Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN ATIP KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BL-62ATIP-63-09/2022 HINGGA BL-62ATIP-68-09/2022
BL-62ATIP-64-09/2022
Sessions Court of Malaysia4 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“4. Housing and living conditions do not conform to the level set under the Employees' Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities Act 1990 [Act 446];”
“1. No employment contract, contract replacement or non-compliance to the employment law (*subjected to provisions in the Employment Act 1955 [Act 265]);”
“ntah pampasan ini juga boleh mengambil kira pampasan mengikut tuntutan sivil bagi menjimatkan masa mangsa. Lihat Mahkamah Tinggi dalam Public Prosecutor v. Hasrul bin Abd Hamid & Anor and other cases [2021] MLJU 3062 yang berikut: With the advent of such provision, the immigration status of the victim will be irrelevan”
“and his family. [207] Cara perbuatan jenayah dan peranan tertuduh adalah juga faktor relevan. Lihat penghakiman terkini oleh Mahkamah Tinggi Klang dalam Zaimatulhakma bt Abdul Hamid lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 439 yang berikut: Bagi pampasan yang dikenakan Mahkamah diperingkat rayuan berpuas hati bahawa HMS telah mem”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN ATIP KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN KES NO: BL-62ATIP-63-09/2022 HINGGA BL-62ATIP-68-09/2022
1
1.
2
ITH EAMY DIONG YEOU CHIN ALASAN PENGHAKIMAN LATAR BELAKANG [1] Tertuduh 1 dan 2 [T1 dan T2] memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. [2] T1 dan T2 dituduh secara bersama bagi 6 pertuduhan ke atas 6 mangsa warga Kemboja di bawah seksyen 12, Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Kesemua pertuduhan dibicara bersama. [4] Kes-kes secara terperinci ialah seperti yang berikut: 2 KES (BL-62ATIP-63-09/2022) & (BL-62ATIP-66-09/2022) [5] 2 kes di atas mengenai 2 pertuduhan terkait mangsa Chantol Thou [SP6] dan Sokhi [SP1] masing-masing. Kedua-dua pertuduhan adalah sama. Ia boleh diringkaskan seperti yang berikut: -sama di antara Tahun 2020 hingga 9 Ogos 2022 bertempat di tepi Jalan Yadi Kampung Sungai Udang, Klang, Selangor, di dalam daerah Klang di dalam negeri Selangor, telah memperdagangkan Chantol Thou, No Pasport: N01622317 / Sokhi, No Pasport: N00677807, yang bukan merupakan seorang kanak-kanak atau yang bukan seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental, bagi maksud eksploitasi kerja paksa iaitu dengan cara penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang yang bertujuan untuk pengekalan tenaga kerja. Oleh yang demikian, kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupuan Migran 2007 (Akta 4 KES (BL-62ATIP-64-09/2022) (BL-62ATIP-65-09/2022) (BL-62ATIP-67- 09/2022) & (BL-62ATIP-68-09/2022) [6] 4 kes di atas ialah mengenai 4 mangsa Run Sarat [SP4], Um Samang [SP5], Run Sreymo [SP3] dan Srun Chhaiya [SP2]. 4 pertuduhan adalah sama dan boleh diringkaskan seperti yang berikut: -sama di antara bulan Januari 2022 hingga 9 Ogos 2022 bertempat di rumah tidak bernombor Jalan Selasih Bt.8 Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, di dalam daerah Banting, di dalam negeri Selangor, telah memperdagangkan Run Sarat, No Pasport: N01972551 / Um Samang, No Pasport: N01972554 / Run Sreymo, No Pasport: N01973226 / Srun Chhaiya, No Pasport: N01973772 yang bukan merupakan seorang kanak-kanak atau yang bukan seseorang yang tidak dapat menjaga atau melindungi dirinya sendiri sepenuhnya disebabkan kehilangan upaya atau keadaan fizikal atau mental, bagi maksud eksploitasi kerja paksa iaitu dengan cara penyalahgunaan kedudukan orang yang mudah terdedah kepada bahaya perbuatan pemerdagangan orang yang bertujuan untuk pengekalan tenaga kerja. Oleh yang demikian, kamu bersama-sama telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 12 Akta AntiPemerdagangan Orang dan AntiPenyeludupuan Migran 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama FAKTA YANG TIDAK BOLEH DINAFIKAN [7] T1 adalah seorang wanita warga Kemboja dan telah memasuki Malaysia 20 tahun lepas. T1 bersama suami yang juga warga Kemboja tinggal di sebuah rumah di lot 586 F, Jalan Yadi, Kampung Sungai Udang, Klang. Lihat gambar rumah pada P2 (1) dan (2). [8] T1 telah bekerja menjahit pakaian dan agen pekerja warga Kemboja. [9] T1 dipanggil dengan panggilan Kak Per. [10] T2 adalah warga Malaysia dan memiliki Perniagaan D&L Vista Resources. T2 adalah pemilik tunggal Perniagaan D&L Vista Resources. [11] Perniagaan D&L Vista Resources memasuki perjanjian bertulis dengan kilang aluminium milik Syarikat Impact Metal Resources Sdn Bhd bagi membekalkan tenaga kerja kepada kilang. Lihat perjanjian antara kedua-dua pihak bertarikh 12/01/2021 pada P29. [12] SP9 ialah pengurus pemasaran syarikat Impact Metal. [13] T1 dan T2 bekerjasama dalam mendapatkan tenaga kerja daripada Kemboja. T1 mendapatkan tenaga kerja daripada Kemboja dan diberikan kepada T2 untuk dibekalkan ke kilang. [14] SP6 dan SP1 adalah suami isteri warga Kemboja dan bekerja sebagai penoreh getah. Mereka telah masuk Malaysia sejak 2019 setelah mendapat tahu pendapatan bekerja kilang di Malaysia adalah tinggi. [15] Pada 2020, SP6 dan SP1 bekerja kilang sarung tangan di Salak Tinggi, Sepang dengan pendapatan masing-masing RM50-00 hingga RM60-00 sehari. [16] Kemudian, SP6 dan SP1 diperkenalkan kepada T1 sebagai agen mencari kerja warga Kemboja. SP6 dan SP1 meminta khidmat T1 untuk mendapatkan kerja baru kerana kilang sarung tangan kekurangan produk. [17] Hasil khidmat agen T1, SP1 dan SP6 bekerja di kilang wayar. [18] SP1 dan SP6 tiada permit kerja dan bekerja 7 hari seminggu dari jam 7 pagi hingga 7 malam. [19] Tiada perjanjian antara mereka dengan majikan wujud. [20] SP1 dan SP6 adalah secara hakikatnya dalam kawalan SP1. Mereka tinggal dalam kawasan kilang bersama pekerja lain. SP1 dan SP6 menerima gaji setiap bulan daripada T1. Apabila T1 hadir ke kilang untuk memberi gaji, T1 juga mendapat komisyen daripada kilang. [21] SP1 dan SP6 perlu mendapat kebenaran daripada T1 terlebih dahulu untuk membeli barang peribadi. Mereka tidak dibenarkan melarikan diri dari kilang. Pasport mereka boleh dikatakan disimpan oleh T1. Pun begitu, mereka menyatakan tiada masalah dengan T1. [22] SP1 dan SP6 mempunyai anak saudara di Kemboja. Mereka ialah SP2 hingga SP5. SP2 dan SP4 adalah suami isteri. [23] Di Kemboja, kehidupan SP2 hingga SP5 adalah susah. Mereka bekerja sebagai petani dan buruh. [24] T1 mempunyai agen di Kemboja untuk menawarkan pekerjaan kepada warga Kemboja bekerja di Malaysia. T1 dimaklumkan oleh SP1 bahawa SP2 hingga SP5 berminat untuk bekerja di kilang wayar di Malaysia kerana pendapatan adalah tinggi. [25] Pada 2022, T1 melalui agennya menawarkan pekerjaan di kilang wayar di Malaysia kepada SP2 hingga SP5. SP2 hingga SP5 tertarik dengan tawaran ini yang menawarkan bayaran gaji sebanyak RM75-00 sehari. Mereka bersetuju untuk bekerja di kilang wayar. [26] Di kalangan warga Kemboja berkenaan, orang yang ada pengaruh dan menjadi ketua ialah SP1. [27] Setelah dipersetujui, semua urusan dokumentasi dan perjalanan diuruskan oleh agen T1. Ia termasuk pasport dan pengangkutan. [28] Pada mulanya mereka dijanjikan urusan masuk ke Malaysia akan dibuat secara sah melalui KLIA dan ada permit untuk bekerja. [29] Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mereka telah diseludup masuk ke Malaysia dengan kenderaan secara tidak sah melalui jalan darat dan hutan. Perjalanan adalah melalui Thailand dan mengambil 4 hari 5 