Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-28-03/2022, JA-45A-29-03/2022 & JA-45A-86-04/2022] DI ANTARA PENDAKWARAYA
JA-45A-28-03/2022
High Court of Malaysia19 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“sed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. S/N aw7h8oY67UCmrWdx6R”
“may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [32] Rujukan juga ke”
“It was also the second appellant who handed over the drugs to SP7 when SP7 asked him about it. [33] It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offen”
“nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge”
“hat it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [32] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg **Note : Serial number will be used t”
“nan untuk membuat satu dapatan, sama ada Pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Rujukan terhadap keputusan Mahkamah di dalam kes Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82, di mana Mahkamah hendaklah juga menilai keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakw”
“haja bagi membentangkan fakta kes serbuan, Mahkamah tidak dapat lari daripada berpegang kepada prinsip yang diutarakan dalam kes Su Ah Ping v PP (1980) 1 MLJ 75 dan Adhy Tedjajadi v Public Prosecutor [2015] MLJU 771 / [2015] 1 LNS 768, di mana kes ini menyatakan adalah mencukupi untuk memanggil pegawai yang menjumpai b”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM, MALAYSIA [PERBICARAAN JENAYAH NO: JA-45A-28-03/2022, JA-45A-29-03/2022 & JA-45A-86-04/2022] DI ANTARA PENDAKWARAYA
1
IZHAR BIN ABD. SAMAD (TERTUDUH PERTAMA) (NO.K/P: 850715-01-6809)
2
OMAR BIN YAHYA (TERTUDUH KEDUA) (NO. K/P: 880831-01-5747) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Terdapat tiga (3) pertuduhan didaftarkan terhadap Tertuduh Pertama (OKT1) dan Tertuduh kedua (OKT2). [2] Bagi nombor kes JA-45A-28-03/2022, OKT1 dan OKT2 telah S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg dituduh bersama-sama mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB) dan bagi nombor kes JA-45A-86-04/2022, OKT1 dan OKT2 dituduh bersama-sama memiliki dadah berbahaya di bawah seksyen 12(2) Akta yang sama. Manakala bagi no kes JA-45A-29-03/2022, OKT2 dituduh berasingan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB. Perbicaraan dijalankan bersama-sama bagi ketiga-tiga nombor yang didaftarkan. [3] Berdasarkan kepada seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), Mahkamah ini mendapati Pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT-OKT di akhir kes Pendakwaan. OKT-OKT seterusnya telah diarahkan untuk membela diri. Seterusnya, di akhir kes Pembelaan, Mahkamah berpuas hati bahawa Pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan. Oleh yang demikian, Mahkamah telah mensabitkan OKT-OKT dan menjatuhi hukuman berdasarkan kepada pertuduhan-pertuduhan yang telah dikenakan ke atas mereka selaras dengan diperuntukan sedia ada ADB. [4] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, OKT-OKT telah memfailkan rayuan terhadap sabitan dan hukuman. Rayuan oleh OKT-OKT telah dibuat secara berasingan. Namun oleh kerana kes ini melibatkan fakta kes, repot tangkapan, tempat kejadian, barang kes yang sama, maka alasan penghakiman bagi ketiga-tiga nombor kes akan dibuat bersekali terhadap rayuan OKT-OKT. [5] Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah seperti yang berikut: S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg Pertuduhan JA-45A-28-03/2022 “Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Mac 2021 jam lebih kurang 18.00 hours di sebuah rumah beralamat 227, Jalan Keembong 7, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Jaya, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 82.65 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Akta yang sama dan dibacakan bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan JA-45A-86-04/2022 “Bahawa kamu bersama-sama pada 10 Mac 2021 jam lebih kurang 18.00 hours di sebuah rumah beralamat 227, Jalan Keembong 7, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Jaya, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati memiliki dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines berat bersih 0.26 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Akta yang sama dan dibacakan bersama-sama seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan JA-45A-29-03/2022 (OKT2 sahaja) “Bahawa kamu pada 10 Mac 2021 jam lebih kurang 18.00 hours di sebuah rumah beralamat 227, Jalan Keembong 7, Taman Johor Jaya, 81100 Johor Jaya, dalam Daerah Johor Bahru, dalam Negeri Johor Darul Takzim telah didapati mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine berat bersih 91.19 gram. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum di bawah Akta yang sama.” KRONOLOGI KES PENDAKWAAN S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [6] Pada 10.3.2021, jam lebih kurang 6.00 petang, Pengadu di dalam kes ini iaitu SP2 (Inspektor Saw Chi Kun) telah memberikan taklimat ringkas kepada anggota-anggota serbuan yang terlibat berkenaan maklumat risikan dadah. Lokasi serbuan merupakan sebuah rumah beralamat di No.277, Jalan Keembong 7, Taman Johor Jaya, Johor Bahru (Tempat Kejadian). [7] Apabila SP2 dan pasukannya sampai di lokasi sasaran, SP2 mendapati sasaran merupakan sebuah rumah teres kos rendah, dua (2) tingkat yang berpagar. Kemudian, SP2 membuat pemerhatian terlebih dahulu dari luar rumah lebih kurang 10 minit. Sepanjang pemerhatian, SP2 tidak melihat sebarang pergerakan keluar masuk dari dalam rumah. [8] Apabila mendapati tiada pergerakan, SP2 bersama anggotanya bertindak mendekati rumah tersebut. Pintu pagar rumah berada dalam keadaan bertutup tetapi tidak berkunci. Kemudian mereka bergerak ke perkarangan rumah dan mendekati pintu hadapan. Pemeriksaan terhadap pintu kayu hadapan rumah mendapati ia tertutup tetapi tidak juga berkunci. Berikutan daripada itu, SP2 dan anggotanya terus menyerbu masuk ke dalam rumah. Pada ketika ini, SP2 telah melihat dua (2) lelaki Melayu yang kemudiannya dikenali sebagai OKT1 dan OKT2 sedang duduk di ruang tamu pada jarak lebih kurang 1 kaki di antara satu sama lain. [9] SP2 seterusnya telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis kepada OKT1 dan OKT2. SP2 meminta kedua-dua OKT untuk mengemukakan kad pengenalan diri. Identiti mereka adalah seperi berikut: S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg
a
OKT 1 iaitu Izhar bin Abdul Samad (No K/P: 850715-01- 6809); dan
b
OKT2 iaitu Omar bin Yahya (No K/P: 880831-01-5747). [10] Ketika SP2 meneliti pengenalan diri kedua-dua OKT, SP2 telah terlihat akan sebuah beg tiada berjenama warna biru (P5C(1)) berada dalam keadaan terbuka di atas lantai, berhadapan dengan OKT1 dan OKT2. Seraya itu, SP2 telah mengambil dan memeriksa beg tersebut dan mendapati ia mengandungi :
a
Satu (1) peket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (P5C(1)(A)).
b
Satu (1) peket lutisnar yang mengandungi serbuk putih kekuningan yang disyaki dadah jenis Heroin (P5C(1)(B)).
