9.12 Defendan Pertama juga mendakwa pada bulan Mac 2013, ketiga-tiga Plaintif telah membuat tawaran untuk membeli hak 1/10 yang dipegang Arwah 2 dengan harga RM60,000 tetapi beliau telah menolak tawaran tersebut. [10] Pengataan-pengataan yang didakwa oleh Defendan Pertama dinafikan sekeras-kerasnya oleh ketiga-tiga Plaintif. [11] Ketiga-tiga Plaintif menafikan dakwaan Defendan Pertama bahawa hartanah tersebut merupakan harta pesaka peninggalan Arwah 3. Penghujahan Peguam Ketiga-tiga Plaintif [12] Adalah dihujahkan peguam terpelajar bagi ketiga-tiga Plaintif bahawa hak dan ketuanpunyaan ketiga-tiga Plaintif sebagai pemilik berdaftar yang sah hartanah tersebut tidak boleh dipertikaikan seperti yang tertera di Suratan Hakmilik Eksibit „D‟ di Kandungan 2. Dakwaan yang mengatakan bahawa hartanah tersebut adalah harta pesaka peninggalan datuk ketiga-tiga Plaintif adalah pengataan kosong yang tidak disokong oleh sebarang bukti yang kukuh. 10 i. Pertuduhan jenayah penipuan terhadap Abdul Aziz [13] Adalah menjadi hujahan ketiga-tiga Plaintif bahawa dakwaan Defendan Pertama bagi menyokong bahawa hartanah tersebut merupakan harta pesaka Arwah 3, kononnya di dalam usaha menyelamatkan kepentingan adik-beradik atau waris-waris Arwah 3, Abdul Aziz telah dijadikan Pemegang Amanah dan atas persetujuan waris-waris lain telah bersetuju untuk memindahmilik hartanah tersebut kepada nama Abdul Aziz adalah suatu pengataan yang tidak disokong oleh sebarang bukti. Sebaliknya menurut ketiga-tiga Plaintif, perbuatan Abdul Aziz yang mengemukakan Borang 14A palsu dan memindahmilik hartanah tersebut kepadanya telah disedari oleh Arwah 1 yang kemudiannya telah membuat laporan polis. Hasil penyiasatan ke atas laporan polis itu telah mengakibatkan Abdul Aziz dituduh di Mahkamah Majistret Kajang. Abdul Aziz kemudiannya telah dilepaskan dan dibebaskan tanpa pembelaan didengar. Namun begitu, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) yang telah tidak berpuashati terhadap keputusan Majistret telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi. Menurut ketiga-tiga Plaintif, Arwah 1 atas dasar kekeluargaan telah bersetuju menyelesaikan perkara hartanah tersebut di dalam kedua-dua tindakan jenayah dan sivil di luar mahkamah. Arwah 1 telah berhasrat membeli hartanah tersebut daripada Farick telah kemudiannya menulis surat memohon TPR menarik balik rayuan yang difailkan. Ini ditunjukkan di dalam surat Tetuan Hazizah & Co., peguam yang mewakili Arwah 1 kepada Timbalan Pendakwa Raya. Surat ini dieksibitkan di Eksibit „A‟ di dalam Kandungan 10. Susulan daripada itu, satu perjanjian jual beli hartanah tersebut (perjanjian 11 tersebut) di antara Farick dan Arwah 1 telah dilaksanakan menurut Eksibit „C‟ di dalam Kandungan 8 yang mana Arwah 1 telah membeli hartanah tersebut daripada Farick dengan harga pembelian sebanyak RM248,000.00. Menurut peguam ketiga-tiga Plaintif, klausa 1 perjanjian tersebut telah menyatakan dengan jelas bahawa Arwah 1 menulis kepada TPR untuk menarik balik rayuan atas keputusan Majistret di dalam kes 83-10-1993 (kes Abdul Aziz) dan menarik balik tuntutan terhadap Abdul Aziz di dalam Guaman Sivil S1-11-48-1993 yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. [14] Maka, adalah dihujahkan oleh peguam ketiga-tiga Plaintif bahawa pengataan Defendan Pertama hanyalah pengataan kosong semata-mata yang tidak langsung oleh mana-mana keterangan dokumentar. ii. Hak dan kepentingan Arwah 2 (isteri Defendan Pertama) [15] Adalah dihujahkan oleh peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif bahawa dakwaan Defendan Pertama bahawa hartanah tersebut telah dipindahmilik kepada Farick daripada Abdul Aziz juga sebagai Pemegang Amanah bagi menjaga kepentingan waris-waris lain atas nasihat waris bernama Hussain adalah dinafikan oleh ketiga-tiga Plaintif kerana pemindah milikan yang dibuat oleh Abdul Aziz kepada Farick adalah satu pindahmilik biasa. Pindahmilik ini adalah bersandarkan satu perjanjian jual beli yang dimasuki oleh Abdul Aziz dan Farick dalam perjualan biasa hartanah (perjanjian tersebut) dan bukanlah pemindah milikan yang terbit daripada transaksi pentadbiran pesaka ataupun sebagai pemegang amanah. 