Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A72-3-09/2021
KF-A72-3-09/2021
Magistrates Court of Malaysia28 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“a trespasser is one who wrongfully enters on land in the possession of another and has neither right nor permission to be on the land. Lord Dunedin in Robert Addie & Sons (Collieries) Ltd v Dumbreck [1929] AC 358 at p 371 aptly described a trespasser as one who goes on the land without invitation of any sort and whose”
“Klasik Sdn Bhd v Liza James & Ors [1996] 3 CLJ 932; [1996] 2 MLRH 776, Abdul Malik Ishak J (as he then was) explained the cause of action grounded on trespass; “In Liew Yu Fatt v Teck Guan & Co Ltd [1965] CLJU 92; [1965] 1 MLRH 550; [1966] 1 MLJ 87, McGilligan J said – “Trespass is, basically, an unlawful entry by one”
“J said – “Trespass is, basically, an unlawful entry by one person on, or an unlawful interference by one person with, land in the possession of another”. In Wong See Kui v Hong Hin Tin Mining Company [1969] CLJU 202; [1969] 1 MLRH 302; [1969] 2 MLJ 234, Raja Azlan Shah J (as His Majesty then was) said – “Trespass consi”
“24. Kes Agrobest (M) Sdn Bhd & Ors v Rosli Jendut & Ors [2025] CLJU 2236 menyatakan dengan jelas definisi kepada pencerobohan seperti berikut; “[65] Through the speaking judgment of Mohd Zawai Salleh FCJ (as he then was), it was held that:- [21] Before we dwell on the”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET KULIM DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES GUAMAN NO: KF-A72-3-09/2021
2
ISHAK BIN BABJI - PLAINTIF-PLAINTIF
4
NORAZIZAH BINTI TALIT - DEFENDEN-DEFENDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Writ dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif adalah untuk tuntutan-tuntutan seperti berikut:
a
Bahawa Defenden 1 – 4 hendaklah menyerahkan milikan kosong seperti di petak 2 dan 3 hartanah tersebut kepada Plaintif 1 – 2 dalam masa enam puluh (60) hari dari tarikh penghakiman tersebut;
b
Faedah 8% setahun ke atas amaun yang dihakimi dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian;
c
Gantirugi khas yang akan ditaksirkan kelak;
d
Kos; dan
e
Perintah selanjutnya atau relif/pelepasan yang pada pandangan Mahkamah Yang Mulia sesuai dan wajar.
2
Defenden sebaliknya telah memfailkan pernyataan pembelaan yang menafikan tuntutan Plaintif dan memohon agar tuntutan-tuntutan Plaintif ditolak dengan kos. B.
3
Secara asasnya, Mahkamah mendapati bahawa sebahagian besar fakta kes berkenaan bagaimana hartanah ini berada di dalam milikan kedua-dua pihak adalah tidak dipertikaikan.
4
Hartanah yang menjadi pertikaian di dalam tuntutan ini adalah setengah (1/2) bahagian bagi Geran Mukim 4938, Lot 71, Bandar Kulim, Kedah Darul Aman di mana Plaintif-Plaintif dan Defenden-Defenden merupakan pemilik bersama bagi hartanah ini.
5
Pemilik asal hartanah ini adalah Babji bin Yusof. Atas kematian Babji bin Yusof telah meninggalkan waris seramai 6 orang termasuk Plaintif-Plaintif dan ibu kepada Defenden-Defenden bernama Haminah binti Babji. Di atas kematian Haminah binti Babji, maka Defenden-Defenden mewarisi bahagian daripada Haminah bagi hartanah-hartanah tersebut.
