & Anor v PP [2010] 1 CLJ 17 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan berkaitan dengan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan:- "It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s. 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offence, but the crucial test is that such plan must precede the act constituting the offence. The existence of common intention is a question of fact and in each case it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case. (See the cases of Mahbub Shah v. Emperor AIR [1945] PC 118 and Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344). In the present case, although the second appellant was not involved in the negotiation for the sale and purchase of the drugs, it is my judgment that the prosecution has established the common intention between the first appellant and the second appellant to commit the offence of trafficking of the said drugs. The pre-arranged plan of the first appellant and the second appellant to commit the offence can be inferred by reference to the acts of both of them meeting SP7 on 1 August 2001 and the fact that it was the second appellant who delivered the drugs to SP7."
65
Daripada keterangan SP3 jelas bahawa SP3 memberi pinjam motor kepada PM1 dan PM2 di mana PM2 adalah penunggang dan PM1 adalah yang membonceng. Semasa di tempat kejadian juga kedua-dua PM1 dan PM2 telah menikam, memijak dan meninggalkan simati di dalam kebun kelapa sawit tersebut. Setelah selesai mereka berdua telah pulang ke rumah SP3 dan bersama-sama berbincang untuk melupuskan mayat simati. 24
66
Jika benarlah PM2 tidak terlibat di dalam kes ini PM2 seharusnya membuat laporan polis akan apa yang berlaku dan tidak mengikut apa sahaja yang telah diarahkan oleh PM1 jika ia benar-benar tidak terlibat di dalam perbuatan PM1 tersebut. Dengan itu perbuatan PM2 yang berusaha untuk melupuskan mayat dengan menetak mayat simati jelas menunjukkan niat PM2 untuk melupuskan mayat tersebut. Di atas keterangan tersebut adalah jelas membentuk satu fakta bahawa PM1 dan PM2 punya niat untuk membunuh si mati.
67
Di dalam perbualan di antara PM1 dan PM2 di hadapan SP3, selain mereka mencucuk, pijak, tikam di bahagian belakang, Zakat ada berkata seperti berikut:- “A : Ada : Pasal apa? : Pasal dia dengan Mazni, dia main. : Siapa cakap dia main? : Zakat tanya Danial engkau pancut dalam tak? : Ni Hafizi dengar ya? : Ya.” [21] Begitu juga dengan isu Deli, kami mendapati tiada apa-apa merit dalam penghujahan peguam. Kes terhadap kedua-dua perayu telah mantap dan Deli jelas tidak terlibat dalam kes ini. Maka, tiada apa-apa kelompangan diciptakan jika penama Deli ini tidak dipanggil. Oleh itu kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang berikut: “D.
50
Tiada siasatan atas Deli
Preamble
Menurut Peguambela PM1 satu-satunya siasatan oleh SP6 kepada Deli adalah sebagaimana keterangan di muka 397 sehingga 398 nota keterangan seperti berikut:- "TPR: Saya pohon surat akuan penerimaan eksibit ditandakan sebagai eksibit. - Eksibit P87(1-2) 25 ASP saya rujuk ASP semua kepada laporan polis pengadu 1609 iaitu P67, dalam P67 tersebut ASP ada menyatakan tentang nama Deli? Ada. Boleh ASP beritahu Mahkamah apakah siasatan yang dilakukan kepada penama Deli tersebut? Deli nama sebenarnya Mohd Fazlin Kamisan adalah teman lelaki kepada Siti Mazni. Pada 15/12/2010 beliau telah menerima 1 sms daripada handphone nombor handphone milik Siti Mazni no. 017 7600750. Masej menyatakan bahawa Tebar mahu membunuhnya. Penama Deli atau Mohd Fazlin, ASP ada berjumpa beliau? Ada. Di mana? Pada perjumpaan di IPD Batu Pahat. Dan ASP ada melihat masej tersebut? Ada."
51
Seterusnya di muka 407 nota keterangan soalan-soalan yang diajukan seperti berikut:- Saya camkan YA, sebagai gambar barang kes hasil daripada post mortem yang telah dijalankan. Specimen-specimen yang diambil daripada post mortem yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisa. Jadi hasil daripada specimen yang diambil, specimen tersebut diambil daripada siapa? Daripada Siti Mazni dan terdapat juga specimen yang diambil daripada kesemua tangkapan seperti darah, kuku. Semua tangkapan maksud ASP siapa? 26 Iskandar Danial, Mohd Zakat Nurfitri, Mohd Hafizi, Mohd Radzi, Musa Mohd Elah. Jadi kesemua specimen ini ASP hantar ke Jabatan Kimia? Ya, untuk perbandingan. Jadi ada apa-apa maklumat yang ASP dapat hasil daripada Jabatan Kimia ini sebagaimana gambar P16 ini? Hasilnya adalah negative YA. Tidak ada team perbandingan DNA kepada semua barang kes tersebut. Pada keterangan semalam, ASP juga ada mengatakan bahawa ASP ada mengambil sampel tanah? Ya. Apa yang ASP lakukan terhadap sampel tanah tersebut? Saya juga telah hantar ke Jabatan Kimia untuk perbandingan DNA YA. Jadi ada apa-apa hasil melalui sampel tanah tersebut? Juga tidak ada apa-apa DNA dijumpai YA.