12 [16] Adalah dihujahkan oleh peguam ketiga-tiga Plaintif seterusnya bahawa pengataan Defendan Pertama mengenai Arwah 2 yang enggan menjual haknya setakat 1/10 bahagian dan Farick yang telah menjual hartanah tersebut kepada Arwah 1 tanpa pengetahuan Arwah 2 juga telah tidak disokong oleh sebarang bukti dokumentar dan merupakan pengataan kosong semata-mata. [17] Adalah juga dihujahkankan oleh peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif bahawa perjanjian jual beli yang dimasuki Arwah 1 dan Farick adalah merupakah perjanjian di antara dua individu yang dibuktikan dengan bukti dokumentar di mana bukti dokumentar Eksibit „B‟ di dalam Kandungan 10 membuktikan bahawa perjanjian tersebut adalah transaksi terus yang melibatkan proses pembayaran dan disokong oleh dokumen-dokumen yang sempurna seperti yang tertera di Eksibit „B‟ (surat peguamcara Arwah 1 kepada peguamcara Farick untuk penandatangan perjanjian jual beli tersebut, pengemukaan cek berjumlah RM248,500.00, resit rasmi bagi pembayaran harga pembelian RM248,500.00, borang rasmi penyata penyerahan Hakmilik Sementara ) di dalam Kandungan 10. Malahan di klausa 10 perjanjian tersebut tertera penyataan bahawa hartanah tersebut adalah dimiliki Farick dan tidak ada individu lain yang mempunyai apa-apa tuntutan atas hartanah tersebut selain daripada Farick. iii. Pendudukan hartanah tersebut sejak tahun 2010 oleh Defendan Pertama semasa Arwah 1 dan Arwah 2 masih hidup dan dengan persetujuan serta kebenaran Arwah 1. 13 [18] Pengataan Defendan Pertama mengenai pendudukan hartanah tersebut sejak tahun 2010 oleh Defendan Pertama semasa Arwah 1 dan Arwah 2 masih hidup dan dengan persetujuan serta kebenaran Arwah 1 adalah disangkal oleh ketiga-tiga Plaintif dan mengenai dakwaan ini juga telah dihujahkan oleh peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif bahawa ia merupakan pengataan kosong semata-mata tanpa sebarang bukti dokumentar. [19] Adalah dihujahkan oleh peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif, Arwah 2 sememangnya tidak ada hak atau kepentingan ke atas hartanah tersebut. Maka dengan ketidakwujudan hak dan kepentingan Arwah 2 ke atas hartanah tersebut pengataan Defendan Pertama akan kepentingan dan haknya tidak timbul dan hanyalah pengataan kosong belaka. [20] Adalah selanjutnya dihujahkan oleh peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif bahawa tawaran yang diberikan oleh ketiga-tiga Plaintif kepada Defendan Pertama untuk membeli bahagian Arwah 2 pada harga RM60,000.00 yang didakwa Defendan Pertama adalah dinafikan. Adalah menjadi hujahan peguam ketiga-tiga Plaintif bahawa pengataan ini juga adalah merupakan pengataan kosong semata-mata. [21] Di dalam hal pengataan kosong yang tidak dibuktikan dengan bukti-bukti kukuh, peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif bergantung kepada seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan. 14 [22] Justeru itu adalah menjadi hujahan peguam terpelajar ketiga-tiga Plaintif bahawa memandangkan Defendan Pertama tidak mempunyai apa-apa kepentingan atau hak terhadap hartanah tersebut, maka pendudukan Defendan Pertama di atas hartanah tersebut adalah penceroboh dan ianya merupakan satu pendudukan yang tidak sah. Untuk hujahan ini, peguam telah bergantung kepada kes Ng Ben Thong & Ors v Krishnan a/l Arumugam [1998] 5 MLJ 579. Penghujahan Peguam Defendan [23] Di dalam hujahan bertulisnya, peguam terpelajar Defendan Pertama telah mengulangi latar belakang kes menurut yang diperihalkan oleh Defendan Pertama di dalam afidavit-afidavitnya. Ini boleh dilihat daripada perenggan 3 sehingga perenggan 7, 9 dan 10. Atas pengataan-pengataan tersebut, adalah dihujahkan bahawa kepentingan Defendan Pertama wujud daripada 1/10 bahagian Arwah 2 dan di dalam hal yang demikian Defendan Pertama tidak memerlukan apa-apa kebenaran untuk menduduki tanah tersebut. [24] Mengenai pendudukan Defendan Pertama di atas hartanah tersebut adalah dihujahkan oleh peguam terpelajar Defendan Pertama bahawa memandangkan Defendan Pertama dan Arwah 2 telah menduduki hartanah tersebut sejak tahun 1997 dengan menjalankan penternakan burung unta dan kemudiannya penternakan kambing dengan pengetahuan Arwah 1 serta apabila pembinaan rumah tersebut itu dimulakan adalah semasa Arwah 1 masih lagi hidup. Di 15 samping pembinaan rumah tersebut itu adalah di dalam pengetahuan