Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: KB-12BNCC-2-07/2025
KB-12BNCC-2-07/2025
High Court of Malaysia11 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DI DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO.: KB-12BNCC-2-07/2025
1
SITI NORBAYA BINTI AHMAD NOR (No. K/P: 800802-02-5804)
2
SITI ZALIHA BINTI AHMAD NOR (No. K/P: 760718-02-5920)
3
SITI FARHANA BINTI AHMAD NOR (No. K/P: 860602-02-5142)
4
JAMILAH BINTI LONG (No. K/P: 530619-02-5606) … PERAYU-PERAYU DAN MAJLIS AMANAH RAKYAT … RESPONDEN
1
Perayu-Perayu/Defendan-Defendan telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan tuntutan Responden/Plaintif berasaskan pelanggaran dua kontrak pinjaman pelajaran yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat
2
Isu-isu utama bagi rayuan ini adalah sama ada terdapat pelanggaran perjanjian oleh Perayu-Perayu/Defendan-Defendan dan had masa bagi tindakan Responden/Plaintif.
3
Setelah menimbangkan Rekod Rayuan dan Hujahan Bertulis difailkan, Mahkamah telah menolak rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan tersebut.
4
Bagi kemudahan rujukan, pihak-pihak adalah dirujuk sebagaimana mereka di Mahkamah Sesyen.
5
Pada 22.08.2011, Plaintif telah bersetuju memberi kemudahan pinjaman pelajaran MARA kepada Defendan Pertama (D1) sebanyak RM155,856.00 bagi melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Sains di University of Manchester, United Kingdom tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Surat Tawaran 2011 dan perjanjian Pinjaman 2011 tersebut.
6
Seterusnya, pada 10.12.2012 Plaintif telah menerima satu surat daripada pihak Universiti Kuala Lumpur (UniKL) yang memaklumkan bahawa D1 telah memohon untuk mengikuti Skim Pendidikan Tenaga Pensyarah UniKL untuk menyambung pelajaran di peringkat Doktor Falsafah selama 4 tahun.
7
Lanjutan itu, pada 18 .01.2013, Plaintif telah mengeluarkan satu lagi Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran yang diikuti dengan pemeteraian Perjanjian Pinjaman Pelajaran bertarikh 29.01.2013 di bawah Skim Tindikan Tenaga Pengajar UniKL.
8
Di bawah perjanjian kedua ini, D1 ditawarkan pinjaman berjumlah RM746,200.00 untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di University of Cambridge, United Kingdom. Tempoh tajaan asal yang ditetapkan adalah selama empat tahun bermula dari Januari 2013 hingga Disember 2016, sebelum ia dilanjutkan oleh Plaintif sehingga bulan Ogos 2017.
9
Melalui surat D1 bertarikh 15.02.2017, D1 telah memohon bantuan kewangan dari Plaintif bagi tempoh perlanjutan pengajian tersebut yang telah diluluskan oleh pihak UniKL sehingga Ogos 2017 yang mana Plaintif telah meluluskan pinjaman tambahan sebanyak RM58,947.00 sehingga Ogos 2017.
10
Manakala Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat merupakan penjamin-penjamin kepada Defendan Pertama bagi pinjaman-pinjaman tersebut.
11
Plaintif mendakwa bahawa D1 telah gagal membayar balik kedua-dua pinjaman tahun 2011 dan 2013 tersebut setelah menamatkan pengajian Sarjana dan tamatnya tempoh pengajian Doktor Falsafah tersebut.
12
Susulan itu, Plaintif telah memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen terhadap D1 dan penjamin-penjamin bagi mendapatkan keseluruhan pinjaman pelajaran yang telah diberikan di dalam kedua-dua perjanjian tersebut.
13
Di akhir perbicaraan Mahkamah Sesyen telah membenarkan keseluruhan tuntutan Plaintif sebanyak RM856,964.60 beserta faedah dan kos. Prinsip Undang-Undang bagi Rayuan
14
Mahkamah pada peringkat rayuan hanya akan masuk campur dalam dapatan Mahkamah Bicara hanya jika keputusan Mahkamah Sesyen adalah jelas salah (plainly wrong).