6
Bagi melengkapkan pembahagian hartanah tersebut mengikut pembahagian faraid, pihak-pihak waris telah memfailkan permohonan pembahagian harta pusaka kecil di pejabat JKPTG Seberang Perai Utara dan perintah bertarikh 2.12.2020 diberikan di mana bahagian-bahagian waris-waris adalah seperti berikut; Nama Waris Bahagian Fatimah binti Babji 4/72 Mohd Zukri bin Babji 8/72 Jamaliah binti Babji 4/72 Mohd Nor bin Babji 8/72 Noor Shafiza binti Talit 1/72 Ishak bin Babji 8/72 Norazlina binti Talit 1/72 Norazizah binti Talit 1/72 Mohd Zabidi bin Talit 1/72
7
Setelah pendaftaran perintah ini di Pejabat Tanah, maka bahagian-bahagian pihak-pihak ke atas hartanah tersebut telah di daftarkan di dalam geran sebagaimana berikut; Nama Pemilik Bahagian Fatimah binti Babji 1/18 Mohd Zukri bin Babji 1/9 Jamaliah binti Babji 1/18 Mohd Nor bin Babji 1/9 Noor Shafiza binti Talit 1/72 Ishak bin Babji 1/9 Norazlina binti Talit 1/72 Norazizah binti Talit 1/72 Mohd Zabidi bin Talit 1/72
8
Sebelum pembahagian dibuat kepada waris bagi hartanah tersebut, terdapat rumah yang telah dibina dan diduduki oleh Defenden-Defenden dan ditandakan sebagaimana di dalam Pelan Pecah Bahagian yang telah disediakan.
9
Atas arahan yang diberikan oleh Zukri bin Babji (SP5) kepada Muhammad Azril Hafizi bin Shahidan (SP2) yang merupakan seorang juruukur tanah berlesen, SP2 telah membuat ukuran pelan pecah bahagian (P3) ke atas hartanah tersebut.
10
Berdasarkan kepada ekshibit P3 tersebut, pembahagian pecah bahagian dibahagikan kepada Petak 1 sehingga Petak 6. Petak 1 ditetapkan sebagai bahagian Defenden-Defenden, Petak 2 ditetapkan bahagian Plaintif 1 dan Petak 3 ditetapkan untuk bahagian Plaintif 2 di mana ketiga-tiga petak ini adalah bersebelahan.
11
Pelan pecah bahagian ini telah diserahkan kepada pihak Defenden-Defenden dan berdasarkan rekod di dalam pelan tersebut, Defenden Pertama, Kedua dan Keempat telah menandatangani pada Pelan pecah bahagian tersebut dengan menunjukan pada Petak 1. C.
12
Berdasarkan kepada fakta kes pihak-pihak di atas, isu-isu yang boleh diputuskan berdasarkan kepada hujahan pihak-pihak adalah seperti berikut; a) Samaada mod tuntutan Plaintif-Plaintif kes melalui Writ Saman adalah mod yang betul; b) Samaada Plaintif-Plaintif adalah pemilik sah dan Defenden-Defenden telah melakukan pendudukan tanpa izin/pencerobohan ke atas tanah Plaintif-Plaintif; c) Samaada pelan pecah bahagian hartanah adalah berkuatkuasa dan mengikat pihak Defenden-Defenden; d) Samaada Plaintif berhak untuk menuntut jumlah gantirugi ke atas Defenden-Defenden.
13
Kedua-dua pihak telah mengemukakan hujahan masing-masing berkait dengan perbicaraan penuh ini. D.
14
Bagi menentukan samaada Defenden-Defenden telah melanggari hak Plaintif-Plaintif dan berlaku pencerobohan hendaklah dinilai berdasarkan kepada fakta dan nas undang-undang yang ada berkaitan tanah. Samaada mod tuntutan kes Plaintif-Plaintif melalui Writ Saman adalah mod yang betul;
15
Pada menentukan samaada mod tuntutan Plaintif-Plaintif ke atas Defenden-Defenden adalah betul hendaklah bersandarkan kepada undang-undang yang berkenaan. Pihak Defenden-Defenden berhujah bahawa pemakaian peruntuakn di bawah Seksyen 141(1)(a) Kanun Tanah Negara [Semakan 2020] [Akta 828] adalah terpakai dalam kes ini dan bukanlah melalui pemfailan Writ dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah.
16
Seksyen 141(1)(a) Akta 828 adalah seperti berikut; “141. Conditions for approval of partition
1
No partition shall be approved by the State Director or, asa the case may be, Land Administtator unless –
a
Each of the co-proprietors has either joined in, or consented to the making of, the application for its approval;
b
…………….”
