Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BNCvC-27-07/2023 Antara
BA-12BNCvC-27-07/2023
High Court of Malaysia2 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)”. - Penekanan ditambah [15] Sesuatu dapat”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BNCvC-27-07/2023 Antara
1
1.
2
MOHD SYAZWAN BIN ROSLAN … PERAYU-PERAYU Dan DATO’ SRI ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN … RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini ialah rayuan oleh Perayu-Perayu (Perayu) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang telah menolak tuntutan mereka, setelah perbicaraan penuh dijalankan, antara lain untuk satu deklarasi bahawa perjanjian persetujuan (perjanjian tersebut) bertarikh 6.12.2018 telah ditamatkan serta gantirugi sebanyak RM285,000.00 atas kemungkiran perjanjian tersebut. [2] Setelah meneliti rekod rayuan dan menimbang hujahan daripada kedua-dua belah pihak, saya memutuskan tiada kekhilafan dalam dapatan HMS menolak tuntutan Perayu dan saya juga dapati tiada merit 24/09/2024 09:39:22 BA-12BNCvC-27-07/2023 Kand. 21 S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w dalam rayuan ini. Maka rayuan Perayu ditolak dengan kos RM5000 kepada Responden (tertakluk kepada fi alokator). [3] Perayu kini merayu ke Mahkamah Rayuan dan berikut adalah alasan saya. Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana prosiding di Mahkamah Sesyen. Fakta kes [4] Plaintif Pertama (P1) dan Plaintif Kedua (P2) (Plaintif-Plaintif) adalah pemilik perniagaan Belanga Bonda Kitchen manakala Defendan pemilik perniagaan Rumahmakan Terlajaklaris. [5] Satu perjanjian persetujuan telah ditandatangani oleh Defendan dengan penama Noorazlina binti Othman dan P1 pada 6.12.2018 untuk menggunakan nama dan konsep Defendan sebagai satu perniagaan restoran. [6] P2 telah membeli pegangan ekuiti dari Noorazliza binti Othman (dalam perkongsian) pada 7.5.2019 menjadikan P2 sebagai rakan kongsi bersama P1 dalam Belanga Bonda Kitchen. [7] Antara terma perjanjian tersebut adalah bahawa Defendan akan menjual perniagaan Rumah Makan Terlajak Laris (restoran tersebut) di Kota Damasara kepada Plaintif-Plaintif dengan harga RM285,000.00 dan Defendan perlu mempromosikan restoran tersebut sepanjang tempoh perjanjian di media sosial Defendan. [8] Plaintif-Plaintif memasuki perjanjian tersebut dengan Defendan atas dasar pengaruh (influence) Defendan yang mempunyai ramai pengikut S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w dan dipercayai akan menghasilkan jualan menguntungkan kepada perniagaan restoran tersebut. [9] Plaintif-Plaintif seterusnya mengatakan bahawa Defendan adalah berkewajiban untuk secara terus mempromosikan restoran tersebut namun setelah tiga (3) bulan dari tarikh pembelian, Defendan dikatakan telah gagal untuk membuat sebarang promosi sepertimana dalam perjanjian dan menyebabkan hasil jualan restoran tersebut terjejas. [10] Plaintif-Plaintif merujuk kepada klausa 5.1 perjanjian yang memperuntukkan bahawa tempoh tamat perniagaan adalah lima (5) tahun, maka berhujah bahawa Defendan bertanggung jawab membuat promosi berterusan sehingga tamat tempoh tersebut. [11] Oleh kerana Defendan dikatakan gagal menjalankan kewajibannya mengikut perjanjian, Plaintif-Plaintif bertindak untuk menamatkan perjanjian tersebut pada 28.2.2020 dan menuntut gantirugi terhadap Defendan. Alasan dan Dapatan HMS [12] Dalam menolak tuntutan Plaintif-Plaintif, selesai mendengar keterangan dari semua saksi yang dipanggil dan mendengar hujah dari kedua belah pihak, HMS memutuskan bahawa:
1
Notis penamatan yang diberikan oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan adalah defektif kerana gagal mematuhi peruntukan mengenai cara serahan di klausa 5. S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w
2
Bayaran RM285,000.00 adalah bagi tujuan pembelian restoran Rumah Makan Terlajak Laris dan juga nama baik Defendan dan bukan satu usaha sama atau joint venture.
