Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA RAYUAN NO.: WA-12ANCvC-21-02/2025
WA-12ANCvC-21-02/2025
High Court of Malaysia27 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tidak teratur dan tidak terpakai. [22] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan kes yang dirujuk Plaintif iaitu Hong Leong Bank Berhad (Formerly Known As MUI Bank Berhad) v. Diong Ching Diung & Anor [2000] MLJU 204; [2000] 1 LNS 330; [2000] 6 MLRH 344, yang memutuskan- “In KS Chua & Co. v Chui Miang Chew & Ors. (1995) 4”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA RAYUAN NO.: WA-12ANCvC-21-02/2025
1
JANACOM KONSORTIUM SDN BHD [No. Pendaftaran Syarikat.: 202001002809]
2
JANACON TRADING SDN BHD [No. Pendaftaran Syarikat.: 200801012917]
3
JANATHANAN A/L GOVINTHA NAIR [No. K/P.: 580930085439] …PERAYU-PERAYU DAN LE TOUR DU MONDE SDN BHD [No. Pendaftaran Syarikat.: 201201042988] …RESPONDEN [DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA WRIT NO.: WA-B52NCvC-352-08/2024 ANTARA LE TOUR DU MONDE SDN BHD [No. Pendaftaran Syarikat.: 201201042988] …PLAINTIF
1
JANACOM KONSORTIUM SDN BHD [No. Pendaftaran Syarikat.: 202001002809]
2
JANACON TRADING SDN BHD [No. Pendaftaran Syarikat.: 200801012917]
3
JANATHANAN A/L GOVINTHA NAIR [No. K/P.: 580930085439] …DEFENDAN-DEFENDAN] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini merupakan rayuan atas keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang menolak tuntutan Perayu-Perayu selaku Defendan-Defendan di Mahkamah Sesyen, mengenai permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar pembelaan bertarikh 6.12.2024 dan pelanjutan masa untuk memfailkan pembelaan dan tuntutan balas. Tidak berpuas hati dengan keputusan di Mahkamah Sesyen, Perayu kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah ini. [2] Perayu telah lewat memfailkan Rekod Rayuan dan kini memohon lanjutan masa (Lampiran 3). [3] Mahkamah ini telah menolak permohonan lanjutan masa di
Lampiran
Lampiran 3 dan sehubungan itu, rayuan ini dibatalkan. Berikut adalah alasan untuk keputusan Mahkamah ini. [4] Untuk memudahkan, Perayu akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan dan Responden sebagai Plaintif sebagai mana pihak-pihak dirujuk di Mahkamah Sesyen. RINGKASAN KES [5] Plaintif dilantik oleh Defendan untuk menjalankan kerja Horizontal Direct Drilling (HOD) bagi pemasangan kabel optik, sesalur dan lurang, serta kerja pengisaran dan penurapan semula kawasan yang digali di kawasan rezab jalan awam di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang dan Melaka. Defendan-Defendan pula memperoleh kontrak tersebut daripada satu pihak yang dikenali sebagai TT Dotcom. [6] Plaintif menghantar surat tuntutan bertarikh 27.7.2024 menuntut bayaran tertunggak RM355,618.00, namun Defendan-Defendan hanya membayar RM28,750.00. Oleh itu, satu surat tuntutan susulan untuk RM326,868.00 dihantar kepada peguamcara Defendan-Defendan, Tetuan Thenish Chandra & Associates. [7] Plaintif telah menfailkan Writ Saman dan Penyataan Tuntutan pada 2.9.2024. Pada 26.9.2024 Defendan-Defendan telah diberikan sehingga 10.10.2024 untuk memasukkan kehadiran. Defendan-defendan diwakili peguamcara yang sama dan telah menfailkan Memorandum Kehadiran pada 7.10.2024. [8] Pada 27.11.2024, Plaintif telah memasukkan Penghakiman lngkar Pembelaan terhadap Defendan-Defendan selepas menyerahkan notis 48 jam kepada peguamcara Defendan-Defendan pada 4.11.2024 berdasarkan Aturan 56 Legal Profession (Practice and Etiquette) Rules 1978. Selain itu, Penghakiman Ingkar Pembelaan telah dimasukkan pada 27.11.2024 selepas Defendan-Defendan gagal menfailkan pembelaan kepada Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 2.9.2024 walaupun setelah memohon lanjutan masa pada 7.11.2024 dan 13.11.2024. [9] Selanjutnya Defendan-Defendan telah menfailkan permohonan penggantungan pelaksanaan, lanjutan masa bagi pemfailan pembelaan dan pengenepian Perintah Ingkar Pembelaan bertarikh 27.11.2024 di Mahkamah Sesyen. Pada 19.2.2025, Mahkamah Sesyen telah menolak semua permohanan Defendan-Defendan. [10] Berikutan itu, pada 25.2.2025, Defendan-Defendan telah menfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang telah menolak permohonan untuk melanjutkan masa bagi menfailkan pembelaan Defendan-Defendan. [11] Walaubagaimanapun, Defendan-Defendan telah gagal memfailkan Rekod Rayuan dalam masa yang ditetapkan. Berikutan kegagalan pemfailan Rekod Rayuan, maka pada 10.4.2025 Defendan-Defendan menfailkan permohonan untuk lanjutan masa untuk pemfailan Rekod Rayuan di lampiran 3. Namun begitu, Afidavit Sokongan bagi Lampiran 3 oleh Defendan-Defendan hanya difailkan pada 27.4.2025 iaitu melebihi tempoh 14 hari yang dibenarkan. [12] Selain itu, Perayu juga memohon untuk perintah penggantungan pelaksanaan dan penguatkuasaan Penghakiman Ingkar Pembelaan sementara menunggu pelupusan rayuan ini. [13] Mahkamah ini turut mengambilkira alasan penghakiman yang diberikan oleh HMS. Untuk lebih jelas, berikut merupakan antara alasan yang diberikan HMS apabila menolak permohonan Defendan-Defendan. Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen [14] HMS telah menolak permohonan Defendan-Defendan. HMS dalam alasannya antara lain menyatakan- [16] Penghakiman ingkar pembelaan yang dimasukkan oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah teratur dan tidak ada dasar untuk untuk suatu pengenepian ex debito justitiae. [26] Defendan-Defendan mempunyai beban untuk membuktikan dakwaan tersebut. Tidak ada sebarang bukti dokumentasi dieksibitkan oleh Defendan-Defendan untuk dipertimbangkan oleh Mahkamah bahawa Plaintif sememangnya telah melakukan frod di dalam komunikasi dengan Defendan Pertama dan memberi representasi palsu kepada Defendan Pertama dan Kedua, bahawa kerja-kerja kontrak yang dilakukan oleh Plaintif adalah sebenar-benarnya cacat, tidak sempurna dan rosak. [35] Mahkamah berpendapat afidavit bagi pihak Defendan-Defendan yang diikrar oleh peguam cara Defendan-Defendan tersebut sebagai defektif dan tidak dipertimbangkan. Oleh itu semua pernyataan di dalam afidavit jawapan Plaintif harus dianggap sebagai tidak dibalas dan mengikut prinsip undang-undang matan yang dinyatakan di dalam kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609; [1995] 1 MLJ 28, isu-isu yang tidak dibalas itu harus dianggap sebagai diakui oleh Defendan-Defendan. [54] Berdasarkan peruntukan undang-undang, Aturan 19 Kaedah 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, sekiranya defendan-defendan gagal menyampaikan pembelaan kepada plaintif, selepas tamat tempoh tersebut, plaintif boleh memasukkan penghakiman. Memandangkan Defendan-Defendan gagal memfailkan pembelaan dan/atau Notis Permohonan Lanjutan Masa, Plaintif telah memasukkan Penghakiman lngkar Pembelaan pada 27.11.2024. [74] Permohonan lanjutan masa ini seharusnya difailkan pada peringkat awal apabila defendan-defendan gagal membuat pemfailan pembelaan dan bukan selepas Penghakiman lngkar Pembelaan dimasukkan. Penghakiman lngkar Pembelaan dimasukkan selepas defendan-defendan gagal untuk memasukkan Pembelaan pada dua tarikh yang telah ditetapkan oleh Mahkamah pada 23.10.2024 dan 22.11.2024. Alasan-alasan yang dibangkitkan tidak disokong dengan bukti mahupun gagal mendedahkan dengan munasabah mengapa pemfailan permohonan lanjutan masa tidak dibuat sebelum tamatnya tempoh pemfailan Pembelaan. Hujahan Pihak-Pihak [15] Defendan-Defendan berhujah bahawa Aturan 3 Kaedah 5, KKM 2012 memberi kuasa kepada Mahkamah ini untuk memberikan perintah lanjutan masa. [16] Kelewatan Defendan-Defendan adalah bersifat asli “genuine”, tanpa sebarang niat jahat “mala fide” dan juga bukan untuk mengendahkan dan/atau tidak menitik beratkan arahan Mahkamah. [17] Tambahan pula, ketidakaturan Perayu-Perayu adalah boleh diubati “repairable” dan bukannya tidak teratur “irregular” berdasarkan Aturan 1A, KKM 2012. Selain itu, Aturan 2 Kaedah 1(1) dan (3), KKM 2012 juga memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk membetulkan apa-apa ketidakpatuhan sebagaimana yang difikirkan adil. [18] Plaintif pula berhujah bahawa permohonan lanjutan masa yang diberikan iaitu atas alasan kesilapan pengkeranian bukanlah alasan yang kukuh untuk menyokong permohonan tersebut. Tambahan pula, tiada permohonan kebenaran untuk memfailkan Afidavit Sokongan bagi Lampiran 