17
Pihak Defenden juga berhujah bahawa bagi menggunapakai peruntukan di bawah Seksyen 141(1)(a) Akta 828 ini, syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Seksyen 136(f)(1) Akta 828 adalah tidak dipenuhi dan Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut. Jadi persoalan di sini, peruntukan manakah di dalam Kanun Tanah Negara yang bersesuaian digunapakai bagi Tindakan ini?
18
Setelah meneliti kes ini, Mahkamah berpendapat bahawa kes ini tidak seharusnya difailkan di bawah Writ dan Pernyataan Tuntutan tetapi melalui saman pemula di bawah Seksyen 145 Akta 828. Seksyen tersebut memperuntukan seperti berikut; “145. Power of court to facilitate termination of co-proprietorship
1
Where, in the case of any land vested ini co-proprietors-
a
any of the co-proprietors will neither join in, or nor consent ti the making of, an application for partition under this chapter; or
b
By reason of the operation of paragraph 136(1)(f) (as applied by section 141), partition of the land between all the co-proprietors is incapable of being approved under this chapter, the court, subject to and in accordance with the provisions of any law for the time being in force relating to civil procedure, may, on the application of any the co-proprietors, make such order as it may think just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated.
2
……………”
19
Peruntukan ini di bawah Seksyen 145 Akta 828 adalah jelas memperuntukan prosedur-prosedur untuk pemberhentian pemilikan bersama di antara pemilik-pemilik tanah. Maka pihak Plaintif seharusnya memfailkan Saman Pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan apa yang dituntut di dalam kes ini dan bukan melalui pemfailan Writ ini. Oleh yang demikian, pemfailan Writ dan Pernyataan Tuntutan satu mod yang salah.
20
Merujuk kepada kes Majlis Perubatan Malaysia & Anor v Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd (registered owner and licensee of the higher learning institution Lincoln University College) [2019] 1 MLJ 471 menyatakan seperti berikut; [38] In that case the Federal Court recognised the general principle cited in O’ Reilly v Mackman [19830] 2 AC 237 (O’ Reilly), dating back to the 1950s, where it was held that where the law prescribes a specific means to proceed to enforce a right then that mode ought to be followed. Where the right sought to be enforced is a public law right, the proper mode to be adopted under adjectival law is judicial review or one of the prerogative writs. Where the right sought to be enforced is a private law right, then a writ is the proper mode to be adopted. Failure to accord with this general principle would result in the action being struck out a s amounting to an abuse of process of the court” (emphasised added)
21
Maka, di atas alasan ini sahaja, atas kegagalan untuk memfailkan kes di bawah mode khas yang ditetapkan oleh undang-undang, maka tuntutan Plaintif-Plaintif wajar untuk ditolak. Samaada Plaintif-Plaintif adalah pemilik sah dan Defenden-Defenden telah melakukan pendudukan tanpa izin/pencerobohan ke atas tanah
22
Namun, untuk melengkapkan alasan bagi keputusan yang dibuat, adalah wajar untuk Mahkamah juga melihat dan menilai kepada alasan-alasan lain yang membolehkan Mahkamah memberikan keputusan tersebut.
23
Merujuk kepada pernyataan tuntutan yang difailkan oleh pihak Plaintif yang menyatakan bahawa Defenden-Defenden adalah penghuni tanpa izin (perenggan 3 dan 4) adalah satu salah tanggapan berkenaan dengan status sebenar Defenden-Defenden. Ianya adalah bercanggah dengan pernyataan Plaintif pada perenggan 4 yang menyatakan bahawa Defenden-Defenden adalah merupakan pemilik berdaftar di atas hartanah tersebut. Oleh yang demikian, Defenden-Defenden tidak wajar dinyatakan sebagai penghuni tanpa izin pada peringkat ini.