malam. [30] Di sempadan Malaysia, mereka diseludup masuk melalui sungai. Sebaik sampai di Malaysia, SP2 hingga SP5 diangkut oleh agen ke rumah T1. [31] Selepas itu, SP2 hingga SP5 diletak pula di sebuah rumah tumpangan selama tiga (3) hari. [32] Kemudian SP2 hingga SP5 dibawa ke kilang aluminium (Impact Metal) dan bukan kilang wayar, untuk bekerja. T1 dan T2 yang membawa mereka bekerja di sana. [33] SP2 hingga SP5 juga secara hakikatnya di bawah kawalan T1 dan T2. [34] Pasport mereka diambil oleh T1. Mereka tidak bebas keluar dan tinggal dalam satu kontena bersama pekerja lain dalam kawasan kilang. Dalam kontena kesemuanya terdapat 15 pekerja yang bercampur lelaki dan wanita dengan hanya dihadang dengan kain. [35] SP2 hingga SP5 bekerja 7 hari seminggu tanpa cuti. [36] SP2 hingga SP5 menerima gaji bulanan melalui T1 dan T2. T1 dan T2 akan hadir bersama ke kilang untuk menyerahkan sendiri gaji setiap bulan kepada SP2 hingga SP5. [37] sahkan semasa pemeriksaan utama bahawa yang menyerahkan gaji seperti berikut: Siapa yang bayar gaji kamu? Kak Per yang menyerahkan gaji kepada saya. Agen yang kamu maksudkan siapa? Lelaki dalam kandang (OKT2). Macam mana kamu terima gaji? A: Saya terima gaji secara cash. Kak Per meletak dalam sampul surat dan gaji saya terima setelah dipotong hutang perjalanan saya. Kamu bagi tahu agen (OKT2) bagi Kak Per dan Kak Per bagi gaji kepada kamu. Sekarang kamu kata majikan yang bagi kepada Kak Per dan Kak Per bagi kepada kamu. Jelaskan? Lelaki Cina dalam kandang adalah agen bersama Kak Per dan segala urusan gaji ditentukan dan kemudian Kak Per menyerahkan kepada saya. Siapa yang tentukan? [38] Pemeriksaan balas T2 terhadap SP2 juga mengesahkannya: Setuju masa kamu dibayar gaji, biasanya lelaki Cina ini ada di tempat itu? [39] Wang gaji yang mereka terima ialah bukannya seperti yang dijanjikan. Gaji dipotong atas alasan mereka berhutang kos perjalanan ke Malaysia. Mereka perlu melangsaikan hutang. Perkara ini tidak pernah dimaklumkan kepada mereka sebelum bersetuju datang ke Malaysia. [40] Mereka dikehendaki bekerja selama 2 tahun. [41] SP2 hingga SP5 tidak tahan dengan keadaan dan merasa tertipu kerana terjerat dengan hutang yang berpanjangan. Gaji yang diterima adalah rendah dan dipotong. [42] Pada Julai/Ogos 2022, setelah hampir 6 bulan bekerja, SP2 hingga SP5 melarikan diri dari kilang. Ia dibuat dengan bantuan SP10 iaitu seorang warga Kemboja yang mereka dapat maklumat tentangnya daripada kawan-kawan. SP10 telah lama menetap di Malaysia. SP10 ada hubungan dengan NGO dan Kedutaan Kemboja. [43] T1 dan T2 marah kerana perbuatan SP2 hingga SP5 tidak lagi bekerja dan melarikan diri dari kilang aluminium. [44] Susulan itu, T1 dan T2 bertindak ke atas SP1. Sebaik mendapat pengetahuan, T1 dan T2 bergegas ke kilang wayar bersama seorang lagi lelaki Cina berserta SD3 [kawan T1] pada waktu malam. Mereka membawa keluar SP1 secara paksa dari kilang. Mereka menarik SP1 masuk ke dalam kereta dan membawanya ke rumah SD3. [45] SP1 dikurung di rumah SD3 selama tiga hari. Di rumah berkenaan, T1 dan T2 mengugut SP1 supaya membayar hutang SP2 hingga SP5 berjumlah USD3,000-00 (RM12,900-00) kerana melarikan diri dari kilang. SP1 juga dipukul dan dicederakan. [46] Kejadian ini disokong juga oleh gambar ID3 iaitu gambar T1, T2 dan SP1 berada di rumah SD3. [47] Akibat takut, SP1 menghubungi keluarganya di Kemboja dan meminta bayaran dibuat. [48] Kemudian SP1 dipulangkan semula ke kilang setelah bayaran secara atas talian dibuat ke dalam no. akaun yang diberikan oleh T1 dan T2. [49] Namun SP1 dan SP6 masih tidak lagi terlepas daripada cengkaman T1 dan T2. [50] T1 dan T2 kemudiannya datang lagi ke kilang dan menuntut lagi wang hutang dari SP1 dan SP6. [51] Akibat tidak lagi dapat bertahan, SP1 memilih untuk melarikan diri bersama SP6. Setelah mendapat maklumat dan no. talipon SP10 daripada kenalan, SP1 menghubungi SP10 untuk meminta bantuan supaya diselamatkan. [52] Pada 09/08/2022 jam 18.30 petang, polis Cawangan D3, Bukit Aman menjalankan operasi serbuan hasil maklumat SP10. Ketua serbuan ialah SP11. Serbuan berjaya menyelamatkan SP1 dan SP6 yang berada di tepi Jalan Yadi, Kampung Sungai Udang, Klang. [53] Pada jam 18.45 petang, hasil pandu arah oleh SP1, SP11 bersama anggota menyerbu rumah T1. [54] Semasa serbuan, T1 enggan memberikan kerjasama kepada anggota serbuan. T1 menyembunyikan diri dalam bilik. Anggota terpaksa memecahkan pintu bilik sehingga berjaya memeriksa T1. Lihat repot polis P48 oleh SP11. [55] Semasa serbuan, SD3 juga hadir ke rumah T1 dan dia turut ditangkap bersama T1. [56] Antara barang yang dirampas di rumah T1 ialah seperti yang berikut:
a
Wang tunai RM2,300-00;
b
Wang tunai RM800-00;
c
Wang tunai RM500-00;
d
Wang tunai RM10,000-00;
e
20 pasport warganegara Kemboja; dan
f
1 pasport warganegara Indonesia. [57] Terkait barang-barang sitaan di atas, lihat borang sita bertarikh 08/08/2022 yang ditandatangani oleh T1 pada P35. [58] Pada jam 21.15 malam, SP11 pergi ke rumah SP10 di Jalan Selasih Bt. 8, Kampung Sijangkang, Teluk Panglima Garang untuk menyelamatkan SP2 hingga SP5 yang berlindung di rumah berkenaan. [59] Pada petang/malam yang sama, T2 ditangkap berdekatan balai polis Klang Selatan. PERTUDUHAN SEKSYEN 12 AKTA ATIPSOM [60] Seksyen 12, Akta 670 memperuntukkan seperti yang berikut:
12
Mana-mana orang, yang memperdagangkan orang yang bukan merupakan seorang kanak-kanak, bagi maksud eksploitasi, melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima [61] Terdapat tafsiran statut mengenai pemerdagangan orang pada seksyen 2. Ia adalah luas: segala perbuatan yang melibatkan pemerolehan atau pengekalan tenaga kerja atau perkhidmatan seseorang melalui paksaan, dan termasuklah perbuatan merekrut, mengangkut, memindahkan, melindungi, menyediakan atau menerima seseorang bagi maksud Akta ini Elemen Pertama: SP1 bukan merupakan seorang kanak-kanak [62] Elemen ini terbukti dan tidak dipertikaikan. Elemen Kedua: dan dengan niat bersama memperdagangkan kesemua mangsa melalui perolehan dan pengekalan tenaga kerja [63] Jelas, T1 dan T2 berperanan saling lengkap dan melengkapi antara satu sama lain. Tiada syak mereka telah merancang sejak awal untuk mengeksploitasi hingga SP5 bagi maksud pemerdagangan orang. [64] T1 dan T2 telah memperoleh, membekal dan mengekalkan SP2 hingga SP5 bekerja di kilang aluminium. Mereka sama-sama mendapat keuntungan. [65] Mereka dijanjikan masuk ke Malaysia menaiki kapal terbang secara sah. Bagaimanapun, mereka masuk tanpa permit bekerja dan bukan melalui Imigresen. Mereka kekal bekerja tanpa permit. T1 dan T2 bersubahat mengenai perbuatan ini. [66] T2 bersama T1 membawa SP2 hingga SP5 ke kilang aluminium untuk memulakan kerja dan bukan kilang wayar seperti yang dijanjikan. Lihat keterangan SP2 yang berikut: Semasa kamu berada di rumah Kak Per, ada dia cakap apa apa dengan kamu? Kak Per ada mengatakan kepada saya. Pada malam ini kamu rehat dan makan, jangan risau kerja disini baik baik sahaja. Kamu kata kamu kuarantin selama 3 hari. Apa berlaku setelah itu? Selepas itu kami dibawa ke sebuah kilang tetapi bukan kilang wiring tetapi masuk ke kilang aluminium bukan kilang wiring seperti yang dijanjikan. Siapa yang bawa kamu ke sana? Kak Per dengan seorang lelaki Cina. Kamu tahu siapa lelaki Cina itu? Lelaki yang duduk di kandang tertuduh. OKT2 dicamkan. Ada tak kak Per ada di Mahkamah hari ini? Ya, ada, perempuan yang duduk di kandang tertuduh. OKT1 dicamkan. [67] Keterangan SP2 disokong oleh SP3, SP4, SP5 dan SP9. Mereka menyatakan secara konsisten tentang