3 yang difailkan di luar tempoh masa. Justeru, Mahkamah boleh untuk tidak mempertimbangkan Afidavit Sokongan di Lampiran 3 tersebut. [19] Oleh itu, Defendan-Defendan tidak mempunyai remedi di bawah Aturan-Aturan 1A, Aturan 2 dan Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 tanpa alasan munasabah dan kebenaran Mahkamah bagi kelewatan pemfailan. ANALISA DAN DAPATAN [20] Mahkamah ini berpandangan adalah perlu untuk mendengar permohonan di Lampiran 3 terlebih dahulu. Ini kerana pendengaran permohonan di Lampiran 3 ini akan menentukan sama ada rayuan boleh diteruskan atau dibatalkan. [21] Dalam hal ini, Mahkamah ini telah merujuk kepada Afidavit Sokongan Lampiran 3 oleh Defendan-Defendan dan mendapati bahawa Afidavit Sokongan Lampiran 3 tersebut telah difailkan di luar tempoh 14 hari yang diperuntukkan KKM 2012. Selain itu, tiada permohonan lanjutan masa dipohon oleh Defendan-Defendan dan kebenaran tidak diberikan oleh Mahkamah ini untuk Defendan-Defendan memfailkan Afidavit Sokongan Lampiran 3 di luar masa yang dibenarkan. Ini menjadikan afidavit yang difailkan di luar masa itu, tidak teratur dan tidak terpakai. [22] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan kes yang dirujuk Plaintif iaitu Hong Leong Bank Berhad (Formerly Known As MUI Bank Berhad) v. Diong Ching Diung & Anor [2000] MLJU 204; [2000] 1 LNS 330; [2000] 6 MLRH 344, yang memutuskan- “In KS Chua & Co. v Chui Miang Chew & Ors. (1995) 4 MLJ 436 His Lordship Abdul Malek Ishak J. at pages 442 and 443 said: - “Now, reverting back to 0.32 r.13(2)(b) of the RHC which came by way of an amendment vide PU(A) 193/93 where it imposes on a party wishing to reply to an affidavit served on him, a mandatory obligation to file his affidavit and serve it on the other party within 14days from the date on which the affidavit he intends to reply was served on him unless provided by the rules. This onerous obligation is also placed on the applicant who files affidavit in support of his application to file and serve on the other party within14 days from the date of the filing of the said application (see 0.32 r.13(2)(a) of the RHC). Thus, under this new 0.32 r.13(2) of the RHC a strict time-table has been set by the Rules Committee and my impression of it is that it is draconian as it does not give much room space to manoeuvre for the applicant to file a further affidavit in support of his application after 14 days from the date of filing of the application. In the event the respondent files an affidavit in reply which alleges a certain fact detrimental to the applicant, the applicant must reply otherwise those facts not replied will be deemed to be accepted by the applicant (Alloy Automobile Sdn. Bhd. v Perusahaan Ironfield Sdn. Bhd. (1986) 1 MLJ 382; Overseas Investment Pte. Ltd. v Anthony William O’Brien & Anor. (1988) 3 MLJ 332, and Abdul Razak Ahmad v Majlis Bandaraya Johor Bahru (1995) 2 MLJ 287) and this must surely be the dilemma which the applicant must go through. The strict requirement under this rule will simply mean that the courts are not obliged and indeed are precluded from considering any affidavits filed out of the 14-day period unless applications to file those affidavits out of time formally have been made and granted by the courts. In my judgment, the plaintiffs here have breached the strict requirements of 0.32 r.13(2) (b) of the RHC. Bereft of any formal application to file those affidavits in encls. 45, 48, 43 and 44 out of time, I have no choice but to ignore those affidavits.” After the unsuccessful attempt to serve the first defendant and the second defendant on 6 November 1999 which was on the twelfth day, the plaintiff should have made an application to the court to extend the time to serve before the expiry of the 14days. However, the plaintiff has not made any application for extension of time to serve the affidavit in support out of time formally. Since the plaintiff has not complied with the mandatory requirements of Order 32 r.13(2)(a) of the RHC, I have no choice but to ignore the affidavit in support. As such, I will disallow the use of the affidavit in support affirmed by Mr. Hii