15
Prinsip dari kes Mahkamah Persekutuan Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng [2020] 12 MLJ 67 di mana YA Zabariah Mohd Yusof HMP telah menerangkan mengenai prinsip “plainly wrong” bagi rayuan dari Mahkamah bicara: [33] ‘It was a long settled principle, stated and restated in domestic and wider common law jurisprudence, that an appellate court should not interfere with the trial judge’s conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong’ (the Supreme Court of United Kingdom in McGraddie v McGraddie and another [2013] 1 WLR 2477).
16
Prinsip dari kes Ng Hoo Kui ini adalah sesuatu keputusan akan dianggap sebagai “plainly wrong” apabila Mahkamah Bicara tidak memberikan penilaian yang mencukupi terhadap keterangan, terdapat kesilapan undang-undang yang material atau keputusan adalah jelas tidak munasabah.
17
Prinsip yang sama juga telah diaplikasikan di dalam kes Lee lng Chin @Lee Teck Seng & Ors. v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 di mana Gopal Sri Ram HMR menyatakan: “Generally, an appellate court will not intervene unless the trial court was shown to be plainly wrong in arriving at its decision or where there had been no or insufficient judicial appreciation of the evidence”.
18
Oleh demikian, Mahkamah ini perlu melihat sama ada Mahkamah Sesyen tidak memberikan pertimbangan mencukupi terhadap keterangan, terdapat kesilapan undang-undang atau dapatan yang dibuat oleh Mahkamah Sesyen adalah jelas tidak munasabah (Rujuk kes ECM Libra Investment Bank Bhd. v.
19
Dalam alasan penghakiman Mahkamah Sesyen, Hakim telah memutuskan seperti berikut:
i
Kedua-dua pinjaman itu adalah satu pinjaman yang sah dan tidak dipertikaikan;
II
(ii) Kedua-dua pihak faham tanggungjawab dan liabiliti di bawah kedua-dua perjanjian pinjaman itu;
III
(iii) Terma-terma perjanjian adalah jelas dan tidak kabur;
IV
(iv) Semua pihak-pihak telah menandatangani perjanjian-perjanjian itu dengan sukarela dan faham selayaknya tanggungjawab;
v
Terma kontrak perjanjian mengikat semua pihak yang menandatanganinya;
VI
(vi) D1 telah gagal untuk membayar keseluruhan pinjaman 2011 itu selepas tamat pengajian beliau;
VII
(vii) Beliau juga gagal untuk memohon pengurangan pinjaman itu selepas tamat pengajian dan alasan beliau untuk tidak membuat permohonan tidak dapat diterima kerana terma kontrak adalah jelas;
VIII
(viii) Bagi pinjaman kedua (2013) untuk PHD, Mahkamah mendapati adalah jelas bahawa Defendan telah gagal untuk menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan di bawah perjanjian itu. Sehingga tarikh ini, masih belum tamat, oleh itu, beliau telah pecah kontrak dan bertanggungjawab membayar kesemua pinjaman itu. Tempoh itu adalah 4 tahun 7 bulan dari tarikh perjanjian dimasuki (tempoh tajaan) yang sudah lama tamat;
IX
(ix) Tanggungan Defendan Kedua, Defendan Ketiga dan Defendan Keempat, syarat-syarat kontrak mengikat semua pihak dan mereka bertanggungjawab secara bersama atau bersekali mengikut perjanjian itu.
x
Isu had masa - kausa tindakan Plaintif bermula pada bulan Mac 2018 bagi kedua-dua perjanjian itu. Oleh itu, tindakan yang dibuat pada 2022 telah tidak di luar masa;
XI
(xi) Mahkamah bersetuju bahawa kedua-dua perjanjian itu adalah pinjaman yang berlangsung atau bersambung dan kausa tindakan hanya bermula apabila pinjaman kedua itu dilanggari; dan
XII
(xii) Berdasarkan alasan yang dinyatakan, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah telah membenarkan tuntutan Plaintif dengan kos. Isu-isu rayuan Isu 1 - Sama ada D1 telah melakukan sebarang kemungkiran dan/atau pelanggaran dan/atau pemecahan kontrak di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 dan Perjanjian Pinjaman 2013. Isu 2 - Sama ada Plaintif berhak menuntut pembayaran semula pinjaman di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 dan Perjanjian Pinjaman 2013
20
Isu 1 dan 2 dibincangkan bersama kerana bersangkutan antara satu sama lain.