peranan aktif T1 dan T2. [68] Keterangan sokongan lain terhadap T2 ialah Manpower Agreement antara Impact Metal Resources Sdn Bhd dengan D&L Vista Resources bertarikh 12/01/2021 (P29) dan bayaran wang oleh Impact Metal kepada D&L Vista (P30 dan P31). [69] Begitu juga SP1 dan SP6. Mereka juga bekerja melalui agen T1 tanpa permit dan dalam kawalan T1. Elemen Ketiga: T1 dan T2 mengeksploitasi kerja paksa ke atas mangsa [70] Tafsiran statut mengenai eksploitasi di bawah seksyen 2, Akta 670 adalah luas seperti yang berikut: segala bentuk eksploitasi seks, kerja atau perkhidmatan paksa, perhambaan atau amalan yang menyerupai perhambaan, pengabdian, apa-apa aktiviti yang menyalahi undang-undang [71] Niat Parlimen mengenai elemen eksploitasi kerja paksa adalah juga luas. Lihat perbahasan pada Penyata Rasmi Parlimen Rang Undang-undang Antipemerdagangan Orang 2007 pada 10/05/2007 muka surat 21, 22, 24/05/2007 serta muka surat 39, 40 dan 49 seperti yang berikut: Aziz: Oh, ya terima kasih... [Ketawa] Yang Berhormat bagi Seputeh menyatakan bahawa kita dalam ini tidak sebut berkenaan dengan buruh paksa sebagaimana yang diperuntukkan di bawah TIP Protocol. Yang Berhormat, kalau Yang Berhormat tengok English version, muka surat enam dalam bill. Muka surat enam membawa ia memberikan definisi eksploitasi. Saya baca all forms of sexual exploitation, Namun, oleh sebab forced labour ini kita tak definisikan kerana kalau kita memberi definisi forced labour, kita akan narrow maknanya itu. Jadi kita biarkan forced labour luas. Jadi apa yang difikirkan sebagai forced labour, okey. Cuma forced labour memang masuk dalam definisi eks wanita dan kanak-kanak yang didaftar di Malaysia yang termasuk di dalam definisi pemerdagangan orang. Kebanyakan pembantu rumah asing berada di dalam situasi yang berikut:
i
pasport dipegang oleh majikan;
II
(ii) tiada cuti;
III
(iii) pergerakan terbatas;
IV
(iv) tiada kontrak yang standard;
v
waktu kerja yang panjang;
VI
(vi) bekerja di dua tiga tempat;
VII
(vii) tidak dibayar gaji;
VIII
(viii) diugut, didera fizikal seksual dan emosional;
IX
(ix) dipaksa menyambung
x
tiada undang-undang yang melindungi. [72] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menyediakan petunjuk-petunjuk eksploitasi dengan lebih terperinci. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) menyediakan buku panduan dan menyatakan petunjuk-petunjuk eksploitasi seperti yang berikut: exploitation are typically made to work in sectors such as the following: agriculture, construction, entertainment, service industry and manufacturing (in sweatshops). People who have been trafficked for labour exploitation may: - Live in groups in the same place where they work and leave those premises infrequently, if at all. - Live in degraded, unsuitable places, such as in agricultural or industrial buildings. - Not be dressed adequately for the work they do: for example, they may lack protective equipment or warm clothing. - Be given only leftovers to eat. - Have no access to their earnings. - Have no labour contract. - Work excessively long hours. - Depend on their employer for a number of services, including work, transportation and accommodation. - Have no choice of accommodation. - Never leave the work premises without their employer. - Be unable to move freely. - Be subject to security measures designed to keep them on the work Premise. - Be disciplined through fines. - Be subjected to insults, abuse, threats or violence. - Lack basic training and professional licences. The following might also indicate that people have been trafficked for labour exploitation: - Notices have been posted in languages other than the local language. - There are no health and safety notices. - The employer or manager is unable to show the documents required for employing workers from other countries. - The employer or manager is unable to show records of wages paid to workers. - The health and safety equipment is of poor quality or is missing. - Equipment is designed or has been modified so that it can be operated by children. - There is evidence that labour laws are being breached. - There is evidence that workers must pay for tools, food or accommodation or that those costs are being deducted from their wages [73] Di peringkat nasional pula, Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran mengeluarkan buku panduan mengenai petunjuk eksploitasi kerja paksa. Terdapat 13 petunjuk. Lihat Trafficking Indicators (NGHTI): Means and Exploitation (Seco hingga 56 seperti yang berikut: associated with forced labour/services are as follows:
1
No employment contract, contract replacement or non-compliance to the employment law (*subjected to provisions in the Employment
2
Work excessively long hours and/or no day off in accordance to relevant laws (*subject to provisions under the Employment Act 1955 [Act 265]);
3
Does not receive payment of wages/only receives part of the wages/do not have access to own wages/benefits or wages/benefits withheld;
4
Housing and living conditions do not conform to the level set under the Employees' Minimum Standards of Housing, Accommodations and Amenities Act 1990 [Act 446];
5
Work required to be done is hazardous or dangerous;
6
No social protection;
7
Wages/salaries are manipulated;
8
Debt bondage/bonded labour where the person is expected to use his/her labour or services to repay a debt. The debt is often in excess of the costs involved and often difficult to pay off;
9
Restriction of movement and/or confinement to the workplace or to a limited area;
10
Retention of passport and identity documents so that the worker cannot leave or prove his/her identity and status;
11
Required to sign an agreement/contract/MOU to allow employer or a third party to hold the person s passport and identity documents;
12
Threats to report the person to the authorities that he/she broke the law;
13
Threats of physical or sexual violence; this may also include emotional torture like blackmail, condemnation, use of abusive [74] Tiada undang-undang yang memperuntukkan keperluan untuk membuktikan kesemua petunjuk bagi mewujudkan elemen eksploitasi kerja paksa. Justeru salah satu sahaja adalah mencukupi. [75] Jelas, banyak dan sedikit petunjuk adalah persoalan berat atau ringan hukuman sahaja. [76] Mahkamah berpuas hati terdapat banyak petunjuk yang menyimpulkan sedemikian. Diseludup masuk secara haram [77] Paling jelas ialah SP2 hingga SP5 diseludup masuk secara haram dan sembunyi-sembunyi. Ia tidak seperti yang dijanjikan. Ini adalah petunjuk yang sangat kukuh bahawa dan mengeksploitasikan hingga SP5 bagi maksud pemerdagangan orang. [78] Tidak keterlaluan jika Mahkamah menyatakan petunjuk ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan elemen ini. Tiada permit kerja [79] SP1 hingga SP6 juga tiada permit kerja yang sah. [80] T1 dan T2 mengetahui perkara ini. Pasport mangsa dipegang oleh T1 [81] Sejak bekerja di kilang plastik lagi, pasport SP1 dan SP6 dipegang oleh T1. Lihat keterangan SP1 semasa pemeriksaan utama yang berikut: Semasa kamu pindah ke kilang wayar, di mana pasport kamu? Pasport saya dipegang oleh agen iaitu Kak Per semasa saya bekerja di kilang plastik dan kilang wayar. Kak Per yang minta pasport itu ke? Ya. Kak Per minta pasport untuk dipegang. Tahu kenapa dia pegang? [82] SP1 menyatakan hanya selepas 5 bulan, baru T1 menyerahkan pasport SP1 dan SP6 setelah dia berulang-ulang menyakinkan T1 bahawa dia tidak akan melarikan diri dari kilang wayar. [83] T1 dan T2 juga membiarkan mereka bekerja tanpa