c
Enam (6) keping wang tunai RM50.00 berjumlah RM300.00.
d
Satu (1) alat penimbang tiada berjenama warna hijau (P5B). [11] Selain itu, SP2 juga telah melihat sebuah beg bertulis ‘Sport’ berwarna hitam (P5C(2)) digalas oleh OKT2. Apabila beg tersebut diperiksa, SP2 telah menjumpai:
a
Satu (1) peket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine (P5C(2)(A)).
b
30 keping wang tunai RM10.00 berjumlah RM300.00. [12] Seterusnya, SP2 telah membuat rampasan barang-barang yang dijumpai daripada kedua-dua OKT. Berikutan daripada penemuan barang-barang tersebut, SP2 dan anggotanya telah membuat pemeriksaan menyeluruh di setiap bahagian rumah, namun tidak S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg menjumpai apa-apa lagi barang-barang salah yang lain. [13] Selesai pemeriksaan, SP2 telah menyediakan borang geledah (P7) yang mana telah ditandatangani oleh SP2 dan kedua-dua OKT. Seterusnya kedua-dua OKT dan barang rampasan telah dibawa pulang ke Balai Polis Johor Jaya untuk tindakan lanjut. Barang-barang rampasan berada dalam jagaan SP2 sepanjang perjalanan daripada tempat kejadian hingga ke Balai Polis Johor Jaya. [14] Di Balai Polis Johor Jaya, SP2 telah menimbang dan membuat tandaan pada barang-barang yang dirampas. Satu laporan polis iaitu Johor Jaya no repot: 2140/21(P8) telah dibuat oleh SP2 berkenaan serbuan. Pada hari yang sama, OKT-OKT dan barang-barang rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat yang bertugas iaitu SP4 (Insp Sivasankar a/l Mohana Dass) untuk siasatan lanjut. SP2 telah menyediakan borang serah menyerah (P9) untuk penyerahan barang-barang rampasan kepada SP4. [15] Bagi meneruskan siasatan, SP4 juga telah merampas sehelai T-Shirt putih jenama Adidas (P5A) milik OKT1 yang telah diserahkan oleh isteri OKT1. SP4 telah menyerahkan barang-barang kes dadah kepada SP3 iaitu Encik Sidek bin Ahmad di Jabatan Kimia Malaysia (JKM) untuk analisa. SP3 telah menyerahkan satu resit kimia dengan no rujukan 21-FRJ-01343 (P13) kepada SP4 sebagai bukti serahan barang kes. [16] Hasil analisa SP3 terhadap barang-barang rampasan tersebut telah direkodkan dalam Laporan Kimia (P14) dan mendapati barang kes mengandungi dadah berbahaya dari jenis Methamphetamine dan Monoacetylmorphines. S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [17] Di peringkat Pendakwaan, Timbalan Pendakwa Raya terpelajar (TPR) telah memanggil empat (4) orang saksi untuk memberikan keterangan iaitu :
a
Koperal Nik Aslinda Bt Nik Ramli – Jurustor (SP1)
b
Inspektor Saw Chi Kun – Pegawai Serbuan (SP2)
c
Encik Sidek bin Ahmad – Ahli Kimia (SP3)
d
Inspektor Sivasankar a/l Mohana Dass – Pegawai Penyiasat (SP4) KES PENDAKWAAN [18] Perkara yang perlu dibuktikan oleh pihak Pendakwaan adalah seperti berikut:
a
Methamphetamine dan Monoacetylmorphines ialah dadah berbahaya yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB;
b
OKT-OKT mempunyai milikan, jagaan dan kawalan serta pengetahuan terhadap dadah-dadah yang dirampas di tempat kejadian.
c
OKT-OKT telah mengedar dadah berbahaya dengan menggunapakai anggapan pengedaran di bawah seksyen 37(da) ADB. PEMBUKTIAN PRIMA FACIE METHAMPHETAMINE DAN MONOACETYLMORPHINES IALAH DADAH BERBAHAYA YANG DISENARAIKAN DALAM JADUAL PERTAMA AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [19] SP4 telah menyerahkan kepada SP3 barang-barang kes yang dirampas iaitu P5C(1), P5C(1)(A), P5C(1)(B), P5C(2) dan P5C(2)(A). Satu Laporan Kimia (P14) telah dikeluarkan oleh SP3 bagi merekodkan hasil analisa beliau. Hasil analisa SP3, mengesahkan barang kes P5C(1), P5C(1)(A), P5C(1)(B), P5C(2) mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 82.65 gram dan Monoacetylmorphines seberat bersih 0.26 gram. Manakala barang kes P5C(2)(A) mengandungi dadah berbahaya dari jenis Methamphetamine seberat bersih 91.19 gram. [20] Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa rantaian barang kes sejak mula-mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada SP3 di JKM tidak terputus. Hal ini dapat dilihat melalui keterangan SP4 dan SP3. Berdasarkan keterangan SP4, beliau telah membuat serahan kendiri barang kes kepada SP3 di JKM dan SP3 seterusnya telah merekodkan penerimaan barang kes melalui resit kimia. [21] Berdasarkan kepada Penyataan Saksi SP3 (PSSP3), barang kes telah disimpan di tempat selamat semasa analisa tidak dijalankan. Tiada orang lain bersama-sama SP3 semasa analisa dijalankan. SP3 juga telah membuat tandaan beliau sendiri iaitu SA1, SA2, SA3 dan SB1 di atas plastik baki barang kes apabila analisa selesai dibuat. Kredibiliti SP3 juga tidak tergugat pada bila-bila masa semasa disoal balas oleh peguam OKT-OKT. Laporan kimia (P14) yang dikeluarkan oleh SP3 juga dibuat berdasarkan kepada peruntukan seksyen 399 KTJ. [22] Seraya itu, Mahkamah turut menggunapakai kes Munusamy v PP
1987
1 MLJ 492 (SC): S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg “Held: (5) In this type of cases where the opinion of the Chemist is confined only to the elementary nature and identity of the substance, the court is entitled to accept the opinion of the expert on its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion. So long as some credible opinion is given by the Chemist to support his opinion, there is no necessity for him to go into details of what he did in the laboratory, step by step”. [23] Kes ini juga telah dirujuk seterusnya di dalam kes Mahkamah Rayuan, iaitu Tarmizi bin Yaacob dan satu lagi v PP (2006) 6 MLJ 197. Di dalam kes tersebut Mahkamah Rayuan telah memutuskan untuk menerima secara prima facie keterangan ahli kimia melainkan ia ternyata sukar dipercayai hingga tiada orang yang berfikiran waras boleh percaya kebenarannya. [24] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan keterangan SP3 dan laporan kimia (P14) yang dikeluarkan adalah satu keterangan prima facie yang sewajarnya diterima masuk sebagai keterangan di dalam kes ini. Apabila pihak Pembelaan tidak mencabar kesahihan dapatan SP3 berkenaan analisanya, maka keterangan SP3 merupakan satu keterangan prima facie. RANTAIAN KETERANGAN BARANG KES YANG TIDAK TERPUTUS [25] Keterangan secara terus yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan terutamanya SP1, SP2, SP3 dan SP4 di Mahkamah ini telah menjelaskan bahawa barang-barang kes telah dijaga dengan baik. Tiada sebarang kacau ganggu orang lain atau akses S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg melibatkan orang lain selain daripada pegawai yang bertanggungjawab mengendalikan barang-barang kes tersebut. [26] Berdasarkan kepada keterangan SP1 sehinggalah SP4, Mahkamah mendapati