21
Defendan-Defendan menghujahkan bahawa Plaintif tidak berhak menuntut jumlah RM135,712.42 di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 kerana D1 tidak melanggar terma Perjanjian 2011 kerana telah menamatkan pengajian Sarjana dalam tempoh yang ditetapkan.
22
Defendan-Defendan merujuk pada klausa di dalam dokumen-dokumen berikut: i. Klausa 2.1 & 6.4 di dalam Surat Tawaran 2011 serta
Lampiran
Lampiran B (Kadar Bayaran Balik) menyatakan pinjaman peringkat Sarjana yang lulus hanya memerlukan bayaran balik 20% tertakluk kepada siling RM150,000. ii. Klausa 3 Perjanjian 2011 menetapkan tarikh mula bayaran balik adalah 7 bulan selepas tamat Sarjana iaitu 1.2.2013. Tiada terma yang menghubungkan atau menangguhkan Pinjaman 2011 dengan Pinjaman 2013. iii. Klausa 6.1 di dalam Surat Tawaran 2011 menyatakan pinjaman adalah Convertible Loan yang tertakluk kepada pencapaian akademik dan penilaian institusi selepas tamat pengajian. 23. Kegagalan membuat permohonan pengurangan bukanlah kemungkiran yang mencetuskan bayaran balik sepenuhnya. Ini kerana D1 telah lulus dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada 01.07.2012 yang juga diakui oleh SP3. 24. SP3 juga mengesahkan tarikh bayaran balik Pinjaman 2011 bermula 01.02.2013. Namun, Plaintif tidak pernah mengeluarkan sebarang notis tuntutan dari 2013 hingga 2020. 25. Mahkamah Sesyen gagal membuat penilaian terhadap fakta dan keterangan yang dikemukakan. 26. Plaintif pula menyatakan bahawa gagal membuat permohonan pengurangan bayaran balik selepas tamat pengajian Sarjana dan telah gagal menamatkan pengajian Doktor Falsafah dalam tempoh dipersetujui. 27. Oleh yang demikian, mereka berhak menuntut sepenuhnya jumlah RM135,712.42 bagi Perjanjian Pinjaman 2011 dan jumlah RM746,200.00 bagi Perjanjian Pinjaman 2013. Dapatan Mahkamah 28. Bagi isu-isu ini, Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan bahawa: i. D1 gagal membayar keseluruhan pinjaman 2011 selepas tamat pengajian; ii. D1 gagal memohon pengurangan pinjaman selepas tamat pengajian dan alasan untuk tidak membuat permohonan tidak dapat diterima kerana terma kontrak adalah jelas; iii. Bagi pinjaman kedua (2013) untuk PHD, Mahkamah mendapati adalah jelas bahawa Defendan telah gagal untuk menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan di bawah perjanjian itu. Sehingga tarikh ini, masih belum tamat, oleh itu, beliau telah pecah kontrak dan bertanggungjawab membayar kesemua pinjaman itu. Tempoh itu adalah 4 tahun 7 bulan dari tarikh perjanjian dimasuki (tempoh tajaan) yang sudah lama tamat. 29. Mahkamah merujuk dokumen-dokumen relevan seperti berikut: i. Surat Tawaran Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA bertarikh 11.08.2011 (Surat Tawaran 2011); ii. Perjanjian Pinjaman Pelajaran bertarikh 22.08.2011 (Perjanjian Pinjaman 2011); iii. Surat Tawaran Bantuan Pinjaman Pelajaran MARA di Bawah Skim Tindikan Tenaga Pengajar-Universiti Kuala Lumpur bertarikh 18.01.2013 (Surat Tawaran 2013); dan iv. Perjanjian Skim Tindikan MARA bertarikh 29.01.2013 (Perjanjian Pinjaman 2013). 30. Klausa berkenaan bayaran balik pinjaman di dalam Surat Tawaran 2011 dapat dirujuk seperti di bawah: 6.0 BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN MARA 6.1 Tawaran pengajian ini adalah berbentuk Pinjaman Boleh Ubah (Convertible Loan) seperti mana yang ditetapkan oleh MARA pada masa tawaran dikeluarkan. ....” 