permit. [84] Mahkamah mendapati dengan situasi dan latar belakang SP1 dan SP6, sama ada sedar atau tidak, mereka telah dieksploitasi. [85] Mereka tidak boleh keluar dari kilang melainkan setelah mendapat izin T1. Malah barang keperluan seharian juga perlu diperolehi dengan persetujuan T1. [86] Begitu juga dengan SP2 hingga SP5. [87] Gaji mereka juga diberikan melalui T1 dan T2. [88] Boleh disimpulkan boss sebenar mereka ialah T1 dan T2. [89] Pada pendapat Mahkamah, hakikatnya kesemua mangsa tidak bebas. Tidak keterlaluan jika Mahkamah menyatakan mereka ibarat binatang dalam reban. Walaupun boleh terbang dan menyanyi dalamnya, hakikatnya mereka terkurung dan dihalang. Gaji dan kilang tidak seperti dijanjikan [90] SP2 hingga SP5 telah tertipu. Janji semasa di Kemboja terkait pekerjaan adalah tidak sama dengan apa yang berlaku semasa di Malaysia. Bukan kilang wayar yang diberikan. Gaji mereka juga dipotong. Tiada ketelusan kepada SP2 hingga SP5. [91] Semasa di Kemboja, mereka dijanjikan gaji sebanyak RM75-00 di kilang wayar. Namun setelah tiba, gaji mereka adalah sebanyak RM65-00 akibat dipotong. Tempat tinggal pekerja yang dhaif [92] Begitu juga keadaan tempat tinggal SP2 hingga SP5 adalah sangat tidak selesa. [93] Lelaki dan perempuan tinggal dalam kontena dalam jumlah yang ramai. Tiada kemudahan yang sesuai untuk pekerja. [94] T1 dan T2 mengetahui perkara ini. Tiada kontrak pekerjaan [95] Hak-hak mereka sebagai pekerja juga tidak terjamin. [96] Tiada kontrak pekerjaan wujud. [97] Mereka bekerja 7 hari seminggu tanpa rehat dan tanpa cuti. Ikatan hutang [debt bondage] [98] Lebih kritikal ialah SP2 hingga SP5 diikat dan dibelit dengan tanggungan hutang yang memaksa mereka bertahan dan bekerja untuk melangsaikan hutang. [99] Tiada syak, SP2 hingga SP5 sangat tertekan dengan keadaan ini. Mereka tertekan secara kewangan dan emosi. Hanya yang mampu dibuat ialah bersikap sabar. [100] Malah jika SP2 hingga SP5 ingin berhenti bekerja dan melarikan diri, mereka akan dikenakan bayaran hutang secara berganda. Lihat keterangan SP5 semasa pemeriksaan utama: Kamu kata kamu telah bekerja di kilang aluminium selama 6 bulan. Apa berlaku selepas 6 bulan? Yang berlaku beliau ada ancam saya jikalau 1 bulan kerja tak dapat 26 hari, dia akan potong duit saya 30 ribu Reil. 30 ribu Reil dalam RM? RM300. Apa yang kamu buat semasa dia mengancam kamu? Kak Per call Run Thida, kalau kamu nak berhenti kena bayar double. Siapa yang dia bagitahu kalau nak berhenti kena bayar double? Masa saya rehat masa makan. Run Thida juga bagitahu saya bahawa kalau kita nak berhenti kita kena bayar double Ugutan supaya hutang dibayar [101] Konteks kes ialah walaupun terdapat 6 warga Kemboja yang bekerja di kilang berasingan, mereka adalah satu keluarga. SP1 adalah orang penting dalam keluarga berkenaan. T1 dan T2 sedia maklum perkara ini. [102] Keterangan menunjukkan SP1 telah dipaksa oleh T1 dan T2 supaya bertanggungjawab untuk menjelaskan hutang anak saudara mereka kerana melarikan diri. [103] SP1 telah dikurung, diancam dan dipukul supaya menjelaskan hutang SP2 hingga SP5. SP1 juga ditampar dan dipijak ke lantai semasa dalam kurungan oleh T1 dan T2. [104] Sejumlah USD3,000-00 telah dibayar oleh keluarga SP1 di Kemboja sebagai balasan untuk melepaskan dirinya. [105] Bertambah parah ialah kejadian selepas SP1 dibenarkan pulang. SP6 diugut keesokannya oleh T1 dan T2 untuk menjelaskan hutang. Lebih dahsyat, T1 juga enggan membayar gaji SP6 atas alasan dipotong untuk menjelaskan hutang. Lihat keterangan SP6 yang berikut: : Ada tak kamu tanya isteri kamu apa yang berlaku selama 3 hari? Masa isteri saya datang sampai rumah, saya tanya isteri saya kenapa muka itu orang pukul bengkak. Saya tanya isteri saya kenapa orang pukul. Dia kata Kak Per upah orang pukul dia. Ada apa lagi dia beritahu? Itu sahaja. Ada tak Kak Per atau lelaki Cina (OKT2) datang ke kilang selepas itu? Ada sekali datang. Datang untuk apa? Dia datang ambil duit saya. Tambah lagi. Bila Kak Per datang, suruh saya tambah duit 1 juta 70 ribu riel. Apa berlaku selepas itu? Selepas itu, sampai time saya dapat gaji, Kak Per datang dan tak bagi gaji saya. Apa yang kamu buat selepas itu? Rasa saya sedih. Saya kerja untuk dapat duit. Selepas itu dia tak bagi duit Elemen Keempat: Wujud paksaan [106] Terdapat tafsiran statut mengenai paksaan. Ia meliputi tiga (3) bentuk. Seksyen 2 Akta 670 menafsirkan paksaan seperti berikut:
a
ancaman kecederaan berat kepada atau sekatan fizikal terhadap mana-mana orang;
b
apa-apa skim, rancangan, atau corak yang diniatkan untuk menyebabkan seseorang untuk mempercayai bahawa kegagalan untuk menjalankan sesuatu perbuatan akan mengakibatkan kecederaan berat kepada atau sekatan fizikal terhadap mana-mana orang; atau
c
penyalahgunaan atau ancaman penyalahgunaan proses undang-undang. [107] Mahkamah berpuas hati tidak seperti kes-kes lain yang biasa didengar sebelum ini, fakta matrik kes ini ada keunikan tersendiri. Ketiga-tiga bentuk paksaan (a) hingga (c) wujud secara jelas. Pertama: Ancaman kecederaan berat dan sekatan fizikal [108] Jelas, terdapat ancaman berat ke atas SP1 kerana SP2 hingga SP5 adalah anak saudara di bawah jagaan mereka. [109] SP1 telah ditarik dan dimasukkan ke dalam kereta. SP1 dimaki, diugut dan dicederakan supaya bertanggungjawab menjelaskan hutang SP2 hingga SP5. [110] Pada hemat Mahkamah, perbuatan T1 dan T2 membawa lari SP1 di hadapan suaminya, menggugut dan menahan selama tiga hari jelas menunjukkan suatu perbuatan samseng. Kedua: Skim yang menyebabkan kecederaan berat atau sekatan fizikal [111] Modus operandi T1 dan T2 dari awal adalah nyata. Ia adalah eksploitasi bagi maksud pemerdagangan ke atas golongan pendatang yang berlatar-belakang lemah untuk tujuan keuntungan kewangan. [112] Kemudiannya dan T2 mengikat pergerakan mereka dan membelit mereka dalam bentuk hutang berpanjangan untuk bekerja selama 2 tahun. [113] Ketua keluarga dijadikan tebusan, sasaran dan tidak terlepas. SP1 perlu bertanggungjawab ke atas perbuatan SP2 dan SP5. [114] Mereka juga diikat dengan dokumentasi supaya membayar hutang dalam apa acara sekalipun termasuk jika melarikan diri dari kilang. [115] Terkait perkara di atas, setelah SP2 hingga SP5 mula bekerja, T1 memaksa SP2 hingga SP5 menurunkan cap jari seolah-olah mereka bersetuju bekerja secara sukarela. Ia juga seolah-olah mereka berhutang untuk tempoh bekerja selama 2 tahun dan bersetuju membayar balik kesemua hutang terkait kos kemasukan ke Malaysia. Lihat perjanjian pada IDD5, D7, IDD12, IDD13, IDD15 dan IDD16. [116] Keterangan menunjukkan dokumen tersebut diserahkan sendiri kepada mereka oleh T1 dengan kehadiran T2 setelah mereka telah mula bekerja di kilang aluminium dan T1 mengambil pasport mereka. [117] Mahkamah berpuas hati bahawa SP2 hingga SP5 tiada pilihan selain bersetuju menurunkan cap jari pada dokumen-dokumen berkenaan. Jelas, ia dibuat bukan secara sukarela SP2 hingga SP5. Ketiga: Penyalahgunaan atau ancaman penyalahgunaan proses undang-undang [118] T1 dan T2 ada pengetahuan bahawa SP2 hingga SP5 adalah migran yang diseludup masuk tanpa dokumentasi perjalanan dan tanpa permit kerja yang sah. [119] Jelas, T1 dan T2 telah menyalahgunakan proses undang-undang untuk kepentingan kewangan mereka. [120] Tanpa dokumentasi, SP2 hingga SP5 tidak boleh hidup sama seperti orang lain. Terdapat banyak cabaran, tekanan dan risiko yang menanti. Apatah lagi dengan kesuntukan wang. [121] Kampung halaman mereka terlalu jauh untuk balik dengan mudah. [122] Secara hakikatnya, mereka tidak bebas sama seperti pekerja-pekerja