rantaian keterangan barang kes tidak terputus dari mula ia dirampas sehingga diserahkan kepada ke JKM. Selesai analisa, SP3 telah menyerahkan kesemua barang kes kepada SP4 untuk disimpan selamat. SP4 pula kemudiannya telah menyerahkan barang kes yang sama ke stor iaitu ke tangan SP1 untuk disimpan selamat sehingga ia diperlukan kemudian bagi tujuan perbicaraan. [27] Mahkamah turut berpuas hati dengan keterangan SP2 apabila menyatakan bahawa sepanjang masa dari OKT-OKT ditahan, dadah yang dirampas sentiasa dikawal dan berada bersamanya, sehinggalah ia di bawa ke Balai Polis Johor Jaya dan diserahkan kepada SP4 untuk tindakan lanjut. Mahkamah ini mendapati SP2 adalah seorang saksi yang kredibel dan boleh dipercayai. Oleh yang demikian, sewajarnya keterangan SP2 ini diterima tanpa ragu-ragu. [28] Walaupun Pendakwaan di dalam kes ini hanya memanggil SP2 sahaja bagi membentangkan fakta kes serbuan, Mahkamah tidak dapat lari daripada berpegang kepada prinsip yang diutarakan dalam kes Su Ah Ping v PP (1980) 1 MLJ 75 dan Adhy Tedjajadi v Public Prosecutor [2015] MLJU 771 / [2015] 1 LNS 768, di mana kes ini menyatakan adalah mencukupi untuk memanggil pegawai yang menjumpai barang kes di tempat kejadian untuk memberikan keterangan. Dalam keadaan ini tiada keperluan untuk memanggil setiap seorang dari mereka yang terlibat untuk menyokong keterangan SP2 selanjutnya. Apa yang penting pegawai yang memberikan keterangan di Mahkamah itu boleh S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg mengesahkan dan mengenalpasti barang-barang kes yang dikemukakan merupakan barang kes yang sama yang dijumpai dan dirampas di tempat kejadian. Ia juga adalah barang kes yang sama yang dijaga dan dikendalikan oleh mereka semasa ia diserahkan kepada mereka untuk tindakan selanjutnya. [29] Di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP (2004) 4 CLJ 551 di muka surat 568 dan 569 ada menyatakan seperti berikut: “I am of the view that, in a drug trafficking case what is important is that it must be proved that it is substance that was recovered that same substance that is found to be heroin or cannabis etc and it is in respect of that substance that an accused is charged within trafficking. So, the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist. Even then it does not necessarily mean that if the exhibit is passed from one person to another, every one of them must be called to give evidence of the handling over from one person to another and if there is a break, even for one day, the case fall what has to be proved is that it is the substance that was recovered that was analysed by the chemist and found to be heroin, cannabis etc … , and it is for trafficking of that same substance that the accused is charged with”. [30] Memandangkan SP1, SP2, SP3 dan SP4 telah mengesahkan dan mengecamkan barang kes yang dikemukakan di Mahkamah berdasarkan penandaan masing-masing, maka, Mahkamah menyimpulkan bahawa rantaian barang kes adalah kukuh. PEMBUKTIAN MILIKAN, KAWALAN DAN/ATAU JAGAAN, PENGETAHUAN TERHADAP OKT-OKT [31] Prinsip pemilikan (“possession”) berkait rapat dengan konsep S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg kawalan, jagaan dan pengetahuan sepertimana yang telah ditakrifkan dalam kes Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 di mana Hakim Thompson di muka surat 237 menyatakan seperti berikut – …to establish ‘possession’ for the purpose of criminal law, two separate questions are involved. The first is whether the accused party was in possession of the article in question and the second, by reason of the application of the maxim actus non facit reum nisi mens sit rea, is whether he had knowledge of the nature of things possessed. Dan di muka surat 239, …intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by the direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances.” Hakim yang sama di mukasurat 239 menyatakan – “possession itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9 th Ed) p304: A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner the exclusions of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see an occasion to do so, in S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances… There must be some evidence that I am doing or having done something in the evidence to satisfy the court that the person who is physically in a position to deal with the things as his own had the intention of doing so”. …once possession is proved then before then accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was appointed on by Gordon-Smith Ag CJ in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex (1949) MLJ 54, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed. If the thing, as in Toh’s case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as Lee Boon Gan v R [1954] MLJ 103, it was a lottery document it must be proved that he know it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused’s behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say ‘he must have known what it was’ or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence”. [32] Rujukan juga kepada kes tersohor Leow Nghee Lim v. R [1956] MLJ 28 di mana Taylor J telah menyatakan bahawa:- S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them.” Dan dalam kes yang sama turut menyatakan – “A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [33] Di dalam kes Jonaidi Mansor v PP [2002] 1 CLJ 767 pula, Mahkamah telah menyatakan:- “Once it is established by the prosecution that the accused had in his custody or control the container containing the drugs, the accused is deemed to be in control of the drugs. In such a case, there is no need for the prosecution to go any further to prove knowledge of the drugs on the part of the accused. Though knowledge is an essential ingredient of the offence of possession, the need to establish knowledge as a separate ingredient is dispensed with by the fact that the prosecution by establishing custody or control has activated the presumption of possession”. [34] Perkara yang sama turut dinyatakan dalam kes PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401, Hakim Augustine Paul – “It must be observed that in proving this element, the obligation of the prosecution is only to establish that the accused had knowledge, either by direct evidence or by way of inference, of he S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg existence of the dangerous drug but not its qualities. This stand has been consistently taken by the Singapore Courts following Warner v Metropolitan Police