6.4 Jumlah bayaran balik Pinjaman Boleh Ubah ini juga adalah berdasarkan pencapaian akademik pelajar dan juga penilaian daripada institusi pengajian setelah menamatkan pengajian. Sila rujuk lampiran B untuk Kadar Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran MARA. 6.5 Saudari hendaklah mengemukakan permohonan pengurangan bayaran balik Pinjaman Pelajaran kepada Bahagian Kawalan Kredit MARA dalam tempoh 1 tahun dari tarikh tamat pengajian. Sekiranya layak, pengurangan bayaran balik akan dipertimbangkan tertakluk kepada syarat-syarat yang terpakai dan berkuatkuasa pada masa itu. Saudari yang gagal mengemukakan permohonan dalam tempoh yang ditetapkan adalah dikehendaki membayar balik 100% pinjaman yang telah dikeluarkan oleh pihak MARA. 31. D1 tidak mempertikaikan bahawa tiada permohonan pengurangan bayaran dibuat selepas tamat pengajian sarjana. 32. Ini dapat dilihat semasa pemeriksaan balas SD1: 33. Memandangkan tiada sebarang permohonan pengurangan bayaran balik dibuat oleh D1, Plaintif berhak menuntut keseluruhan jumlah pinjaman selaras dengan Klausa 6.5 Surat Tawaran 2011. 34. Namun demikian, sama ada pengurangan bayaran balik diterima atau tidak adalah dalam budi bicara Plaintif dan pertimbangan mereka dan bukanlah secara otomatik suatu hak kepada Defendan-Defendan. 35. Mahkamah juga mendapati tiada sebarang bukti menunjukkan bahawa D1 telah melunaskan bayaran selepas tuntutan dibuat oleh Plaintif. 36. D1 juga tidak mempertikaikan bahawa beliau masih belum menamatkan pengajian Doktor Falsafah sehingga tarikh bicara tindakan ini yang mana keadaan itu jelas telah melangkaui tempoh 4 tahun 7 bulan seperti dipersetujui. 37. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, Mahkamah mendapati bahawa D1 telah melakukan pelanggaran terhadap kedua-dua kontrak. Oleh itu, Plaintif berhak menuntut keseluruhan bayaran di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 dan Perjanjian Pinjaman 2013. 38. Mahkamah ini mendapati tiada sebarang kekhilafan dalam dapatan Mahkamah Sesyen berhubung fakta-fakta tersebut memandangkan dapatan itu disokong oleh keterangan lisan serta dokumen yang dikemukakan semasa perbicaraan. Isu 3 - Sama ada tuntutan di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 telah difailkan di luar tempoh had masa 39. Peguam Defendan menghujahkan bahawa tuntutan Plaintif di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 adalah di luar tempoh had masa yang diperuntukkan undang-undang. 40. Kausa tindakan telah berlaku pada 01.02.2013, oleh itu tuntutan yang difailkan pada 07.07.2022 adalah time-barred di bawah Seksyen 6 Akta Had Masa 1953 dan wajar ditolak sepenuhnya: “Seksyen 6(1)(a) Akta Had Masa 1953 Save as hereinafter provided the following actions shall not be brought after the expiration of six years from the date on which the cause of action accrued, that is to say – (a) actions founded on a contract”. 41. Klausa 3 Perjanjian Pinjaman 2011 menetapkan bayaran balik mula pada 1 haribulan bagi bulan ketujuh (7) selepas tamat pengajian Sarjana: i. D1 tamat Sarjana pada 01.07.2012 dan tarikh sepatutnya bermula bayaran adalah pada 01.02.2013; ii. Tempoh 6 tahun tamat pada 01.02.2018; dan iii. Tuntutan difailkan pada 07.07.2022 iaitu telah lebih 4 tahun lewat. 42. Plaintif berhujah bahawa tuntutan di bawah Perjanjian Pinjaman 2011 masih di dalam had masa dibenarkan. Dakwaan Defendan-Defendan bahawa tiada tuntutan dibuat bagi pembayaran balik Pinjaman 2011 sehingga tamat pengajian Doktor Falsafah tidak boleh diterima. 