3
Plaintif-Plaintif adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perniagaan tersebut dan mereka sendiri telah melanggar terma perjanjian tersebut.
4
Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah satu usaha untuk mendapatkan keuntungan tidak wajar (unjust enrichment) dari Defendan.
5
Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan keterangan untuk membuktikan kerugian dan juga gagal mengemukakan penyata akaun yang diaudit untuk menunjukkan jika benar mereka telah mengalami kerugian. Prinsip Undang-undang Berkaitan Rayuan [13] Dalam mempertimbangkan rayuan terhadap keputusan selepas perbicaraan penuh, prinsip undang-undang adalah mantap bahawa, dapatan fakta oleh mahkamah bicara tidak akan diusik melainkan jika mahkamah bicara melakukan kesilapan undang-undang atau terdapat keputusan fakta yang ternyata salah/khilaf (plainly wrong). Keputusan yang jelas salah atau khilaf berlaku apabila mahkamah bicara gagal atau tidak cukup penghayatan kehakiman terhadap bukti yang dikemukakan (insufficient judicial appreciation of the evidence). [14] Mahkamah Persekutuan dalam kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441, memutuskan bahawa – “[60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin (P) & Anor v Lee Ing Chin @ Lee Teck S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 (at p 10) per Steve Shim CJ (Sabah & Sarawak). More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v Genisys Intergrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Wah & Anor v Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v Thomas [1947] AC 484; and Gan Yook Chin & Anor v Lee Ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)”. - Penekanan ditambah [15] Sesuatu dapatan fakta tidak akan diganggu oleh mahkamah yang menjalankan bidang kuasa rayuan kecuali terdapat kekhilafan nyata oleh hakim bicara. Di peringkat rayuan juga, saya hanya akan campur tangan dalam keadaan HMS telah tersalah arah dalam keputusan beliau (rujuk kes Merita Merchant Bank Singapore Ltd v Dewan Bahasa dan Pustaka [2014] 9 CLJ 1064 - It is trite law that an appellate court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrust the primary duty of evaluation of the evidence. However, the appellate court is under a duty to intervene in a case where the trial court has so fundamentally misdirected itself. Analisa dan Dapatan Mahkamah [16] Saya telah memberikan alasan ringkas saya (broad grounds) tatkala membuat keputusan terhadap rayuan ini sepertimana berikut:
1
Perjanjian atau terma yang mengikat kedua-dua belah pihak adalah sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian persetujuan bertarikh 6.12.2018. S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w
2
Pihak-pihak telah consensus untuk berkontrak berdasarkan syarat dan terma yang telah diperuntukkan.
3
Dari bacaan four corners of the contract dan nota keterangan yang dirujuk oleh pihak-pihak, saya dapati HMS tidak khilaf dalam memutuskan bahawa penamatan yang dibuat oleh Perayu, tidak mengikut terma yang dinyatakan.