yang bekerja secara sah di Negara ini. Lihat Chin Chiew Sem v. PP [2019] 1 LNS 2114 yang berikut: exploitation forms one of the most pertinent element to constitute the offence of human trafficking under s. 12 of ATIPSOM. Here, it was proven that such exploitation exists where the appellant has taken advantage of PW1 being undocumented non-citizen to work with him without licence issued by the relevant agency. Without proper legal documentation and work permit for his employment coupled with the low education background of PW1, he would have been easily subjected to ill-treatment and abuse without knowing his rights and entitlements. [57] Hence, I find that the learned SCJ did not err in his findings of facts based on the evidence before him when he held that the prosecution had proven all the ingredients under the human trafficking charge against the appellant for the purpose of exploitation and in the form of ISU-ISU LAIN Niat bersama [123] Prinsip mantap ialah niat bersama boleh diperolehi daripada keterangan secara tidak langsung dan boleh berlaku pada bila-bila masa. Lihat Mahkamah Agung dalam Namasiyiam Doraisamy v. PP & Other Cases [1987] 2 MLJ 336 yang berikut: Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (The Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950 1960 by J.K. Soonavala page 188 to 193). [124] Niat bersama bukan bererti kedua-dua Tertuduh melakukan perbuatan yang betul-betul sama. Rujuk Mahbub Shah v. Emperor 1945 AIR PC 118 pada muka surat 120 yang berikut: ple of joint liability in the doing of a criminal act. The section does not say the common intentions of all' nor does it say an intention common to all . Under the section, the essence of that liability is to be found in the existence of a common intention animating the accused leading to the doing of a criminal act in furtherance of such intention. To invoke the aid of Section 34 successfully, it must be shown that the criminal act complained against was done by one of the accused persons in the furtherance of the common intention of all; if this is shown, then liability for the crime may be imposed on any one of the persons in the same manner as if the act were done by him alone [125] Niat bersama mungkin tidak dinyatakan oleh saksi secara mulut dalam keterangan, namun ia adalah jelas jika dianalisa keseluruhan keterangan secara mendalam. Lihat prinsip menilai dan menganalisa keterangan dalam Attan bin Abdul Gani v. Public Prosecutor [1970] 2 MLJ 143 yang berikut: existence of corroboration is not dependent upon the use of that word. The main thing to look for is whether it exists. In some cases, it may require some effort, examination and analysis of the evidence to find it, while in others, as in this case, it may appear undisguised and manifest on the face of the record itself [126] Mahkamah mendapati terdapat keterangan niat bersama oleh T1 dan T2 dalam melakukan kesalahan eksploitasi kerja paksa bagi maksud pemerdagangan ke atas mangsa-mangsa. Mereka merancang secara usaha sama bagi mencapai niat keuntungan kewangan. Keterangan keseluruhan menunjukkan sedemikian. Percanggahan keterangan [127] Mahkamah telah meneliti satu-persatu percanggahan yang wujud. Mahkamah berpuas hati ia tidak material dan tidak secara keseluruhan menjejaskan kes pendakwaan. [128] Rasional berlakunya percanggahan saksi dalam Mahkamah dibincangkan oleh Taylor J dalam Muthusamy v. Public Prosecutor [1948] 1 MLJ 57 yang berikut: differences in interpretation and the way in which the statement was taken and sometimes to differences in recollection. A perfectly truthful witness may mention a detail on one occasion and not remember it on another [129] Pandangan yang sama juga dinyatakan oleh Wah Yahya J dalam kes Pie bin Chin v. Public Prosecutor [1983] CLJ (Rep) 703 yang berikut: se, as they do ostensibly appear in most cases in evidence of witnesses for the prosecution as well as the defence. The transcripts of most evidence, when thoroughly tooth-combed by any able lawyer, never failed to yield some form of inconsistencies, discrepancies or contradictions but evidence incredible. obvious matters in the case is so irreconcilable, ambivalent or negational that his whole evidence is to be disregarded. Forgetfulness and failure to recall exactly certain events, which did not seem to be important to the witness, do not necessarily shake his credibility or render other parts of his story unworthy of belief. Various persons are endowed with varying powers of cognition, attentiveness and perception, so that it is not uncommon for two witnesses to a common event to describe it in slightly differing versions Anggapan bertentangan 114(g) [130] Pembelaan berhujah bahawa seorang bernama Najib [anak SP10] adalah orang yang menyelamatkan mangsa-mangsa keluar daripada kilang. Pembelaan memohon anggapan bertentangan dipakai terhadap pendakwaan kerana gagal memanggil Najib. [131] Pada hemat Mahkamah Najib bukannya saksi material kerana SP10 adalah orang yang sebenarnya bertanggungjawab dan berhubung dengan Kedutaan, NGO dan polis. Najib hanya mematuhi dan melaksanakan arahan SP10 sahaja. Malah, SP10 adalah saksi terbaik mengenai penyelamatan mangsa. Lihat Mahkamah Agung dalam Munusamy v. PP [1987] 1 MLJ 492. DAPATAN AKHIR PENDAKWAAN [132] Tugas Mahkamah bicara ialah menilai keterangan semasa pemeriksaan utama dan pemeriksaan balas secara kesemuanya sekali gus dan kemudian membuat satu dapatan sama ada wujud kes prima facie atau tidak. Ini adalah kaedah mantap dari sudut undang-undang. Lihat Mahkamah Persekutuan dalam Ketheeswaran a/l Kanagaratnam & Anor v. Public Prosecutor [2024] 1 MLJ 851. [133] Makna prima facie pada akhir kes pendakwaan dinyatakan dalam kes Mahkamah Rayuan, Looi Kow Chai & Anor v. PP [2003] 1 CLJ 734 dan Mahkamah Persekutuan, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ
85
[134] Dalam kes Balachandran [supra], dibincangkan prima facie seperti yang berikut: A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can only be overthrown by evidence in rebuttal... The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. On the other hand if a prima facie case has not been made out it means that there is no material evidence which can be believed in the sense as described [135] Mahkamah telah menilai saksi-saksi pendakwaan dan mendapati sebagai dapatan fakta bahawa mereka secara keseluruhannya adalah saksi-saksi yang kredibel. [136] Setelah memakai prinsip-prinsip prima facie ke atas keterangan, Mahkamah berpuas hati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie mengenai kesemua pertuduhan yang dikenakan. [137] Justeru T1 dan T2 diperintah membela diri. PEMBELAAN T1 DAN ANALISA [138] T1 dan T2 memilih memberi keterangan secara bersumpah. [139] Mereka memanggil SD3 sebagai saksi. [140] Secara tersirat, amnya pembelaan T1 dan T2 adalah kesemua mangsa bekerja dan kekal bekerja di kilang secara sukarela atas kehendak sendiri. [141] Mahkamah tidak dapat menerima pembelaan ini kerana ia bukannya pembelaan yang sah dan relevan mengikut Akta 670. Lihat seksyen 16, Akta yang berikut:
16