43. Ini memandangkan Klausa 3 Perjanjian Pinjaman 2011 dengan jelas memberikan Plaintif hak menurut budi bicara untuk menentukan serta mengubah cara dan masa pembayaran balik pinjaman tersebut. Dapatan Mahkamah 44. Mahkamah Persekutuan di dalam kes The New Straits Times Press (M) Bhd. v. Aideah Communication Sdn. Bhdt. [2025] 3 MLJ 240 menyatakan: “When interpreting a written contract, the court is concerned to identify the intention of the parties by reference to ‘what a reasonable person having all the background knowledge which would have been available to the parties would have understood them to be using the language in the contract to mean’ … And it does so by focusing on the meaning of the relevant words … in their documentary, factual and commercial context. That meaning has to be assessed in the light of (i) the natural and ordinary meaning of the clause, (ii) any other relevant provisions of the lease, (iii) the overall purpose of the clause and the lease, (iv) the facts and circumstances known or assumed by the parties at the time that the document was executed, and (v) commercial common sense, but (vi) disregarding subjective evidence of any party’s intentions”. 45. Berpandukan prinsip di dalam kes tersebut, penafsiran terma di dalam kontrak harus dinilai berdasarkan faktor-faktor berikut: (i) maksud biasa bagi perkataan di dalam klausa; (ii) peruntukan lain yang relevan dalam kontrak; (iii) tujuan utama kontrak dibuat; (iv) latar belakang fakta semasa kontrak dibuat; (v) pertimbangan komersial yang munasabah; dengan (vi) mengetepikan keterangan subjektif mengenai niat pihak-pihak. 46. Klausa 3 Perjanjian Pinjaman 2011 memperuntukkan bahawa Plaintif mempunyai hak menurut budi bicara mutlaknya untuk menentukan cara dan masa pembayaran balik pinjaman serta berhak menuntut pembayaran balik dengan serta-merta bagi keseluruhan atau baki pinjaman yang belum dijelaskan. 47. Di dalam kes ini, fakta menunjukkan bahawa D1 telah menamatkan pengajian Sarjana Sains di University of Manchester pada 23.10.2012. Walau bagaimanapun, berdasarkan surat daripada Universiti Kuala Lumpur bertarikh 10.12.2012 yang memaklumkan bahawa D1 telah memohon untuk mengikuti Skim Pendidikan Tenaga Pensyarah UniKL. 48. Plaintif telah menggunakan budi bicara di bawah Klausa 3 tersebut untuk tidak menuntut pembayaran balik Pinjaman 2011 pada ketika itu. 49. Sebaliknya, Plaintif telah meluluskan pinjaman kedua berjumlah RM746,200.00 kepada D1 bagi menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) di University of Cambridge melalui Surat Tawaran 2013 dan Perjanjian Pinjaman 2013. 50. Keterangan SP1 juga mengesahkan bahawa Plaintif tidak menuntut pembayaran semula Pinjaman 2011 kerana surat tawaran bertarikh 18.01.2013 dan Perjanjian Skim Tindikan MARA bertarikh 29.01.2013 telah dikeluarkan sebelum tamat tempoh 7 bulan selepas D1 menamatkan pengajian Sarjana Sainsnya. 51. Sebaliknya, Plaintif memilih untuk menangguhkan tuntutan pembayaran balik sehingga D1 menamatkan keseluruhan pengajiannya di peringkat Doktor Falsafah. 52. Mahkamah mendapati bahawa keputusan Plaintif untuk menangguhkan tuntutan pembayaran balik tersebut adalah selaras dengan Klausa 3 Perjanjian Pinjaman 2011 yang memberikan Plaintif budi bicara untuk menentukan masa pembayaran balik pinjaman. 