24
Kes Agrobest (M) Sdn Bhd & Ors v Rosli Jendut & Ors [2025] CLJU 2236 menyatakan dengan jelas definisi kepada pencerobohan seperti berikut; “[65] Through the speaking judgment of Mohd Zawai Salleh FCJ (as he then was), it was held that:- [21] Before we dwell on the issue raised bt learned counsel for the appellant, it would be useful to briefly state the law on trespass. Halsbury Laws of England 4th edn Vol 45 gives a definition of trespass under the head of ‘Wrongs to property” at para 1384 at p 63” “Unlawful Entry. Every unlawful entry by one person on land in the possession of another is a trespass for which an action lies, even though no actual damage is done. A person trespass upon land if he wrongfully sets foot on it, rides or drives over it or takes possession of it, or expels the person in possession, or pulls down or destroys anything permanently fixed to it, or wrongfully takes mineral from it, or places or fixes anything on it or in it, or if he erects or suffers to continue on his own land anything which invades the airspace of another, of if he discharges water upon another land, or sends filth or any injurious substance which has been collected by him on his own onto anothers land.” [22] In Punca Klasik Sdn Bhd v Liza James & Ors [1996] 3 CLJ 932; [1996] 2 MLRH 776, Abdul Malik Ishak J (as he then was) explained the cause of action grounded on trespass; “In Liew Yu Fatt v Teck Guan & Co Ltd [1965] CLJU 92; [1965] 1 MLRH 550; [1966] 1 MLJ 87, McGilligan J said – “Trespass is, basically, an unlawful entry by one person on, or an unlawful interference by one person with, land in the possession of another”. In Wong See Kui v Hong Hin Tin Mining Company [1969] CLJU 202; [1969] 1 MLRH 302; [1969] 2 MLJ 234, Raja Azlan Shah J (as His Majesty then was) said – “Trespass consists in the intentional intrusion of anothers land. It is committed not only by intrusion in person but also by propelling objects on to another’s land”. In Segar Restu (M) Sdn Bhd v Wong Kai Chuan & Anor [1994] 4 CLJ 757; [1994] 2 MLRH 883; [1994] 3 MLJ 530; [1993] 3 AMR 1079, I have said something about the meaning of trespass which was subsequently quoted with approval in Punca Klasik Sdn Bhd v All Persons In Occupation Of The Wooden House Erected On A Portion Of Land Held Under Grand No 26977 For Lot 4271 In The Township Of Johor Bahru, Johor & Another Case [1995] 4 BLJ 33”; [1995] 1 MLRH 231; [1996] 5 MLJ 92 and this was this effect: “Reading the pleadings, one would be able to detect the element of trespass. Who is a trespasser? In law, a trespasser is one who wrongfully enters on land in the possession of another and has neither right nor permission to be on the land. Lord Dunedin in Robert Addie & Sons (Collieries) Ltd v Dumbreck [1929] AC 358 at p 371 aptly described a trespasser as one who goes on the land without invitation of any sort and whose presence is either unknown to the proprietor or, if known, is practically objected. That would be a fitting description of the defendants.” [23] Put simply, trespass onto land is the unlawful direct and immediate interference with the possession of land which is ini the possession of another person, or which another person is entitled of possession of. A Latin maxim is frequently employed to define the extent of land: “cui us est solum, eius est usque ad coelum et ad inferos” – he who owns the land, owns it all the way to the heavens and to hell. This principle is often abbreviated form as ad coelum principle. In modern law, this principle is still accepted in limited form, and rights are divided into space rights and subsurface rights below.” (Emphasis added)
25
Berdasarkan kepada definisi di atas, Defenden-Defenden yang mempunyai hak ke atas hartanah tersebut berdasarkan kepada bahagian masing-masing berdasarkan pembahagian, bukanlah seseorang yang boleh dianggap sebagai penghuni tanpa izin atau penceroboh ke bahagian Plaintif-Plaintif kerana Defenden-Defenden turut mempunyai hak ke atas bahagian hartanah tersebut yang belum ditentukan lagi.