4
Bayaran RM285,000.00 adalah jumlah bayaran atas pembelian perniagaan Restoran Rumah Makan Terlajak Laris dan tidak boleh dikembalikan sepenuhnya kepada Plaintif-Plaintif, malah telah diperuntukkan, dan dipersetujui bahawa potongan boleh dibuat RM10,000.00 sebulan jika Plaintif-Plaintif menarik diri. [17] Pertikaian timbul dari alegasi kegagalan pihak-pihak dalam mematuhi terma perjanjian yang dimasuki. Saya telusuri perjanjian tersebut untuk melihat tanggungjawab dan obligasi yang perlu dibuat dan patuhi oleh kedua-dua belah pihak kerana terma yang akan mengikat pihak-pihak yang berkontrak adalah terhad kepada sepertimana yang telah dipersetujui oleh mereka. [18] Tidak dinafikan bahawa Defendan adalah seorang individu berpengaruh di media sosial dan juga tuan punya kepada satu perniagaan restoran Rumah Makan Terlajak Laris. Atas dasar ini juga, Plaintif-Plaintif bersetuju untuk membeli restoran tersebut dengan harga RM285,000.00 untuk menjadi milik mereka dengan terma selanjutnya, Defendan secara berterusan mempromosikan restoran tersebut sepanjang tempoh perjanjian. Sebagai balasan, Plaintif-Plaintif bersetuju untuk membayar peratusan keuntungan seperti yang dinyatakan dalam perjanjian kepada Defendan. S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w [19] Terdapat perselisihan apabila Plaintif-Plaintif menganggap perjanjian tersebut bukan satu pembelian restoran tersebut tetapi satu usaha sama untuk mereka mengambil peluang pengaruh Defendan bagi menjana pendapatan dari pelangan-pelangan yang bakal datang hasil promosi Defendan di media sosial beliau untuk mengunjungi restoran tersebut. [20] Namun, Defendan mengatakan bahawa jumlah RM285,000.00 tersebut adalah satu jumlah nilai pembelian restoran tersebut, beserta dengan kebenaran menggunakan nama beliau. Dari keterangan Defendan, beliau juga ada mengatakan antara sebab Defendan enggan meneruskan promosi restoran tersebut adalah kerana beliau tidak dibayar jumlah fi review yang wajar. [21] Atas kemungkiran Defendan yang dikatakan ini, Plaintif-Plaintif telah bertindak menamatkan perjanjian dan menyerahkan notis penamatan ke alamat syarikat milik Defendan, D’Herbs Holding Sdn Bhd kerana mempercayai Defendan berada di situ dan notis akan diterima oleh beliau. [22] Sungguhpun begitu, Defendan merujuk kepada peruntukkan klausa 5.2 yang mengatakan, notis penamatan hendaklah diserahkan secara serahan tangan kepada Defendan sekurang-kurangnya dengan satu (1) bulan notis ke alamat penyampaian iaitu di alamat restoran tersebut (25, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Jalan PJU 5/20E, 47810 Petaling Jaya, Selangor). S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w [23] Klausa 5.2 memperuntukkan: “5.2 Sekiranya mana-mana pihak berhasrat untuk menamatkan Perjanjian Perniagaan ini, satu Notis Bertulis hendaklah diserahkan secara serahan tangan kepada pihak yang lagi satu sekurang-kurangnya satu (1) bulan notis.” [24] Saya berpendapat, jika syarat yang dipersetujui adalah sepertimana yang tertera dalam perjanjian, maka untuk mengesahkan cara mana penyampaian sesuatu notis penamatan harus dibuat, perlu mengikut terma yang diperuntukkan. Maka, cara serahan ke alamat selain yang dinyatakan, akan menjadikan notis tersebut defektif kerana melanggar kehendak perjanjian itu sendiri. Undang-undang berkait pihak-pihak