53. Tafsiran ini juga selaras dengan pertimbangan komersial yang munasabah memandangkan adalah tidak praktikal untuk menghendaki D1 membayar balik Pinjaman 2011 pada masa yang sama beliau sedang menerima tajaan kedua untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah. 54. Malah, keterangan SD1 sendiri turut bersetuju bahawa Plaintif tidak akan menuntut pembayaran balik sehingga menamatkan semua pengajiannya. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif secara telah menggunakan hak budi bicaranya untuk menangguhkan tuntutan pembayaran balik sehingga tamat pengajian Doktor Falsafah D1 pada Ogos 2017. 55. Berdasarkan fakta tersebut, obligasi pembayaran balik hanya mula berkuat kuasa selepas tamat tempoh 7 bulan daripada tarikh D1 menamatkan pengajian Doktor Falsafahnya, iaitu sekitar Mac 2018. Maka, kausa tindakan Plaintif hanya terakru pada tarikh tersebut dan tindakan Plaintif yang difailkan pada 07.07.2022 adalah tidak dihalang oleh had masa. 56. Tiada kekhilafan nyata dari segi undang-undang dan fakta apabila Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa tindakan Plaintif adalah masih dalam had masa dibenarkan. Isu 4 - Sama ada tuntutan di bawah Perjanjian Pinjaman 2013 adalah pra-matang 57. Pihak Defendan membangkitkan isu bahawa tuntutan Plaintif di bawah Perjanjian Pinjaman 2013 adalah pra-matang dan tidak sah. 58. D1 masih meneruskan pengajian Doktor Falsafah dan belum tamat pengajian tersebut. Tiada sebarang kemungkiran atau pelanggaran terma kontrak yang mencetuskan kewajipan bayaran balik sepenuhnya pada masa ini. 59. Defendan-Defendan merujuk pada klausa di dalam dokumen-dokumen seperti berikut: i. Klausa 4.6 Surat Tawaran 2013 menyatakan sekiranya D1 tidak dapat menamatkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan, MARA tidak akan menaja di luar tempoh tersebut. Ini bukanlah kemungkiran perjanjian. ii. Klausa 4.10 Surat Tawaran 2013 menyatakan D1 hanya perlu membuat bayaran balik secara penuh hanya jika meninggalkan pengajian tanpa pengetahuan atau persetujuan MARA, diberhentikan atas sebab disiplin atau tingkahlaku tidak munasabah. iii. Klausa 3.5 Perjanjian Pinjaman 2013 juga menyatakan bayaran balik 100% hanya diwajibkan jika D1 meninggalkan sebelum sempurna, melanggar fasal 3.4, tidak menamatkan pengajian atau dibuang dari institusi, atau enggan berkhidmat. iv. Klausa 3.2 Perjanjian Pinjaman 2013 seterusnya menyatakan kewajipan berkhidmat hanya timbul selepas tamat pengajian. 60. D1 masih aktif menulis tesis dan belum gagal tamat atau dibuang. Status “reinstatement” D1 juga bermaksud pengajian masih berjalan dan bukan tamat atau gagal. Tiada bukti D1 tidak menamatkan pengajian atau dibuang oleh University of Cambridge. 61. Namun, Plaintif menegaskan bahawa tuntutan di bawah Perjanjian Pinjaman 2013 adalah sah dan tidak pramatang memandangkan D1 telah gagal menamatkan pengajian Doktor Falsafah dalam tempoh yang dipersetujui di bawah kontrak. 62. Oleh yang demikian, selaras dengan Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 dan Seksyen 5(a) Akta Kontrak (Pindaan) 1976, Plaintif berhak menuntut semula keseluruhan jumlah yang telah dibelanjakan di bawah pinjaman tersebut. Dapatan Mahkamah 63. Secara asasnya, pihak-pihak adalah terikat dengan terma-terma kontrak yang telah dipersetujui oleh mereka dan Mahkamah hendaklah memberikan kesan kepada niat yang jelas dizahirkan melalui terma-terma tersebut. 