Commissioner [1969] 2 AC 256 which was approved in Tan Ah Tee & Anor v PP [1980] 1 MLJ 49.” [35] Berbalik kepada kes yang dibicarakan di Mahkamah ini, misi utama Mahkamah ini adalah untuk membuat dapatan sama ada OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan terhadap dadah yang dijumpai di atas lantai oleh SP2 semasa serbuan. Misi yang sama juga terpakai kepada Mahkamah ini untuk membuat dapatan terhadap dadah yang dijumpai di dalam beg yang disandang oleh OKT2 pada masa serbuan. Hal tersebut akan dikupas satu persatu seperti di bawah. PEMILIKAN DADAH TERHADAP OKT 1 [36] Hasil siasatan SP4 mendapati tempat kejadian merupakan rumah yang dimiliki oleh bapa mentua SP1 bernama Samat bin Baharun. Bidikan utama Pembelaan adalah terdapatnya individu lain selain OKT1 dan OKT2 berada di dalam rumah tersebut. Adanya penama dengan panggilan Firdaus dan Hamdan, isteri OKT1 bersama dua orang anak mereka, Izati bin Ismail dan anak perempuannya yang berumur 9 tahun di dalam rumah tersebut semasa kejadian. [37] Merujuk semula kepada keterangan SP2, Mahkamah percaya bidikan Pembelaan jauh tersasar. Ini adalah kerana sepanjang 10 minit pemerhatian oleh SP2 dan anggotanya dari hadapan rumah, mereka langsung tidak melihat mana-mana orang yang masuk atau keluar dari dalam rumah tersebut. Selain itu, pagar rumah juga dalam keadaan bertutup dan tidak berkunci. Apabila SP2 S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg memasuki perkarangan rumah SP2 juga mendapati pintu hadapan rumah di dalam keadaan tertutup dan tidak berkunci. [38] Sebaik serbuan berlangsung dan SP2 bersama-sama anggota berada di dalam rumah, SP2 telah mengarahkan dua (2) orang anggotanya untuk terus menyekat atau ‘block’ pintu belakang. Dari gambar tempat kejadian P6 (1-11) pintu belakang rumah itu boleh dilihat dari dalam rumah melalui pintu hadapan. Berdasarkan keterangan SP2 juga, beliau tidak ada melihat orang lain selain daripada OKT1 dan OKT2. Sekiranya Firdaus atau Hamdan lari ikut pintu belakang, anggota SP2 pasti telah melihat kelibat mereka. [39] Naratif SP2 apabila berada di dalam rumah ialah telah melihat OKT1 dan OKT 2 sedang duduk di ruang tamu rumah pada jarak yang sangat dekat iaitu 1 kaki sahaja antara satu sama lain. Di hadapan mereka pula adanya satu beg tiada jenama P5C(1) di dalam keadaan terbuka. Pemeriksaan beg P5C(1), SP2 telah menjumpai 2 paket lutsinar yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetemine dan Monoacetylmorphines seperti mana disahkan oleh SP3 dalam laporannya. [40] Dengan mengambil kira kedudukan beg P5C(1) di hadapan OKT1 pada masa serbuan, ditambah pula ia dalam keadaan terbuka, inferens yang boleh disimpulkan oleh Mahkamah ialah OKT 1 mempunyai pengetahuan adanya paket-paket dadah berbahaya di dalam beg itu. Jadi, dalam keadaan ini usahlah memasang pelita di tengah hari. Oleh itu, Mahkamah dengan ini tidak dapat lari daripada membuat dapatan bahawa bahawa OKT1 mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan yang seterusnya menyokong S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg dapatan bahawa OKT1 mempunyai milikan terhadap dadah-dadah yang dijumpai di atas lantai tersebut. PEMILIKAN DADAH TERHADAP OKT2 [41] Kedudukan OKT2 semasa serbuan adalah pada jarak 1 kaki daripada OKT1. Sebagaimana dapatan Mahkamah terhadap OKT1, kedudukan beg P5C(1) tersebut juga terpakai terhadap OKT2 juga. Inferens yang sama wajarlah terpakai jua kepada OKT2. [42] Sebagai tambahan, OKT2 juga telah dilihat oleh SP2 menggalas satu beg bertulis ‘sport’ warna hitam (P5C(2)) pada badannya. Pemeriksaan oleh SP2 terhadap kandungan beg P5C(2) telah menjumpai dadah berbahaya sebagaimana disahkan oleh SP3. [43] Berdasarkan kepada keterangan SP2 juga, semasa beg tersebut dijumpai, OKT2 dalam keadaan sedang menggalas beg tersebut. Pada hemat Mahkamah ini, apa yang terang tidak perlu bersuluh lagi. OKT2 adalah pakej lengkap pemilikan terus (direct possession). Kedudukan dadah yang berada pada beg yang digalas oleh OKT2 membolehkannya untuk mengawal dan melupuskan dadah tersebut pada bila-bila masa. Justeru itu dapatan yang boleh dibuat oleh Mahkamah ini adalah, OKT2 mempunyai pemilikan eksklusif terhadap dadah yang berada di dalam beg P5C(2) tersebut. PERUNTUKAN NIAT BERSAMA DI BAWAH SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [44] Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukan seperti berikut: “Each of several persons liable for an act done by all, in like manner as if done by him alone.
34
When a criminal act is done by several persons, in futherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone.” [45] Intipati di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan diterangkan di dalam Ratanlal & Dhirajlal’s Law of Crimes 28th Edition (Vol 1) di muka surat 126 – “8. Common intention, essential ingredient – The consensus of minds of person to bring about certain result having criminal propensity and participation in criminal act in some manner is essential ingredient of common intention. To attract Section 34 of the Code, no overt act is needed on the part of the accused if he shares the common intention with others in respect of the ultimate criminal act, which may be done by anyone of the accused sharing such intention.” Under the provision of S34 the essence of liability is to be found in the existence of a common intention animating the accused leading to the doing of a criminal act in furtherance of such intention. Section 34 is applicable even if no injury has been caused by the particular accused himself. For applying Section 34 it is not necessary to show some overt act on the part of the accused. In case of participation without overt act Section 34 can be invoked. For invoking section 34 (i) common intention and (ii) participation of an accused in commission of an offence are required. The overt act is not necessary to be proved when common intention has already been proved as it involves vicarious liability. Further common intention is to be inferred from facts and circumstances of each case when there is absence of direct evidence.” S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [46] Merujuk kepada keputusan kes Krishna Rao a/l Gurumurthi v Public Prosecutor & Another Appeal [2009] 3 MLJ 643 seperti berikut: [61] The existence of a common intention is a question of fact in each case to be proved mainly as a matter of inference from the circumstances of the case. It has been said that as common intention essentially being a state of mind direct evidence as proof is difficult to procure. ….” [47] Rujukan lanjut