Kerelaan orang yang diperdagangkan tidak relevan Dalam sesuatu pendakwaan bagi kesalahan di bawah seksyen 12, 13 atau 14, tidaklah menjadi suatu pembelaan bahawa orang yang dipe [142] Terdapat juga beberapa pembelaan lain oleh T1. Antaranya boleh diringkaskan ialah seperti yang berikut: T1 bukan majikan kepada mangsa dan tidak membantu mereka mendapatkankan pekerjaan [143] Mahkamah berpendapat pembelaan ini bukan selari dengan kesalahan yang dikenakan ke atasnya. Kesalahan ialah bukannya menggajikan mangsa, tetapi memperdagangkan mangsa. Dari sudut undang-undang, ia berbeza. T1 hanya bertindak membantu T2 sebagai jurubahasa setelah diminta oleh T2. T1 hanya menerima komisyen menjadi jurubahasa kepada T2 [144] Mahkamah sukar bersetuju kerana ia bercanggah dengan keberatan keterangan. [145] Jelas, kerja T1 adalah agen pekerjaan kepada warga Kemboja dan bukan jurubahasa. [146] Keterangan menunjukkan T1 adalah aktif dari awal hingga akhir dan serius dalam aktiviti eksploitasi bagi maksud pemerdagangan ke atas SP2 hingga SP5. [147] Semasa serbuan oleh SP11 ke rumah T1, terdapat banyak pasport warga Kemboja lain dalam rumahnya. [148] T1 sanggup memegang paspot orang lain walaupun ia suatu kesalahan jenayah. T1 hanya menjual barangan runcit kepada pekerja-pekerja kilang dan membenarkan pekerja berhutang [149] Mahkamah tidak dapat menerima pembelaan ini. [150] Keterangan keseluruhan masih tidak menyangkal fakta menyerlah yang kuat bahawa T1 telah memperdagangkan mangsa-mangsa. [151] Malah, pembelaan ini menguatkan lagi kes pendakwaan bahawa dia mengawal dan mengikat mereka. SP2, SP3 dan SP5 telah bersetuju untuk membayar kembali kos kepada T1 [152] Pembelaan berhujah dokumen perjanjian seperti D7, IDD12 dan IDD15 menunjukkan bahawa SP2, SP3 dan SP5 masing-masing telah bersetuju berhutang kepada T1. [153] Mahkamah sukar menerima kerana dokumen perjanjian hanya disediakan oleh T1 semasa mereka telah mula bekerja di kilang dan bukannya semasa di Kemboja. Tiada pilihan kepada mereka selain menurunkan cap jari. [154] Mahkamah mendapati ia adalah satu usaha dengan niat untuk mengeksploitasi mangsa-mangsa secara dokumentasi. [155] Bertambah kuat ialah jika dianalisa ayat yang disediakan oleh pihak dalam perjanjian berkenaan. Ayat menyatakan mangsa hendaklah membayar balik pinjaman jika mangsa melarikan diri daripada kilang. [156] Mahkamah berpuas hati sudah terdapat gambaran dalam fikiran T1 bahawa mangsa mungkin akan melarikan diri dan dokumen berkenaan adalah sebagai amaran kepada mereka supaya tidak melarikan diri. [157] Untuk tujuan kemudahan, Mahkamah memetik semula terma perjanjian mengenai SP5 pada IDD15 seperti yang berikut: SURAT PERJANJIAN SECARA SUKARELA Saya adalah UM SAMANG, umur 24 tahun berwarganegara Kemboja, Alamat Chrey Betmeas, Khom Suong, Srok Suong, Kheat Tboung Khmum. Adalah pihak saya dengan sukarela datang berkerja di Negara Malaysia atas kemahuan sendiri dan tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak. Perjanjian untuk Berkerja Selama 2 Tahun. Oleh itu, jika berlaku sebarang masalah sebelum proses pembayaran selesai atau saya melarikan diri daripada tempat kerja tanpa pengetahuan dan tanpa sebarang alasan. Pihak saya UM SAMANG akan bertanggungjawab untuk membayar balik kesemua wang yang telah diberi pinjam oleh pihak yang memberi pinjaman bagi membolehkan saya untuk datang berkerja. Dengan ini juga, pihak saya akan bertanggungjawab terhadap segala tindakan undang-undang yang akan dikenakan sepenuhnya. Wang yang diambil: RM4800. Tandatangan cop Jari [158] Bertambah jelas cara T1 melakukannya. Dokumen perjanjian dipegang dengan tangan oleh SP2 hingga SP5 dan diambil gambar semasa memegangnya. Lihat gambar pada IDD13, IDD15 dan IDD16. [159] Justeru perjanjian yang didakwa ini tidak boleh dilihat secara teks dan sepintas lalu sahaja. Ia perlu dianalisa dan dinilai secara konteks dengan lebih mendalam. [160] Kredibiliti T1 semakin musnah apabila T1 kemudiannya semasa keterangan berdolak dalik dan menafikan pula bahawa SP2 hingga SP5 mempunyai hutang kos perbelanjaan untuk ke Malaysia. Sebaliknya hutang mereka kepada T1 hanyalah hutang barangan runcit. PEMBELAAN T2 DAN ANALISA [161] Pembelaan T2 antara lain adalah seperti yang berikut: T2 berada di rumah SD3 hanya kerana diminta oleh T1 dan tidak ada mana-mana mangsa berhutang dengannya [162] Mahkamah tidak dapat menerima pembelaan ini. T1 dan T2 bukannya suami isteri dan ada hubungan keluarga sehingga terpaksa menemani T1 pergi ke rumah SD3. [163] Keberatan keterangan menunjukkan T2 ada kepentingan kewangan dalam memaksa SP1 bersama T1 ke rumah SD3. [164] Justeru tujuan T2 berada di rumah SD3 adalah lebih dari menemani T1. T2 tidak ada pengetahuan apa yang berlaku di rumah SD3 kerana tidak faham apa yang dibualkan antara OKT1 dengan SP1 [165] Sukar Mahkamah menerima bahawa T2 seolah-olah tidak nampak, tidak dengar dan bingung apa yang sebenarnya terjadi terkait perbuatan mereka membawa SP1 ke rumah SD3. [166] Malah, Mahkamah berpuas hati T2 adalah tauke berbanding dengan T1. T2 ada kepandaian dan pengalaman dalam dunia perniagaan. T2 menubuhan syarikat dan ada perjanjian dengan kilang untuk membekalkan pekerja. [167] Tidak keterlaluan jika Mahkamah menyimpulkan T2 adalah orang paling penting dari segi kewangan dalam memperdagangkan mangsa-mangsa dalam kes sekarang. Apatah lagi dia warga Malaysia berbanding T1. SD3 mendakwa tiada ugutan [168] Semasa di Mahkamah, SD3 menerangkan mengenai kejadian di rumahnya. Tiada ugutan berlaku ke atas SP1. [169] Mahkamah berpendapat SD3 ialah saksi berkepentingan kerana dia adalah saspek pada peringkat awal siasatan. Semasa SP11 membuat serbuan ke rumah T1, SD3 juga hadir ke rumah T1. Dia adalah kawan rapat kepada T1. [170] Justeru, Mahkamah tidak dapat memberikan keberatan kepada keterangan SD3. Pembelaan/hujah lain [171] Mahkamah telah mempertimbangkan pembelaan-pembelaan lain dan kesemua isu yang dihujahkan oleh peguambela-peguambela T1 dan T2 yang terpelajar. [172] Secara ringkas, Mahkamah tidak bersetuju. [173] Pembelaan kedua-dua Tertuduh adalah semata-mata menafikan telah mengeksploitasikan mangsa-mangsa bagi maksud pemerdagangan. DAPATAN AKHIR PEMBELAAN [174] Prinsip keraguan yang munasabah adalah sangat kukuh. Ia dibincangkan dalam PP v. Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 yang berikut: makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting pla Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence [175] Lihat juga otoriti locus classicus dalam Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 dimana Lord Denning menyatakan seperti yang berikut: It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of a doubt. The law would fail to protect the community if it permitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can possible but beyond [176] Setelah memakai panduan oleh nas-nas di atas ke atas kesemua pembelaan yang dikemukakan, fikiran Mahkamah ini mendapati sebagai dapatan fakta bahawa T1 dan T2 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. [177] Mahkamah mendapati T1, T2 dan SD3 bukannya saksi yang kredibel. [178] Susulan itu, T1 dan T2 disabitkan dengan kesemua pertuduhan berkenaan. MITIGASI DAN HUJAH PEMBERAT [179] Peguambela T1 dalam mitigasinya memohon hukuman ringan dan mengemukakan alasan-alasan yang berikut:
a
Berumur 45 tahun;
b
Berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 12 tahun;
c
Menjalankan perniagaan menjahit pakaian;
d
Rumah adalah rumah sewa; dan
e
Kesalahan pertama. [180] Peguambela memohon Mahkamah mempertimbangkan hukuman minima atas alasan-alasan yang berikut:
a
Berumur 45 tahun;
b
Bekerja sambilan sebagai supervisor dengan gaji bulanan RM2 hingga RM3 ribu;
c
Telah berkahwin;
d
Menanggung anak umur 5 tahun dan bapa yang telah bersara;
e
Isteri warga negara China dan tidak dapat bekerja di Malaysia;
f
Kesalahan pertama;
g
Tiada apa-apa keganasan dilakukan oleh T2; dan
h
