Catitan tersebut adalah seperti berikut: Tarikh mula-mula pemberimilikan : 9 Januari 1903 No hakmilik asal (Tetap atau sementara) : A PP85/03 Mukim Setapak No hakmilik yang terdahulu daripada ini : EMR 2803 Mukim Setapak Ini bermakna bahawa hartanah tersebut mempunyai tuanpunya sejak ia diberi milikan. d. Pemilikan hartanah ini telah diberikan sebelum tahun 1976 (tahun Pak Mastor kononnya meneroka) lagi telah disokong oleh geran hakmilik hartanah Eksibit “JAB-1” yang mana hartanah tersebut telah melalui dua pengambilan tanah oleh kerajaan dengan pengeluaran Borang K. Borang K adalah suatu borang yang dikeluarkan menurut seksyen 22 Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi tujuan memberi notis bahawa tanah ini telah diambil milik oleh kerajaan daripada pemiliknya. Di dalam kes ini hartanah tersebut telah terlibat dengan pengambilan tanah oleh kerajaan pada tahun 1975 23 (No warta: 391 bertarikh 25 September 1975 untuk keluasan lebiih kurang 62700 kaki dan pada tahun 1995 (No. warta :334 bertarikh 16 Februari 1995) untuk kawasan seluas lebih kurang 0.221 hektar. Kedua-dua endosman yang tertera di Eksibit “JAB-1” adalah seperti berikut: No Pers 63/1977 Jil.1 Fol. 33 Pengambilan Sebahagian Tanah – Borang K Seluas lebih kurang 62700 Kaki Persegi Cukai tanah dipinda kepada RM16.00 Didaftarkan pada 29 April 1977 jam 12:09:00 petang (No Warta : 391 bertarikh 25 September 1975) No Pers 5183/1995 Jil.3 Fol. 109 Pengambilan Sebahagian Tanah – Borang K Seluas lebih kurang 0.221 Hektar Cukai tanah dipinda kepada RM16.00 Didaftarkan pada 09 Oktober 1995 jam 08:00:00 pagi (No Warta : 334 bertarikh 16 Februari 1975) e. Defendan sendiri di dalam afidavit balasan Mazlan telah mengeksibitkan Borang K bagi pengambilan hartanah yang kedua pada tahun 1995 di Eksibit “MAR-1” bahawa keluasan sebanyak 0.221 hektar telah diambil oleh kerajaan dan di dalam Borang K ini telah jelas menunjukkan bahawa TUANPUNYA BERDAFTAR HARTANAH ini adalah Plaintif 24 Kedua sebagai Pemegang Amanah ½ bahagian dan bapa Plaintif Pertama memegang ½ bahagian yang lain. f. Defendan telah pada awalnya telah mengatakan Shafiei telah mula menduduki hartanah tersebut sejak tahun 1976 dengan kebenaran Pak Mastor yang meneroka hartanah tersebut walhal tanah tersebut sememangnya bukan dimiliki Pak Mastor dan bukanlah tuanpunya hartanah tersebut. Pak Mastor sendiri tidak berhak meneroka tanah milikan orang lain dan oleh itu kalaupun benarlah Pak Mastor membenarkan Shafiei menduduki hartanah tersebut, Pak Mastor juga adalah seorang penceroboh yang tidak mempunyai apa-apa hak di sisi undang-undang untuk memberi kebenaran kepada Shafiei untuk memasuki hartanah tersebut kerana Pak Mastor sendiri telah memasuki hartanah tersebut tanpa kebenaran tuanpunya hartanah. g. Pengataan Defendan bahawa wang pampasan pengambilan kedua telah telah dimasukkan kepada Amanah Raya 25 Malaysia kerana pemilik hartanah tidak ditemui adalah pengataan satu kosong Defendan yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan. Di samping itu, kedua-dua Plaintif telah mengatakan wang pampasan pengambilan tanah telahpun dituntut oleh pemilik-pemilik hartanah. h. Setelah itu pula, Mazlan bertukar versi daripada penerokaan awal Shafiei sejak tahun 1976 atas kebenaran Pak Mastor kepada pengataan yang bapa Plaintif dan Plaintif Kedua tidak pernah menghalau daripada hartanah tersebut atau meminta Shafiei keluar atau mengosongkan hartanah tersebut. i. Kemudian Mazlan mengatakan Plaintif Kedua selalu datang datang mengutip buah. Seterusnya, Plaintif Kedua dan keluarganya dikatakan telah datang bersama suami dan anaknya untuk menemui Defendan pada tahun 1991 dan memberitahu bahawa Defendan boleh terus menduduki hartanah tersebut dan kemudian kononnya menyerahkan geran mereka seperti di eksibit “MAR-2”, Kandungan 4 untuk 26 simpanan. Salinan geran kononnya membuktikan kehadiran Plaintif Kedua ke hartanah tersebut pada tahun 1991. j. Mahkamah ini telah meneliti Eksibit “MAR-2”. Dokumen adalah satu dokumen yang tidak jelas butirannya. Rupanya berkemungkinan geran lama tetapi catitan-catitan yang ada di dalammya adalah tidak jelas dan banyak butiran penting yang sewajarnya ada bagi sesuatu geran tidak ada di dalam geran ini. Apa yang ada adalah tulisan yang merujuk kepada hartanah tersebut dengan tulisan tangan butiran lot, keluasan hartanah ini dan cukai tanah adalah 21 