kepada kes Wan Yurillhami bin Wan Yaacob & Anor v Public Prosecutor [2010] 1 MLJ 749 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan: “[32] I agree with the above findings of the learned trial judge. I am of the view the presence of the second appellant at the scene where the transaction for the purchase and sale of the drugs took place was not a mere coincidence. To me the second appellant is equally involved. This is based on the fact that on 1 August 2001, it was the second appellant who brought the drugs by concealing it inside his shirt. It was also the second appellant who handed over the drugs to SP7 when SP7 asked him about it. [33] It is a well established principle of law in dealing with the criminal liability under s 34 of the Penal Code that a pre-concert or pre-planning may develop on the spot or during the course of the commission of the offence, but the crucial test is that such plan must precede the act constituting the offence. The existence of common intention is a question of fact and in each case it may be proved as a matter of inference from the circumstances of the case (see the cases of Mahbub Sha v Emperor AIR 1945 PC 118 and Suresh v State of Uttar Pradesh AIR 2001 SC 1344). In the present case, although the second appellant was not involved in the negotiation for the sale and purchase S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg of the drugs, it is my judgment that the prosecution has established the common intention between the first appellant and the second appellant to commit the offence of trafficking of the said drugs. The prearranged plan of the first appellant and the second appellant to commit the offence can be inferred by reference to the acts of both of them meeting SP7 on 1 August 2001 and the fact that it was the second appellant who delivered the drugs to SP7.” [48] Di dalam satu lagi kes Mahkamah Persekutuan iaitu Public Prosecutor v Teong Lung Chiong & Ors [2010] 5 MLJ 193 telah diputuskan: [64] The learned deputy submitted that with s 34 invoked, 'there is no requirement for the prosecution to prove who exactly ultimately caused her death as explained in the case of Ong Chee Hoe & Anor v Public Prosecutor [1999] 4 SLR 688 at p 701 that: In any case, the effect of invoking s 34 made it unnecessary to determine who exactly the actual doer of the offence in question was. In the Privy Council decision of Barenda Kumar Ghosh v Emperor AIR 1925 PC 1, the court stated: Section 34 deals with the doing of separate acts, similar or diverse, by several persons; if all are done in furtherance of a common intention, each person is liable for the result of them all, as if he had done them himself. [65] In addition to what we have said in relation to issues 1, 4 and 5 above, we accept what was submitted by the learned deputy as the correct preposition of law.” [49] Perbicaraan ini merupakan perbicaraan bersama terhadap tiga (3) nombor kes yang didaftarkan atas nama OKT1 dan OKT2 di mana S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg bagi pertuduhan no kes: JA- 45A-28-03/2022 dan JA-45A-86- 04/2022 menambah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan ini merujuk kepada dadah yang dijumpai di atas lantai dihadapan kedua-dua OKT. Jika ditoleh ke belakang, keadaan fakta kes ini jelas mencerminkan niat bersama OKT-OKT berhubungan pemilikan dadah yang telah dirampas. [50] Jika dilontar jauh sedikit kepada fakta kes yang dibentangkan oleh Pendakwaan Mahkamah dapat melihat bahawa kedua-dua OKT ini telah ditahan di tempat dan masa yang sama iaitu di dalam rumah tempat kejadian. Tiada orang lain yang ada bersama-sama mereka semasa serbuan menerjah. OKT1 dan OKT2 berada berhadapan di antara satu sama lain dengan keadaan beg P5C(1) terbuka. [51] Oleh itu, Mahkamah berpuas hati bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai kawalan, jagaan dan pengetahuan terhadap dadah yang berada di dalam beg P5C(1) tersebut. Barang-barang rampasan lain juga menguatkan dapatan Mahkamah ini apabila turut ditemui wang tunai dan alat penimbang (P5B). Eksibit-eksibit ini memperlihatkan bahawa dadah ini bukanlah untuk kegunaan peribadi mereka berdua, sebenarnya ia adalah untuk diedarkan. [52] Apabila keterangan-keterangan mengikut keadaan ini dijalin bersama, intipati seksyen 34 Kanun Keseksaan telah memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa setiap seorang daripada mereka adalah bertanggungan atas perbuatan itu sama seperti seolah-olah perbuatan itu dilakukan oleh seorang daripada mereka. Dengan ini, Mahkamah juga telah berpuas hati untuk membuat dapatan bahawa kedua-dua OKT mempunyai niat bersama dalam pemilikan dan pengedaran dadah berbahaya di S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg dalam beg P5C(1) tersebut. ANGGAPAN MENGEDAR DI BAWAH SEKSYEN 37(da) ADB [53] Merujuk kepada SP3, barang kes yang dianalisa mengandungi berat bersih 82.65 gram Methamphetamine (bagi no kes : JA-45A- 28- 03/2022) dan 91.19 gram Methamphetamine (bagi no ke : JA- 45A-29-03/2022). Oleh yang demikian pemakaian anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) ADB diaktifkan terhadap OKT1 dan OKT2. Berat bersih dadah yang dianalisa iaitu 82.65 gram dan 91.19 gram Methamphetamine ini telah melebihi berat minimum yang disenaraikan di bawah sekyen 37(da)(xvi) ADB iaitu 50 gram. [54] Oleh yang demikian anggapan pengedaran ini terpakai terhadap OKT-OKT. Bagi memudah bicara, peruntukan seksyen 37(da) ADB 1952 diperturunkan seperti berikut: “Presumptions.
37
In allproceedings under this Act or any regulation made thereunder- … (da) any person who is found in posession of- …
XVI