Memberi kerjasama kepada pihak polis semasa siasatan. [181] TPR berhujah kesalahan adalah serius dan memerlukan hukuman deteren. Ia menjejaskan hubungan diplomatik kedua-dua negara. Penting ditekankan supaya Malaysia dinaikkan taraf dari segi memerangi jenayah pemerdagangan manusia di peringkat global. T1 telah menetap lebih kurang 20 tahun di Malaysia namun menjadikan negara ini tempat melakukan jenayah. HUKUMAN [182] Mahkamah telah memakai prinsip-prinsip hukuman mengikut undang-undang. [183] Setelah memakai prinsip dan mempertimbangkan kesemua faktor mitigasi dan hujah pemberat, berikut adalah hukuman (mengikut mangsa dan no. kes): SP1 sebagai mangsa: 62ATIP-66-09/2022 Hukuman penjara 5 tahun dan denda RM5,000-00 bagi setiap Tertuduh. Jika gagal bayar, 6 bulan penjara. SP2 hingga SP6 sebagai mangsa: BL-62ATIP-68-09/2022, BL-62ATIP-67-09/2022, BL-62ATIP-64- 09/2022, BL-62ATIP-65-09/2022 dan 62ATIP-63-09/2022 Hukuman penjara 5 tahun dan denda RM4,000-00 bagi setiap Tertuduh. Jika gagal bayar, 6 bulan penjara. Hukuman ini bagi setiap mangsa. [184] Hukuman penjara bagi kesemua pertuduhan berjalan serentak. [185] Pada hemat Mahkamah hukuman penjara dan denda adalah tidak keterlaluan tinggi. [186] Hukuman terhadap SP1 adalah lebih tinggi dari mangsa-mangsa lain kerana SP1 telah dikurung dan diugut oleh kedua-dua kedua-dua Tertuduh. PAMPASAN Hujah TPR dan peguambela [187] TPR memohon pampasan kepada kesemua mangsa di bawah seksyen 66A, Akta 670. [188] Antara alasan ialah mereka telah meninggalkan keluarga dan anak-anak di kampung untuk mendapat rezeki yang lebih baik. Punca pendapatan mereka adalah terjejas kerana gaji dipotong atas alasan hutang yang tidak pernah diberitahu sebelum kedatangan ke Negara ini. [189] Keluarga kesemua mangsa juga kehilangan wang sepatutnya diterima. SP2 hingga SP5 dipotong sehingga RM500-00 setiap bulan. SP1 juga telah membuat bayaran hutang SP2 hingga SP5 kerana melarikan diri. [190] Sepanjang kes ini berjalan, kesemua mangsa berada di rumah perlindungan dan mereka tiada punca pendapatan. [191] Peguambela T1 berhujah Mahkamah harus mempertimbangkan kepentingan T1 dan keupayaan T1 untuk membayar pampasan. Pendapatan T1 hanyalah RM5-00 bagi setiap mangsa. [192] Peguambela juga berhujah tiada isu keganasan dalam kes sekarang dan hanya gaji sahaja yang menjadi isu. [193] Peguambela T1 menyatakan dia mendapat arahan anak guamnya bahawa T1 hanya mampu membayar RM2,500-00 kepada setiap mangsa. [194] Peguambela T2 menekankan kepada gaji. Gaji tertunggak SP2 hingga SP5 adalah RM30-00 sehari. Bagi tempoh 7 bulan bekerja, jumlah tunggakan ialah RM4,280-00 seorang. Mereka juga diberi tempat kerja dan tempat tinggal sepanjang bekerja. [195] Peguambela T2 berhujah anak guamnya memaklumkannya T2 hanya mampu memberi RM10,000-00 untuk kesemua mangsa iaitu setiap mangsa hanya RM1,600-00 sahaja. Analisa Mahkamah mengenai pampasan [196] Pampasan diperuntukkan di bawah seksyen 66A, Akta 670. Ia adalah ciptaan statut. Ia ada nilai undang-undang dan perlu diberikan pertimbangan serius oleh Mahkamah bicara. [197] Parlimen berniat untuk menerimapakai secara bersama seksyen 66A, Akta 670 dengan seksyen 426(1A), (1B), (1C) dan (1D), Kanun Prosedur Jenayah [KPJ]. Justeru seksyen 66A tidak boleh dibaca secara berasingan. [198] Prinsip ialah pampasan terkait kes-kes jenayah bukan perintah sampingan tetapi bersifat pelengkap supaya keadilan tidak diberikan secara separuh masak, tetapi sehingga ke penghujung. Pihak yang paling mustahak dibela ialah bukannya pihak penjara atau penguatkuasa, tetapi mangsa-mangsa. Pendekatan ini adalah konstruktif sebagai sebahagian dari tugas murni Mahkamah. Lihat Mahkamah Rayuan dalam Public Prosecutor v. Abdul Halim Bin Abd Samat [2014] 6 MLJ 144 yang berikut: [15] Another point which merits consideration is whether the order given by the learned sessions court judge to compensate the victim was appropriate in the circumstances. The learned DPP argued that an order of compensation does not amount to a sentence being passed and neither is it suitable considering the circumstances of this case. The learned DPP espoused his contention by referring to the cases of Public Prosecutor v Lee Meow Sim Jenny [1993] 3 SLR 885; and R v Inwood (1974) 60 Cr App Rep 70. This seems to be a preferable view and we have no reason to disagree with the learned DPP on this point. We are of the view that the power of the court to award compensation is not ancillary to other sentences but it is in addition thereto. It is a measure of responding appropriately to crime as well as to reconciling the victim with the offender. [16] Although an order for payment of compensation to a victim is indeed a constructive approach to a crime as provided under our criminal jurisprudence, the court must always evaluate to see whether based on the facts and circumstances surrounding the case, such an order is appropriate. In our judgment, we find that an order for the payment of compensation as was done in this case will not redeem the pain and agony endured by the victim and his family. A mere payment of RM12,000 as compensation in our view will not be able to meet the ends of justice. This is especially so when the victim has rejected the offer resulting in the compensation sum of RM12,000 [199] Pihak yang diamanahkan untuk membela mangsa ialah Mahkamah. Mahkamah dituntut oleh masyarakat supaya mendepani dalam membela mangsa yang teraniaya. Lihat Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 yang berikut: no longer plays any part in our criminal law. There is, however, another aspect of retribution which isfrequently overlooked; it is that society, through the courts, must show its abhorrence of particular types of crime and the only way in which the courts can show this is by the sentences they pass. The courts do not have to reflect public opinion. On the otherhand courts must not disregard it. Perhaps the main duty of the court is to lead public opinion [200] Mahkamah berfikiran hukuman penjara dan denda ke atas T1 dan T2 tidak memberi sebarang efek kepada mangsa-mangsa. Mereka masih tidak terbela. [201] Seksyen 66A, Akta 670 yang dibaca bersama 426(1A) dan (1C), KPJ menunjukkan ia berdiri sendiri dan lebih luas dari prinsip tuntutan sivil. [202] Malah perintah pampasan ini juga boleh mengambil kira pampasan mengikut tuntutan sivil bagi menjimatkan masa mangsa. Lihat Mahkamah Tinggi dalam Public Prosecutor v. Hasrul bin Abd Hamid & Anor and other cases [2021] MLJU 3062 yang berikut: With the advent of such provision, the immigration status of the victim will be irrelevant and any limitations of such nature introduced under any labour legislation or regulations can be circumvented. Under such provision, any trafficked or smuggled victims are entitled to compensation and payment arrears regardless of their immigration status. Due to the immigration and financial status of the victims, they would not be able to remain in this country. Thus, by providing compensation under such provision, victims could be compensated immediately without having to undergo the time consuming and high costs character of a fresh civil suit for damages and returned to their respective countries at the end of the criminal trial [203] Seksyen 66A, Akta 670 yang dibaca bersama 426(1A) dan (1C), KPJ juga menunjukkan faktor-faktor pampasan adalah luas yang merangkumi apa-apa faktor yang difikirkan Mahkamah bicara sebagai relevan. Adalah salah jika ia hanya kepada faktor tunggakan gaji sahaja. Lihat seksyen 66A yang berikut: Seksyen 66A. Perintah pembayaran pampasan kepada orang yang diperdagangkan.