terikat dengan perjanjian antara mereka dan mahkamah tidak boleh menukar terma yang telah dipersetujui telah dibincangkan dan diputuskan dalam kes-kes yang dirujuk, seperti Agromate (M) Sdn Bhd v KTS Trading Sdn Bhd (2017) 1 LNS 1707, Bank Islam Malaysia Sdn Bhd v Lim Kok Hoe & Anor (2009) 6 CLJ 22 dan RHB Bank Bhd v Fauzun Abdul Samad (2007) 9 CLJ 748 [25] Plaintif-Plaintif berhujah bahawa jika serahan dibuat ke alamat restoran, ianya tidak akan dapat diserahkan kepada Defendan kerana beliau tidak berada di situ dan tidak logik untuk membuat serahan ke alamat restoran. Logik atau sebaliknya bukan perkara (point) yang perlu dipertimbang oleh pihak-pihak dalam mematuhi terma yang sudah ditanda tangani. Ianya perlu dijelaskan antara mereka semasa menyediakan perjanjian sebelum itu. [26] Selain isu kegagalan membuat serahan di alamat yang dinyatakan, adalah juga dihujahkan bahawa notis tersebut adalah defektif kerana klausa 1.4 memperuntukkan bahawa Plaintiff-Plaintif tidak boleh S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w menamatkan perjanjian dan hanya Defendan berhak berbuat demikian setelah amaran dikeluarkan. Terma klausa 1.4 adalah seperti dibawah: “1.4 Pihak Kedua [Plaintif] tidak dibenarkan “terminate” Pihak Pertama [Defendan]. Tetapi Pihak Pertama berhak menamatkan kontrak Pihak Kedua sekirannya melanggar peraturan yang telah ditetapkan setelah amaran bertulis sebanyak 3 kali telah dikeluarkan” [27] Maka, telah dihujahkan bahawa Plaintif-Plaintif tiada kausa tindakan terhadap Defendan atas terma halangan yang tersebut di atas. [28] Saya dapati pergantungan Defendan atas terma klausa 1.4 adalah berasas dan gagal dibuktikan sebaliknya oleh Plaintif-Plaintif bahawa terma tersebut tidak mengikat pihak-pihak. Mengenai isu penamatan perjanjian, akan saya bincangkan lebih lanjut selepas ini (later part of this judgment). [29] Kembali kepada isu bayaran RM285,000.00, telah dihujahkan oleh Defendan bahawa ianya satu jumlah yang dipersetujui untuk pembelian perniagaan restoran tersebut dan nama baik Defendan. Rujukan dibuat pada klausa 1.1 perjanjian yang memperuntukkan: “ 1. Perjanjian 1.1 Pihak pertama [Defendan] bersetuju untuk menjual perniagaan RUMAH MAKAN TERLAJAK LARIS di KOTA DAMANSARA kepada pihak kedua [Plaintif] sebanyak RM285,000.00..” -penekanan ditambah [30] Sungguhpun begitu, semasa memberikan keterangan, P1 menafikan ianya satu penjualan perniagaan dan mengatakan ia satu usaha sama di mana Defendan mempunyai pegangan syer 5%, dan bergantung kepada klausa 1.2 seperti berikut: S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w “ 1.2 Pihak pertama mempunyai pegangan 5% daripada keuntungan Rumah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara yang dikendalikan oleh Pihak kedua.” [31] Akan tetapi fakta bahawa ianya satu penjualan perniagaan tidak pula dinafikan oleh P2 malah beliau telah bersetuju dengan cadangan peguam bahawa ianya satu urusan jual beli perniagaan. [32] Dalam mempertimbangkan isu ini, selain klausa 1.1, saya juga merujuk kepada klausa 2 yang menyebut mengenai terma pembayaran: “2.1 Pihak kedua telah bersetuju untuk membayar kepada Pihak pertama sebanyak RM285,000.00 (ringgit Malaysia Dua Ratus Lapan Puluh Lima Ribu sahaja) kepada Pihak pertama untuk menggunakan dan menjalankan perniagaan menggunakan nama Rumah Makan Terlajak Laris.