(xvi) 50 grammes or more in weight of Methamphetamine; … ; Otherwise then in accordence with the authority of this Act or any other written law, shall be presumed, until contrary is proved, to be trafficking in the said drug;” [55] Apabila berat dadah berbahaya setiap pertuduhan melebihi 50 gram adalah mustahil untuk dikatakan ia untuk kegunaan OKT-S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg OKT sendiri. Mahkamah berpuas hati bahawa kuantiti sebanyak 82.65 gram dan 91.19 gram bagi dadah berbahaya jenis Methamphetamine ini adalah sah bertujuan untuk pengedaran. [56] Akhirnya, Mahkamah mendapati satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh Pendakwaan terhadap OKT-OKT dan seterusnya Mahkamah memanggil OKT1 dan OKT2 untuk membela diri. Daripada tiga (3) pilihan yang diberikan kepada OKT-OKT, OKT-OKT memilih untuk memberikan keterangan bersumpah. ISU-ISU BERBANGKIT – (1) KEWUJUDAN PENAMA FIRDAUS DAN HAMDAN [57] Daripada keterangan SP2 di Mahkamah telah menyatakan bahawa semasa rumah tersebut diserbu, hanya OKT1 dan OKT2 sahaja dijumpai di dalam rumah tersebut. Kewujudan penama-penama ini dibangkitkan pertama kali oleh Pembelaan semasa soal balas terhadap SP2. Pernyataan Pembelaan meletakkan dua (2) individu ini iaitu Firdaus dan Hamdan, selain isteri OKT1 bersama 2 orang anak mereka dan penama Izati bin Ismail (yang merupakan rakan OKT2) dengan anaknya yang berumur 9 tahun di dalam rumah tersebut semasa kejadian. [58] Individu-individu ini dikatakan wujud apabila Pembelaan merujuk kepada P6(4) iaitu gambar tempat kejadian yang menunjukkan ada beberapa pasang kasut berada di bahagian pintu masuk rumah. Dakwaan Pembelaan adalah bahawa kasut-kasut tersebut kepunyaan Firdaus dan Hamdan. Ia bukan kepunyaan OKT1 kerana OKT1 tempang dan hanya mempunyai sebelah kaki sahaja. S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [59] Walaubagaimana pun, cubaan serangan Pembelaan dengan pelbagai soalan-soalan dan cadangan-cadangan yang cuba memesongkan naratif Pendakwaan telah berjaya diketepikan dengan keterangan daripada SP4 iaitu Pegawai Penyiasat kes ini. Penjelasan SP4 berkenaan kasut-kasut tersebut adalah mudah. Ia milik anggota-anggotanya yang hadir di rumah tersebut bagi tujuan penyiasatan termasuklah jurugambar yang merakam gambar rumah tersebut. Penjelasan ini adalah munasabah dan masuk akal memandangkan gambar tersebut diambil setelah selesai serbuan. [60] Selain itu, Pembelaan juga mengatakan bahawa semasa kejadian isteri OKT1 baru sahaja lepas bersalin dan masih dalam pantang. Oleh yang kejadian pada hari kejadian, OKT2 bersama rakanya bernama Izati binti Ismail dengan anaknya yang berumur 9 tahun telah datang melawat isteri OKT1 yang sedang berpantang di rumah tersebut. Sekali lagi cadangan ini telah dicantas oleh pihak Pendakwaan dengan keterangan SP2 seperti di atas. [61] Dengan tidak bergantung kepada keterangan SP2 semata-mata, Mahkamah ini juga merujuk kepada laporan polis (P7) yang dibuat oleh SP2 di Balai Polis Johor Jaya. P7 tidak merekodkan tangkapan lain selain daripada OKT1 dan OKT2. Rujukan juga kepada pemerhatian yang dibuat oleh SP2 dan anggotanya selama 10 minit di mana tempoh masa ini merupakan satu jangka masa yang agak lama dan pada hemat Mahkamah ia adalah lebih daripada mencukupi untuk menguatkan keterangan Pendakwaan dalam mengecualikan kehadiran orang lain selain OKT1 dan OKT2 di dalam rumah tersebut. [62] Cadangan Pembelaan bahawa Firdaus dan Hamdan telah S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg melarikan diri dengan menggunakan pintu belakang sebaik sahaja menyedari kehadiran polis juga adalah tidak dapat diterima oleh Mahkamah. Mahkamah ini telah meneliti gambar-gambar tempat kejadian dan rajah kasar yang dikemukakan semasa perbicaraan. Kedudukan pintu hadapan rumah yang selari dengan pintu belakang agak dekat, mengiyakan keterangan SP2 bahawa melalui pintu hadapan rumah dengan mudah untuk melihat terus ke arah pintu belakang rumah. Jadi, jika benar Firdaus dan Hamdan ada semasa serbuan dan telah lari, SP2 dan anggota pasti telah melihat mereka. Tiada sebab SP2 menyembunyikan fakta ini. [63] Pada masa yang sama juga, SP2 telah memberikan arahan kepada dua anggotanya untuk terus pergi ke pintu belakang untuk tindakan kawalan. Selain itu SP2 juga telah meletakkan anggotanya untuk berkawal di sekitar deretan rumah tersebut bagi mematahkan cubaan mana-mana orang jika ada untuk meloloskan diri dari rumah tersebut. [64] Di dalam kes Basil Omar v PP [2002] 4 CLJ 418; [2002] 4 MLJ 418 menyatakan seperti berikut: “To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket it lying in front of him on a table. It must be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from surrounding circumstances. Whether S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [65] Berdasarkan kepada keterangan keadaan sekeliling kes ini, inferens yang boleh dibuat oleh Mahkamah ialah tidak wujudnya akses orang lain selain OKT1 dan OKT2 terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalam beg P5C(1). Akses ke dalam rumah telah dihadkan melalui pintu hadapan dan pintu belakang (yang tertutup) sahaja dan menurut SP2, tiada orang lain masuk atau keluar dari dalam rumah tersebut. [66] Keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang konsisten dan tidak bercanggah antara satu dengan lain telah menguatkan keterangan bahawa tiada orang lain selain OKT1 dan OKT2 di dalam rumah. Kedudukan dadah P5C(1) dijumpai dalam keadaan terbuka di hadapan OKT1 dan OKT2, ditambah pula dengan dadah yang dijumpai di dalam beg P5C(2) yang digalas oleh OKT2, mewajarkan Mahkamah membuat dapatan bahawa keadaan-keadaan ini telah mengakas anggapan pemilikan oleh orang lain selain OKT1 dan OKT2. [67] Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai milikan terhadap dadah tersebut dan mempunyai kuasa untuk mengeluarkan, menggunakan dan melupuskan dadah tersebut jika perlu. PERINGKAT PEMBELAAN [68] Pihak Pembelaan telah mengemukakan (empat) 4 orang saksi pembelaan iaitu: S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg
a
Izhar bin Abd Samad (OKT1) - SD1
b
Omar bin Yahya (OKT2) - SD2
c
Dara binti Mahmood (Ibu OKT2) – SD3
d
Zaide bin Zainalabidin (Jurufoto) – SD4 [69] Merujuk kepada kes Md Zainuddin bin Raujan v. Public Prosecutor [2013] 4 CLJ 21, memutuskan bahawa berdasarkan peruntukan seksyen 182A KTJ adalah menjadi tugas Mahkamah di akhir perbicaraan, untuk mempertimbangkan segala keterangan yang telah dikemukakan, dan memutuskan sama ada pihak Pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. [70] Adalah menjadi undang-undang mantap, bahawa di peringkat pembelaan ini, Mahkamah berperanan untuk membuat satu dapatan, sama ada Pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Rujukan terhadap keputusan Mahkamah di dalam kes Mat v. Public Prosecutor [1963] CLJU 82, di mana Mahkamah hendaklah juga menilai keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan selain menilai keterangan yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. NARATIF PEMBELAAN [71] Pada 10.3.2021 jam lebih kurang 2.00 petang, OKT2 telah pergi ke rumah OKT1 bersama Izzati untuk tujuan servis kereta Izzati. Mereka telah memasuki rumah tersebut melalui pintu bahagian belakang rumah. Pada jam 4.30 petang, isteri OKT1 dan Izzati S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg telah keluar rumah untuk pergi membeli barang-barang rumah di kedai. Pada masa ini hanya OKT1 dan OKT2 yang berada di rumah tersebut. [72] Sehinggalah sekitar jam 5.40 