26
Namun, untuk Plaintif-Plaintif menuntut dan menentukan bahawa bahagian khas Plaintif-Plaintif sebagaimana dinyatakan di dalam pelan pecah bahagian yang disediakan oleh SP2 adalah hak Plaintif-Plaintif, ianya adalah tidak wajar dan tanpa asas yang kukuh. Ianya tidak disokong oleh mana-mana autoriti seperti persetujuan dari pihak Defenden-Defenden dan/atau apa-apa perintah dari Mahkamah. Plaintif-Plaintif tidak wajar menuntut dan menyatakan dengan positif bahawa bahagian-bahagian khas tersebut seperti di dalam pelan adalah milik Plaintif-Plaintif pada peringkat ini.
27
Oleh yang demikian, tanpa pengesahan yang jelas berkenaan bahagian masing-masing, isu berkenaan dengan pencerobohan ke atas bahagian tanah milik Plaintif-Plaintif oleh Defenden-Defenden adalah tidak dibuktikan dan tidak berbangkit. Samaada pelan pecah bahagian hartanah adalah berkuatkuasa dan mengikat pihak Defenden-Defenden;
28
SP2 di dalam keterangannya telah mengakui bahawa Pelan pecah bahagian (P3) dibuat adalah berdasarkan arahan dari SP5. Sebelum Mahkamah meneruskan isu berkenaan dengan kuatkuasa pelan ini, adalah lebih baik untuk Mahkamah memutuskan berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh pihak Defenden bahawa SP2 Bukanlah saksi pakar.
29
Seksyen 45 Akta Keterangan menyatakan seperti berikut; “45. Opinions of experts
1
When the courts has to form an opinion upon a point of foreign law or of science or art, or as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, the opinions upon that point of persons specially skilled in that foreign law, science or art, or in questions as to identity or genuineness of handwriting or finger impressions, are relevant fact.
2
Such persons are called experts”
30
Berdasarkan kepada Seksyen 45 Akta Keterangan di atas, Mahkamah hendaklah menentukan samaada tugasan yang dijalankan oleh SP2 adalah tertakluk kepada pendapat pakar (expert opinion). Adakah lakaran P3 itu tertakluk kepada isu sains dan seni yang kompleks yang memerlukan kepakaran SP2 untuk melakar dan menjelaskannya?
31
Mahkamah telah meneliti kandungan pelan tersebut dan berdasarkan kepada kandungan pelan tersebut, ianya adalah satu pelan yang mudah yang boleh dilakar berdasarkan pengiraan ukuran matematik yang mudah.
32
Pembahagian hak ke atas tanah tersebut telah jelas terkandung di dalam geran hak milik dan apa yang perlu dilakukan oleh SP2 hanya untuk membahagikan hartanah tersebut kepada beberapa bahagian berdasarkan bilangan waris dan keluasan. Oleh yang demikian, SP2 boleh mendatangkan lakaran pelan yang dibuat. Ianya bukanlah satu lakaran yang kompleks yang memerlukan kepakaran SP2. Ianya adalah tugasan harian SP2 sebagai juruukur.
33
Oleh yang demikian, bagi tujuan dan maksud perbicaraan ini, P3 boleh diterima dan kandungan P3 adalah munasabah dan wajar dipertimbangkan untuk fakta-fakta berkenaan dengan kedudukan hartanah dan rumah pihak-pihak di dalam pelan tersebut bersandarkan kepada pembahagian hak semua pihak. Samaada Plaintif berhak untuk menuntut jumlah gantirugi ke atas Defenden-Defenden.
34
Bersandarkan kepada alasan-alasan di atas, Mahkamah berpendapat bahawa bagi tuntutan pihak Plaintif-Plaintif, tiada sebarang bukti dan justifikasi yang dikemukakan untuk membolehkan Tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan terutamanya berkenaan dengan gantirugi yang ditutuntut. Plaintif-Plaintif gagal untuk menunjukkan sebarang kerugian yang dialami sepanjang perbicaraan ini berjalan. E.
35
Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, pihak Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan di dalam Writ dan Pernyataan Tuntutan. Oleh yang demikian, Tuntutan pihak Plaintif-Plaintif adalah ditolak dengan kos. Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim, Mahkamah Sesyen Kulim, Kedah Darul Aman. Tarikh : 28 Oktober 2025 Peguamcara Plaintif : Tetuan Jasni & Co. Peguamcara Defenden : Tetuan S. Kuppusamy, Fadzil & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.