1
Mahkamah yang di hadapannya tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh membuat suatu perintah bagi pembayaran oleh orang yang telah disabitkan bagi suatu jumlah yang akan ditetapkan oleh Mahkamah sebagai pampasan kepada orang yang diperdagangkan.
2
Berhubung dengan perintah pembayaran pampasan, subseksyen 426(1A),
1B
(1B),
1C
dan
1D
Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593] hendaklah terpakai.
3
Bagi maksud pembayaran pampasan, seksyen 432 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah terpakai.
4
Perintah pembayaran pampasan di bawah seksyen ini tidak menghalang permulaan apa-apa tindakan sivil di Mahkamah oleh orang yang diperdagangkan itu terhadap orang yang telah [204] Peruntukan 426 (1A), KPJ pula memperuntukkan seperti yang berikut: Perintah bagi pembayaran kos pendakwaan dan pampasan
1
(1)
1A
Tanpa menjejaskan subseksyen
1
(1), Mahkamah yang di hadapannya seseorang tertuduh disabitkan atas suatu kesalahan hendaklah, atas permohonan Pendakwa Raya, membuat suatu perintah terhadap tertuduh yang disabitkan itu bagi pembayaran olehnya, atau jika tertuduh yang disabitkan itu ialah seorang kanak-kanak, oleh ibu atau bapanya atau penjaganya, suatu jumlah wang yang hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah itu sebagai pampasan kepada seseorang yang merupakan mangsa bagi kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh yang disabitkan itu berkenaan dengan kecederaan kepada dirinya atau kerosakan pada wataknya, atau kehilangan pendapatannya atau kerugian pada hartanya, akibat daripada kesalahan yang dilakukan itu.
1C
Mahkamah hendaklah, dalam membuat suatu perintah dibawah subseksyen (1A), mengambil kira faktor yang berikut:
a
jenis kesalahan itu;
b
kecederaan yang dialami oleh mangsa itu;
c
perbelanjaan yang dilakukan oleh mangsa itu;
d
kerosakan pada, atau kerugian, harta yang dialami oleh mangsa itu;
e
kehilangan pendapatan yang ditanggung oleh mangsa itu;
f
keupayaan tertuduh yang disabitkan itu untuk membayar; dan
g
apa-apa faktor lain yang difikirkan relevan oleh Mahkamah [205] Mahkamah mempertimbangkan bahawa kesalahan di bawah seksyen 12, Akta 670 adalah dari jenis jenayah moden terkait migran dan kemanusiaan yang dipandang berat oleh masyarakat dunia pada masa kini. [206] Bukan mangsa sahaja, tetapi keluarganya juga adalah faktor yang boleh dipertimbangkan dalam menentukan pampasan. Lihat Abdul Halim Bin Abd Samat [supra] yang berikut: In our judgment, we find that an order for the payment of compensation as was done in this case will not redeem the pain and agony endured by the victim and his family. [207] Cara perbuatan jenayah dan peranan tertuduh adalah juga faktor relevan. Lihat penghakiman terkini oleh Mahkamah Tinggi Klang dalam Zaimatulhakma bt Abdul Hamid lwn Pendakwa Raya [2022] MLJU 439 yang berikut: Bagi pampasan yang dikenakan Mahkamah diperingkat rayuan berpuas hati bahawa HMS telah membuat pertimbangan yang tepat terhadap hakikat SP1 telah bekerja untuk tempoh 10 tahun, kekerasan yang dilakukan ke atasnya dan keengganan perayu untuk mengakui gaji adalah tidak dibayar dalam membuat perintah [208] Dalam kes sekarang, perbuatan pemerdagangan manusia ke atas mangsa-mangsa dalam masa 6 bulan sepanjang berada di Negara ini sudah tentu mengganggu dan menjejaskan mental dan emosi mereka. [209] Tempoh 6 bulan tidak boleh dikatakan pendek. [210] Nyata, mereka dilayan secara hina tanpa rasa hormat sebagai seorang manusia oleh T1 dan T2. [211] Hutang secara berpanjangan juga menjejaskan perancangan kewangan dan perbelanjaan mereka serta anak-anak dan keluarga di Kemboja setiap bulan. [212] Ia juga menyebabkan mereka tertekan. [213] Pemerdagangan ke atas mangsa-mangsa juga sudah tentu mengganggu fikiran anak-anak dan keluarga mereka di Kemboja. [214] Kedatangan ke Negara ini menjadi peristiwa hitam kepada mereka yang akan dikenang sepanjang hayat. [215] Imej masyarakat Negara ini juga dipandang negatif. Lihat Zaimatulhakma bt Abdul Hamid [supra] yang berikut: [90] Tambahan pula memandangkan mangsa adalah seorang warga Indonesia, apa yang berlaku terhadap SP1 boleh mengeruhkan hubungan 2 hala antara kedua-dua negara jika tidak ditangani dengan tepat dan betul [216] Mahkamah berpendapat keupayaan T1 dan T2 membuat kadar bayaran seperti yang dihujahkan peguambela bukannya satu-satunya syarat dalam menentukan kadar pampasan. Pun begitu, Mahkamah telah juga mempertimbangkannya. [217] Mahkamah mempertimbangkan bahawa T1 dan T2 ada upaya kerana diberikan kekuatan mental dan fizikal. Mereka adalah usahawan dan peniaga. Mereka ada upaya dan kepandaian untuk membuat bayaran. Tiada keterangan yang menunjukkan T1 dan T2 muflis atau cacat badan sehingga tiada upaya untuk berfikir dan berusaha untuk membayar pampasan. [218] Mahkamah tidak boleh menjalankan tugasnya dengan wajar jika hanya terikat dengan representasi T1 dan T2 bahawa mereka hanya mampu membayar masing-masing pada kadar RM2,500-00 dan RM1,600-00 sahaja bagi setiap mangsa. [219] Setelah mempertimbangkan kesemua hujah oleh kedua-dua peguambela dan TPR serta keseluruhan fakta relevan, Mahkamah memerintahkan pampasan kepada mangsa-mangsa seperti yang berikut:
a
SP1: RM30,000-00 (setiap Tertuduh RM15,000-00);
b
SP6: RM25,000-00 (setiap Tertuduh RM12,500-00);
c
SP2: RM25,000-00 (setiap Tertuduh RM12,500-00);
d
SP3: RM25,000-00 (setiap Tertuduh RM12,500-00);
e
SP4: RM25,000-00 (setiap Tertuduh RM12,500-00); dan
f
SP5: RM25,000-00 (setiap Tertuduh RM12,500-00). [220] Kesemua pampasan hendaklah dibayar dalam masa 1 bulan. Jika gagal bayar, 6 bulan penjara. [221] Mahkamah juga merujuk kepada kes Zaimatulhakma bt Abdul Hamid [supra] yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan. Nas ini memerintahkan pampasan RM50,000-00 kepada hanya seorang mangsa RM50,000-00 yang hanya melibatkan seorang tertuduh. [222] Dalam kes sekarang, terdapat dua Tertuduh yang melakukan perbuatan pemerdagangan ke atas mereka. Ia adalah perbuatan jenayah yang lebih berat. [223] Prinsip ialah pampasan tidak boleh keterlaluan tinggi. Mahkamah merujuk kepada Wong Kian Kheong J [yang mana dia pada ketika itu] dalam Ahmad Azhar bin Othman v. Rozana bt Misbun [2021] 9 MLJ 82 yang memutuskan seperti yang berikut: WHETHER THERE SHOULD BE APPELLATE INTERVENTION REGARDING DAMAGES AWARD [44] Firstly, an appellate court generally does not intervene regarding damages is which justifies appellate intervention please see the judgment of Azmi CJ (Malaya) (as he then was) in the Federal Court in Topaiwah v Salleh [1968] 1 MLJ 284, [224] Kadar pampasan yang diperintahkan bukannya secara nyata keterlaluan tinggi seperti ratusan ribu kepada setiap mangsa. [225] Pada hemat Mahkamah, kadar pampasan seperti yang diperintahkan adalah munasabah untuk membela kesemua mangsa berdasarkan keseluruhan fakta kes. Disediakan oleh: ditandatangani (Zulqarnain bin Hassan) Hakim Sesyen Mahkamah ATIP, Klang
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.