2
2.2…
2
2.3 Selanjutnya, Pihak kedua juga bersetuju untuk membayar kepada Pihak Pertama sebanyak empat peritus 4% daripada jumlah jualan harian dan lima pertus 5% jumlah keuntungan Pihak pertama.” [33] Dari pengamatan saya, consensus pihak-pihak semasa berkontrak adalah jelas iaitu Defendan bersetuju untuk menjual dan Plaintif-Plaintif bersetuju untuk membeli perniagaan restoran tersebut dengan harga yang dinyatakan beserta kebenaran untuk dikekalkan menggunakan nama perniagaan Defendan dengan balasan bayaran peratusan keuntungan yang dipersetujui. [34] Nas undang-undang duluan adalah jelas bahawa sepihak tidak boleh mengemukakan terma secara lisan yang bercanggah dengan terma yang telah dipersetujui secara bertulis (rujuk s. 92 Akta Keterangan dan S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w kes Union Workshop (Construction) Co v Ng Chew Ho Construction Co Snd Bhd (1978) 2 MLJ 22). [35] Oleh yang demikian, saya dapati perjanjian yang dimasuki oleh kedua-dua belah pihak adalah satu perjanjian jual beli perniagaan restoran tersebut dengan kebenaran untuk menggunakan nama baik Defendan dan bukannya satu usaha sama. Maka tiada kekhilafan HMS dalam membuat keputusannya untuk isu ini. [36] Defendan juga berhujah bahawa yang melanggar terma dan mungkir perjanjian adalah Plantif-Plaintif sendiri dan bukannya Defendan. Terma klausa 1.5 telah dirujuk yang menyebut bahawa pembayaran yang telah dibuat oleh Plantif-Plaintif kepada Defendan tidak akan dipulangkan sepenuhnya jika Plaintif-Plaintif menarik diri atau melanggar syarat-syarat perjanjian. [37] Seterusnya, klausa 4 menyebut tentang kewajiban Plaintif-Plaintif untuk memastikan sendiri perniagaan berjalan lancar serta menguruskannya restoran tersebut sebaiknya. Manakala obligasi Defendan disebut di klausa 3 dimana Defendan akan membuat promosi empat (4) kali sebulan di platfom media sosial beliau dan wajib ke restoran tersebut sebulan sekali. [38] Plaintif-Plaintif dengan tegas bergantung kepada klausa 3.2 dan 3.3 dan mengatakan ianya satu terma asas kepada perjanjian tersebut, maka jika ianya tidak dipatuhi oleh Defendan maka fundamental term kontrak telah dimungkiri. Kes Alan Thomas Bolsen v Draftworldwide Snd Bhd
2009
8 MLJ 461 dan Tan Kau Tiah @ Tan Ching Hai v Tetuan Teh Kim Teh, Salina & Co (satu firma) and Anor (2010) 3 MLJ 569 telah dirujuk. S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w [39] Adalah jelas bahawa asas tuntutan Plaintif-Plaintif timbul dari fakta dakwaan mereka bahawa Defendan gagal menjalankan kewajiban mempromosikan restoran tersebut sehingga Plaintif-Plaintif mengalami kerugian. Fakta ini yang mendorong kepada alasan Plaintif-Plaintif untuk menamatkan perjanjian. [40] Manakala, Defendan pula berhujah bahawa tanggungjawab menguruskan restoran adalah atas Plaintif-Plaintif maka jika ada kerugian atau keuntungan adalah tanggungjawab mereka. Defendan tidak boleh dipersalahkan atau menjadikan satu alasan untuk penamatan yang dikatakan. Defendan berpegang kepada terma yang jelas menyebut Plaintif-Plantif tiada hak untuk menamatkan perjanjian sepertimana telah disebut di atas dan juga mengikut klausa 5.1, yang memperuntukan cara perjanjian boleh ditamatkan, diturunkan seperti berikut: “ 5.1 Perjanjian ini boleh ditamatkan: - Secara serta merta oleh Pihak pertama jika Pihak kedua melakukan kemungkiran atau perlanggaran yang telah bermaktub di dalam terma terma perjanjian persetujuan ini. (Lampiran 1) - Sekiranyanya Pihak kedua tidak lagi menjalankan perniagaan bersama dengan Pihak pertama, Pihak kedua tidak dibenarkan menggunakan konsep yang sama seperti Rumah Makan Terlajak Laris. Tindakan undang-undang boleh diambil sekiranya Pihak kedua berbuat demikian. - Tempoh tamat perniagaan adalah 5 (lima) tahun dari tempoh perjanjian ini ditanda tangani. Walaubagaimana pun Pihak pertama berhak untuk menamatkan kontrak serta merta sekiranya perjanjian ini di langgar.