petang, Hamdan dan Firdaus telah datang ke rumah OKT1 untuk memulangkan kenderaan mereka. Mereka telah memasuki rumah dari arah hadapan. Semasa Hamdan dan Firdaus datang ke rumah OKT1, mereka telah membawa bersama-sama beg biru dan beg hitam yang diletakkan di hadapan OKT1 dan OKT2. Hamdan membawa beg berwarna hitam manakala Firdaus membawa beg berwarna biru. [73] Tidak lama kemudian isteri OKT1 dan Izzati telah kembali dari kedai dan masuk rumah dengan menggunakan pintu belakang dengna membawa barang-barang yang telah dibeli dari kedai. Pada masa mereka berbual-bual, tiba-tiba Firdaus telah bangun dan pergi menjenguk ke luar tingkap yang berada di hadapan rumah OKT1. Firdaus telah memberitahu bahawa pihak polis telah datang, dan kedua-dua Firdaus serta Hamdan terus bergegas melarikan diri dengan menggunakan pintu belakang. [74] Pada masa pihak polis menyerbu rumah, OKT1 dan OKT2 sedang duduk di tepi tangga, manakala isteri OKT1 bersama Izzati dan anaknya berada di dapur. Tindakan Firdaus dan Hamdan melarikan diri dari pintu belakang rumah ini telah dilihat oleh isteri OKT1 dan Izzati. [75] Semasa polis masuk ke dalam rumah, pihak polis telah memeriksa beg-beg yang telah ditinggalkan oleh Firdaus dan Hamdan, dan telah menjumpai dadah di dalam kedua-dua beg tersebut. Semasa S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg pihak polis menjumpai dadah-dadah tersebut, OKT1 telah memberitahu pihak polis bahawa dadah-dadah tersebut adalah kepunyaan Firdaus dan Hamdan yang baharu sahaja melarikan diri melalui pintu belakang rumah. [76] OKT1 dan OKT2 berserta dadah yang dirampas telah dibawa pulang oleh pihak polis ke balai polis untuk tindakan lanjut. PEMBELAAN OKT-OKT GAGAL MENIMBULKAN KERAGUAN TERHADAP PEMILIKAN DADAH [77] Mahkamah ini telah merujuk kepada beberapa kes terdahulu untuk membantu Mahkamah dalam membuat pertimbangan samada satu keraguan munasabah telah berjaya dibuktikan oleh pihak Pembelaan terhadap Pendakwaan. Merujuk kepada kes Balachandran v. PP [2005] 2 MLJ 301, beban yang perlu dibuktikan oleh OKT-OKT adalah untuk menimbulkan keraguan munasabah : “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conslusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg [78] Rujukan juga kepada kes Ganapathy Rengasamy v. Public Prosecutor [1998] 2 CLJ 1 (MP), diputuskan oleh Shaik Daud Ismail JCA dalam penghakiman bertulisnya menyatakan seperti berikut – The burden on the prosecution throughout is to prove their case beyond a reasonable doubt (see Arulpragasan v. PP [1996] 4 CLJ 597.) But, once the prosecution had proved that appellant had custody or control of the bag containing the drugs in question, then by s. 37(d) of the Act, he was deemed to have been in possession of such drugs and to have known the nature of such drugs, and so, the onus had shifted to him, to prove the contrary, on the balance of probabilities. (See PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC). [79] Selain itu, Mahkamah Agung di dalam kes Ng Chai Kem Lwn. PP [1994] 2 CLJ 593 oleh Wan Yahya bin Pawan Teh HMA menyatakan seperti berikut: Di dalam kes rayuan dihadapan kita sekarang, pihak pendakwa juga menggunakan anggapan s.37(da) untuk menetapkan bahawa tertuduh itu adalah seorang pengedar dadah oleh kerana dadah yang dijumpai dalam milikannya melebihi 15 grams Monoacetylmorphine. Oleh yang sedemikian beban untuk membuktikan bahawa beliau bukanlah seorang pengedar dadah adalah dipertanggungkan ke atas tertuduh. Sebagaimana kita sedia maklum, bukanlah tiap-tiap tertuduh yang memiliki dadah seberat yang disebut di s. 37(da)(i) hingga (x) itu adalah benar-benar ataupun semestinya dicela sebagai pengedar dadah. Kadangkala ada juga kemungkinan orang yang memiliki dadah yang berlebihan itu adalah penagih dadah yang menyimpan atau membawa dadah itu untuk kegunaannya sendiri. Dalam keadaan begitu bebanan untuk mematahkan anggapan di bawah s. 37(da) itu beralih kepada pemilik dadah itu dan dia hendaklah menyakinkan Mahkamah di atas kadar imbangan keberangkalian - iaitu suatu kadar beban membukti S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg yang ringan daripada yang dikehendaki daripada kes pendakwa - (Lihat PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89), bahawa dia adalah seorang penagih dan bukannya seorang pengedar. Seksyen 37(da) bukanlah suatu anggapan undang-undang yang tak boleh dipatahkan dan oleh sebab itu apabila pihak pembelaan mencabar atau memasukkan keterangan yang bertentangan atau boleh disifatkan sebagai berlainan dengan anggapan pengedaran, maka adalah manjadi tanggungjawab Mahkamah untuk menimbang keterangan-keterangan ini untuk menentukan samada pihak pembela berjaya mematahkan anggapan itu. DAPATAN MAHKAMAH DI PERINGKAT PEMBELAAN PEMBELAAN OKT-OKT BERSIFAT PEMIKIRAN TERKEMUDIAN / (‘AFTERTHOUGHTS’) DAN PENAFIAN SEMATA-MATA [80] Di peringkat Pembelaan ini, Mahkamah perlu mengambil pendekatan yang lebih berhati-hati dalam menilai keterangan yang dikemukakan memandangkan saksi yang dikemukakan adalah OKT-OKT sendiri, ibu OKT2 dan seorang jurugambar. Walaupun OKT-OKT telah memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah namun begitu, Mahkamah ini masih perlu berhati-hati dalam mengambilkira dan menimbangkan penerimaan masuk (‘admissibility’) keterangan pembelaan OKT-OKT ini. [81] Setelah meneliti keterangan sedia ada, Mahkamah ini mendapati pembelaan OKT-OKT merupakan penafian semata-mata dengan menunding kepada Firdaus dan Hamdan sebagai tuan punya dadah-dadah yang dirampas itu. OKT-OKT juga mengatakan terdapat orang lain selain mereka di dalam rumah tersebut iaitu isteri OKT1 dan Izzati bersama-sama anak-anak mereka di rumah S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg tersebut. [82] Keterangan OKT-OKT ini adalah satu penafian semata-mata tanpa mengemukakan bukti yang kukuh untuk menyokong pembelaan mereka. Pihak pembelaan mengatakan bahawa selain OKT1 dan OKT2 yang berada di dalam rumah tersebut terdapat individu-individu lain iaitu Firdaus, Hamdan, isteri OKT1 dan Izzati berserta anak-anak mereka yang masih kecil. Namun sehinggalah kes ini ditutup, pihak pembelaan telah gagal mengemukakan saksi-saksi yang disebut ini bagi menyokong keterangan Pembelaan. Sedangkan semasa pihak Pendakwaan mahu menutup kes mereka, pihak Pendakwaan telahpun menawarkan 2 orang saksi iaitu Firdaus dan Suziana binti Abdullah (isteri OKT1) kepada pihak Pembelaan. [83] Pada pandangan Mahkamah ini kehadiran orang lain selain OKT1 dan OKT2 di rumah tersebut hanya rekaan dan dengan santainya OKT1 dan OKT2 meletakkan beban pemilikan