52
Oleh itu Peguambela PM1 menyatakan bahawa hasil keputusan analisa DNA Male-1 bukanlah DNA PM1 dan PM2. Oleh itu profile DNA Male-1 adalah menjadi tanda tanya.
53
lsu Deli ini juga telah ditimbulkan semasa pemeriksaan semula terhadap keterangan ASP Aziz yang mana ASP Aziz tidak membuat siasatan terhadap Male-1 ini dan juga tidak dipastikan siapakan Male-1 tersebut.
54
PENEMUAN MAHKAMAH Di dalam kes ini keterangan berkenaan Deli telah dikemukakan dan siasatan terhadap Deli juga telah dibuat. Jelas daripada keterangan pegawaipenyiasat Deli hanya terlibat apabila menerima SMS tersebut dan ketika SMS dihantar, sim kad telefon mangsa jelas berada bersama-sama dengan PM1 mengikut keterangan SP3 dan SP12. Dengan itu mahkamah menerima keterangan pihak Pendakwaan bahawa Deli sememangnya tidak terlibat di dalam kes ini.” 27 [22] Akhir sekali mengenai isu pertuduhan rogol terhadap perayu pertama. Setelah kami pertimbangkan keterangan dalam rekod dan penghujahan peguam, kami juga bersetuju bahawa hakim bicara diwajarkan membuat penemuan yang diputuskan olehnya. Kami mendapati tiada kelemahan atau kecacatan dalam keputusan hakim bicara itu. Kami dengan itu bersetuju dengan dapatan beliau seperti di bawah ini: “E. Pertuduhan rogol di atas PM1:
55
Peguambela PM1 berhujah bahawa tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak Pendakwaan akan berlakunya kejadian rogol oleh PM1 terhadap mangsa dan mengaitkan hadirnya DNA PM1 di dalam faraj mangsa. Maka pertuduhan rogol tidak dapat dibuktikan.
56
Pihak Pendakwaan telah merujuk perbualan di antara PM2 dengan PM1 di hadapan SP3 yang mana perbuatan PM1 ini telah dinyatakan. SP3 telah mendengar perbualan di antara kedua-dua PM1 dan PM2 dan juga keterangan daripada SP2 yang telah menjalankan post mortem ke atas simati
57
Di dalam kes Syed Abu Tahir v PP [1988] 3 MLJ 154 di mana mahkamah memutuskan antara lain:- “In my opinion the evidence of the girl was sufficiently corroborated by the 2 doctors who examined the girl and the appellant respectively. In a case of this nature, medical evidence is sufficient to corroborate.”
58
Melalui keterangan SP2 juga telah menyatakan seperti berikut:- “S: Boleh doktor ceritakan hasil pemeriksaan luaran? J: Pemeriksaan luaran sama dengan yang dijelaskan tadi cuma tambahan adalah pada kecederaannya – 1) terdapat kecederaan pada bahagian kemaluan simati di mana bibir luar kemaluan di kedua-dua belah kanan dan kiri 28 bengkak dan lebam dan di bahagian bibir dalam kemaluan iaitu labia manora juga terdapat lebam di kedua-dua belah kanan dan kiri, selaput dara menunjukkan koyak baru mengikut pusingan jam pada pukul 9. S : Kalau zakar lelaki? J : Juga termasuk objek tumpul.”
59
Berdasarkan kepada keterangan SP2 ini jelas terdapat wujudnya kemasukan objek tumpul ke dalam faraj simati dan dengan itu terdapatnya kesan koyakan baru.
60
Merujuk kepada kes Sidek bin Ludan v PP [1995] 3 MLJ 175 di mana mahkamah memutuskan antara lain:- "It is now established that to constitute the offence of rape, there must be penetration ... I may add that even the slightest penetration, like in the instant appeal, will be sufficient. So long as penetration is proved but its depth will not injure the hymen, it is sufficient to constitute the crime of rape .. Put differently even if the hymen is intact in that there is no rupture, so long as there is penetration it is sufficient to constitute rape..."
61
Daripada keterangan SP3, SP14, SP15 dan SP16 dan dengan merujuk kepada gambar-gambar simati ketika dijumpai jelas bahawa keadaan mayat ketika itu adalah keadaan baju tlah (sic) dinaikkan sehingga paras dada dan seluarnya juga telah dilondehkan ke bahagian bawah.
62
Dengan itu daripada keterangan yang ada jelas bahawa telah berlaku rogol ke atas simati seperti mana keterangan SP2 dan mengikut keterangan SP3 iaitu PM1 mengaku telah merogol simati. Dengan itu intipati pertuduhan telah diasaskan oleh pihak Pendakwaan bagi pertuduhan rogol.” 29 Kesimpulan [23] Berdasarkan huraian di atas, kami mendapati tiada merit dalam kedua-dua rayuan perayu. Dengan itu rayuan perayu pertama dan kedua ditolak dan keputusan hakim bicara dikekalkan dan disahkan. t.t (ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Tarikh : 10 Januari 2019 Bagi pihak Perayu-Perayu: Mohd Razak bin Sharif Tetuan M.R. Sharif & Co. Mohd Radzi bin Yatiman Tetuan Rahim & Lawrnee Bagi pihak Responden Tengku Amir Zaki bin Tengku Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.