ringgit. Ia semestinya satu geran lama yang masih menggunakan ringgit dan bukan RM. k. Kalau benarlah ini “MAR-2”. diberikan Plaintif Kedua pada tahun sebagai bukti beliau hadir dan memberi kebenaran, ianya adalah sesuatu yang tidak menasabah. Geran ini adalah satu geran lama yang tidak tahu dari mana asal usulnya kerana cukai tanah bagi hartanah ini masih menggunakan 21 ringgit. Kenapa pula dokumen ini diberikan 27 oleh Plaintif Kedua kepada Defendan sedangkan di dalamnya tidak ada butiran siapakah tuanpunya hartanah dan apatah lagi nama Plaintf Kedua pun tidak ada tertera di dalamnya bagi menunjukkan keempunyaan beliau. Kalau namanya pun tidak ada di dalam geran tidak ada sebab Plaintif memberikannya kepada Defendan. Apa tah lagi di dalam kes ini pengambilan tanah pertama telah dilaksanakan pada tahun 1977 dan cukai tanah telah dipinda kepada RM16.00. Dengan proses pengambilan tanah ini, geran hakmilik baru akan dikeluarkan kepada tuanpunya dan geran baru akan dikeluarkan. Geran baru yang dikeluarkan semestinya bukanlah sepertimana “MAR-2” . Kalaulah Plaintif Kedua hendak memberi geran pada tahun 1991, semestinya geran baru hartanah tersebut. l. Pengataan Defendan bahawa MAR-2 diberikan oleh Plaintif Kedua kepadanya pada tahun 1991 adalah sesuatu yang sangat meragukan dan merupakan pengataan kosong semata-mata. 28 m. Kemudian Defendan telah mendakwa telah membangunkan hartanah tersebut dan menambak paya dan membina jalan akses serta membina rumah di atasnya. Defendan juga mendakwa mereka telah mendapat bekalan api dari tahun 1984 dan bekalan air pada tahun 2014. Pengataan-pengataan Defendan ini adalah semata-mata pengataan kosong semata-mata yang tidak disokong oleh mana-mana keterangan pun kerana tidak ada bukti telah dikemukakan oleh Defendan bahawa bekalan api telah diperolehi sejak tahun 1984 dan bekalan air telah didapati pada tahun 2014. o. Defendan cuba mendakwa bahawa beliau telah membayar cukai hartanah tersebut dari tahun 1976 sehingga tahun 1991 dengan merujuk kepada Eksibit “MAR-3”. Mahkamah ini perlu menyatakan di sini bahawa dokumen “MAR-3” bukanlah suatu resit pembayaran cukai tanah yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah yang menunjukkan bayaran-bayaran cukai tanah yang telahpun dibayar. Borang seperti di dalam “MAR-3” adalah satu format borang resit hasil tanah Pejabat Tanah yang akan dikeluarkan oleh pejabat 29 tanah kepada tuanpunya tanah namanya tertera di geran hakmilik tanah untuk tujuan bayaran cukai tanah dan apabila bayaran telah dibuat, bayaran itu akan tercatit di atas borang tersebut sebagai bukti pembayaran. Di dalam “MAR- 3“ yang dikemukakan Defendan, nama di tulis Mazlan Abdul Rashid telah ditulis tanpa alamat. Butiran tanah tidak lengkap dan tahun pengeluaran borang tidak ada. Kononnya cukai untuk tahun 1975 hingga tahunnya tidak jelas Kononnya lagi untuk denda lewat sebanyak RM321.50. Catitan-catitan di dalam borang ini ditulis dengan tangan. Melihat kepada “MAR- 3“ ini, Mahkamah ini menyimpulkan ianya adalah satu dokumen yang direka-reka dan ianya bukanlah suatu resit pembayaran cukai tanah. p. Adalah menjadi dapatan Mahkamah seterusnya bahawa pengataan-pengataan kosong Defendan menjadi lebih jelas lagi dan Mahkamah katakan ianya ke peringkat pembohongan Mahkamah ini di mana Mazlan yang merupakan suami kepada Defendan Ketiga telah mendeposkan di perenggan 4 afidavitnya bahawa beliau 30 telah menduduki hartanah tersebut sejak dari tahun 1976 walhal beliau lahir pada tahun 1962 dan jika dibuat pengiraan ke belakang kepada 1976, adakah beliau telah menduduki hartanah sejak berumur 14 tahun. Pada umur 14 tahun, Mazlan cuba mengatakan dia telah berkahwin dengan Defendan Ketiga. Ini jelas satu pengataan yang tidak masuk akal dan tidak logik. q. Berhubung dengan perkara bohong dan tidak logik juga, Mahkamah ini juga perlu merujuk kepada Borang 19B Defendan Ketiga bertarikh 25.8.2016 di dalam memasukkan kaveat persendirian ke atas hartanah tersebut. Di antara alasan yang dinyatakan oleh Defendan bagi menunjukkan kepentingannya atas hartanah tersebut, Defendan Ketiga telah menyatakan dia telah menduduki hartanah tersebut selama 40 tahun atas arahan pemilik asal tanah Hj Abu Hanifah dan Hajah Roshia kepada arwah bapanya. Bagaimana pula Defendan boleh menduduki hartanah tersebut selama 40 tahun sedangkan pada tahun 1976, Defendan baru beumur 8 tahun dan 31