64. Dalam kes Berjaya Times Square Sdn. Bhd. (formerly known as Berjaya Ditan Sdn. Bhd.) v. M Concept Sdn. Bhd. [2010] 1 MLJ 597, Gopal Sri Ram menjelaskan bahawa dalam menafsirkan sesuatu kontrak, Mahkamah tidak boleh hanya melihat kepada perkataan di dalam dokumen semata-mata, sebaliknya hendaklah turut mengambil kira konteks serta fakta transaksi yang membentuk kontrak tersebut. Pendekatan yang diambil juga hendaklah bersifat objektif. 65. Dalam kes ini, Klausa 4.6 Surat Tawaran 2013 dan Klausa 3.1(a) Perjanjian Pinjaman 2013 dengan jelas menetapkan bahawa D1 dikehendaki menamatkan pengajian Doktor Falsafahnya dalam tempoh 4 tahun. 66. Selanjutnya, melalui surat bertarikh 15.2.2017, D1 mengakui tidak dapat menamatkan pengajian Doktor Falsafah dalam tempoh tajaan yang dipersetujui dan telah diberi lanjutan sehingga Ogos 2017. Walau bagaimanapun, selepas tamat tempoh lanjutan tersebut, D1 masih gagal menamatkan pengajiannya. 67. D1 juga telah memohon untuk penangguhan penyelesaian baki pinjaman melalui emel bertarikh 06.12.2021 kepada pihak Plaintif. 68. Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati kegagalan D1 menamatkan pengajian dalam tempoh empat tahun tujuh bulan merupakan suatu kemungkiran terhadap terma kontrak. Oleh itu, Plaintif berhak menuntut pembayaran balik keseluruhan jumlah pinjaman selaras dengan Klausa 3.5 Perjanjian Pinjaman 2013. 69. Niat pihak-pihak sejak awal adalah jelas berdasarkan fakta dan terma dizahirkan melalui kontrak Perjanjian Pinjaman 2013, iaitu perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang dipersetujui. 70. D1 tidak boleh kini, mengambil tafsiran berbeza bagi menafikan tanggungjawab beliau terhadap tuntutan bayaran semula. Walaupun D1 mendakwa beliau telah memperoleh status “reinstatement” daripada pihak Universiti, Mahkamah mendapati perkara tersebut tidak melibatkan Plaintif dan tidak mengikat Plaintif. 71. Malah, sehingga tarikh perbicaraan di Mahkamah Sesyen, D1 (SD1) sendiri mengakui bahawa beliau masih belum menamatkan pengajian Doktor Falsafahnya. 72. Di dalam isu ini Mahkamah Sesyen telah membuat dapatan bahawa sehingga tarikh perbicaraan, D1 masih belum menamatkan pengajian Doktor Falsafah tersebut dan memutuskan bahawa D1 telah melanggar atau memecahkan kontrak. Susulan kemungkiran tersebut, D1 bertanggungjawab membayar keseluruhan jumlah pinjaman di bawah Perjanjian Pinjaman 2013. 73. Mahkamah mendapati bahawa dapatan tersebut adalah munasabah serta berasaskan keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan dan tidak menunjukkan sebarang kekhilafan nyata. 74. Oleh itu, tiada sebab untuk Mahkamah ini campur tangan bagi mengubah dapatan Mahkamah Bicara tersebut. Keputusan 75. Mahkamah ini tidak sependapat dengan isu-isu rayuan yang dikemukakan dan berpandangan bahawa tidak perlu mengubah dapatan Mahkamah Bicara tersebut. 76. Mahkamah juga berpuas hati bahawa Defendan-Defendan telah melanggar kontrak perjanjian pinjaman yang jelas. 77. Malahan pemfailan tindakan tuntutan oleh Plaintif tidak dihalang oleh had masa dan masih dalam tempoh yang dibenarkan. 78. Atas alasan-alasan yang diberikan, keputusan Mahkamah Bicara dikekalkan dan rayuan Defendan-Defendan adalah ditolak dengan kos sebanyak RM10,000. Bertarikh 24 Mei 2026 (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguam bagi Perayu-Perayu: Nik Nur Amirah Binti Nik Muhamad Nuzul (Tetuan CK Ling Izzaida & Irna) Peguam bagi Responden : Anis Amirah Binti Amran (Tetuan Abdul Raman Saad & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.