Hieng Sing on 21 October 1999. I will sustain the preliminary objection of the defendants. Without the affidavit in support, the summons in chambers has no leg to stand on and must therefore be dismissed with costs to be taxed unless agreed.” [23] Walaupun Defendan-Defendan telah memfailkan Afidavit Sokongan Lampiran 3 di luar masa, tanpa kebenaran Mahkamah, Mahkamah tetap meneliti alasan Defendan-Defendan. [24] Dalam hal ini, Aturan 55 Kaedah 5 (3) KKM 2012 dengan jelas memperuntukkan- “5. Notice of Appeal against any decision other than a decision made after trial (O 55 r 5) … (3) Within one month after the filing of the notice of appeal under this rule, the appellant shall file the record of appeal in the High Court and serve each respondent with a copy of such record of appeal, and the record shall contain copies of— (a) the application for the decision; (b) all pleadings filed; (c) all affidavits filed in support of or in opposition to the application; and (d) the order or draft order of the decision appealed from: Provided that the record of appeal shall not include the notes of evidence, the grounds of judgment or any memorandum of appeal.” (Penekanan ditambah) [25] Alasan Defendan-Defendan bahawa kesilapan merekodkan tarikh tamat tempoh pemfailan rekod rayuan daripada 30 hari ke 90 hari dengan anggapan ini adalah rayuan daripada Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan mengakibatkan berlaku kesilapan pengkeranian dengan merekodkan tarikh akhir pemfailan rekod rayuan yang salah. [26] Mahkamah ini mendapati bahawa alasan kesilapan tempoh pemfailan 90 hari bukanlah kesilapan perkeranian tetapi kesilapan peguam. Merujuk kes Asia Commercial Finance (M) Bhd v. Pasadena Properties Development & Ors [1990] 1 MLRH 393; [1990] 2 CLJ 961, Mahkamah telah memutuskan- “[35] In my view it is left to the discretion of the Court whether or not to extend the time under the above rule. The discretion to be exercised by the court is a judicial discretion (see The Supreme Court Practice 1985, vol 1, p 15 and Mallal's Supreme Court Practice, 2nd edn, vol 1, p 14). For the court to exercise its discretion whether or not to enlarge the time, there must be an affidavit to give reasons or to explain why the court should make an order to enlarge the time…”. [27] Selanjutnya dalam kes Ong Guan Teck & Ors v. Hijjas Kasturi [1981] 1 MLRH 237; [1982] CLR Rep 616, Mahkamah telah memutuskan- [8] It is trite law that the court has an unfettered discretion to grant or refuse an extension of time. The first principle is that the rules of court must prima facie be obeyed and in order to justify an extension of time, there must be some material on which the court can exercise its discretion in favour of the applicant. For otherwise the party in breach of the rules would have an unfettered right to extension of time which would defeat the very purpose and object of the rules on limitation of period. [9] In considering whether to grant or refuse extension of time the length of time that has lapsed is always a material factor to be considered by the court exercising the discretion. On the facts of this case I was not able to honestly say that there was any valid ground for the delay and therefore refused the application for extension of time. [28] Mahkamah ini mendapati bahawa kelewatan yang berlaku kerana kesilapan adalah tidak sepatutnya dan bukanlah alasan yang wajar dan munasabah untuk membenarkan lanjutan masa diberikan. KESIMPULAN [29] Justeru, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diberikan, Mahkamah ini menolak permohonan di Lampiran 3 dan susulan daripada itu membatalkan rayuan Defendan-Defendan di Lampiran 1 dan permohonan penggantungan pelaksanaan telah menjadi akademik apabila rayuan ini telah dibatalkan. Bertarikh: 23 Julai 2025 -SGD- (SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCvC 1 Kuala Lumpur PIHAK-PIHAK Peguam cara Perayu : Mehnagha Luckhmana dan Mike Lim (PDK) Tetuan Dinesh Muthal & Co. Peguam cara Responden : Thenish Chandra bersama Tishondra Puspanathan dan Tarrissha (PDK) Tetuan Thenish Chandra & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.