5
5.2 Sekiranya mana-mana pihak berhasrat untuk menamatkan Perjanjian Perniagaan ini, satu Notis Bertulis hendaklah diserahkan secara serahan tangan kepada pihak yang lagi satu sekurang-kurangnya satu (1) bulan notis.” S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w [41] Dari terma yang dipersetujui, saya dapati Plaintif-Plaintif tidak dalam posisi untuk menamatkan perjanjian serta merta tetapi dengan membuat serahan tangan dengan notis satu bulan. Tetapi jika dibaca bersama klausa 1.4, Plaintif-Plaintif juga tidak dibolehkan untuk “terminate” Defendan dan hanya Defendan berhak menamatkan kontrak jika Plaintif-Plaintif melanggar peraturan yang ditetapkan. [42] Defendan seterusnya mengatakan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal mengemukakan laporan bulanan mengikut klausa 4.1(l) maka merekalah pihak yang telah memungkiri perjanjian. Klausa 4.1 (l) – Segala kos utiliti adalah dibawah tanggungan Pihak kedua. Pihak Kedua juga perlu menghantar laporan bulanan kepada Pihak pertama setiap bulan. [43] Dakwaan ini tidak disangkal oleh Plaintif-Plaintif kerana gagal mengemukakan bukti bahawa ada laporan dikemukakan. [44] Apa pun, fakta di atas hanya untuk menunjukkan kepada mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif tidak berhak untuk menamatkan perjanjian dan jika pun ada kemungkiran, adalah dipihak Plaintif-Plaintif sendiri. [45] Penegasan Defendan tetap bahawa, jika pun Plaintif-Plaintif ingin menamatkan perjanjian, notis yang diserahkan adalah defektif sebagaimana yang telah dibincangkan diatas. [46] Mengikut Penyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif, mereka juga memohon kerugian ekonomi yang dialami dan/atau kerugian keuntungan (profit) yang terhutang dan perlu dibayar oleh Defendan atas kemungkiran yang dikatakan, dinilai (assessed) oleh mahkamah. Saya bersetuju dengan dapatan HMS yang juga mendapati Plaintif-Plaintif telah gagal S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w memperincikan atau membuktikan apa-apa kerugian yang disebabkan oleh Defendan dalam kes ini. Saya juga bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa, jikapun ada kerugian, ianya adalah disebabkan oleh kecuaian atau kegagalan Plaintif-Plaintif dalam menguruskan restoran tersebut. Maka dapatan yang sama dibuat oleh HMS adalah betul. Tuntutan Plaintif-Plaintif jelas tergolong dalam kategori mendapatkan keuntungan yang tidak wajar dari Defendan (unjust enrichment), jika dibenarkan. [47] Akhir sekali, walaupun saya dapati alasan HMS yang disediakan agak ringkas (brief) namun selagi dapatannya tidak khilaf, ianya masih boleh dipertahan dan diterima. Sungguhpun begitu, sebaiknya, justifikasi yang lebih terperinci terhadap dapatan yang dibuat perlu diperjelas dan dinyatakan demi menjaga kualiti penulisan alasan penghakiman bagi tujuan rujukan pihak-pihak yang terlibat.
para
[48] Oleh yang demikian, saya dapati tiada kekhilafan dalam dapatan HMS menolak tuntutan Perayu, maka rayuan Perayu dengan ini ditolak dengan kos RM5000 kepada Responden (tertakluk kepada fi alokator). Tarikh: 23 September 2024 -signed- (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam NVCV 9 S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w Peguam: Bagi pihak Perayu: Azraai Yunos & Nur Farah Eliana Ahmad Jafri Tetuan Azraai, Hazieq & Zikry Bagi pihak Responden: Hasshahari Johari Mawi & Muhammad Hafizan Shafuan Tetuan Hasshahari & Partners S/N gSiq7sr6UkuDaxkY9oM7w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.