dadah-dadah tersebut kepada Firdaus dan Hamdan. Keterangan oleh SD3 iaitu ibu kepada OKT2 gagal memberikan sebarang impak kepada pembelaan OKT-OKT walaupun SD3 menyatakan bahawa Izzati ada berjumpa dengannya dan memberitau kejadian yang menimpa OKT2. Mahkamah ini perlu berhati-hati untuk menerima keterangan SD3 ini, memandangkan SD3 adalah ibu kepada OKT2. Apabila dicadangkan oleh TPR semasa disoal balas, SD3 mengakui akan melakukan apa sahaja untuk membebaskan anaknya dari pertuduhan. [84] Kegagalan pihak pembelaan mengemukakan Izzati untuk menyokong keterangan OKT-OKT dan SD3, telah menjadikan S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg keterangan oleh SD3 tidak bermakna dan sia-sia. Mahkamah ini juga mendapati SD4 iaitu jurufoto yang mengambil gambar tempat kejadian setelah kejadian ini berlaku lebih dari 3 tahun adalah ssesuatu yang tidak boleh diterima kerana tempoh kejadian dan gambar diambil oleh SP4 adalah sangat lama. Pelbagai kemungkinan yang boleh berlaku di tempat kejadian seperti pengubahsuaian rumah dan perubahan-perubahan lain yang berlaku kepada tempat kejadian tersebut. Mahkamah ini mendapati gambar-gambar yang diambil juga tidak banyak membantu pihak pembelaan di dalam mewujudkan keraguan terhadap kes pihak Pendakwaan. Oleh itu ia terjumlah kepada pemikiran terkemudian. [85] Rujukan kepada kes Public Prosecutor v. Ling Tee Huah [1982] 2 MLJ 324 di muka surat 326, memutuskan seperti berikut: “A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution’s evidence is not sufficient. A magistrate is, of course, entitled to believe a witness at a trail but a general references to the demeanour of witnesses without more, gives rise to suspicion that an attempt is being made to bolster up a verdict which is contrary not only to the weight of evidence but to the probabilities and which could not be supported on a detailed examination of the evidence.” [86] Seterusnya dalam kes Da Duncan v. Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan di muka surat 195 telah memutuskan seperti berikut berkenaan pembelaan penafian : “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecuiton case against the appellant.” [87] Mahkamah ini mendapati keterangan-keterangan yang dikemukakan olah saksi-saksi pembelaan ini merupakan sesuatu yang direka-reka apabila ia tidak disokong oleh keterangan lain. Walaupun tugas utama Pembelaan untuk menimbulkan keraguan munasabah sahaja, namun ia masih memerlukan satu pembuktian yang boleh diterima oleh Mahkamah. Nyatalah sehingga kes pembelaan selesai didengar oleh Mahkamah ini, keterangan tanpa pembuktian menyokong daripada OKT1, OKT2, SD3 dan SD4 gagal membantu kes Pembelaan. Sebaliknya keterangan saksi-saksi pembelaan amat meragukan dan tidak boleh dipercayai. [88] Walau apapun keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pembelaan dengan menafikan pemilikan dadah-dadah tersebut, Pembelaan masih gagal mengenepikan keterangan sedia ada daripada Pendakwaan bahawa dadah yang dijumpai di dalam satu beg lain digalas oleh OKT2. OKT2 gagal untuk menjelaskan bagi tujuan menimbulkan keraguan bagaimanakah dadah itu boleh berada di dalam beg P5C(2) yang digalas olehnya. Kegagalan ini telah mewujudkan inferens bahawa OKT2 sememangnya tahu bahawa OKT2 sedang membawa dadah di dalam beg tersebut. Kegagalan ini telah menjurus kepada dapatan bahawa dadah di dalam beg P5C(2) tersebut berada di dalam kawalan, jagaan dan pengetahuannya. [89] Akhirnya, Mahkamah ini mendapati keterangan saksi-saksi pembelaan ini merupakan satu fikiran terkemudian atau S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg “afterthought” dan bersifat penafian semata-mata. Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa keterangan tersebut tidak boleh diterima pakai di Mahkamah ini dan seharusnya ditolak. Disebabkan oleh hal ini, Mahkamah tidak dapat lari daripada membuat kesimpulan bahawa pembelaan OKT-OKT ini adalah tidak masuk akal dan sengaja direka-reka. Ia jelas satu cubaan gagal OKT-OKT untuk mewujudkan keraguan terhadap kes Pendakwaan. [90] Kesimpulannya, keterangan saksi-saksi pembelaan ini gagal menafikan kawalan, jagaan serta pengetahuan yang sekaligus mengesahkan pemilikan OKT-OKT terhadap dadah berbahaya yang dijumpai di dalam P5C(1) dan P5C(2) di rumah tersebut.
para
[91] Mahkamah ini setelah menimbangkan secara maksima keterangan yang dikemukakan sepanjang kes pembelaan dan setelah menghalusi hujahan bertulis/lisan pihak-pihak, Mahkamah ini berpendapat:
a
OKT-OKT gagal mengakaskan kes Prima Facie yang telah dibuktikan oleh pihak Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan di mana OKT-OKT di dapati mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B ADB 1952; dan
b
OKT-OKT telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan yang telah dibuktikan melampaui keraguan munasabah (‘beyond reasonable doubt’) terhadap OKT-OKT melalui pembelaannya.
c
OKT 1 dan OKT 2 didapati bersalah dan disabitkan dengan S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg kesemua pertuduhan dan diperintahkan untuk hukuman seperti berikut:
i
Kes no: JA-45A-28-03/2022 (OKT1 dan OKT2) - Hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap (10.3.2021) dan 12 sebatan, terhadap pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 82.65 gram, OKT1 dan OKT2 disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK).
II
(ii) Kes no: JA-45A-28-03/2022 (OKT2 sahaja) - Hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap (10.3.2021) dan 12 sebatan, terhadap pertuduhan mengedar dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat bersih 91.19 gram, OKT2 disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB dan dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
III
(iii) Kes no: JA-45A-86-04/2022 (OKT1 dan OKT2) - Hukuman penjara 1 tahun dari tarikh tangkap (10.3.2021), terhadap pertuduhan memiliki dadah berbahaya jenis Monoacetylmorphines seberat bersih 0.26 gram, OKT1 dan OKT2 disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 12(2) ADB S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg dan dihukum di bawah seksyen 12(3) Akta yang sama yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK). [92] Hukuman penjara terhadap OKT 1 dan OKT 2 berjalan serentak. Bertarikh: 20 FEBRUARI 2026 sgd (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Pendakwaraya : Rashidah binti Baharom Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Johor Peguam : Tetuan Hazza Khalid, Suraya & Partners Peguambela & Peguamcara S/N aw7h8oY67UCmrWdx6Rl6xg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.